2010-08-26

Saya mulakan dengan Bismillah..

Seblom aku merepek dengan lebih panjang, terlebih dulu aku nak mintak maaf kalau ada kejahilan dari pihak aku dalam memberi pendapat.

Ceritanya begini...

2 days ago, aku received satu email dari seorang wanita yang bernama Fatimah (sah bukan nama sebenar). Dia bagitau yang dia jumpa gamba aku dalam hp husband dia. Wah, cuak kejap aku.
Dipendekkan cerita, husband dia bagitau yang aku kawan FB. Bila aku tanya nama hubby dia nak check, eh takde la pulakkk. Maybe hubby dia pakai nama lain. Aku tak kenal.

Dia suspek aku ada skandal dengan laki dia disebabkan gamba-gamba aku. So aku bagitau yang mungkin hubby dia reader blog aku and aku pun bagi link blog aku so that dia boleh tengok sendiri betul ke tak.

Tapi aku tau la jawapan aku tu sah la tak memadai sebab ape kaitan kawan FB and reader blog dengan gamba aku kat hp laki dia kan?

Aku tanya mana dia dapat email aku, dia cakap dia search nama aku, just based on nama Diana (gila banyak okkk nama Diana. Gigih betul Fatimah ni carik aku). Laki kau pun satu, bagi la nama penuh aku kan ke senang.

Aku pun tak tau apa kejadah laki dia simpan gamba aku, tapi yang pasti gamba-gamba tu adelah asal dari blog or FB, kalau tak, mana si Fatimah ni leh spot muka aku sama ngan gamba dalam hp laki dia?

Itu aku taknak pikir. Yang aku pikir skang, apa motif laki ni simpan gamba aku?

Nak santau aku kah?
Nak mandrem kah? (Mandrem ngan santau lain kan?)
Nak buat modal kah (ok, yang ni sah tak lojik. Sebab aku takde gamba bogel. Video porn ada tapi belum transfer lagi).

Ok benti takat kat situ.

Bila aku dah explain sebaik mungkin, aku ingat abis kat situ je la. Rupanya tak.

The next day another email masuk from this Fatimah. Tapi kali ni lain pesen pulak.

Dia 'menasihati' aku supaya berubah.

Bukan sebarang nasihat, tapi lengkap dengan cebisan-cebisan ayat Al-Quran tentang seksaan wanita yang tak menutup aurat, yang memperlihatkan keindahan tubuh badan kepada lelaki bukan muhrim, etc.

Ok fine.

Aku dengan rendah dirinya mengaku yang aku memang tak sebaik mana. Aku tak ikut arahan agama untuk menutup aurat, itu jelas, semorang nampak. Aku akui salah aku. Tapi aku tak pernah menidakkannya dengan hati. Aku tak melawan dalam hati. Aku sendiri sentiasa berharap oneday aku berubah.

Yang aku terkilan sangat, motif Fatimah ni. Dia seolah-olah menyalahkan aku. Disebabkan aku tak menutup aurat, posing sana sini gamba letak kat FB, pakai mekap segala sehingga menggoda lelaki lain.

Apekejadahkahhhhhh???

Fatimah, aku letak gamba kat FB sebab itu adelah FB. Semua orang letak gamba kat FB. Aku pun letak. Apa salah ke aku letak gamba muka aku kat FB?

Sekarang yang simpan gamba tu, aku ke, laki kau? Aku kenal laki kau pun tak and kau nak tuduh aku goda laki kau?

Apesal kau nak serang aku padahal aku tak tau apa-apa. Daripada kau perbetulkan aku, apakata kau perbetulkan lelaki yang simpan gamba aku tu?

Ohhhh, tak baik dan tak wajar menegur suami sendiri eh?
Derhaka?

Frankly aku cakap, aku takde rasa bangga sekelumit pun bila tau laki kau simpan gamba aku. Takut lagi ada, like wadefak kau simpan gamba aku?

Salah aku ke kalau laki ko simpan gamba aku?

Oh, disebabkan aku free hair and gaya macam easy, so otomatik aku penggoda laki kau and laki-laki bukan muhrim di luar sana?

What if kalau kau terjumpa laki kau simpan gamba aku yang bertudung?
Cebisan ayat Quran mana pulak kau nak cari untuk hentam aku?
Aku bajet kau akan cakap 'pakai je tudung, tapi gatal merampas laki orang', kannnn???

Disebabkan aku bukan sape-sape so dengan pantas menuduh aku menggoda laki dia. Cuba kalau laki dia simpan gamba Siti Nurhaliza ke, ehhh boleh pulak 'Ala, artis. Biasalah kalau kita minat artis'.

Ye, aku tau aku bukan artis dan kau wajar cuak bila nampak gamba aku kat hp laki kau. Tapi bukanlah lagi baik seblom kau tazkirahkan aku, kau tazkirahkan dulu laki kau?

Betul la kan sebab kenapa wanita disuruh menutup aurat adelah kerana benda-benda yang tak dijangka macam ni. Mengundang fitnah. Tapi wajarke kau letakkan kesalahan tu kat aku sorang???

Segala yang terjadi tu adelah bersebab. So sila cari penyebab dulu bukan terus selesaikan masalah membabi buta sedangkan kau sendiri tak tau penyebab dia apa.

Tapi aku tau, aku cakap macamana pun, aku tetap tak boleh menidakkan hukum Tuhan. Ye, mungkin salah aku la sebab aku berhias (????) sehingga menyebabkan laki tegoda (oh sumpah geli lancau aku nak tulis ni statement ni).

Fatimah, saya minta maaf atas apa yang terjadi kat keluarga awak. Doakan saya supaya saya bertudung seperti yang awak sarankan. (Orang yang bertudung ni semuanya dilihat tak cantik ke?? Datin Nurjuma tu gila gojes bertudung okkk).

Cuma saya mintak satu lah. Sekiranya satu hari nanti, laki awak terpikat dengan wanita lain yang bertudung, tak menggunakan mekap, jalan menunduk, dan sewaktu dengannya, awak jangan lah cuba mencari kesalahan pompuan muslimah itu ye? Awak terima je la qada' dan qadar Tuhan.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone