2008-07-09

Salah ke aku jadi diri sendiri?


Hari ni aku demam. Dr nak bagi MC aku leh kata 'Bagi saya time off je la'.
Pastu menyesal.
Dr bagi ubat tapi sampai skang aku tak makan dengan harapan esok aku bertambah demam so boleh MC. Kalau misi aku berjaya esok, aku nak belasah tido sampai tengahari.

Boleh tak aku nak tanya sumthing?

Aku sebenarnya konfius.

Kalau husband kita belikan kita sumthing contohnya baju and baju tu takde la considered as obscene pun, cuma sah la tak menutup aurat. Short sleeves blouse with short A line skirt bawah lutut. Ok la fine, as Muslim, memang la baju tu tak senonoh sebab ko menampakkan benda yang tak sepatutnya ditayang. Tapi, kalau husband kita yang pilihkan baju tu and kata baju tu sesuai untuk kita pakai gi keje, camne ha?

Sebab tadi kan aku dibasuh oleh seseorang.
Budak ni aku tak berapa kenal pun, nama penuh dia pun aku tak penah tanya, apetah lagi nama makbapak dia. Tapi kalau dia ada abang konfem nama abang dia yang aku ingat.

Aku tengah jalan luar bilik dia and dia stopkan aku.

'Diana, saya nak tanya. Cara pemakaian Diana mempengaruhi sales Diana ke?'

Opssss! Mula-mula sekali dah salah. Wa tak buat SALES, wa provide technical support.
Apa ingat aku ni hooker ke nak pi keje pun nak pakai seksi-seksi? Hooker perut flat okkkk, tak buncit cam aku.

Memula memang aku tak paham soklan dia sebab sedia maklum kepala aku tengah berdengung ngan selsema srot sret srot sret. Bila dia tengok kebangangan yang jelas terpancar, dia sambung,
'Macam ni, saya rasa Diana pun blaja masa skolah dulu kan. Aurat kita hanya muka dan telapak tangan. Apa kata Diana mulakan berubah dengan pakai pakaian yang labuh?'

Errrrr.....tetiba aku bisu.
Eh, bukan aku bisu, aku sengaja membisukan diri. Sebab aku tau kalau aku buat peramah, takut berbaldi budak ni kena maki. And sebab fizikal appearance dia pun memang alim, tudung labuh, pakai baju labuh tak ketat and all, and cara dia approach aku pun penuh dengan kesopanan, so aku redha.

Tapi baju aku tadi tak mengghairahkan sesaper!!!!
Tolonggggg la.
Aku pakai skirt yang ketat kat peha pastu kembang sampai aras bawah lutut and blouse 3-quarter sleeves.

Ye. Aku tau ia tetap mendedahkan aurat. TAPI, yang aku nak stresskan baju aku pakai tadi baju untuk pi keje. Takde saper yang gila pi keje pakai baju dedah-dedah. 'PRETTY WOMAN' je pi keje macam tu.
Aku tak prettyyyyyyyyyy.

Benda ni happened a few times jugak. Ada satu time, aku ngan dua kawan aku lepak, yang sorang tu memang all out jenis pakai nak pi "ke bintang" (nak tunjuk jugak orang lain lagi teruk dari aku, hahahhah). Tengah-tengah aku melepak tu ada satu kakak approached and pegang tangan aku cakap benda yang sama.

Bila aku bagitau En Wan, dia senyum, 'Abang yang pilih baju-baju Di kan?'

Aku tau dia nak sedapkan hati aku. Dia willing nak tanggung tohmahan orang so that aku akan rasa 'Well, laki aku yang suruh aku pakai. Bukan aku yang nak. So salah dia la.'

Entah la, susah nak puaskan hati semorang. And aku hidup bukan nak please orang pun. Kalau tak, takkan la hari-hari ada barua bagi hatred comments kat blog aku, cuma aku tak kosser la nak layan. Blog aku untuk manusia terpilih je.

Tapi aku tau yang kakak-kakak tu semua sebenarnya sayang kat aku kan?
Sebab tu dia nasihat kan?
**smile**


kak...just nak gtau...its me yg click on i like it kat stumble tuh....tp...x plak sy ltak as pornography...kin panas tol..x pasal2 sy lak kene...sorry yer,,,,cuz xder niat nak burukkan blog akak...i like ur blog...honestly...

huhhu...plek2....cmner leh dlm ketegori porn plak nih....x phm3

Takpela dik oi. Tak kisah siapa yang click, cuma saper yang letak tu je akak nak tau. Nak kenal-kenal..:)


Bak kata skandal aku ni :

green apple: ada org hantar komen kat aku lagi..biasa la anonymous

wong ah beng: mm? nih dia komen blog kau eh? apa dia cakap beb?

green apple : (cut and paste komen)

wong ah beng: ko cakap lucah apa dlm blog ko?

green apple: aku cakap babi la, kote, pantat ko la...tu je..pebenda? apa ingat aku cerita aku beromen ngan laki aku ke?

wong ah beng: hahahah..itu bukan melucah..itu mencarut





2008-07-08

Porno ke site aku? Aku baru nak scan gamba bogel


Aku bukannya nak delete pun blog ni. Ni kan life jurnal aku, tempat aku memaki, memporno dan juga menggedik.

Cuma semalam emo sket. Benda ni bukan baru sekali jadik kat aku.
Dulu penah url aku ditempek kat forum gossip2 artis. Ada sakai mana ntah pi letak link ke blog aku. Berjujuk-jujuk masuk. Pastu aku kena komen 'Mana gossip pasal Abby-Norman? Poyo la kau!'

Aku jugakkkkk yang dapat poyo.

Dulu, berduyun-duyun datang blog aku semata-mata nak tengok bagaimanakah rupanya perampas boifren orang ini. Dah masuk blog aku takkan nak tengok blog je kan, nak la jugak letak sekomen dua. Komen pun kena la yang pedih-pedih sket.

'Dah la hitam, ada hati nak rampas boifren orang'

Memang aku hitam. Takde saper pun kata aku putih. Mungkin sebab ko putih sangat kot tu yang kena tinggal.
Beb, kita kalau nak pastikan boifren lekat, mulut jangan longkang, hati mau baik, lucah takpe. Eh.
Seb baik aku hitam tau. Kalau putih?? Makan atiiii la ko.

Dahuluuuuuuuuuuuu...suatu waktu dahulu.

Betina birah mana ntah hantar aku email.
Cakap aku gedik dah ada laki still gatal nak bercinta ngan boifren orang.
Eh, ko pulak susah?
Bukan aku gatal ngan laki ko pun. Masalahnya, yang ko tuduh aku rampas boifren orang ni, si boifren tu kacak kah? Kalau tak kacak, tolong jangan babitkan aku dalam isu murahan ni.

Wellllll....susah jadi manusia hitam tapi CUN ni. Apa lagi yang boleh kita buat selain dari merampas kekasih orang kan?
Wakakakakakakkka.

Itu aku tak kisah, tapi this betina siap cakap 'Entah-entah anak kau tu pun anak dengan laki lain'.

Lebih tak??????
Boleh saya tampar dia?
Ok, sila tampar.

PANGGGGGGGGGGGGGGG!!!!

Aku konfius pehal minah ni yang lelebih. Padahal dia takde kena-mengena pun dalam kes ni. Awek kepada balak yang 'aku rampas' tu pun tak bising, pantat dia lak yang panas. Oh, mungkin juga dia baru lepas kena dump. Tu la ko, saper suruh tak gorgoeus, kan dah jadik loser.

Aku taknak tuduh sesaper, sebab benda ni kicik punya hal. Kang salah tuduh banyak lak dosa aku. Dosa skang pun aku tak tau camne nak buang.

Kita berbaik sangka je la okk.

Aku rasa orang yang pedajal aku ni dia cuma nak beramas-mesra kot. Nak gurau-gurau, geli-geli. Mungkin juga dia tak tahan menanggung seksa menahan kotenya dari mengganas bila baca entry-entry aku. Aku memang tak boleh dengar kes-kes macam ni, cepat simpati. Ko carikla bontot sesaper, pandai-pandai la settle. Nama nak tadah bontot aku kem salam la.

Kalau yang nak bergurau ngan aku ni adelah seorang fomfuan, takde apa yang aku nak nasihatkan, cuma kalau laki aku pi oversea sok, aku kirimkan Dildo untuk ko, ok? Saiz apa nak?

2008-07-07

**YAWNNNNNNNN**






See?? Aku dah agak, ada yang bengang dengan aku...AGAIN.

Satu je aku nak tanya, ada aku buat sesaper sakit hati ke?
Kalau rasa benanah sangat mata telinga baca blog aku, aku takde hal nak stop writing. And aku takde masalah lansung nak delete blog ni terus.

