2010-09-01

Anony oh Anony...



"saya tidak bertanggungjawab atas kesan/akibat, duniawi & ukhrawi, apabila anda read my entry hari ni.
proceed at your own risk, you have been warned"

**credit to En Ahmad Azuddin Mohd Zaid kerana memberi buah fikiran. Nanti aku belanja kau (nanti tu tak tau bila)**


Aku sebenarnya malassssssssssss nak respon to komen-komen anonymous pasal entry laki si Fatimah tu. Yang si Fatimahnya takde apa-apa, kau pulak yang lelebih. Yang aku pasti, anony-anony ni pasti bukan Fatimah sebab si Fatimah tu sekurang-kurangnya berani mencari kebenaran, dia email aku secara terang-terangan. Pakai email opis lagi, semata-mata nak check if aku rampas laki dia. Walaupun tuduhannya dan emailnya sangatlah irritating, tapi setidak-tidaknya dia berani. Ini baru dikatakan berani kerana benar cuma apa yang dituduhnya tu sangatlah tak benar sebab aku memang tak kenal laki kau.

Ok, habis sampai kat situ.
Sambung pasal komen anony.

Ada la, satu anony ni yang meroyan sebab aku tak publish komen dia. Kejap-kejap dia masuk blog aku hantar komen lain pulak but still berkenaan issue yang sama just to make sure komen dia masuk. Ni kes tak paham bahasa la ni. Dah sah-sah kat itu tulis comment moderation (ke apa benda ntah dia tulis kat situ), lagiiiiiiiiii kau nak tekan-tekan button publish. Tapi tima kasihlah sebab aku memang perlukan rating yang tinggi. Sila masuk lagi.

Aku baca komen kau, cuma aku rasa tak payah la aku publish sebab :

1. Kalau aku publish, konfem kau yang kena maki balik. Dan aku rasa kau tak kuat semangat nak terima kata-kata makian sebab tu la kau pakai anony. Jangan cakap la yang kau takde blogger ID so that kau tak pakai 'anonymous'. Pakai la alasan yang bijak sikit. Melainkan kau tak berapa nak bijak jadi bolehlah menggunakan alasan itu.

2. Komen kau sangat tak relevan dengan teks. Aku bajet kau ada masalah pemahaman teks.

Anonymous has left a new comment on your post "Saya mulakan dengan Bismillah..":

eer...perlu diingat...bertudung atau menutup aurat adalah ARAHAN dr Allah...bukan arahan dr suami, makayah, sedara mara, kengkwn atau bos..dan bukan juga utk dilihat cantik atau dihina jika org yg bertudung tu melakukan kesalahan...Allah tidak menilai harga tudung atau cantiknya tudung..memang ikhlas tu ptg tp sampai bila nak tunggu ikhlas tu dtg..(memang pyh nak buat sesuatu yg disuruh kan..yg dilarang jgk yg diperthnkan dan ditegakkan "benang yg basah"..huhu...wallahuaklam)

Publish
Delete
Mark as spam


Sila pahamkan teks aku pulak :

Aku dengan rendah dirinya mengaku yang aku memang tak sebaik mana. Aku tak ikut arahan agama untuk menutup aurat, itu jelas, semorang nampak. Aku akui salah aku. Tapi aku tak pernah menidakkannya dengan hati. Aku tak melawan dalam hati. Aku sendiri sentiasa berharap oneday aku berubah.

Tak paham jugak ke statement aku tu?
By the way, entry aku ini bukan pasal aku taknak pakai tudung, or orang yang pakai tudung tak cantik, or tudung Ariani mahal...bukan ye. Entry aku ni berkisarkan tentang salah aku kah bila laki Fatimah simpan gamba aku sedangkan laki orang lain tak hingin pun pandang muka aku?

Bila aku tak publish tak puas hati niiiii. Up lagi satu komen, kali ni panjang sikit. Nak tulis sangat, ha tulisssssss :

Anonymous has left a new comment on your post "Saya mulakan dengan Bismillah..":

eer..peringatan...bertudung atau menutup aurat bukanlah arahan suami, makayah, sedara, kengkwn atau bos ye..itu adalah arahan dr Allah....keikhlasan memang ptg tp sampai bila nak tunggu oneday kalu dah th kebenarannya...adakah solat pun kena tunggu ikhlas dan seru dtg baru nak buat...memanglah kita selalu dgr org akan cakap "dont jugde a book by its cover" tp kalu ade beribu buku dgn cover yg "terdedah" apakah..? solat tak tinggal tp kalu tak menutup adakah Allah takkan marah dan akan lupakan pasal tu...sama jg macam kita sebagai makayah dgn anak kita..kita ajar anak jgn mencuri dan jgn berbohong, anak ikut arahan jgn mencuri shj tp masih lg berbohong..macam mana perasaan kita? adakah kita akan selalu maafkan kesalahan yg berbohong tu sebab kita rs takpela sbb sekurang2nya dia tak mencuri...huhu..
satu lagi..my opinion dlm topik n3 ni, dua2 salah..fatimah tu pun salah kerana caranya..diana pun salah (sori krn bercakap benar..see, skrg bercakap benar pun kena mintak maaf..hehe)memanglah itu hak seseorg tuk meletak gambar masing2 tp kita kena pikir jgk...dunia internet ni mcm2 org blh terpengaruh dgnnya...bergtg pd pdpt masing2..tp keutamaannya adalah landasan agama..kalau meletak gambo blh meretakkan hbgn, baik jgn lakukan..dan kalu gambo menutup aurat jgk masih lg membawa keburukan, baik jgn terus...adakah ini akan mendtgkan kerugian dimana2 pihak? takkan..kecuali syaitan shj..hehe..

Publish
Delete
Mark as spam


Aku tertarik dengan ayat dia "memanglah itu hak seseorg tuk meletak gambar masing2 tp kita kena pikir jgk...dunia internet ni mcm2 org blh terpengaruh dgnnya...bergtg pd pdpt masing2."

Baiklah.
Di sini saya ingin memberi pendapat bahawa saya tak rasa saya cantik.
Saya tak rasa wajah saya mempu memikat hati laki orang sebab itulah saya tepek gamba saya banyak-banyak. Tetapi kalau laki orang BERPENDAPAT saya cantik dan gamba saya harus disimpan untuk dibuat modal, adekah saya yang harus bertanggungjawab atas keruntuhan rumahtangga dia sedangkan saya kenal laki dia pun tak?

"kalau meletak gambo blh meretakkan hbgn, baik jgn lakukan"

Mana la aku nak tau rumahtangga siapa nak retak hanya disebabkan gamba aku?????
Apa ke punya bangang.

Anonymous has left a new comment on your post "Saya mulakan dengan Bismillah..":

mari pesan memesan....nafsu lelaki adalah SATU shj,diulang SATU shj...apakah nafsu itu? samada seksi tau bertudung nafsu tetap nafsu..kalu blh elak mencetuskan nafsu depa, baik elakkan..memang kita semua lemah tp kalu dah tau terang2 benda tu SALAH nape buat lg...heeemmm..kalu ditempat diana kita dah tau perasaan dia kan..tp kalu kita berada ditempat puan timah, apakah perasaan kita ye...mintak jauh...(kesimpulan..dgrlah dr KEDUA2 belah pihak sblm menilai..)

Publish
Delete
Mark as spam

"nafsu lelaki adalah SATU shj,diulang SATU shj...apakah nafsu itu? samada seksi tau bertudung nafsu tetap nafsu..kalu blh elak mencetuskan nafsu depa, baik elakkan"

Dah kau pun tau nafsu laki satu. Kau telanjang bulat ke, kau pakai purdah ke, kalau kote dia dah mencanak-canak, laki tu pedulik apa kan?

3. Bila aku baca balik 3 komen ni, aku rasa cukup-cukupla. Tak perlu lah aku siarkan semua. Aku rasa yang lain2 tu pun kau jugak. Cuma kau tukar nama je, but still anonymous jugak.

Apa yang aku dapat simpulkan kat sini adelah, anony ni bukannya nak sangat aku bertudung, tapi lebih kepada nak menghentam aku. Disebabkan kerana itulah aku takde hal la kau nak hantar komen banyak mana pun. Cuma aku rasa aku perlu perbetulkan pemahaman kau terhadap teks aku ni. Sebab pemahaman kau terhadap teks adelah sangat lemah. Disebabkan sangat lemah maka aku tak publish sebab nescaya mengundang maki yang berganda. Tapi disebabkan ni bulan puasa, jadi aku tak berapa selera nak maki, aku gelakkan aje.

Len kali pahamkan teks ye.

Teks aku tak kata pun aku taknak pakai tudung, aku suka pakai skirt micro. Ada?
Teks aku membincangkan isu laki orang simpan gamba aku. Dan aku tanya adekah salah aku bila laki dia simpan gamba aku?

Yang heran tu laki orang lain takde punnnnnnn.

Jap aku tanya..

Hafiz Chan, ko ada simpan gamba aku tak lam henpon kau?
Azuddin, ada tak? Baik kau cakap betul-betul!
Jarr, delete semua gamba aku kalau kau ada simpan.
Shafie, aku tau kau dah delete (hahaha)

Ada sesaper lagi laki orang mahupun boifren orang yang baca blog aku kat sini?
Kalau agak-agak stim tengok gamba aku, sila tekan butang X belah kanan.