2012-01-13

Harmoni


Kelmarin (Selasa kot) ada reader bagitau kat wall FB aku yang gambar shooting rumah hari tu dah keluar kat magazine HARMONI. Aku series lupa lansung pasal kes shooting rumah ni sejak busy memantangkan diri. Pastu Rabu lepas, si Filla BBM aku cakap ada budak twit kat dia suruh bagitau aku beli magazine Harmoni. Pastu semalam ngan tadi ada reader email cakap pasal benda yang sama.

Baiklah.
Saya membeli.

Aku ingatkan keluar dalam edition muka Rozita Che Wan tu, rupanya keluar kat edition Lisdawati. Oh baru aku teringat masa fotographer tu shoot rumah aku, dia tak sempat nak minum sebab nak rush pi shoot rumah Amber Chia. Masa tu reporter tu bagitau aku punya akan keluar issue CNY sebab tu dorang shoot rumah Amber Chia.

Ni sebenarnya si Filla la punya pandai.
Dia la yang mensuggestkan reporter ni shoot rumah aku. Asalnya reporter tu nak shoot rumah mak dia. Masa reporter tu call aku, aku memula macam hesitate jugak sebab alahai rumah aku ni apa aje yang ada?? Lagi la sejak ada Rayyan ni, lengkap pakej walker, bouncer, buai, tilam-tilam dia, mainan sebakul, bakul pampers ngan baju semua complete kat living room aku. Pastu aku membayangkan pulak masa yang akan dorang ambik nak shoot the whole rumah sebab masa Impiana Dapur shoot dapur only pun dah setengah hari. Tapi masa tu takpela, aku takde anak kecik. Now ni ada Rayyan, kang kesian pulak si Rayyan ni kena disorokkan sepanjang hari sebab takut dia membelitkan diri kat celah-celah cable lampu segala.

Actually takde la sampai kena sorok anak tapi aku paham sangat la anak aku tu, dia tu skarang dah masuk jurus komando. Pantang letak kat lantai memang zap zap zap tetiba ada bawah meja makan. Macam cacing kepanasan sikit anak aku ni. Menggelupur 24 jam.

But sebenarnya shooting tu kejap je.
Fotographer tu pun bawak DSLR je, takyah bawah lampu ke, additional cable ke apa ke.
Maybe sebab HARMONI ni bukan majalah Deko, dia lebih kepada majalah-majalah biasa yang ada isu keluarga, kesihatan, gosip, bla bla bla. Isu dia lebih banyak jadi ruangan HIASAN tu cuma salah satu skop dalam majalah tu je, so tak banyak keje sangat la. Fuh, seb baikkkkkk.


Aku just letak gamba je la sebab gamba dah ada caption.
Kalau nak baca apa-apa yang reporter ni tulis boleh la beli.
Tapi sebenarnya rumah aku takde apa pun.



Ha, nampak tu??
Tu hanya 1/10 dari barang-barang Rayyan. Aku main letak je kat tepi meja tu, tak kuasa aku nak alihkan.


Cantikkan dinding aku??? Clearrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr je. Kosong. Terang pandangan mata.

Satu apa pun aku tak ubah. Home teater tu pun bukannya function pun. Dah 3 tahun aku duduk rumah ni, En Wan taknak pasangkan cable-cable speaker tu semua. Dia kata not now, sebab dia ada nak buat something kat area tu. Laki aku ni ada satu tebiat pelik. Kalau dia kata dia taknak pasang tu maknanya ada la benda dia nak buat kat ruangan ni sebenarnya. Aku tak tau la plan dia tu makan berapa tahun lagi. And aku tak paham ruangan menonton macamana yang dia nak sebenarnya. Asal aku cadang buat cenggini-cenggini semua dia tak berkenan. Padahal dia bukan tengok tv kat sini pun. Balik-balik mengangkang tengok kat atas jugak.

Sebenarnya belah kiri tu ada ruangan lagi.


Ruangan dia asalnya macam ni.

Tapi sejak gatal bukak tailoring bisnes ni, kat sini aku park baju-baju aku sementara aku larat nak tengok.
Dah tak larat esok, maybe aku akan rombak opis supaya ada space aku jadikan tempat tailoring so that sennag nak monitor tailor buat keje (aku pun tengah pikir camana aku nak rombak opis aku ni)


Wah, tembunnya! Bini saperkah????


Hep! Masa ni bukan berempat okkkk, tapi berlima!
Macamana muka dah kembung macam ni aku leh tak terpikir lagi yang aku mengandung?
Still relaks-relaks je bila period lambat datang.
Sekali kauuuuuu.

Tapikan, gamba ni membuktikan yang aku ni sememangnya selebet.
Dah 2 kali dah orang datang shoot rumah, ada korang pernah tengok mana-mana tuan rumah yang keluar majalah dengan muka tak siap macam ni? Dah la pakai T Shirt je. Laki aku tu seb baik semenggah sikit sebab kebetulan dia balik rumah time lunch hour, kalau tak dia sama selenga macam aku.

Aku pun tak tau apesal aku macam ni.
Padahal aku tau dah reporter nak datang shoot rumah. Dia dah pesan dah nanti nak ambik gamba tuan rumah sekali. Kalau orang lain mesti dah siap-siap dah.
Yang kau????
Kau macam konfiden cantik je kasik orang ambik gamba muka kau yang belengas tu. Pftttttt.




