2012-01-20
Quick
Ni quick update je sebenarnya ni.
Sejak balik dari outstation ni aku tak daya nak menjengah blog. Terlampau banyak keje nak kena settlekan sebelum CNY.
Ni aku nak tunjuk kat customer yang beli shawl yang request balut as hadiah, maka beginilah bentuk balutan itu. Yang request card (Shahrul), dalam tu akak tulis birthday wish saje. Kang aku memandai-mandai tambah I LOVE YOU kang, orang lain tak apa-apa, aku yang over pulak.
So, shawl aku pos semua today.
Ok, nak pi keje.
2012-01-15
New!
Shawl sampai semalam dan aku telah merembat siap-siap satu set untuk setiap kaler. Hehe.
Stock limited.
Setelah aku rembat, cuma ada 2 helai je setiap kaler.
Asalnya aku bawak 4 helai setiap kaler tapi aku rembat satu set, pastu kawan aku siang-siang dah cop satu set.
So, saper nak cepat-cepatlah email aku at aveo757@yahoo.com.
But shawl akan di pos Khamis, sebab aku outstation esok sampai Rabu baru balik.
Berlagak!
Hari tu kan aku ada blog pasal tailor yang aku try tu, yang akak yang aku ingat nak test dia boleh jadi tailor aku ke tak.
Hari ni akak tu betul-betul dah buat aku blow cuma aku belum hilang akal lagi nak maki dia. Tapi aku rasa kalau aku berdepan dengan dia semalam mau gate rumah dia aku terajang dah. Kawan aku yang gila penyabar tu pun dah sms aku siap maki-maki akak tu lagi sebab dia bengang sangat, inikan aku yang terang-terang takde kesabaran.
Akak ni, masa aku cakap kat dia, aku nak cari new tailor secara tetap just untuk jahit baju kurung. Dia kata dia boleh jahit blouse.
Oh, that's even better lah kan?
Takde la aku mengharap dengan tailor yang ada je now untuk buat blouse, boleh la tailor aku ni start buat dress ke apa ke, at least ada orang lain boleh jahit blouse jugak kan?
So, aku bagi la dia peluang jahit.
Dia janji sebulan siap.
Wah, tak agak-agak kan.
Sebulan siap untuk 13 blouse and 7 baju kurung.
Blouse pulak bukan yang style muslimah punya tu, aku bagi design ada ropol, ada kedut and ribbon segala.
But since kau kata mid Jan aku leh ambik, memang aku tuntut la kan.
So tadi kawan aku tolong ambikkan.
Mula-mula dia kata Jumaat boleh ambik. Akak tu kan sub-kan baju-baju tu kat kawan dia, so dia kata Jumaat perang baru boleh datang ambik kat rumah dia.
Ok, fine.
Jumaat pagi tu aku dah sms ingatkan dia yang kawan aku nak pi collect baju/kain tak siap kat rumah dia petang tu. Dia reply aku "Sebenarnya akak ni malu nak bagitau Diana. Takpelah, nanti akak bagitau".
Ok, aku cuak.
Tapi takpe. Rileks dulu.
Jumaat petang, kawan aku cakap dia tak jadi nak ambik, maybe weekend.
Aku cakap takpelah, akak tu pun tak reply aku berapa aku kena bayar.
Kalau dia dah reply nanti baru senang kawan aku nak readykan duit.
Tapi akak tu tak sms aku pun.
Sabtu pun senyap, takde sms.
Tadi tengahari, kawan aku call cakap akak tu kata takleh datang ambik today sebab dia demam.
Aku call akak tu :
Aku : Kak, kawan saya kata akak demam. Tapi saya cuma mintak dia collect baju je. Baju dah ada kan? Akak masuk dalam plastik gantung kat gate pun takpe.
Akak : Akak demam, dah 3 hari dah akak demam.
(3 hari demam ok? Padahal Jumaat hari tu dia tak cakap apa pun bila aku ingatkan dia kawan aku nak datang ambik)
Aku : Ye kak. Say tu akak demam. Kawan saya bagitau dah. Tapi kawan saya tu nak balik KL esok pagi sebab dia ada meeting kat Putrajaya, jadi dia kena ambik hari ni jugak. Jumaat hari tu dia tak sempat.
Akak : La, akak kan demam.
(Ok aku dah start pelik time ni)
Aku : Macam ni la kak. Baju tu memang dah ada kat rumah akak Jumaat lepas kan? So, akak just bagi je kat dia. Ataupun akak letak je la kat gate.
Akak : Ishh. Awak ni tak paham ke? Akak ni demam!
Aku : Akak demam ni ada kat hospital ke apa? (aku dah start tinggi dah masa ni)
Kat rumah kan? Saya bukan suruh akak hantar, akak just tunggu kat rumah. Dia datang ambik. Akak tak payah buat apa-apa. Dia nak datam ambik saje. Baju dah ada kan? Ke takde? Apa sebenarnya jadi kat kain-kain saya ni?
Akak : Memang laaaa. Tapi, akak sekarang demam.
Aku : Kawan saya dah nak balik ke KL kak. Akak pun janji dengan saya mid Jan boleh ambik. Skarang ni saya dah tak kisah baju tu siap ke tak, skarang ni saya nak ambik balik kain-kain saya kalau betul baju tak siap.
Akak : Kain-kain awak tu bukannya akak nak buat apa pun. Nanti akak bagi la.
