walk on wings, tread in air: Perang <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Perang
2012-01-11
Aku kan kadang-kadang jadi konfius pastu jadi bangang bila berada dalam situasi bergaduh dengan En Wan. Bukan la perang gila-gila pun. Biasa la kan, kalau tersentap-sentap tu.

Macam kes semalam.
Aku kan takleh drive sebab dokter tak benarkan, so apa-apa harap kat En Wan je la.
Semalam pulak kebetulan besday Pak Aji.
Memikirkan yang Ima dah sah-sah la dok JB, aku tengah berpantang la pulak, so takde sape nak celebrate besday Pak Aji. Walaupun aku tau Ibal konfem akan bawak pi makan punya tapi aku dapat merasakan dinner dorang tu tak bermakna tanpa kehadiran aku. Maka, aku pun order bunga, cokelat and kek mintak blooming.com hantar. Sebab perfume yang aku order untuk Pak Aji tak sempat sampai semalam.

Lepas checkup, aku ajak En Wan balik Bangi jap.
Dapat duduk setengah jam jadikla, aku nak jumpa Pak Aji.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiii orang tua ni sibuk gila nak tengok bola.
Berapi-api la aku kan bila alasan dia taknak balik Bangi sebab nak layan bola. Dah la tengok kat TV je, macamlah rumah bapak aku takde TV. Mentang-mentang la aku takleh drive, sedap tekak je cakap 'Hujung minggu la balik, abang nak tengok bola malam ni'. Kalau aku ikut hati semalam aku start enjin zassssss balik sorang. Nak terburai isi perut ke apa ke lantaklah janji aku balik jumpa bapak aku.

Tapi tu la kan, hati tu memberontak nak melawan tapi akal tu asik la bagi warning 'Jangan derhaka Dianaaaaa...kau ingat pahala kau dah banyak sangattttt????'.

Korang (ladies) pernah tak alami situasi macam ni.
Situasi ko bengang gila dengan laki kau tapi kau takleh buat apa sebab kau tak boleh lawan dia sebab kita memang tak boleh. Tapi kau sakit hati.
Bila sakit hati and tak boleh nak marah suami, kita ( or maybe aku je dalam kes ni) akan mengaktifkan misi 'sentap dan senyap'.

Tapi kan yang si laki aku ni pulak (or maybe semua laki macam ni), bila dia realize yang bini dia senyap sebab sentap ngan dia, dia bukan reti pujuk tau tapi dia macam testing-testing.
Like En Wan semalam, dia dah tau dah ni bini dia memang jenis bercakap tak berenti-renti, tetiba aku senyap sepi. Dia dah tau dah aku bengang dengan dia tapi dia buat-buat tanya 'Baju abang dah gosok, Di?'.

Aku angguk.

Lagi lima minit nanti kan dia tanya lagi 'Hari ni keje camne? Ok?'

Aku angguk.

Seboleh-boleh aku taknak bercakap dengan dia.
Tapi orang tua ni selagi aku tak bercakap selagi tu dia bertanya macamkan benda tu penting sangat. Sengaja je dia ni.
Dia bukan tau nak pujuk bini dia ni, nak temuramah aku macam-macam pulak. Menambahkan sakit hati aku lagi ada.

Pastu dia tanya lagi.
Seboleh-boleh dia nak suruh aku bercakap dengan dia.
Aku buat diam je. Angguk and geleng je.
Sorry la aku nak bercakap.

Pastu time nak tido kan rilekkkkkkkk je dia peluk aku macam takde benda je jadik tadi.
Aku ni nakkkkkkkkkkk je terajang dia.
Tapi tu la kan, kang berdosa pulak.
Tapi hati aku ni sakit gila!!!!!
Lagi buat aku sakit tu sebab kau ni apehal ah???? Tak reti ke nak pujuk aku ke, say sorry ke, apa ke...bajet kalau kau peluk aku everything akan back to normal la????

Aku tak paham.
Ni penyakit laki aku ke, or semua laki penyakit dia macam ni????

Bila dia rasa aku takde respon masa dia peluk tu, nnt dia buat-buat la terpusing sana, terpusing sini, tepuk-tepuk bantal la, kebas-kebas selimut la, tergaru-garu la, kejap-kejap tampa nyamuk la apa la. Kang aku bangun aku libas dengan bantal ni kangg.

Aku buat diam je.
Aku tak respon apa-apa pun.
Kau nak peluk kau peluk la.
Nama aku nak peluk kau balik nehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Aku rasa sampai kul 2am jugak la dia menggelisah.
Yang pelik tu sanggup dia menggelisah dari pujuk aku????

Lantak kau.
Biar kau mengantuk pegi keje esok.

Pagi tadi aku sedar (tapi buat-buat tido), sebelum gi keje dia selimutkan aku balik.
Siap tepuk-tepuk bahu aku lagi konon macam 'Tidurlah sayang, abang keluar mencari rezeki untuk kita'.

BLAAAAAAAAAAAAAAAAH.

See if balik keje kang dia nak pujuk aku ke tak.
Sehingga ke saat itu, mode perang masih aktif.

posted by aveo757 @ 6:44 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER