Ok, yang nak tengok perut aku yang terkini...saksikanlah.
Buat masa sekarang, status adelah :
- uri dah naik atas, alhamdulillah.
- baby BOY. Maka bertambahlah jumlah belalai di dalam rumah ini.br />
- nama baby dah ready. Of cos la kena start dengan Wan Muhammad R....
- barang baby satu apa pun aku tak beli lagi. Siapa nak belikan, sila buat pengakuan.
- dah start tido duduk, asal tido baring je aku muntah.
- tak dapat nak puasa penuh tahun ni. Burn 2 hari sebab...err...lapar??
Hmm....kan aku dah cakap dulu, dari baby 3 bulan dalam perut aku macam terasa-rasa ni mesti baby boy. Maybe naluri keibuan kot. Lagipun aku tengok condition aku macam sama je dengan masa aku mengandung budak masam. Cuma kali ni teruk sikit maybe sebab gap lama sangat, 6 tahun baru gatal nak beranak lagi. Faktor usia la kot.
Orang tua-tua kata, kalau kita mengandung anak lelaki, kita akan rasa nak melawa je masa pregnant. Nak pakai baju cantik-cantik, nak keluar pi mamak pun nak touch up. Petanda ni memang ada time mengandung Redza, but this time takde pulak.
Oh, maybe kali ni aku dah jadi natural beauty kot. Ngagagagagagagagagaga.
Pangggg sedas!
Apa-apa pun, Dr kata aku konfem disembelih buat kali keduanya. Takde harapan nak bersalin normal sebab apa pun aku tak tau. (ala, macam la kau berani sangat punnnn)
Takpela, janji baby keluar.
Anddddd...disebabkan itu, tarikh 1/1/11 tu hanya tinggal kenangan.
Dokter suruh aku pilih tarikh 18 Dis ke atas.
Ok, tarikh nak beranak pun aku dah pilih, harap-harap boleh bertahan sampai ke tarikh tu.
At least this time aku dah tau siap-siap yang aku bakal disembelih, so takde lah aku kena induce sampai 3 kali. Series tobat okkkk. Saper penah kena induce sekali pun tau camana hazabnya, aku boleh kena sampai 3 kali!!! Macam nak tertanggal bontot aku tahan sakit.
Apa-apa pun tolong doakan supaya aku and baby selamat eh?
Thank you to Shafie and Diana Wahab sebab bagi kuih raya.
Sumpah aku memang tak beli sebijik pun kuih raya tahun ni.
Selalunya buat open house but tahun ni konfem takkan ada open house sebab aku nak bancuh air sendiri pun tak larat okkk. Jadi, sesape yang nak datang tu sila la email/call dulu, boleh la kot nak sedia apa-apa. Kalau tak, aku bagi makan keropok je.
Tapi insyallah if semuanya selamat, aku punya open house raya akan dibuat time aqiqah sok.
Shafie, thanks eh bagi Almond London ni. Ni aku snap on the day ko hantar. Hari ni dah tinggal suku je. Orang lain pagi raya baru bukak balang kuih. Aku ni, malam raya kuih dah habis. Dah la beli malas.
Pagi ni, Mak Aji ngan Pak Aji dah balik Bangi.
So hari ni dengan esok pagi aku sorang je la kat rumah dengan Redza.
Akan tetapiiiiiiii, esok malam aku gerak balik kampung. Bangi, here I come!!!
Macamkan jauh sangat bunyiknya.
Padahal nak balik pagi raya pun boleh tapi pedulik apa aku kan, bukankah bersesak-sesak di dalam jem time balik raya adelah nikmat?
Jadi, sekiranya ini adelah entry terakhir sebelum hari raya, aku nak mintak maaf kalau kata-kata aku samada yang keluar dari mulut atau secara bertulis pernah/telah menyinggung hati mana-mana pihak.
Selamat Hari Raya All!