Aku : Kak, masalahnya skarang, saya ni mengejar masa. Akak yang janji dah boleh ambik. Sekarang ni akak macam taknak kasik pulak.
Akak : Akak dah bagitau dia lagi sejam nanti akak sms bagitau boleh ambik ke tak.
(gila ke apa akak ni?? Nak sms untuk bagitau boleh ambik ke tak??? Ni kain saper ni? Kain aku ke, kain dia?)
Aku : Masalahnya skarang ni akak bagi dia ambik ke tak?
Akak : Akak tak pasti lagi.
Dem!!
Bahabi betul la.
Memang time ni aku dah rasa akak ni macam ada sorokkan sumthing.
Apa kejadah kau ambik masa lagi sejam just untuk sms boleh ambik ke tak.
Lain la kalu cakap 'lagi sejam datang'.
Pelik tak??
Seolah-olah dia ambik masa sejam tu nak carik balik kain-kain aku yang sebenarnya kain-kain tu takde pun kat rumah dia. Or maybe ada benda yang dia sorokkan dari aku so masa sejam tu dia perlukan untuk dia fikir balik apa nak cakap kat aku.
Aku : Kak, saya ni berbisnes. Saya kejar masa. Saya dah bagi akak masa, kita pun dah setuju dalm masa sebulan saya ambik balik baju-baju saya.
Akak : Ye la, akak tau la awak bisnes. Tapi takkan tak boleh nak pikir orang tengah sakit ke, apa ke. Akak ni dah 3 hari tak bangun. Anak-anak pun tak tau apa cerita ni.
Aku : Ok. Kawan saya esok kena keluar pagi. Saya akan suruh dia ambik kat rumah akak dalam pukul 8.30am macam tu. Itu final.
Akak : Akak takde. Akak pi hanta anak sekolah.
BINGO!
Aku : Ohh, esok akak dah boleh bangun ke? Dah boleh drive?
Terus dia bengang dengan aku and start tengking-tengking aku.
Dah macam meroyan.
Tapi dari cara dia menegking tu aku tau dah dia sebenarnya malu sebab kantoi menipu dengan aku. So bila dia rasa dia macam dah takde idea nak menipu tu terus la marah.
Akak : Susah betul la bercakap dengan orang KL ni. Tak paham bahasa!
Aku : Kak, orang KL bukan tak paham bahasa. Orang KL cuma tak reti buat keje sambil lewa ni semua. Orang KL takde masa nak layan orang suka dolak-dalih.
Terus dia letak phone.
Aik??
Marah ke????
Yang best tu kan, elok je pastu kawan aku call dia balik tanya pasal nak ambik baju-baju, dia kata laki dia hantar jap lagi. Tapi tunggu kat satu tempat lain.
Laaaaaaaaaaaaaaaa.
Boleh pulak suruh laki.
Daripada suruh laki kau keluar hantar, apa masalahnya kau lakibini tunggu ke kat rumah biar kawan aku pi ambik je?
Bodoh tak?
Mesti ada sebab kan?
Bila kawan aku tunggu kau tempat yang dia janji tu, pastu dia call tukar tempat lain pulak. Bila kawan aku dah sampai kat tempat lain tu, dia call tunggu tempat lain pulak. Eh macam sial babi gila akak ni.
Masa ni aku dah cakap kat kawan aku dah la balik la. Aku anggap bukan rezeki aku je la. Aku dah malas nak layan orang macam ni. Orang kalau saiko memang kau kena jadi saiko jugak untuk handle dia. So aku malas.
Tapi kawan aku ni jenis very firm.
Dia kata biar dia yang pressure akak tu sampai akak tu giveup.
Last-last dapat gak, alhamdulillah.
Laki dia hantar.
Seperti yang dijangka, macamana aku hantar kain tu, macam tu la dia pulangkan balik.
Aku dah agak dah, orang macam ni cakap je lebat, keje memang tak jalan punya.
Sebab tu dia berdolak-dalik, sebab dia menipu and takut.
Aku kalau ikut hati setan memang aku letak no telifon akak tu ni kat sini.
Berlagak macam bagus, padahalll.
Tapi takyah la kot aku letak kat sini, biar jadi pengajaran kat aku la.
Aku ni ingatkan nak bagi dia peluang, sebab dia advertise diri dia kat kat internet boleh ambik upah jahit. Tengok keadaan dia pun, aku rasa dia bukan orang senang. Jadi aku pun beranikan diri bagi peluang tu kat dia. Tak cuba tak tau.
Sekali dah cuba ha kauuuuuu.
No wonder la kau tak senang-senang.
Buat perangai macam ni. Dah la menipu, berlagak lak tu.
Lantak kau la, life kau.
2012-01-13
Wangi
Kesian bapak aku, tahun ni celebrate ngadap Mak Aji and Ibal je.
Betapa la tak meriahnya kan?
Hari-hari pun tengok orang yang sama.
Cuba kalau aku ada, mesti suasana lebih riang.
Kul 4 lebih, time dia nak ke surau barulah delivery blooming.com sampai.
Pak Aji kata dah umur 62 tahun baru merasa dapat bunga.
Pecah rahsia mak aku tak penah bagi bapak aku bunga.
Tapi aku taknak tanya Mak Aji la kenapa dia tak pernah bagi bunga kat Pak Aji sebab aku tau mesti dia jawab 'Ala, dia pun tak bagi mama bunga'.
Ok, aku tak tau rules bunga.
So jangan tanya aku "Why white? Why not red? Why not blue? White must white?"
