2010-09-14

Raya Eve


SELAMAT HARI RAYA ALL!!!

Aku dah balik semula ke rumah sendiri semalam.
Takleh dok Bangi lama-lama, kang kalau aku duduk sampai seminggu, tahun depan turn raya kat Tganu En Wan pun nak bantai dok seminggu jugak. Sangap aku wehhhhhhh. (ye, aku sangat berkira!)

Aku balik Bangi, Rabu malam. Gerak dari Subang kul 11.30 malam okkkk.
Macamkan jauh sangat la sampai takleh tunggu esok.
Pedulik apa aku. Janji feeling balik beraya tu mesti mau ada. Best apa, sama-sama menyesakkan jalan raya walaupun LDP takat Subang-Bangi tu sesak apelah sangat. Tapi toll Puchong kul 11.30pm boleh tahan queue okkk.

Sempat la pulak aku singgah opis check kot ada surat ke, fax ke.
Dan selepas itu, pulang ke Bangi dengan takde masalah jem lansungggggggggg!!!
Tol pun RM6.40 je pegi balik.
Apa kata tahun depan kita raya Bangi lagi bang? Bukankah berjimat cermat itu amalan mulia?

Tapi emandangakan fridge sengaja dikosongkan, malam tu berbuka kat Pizza Hut. En Wan jamah sekeping pizza pastu tinggalkan aku anak-beranak (macam ramai sangat la anaknya pun) kat Pizza Hut tu, dia masuk opis jap.


'Abang pegi kejap je Di'.

Ye, kejap.
Sejam lebih aku melangok lam restoran tu sampai dah takde makanan aku nak hongges.



Sementara nak tunggu makanan sampai, ayahanda mengajar anakandanya bermain spot the difference.Walaupun sampai sini lagi 10 minit nak berbuka, tetap pizza tu sampai cepat. Takde la sampai setengah jam pun nak bandingkan dengan golf club tu hari, kenyang masuk angin perut aku dibuatnya.



Mak buyung yang pucat lesi sebab kelaparan. Pregnancy kali ni aku cukup malas nak bersiap. Kuar rumah kengkadang sikat rambut pun malas, guna tangan je. 




Esok paginya, aku ada keje kat Dengkil, so pagi-pagi dah keluar.
Tapi sebelum keluar tu aku adelah mau pengsan jugak kat porch lantas Mak Aji paksa aku berbuka. Dan begitulah pengakhiran sebuah Ramadhan 2010. Dengan muka kelatnya, aku pi order McD.


Sebelum kuar pi keje tu, nampak Mak Aji dah tenggek rendang feveret gua iaitu rendang paru + daging. Yang daging tu untuk semorang, Mak Aji buat 2 kilo. Yang paru tu aku pesan, so Mak Aji buat sekilo je. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ramai pulak musibatun-musibatun dalam rumah ni yang sebat paru aku! Next 2 years raya Bangi, aku mintak Mak Aji jangan buat rendang daging, semua makan rendang paru.


Balik dari keje, rendang dah jadi macam ni......


Memandangkan aku siang-siang dah tak puasa, maka akulah menjadi food tester.


Mak Aji : Camne, ok tak?

Aku : Mama nak Diana rasa apadia?

Mak Aji : Garam dia, pedas dia, empuk ke tak....

Aku : Empuk. Garam cukup. Pedas gila!!!!


Dan malam itu semasa berbuka puasa, aku telah dimaki secara pukal oleh adik-beradik serta suami dan adik ipar sebab rendang tak pedas lansung.

Tapi apesal aku makan berpeluh-peluh??

Sape suruh aku rasa? Nasiblaaaa.
Dah tau tahap 'pedas' aku memang takleh pakai, lagi nak suruh aku test pedas ke tak. Aku ni kau bagi kicap manis pun aku kata pedas dowhhhh.

Last day tu, hari telah dipenuhi dengan aktiviti memasak.
Tapi disebabkan anak-anak pun pakai bawak perut tahun ni, so Mak Aji la kena buat semua, kitorang tolong-tolong basuh pinggan, masak nasik, potong-potong cili ngan sayur tu boleh la. Nak pulak tukang tolong tak puasa, memang konfem masakan semua cukup garam.

Kul 6.30pm, semua get ready untuk tahlil and doa selamat nak sambut Syawal. Ini aktiviti wajib. So takyah di-sound oleh Mak Aji, masing-masing dah tau petang raya semua mesti standby.


Of cos la Pak Aji yang baca...


Laki siapa yang khusyuk sangat tu? Insaf sekejap aku.




Ok, ni anak saper yang tak makan saman boleh pi duduk kat tengah-tengah dunia ni????


Malam tu semua berbuka dengan lauk Hari Raya. Memang takde keje la nak masak lain untuk berbuka, lain untuk raya kan. Cuma kuah lontong je masak subuh esoknya, yang lain semua dah siap malam raya tu sendiri.

Dalam kul 9 lebih, the guys semua keluar gi carik lemang. Sila bawak anak-anak sekali ye, sebab aku nak mengangkang depan tv tengok citer melayu.

Malam tu je dorang belasah (dorang = 3 orang aje) sebatang lemang. Buruk lantak tak?


Dia ni memang ambik keje yang senang-senang je...


Bukti yang menunjukkan kami memang bangun pagi-pagi. Pagi ni je la pun. Pagi esok dan seterusnya sangatlah gagal.



Ni pengambaran di waktu subuh esoknya. Kul 5am Mak Aji ngan Ima dah bangun, aku je bangun 5.30am sebab dah sedar pastu tetido balik. Tapi tak lama la tido sebab yang dua orang kat dapur tu set-set suara macam petir okkkk. Kau takkan boleh terlajak tido sampai siang punya. Aku menggelupur bangun sampai pakai bra pun tak sempat. Tak kisah la, takat nak memasak perlukah memakai bra?
Gambar pagi raya nanti-nanti eh, aku nak tido ni.




Nak sangat tengok beza kulit aku ngan En Wan? Silakan.
Takde la hitam sangat aku ni kannnnnn..hahahah.


2010-09-08

Tak makan lagi bagus.


Disebabkan Mak Aji dah menghabiskan stok-stok bahan mentah kat rumah aku ni sempena nak make sure yang aku tak akan menggatal nak memasak sepeninggalan dia ni, maka En Wan telah bermurah hati bawak anak bini pi berbuka kat Kota Permai Golf Club semalam.

Lagipun dia sehari semalam tido kilang sebab ada trial run apa ntah, so meninggalkan isteri yang sarat mengandung tido kesejukan di atas ranjang tanpa kehangatan badan suami (oi puasa oiiii!) telah mengundang rasa bersalah. Jadi, semalam kul 6.30pm kitorang gerak ke Kota Kemuning. Sampai sana dalam kul 7pm macam tu. Ok la, tempat biasa-biasa je. Menu dalam makanan pun takde la berapi-api sangat, biasa la Golf Club. Tapi rasanya lagi best Golf Club UKM (management dulu, management sekarang tak tau camne).