2008-07-06

Hari Sukan Redza


En Wan sudah kembali ke pangkuan ku.
Sangat gumbira adinda di sini.

Jumaat malam parents aku tido sini, saje buat spotcheck kot-kot anak pompuan dia bawak masuk jantan kat rumah masa laki takde. Har Har Har. Baru I plan nak buat parti liar tauuu.

So malam tu aku haramkan diri ini dari membuat sebarang keje opis. Layan parents ngan adik laki aku sembang. Kol 11pm aku tengok mak bapak aku cam bateri cap X je, so aku suruh dorang tido, adik laki aku mulakan misi DVD marathon, aku pun masuk bilik on laptop cam biasa.

Esok pagi kol 6.30am aku dah bangun siapkan breakfast. Jangan harap la aku nak bangun buat breakfast pagi Sabtu. Memang tak penah dibuat. En Wan mana reti nak bfast selagi tak jejak 10am. Seblom kena tazkirah ngan Pak Aji pagi-pagi, baik aku buat nasik goreng.

Dalam kol 12.30pm aku ngan Ibal (adik) gi Stadium Putra Bukit Jalil sebab Redza ada sukan - R.E.A.L Olympiad. Kecik-kecik dah masuk olimpik sialll. Aku dulu sukaneka pun tak lepas. Ini kira sukan untuk semua branch R.E.A.L Child Enforcement Centre (skolah Redza) untuk negeri Selangor. Quite happening jugak la event dia untuk budak-budak kecik punya level. At least nampak la mana duit aku pegi..ngahahaha.



Standard prosedur, seblom gi stadium, ambik gamba dulu. PH means 'Putra Heights'



Takkan gamba dia je kan. Mesti la aku enterframe gak...

Tapi yang tak best En Wan takde, kol 2pm baru touch down kat KLIA. Event started at 2. Dah la aku tak jumpa mana bateri handycam, harap kat digicam je la. Hamlau betul la bapak dia ni. Aku dah kata put aside bendaklah ni, dia wat dekkk je. Nak harap kat henpon mahal aku ni memang haram la jawabnya.


Pebanda mak aku sikit-sikit nak ambik gambar. Dia lak tu yang posing lebih..

Nak carik parking memang berpeluh. Nak carik seat satu hal. Baru aku tau punya ramai mak bapak yang hantar anak kat CEC ni. Aku dok kat seating area untuk parents from Putra Heights, sorang pun aku tak kenal. Nampak nau kera sumbangnya. Betul kan peribahasa ni. Ke salah? Belasah.

Masa ni la baru nak 'Hai, you dok seksyen berapa?'.
'Hubby I tak datang, dia gi Bangkok', '
Eh, hubby I pun gi obersea, tapi jauh sket, Congo'.



Tengah carik sepanduk Putra Heights. Tukang pegang sepanduk pendek sangat, aku tak nampak. (nak jugak salahkan orang lain pendek)





Masa ni aku dah lepaskan Redza kat tangan cikgu, snap gamba tang jauh je. Elok pulak anak aku, sopan je ngan cikgu. Kat umah taknak pulak ko sopan camni.

Mula-mula parade.
Siap bawak sepanduk dari branch masing-masing. Brass band skolah mana ntah tapi skolah anak orang-orang kaya la yang iring cinonet-cinonet ni semua. Yang paling 'kasik gegar' bila group Ampang keluar. Maybe sebab CEC Ampang besar, so parents yang datang pun ramai. Mak bapak ni pulak yang over excited, nampak je anak-anak melintas, siap berdiri tepuk tangan hiruk-pikuk siap bawak banner. Sporting gila. Turn Putra Heights keluar, mak bapak berdiri tapi senyap je. Masing-masing kontrol. Skemaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Aku nak jerit pun segan.
Tau pulak segan.
Tapi sangat heran la, yang dok kat seating area aku semua mak bapak muda-muda. Pesal aku nampak orang tua je kat area rumah aku?







Wan wahhhhhhh. Baik punya pegang nampakkk.

Petang tu aku emo tak bertempat. Tetiba je masa nampak anak aku berarak, aku sebak terus nangis. Terasa kejapnya Redza besar. Baru tadi je aku tahan sakit 15 jam nak keluarkan dia. Now dah besar, dah skolah and aku skang tengah bagi support kat hari sukan dia.