Pedulik apa aku rose tu kaler white ke, grey ke, apa ke, janji bunga rose.
Pernah dulu aku dapat a bouquet of orange roses.
Aku macam suka la sebab tak pernah lagi dapat rose oren.
Pastu kawan aku tanya 'Dia ada buat salah kat kau ke?'
Aku macam 'Apesal lak?'
'Ye la, sebab rose tu kaler oren. Oren roses untuk SORRY'.
Ada aku kesah apa maksud kaler bunga tu?
Takde, aku takde hal apa kaler pun.
Janji aku dapat bunga.
Sebab sape dapat bunga maknanya dia adelah hot. Wakkakakaka.
Tapi Mak Aji baik hati.
Dia hantarkan sikit kek ni kat rumah aku sebab aku tak dapat sama-sama celebrate besday Pak Aji tahun ni.
And sampai skarang sebenarnya aku tak rasa lagi kek tu sebab aku tak turun-turun bawah.
Nanti la kejap lagi aku call bibik mintak bawakkan sikit kek tu naik bilik.
Aku harap aku dapat berita baik.
Sebab tadi aku tanya bibik pasal coklat DAIM yang kawan aku poskan pun bibik cakap tinggal sikit, Ija dah pesan kat bibik jangan kasik sesape makan sebab coklat tu sebenarnya dia punya. Oh pandai kau kan. Kau macam tau je mak kau nak makan coklat tu.
Actually aku order hadiah untuk Pak Aji tapi hadiah tu takde stok pulak. Kena tunggu.
That's why aku carik alternative hantar semua-semua ni sementara nak tunggu hadiah sampai.
Dan hadiah telahpun sampai tadiiiiiiiiiiii.
Yang Gucci Flora and Bvlgari Man tu untuk Pak Aji and Mak Aji. Sebab tu tak berbukak lagi.
Biar dorang bukak. Dah nama pun present. Tapi kalau nak suruh aku bukakkan pun bolehhhhhhhhhhhh.
Takkan Pak Aji sorang je nak menyembur, haruslah belikan Mak Aji sekali. Barulah berlumba-lumba menyembur.
Habis tu, aku tengok je???
Of cos la aku terbeli untuk aku jugak.
Lola bau dia aku rasa sesuai pakai malam.
Sebab kuat. Dia punya kuat tu macam Poison Dior and Beautiful Estee.
Jenis tak sesuai pakai siang (pendapat aku la).
Lovely tu, boleh tahan lovely bau dia.
But Hugo gila besttttttttttttttttt!!
Beli wehh, jangan tak beli!
Ok aku dah pening dah ni macam-macam bau ada. Semua tiga-tiga tadi aku spray kat badan sebab nak tau bau dia macamana. Aku perlu mandi sebab kejap lagi bibik nak bawak naik bubur kacang ijo. Nak makan takleh wangi-wangi sangat. Kalau boleh biar tak wangi lansung so that bau makanan tu masuk hidung. Baru ada selera.
Harmoni
Kelmarin (Selasa kot) ada reader bagitau kat wall FB aku yang gambar shooting rumah hari tu dah keluar kat magazine HARMONI. Aku series lupa lansung pasal kes shooting rumah ni sejak busy memantangkan diri. Pastu Rabu lepas, si Filla BBM aku cakap ada budak twit kat dia suruh bagitau aku beli magazine Harmoni. Pastu semalam ngan tadi ada reader email cakap pasal benda yang sama.
Baiklah.
Saya membeli.
Aku ingatkan keluar dalam edition muka Rozita Che Wan tu, rupanya keluar kat edition Lisdawati. Oh baru aku teringat masa fotographer tu shoot rumah aku, dia tak sempat nak minum sebab nak rush pi shoot rumah Amber Chia. Masa tu reporter tu bagitau aku punya akan keluar issue CNY sebab tu dorang shoot rumah Amber Chia.
Ni sebenarnya si Filla la punya pandai.
Dia la yang mensuggestkan reporter ni shoot rumah aku. Asalnya reporter tu nak shoot rumah mak dia. Masa reporter tu call aku, aku memula macam hesitate jugak sebab alahai rumah aku ni apa aje yang ada?? Lagi la sejak ada Rayyan ni, lengkap pakej walker, bouncer, buai, tilam-tilam dia, mainan sebakul, bakul pampers ngan baju semua complete kat living room aku. Pastu aku membayangkan pulak masa yang akan dorang ambik nak shoot the whole rumah sebab masa Impiana Dapur shoot dapur only pun dah setengah hari. Tapi masa tu takpela, aku takde anak kecik. Now ni ada Rayyan, kang kesian pulak si Rayyan ni kena disorokkan sepanjang hari sebab takut dia membelitkan diri kat celah-celah cable lampu segala.
Actually takde la sampai kena sorok anak tapi aku paham sangat la anak aku tu, dia tu skarang dah masuk jurus komando. Pantang letak kat lantai memang zap zap zap tetiba ada bawah meja makan. Macam cacing kepanasan sikit anak aku ni. Menggelupur 24 jam.
But sebenarnya shooting tu kejap je.
Fotographer tu pun bawak DSLR je, takyah bawah lampu ke, additional cable ke apa ke.
Maybe sebab HARMONI ni bukan majalah Deko, dia lebih kepada majalah-majalah biasa yang ada isu keluarga, kesihatan, gosip, bla bla bla. Isu dia lebih banyak jadi ruangan HIASAN tu cuma salah satu skop dalam majalah tu je, so tak banyak keje sangat la. Fuh, seb baikkkkkk.
