2012-01-11

Scan

Semalam aku gi buat scan, check if rahim aku clear ke tak lepas buat DnC tu hari.
Alhamdulillah rahim bersih cuma bengkak.
Dokter kata bengkak tak banyak cuma sepatutnya dah seminggu buat DnC tak seharusnya rahim tu bengkak lagi. Docter tanya "Awak banyak bergerak ke?"

"Takde lah!!"

Gila nak mengaku banyak bergerak???
Sekali dia terus tahan aku kat wad baru melolong aku kat situ.
Cara-cara kena kurung dalam bilik pun dah macam-macam aktiviti gotong-royong aku buat.
Kang kalau dia sumbat aku dalam wad, ada kang tetiba aku transform jadi nurse macam kat Serdang dulu.

Dokter kata dia bagi aku masa lagi 3-4 hari, dia kata kalau aku betul-betul rest and tak banyak gerak, mesti dah baik.
Baiklah dokter.
Saya akan usahakan.

Dokter kata sementara rahim belum kecut betul ni, eloklah masuk IUD.
Aku tanya sakit ke tak?
Dokter cakaptakde lah sakit tapi masa masuk tu terasalah perit sikit.

Apekah bezanya sakit and perit????

Bila dia cakap PERIT tu aku terbayangkan pepek aku melecet.
Ouch!

Lepas tu aku tanya lagi chances nak pregnant tu memang 0% ke bila pakai bendalah tu.
Dokter cakap kena check selalu takut kedudukan dia beralih. Kalau beralih kena betulkan la.

Aiseyman, kalau betulkan guna remote kontrol takpe gak.
Ni kang, kena seluk-seluk korek-korek lagi.
Aku cukup malas la benda yang menyusahkan macam ni.
Kita pasang benda tu biar tenteram sikit perasaan so that takde la memikir sangat eh aku ni mengandung ke?? Lekat ke?

Bila dokter cakap nak kena rajin datang check IUD beralih ke tak, alaaaa, takleh aksi wild lepas ni.
Nak kena aksi sopan-sopan.
Tak feel la dokter.
Apa barang aksi-aksi sopan. Eh.

Jadinya aku decided malas la nak IUD-IUD segala.
Muktamad.


 
Menu hari ini.
Spageti goreng. 
Sedap gak bibik aku buat ni.


Sekarang ni aku cuma nak pikir apa jalan nak kasik rahim aku ni baik cepat sikit.
Ni pun aku tengah duduk menaip, dari pagi duduk tak baring-baring lagi.
Asal aku nak baring je nanti aku terpandang benda ni belum buat, quotation ni belum buat. Kang nak off laptop kan, customer call ada urgent request. Malas nak bagitau customer aku sakit. Malas nak pass-pass tanggungjawab kat orang lain.

Just like baru-baru ni.
Aku carik new tailor untuk tailoring bisnes aku tu.
Aku plan biar la tailor yang ada now ni concentrate dengan blouse and dress sebab itu memang kepakaran dia. Aku plan nak carik tailor yang boleh concentrate buat baju kurung pulak. Baju kurung ni aku tak kisah sangat sebab pola dia sama je, so orang tu nak keje from home pun takde hal. Ramai orang yang ambik upah jahit baju kurung secara pukal sekarang. Nak ambik new tailor, mesin aku cuma ada dua je buat masa sekarang.So aku decided unuk baju kurung, aku nak ambik tailor upah secara pukal.

So ada la sorang akak ni. Bila aku cakap aku ada kain banyak ni, nak dia buat baju kurung secara constant banyak ni banyak ni, dia terus cakap boleh. Aku pulak bangsa yang senang nak lebih kurang dengan orang. Ok, kau ada anak kecik, nak buat keje from home, silakan. Tapi dalam sekian-sekian masa kena siap. Akak tu mintak sebulan untuk siapkan. Ok lah, takde hal.

Aku call last week, dia tak siapkan pun lagi.
Yang lagi bestkan, selamba je dia kata kain aku ada kat kawan dia. Baju tu dia sub kat kawan dia.
Bangkai tak????
Bila kawan aku mintak address kawan dia (akak ni tinggal kat negeri lain, so kawan aku tolong handlekan), akak ni taknak kasik. Pastu mintak dia call kawan dia tanyakan pasal status baju, dia kata henfon dia rosak takleh on. Nombor kawan tak ingat.

Speechless.

Aku tak sangka ada lagi orang buat bisnes macam ni.
I mean kau beria-ia cakap kau boleh buat, kau pernah ambik tempahan bla bla bla bla.
Pastu pftttttttttttt.

Yang aku risau tu masa kain-kain tu sampai kat dia, dia cakap 'Cantik-cantik la kain Diana ni, sedap je kain dia'.

Cuak aku bila aku ingat-ingat balik ayat dia tu.
Aku terbayang-bayang je nanti dia kata 'kain hilang'.
Bukan tak pernah ada pengalaman dengan tailor-tailor yang buat alasan 'kain hilang' ni. Yang hilang tu kain yang best-best lak tu.

Now ni kawan aku tengah settlekan macamana.
Jangan sampai aku naik rumah kau settlekan ye, kak.

Sekarang ni aku tengah tunggu new tailor datang from Indonesia.
Terus duduk rumah aku. Biar senang aku nak monitor.
Lama-lama sok rumah aku ni jadi kilang.
Agaknya itulah hikmahnya beli rumah 6 bilik. Hilangkan nak jadikan bilik tetamu, terus esok bilik-bilik aku jadik asrama pekerja.

Oh yes, yang email aku tanya ambik upahan ke tak.
Buat masa ni tak. Buat masa ni tailor aku concentrate untuk produce blouse and dress for online business and butik. And tailor ini memang bekerja dengan aku sahaja. So untuk blouse yang aku advertise semalam, bukan baju sub kat tailor luar ye. Itu memang designed and produce in-house.



Tak berani dah aku nak sub-sub kat orang ni.
Dapat yang ok, memang ok.
Dapat yang tak amanah, memang macam-macam la aku dapat.
Dapat sakit hati, dapat dosa maki hamun dia.



I'm wearing shawl FLM-5 (tapi dah sold out)



Oh yes, new shawl dah ready untuk di-upload.
Tapi aku taknak upload hari ni sebab aku nak baring jap lagi.
Perut perlu direhatkan.
Mandi, pasang aircond, pakai nighty, pakai mask, layan Tamillllllllll.


 

Semalam aku boleh layan Kuch Kuch Hota Hai ni buat keberapa puluh kali ntah. Layan sampai kul 3 pagi.
Masih menangis macam first time tengok.