Yang made us the parents from Putra Heights proud sebab children from CEC P.H. yang baca sport pledge. Berterabur pun terabur lah. Agaknya Pre-School 1 semua those yang age 3-4 so dia kasik jalan dulu. Takde la penat aku tunggu turn dia. Redza main game ambik pebenda ntah lari lari lari gi cucuk ke sponge. Yang best tu anak aku first runner. Seperti yang diduga, dia memang lari laju walaupun start lambat. Patut la teacher dia kata dia ni tak reti jalan, asik lari je. Kat rumah pun menggeletis, nak pi toilet pun lari, nak gi dapur pun lari. Kengkadang kalau brek tak makan, tu yang pasu aku pun dia redahnya.
Pastu raksaksa pun datangggggg.
Anak aku ni kuat melanguk cam mak dia jugak. Orang dah kata 'READYYYYY' dia leh meleseh-leseh lagi. Agaknya terkejut tengok ramai nau orang datang.

Dapat no. 2.
Jadikla.
Takat nak bagi dia expose kat sukan. Biar dia blaja usaha kalau nak dapat good result. Tapi anak aku paham ke objektif sukan ni?






Memandangkan saya pelari pertama yang semangnya harus terdiri dari mereka-mereka yang kuat lari, saya jugak adelah yang terpendek dalam kelas. Sebab itu saya kena dok depan. Sila salahkan makbapak saya.

Elok je Redza habis game, En Wan pun sampai. Sian laki aku. Sampai je from Bangkok terus ambik cab pi stadium dengan harapan dapat tengok anak jantan dia sukan. Tapi takpe kanda, adinda adelah isteri yang bijaksana. Adinda telah memaksa Ibal ambik video guna HP dia sambil sebelah tangan lagi pegang digicam.
Siapa suruh ikut, kan dah jadik macai aku. Itu pun satu, jenis tak tau undang-undang, nak ambik angle baik, VVIP seating area pun dia masuk. Alasan 'Takpe, muka aku muka anak orang kaya, guard tak halau'.

Cibai.

Branch Ampang ramai so diorang wat gimnastik, pastu lawan-lawan apa benda ntah tomoi kot, siap pakai tali kat kepala, glove bagai. But so cute. Ada aerobik lagi. Bagus, kecik-kecik dah jadi Jane Fonda.





CEC Ampang

Actually sebelum En Wan nampak aku, dia nampak Redza dulu.
Aku boleh tak dengar announcement suruh ambik anak-anak Pre School 1 kat lounge depan. Aku dok lagi kat dalam stadium tengok anak-anak orang main. Mujur En Wan masuk-masuk je lounge stadium nampak group budak-budak yang dah habis main, nampak anak dia.

Tak guna punya mak. Syok sendiri kat dalam.





Lagi sekali aku sebak and meleleh air mata bila Redza ambik medal. Ntah hapa-hapa emo tak pepasal. Ni baru sukan tadika, lom anak aku konvo lagi. Mau nangis tepuk-tepuk lantai sok.

Betul kata orang, lom jadik mak, tak tau apa rasanya bila hadir kat event-event macam ni. Rasa syahdu je. Terbayang-bayang kat kepala tetiap malam berjaga masa dia demam, dengan berulang-alik jaga dia kat hospital, how menggelabah aku laki bini bila Redza 2 kali berjahit kat kepala, berondoh-randah shopping kat Giant beli susu, pampers, pilih-pilih baju, huru-hara kejar dia kat SOGO nak beli baju raya and all. Bila dia dah makin besar, dah pandai dengar kata, benda-benda ni mungkin aku takkan rasa lagi. Kalau Tuhan tentukan rezeki aku cuma ada anak sorang sampai bila-bila aku takkan rasa moments macam tu lagi. Sedihnya rasa.

So aku cakap kat En Wan, aku akan pastikan aku takkan miss event-event macam ni. Biar pun bos cakap aku kena keje, boleh blahhhhh.





Aku suka gambar ni, sebab En Wan senyum. Boleh kira dengan jari berapa kali dia senyum kalau bergambar. Dan saya juga amat sukakan gamba ini sebab saya memakai baju yang kedut-kedut kat depan nampak aku gemuk macam dugong.


Yang aku tak paham apesal gamba budak-budak Korea ni ada lam digicam aku.
Ni adik laki aku punya keje la ni. Lain yang aku suruh ambik, lain yang dia snap. Macam la budak-budak ni dapat kat ko pun. Ni semua anak-anak orang kaya okkkk, kalau takde RM20K, main telo je la ko sampai tua.




On the way nak keluar stadium, gi habiskan kupon dulu. Sempena dapat no. 2, bapak dia belikan OTROMEN. Dan seperti biasa, belum sampai rumah kepala otromen dah tanggal. Tu namanya bakal engineer okkkkkkk. Apa dapat kat tangan semua dia pulas. Takde yang senonoh aku tengok toys dia. Semua jenis separuh nyawa.





Otromen dan botol jika dipisahkan pincanglah ia...


Sebelom sampai parking, beli ekskrim dulu. Lama tak makan eskrim kon yang dulu 30sen skang dah singgit. Makan la anak beranak kat tepi keta. Sampai rumah lepak jap seblom gerak balik Bangi. Dalam bilik En Wan keluarkan sumthing.

TADAAAAAAAAAAAAAA!!!


Sangat menaikkan nafsu syahwat okkkk baju yang coklat tu. Serupa tak pakai baju je aku rasa. Jarang nak mampus, net semata-mata. Tapi embroidery dia sangat sangat sangat cantik and halus. Pandai pulak tu pilih, terletak je kat badan aku.



Ni sape tadi yang chat ngan aku tanya aku masak apa???
Today's lunch - ikan siakap bakar, daging salai cecah kuah asam ngan buncis and carrot goreng. Ikan bapakkkkk besar, kena cut half. Masak yang senang-senang okk, report lom siap lagi. Aku nak cepat. Daun pisang sengaja tak dibuang bagi menambahkan kesan eksotik. Boleh?

2008-07-03

Big Apple again


Hari tu aku kata nak makan Big Apple lagi kan? Sangat ketagih kan?
Tadaaaaaaa...!!!!




The Alien 3 bijik belah kanan sekali

Siap masuk website tengok kat mana outlet dia. Tak perasan kat Subang Parade ada, aku gi menapak ke Jusco Bukit Tinggi semata-mata nak beli donut. Gila panjang queue semua jakun tak penah makan donut. Panjang pun panjang la aku tak kira, cacing dalam perut aku ni yang nak makan, aku bukan nak makan sangat.

Kali ni beli sekali 12. Donut yang aku suka tu tajuk dia 'The Alien'. Masa turn aku sampai The Alien ni dah habis, aku dah nak nangis. Nangis sebab donut habis, boleh?? Ah, tak kiraaaaaaaaaaaaaaa. Ko masak skarang jugak aku nak makan. Masa The Alien dah masak ramai la pulak yang terpekik-pekik booking. En Wan antara nak senyum ngan tak senyum pandang muka aku terjengket-jengket kaki nak tengok ada orang ambik The Alien aku tak. Aku pendek okk. Ada satu minah bukit ni, masa orang lain tengah sibuk pilih donut, turn dia lom sampai lagi ni, tapi tangan dua-dua belah nak menjulur ke sana sini ngan hiruk pikuknya suara mintak brader tu copkan untuk dia. Lapar benar gamaknya. Last-last terlebih julur, tertolak box of 12 customer sebelah. Terus cas sopan lepas tu.

Peej, ko dah jumpa lom donut ni?



 

Ni gambar semalam, melepak ngan Yuzz9071. Ni yang aku tak suka bergamba ngan orang kulit putih ni, aku nampak cam Miss Nigeria. Nak jugakkkkk tempias-tempias Miss World.

Semalam gi pasar malam ngan En Wan, lalu depan gerai ikan.

Aku : Kata nak beli kupang. Carik la.

En Wan : Takyah. Dah kenyang.



2008-07-02

En Wan gi Bangkok, mari berpoya dengan aku.


Malam ni aku dah pasang niat :

"Sahaja aku tak pegi opis esok dan hanya nak bersantai-santai di rumah kerana aku sangat penat"

Muktamad.

Petang tadi on the way back home around 5pm, sketttttt je lagi nak terbabas kat exit NKVE sebab aku terlampau letih. Tetiba je aku nampak junction tu ada tiga. Seb baik bas honk, kalau tak sure keta aku kuar Buletin Utama malam tadi menonggeng lam gaung dengan tuannya sekali.

Tak bleh tahan punya mengantuk. Kaki aku toksah cakap la dia punya letih, aku rasa tetiap hari aku drive distance dia sama je dari KL-Kuantan. Tu lom buat lawatan ke tapak beramah-mesra ngan rakyat. Jumpa rakyat yang terlebih peramah, sangkut 2 jam kat situ.