Hep! Masa ni bukan berempat okkkk, tapi berlima!
Macamana muka dah kembung macam ni aku leh tak terpikir lagi yang aku mengandung?
Still relaks-relaks je bila period lambat datang.
Sekali kauuuuuu.
Tapikan, gamba ni membuktikan yang aku ni sememangnya selebet.
Dah 2 kali dah orang datang shoot rumah, ada korang pernah tengok mana-mana tuan rumah yang keluar majalah dengan muka tak siap macam ni? Dah la pakai T Shirt je. Laki aku tu seb baik semenggah sikit sebab kebetulan dia balik rumah time lunch hour, kalau tak dia sama selenga macam aku.
Aku pun tak tau apesal aku macam ni.
Padahal aku tau dah reporter nak datang shoot rumah. Dia dah pesan dah nanti nak ambik gamba tuan rumah sekali. Kalau orang lain mesti dah siap-siap dah.
Yang kau????
Kau macam konfiden cantik je kasik orang ambik gamba muka kau yang belengas tu. Pftttttt.
Baik hati sungguh reporter ni tulis "DEKORASI MINIMALIS".
Terhibur la jugak hati aku membacanya. Haha.
Padahalllllllllllllllllllllllll ada kau tengok rumah orang lain dining area lapang macam ni????
Takde okkkk, takde!
Sebab tu Rayyan boleh pusing-pusing walker dia satu rumah tanpa rintangan dan halangan sebab memang mak bapaknya tak beli banyak barang kat rumah. Jadi anak-anakku, silalah berpusing-pusing keliling meja ni sesuka hatimu. Kalau calar, kau siappppp.
Meja makan ni kan hanya diguna kalau ada keramaian je kat rumah.
Kalau tak, memang takde la.
Sebab tu aku berani beli kusyen kaler putih, sebab aku tak makan kat sini. Ni kira macam prop la. Tempat ambik gamba je.Ngahaha.
Ye, suami saya memang sayang banyak benda.
Tapi semua dia simpan dalam kotak, sebab terlampau sayang sangat.
Aku tak paham apesal kau nak simpan dalam kotak.
Padahal benda-benda macam ni boleh jadi barang perhiasan.
Sila bagi kredit kat aku sebab aku la yang mencadangkan kat dia supaya framekan key chain-key chain ni semua. Susah payah kau redah satu Jepun kumpul key chain ujung-ujung simpan lam kotak bawah katil. Pastu lupa letak mana. Pastu time nak pakai satu rumah dia gegar suruh tolong carik. Ceh. Nyusahkan aku je.
Ni pun aku tengah plan nak dia do something dengan duit-duit kertas lama and coin-coin yang dia kumpul. Nanti dah siap, aku tunjuk ok?
Everytime ada orang first time datang rumah aku, mesti ada yang tanya kenapa dapur besar tapi tak buat wet kitchen.
Aku jawab "Taknak".
Aku tak dilahirkan dalam rumah besar, dalam keadaan rumah mewah ada ruang tamu pertama, ruang tamu kedua, ruang tamu ke lapanblas, dapur kering, dapur tak berapa nak kering, dapur basah kuyup, bla bla bla...
Rumah Mak Aji sangat simple.
Ada satu hall, kat situ jugak tempat tengok TV.
Ada satu dapur.
Ada satu ruang makan untuk meraikan orang (kalau sedara-mara datang ramai-ramai).
Kalau hanya family, memang semua makan kat dapur.
Dengan cara tu secara tak lansung mengajar kitorang yang rumah kena sentiasa dalam keadaan kemas. Sebab kau takde pilihan lain. Hall kau cuma ada satu je. Kat situ lah kau terlentang tengok tv, dan kat situ jugaklah tempat tetamu duduk kalau ada. Jadi untuk mengelakkan masing-masing gelabah mengemas if ada tetamu datang mengejut so rumah kena sentiasa kemas.
Same goes to dapur.
Disebabkan dapur adelah dapur terbuka, jadi tetamu masuk pintu rumah aku straightttttttttttttttttttt boleh nampak dapur. Jadi, dapur kena kemas. Bila ada wet kitchen MOSTLY orang ambik mudah part nak berkemas sebab selalunya wet kitchen ni tersorok. Tapi ada jugak orang yang teliti cuma kebanyakkannya tak. Jadi, aku takut kalau aku ada wet kitchen lama-lama sok aku pun macam kemas ala kadar je sebab dapur tersorok. Jadi, siang-siang aku cakap kat kitchen designer aku taknak wet kitchen.
Tapi jangan tertipu la.
Selalunya dapur aku tak se-clear ni. Hahah.
Selalunya atas stove tu walaupun dah selesai masak, aku tetap akan letak kuali kat atas tu sebab aku malas nak menyimpan kuali yang hari-hari kau konfem guna untuk masak. Takde keje aku kejap-kejap nak menonggeng carik kuali dalam kabinet. Melainkan kalau nak bercuti macam balik Tganu ke, aku akan simpan semua kitchen utensils.
Yang paling kitorang tak sangka, bila keluar gamba ni.
Adoi laaaaaaaa...apa aje la yang ada kat guest room ni?
Takde apa pun.
Kalau Mak Aji and Pak Aji datang, memang dorang akan tido bilik ni la.
Lagi satu guest room sebelah bilik ni tapi masa shooting tu, mak mertua aku ada kat dalam bilik tu so aku cakap takyah la ambik. Sekarang guest room 2 tu jadi bilik mak mertua aku dah.
Bilik aku takde.
Sebab bilik aku macam gelanggang galah panjang. Takde apa
Memang sengaja dibiarkan luas. Senang sikit nak beraksi.
Lepas ni kontrol sikit
En Wan : So macamana skarang ni. Nak pasang IUD ke tak?
Aku : Malas la. Budak-budak (reader) cakap kan, mana yang pakai IUD ada yang boleh mengandung jugak sebab benda tu beralih. Ada yang cakap dia period, benda tu keluar sekali.
En Wan : Ye ke?
Aku : Ada budak tu cakap kalau pakai IUD ni tak rasa selesa sangat masa tengah on tu.
En Wan : Try la dulu, tak try tak tau.
Aku : Sedappppp je cakap kan? Sebab tak masuk kat celah kangkang dia boleh la nak suruh-suruh orang. Cuba yang kena jolok tu abang. Dokter pun cakap time masuk tu perit sikit. Taknak ah. Dah malas nak pikir-pikir pasal ni. Selama ni boleh je prevent. Hari tu je jadik.
En Wan : Yang cucuk kat tangan tu, taknak try?
Aku : Yang tu kan dokter kata sometimes cause bleeding. Ada budak tu cakap dia pakai benda tu, period dia jadi tak regular. Tang period tak regular ni yang malas sikit.
En Wan : Semuanya takut, habis tu taknak pakai apa-apa la ni?
Aku : Takyah la. Pandai-pandai abang la.
En Wan : Kondom je la kalau macam tu.
Aku : Plis okkkkk. Kerajaan cakap apa? Kurangkan penggunaan plastik!!
En Wan : Ok la. Kalau macam tu hari Sabtu je kita rest sebab hari Sabtu je takleh pakai plastik. Hari lain kita pakai la.
(Pastu gelak sorang-sorang. Apa yang klaka pun aku tak tau. Aku pandang je dia ni dengan muka keji)
Buat masa ni aku dah decide taknak sumbat apa-apa dalam badan aku.
Pil perancang pun taknak.
Tapi tadi ada reader yang bagitau dia ada makan satu pil nama pil YASMIN.
Pil ni boleh beli kat pharmacy.
Tapi aku lom tanya lagi.
Dia kata pil ni pil paling mahal, RM45 sebiji (I think so).
Makan untuk 21 hari, lagi 7 hari jangan makan sebab masa ni period akan keluar.
Takde side effect gemuk ke apa ke, period pun teratur and dia kata paling best badan lebih fit and kulit licin.
Nak try?
Pi google sendiri.
2012-01-12
Cinta hatiku...kemarilah!
Pagi tadi aku dapat 2 pakej.
One is cokelat yang aku order pakai air liur je dari kawan aku.

Bila Obey bagitau dia akan carikkan Padaiyappa wth Eng subt, aku dok membayangkan dia akan copy kat DVD. Sekali kauuuuuu...USB terus!
Kau nak balik ke tak usb drive kau ni, Obey??
Si Redza dah berkenan dah dengan lori ni. Dari tadi dia dok pegang je lori kau ni.

Online
Mula-mula aku nak bagitau yang order untuk macaroni and lasagna dah dibuka semula.
Sorry aku tak dapat nak respond email sorang-sorang, jadi aku announce kat blog je la ok?
Tapi kalau nak order, please email terus Mak Aji at dahlia2708@gmail.com.
Cookies memang dia dah stop.
Ingatkan nak buat for raya je tapi lepas raya until November ada lagi yang request.
Mak Aji nak simpan cookies hanya untuk raya punya order aje.
This year order cookies pun please go straight to Mak Aji.
And Mak Aji cakap kalau sesape nak jadi supplier untuk cookies dia boleh bincang dengan dia direct Sebab last year ada sorang customer tu order sampai 44 botol. Jadi Mak Aji kata, kalau ada yang nak jadi supplier dia akan bagi harga supplier.
Ok stop cerita kuih.
Inner aku dah sampai.
First time aku beli kat coolinner.com
Masa mula-mula bertudung dulu, ada reader yang suggest beli kat sini.
Tapi masa tu aku takde sebab untuk bershopping online sebab rajin keluar. Jadi, aku beli inner kat PKNS Shah Alam. Masa tu aku beli harga dia RM19 sehelai, material not bad.
Bila dah tersadai kat rumah takleh keluar-keluar ni memang panjang la akal aku kan.
Time susun-susun baju kat lemari aku rasa macam nak menambah kaler inner.
Jadi aku beli a few kat innercool.
Baby blue, turquoise, shocking yellow, black, white, bright purple and hijau pucuk pisang. Material dia takde la nipis sangat, just nice. Tak panas. RM15/sehelai.
Aku rasa semorang tau coolinner..
Tapi kalau yang belum tau, silalah serang.
Of cos kalau dari segi material aku lebih suka yang RM19 tu.
Tapi yang RM15 ni pun boleh jugak, sedap jugak. Nak pakai kat dalam je pun.
Bila cerita pasal harga ni, baru-baru ni ada sorang reader call aku. Dia ni rajin gak call aku kalau nak minta advise. Ada ke hari tu dia call aku 'Kak, tolong bagi ayat power sikit kak'.
Terserlah ke-celuparan aku rupanya sampai ada orang mintak khidmat ayat power.
Cenggini..
Budak ni pun ada buat online bisnes.
Baru-baru ni dia kata ada customer mintak refund sebab rasa tertipu barang yang dia jual tu tak meet her expectation.
Barang yang reader ni jual adelah barang permainan for kids.
Kat details, dia dah cakap barang ni untuk learning and fun purpose.
Harga with transport RM40.
Customer lain tak cakap apa pun.
Tapi this one customer yang beria-ia mintak duit balik sampai nak bawak ke tribunal.
Bagi aku, tak kisah la kau nak bawak ke tribunal ke apa ke, itu memang hak kau sebagai pengguna.
Apa-apa korang bincanglah kat sana nanti.
Cuma kalau aku pun sebagai customer, benda pertama yang aku pikir sebelum beli adelah kenapa harga dia RM40?
Lepas tengok harga baru aku baca details dia.
Application yang dia offer tu macamana, berbaloi tak dengan harga.
Then, aku tengok rupa barang tu.
Coz sometimes, ada barang yang rupa dia tak cantik mana, tapi sebab material dia material bagus, sebab tu harga dia mahal sikit. Kalau material bagus and rupa pun bagus of cos la harga pun lagi mahal. Standard la tu kan.
So in her case, aku dah tengok barang tu rupa macamana.
Kalau dengan RM40 (with transport) and rupa barang tu pun biasa-biasa je, apa yang ko expect dengan harga RM40?
Ko expect ada application download games??
Ada application chatting??
RM40 with transport beb.
Kalau transport kata la RM9, harga barang adelah RM31.
Kalau katakan dia ambik 30% margin (orang buat bisnes mesti la nak untung sikit, kalau tak untung bukan bisnes namanya, Tu namanya khidmat masyarakat), harga cost adelah around RM21.
Jangan la comparekan harga beli kat kedai dengan beli online kak cik.
Online tu kaedah nak bagi mudah kat pembeli.
Kalau ko free, kau pergilah kedai beli sendiri.
Ko pergi kedai pun tak guna duit ke? Duit minyak, duit tol, duit parking.
Asalnya kau pergi kedai nak beli barang harga RM21, ujung-ujung jadi RM80.
Sebab selalunya orang gi kedai ni dia akan melencong beli benda lain gak.
Tapi aku cakap kat reader tu, takpela. Customer nak bawak pi tribunal silakan.
Dia memang ada hak untuk buat macam tu.
Tapi kalau kita rasa kita buat bisnes jujur, takpe.
Takde rezeki sekarang, insyallah ada rezeki lain masa.
Tapi kalau beli secara online ni takde benda yang paling sakit hati selain dari barang tak sampai.
Macam ada sorang reader yang beli shawl kat aku, dalam Pos Laju tracking dah sampai kat Kota Kinabalu.
Dia pi check, barang takde dalam simpanan. Boleh?????
Dulu pun jadi gak kat Pos Laju Kuantan. Budak beli jeans kat aku, kat tracking dah sampai Kuantan. Dah ada dalam record dorang pun, tapi dorang carik tak jumpa.
Pastu refund kat aku just RM120.
Kalau barang tu harga RM5000 how???
Kau bayar aku RM120 je la kan? Pastu esok lusa buat la lagi.
Pftttt.
Ni pun aku tengah cuak tunggu barang aku dari asos.com.
Aku order baju kat asos 23/12 lepas.
Gatal tangan click-click pastu terbeli.
Sampai skarang tak sampai-sampai lagi sebab dia guna standard mail.
Patut sampai 9 Jan, tapi sampai now yilek.
Asos cakap tunggu sampai 19th sebab banyak cuti so maybe slow sikit.
Slow takpe, jangan tak sampai-sampai.
2012-01-11
Perang
Macam kes semalam.
Aku kan takleh drive sebab dokter tak benarkan, so apa-apa harap kat En Wan je la.
Semalam pulak kebetulan besday Pak Aji.
Memikirkan yang Ima dah sah-sah la dok JB, aku tengah berpantang la pulak, so takde sape nak celebrate besday Pak Aji. Walaupun aku tau Ibal konfem akan bawak pi makan punya tapi aku dapat merasakan dinner dorang tu tak bermakna tanpa kehadiran aku. Maka, aku pun order bunga, cokelat and kek mintak blooming.com hantar. Sebab perfume yang aku order untuk Pak Aji tak sempat sampai semalam.
Lepas checkup, aku ajak En Wan balik Bangi jap.
Dapat duduk setengah jam jadikla, aku nak jumpa Pak Aji.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiii orang tua ni sibuk gila nak tengok bola.
Berapi-api la aku kan bila alasan dia taknak balik Bangi sebab nak layan bola. Dah la tengok kat TV je, macamlah rumah bapak aku takde TV. Mentang-mentang la aku takleh drive, sedap tekak je cakap 'Hujung minggu la balik, abang nak tengok bola malam ni'. Kalau aku ikut hati semalam aku start enjin zassssss balik sorang. Nak terburai isi perut ke apa ke lantaklah janji aku balik jumpa bapak aku.
Tapi tu la kan, hati tu memberontak nak melawan tapi akal tu asik la bagi warning 'Jangan derhaka Dianaaaaa...kau ingat pahala kau dah banyak sangattttt????'.
Korang (ladies) pernah tak alami situasi macam ni.
