2010-09-03

Bubur lambuk Tganu



Budak ni kan, kat mana aku tido tu, kat situ jugaklah dia nak menyelit. Padahal bantal lain ada. Yang kat celah kangkang aku tu jugak dia nak letak kepala dia.

Hari ni hari jadi budak itam.
Tapi disebabkan dia tak tau pun today ni besday dia, maka aku nak senyapkan diri. Kalau tak, dan-dan sekarang jugak dia hayak aku pi mall beli PSP. Permintaan yang tak agak-agak.

Kesian pun ada gak bila pikirkan.
Selama ni semorang punya besday kek semua dia belasah potong. Alih-alih sendiri punya besday takde kek.

Actually aku dah tempah kek untuk celebrate besday dia on the 1st Hari Raya nanti.
Jimat pun jimat, hanya bermodalkan kek je. Ketupat dah ada, rendang dah ada, lontong dah ada, kuih raya segala jeni pun ada. Aku cuma bawak kek je. Bergeliga tak?
Ye, aku part mengurangkan bajet sendiri ni memang cukup handal!

Ok hari tu ada yang mintak aku bagi resepi bubur lambuk Tganu kan?
Ok ni dia resepi bergambar dari orang bukan asal Tganu tapi boleh makan bubur lambuk Tganu sampai 4 mangkuk sekali hadap.


Mula-mula sila redah semak samun untuk cari daun-daun kayu. Jangan tanya aku apa jenis daun yang ada dalam bekas ni sebab aku tak tolong cari. Aku tolong hantar mak aku sampai depan pintu je dan memandangnya hilang ke dalam semak dari jauhhhhhh. Dan selepas itu aku pun sambung tido.

Tapi mak aku cakap dia pakai 5 macam jenis daun, antaranya paku pakis, daun ubi, daun err.....lupa dah. Mak aku cakap kalau ko beli kat pasar tak best sangat, dia kena cari kat semak-semak tu baru best. Aku pun tak tau apesal kat semak lagi best. Mungkin ke sebab dia bercampur dengan kompos-kompos???


Sedar-sedar dari tido, mak aku dah balik siap dan tenggek beras. So aku pun capai henfon dan mulakan keje aku sebagai pem-provide resepi bergamba.


Agak-agak beras dah kembang sikit, ko masukkan isi ikan kembung/selayang yang dah diblend dengan bawang putih, bawang merah, halia (blend sekali harung), daun-daun and also lada hitam yang dah ditumbuk-tumbuk. Nak masukkan lada hitam sebijik-sebijik pun sukati korang la. Yang tercekik pun kau, bukan aku.

Time ni mak aku masak 3 pot (untuk makan 3 orang je okkk. So boleh bayangkan tak betapa buruk lantaknya kitorang laki bini, dua mulut boleh perabiskan bubur 3 pot??)


Ok ni end product.


Sangat delicious okkkk. Berkhasiat pun berkhasiat tapiiiiiiiiiii yang tak tahan pedas lada hitam tu janga berangan nak makan lebih dari 2 mangkuk. Jawabnyaaaa..ko berumah bertangga lam jamban.

Dalam kes aku, aku tak berak-berak. Bontot aku adap dia memang tinggi sikit. Takat pedas lada hitam ni takde hal. Tetapiiiiiiiiiiiiiiiii, malam tu aku tido bogel. Gila babi punya panas okkkkk.

En Wan lagi la lansung takleh tido.
Siap bukak-bukak baju lagi tapi still panas lagi.
Toleh sebelah tengok bini tido bogel sambil terkangkang lak tu, tapi tak boleh pakai. Lagi la panas hati member kan?

Ada aku kesah??

Ni kira kurang daun dah ni.
Kalau tok nyang En Wan buat lagi la, ko selak daun baru nampak bubur.
Tapi kelazatannya adelah umpama klimaks 3 kali satu malam!

Sesape nak try rasa, sila buat sendiri. Yang ni aku tak jual.

Ok, tak kelakar.