Sangat menyelerakan lengan aku kan?
Masa menu sampai, En Wan suruh aku order apa je aku nak makan (nampak sangat selama ni dia catu makanan aku kan? heh). So aku yang sedang lapar gila ni macam-macam dah plan nak makan ni. Memula nak makan nasik lemak ayam pandan. Apa-apa hal kena carik nasik dulu. Kendian-kendian baru isi western food pulak. Aku order orange juice and ABC with ice-cream, pastu ada appetizer segala. Ok, settle.

En Wan lak order nasik gak, tapi aku lupa nasik apa dengan guava juice.
Redza order club sandwich with fries and green apple juice (peminat blog green apple No. 1. Ngahaha)

Kejap pastu, brader tu datang cakap, nasi yang En Wan order tu takde. So, En Wan order Nasi Goreng Aneka.

Jap lagi dia datang balik cakap bukan En Wan punya yang takde, tapi aku punya yang takde. So, aku order nasik lain (lupa nasik apa).

Jap lagi dia datang balik cakap nasi yang aku order tu pun takde. Last, aku order nasik goreng kampung. Kalau takde jugak memang aku terbalikkan meja makan ni.

Tapi ada.

Ok settle.






Brader ni cuak gila bila En Wan kata 'Saya rasa next time saya datang sini, mesti awak dah benti keje'.

Tak kelakar sangat ye bang lawak kau.

Orang lain berbuka kul 7.18pm, aku berbuka pukul 7.52pm, sempat Maghrib dulu la tunggu nasik tak sampai-sampai.

Mula-mula sampai nasik aku.
Tengok rupa nasik pun tau tak sedap.
Sedap lagi aku masak kat rumah goreng cincai-cincai dengan ikan bilis.
Tapi sebab hati dah panas, perut dah lapar, aku sumbat jugak. Main tolak-tolak je nasik tu dengan orange juice.

En Wan punya nasik pun sampai.
Tapi bukan nasi goreng aneka but nasik goreng pattaya.
Ntah mana punya order yang dia bagi pun aku tak tau. Aku cakap makan je la. Rimas aku duk sini lama-lama. Tapi En Wan memang dah panas hati, dia panggil budak tu and tanya 'Ni nasik goreng apa ni?'

Cuak gila muka budak tu.
Berkali-kali dia say sorry.
Aku pun cakap takpela, dah sampai kat depan mata pun, bukannya takleh makan, cuma makan sambil menyumpah-nyumpah je la.

Redza lagi kesian, toksah kata club sandwich, air pun tak sampai-sampai lagi.
Memang binawe.
Aku panggil waitress tu and tanya berapa jam lagi dorang nak siapkan air anak aku. Wah, mendidih la aku ni kan. Mentang-mentang la aku bukan member club, ko wat nampak tak nampak je eh? Ko ingat aku bayar pakai air ludah ke?

Last-last setelah men-say sory berbelas kali, makanan Redza pun sampai.
Tapi alahaiiiiiiii, fries pun lembik macam rendam lencun dalam minyak masak 2 hari.
Pastu the sandwich......eh malas la aku nak cerita. Pegi sendiri la rasa.

Elok-elok aku lapar, terus aku kenyang sebab makan hati!

Keluar je dari golf club tu En Wan terus berpusing-pusing carik burger Ramly, tapi mana lah adaaaa, semua brader Ramly gi terawikh. Last-last sampai rumah, aku buat susu then kunyah kacang Cap Tangan. Lagi kenyang okkkk.



Nasik goreng kampung yang tak best. Tapi nasib baik pemandanga best jadi makanan nak taknak terpaksa la jadi best jugak.


Muka tak berapa nak puas hati tapi habis jugak sepinggan.

2010-09-07

Kencing pun kena shoot betul-betul ok?



Weekend lepas aku gi jalan-jalan ngan En Wan pastu nak masuk toilet. Biasa la kan kalau dah masuk 6 bulan ni daya kemutan aku lemah sket, kejap-kejap nak terkencing. So carik la toilet. Dan jumpa.

Toilet tu, kat luar memang gah.
Dia punya sink gila punya berkilat, kau boleh sikat rambut takyah pandang cermin okk. Pandang sink dah cukup.
So aku masuklah dalam satu toilet ni sbb toilet lain penuh.

Cis, patut la toilet tu orang taknak masukkkkkkkk.
Air kencing boleh menjejeh-jejeh kat tepi toilet bowl! (tempat kita duduk tu).

Heran pulak aku, macamana air kencing boleh memancut-mancut kat tempat duduk??
Bukan ke ni toilet pompuan?
Kalau toilet ni unisex lojik la jugak. Mesti yang kencing tu kote dia takde tulang tu pasal air kencing terkibai-kibai. Tapi ini adelah toilet wanita okkkk. Wanita tak sepatutnya mempunyai air kencing yang berkeliaran di tempat duduk melainkan bijiknya terbuai-buai.

Nak kata keje budak pompuan bawah umur, tak mungkin. Secara lojiknya, budak pompuan bawah umur lagi la terdidik, lagipun bukan dorang akan masuk bilik air sekali ngan mak dorang ke?

Adekah keje bapok?? No komen. Teka aje.

Tapi kalau gini lah gayanya pompuan original mengencing, ko boleh bayangkan tak camana berkeraknya celah kelengkang dia??? Toilet pun tak reti nak jirus, inikan nak jirus pepek dia? Euwwwww sialpalis!

Time ni aku teringat pesan Mak Aji.
Dia kata, cantik macamana pun rumah, kalau toilet berdekir hancing pering, boleh tau la tuan rumah tu bersih ke pengotor.
Bersih ye..bukan cantik.
Bersih tu lain.
Cantik tu lain.
Janji bersih cukupla.

Ada satu rumah kat kampung Pak Aji, sampai skang aku teringat how bersihnya toilet dia.
Padahal jamban kat luar je.
Takdela cantik mana pun, dah nama pun jamban kat luar kan. Apa sangatlah yang ko nak expect selain dari baldi, gayung and sebijik jamban.
Tapiiiii sangat bersih okkkkkk.

Kalau balik beraya kat Muar (kampung Pak Aji), bapak aku ni mesti nak singgah semua rumah. Kalau ada 100 bijik rumah, 95 bijik tu semua sedara dia. So boleh bayangkan la macamana risaunya kitorang adik-beradik kalau perut tetiba buat hal. Bontot aku ni bukan sebarang-sebarang jamban dia leh on enable. Tersilap jumpa jamban, terus terbantut selera, minggu depan baru dia ada rasa nak keluar balik. Tu yang kejap-kejap aku sembelit tu. Lama sangat simpan.

Bila aku dah jumpa jamban makcik ni, memang tidak syak lagi.
Rumah inilah jadik port aku untuk kencing berak.
Cuma satu je la, nak berak tak berapa nak tenang. Sebab kau kena pegang pintu dia sikit sebab pintu jamban dia bergoyang-goyang. Orang yang ada skill menonggeng jurus ke patblas je boleh berak sambil menonggeng sikit ke depan sebab tangan kena sentuh pintu jamban.
Kau boleh???

Aku onnnnn.

Jangan tanya camne aku cebok dengan sebelah tangan memegang pintu.

Selamat...