Situasi ko bengang gila dengan laki kau tapi kau takleh buat apa sebab kau tak boleh lawan dia sebab kita memang tak boleh. Tapi kau sakit hati.
Bila sakit hati and tak boleh nak marah suami, kita ( or maybe aku je dalam kes ni) akan mengaktifkan misi 'sentap dan senyap'.
Tapi kan yang si laki aku ni pulak (or maybe semua laki macam ni), bila dia realize yang bini dia senyap sebab sentap ngan dia, dia bukan reti pujuk tau tapi dia macam testing-testing.
Like En Wan semalam, dia dah tau dah ni bini dia memang jenis bercakap tak berenti-renti, tetiba aku senyap sepi. Dia dah tau dah aku bengang dengan dia tapi dia buat-buat tanya 'Baju abang dah gosok, Di?'.
Aku angguk.
Lagi lima minit nanti kan dia tanya lagi 'Hari ni keje camne? Ok?'
Aku angguk.
Seboleh-boleh aku taknak bercakap dengan dia.
Tapi orang tua ni selagi aku tak bercakap selagi tu dia bertanya macamkan benda tu penting sangat. Sengaja je dia ni.
Dia bukan tau nak pujuk bini dia ni, nak temuramah aku macam-macam pulak. Menambahkan sakit hati aku lagi ada.
Pastu dia tanya lagi.
Seboleh-boleh dia nak suruh aku bercakap dengan dia.
Aku buat diam je. Angguk and geleng je.
Sorry la aku nak bercakap.
Pastu time nak tido kan rilekkkkkkkk je dia peluk aku macam takde benda je jadik tadi.
Aku ni nakkkkkkkkkkk je terajang dia.
Tapi tu la kan, kang berdosa pulak.
Tapi hati aku ni sakit gila!!!!!
Lagi buat aku sakit tu sebab kau ni apehal ah???? Tak reti ke nak pujuk aku ke, say sorry ke, apa ke...bajet kalau kau peluk aku everything akan back to normal la????
Aku tak paham.
Ni penyakit laki aku ke, or semua laki penyakit dia macam ni????
Bila dia rasa aku takde respon masa dia peluk tu, nnt dia buat-buat la terpusing sana, terpusing sini, tepuk-tepuk bantal la, kebas-kebas selimut la, tergaru-garu la, kejap-kejap tampa nyamuk la apa la. Kang aku bangun aku libas dengan bantal ni kangg.
Aku buat diam je.
Aku tak respon apa-apa pun.
Kau nak peluk kau peluk la.
Nama aku nak peluk kau balik nehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Aku rasa sampai kul 2am jugak la dia menggelisah.
Yang pelik tu sanggup dia menggelisah dari pujuk aku????
Lantak kau.
Biar kau mengantuk pegi keje esok.
Pagi tadi aku sedar (tapi buat-buat tido), sebelum gi keje dia selimutkan aku balik.
Siap tepuk-tepuk bahu aku lagi konon macam 'Tidurlah sayang, abang keluar mencari rezeki untuk kita'.
BLAAAAAAAAAAAAAAAAH.
See if balik keje kang dia nak pujuk aku ke tak.
Sehingga ke saat itu, mode perang masih aktif.
Scan
Alhamdulillah rahim bersih cuma bengkak.
Dokter kata bengkak tak banyak cuma sepatutnya dah seminggu buat DnC tak seharusnya rahim tu bengkak lagi. Docter tanya "Awak banyak bergerak ke?"
"Takde lah!!"
Gila nak mengaku banyak bergerak???
Sekali dia terus tahan aku kat wad baru melolong aku kat situ.
Cara-cara kena kurung dalam bilik pun dah macam-macam aktiviti gotong-royong aku buat.
Kang kalau dia sumbat aku dalam wad, ada kang tetiba aku transform jadi nurse macam kat Serdang dulu.
Dokter kata dia bagi aku masa lagi 3-4 hari, dia kata kalau aku betul-betul rest and tak banyak gerak, mesti dah baik.
Baiklah dokter.
Saya akan usahakan.
Dokter kata sementara rahim belum kecut betul ni, eloklah masuk IUD.
Aku tanya sakit ke tak?
Dokter cakaptakde lah sakit tapi masa masuk tu terasalah perit sikit.
Apekah bezanya sakit and perit????
Bila dia cakap PERIT tu aku terbayangkan pepek aku melecet.
Ouch!
Lepas tu aku tanya lagi chances nak pregnant tu memang 0% ke bila pakai bendalah tu.
Dokter cakap kena check selalu takut kedudukan dia beralih. Kalau beralih kena betulkan la.
Aiseyman, kalau betulkan guna remote kontrol takpe gak.
Ni kang, kena seluk-seluk korek-korek lagi.
Aku cukup malas la benda yang menyusahkan macam ni.
Kita pasang benda tu biar tenteram sikit perasaan so that takde la memikir sangat eh aku ni mengandung ke?? Lekat ke?
Bila dokter cakap nak kena rajin datang check IUD beralih ke tak, alaaaa, takleh aksi wild lepas ni.
Nak kena aksi sopan-sopan.
Tak feel la dokter.
Apa barang aksi-aksi sopan. Eh.
Jadinya aku decided malas la nak IUD-IUD segala.
Muktamad.
Asal aku nak baring je nanti aku terpandang benda ni belum buat, quotation ni belum buat. Kang nak off laptop kan, customer call ada urgent request. Malas nak bagitau customer aku sakit. Malas nak pass-pass tanggungjawab kat orang lain.
Just like baru-baru ni.
Aku carik new tailor untuk tailoring bisnes aku tu.
Aku plan biar la tailor yang ada now ni concentrate dengan blouse and dress sebab itu memang kepakaran dia. Aku plan nak carik tailor yang boleh concentrate buat baju kurung pulak. Baju kurung ni aku tak kisah sangat sebab pola dia sama je, so orang tu nak keje from home pun takde hal. Ramai orang yang ambik upah jahit baju kurung secara pukal sekarang. Nak ambik new tailor, mesin aku cuma ada dua je buat masa sekarang.So aku decided unuk baju kurung, aku nak ambik tailor upah secara pukal.
So ada la sorang akak ni. Bila aku cakap aku ada kain banyak ni, nak dia buat baju kurung secara constant banyak ni banyak ni, dia terus cakap boleh. Aku pulak bangsa yang senang nak lebih kurang dengan orang. Ok, kau ada anak kecik, nak buat keje from home, silakan. Tapi dalam sekian-sekian masa kena siap. Akak tu mintak sebulan untuk siapkan. Ok lah, takde hal.
Aku call last week, dia tak siapkan pun lagi.
Yang lagi bestkan, selamba je dia kata kain aku ada kat kawan dia. Baju tu dia sub kat kawan dia.
Bangkai tak????
Bila kawan aku mintak address kawan dia (akak ni tinggal kat negeri lain, so kawan aku tolong handlekan), akak ni taknak kasik. Pastu mintak dia call kawan dia tanyakan pasal status baju, dia kata henfon dia rosak takleh on. Nombor kawan tak ingat.
Speechless.
Aku tak sangka ada lagi orang buat bisnes macam ni.
I mean kau beria-ia cakap kau boleh buat, kau pernah ambik tempahan bla bla bla bla.
Pastu pftttttttttttt.
Yang aku risau tu masa kain-kain tu sampai kat dia, dia cakap 'Cantik-cantik la kain Diana ni, sedap je kain dia'.
Cuak aku bila aku ingat-ingat balik ayat dia tu.
Aku terbayang-bayang je nanti dia kata 'kain hilang'.
Bukan tak pernah ada pengalaman dengan tailor-tailor yang buat alasan 'kain hilang' ni. Yang hilang tu kain yang best-best lak tu.
Now ni kawan aku tengah settlekan macamana.
Jangan sampai aku naik rumah kau settlekan ye, kak.
Sekarang ni aku tengah tunggu new tailor datang from Indonesia.
Terus duduk rumah aku. Biar senang aku nak monitor.
Lama-lama sok rumah aku ni jadi kilang.
Agaknya itulah hikmahnya beli rumah 6 bilik. Hilangkan nak jadikan bilik tetamu, terus esok bilik-bilik aku jadik asrama pekerja.
Oh yes, yang email aku tanya ambik upahan ke tak.
Buat masa ni tak. Buat masa ni tailor aku concentrate untuk produce blouse and dress for online business and butik. And tailor ini memang bekerja dengan aku sahaja. So untuk blouse yang aku advertise semalam, bukan baju sub kat tailor luar ye. Itu memang designed and produce in-house.
Tak berani dah aku nak sub-sub kat orang ni.
Dapat yang ok, memang ok.
Dapat yang tak amanah, memang macam-macam la aku dapat.
Dapat sakit hati, dapat dosa maki hamun dia.
Semalam aku boleh layan Kuch Kuch Hota Hai ni buat keberapa puluh kali ntah. Layan sampai kul 3 pagi.
2012-01-10
Blouse
Actually serba salah aku bila ada reader yang tanya baju yang aku buat (tailoring shop) tu baju muslimah ke tak. Of cos orang akan bajet aku buat baju muslimah la kan sebab aku bertudung.
Nak kata muslimah sangat tu tak la, tapi baju tu boleh dipakai oleh yang bertudung.
Kalau yang berlengan pendek pakailah inner.
Kalau jarang, pakailah tube (bagi yang tak bertudung).
Setakat ni, tailoring bisnes aku cuma guna material silk and chiffon.
Jadinya inner and lining adelah perlu :). Kalau taknak pakai inner pun bolehhhhhhh.
Kualiti jahitan - dijamin sebab tailor aku memang from butik.
Skirt tak jual eh.
Skirt tu aku masih nak pakai lagi.
Size adelah fix, sebab aku buat tailor-made, bukan garment style.
Jadi tiada saiz M, L, apetah XS.
Untuk blouse-blouse kat atas, saiz baju adelah :
Pinggang : 38 inch
Labuh : 24.5 inch
Dada : 34 inch
Kalau korang rasa pinggang korang 27, 28, 30 or 32 maknanya boleh la masuk baju tu sebab baju tu sebenarnya loose, aku memang tak buat baju ketat-ketat, tapi ada tali untuk korang ikat kat belakang. Ikut la kalau nak nampak bentuk badan, ketat la kuat sikit, kalau nak loose, ikat longgar je. Aku punya aku dah cop siang-siang kaler yellow. Hehe..
Price : RM118 with transport.
Baju ni takde buat2 lagi dah pasni ye, sebab lepas produce je, aku terus suruh tailor buang pola dia bagi memastikan sentiasa ada design baru. Sape cepat, dia punya.
Email : aveo757@yahoo.com









































