2010-09-08

Tak makan lagi bagus.


Disebabkan Mak Aji dah menghabiskan stok-stok bahan mentah kat rumah aku ni sempena nak make sure yang aku tak akan menggatal nak memasak sepeninggalan dia ni, maka En Wan telah bermurah hati bawak anak bini pi berbuka kat Kota Permai Golf Club semalam.

Lagipun dia sehari semalam tido kilang sebab ada trial run apa ntah, so meninggalkan isteri yang sarat mengandung tido kesejukan di atas ranjang tanpa kehangatan badan suami (oi puasa oiiii!) telah mengundang rasa bersalah. Jadi, semalam kul 6.30pm kitorang gerak ke Kota Kemuning. Sampai sana dalam kul 7pm macam tu. Ok la, tempat biasa-biasa je. Menu dalam makanan pun takde la berapi-api sangat, biasa la Golf Club. Tapi rasanya lagi best Golf Club UKM (management dulu, management sekarang tak tau camne).





Sangat menyelerakan lengan aku kan?
Masa menu sampai, En Wan suruh aku order apa je aku nak makan (nampak sangat selama ni dia catu makanan aku kan? heh). So aku yang sedang lapar gila ni macam-macam dah plan nak makan ni. Memula nak makan nasik lemak ayam pandan. Apa-apa hal kena carik nasik dulu. Kendian-kendian baru isi western food pulak. Aku order orange juice and ABC with ice-cream, pastu ada appetizer segala. Ok, settle.

En Wan lak order nasik gak, tapi aku lupa nasik apa dengan guava juice.
Redza order club sandwich with fries and green apple juice (peminat blog green apple No. 1. Ngahaha)

Kejap pastu, brader tu datang cakap, nasi yang En Wan order tu takde. So, En Wan order Nasi Goreng Aneka.

Jap lagi dia datang balik cakap bukan En Wan punya yang takde, tapi aku punya yang takde. So, aku order nasik lain (lupa nasik apa).

Jap lagi dia datang balik cakap nasi yang aku order tu pun takde. Last, aku order nasik goreng kampung. Kalau takde jugak memang aku terbalikkan meja makan ni.

Tapi ada.

Ok settle.






Brader ni cuak gila bila En Wan kata 'Saya rasa next time saya datang sini, mesti awak dah benti keje'.

Tak kelakar sangat ye bang lawak kau.

Orang lain berbuka kul 7.18pm, aku berbuka pukul 7.52pm, sempat Maghrib dulu la tunggu nasik tak sampai-sampai.

Mula-mula sampai nasik aku.
Tengok rupa nasik pun tau tak sedap.
Sedap lagi aku masak kat rumah goreng cincai-cincai dengan ikan bilis.
Tapi sebab hati dah panas, perut dah lapar, aku sumbat jugak. Main tolak-tolak je nasik tu dengan orange juice.

En Wan punya nasik pun sampai.
Tapi bukan nasi goreng aneka but nasik goreng pattaya.
Ntah mana punya order yang dia bagi pun aku tak tau. Aku cakap makan je la. Rimas aku duk sini lama-lama. Tapi En Wan memang dah panas hati, dia panggil budak tu and tanya 'Ni nasik goreng apa ni?'

Cuak gila muka budak tu.
Berkali-kali dia say sorry.
Aku pun cakap takpela, dah sampai kat depan mata pun, bukannya takleh makan, cuma makan sambil menyumpah-nyumpah je la.

Redza lagi kesian, toksah kata club sandwich, air pun tak sampai-sampai lagi.
Memang binawe.
Aku panggil waitress tu and tanya berapa jam lagi dorang nak siapkan air anak aku. Wah, mendidih la aku ni kan. Mentang-mentang la aku bukan member club, ko wat nampak tak nampak je eh? Ko ingat aku bayar pakai air ludah ke?

Last-last setelah men-say sory berbelas kali, makanan Redza pun sampai.
Tapi alahaiiiiiiii, fries pun lembik macam rendam lencun dalam minyak masak 2 hari.
Pastu the sandwich......eh malas la aku nak cerita. Pegi sendiri la rasa.

Elok-elok aku lapar, terus aku kenyang sebab makan hati!

Keluar je dari golf club tu En Wan terus berpusing-pusing carik burger Ramly, tapi mana lah adaaaa, semua brader Ramly gi terawikh. Last-last sampai rumah, aku buat susu then kunyah kacang Cap Tangan. Lagi kenyang okkkk.



Nasik goreng kampung yang tak best. Tapi nasib baik pemandanga best jadi makanan nak taknak terpaksa la jadi best jugak.


Muka tak berapa nak puas hati tapi habis jugak sepinggan.