Baik hati sungguh reporter ni tulis "DEKORASI MINIMALIS".
Terhibur la jugak hati aku membacanya. Haha.
Padahalllllllllllllllllllllllll ada kau tengok rumah orang lain dining area lapang macam ni????
Takde okkkk, takde!
Sebab tu Rayyan boleh pusing-pusing walker dia satu rumah tanpa rintangan dan halangan sebab memang mak bapaknya  tak beli banyak barang kat rumah. Jadi anak-anakku, silalah berpusing-pusing keliling meja ni sesuka hatimu. Kalau calar, kau siappppp.

Meja makan ni kan hanya diguna kalau ada keramaian je kat rumah.
Kalau tak, memang takde la.
Sebab tu aku berani beli kusyen kaler putih, sebab aku tak makan kat sini. Ni kira macam prop la. Tempat ambik gamba je.Ngahaha.


"Key chain KESAYANGAN suami"


Ye, suami saya memang sayang banyak benda.
Tapi semua dia simpan dalam kotak, sebab terlampau sayang sangat.
Aku tak paham apesal kau nak simpan dalam kotak.
Padahal benda-benda macam ni boleh jadi barang perhiasan.

Sila bagi kredit kat aku sebab aku la yang mencadangkan kat dia supaya framekan key chain-key chain ni semua. Susah payah kau redah satu Jepun kumpul key chain ujung-ujung simpan lam kotak bawah katil. Pastu lupa letak mana. Pastu time nak pakai satu rumah dia gegar suruh tolong carik. Ceh. Nyusahkan aku je.

Ni pun aku tengah plan nak dia do something dengan duit-duit kertas lama and coin-coin yang dia kumpul. Nanti dah siap, aku tunjuk ok?



Everytime ada orang first time datang rumah aku, mesti ada yang tanya kenapa dapur besar tapi tak buat wet kitchen.

Aku jawab "Taknak".

Aku tak dilahirkan dalam rumah besar, dalam keadaan rumah mewah ada ruang tamu pertama, ruang tamu kedua, ruang tamu ke lapanblas, dapur kering, dapur tak berapa nak kering, dapur basah kuyup, bla bla bla...

Rumah Mak Aji sangat simple.
Ada satu hall, kat situ jugak tempat tengok TV.
Ada satu dapur.
Ada satu ruang makan untuk meraikan orang (kalau sedara-mara datang ramai-ramai).
Kalau hanya family, memang semua makan kat dapur.
Dengan cara tu secara tak lansung mengajar kitorang yang rumah kena sentiasa dalam keadaan kemas. Sebab kau takde pilihan lain. Hall kau cuma ada satu je. Kat situ lah kau terlentang tengok tv, dan kat situ jugaklah tempat tetamu duduk kalau ada. Jadi untuk mengelakkan masing-masing gelabah mengemas if ada tetamu datang mengejut so rumah kena sentiasa kemas.





Same goes to dapur.
Disebabkan dapur adelah dapur terbuka, jadi tetamu masuk pintu rumah aku straightttttttttttttttttttt boleh nampak dapur. Jadi, dapur kena kemas. Bila ada wet kitchen MOSTLY orang ambik mudah part nak berkemas sebab selalunya wet kitchen ni tersorok. Tapi ada jugak orang yang teliti cuma kebanyakkannya tak. Jadi, aku takut kalau aku ada wet kitchen lama-lama sok aku pun macam kemas ala kadar je sebab dapur tersorok. Jadi, siang-siang aku cakap kat kitchen designer aku taknak wet kitchen.

Tapi jangan tertipu la.
Selalunya dapur aku tak se-clear ni. Hahah.
Selalunya atas stove tu walaupun dah selesai masak, aku tetap akan letak kuali kat atas tu sebab aku malas nak menyimpan kuali yang hari-hari kau konfem guna untuk masak. Takde keje aku kejap-kejap nak menonggeng carik kuali dalam kabinet. Melainkan kalau nak bercuti macam balik Tganu ke, aku akan simpan semua kitchen utensils.



Ni namanya bilik buat syarat.
Janji bila orang datang tanya 'Bilik anak mana?'
So aku boleh la tunjuk 'Ni la bilik anak saya'.
Padahal malam-malam angkut tilam masuk tido bilik aku. Mandi pun kat bilik aku.
Study je kat dalam bilik ni. Tu pun kena teman.


 
Ni bukan koleksi anak ye, tapi koleksi bapaknya.
Si Redza ni mana tau sayang barang. Dia tau mintak barang je. Tapi nanti yang pasangkan, yang simpan, yang susun, yang mengelap semua En Wan. Jadi, aku consider ni mainan bapak dia.

Aku pun kategori mainan bapak dia gak. 
Lagi best main dengan aku kot. Eh.



Yang paling kitorang tak sangka, bila keluar gamba ni.
Adoi laaaaaaaa...apa aje la yang ada kat guest room ni?
Takde apa pun.
Kalau Mak Aji and Pak Aji datang, memang dorang akan tido bilik ni la.

Lagi satu guest room sebelah bilik ni tapi masa shooting tu, mak mertua aku ada kat dalam bilik tu so aku cakap takyah la ambik. Sekarang guest room 2 tu jadi bilik mak mertua aku dah.

Bilik aku takde.
Sebab bilik aku macam gelanggang galah panjang. Takde apa
Memang sengaja dibiarkan luas. Senang sikit nak beraksi.