Ok, yang nak tengok perut aku yang terkini...saksikanlah.
Buat masa sekarang, status adelah :

- uri dah naik atas, alhamdulillah.

- baby BOY. Maka bertambahlah jumlah belalai di dalam rumah ini.br />
- nama baby dah ready. Of cos la kena start dengan Wan Muhammad R....

- barang baby satu apa pun aku tak beli lagi. Siapa nak belikan, sila buat pengakuan.

- dah start tido duduk, asal tido baring je aku muntah.

- tak dapat nak puasa penuh tahun ni. Burn 2 hari sebab...err...lapar??

Hmm....kan aku dah cakap dulu, dari baby 3 bulan dalam perut aku macam terasa-rasa ni mesti baby boy. Maybe naluri keibuan kot. Lagipun aku tengok condition aku macam sama je dengan masa aku mengandung budak masam. Cuma kali ni teruk sikit maybe sebab gap lama sangat, 6 tahun baru gatal nak beranak lagi. Faktor usia la kot.

Orang tua-tua kata, kalau kita mengandung anak lelaki, kita akan rasa nak melawa je masa pregnant. Nak pakai baju cantik-cantik, nak keluar pi mamak pun nak touch up. Petanda ni memang ada time mengandung Redza, but this time takde pulak.
Oh, maybe kali ni aku dah jadi natural beauty kot. Ngagagagagagagagagaga.

Pangggg sedas!

Apa-apa pun, Dr kata aku konfem disembelih buat kali keduanya. Takde harapan nak bersalin normal sebab apa pun aku tak tau. (ala, macam la kau berani sangat punnnn)
Takpela, janji baby keluar.

Anddddd...disebabkan itu, tarikh 1/1/11 tu hanya tinggal kenangan.
Dokter suruh aku pilih tarikh 18 Dis ke atas.
Ok, tarikh nak beranak pun aku dah pilih, harap-harap boleh bertahan sampai ke tarikh tu.
At least this time aku dah tau siap-siap yang aku bakal disembelih, so takde lah aku kena induce sampai 3 kali. Series tobat okkkk. Saper penah kena induce sekali pun tau camana hazabnya, aku boleh kena sampai 3 kali!!! Macam nak tertanggal bontot aku tahan sakit.

Apa-apa pun tolong doakan supaya aku and baby selamat eh?


Thank you to Shafie and Diana Wahab sebab bagi kuih raya.
Sumpah aku memang tak beli sebijik pun kuih raya tahun ni.
Selalunya buat open house but tahun ni konfem takkan ada open house sebab aku nak bancuh air sendiri pun tak larat okkk. Jadi, sesape yang nak datang tu sila la email/call dulu, boleh la kot nak sedia apa-apa. Kalau tak, aku bagi makan keropok je.

Tapi insyallah if semuanya selamat, aku punya open house raya akan dibuat time aqiqah sok.




Shafie, thanks eh bagi Almond London ni. Ni aku snap on the day ko hantar. Hari ni dah tinggal suku je. Orang lain pagi raya baru bukak balang kuih. Aku ni, malam raya kuih dah habis. Dah la beli malas.

Pagi ni, Mak Aji ngan Pak Aji dah balik Bangi.
So hari ni dengan esok pagi aku sorang je la kat rumah dengan Redza.
Akan tetapiiiiiiii, esok malam aku gerak balik kampung. Bangi, here I come!!!

Macamkan jauh sangat bunyiknya.
Padahal nak balik pagi raya pun boleh tapi pedulik apa aku kan, bukankah bersesak-sesak di dalam jem time balik raya adelah nikmat?

Jadi, sekiranya ini adelah entry terakhir sebelum hari raya, aku nak mintak maaf kalau kata-kata aku samada yang keluar dari mulut atau secara bertulis pernah/telah menyinggung hati mana-mana pihak.

Selamat Hari Raya All!

2010-09-04

Petanda



Ini adelah situasi semalam. Berjalan berpimpinan tangan di IOI Mall Puchong mahu mencari baju raya.

Tapi jangan fokuskan pandangan anda terhadap tangan yang kembang itu. Sila fokuskan pada cara tangan yang kembang itu ditarik oleh tangan yang kudut tersebut.

Aku : Bang, tau tak orang tua-tua cakap, kalau laki tu pegang tangan kita macam ni time jalan maknanya laki tu jenis suka mengongkong.

En Wan : Pegang yang macam mana?

Aku : Macam abang pegang tangan Di ni la. Abang genggam and tarik.

En Wan : Ye keeeeeeee??? (Dengan gaya yang sangattttt nak bagi lempang)

Aku : Betul la tu kan? Abang suka control semua kan?

En Wan : La, Di tak bangga ke ada orang yang pegang tangan Di macam ni, siap heret lagi macam tak kasi lepas?

Aku : Nak bangga hapanya...

En Wan : Ye la, orang mesti cakap 'Tak sangka eh, pompuan ni. Gemuk pun ada laki hensem nak'.


Fine.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-09-03

Bubur lambuk Tganu



Budak ni kan, kat mana aku tido tu, kat situ jugaklah dia nak menyelit. Padahal bantal lain ada. Yang kat celah kangkang aku tu jugak dia nak letak kepala dia.

Hari ni hari jadi budak itam.
Tapi disebabkan dia tak tau pun today ni besday dia, maka aku nak senyapkan diri. Kalau tak, dan-dan sekarang jugak dia hayak aku pi mall beli PSP. Permintaan yang tak agak-agak.

Kesian pun ada gak bila pikirkan.
Selama ni semorang punya besday kek semua dia belasah potong. Alih-alih sendiri punya besday takde kek.

Actually aku dah tempah kek untuk celebrate besday dia on the 1st Hari Raya nanti.
Jimat pun jimat, hanya bermodalkan kek je. Ketupat dah ada, rendang dah ada, lontong dah ada, kuih raya segala jeni pun ada. Aku cuma bawak kek je. Bergeliga tak?
Ye, aku part mengurangkan bajet sendiri ni memang cukup handal!

Ok hari tu ada yang mintak aku bagi resepi bubur lambuk Tganu kan?
Ok ni dia resepi bergambar dari orang bukan asal Tganu tapi boleh makan bubur lambuk Tganu sampai 4 mangkuk sekali hadap.


Mula-mula sila redah semak samun untuk cari daun-daun kayu. Jangan tanya aku apa jenis daun yang ada dalam bekas ni sebab aku tak tolong cari. Aku tolong hantar mak aku sampai depan pintu je dan memandangnya hilang ke dalam semak dari jauhhhhhh. Dan selepas itu aku pun sambung tido.

Tapi mak aku cakap dia pakai 5 macam jenis daun, antaranya paku pakis, daun ubi, daun err.....lupa dah. Mak aku cakap kalau ko beli kat pasar tak best sangat, dia kena cari kat semak-semak tu baru best. Aku pun tak tau apesal kat semak lagi best. Mungkin ke sebab dia bercampur dengan kompos-kompos???


Sedar-sedar dari tido, mak aku dah balik siap dan tenggek beras. So aku pun capai henfon dan mulakan keje aku sebagai pem-provide resepi bergamba.


Agak-agak beras dah kembang sikit, ko masukkan isi ikan kembung/selayang yang dah diblend dengan bawang putih, bawang merah, halia (blend sekali harung), daun-daun and also lada hitam yang dah ditumbuk-tumbuk. Nak masukkan lada hitam sebijik-sebijik pun sukati korang la. Yang tercekik pun kau, bukan aku.

Time ni mak aku masak 3 pot (untuk makan 3 orang je okkk. So boleh bayangkan tak betapa buruk lantaknya kitorang laki bini, dua mulut boleh perabiskan bubur 3 pot??)


Ok ni end product.


Sangat delicious okkkk. Berkhasiat pun berkhasiat tapiiiiiiiiiii yang tak tahan pedas lada hitam tu janga berangan nak makan lebih dari 2 mangkuk. Jawabnyaaaa..ko berumah bertangga lam jamban.

Dalam kes aku, aku tak berak-berak. Bontot aku adap dia memang tinggi sikit. Takat pedas lada hitam ni takde hal. Tetapiiiiiiiiiiiiiiiii, malam tu aku tido bogel. Gila babi punya panas okkkkk.

En Wan lagi la lansung takleh tido.
Siap bukak-bukak baju lagi tapi still panas lagi.
Toleh sebelah tengok bini tido bogel sambil terkangkang lak tu, tapi tak boleh pakai. Lagi la panas hati member kan?

Ada aku kesah??

Ni kira kurang daun dah ni.
Kalau tok nyang En Wan buat lagi la, ko selak daun baru nampak bubur.
Tapi kelazatannya adelah umpama klimaks 3 kali satu malam!

Sesape nak try rasa, sila buat sendiri. Yang ni aku tak jual.

Ok, tak kelakar.

2010-09-02

Traffic lite

Aku : Ija, kalau green apa?

Ija : Green for GO.

Aku : Ok betul. Kalau red stop kan?

Ija : Ha'ah. Ok, kalau orange?

Aku : Orange maknanya ready to stop.

Ija : Eh bukan!! Papa kata orange means can go, but becareful.



Betul En Wan, betul sangat-sangat!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-09-01

Anony oh Anony...



"saya tidak bertanggungjawab atas kesan/akibat, duniawi & ukhrawi, apabila anda read my entry hari ni.
proceed at your own risk, you have been warned"

**credit to En Ahmad Azuddin Mohd Zaid kerana memberi buah fikiran. Nanti aku belanja kau (nanti tu tak tau bila)**


Aku sebenarnya malassssssssssss nak respon to komen-komen anonymous pasal entry laki si Fatimah tu. Yang si Fatimahnya takde apa-apa, kau pulak yang lelebih. Yang aku pasti, anony-anony ni pasti bukan Fatimah sebab si Fatimah tu sekurang-kurangnya berani mencari kebenaran, dia email aku secara terang-terangan. Pakai email opis lagi, semata-mata nak check if aku rampas laki dia. Walaupun tuduhannya dan emailnya sangatlah irritating, tapi setidak-tidaknya dia berani. Ini baru dikatakan berani kerana benar cuma apa yang dituduhnya tu sangatlah tak benar sebab aku memang tak kenal laki kau.

Ok, habis sampai kat situ.
Sambung pasal komen anony.

Ada la, satu anony ni yang meroyan sebab aku tak publish komen dia. Kejap-kejap dia masuk blog aku hantar komen lain pulak but still berkenaan issue yang sama just to make sure komen dia masuk. Ni kes tak paham bahasa la ni. Dah sah-sah kat itu tulis comment moderation (ke apa benda ntah dia tulis kat situ), lagiiiiiiiiii kau nak tekan-tekan button publish. Tapi tima kasihlah sebab aku memang perlukan rating yang tinggi. Sila masuk lagi.

Aku baca komen kau, cuma aku rasa tak payah la aku publish sebab :

1. Kalau aku publish, konfem kau yang kena maki balik. Dan aku rasa kau tak kuat semangat nak terima kata-kata makian sebab tu la kau pakai anony. Jangan cakap la yang kau takde blogger ID so that kau tak pakai 'anonymous'. Pakai la alasan yang bijak sikit. Melainkan kau tak berapa nak bijak jadi bolehlah menggunakan alasan itu.

2. Komen kau sangat tak relevan dengan teks. Aku bajet kau ada masalah pemahaman teks.

Anonymous has left a new comment on your post "Saya mulakan dengan Bismillah..":

eer...perlu diingat...bertudung atau menutup aurat adalah ARAHAN dr Allah...bukan arahan dr suami, makayah, sedara mara, kengkwn atau bos..dan bukan juga utk dilihat cantik atau dihina jika org yg bertudung tu melakukan kesalahan...Allah tidak menilai harga tudung atau cantiknya tudung..memang ikhlas tu ptg tp sampai bila nak tunggu ikhlas tu dtg..(memang pyh nak buat sesuatu yg disuruh kan..yg dilarang jgk yg diperthnkan dan ditegakkan "benang yg basah"..huhu...wallahuaklam)

Publish
Delete
Mark as spam


Sila pahamkan teks aku pulak :

Aku dengan rendah dirinya mengaku yang aku memang tak sebaik mana. Aku tak ikut arahan agama untuk menutup aurat, itu jelas, semorang nampak. Aku akui salah aku. Tapi aku tak pernah menidakkannya dengan hati. Aku tak melawan dalam hati. Aku sendiri sentiasa berharap oneday aku berubah.

Tak paham jugak ke statement aku tu?
By the way, entry aku ini bukan pasal aku taknak pakai tudung, or orang yang pakai tudung tak cantik, or tudung Ariani mahal...bukan ye. Entry aku ni berkisarkan tentang salah aku kah bila laki Fatimah simpan gamba aku sedangkan laki orang lain tak hingin pun pandang muka aku?

Bila aku tak publish tak puas hati niiiii. Up lagi satu komen, kali ni panjang sikit. Nak tulis sangat, ha tulisssssss :

Anonymous has left a new comment on your post "Saya mulakan dengan Bismillah..":

eer..peringatan...bertudung atau menutup aurat bukanlah arahan suami, makayah, sedara, kengkwn atau bos ye..itu adalah arahan dr Allah....keikhlasan memang ptg tp sampai bila nak tunggu oneday kalu dah th kebenarannya...adakah solat pun kena tunggu ikhlas dan seru dtg baru nak buat...memanglah kita selalu dgr org akan cakap "dont jugde a book by its cover" tp kalu ade beribu buku dgn cover yg "terdedah" apakah..? solat tak tinggal tp kalu tak menutup adakah Allah takkan marah dan akan lupakan pasal tu...sama jg macam kita sebagai makayah dgn anak kita..kita ajar anak jgn mencuri dan jgn berbohong, anak ikut arahan jgn mencuri shj tp masih lg berbohong..macam mana perasaan kita? adakah kita akan selalu maafkan kesalahan yg berbohong tu sebab kita rs takpela sbb sekurang2nya dia tak mencuri...huhu..
satu lagi..my opinion dlm topik n3 ni, dua2 salah..fatimah tu pun salah kerana caranya..diana pun salah (sori krn bercakap benar..see, skrg bercakap benar pun kena mintak maaf..hehe)memanglah itu hak seseorg tuk meletak gambar masing2 tp kita kena pikir jgk...dunia internet ni mcm2 org blh terpengaruh dgnnya...bergtg pd pdpt masing2..tp keutamaannya adalah landasan agama..kalau meletak gambo blh meretakkan hbgn, baik jgn lakukan..dan kalu gambo menutup aurat jgk masih lg membawa keburukan, baik jgn terus...adakah ini akan mendtgkan kerugian dimana2 pihak? takkan..kecuali syaitan shj..hehe..

Publish
Delete
Mark as spam


Aku tertarik dengan ayat dia "memanglah itu hak seseorg tuk meletak gambar masing2 tp kita kena pikir jgk...dunia internet ni mcm2 org blh terpengaruh dgnnya...bergtg pd pdpt masing2."

Baiklah.
Di sini saya ingin memberi pendapat bahawa saya tak rasa saya cantik.
Saya tak rasa wajah saya mempu memikat hati laki orang sebab itulah saya tepek gamba saya banyak-banyak. Tetapi kalau laki orang BERPENDAPAT saya cantik dan gamba saya harus disimpan untuk dibuat modal, adekah saya yang harus bertanggungjawab atas keruntuhan rumahtangga dia sedangkan saya kenal laki dia pun tak?

"kalau meletak gambo blh meretakkan hbgn, baik jgn lakukan"

Mana la aku nak tau rumahtangga siapa nak retak hanya disebabkan gamba aku?????
Apa ke punya bangang.

Anonymous has left a new comment on your post "Saya mulakan dengan Bismillah..":

mari pesan memesan....nafsu lelaki adalah SATU shj,diulang SATU shj...apakah nafsu itu? samada seksi tau bertudung nafsu tetap nafsu..kalu blh elak mencetuskan nafsu depa, baik elakkan..memang kita semua lemah tp kalu dah tau terang2 benda tu SALAH nape buat lg...heeemmm..kalu ditempat diana kita dah tau perasaan dia kan..tp kalu kita berada ditempat puan timah, apakah perasaan kita ye...mintak jauh...(kesimpulan..dgrlah dr KEDUA2 belah pihak sblm menilai..)

Publish
Delete
Mark as spam

"nafsu lelaki adalah SATU shj,diulang SATU shj...apakah nafsu itu? samada seksi tau bertudung nafsu tetap nafsu..kalu blh elak mencetuskan nafsu depa, baik elakkan"

Dah kau pun tau nafsu laki satu. Kau telanjang bulat ke, kau pakai purdah ke, kalau kote dia dah mencanak-canak, laki tu pedulik apa kan?

3. Bila aku baca balik 3 komen ni, aku rasa cukup-cukupla. Tak perlu lah aku siarkan semua. Aku rasa yang lain2 tu pun kau jugak. Cuma kau tukar nama je, but still anonymous jugak.

Apa yang aku dapat simpulkan kat sini adelah, anony ni bukannya nak sangat aku bertudung, tapi lebih kepada nak menghentam aku. Disebabkan kerana itulah aku takde hal la kau nak hantar komen banyak mana pun. Cuma aku rasa aku perlu perbetulkan pemahaman kau terhadap teks aku ni. Sebab pemahaman kau terhadap teks adelah sangat lemah. Disebabkan sangat lemah maka aku tak publish sebab nescaya mengundang maki yang berganda. Tapi disebabkan ni bulan puasa, jadi aku tak berapa selera nak maki, aku gelakkan aje.

Len kali pahamkan teks ye.

Teks aku tak kata pun aku taknak pakai tudung, aku suka pakai skirt micro. Ada?
Teks aku membincangkan isu laki orang simpan gamba aku. Dan aku tanya adekah salah aku bila laki dia simpan gamba aku?

Yang heran tu laki orang lain takde punnnnnnn.

Jap aku tanya..

Hafiz Chan, ko ada simpan gamba aku tak lam henpon kau?
Azuddin, ada tak? Baik kau cakap betul-betul!
Jarr, delete semua gamba aku kalau kau ada simpan.
Shafie, aku tau kau dah delete (hahaha)

Ada sesaper lagi laki orang mahupun boifren orang yang baca blog aku kat sini?
Kalau agak-agak stim tengok gamba aku, sila tekan butang X belah kanan.


2010-08-29

Tau la kampung kau..



Pagi tadi nyarisssss keta aku kena sagat ngan satu keta yang lahabau.

Bawak dah la slow. Pastu tak reti guna side mirror. Main tukar lane je. Bila En Wan honk, bukan tau berenti, dia terus jugak masuk. Aku ni dah menjerit bagai nak rak sampai En Wan terpaksa hempet pulak ke kanan disebabkan keta ni pekak tak dengar honk. Agaknya dia tengok keta aku plat W, so buat kerek la???

Hasilnya...dia telah mendapat middle finger dari aku tepat pada pukul 10.32am. Pahala puasa aku pun menjunam.

Tapi series cilaka keta ni.
Bawak keta macam berhemah sangat, gila slow tapi tetappppp nak terlanggar keta orang. Apakejadah?????


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-08-28

Ada lagi satu...pastu dah.

Ada lagi satu lagi kamus Redza :


KEMONG SEI GO



Silakan...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-08-26

Saya mulakan dengan Bismillah..

Seblom aku merepek dengan lebih panjang, terlebih dulu aku nak mintak maaf kalau ada kejahilan dari pihak aku dalam memberi pendapat.

Ceritanya begini...

2 days ago, aku received satu email dari seorang wanita yang bernama Fatimah (sah bukan nama sebenar). Dia bagitau yang dia jumpa gamba aku dalam hp husband dia. Wah, cuak kejap aku.
Dipendekkan cerita, husband dia bagitau yang aku kawan FB. Bila aku tanya nama hubby dia nak check, eh takde la pulakkk. Maybe hubby dia pakai nama lain. Aku tak kenal.

Dia suspek aku ada skandal dengan laki dia disebabkan gamba-gamba aku. So aku bagitau yang mungkin hubby dia reader blog aku and aku pun bagi link blog aku so that dia boleh tengok sendiri betul ke tak.

Tapi aku tau la jawapan aku tu sah la tak memadai sebab ape kaitan kawan FB and reader blog dengan gamba aku kat hp laki dia kan?

Aku tanya mana dia dapat email aku, dia cakap dia search nama aku, just based on nama Diana (gila banyak okkk nama Diana. Gigih betul Fatimah ni carik aku). Laki kau pun satu, bagi la nama penuh aku kan ke senang.

Aku pun tak tau apa kejadah laki dia simpan gamba aku, tapi yang pasti gamba-gamba tu adelah asal dari blog or FB, kalau tak, mana si Fatimah ni leh spot muka aku sama ngan gamba dalam hp laki dia?

Itu aku taknak pikir. Yang aku pikir skang, apa motif laki ni simpan gamba aku?

Nak santau aku kah?
Nak mandrem kah? (Mandrem ngan santau lain kan?)
Nak buat modal kah (ok, yang ni sah tak lojik. Sebab aku takde gamba bogel. Video porn ada tapi belum transfer lagi).

Ok benti takat kat situ.

Bila aku dah explain sebaik mungkin, aku ingat abis kat situ je la. Rupanya tak.

The next day another email masuk from this Fatimah. Tapi kali ni lain pesen pulak.

Dia 'menasihati' aku supaya berubah.

Bukan sebarang nasihat, tapi lengkap dengan cebisan-cebisan ayat Al-Quran tentang seksaan wanita yang tak menutup aurat, yang memperlihatkan keindahan tubuh badan kepada lelaki bukan muhrim, etc.

Ok fine.

Aku dengan rendah dirinya mengaku yang aku memang tak sebaik mana. Aku tak ikut arahan agama untuk menutup aurat, itu jelas, semorang nampak. Aku akui salah aku. Tapi aku tak pernah menidakkannya dengan hati. Aku tak melawan dalam hati. Aku sendiri sentiasa berharap oneday aku berubah.

Yang aku terkilan sangat, motif Fatimah ni. Dia seolah-olah menyalahkan aku. Disebabkan aku tak menutup aurat, posing sana sini gamba letak kat FB, pakai mekap segala sehingga menggoda lelaki lain.

Apekejadahkahhhhhh???

Fatimah, aku letak gamba kat FB sebab itu adelah FB. Semua orang letak gamba kat FB. Aku pun letak. Apa salah ke aku letak gamba muka aku kat FB?

Sekarang yang simpan gamba tu, aku ke, laki kau? Aku kenal laki kau pun tak and kau nak tuduh aku goda laki kau?

Apesal kau nak serang aku padahal aku tak tau apa-apa. Daripada kau perbetulkan aku, apakata kau perbetulkan lelaki yang simpan gamba aku tu?

Ohhhh, tak baik dan tak wajar menegur suami sendiri eh?
Derhaka?

Frankly aku cakap, aku takde rasa bangga sekelumit pun bila tau laki kau simpan gamba aku. Takut lagi ada, like wadefak kau simpan gamba aku?

Salah aku ke kalau laki ko simpan gamba aku?

Oh, disebabkan aku free hair and gaya macam easy, so otomatik aku penggoda laki kau and laki-laki bukan muhrim di luar sana?

What if kalau kau terjumpa laki kau simpan gamba aku yang bertudung?
Cebisan ayat Quran mana pulak kau nak cari untuk hentam aku?
Aku bajet kau akan cakap 'pakai je tudung, tapi gatal merampas laki orang', kannnn???

Disebabkan aku bukan sape-sape so dengan pantas menuduh aku menggoda laki dia. Cuba kalau laki dia simpan gamba Siti Nurhaliza ke, ehhh boleh pulak 'Ala, artis. Biasalah kalau kita minat artis'.

Ye, aku tau aku bukan artis dan kau wajar cuak bila nampak gamba aku kat hp laki kau. Tapi bukanlah lagi baik seblom kau tazkirahkan aku, kau tazkirahkan dulu laki kau?

Betul la kan sebab kenapa wanita disuruh menutup aurat adelah kerana benda-benda yang tak dijangka macam ni. Mengundang fitnah. Tapi wajarke kau letakkan kesalahan tu kat aku sorang???

Segala yang terjadi tu adelah bersebab. So sila cari penyebab dulu bukan terus selesaikan masalah membabi buta sedangkan kau sendiri tak tau penyebab dia apa.

Tapi aku tau, aku cakap macamana pun, aku tetap tak boleh menidakkan hukum Tuhan. Ye, mungkin salah aku la sebab aku berhias (????) sehingga menyebabkan laki tegoda (oh sumpah geli lancau aku nak tulis ni statement ni).

Fatimah, saya minta maaf atas apa yang terjadi kat keluarga awak. Doakan saya supaya saya bertudung seperti yang awak sarankan. (Orang yang bertudung ni semuanya dilihat tak cantik ke?? Datin Nurjuma tu gila gojes bertudung okkk).

Cuma saya mintak satu lah. Sekiranya satu hari nanti, laki awak terpikat dengan wanita lain yang bertudung, tak menggunakan mekap, jalan menunduk, dan sewaktu dengannya, awak jangan lah cuba mencari kesalahan pompuan muslimah itu ye? Awak terima je la qada' dan qadar Tuhan.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-08-25

Food



Mula-mula sekali aku nak bagitau yang menu berbuka hari ni adelah :

1. air soya homemade
2. udang masak lemak cili api with sayur kacang
3. ikan goreng sweet sour
4. ikan masin (ni khas untuk En Wan je)
5. sotong goreng tepung.
6. macaroni bakar satu tray besar khas buat anakanda terchenta.

Antara masakan-masakan di atas, takde satu pun yang aku buat.

Sekian.




Kelmarin bird Redza tersepit kat zip. Dia punya melolong tu boleh la sampai ke blok rumah belakang. Mungkin ni je la pengajaran untuk dia pakai spender. Asal aku suruh pakai spender je dia taknak, sekali tersepit terus tobat nasuha. Siang malam pakai spender.

Puncanya sebab dia main-main zip seluar time main UNO. Ntah apa kaitan main UNO pun nak naik turunkan zip?? Adekah betting siapa kalah tunjuk kote?

Mungkin juga.

Sebab aku dulu pun main camtu gak.
Kalau kalah, kena bukak pakaian selai demi selai.
Asal main UNO je semua gelabah pakai baju berlapis-lapis siap pakai tudung segala biar lambat sikit turn nak kena tanggal baju. Kira time tu kalau ko nampak dalam group tu ada pompuan pakai suar trek ngan T Shirt, pakai selendang siap pakai spek itam tu memang sah aku la. Selagi ada semua aku pakai. Punyalah takut kalah kena bogel. Macam ada orang sangat lah yang hadap nak tengok aku bogel.


Ini adelah Redza yang telah pandai memakai spender doplohpat jam. Bontot aku lebih kurang cenggini la kiutnya. Tapi kaler cerah sikit la. Takde la keladak sangat rupa ini.



Ni kurma feveret Mak Aji. Aku memang tak makan kurma. Series takleh masuk. So orang lain makam kurma, aku togok teh o je la.
Mak Aji ni suka beli kurma yang pelik-pelik. Yang spesies ni, sekotak ada 30 bijik je. Dalam dia isi badam siap ngan kismis. Aku tengok En Wan makan dah macam kunyah cokelat.
Aku try gak makan, tapi memang takleh masuk. Ntah apa punya level jahil la aku ni, kurma pun tak tau makan.



Aku panggil kurma ni KURMA BADAM. Tau Mak Aji panggil apa?

Mama : Eh, kau tengok ni. Mama bawakkan korang kurma apa.

Aku : Kurma apa ni, Ma? (sambil belek-belek plastik)

Mama : Kurma bijik tersentil.


Korang boleh terfikir tak nama tu?
Aku sendiri tak gamak nak sebut okk.



TADAAAAAAAAAAAAAA!!


Thank you to those yang telah meng-order baked macaroni with cheese ni dengan aku.
Memandangkan aku takleh masak, jadi semuanya Mak Aji yang buat.

Tempting?????

Kalau nak order contact gua.
RM15/sekotak.
Datang rumah aku ambik sendiri.

2010-08-24

Ikan jaws ada kat negara orang putih and orang hitam

Tadi time berbuka Redza tetiba lari ke dapur.

Redza : Ma, Australia ada shark kan?

Aku : Ha'ah. Why?

Redza : South Africa also got shark. Ija tengok kat tv.

(Ni kes layan National Geographic).

Aku : Oh ye keeee?? Abis, Malaysia ada shark ke tak?

Redza : Takde.

Aku : Why?

Redza : Now Ija dah tau. Australia got shark. South Africa also got shark. Shark ni ada kat tempat orang putih dengan orang itam je.

Aku : La, ye ke? Dia suka kat orang putih and orang itam je ke?

Redza : Tak. Dia tak suka. Sebab tu dia ada kat situ. Tadi kan dia tunjuk pompuang (dia mmg ada sleng Ganu) orang putih tu kena attach dengan shark. Mati.

Aku : Ala, takutnya Mama. Abis kalau Mama, dia attack tak? Mama kaler itam kan?

Redza : Jap, Ija check.

(Lalu dia pegang-pegang muka aku, tengok kulit tangan aku..)

Redza : Tak, Ma. Mama dah brown now. Ija pun dah brown.

Aku : Ohhh, so kita selamat la kan? Papa mesti kena attack kan, sebab papa orang putih.

Redza :Eh, tak!!! Papa pun tak kena attack. Sebab papa dia mula-mula putih pastu kat sini kan (tunjuk kat area kote) dia itam, pastu kat bawah putih balik.


Sekali lagi aku silap tanya soklan depan Pak Aji and Mak Aji yang tengah enak menjilat jari makan sambal ketam. Terbantut selera orang tua tu kejap.

2010-08-21

Pinjaman



Perhatian kepada

KAKITANGAN KERAJAAN/ BADAN BERKANUN/ GLC/ GURU SISWAZAH TERLATIH / GURU SISWAZAH TIDAK TERLATIH/ TUTOR/ KONTRAK

yang cuba membuat PINJAMAN PEMBIAYAAN PERIBADI tetapi GAGAL DAN TIDAK LAYAK kerana SENARAIHITAM/ SUDAH LEBIH 60%/ OVERLAPP DLL.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, bolehlah menghubungi atau sms saya di talian

019-6336130/ 013-3545343

untuk pertanyaan lanjut. Pinjaman ini hanya diuruskan di BANK-BANK TEMPATAN SAHAJA dan TIADA KOPERASI. Sekiranya berada di luar Selangor/ Kuala Lumpur, juga kami boleh menguruskan pinjaman tersebut.







p/s : Entry pasal tuan punya blog kendian-kendian.

2010-08-18

Kamus Pak Aji

Ni kalau korang dapat teka, aku bagi hadiah keta Honda En Wan punya, tak pun Pak Aji punya. Gila pecah kepala aku pikir apebenda bapak aku tanya ni tadi. Hampir-hampir terbatal pose aku sebab gelak banyak sangat sampai terkencing.


ARROYO



Footloose : bukan bahasa Jawa.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kamus Redza .... rasa-rasa ni yang last kot



Aku rasa Redza dah semakin tak pelat. Sebab lately ni semua orang boleh jawab kamus dia. Syabas inspekter sahab!

Ok, kalau anda betul-betul bijok, sila teka apa sebenarnya yang dia mintak ni :



NASISHUP


Akhirnya....



Alhamdulillah, Tuhan tunjuk jugak kat aku siapa sebenarnya (or maybe, antaranya) yang selama ni meng'anonymous'kan diri. Rupanya memang ada spesies yang macam ni, sanggup bermuka-muka jadi 'kawan' semata-mata nak stalk life orang.

So, how?
Puas hati dapat tengok life aku?

Aku pun suka dapat tengok siapa dia yang selama ni nak sangatttttt jadik halimunan. But don't worry la, aku takkan reveal blog and FB kau. Sebab aku tak rasa ada orang berminat nak ambik tau pasal kau pun. And kalau pun ada yang 'berminat', aku taknak kau rasa macamana 'happening'nya jadi life aku yang selalu kena maki tanpa sebab. Sebab aku tau orang macam kau yang suka maki-maki orang ni sebenarnya tak strong mana pun kalau diri kau kena maki pulak.






Aku pun kepohci jugak, tapi aku belum mental lagi nak jaga tepi kain orang tanpa sebab.

Yang kau tak puas hati aku bergamba pakai tudung ni, aku ada pinjam tudung kau ke?

Point saje



Aku berhibernasi semalam.

Selain dari sebab aku ada appointment kat luar, aku juga adelah malas nak update blog sebab bermuhasabah diri (ambik kauuu).


Point 1


Aku bukan taknak accept.
Cuma dah tak boleh nak accept. Yang pending ni pun aku tunggu masa je kot la ada orang nak rejek aku dari list dorang, baru aku leh add mana yang dalam pending list ni ok?

Mintak maaf banyak-banyak.


Point 2


Dalam banyak-banyak isu lately, aku paling bengang dengan kes ni.
Aku taknak tau apa masalah rumahtangga korang, semua pun ada masalah rumahtangga tapi yang ko nak simbah asid segala ni apekejadah? Mental ke apa?
Budak ni dah la pompuan okkkkk. Sok besar apa nak jadik kat dia kalau muka dah cacat-cacat macam ni???
Aku yang muka tak cacat pun pernah kena ejek teruk time skolah, apetah lagi kalau muka kau dah herot-berot macam ni. Siapalis betul la.
Kalau aku jadi hakim, aku perintahkan simbah asid kat telor ngan bontot dia. Baru dia rasa nak meniarap tak boleh, nak terlentang pun tak boleh. Berdiri la kau sampai mati. Nampak cam simple kan?

Try la. Takyah tungu lama-lama, ko cuba berdiri sehari suntuk, kalau tak pengsan jangan panggil aku Diana! (apa kaitan??)


Point 3

Aku baca berkali-kali komen 'anonymous' (biasa la kan, kalau yang suka bagi "nasihat" ni selalunya memang merendah diri orangnya, taknak kita kenal diri dia siapa).

Aku letak profile pic FB yang sama macam profile pic kat blog ni, dia dah tentu-tentu lah perli yang aku pun tak tau apa masalahnya dengan gambar tu. Dah kira baik aku tak letak gamba aku terkangkang pakai swimming suit. Bila aku letak gamba bertudung still ada komen 'Pakai tudung biar ikhlas. Bukan sebab nak suruh orang puji'.

Wadefakhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh?

Sampai sekarang aku tak jumpa jawapan apa masalah dengan gambar-gambar aku?
Sebenarnya kau ad masalah apa ni.
Ada masalah dengan gamba-gambar aku kah?
Ada masalah dengan aku kah?
Or kau ada masalah bipolar kah?

Agak-agak kalau aku pakai macam ni mesti semua bajet aku budak baik kan?

2010-08-17

Apesal la En Wan ni jaki sangat kat aku?



Jawapan untuk LOTI DEKAT TELOR MASAK SAMA-SAMA = FRENCH TOAST.

Tepukan untuk diri sendiri mana yang berjaya meneka dengan tepat.
Kepada yang gagal, sila cuba kamus ini :



AYE MINA



Di situasi yang berlainan...

Ija : Ma, tadi masa mandi kan, Papa cakap Mama cantik.


Teruja okk. Macam best je kan bila terbayangkan how sweet En Wan cerita kat anak dia how dia tekel mama dia, how cute mama dia, ohhhh...



Aku : Iye ke? Papa cakap kat Ija macamana?

Ija : Papa kata Mama cantik tapi itam.




Besar sungguh pahala yang aku dapat bulan-bulan puasa ni eh?

2010-08-16

33rd Besday


Sabtu lepas adelah hari jadi saya. Tapi hari itu kita juga berpuasa. Disebabkan makan pun tak boleh, maka pada hari jadi saya, saya telah membantai membuta dari pukul 11am sampai 3pm.

Mudah bukan?

Elok je lepas zuhur (pukul 3.30pm baru nak zuhur), Mak Aji pun sampai.
Oh, ya. Mak Aji ngan Pak Aji ada kat rumah aku skang sampai la raya. Best la kan mak pak duduk dengan kita. Nak pulak kalau kau jenis pemalas, maka sangatlah berbesar hati ada orang tolong kau kemas rumah, masak and bergossip tanpa had.

Petang Sabtu tu, Mak Aji sampai dengan membawa segala ikan-ikan yang dia dah beli siap-siap kat pasar Kajang (alasan : Pasar kat Putra Heights ikan semua tak senonoh. Padahal ikan tu jugak la yang aku belikan untuk dia buat laksa. Makan sampai tambah 3 kali lak tu).
Sampai-sampai je, terus dia bersilat kat dapur get ready untuk masak berbuka. Menu of the day adelah nasik merah. Tima kasihlah kat aku kan sebab hari tu besday aku, kalau tak, En Wan merasa lagi la makan nasik kerabu benyek kat Pasar Ramadhan.

Nota pengumpatan :
Aku rasa Pasar Ramadhan tahun ni makin ramai amatur-amatur yang melampau bodoh tak boleh masak tapi still nak meniaga. Jumaat lepas kitorang berbuka, ada ke nasik ayam aku dia pi bagi kuah kicap sos tiram?? Sos tiram buta-buta je. Aku ingat kot la dia masak kuah kicap tu. Takde okkk. Sebijik rasa sos tiram fresh dari dalam botol. Binawe.
En Wan pulak cume boleh masuk 4 suap je nasi tomato dia. Dia punya nasik tomato kan, nasik ngan tomato sama banyak. Dah macam sampah kat dalam kotak polisterine tu. Bersepah-sepah tomato yang dia dadu-dadu. Konon kreatif la? Pastu popiah dia lagi cam siapalis. Dah la kulit serapuh-rapuhnya pastu isi kat dalam semua hangus! Tak ke cilaka banat tu?

Haaaaaaaaaaaa...kan puas aku dapat maki!!




Sebelum terlupa, Thank you to Wan Sania sebab poskan serunding ni.
Tima kasih ye, dik. Sangatlah teruja dapat hadiah serunding (aku ni apa aje la yang tak teruja kannnn. Nak lagi kalau makanan).



Kalau dah nama kek besday aku tu, memang tak boleh lain dari blueberry cheese. Alangkan besday orang lain pun aku belikan kek yang selera tekak aku, inikan besday sendiri. Kalau kek ni takde hari tu, memang aku takkan beli kek lain punya. Biar la besday takde kek pun. Tapi kan, aku heran. Apesal mamat ni tulis '33rd DIANA ZIN'???? Apa yang Zin???

Diana Zin?
Tak 'in' okkkk.
Diana Aniston, maybe.


Ini special dari Mak Aji. Awal-awal pagi dia dah buatkan kek ni untuk aku. Macam yang dijangka, tetap blueberry. Cuma bukan cheese cake, tapi butter cake. Gua tak kisah. Kau bagi jem blueberry je pun takpe. Janji blueberry.
Tapiiiiiiiiiiiiiiii, kalau dah nama besday sesape pun dalam rumah ni, konfem la kek tu berpindah tempat, regardless apa nama sekalipun kau letak atas kek tu, tetap lagu besday menjadi 'Pei Pei Pe Yu Yu Ijaaaaaa'.



Saya celebrate besday 8 kali setahun, Korang ada???


Memang gamba dia yang paling banyak sempena besday aku kali ni.

Kitorang start celebrate besday 10 minits before berbuka. Elok je Pak Aji habis baca doa, orang pun azan. Takde de aku nak tiup-tiup lilin kalau Pak Aji ada. Kang dengan aku-aku sekali dia hembus keluar. Aku potong kek buat syarat je, sebab nasik merah adelah sangat tempting. Apa barang berbuka makan kek???


The food


Acu dia pulak berkenan ngan helmet tranformers ni.

Oh, yes. Ada sorang reader aku email bertanyakan tentang helmet yang sama. Laki dia nak beli kalau En Wan pi sana lagi. Rupanya En Wan tidaklah pelik. Ramai jugak yang berminat ngan helmet robot ni. Tapi, En Wan kata setakat ni lom ada lagi member dia yang nak dihantar kat sana. Dia kata lain kali dia pergi nanti dia akan carikkan.

Apa????
Nak pergi lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii??????


En Wan gigih pasang lilin menggunakan lilin besday cake, sebab carik lilin lain tak jumpa. Dah la nak menyalakan lilin pun satu hal. Baru perasan rumah ni takde mancis. Mintak lighter kat Ibal 'Weh, mana aku bawak lighter, bulan puasa la!'. Oh, lupa pulak.



Lepas terawikh, masa untuk bermain bunga api. Ntah dengan saper bapak dia beli bunga api, tapi dapatlah segenggam, Tapi, bunga api 4 tahun lepas kot. Lemau semacam je aku tengok. Bakar tak sampai separuh jalan dah habis. Ye ye je nak menjual bungapi tapi jual bung api lemau. Orang-orang macam ni yang patut polis tangkap humban lam lokap 6 kaki bawah tanah. Menipu je keje.

Aku : Ija buat apa tu?

Ija : Ija bakar semut.

Eh, sebijik cam perangai aku time kecik dulu. Aku pun dulu sambil main bungapi sambil bakar siput babi.



Acu terpaksa meyerah diri main bungapi jugak. Tu pun sebab risau tengok anak sedara main bungapi dekat tayar kereta dia.


Yeahhhhhh, tu diaaaa. Tukang pasang lampu sudah mari.

En Wan gigih pasang lampu lip lap.


Ok, yang ni aku malas nak komen. Dia ni memang terencat sikit.


Ohh, engineer tidak puas hati apabila lampu kaler biru tak menyala. Mak Aji di tepi adelah kakitangan sokongan (tukang pass hammer kat menantu)


Maka, dia godek wire-wire kat situ.


Dan taraaaaaaaaaaaaaaaa!! Semua lampu dah menyala. (tapi tak nampak sangat sebab kamera BB ni bodoh)


Dan, beberapa jam selepas itu.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku malas nak susun balik kedudukan dorang, tak larat nak tarik kaki sorang-sorang. Janji tempat aku takde orang masuk.