Dah la kena ambik En Wan kat kilang today (berkira okkk nak fetch laki sendiri, laki orang takpe. Ngahahaha), member tak bawak keta sebab bateri kong. Baru je aku plan nak lenjan keta dia sok. Lepas ambik En Wan terus gi pasar malam. Since dia nak tinggalkan aku 3 hari so sila pastikan fridge aku penuh ngan makanan.

Balik je rumah, aku bantai tido sampai kol 10pm. Dari kol 3 lagi aku dah tersangap-sangap. Sakit mulut aku macam nak rabak menguap. Customer tengah cakap topik serius pun aku leh selamba menguap. Bukan aku tak dengar apa dia cakap, cuma kandungan oksigen kurenggggg sket today. Sure customer tu ingat aku belagak, cam takde hal lah masalah yang dia cerita tadi.

Aku tersedar tadi pun sebab En Wan tarik nighty aku yang terselak sebab bibik nak masuk bilik hantar susu Redza kang nampak lak jubur aku ni. Aku kalau tido memang baju semua terangkat ke atas, tu pasal kalau tido tak pakai baju. Selain rimas ngan kain terselak-selak, ia juga bagi memudahkan sparing partner aku menjalankan aktiviti senggangnya.

Bangun je tido tanya En Wan 'Abang, Di taknak gi keje esok boleh tak?'

'Penat sangat ke..'

'Letih la bang, Di tak cukup rest lately'

'Cuti ada lagi tak?'

'Ada' (padahal aku belasah je)

'Ok, esok takyah gi keje, dok umah tapi Di jangan pulak tak buat keje opis lansung, ok? Buat sikit-sikit'


See??
See???????
Senang okkk nak mintak cuti. Mintak kat laki sendiri.
Aku pedulik apa bos aku tak luluskan leave, restu laki tu kan pentinggggggggg. Eh.

So esok pagi-pagi hantar En Wan, flight dia kol 1pm tapi dia nak gi ngan bos-bos Jepun so pegi la kau sendiri ngan teksi, aku send off kat kilang je. En Wan nak gi Bangkok sok. Belum pegi lagi dah rindu. Sape nak bising-bising kat telinga aku,

"Di, towel Di"
Aku selalu bawak lari dua-dua towel kalau dia tengah mandi. Seronok dengar dia terpekik panggil aku mintak towel. Time dia bukak pintu mintak towel aku buat sistem barter 'nak towel meh sini nak picit telur sket'.

"Di, tutup suis heater"
Memang aku selalu lupa tutup menatang ni. Pakai pandai tutup tak reti. And selalunya kalau dia found out suis tu on, dia membebel pastu buat muka cencorot. Aku tampa kang.

"Di, masak tak?"
Soklan paling last aku nak dengar dari dia. Kalau boleh aku nak jawab 'taknak masak sampai bila-bila boleh?'. Sometimes aku menangis sambil masak sebab penat sangat but still kena masak. Tapi bila time dia takde macam ni, aku rindu nak dengar arahan tak berperikemanusiaan dia tu.

"Mana handphone awak?"
Esok sampai sabtu takde saper nak buat spotcheck HP aku. Siapa sms aku, siapa call aku.

And yang paling aku rindu...takde siapa nak check purse and handbag aku. Selalunya malam-malam En Wan akan ambik handbag aku and kuarkan sampah-sarap lam tu, cam tissue, parking ticket, kertas gula-gula, pembalut biskut bla bla bla. Pastu dia check purse. Selalunya every Monday dia akan letak RM100 (dulu lagi la, RM50 hengget je). So everyday dia akan check berapa duit aku tinggal. Kalau banyak sangat aku guna, menjawab la kan.
Aku gi mana?
Makan kat mana?
Ngan saper?


Tapi selalunya sampai Jumaat duit aku ada lagi RM50 lam tu.
Macam budak skolah okkkk. Adik aku Form 2 pun mak aku bagi belanja RM5 sehari, aku yang dah umur 31 ni ko suruh belanja seploh hengget je? Tak lojikkkkkk. Tapi aku dah terbiasa ngan belanja amount banyak tu. Kengkadang bengang gak, pehal ko nak simpan duit aku kan. Cuma baru-baru ni je aku sedar kenapa. Aku ambik masa 7 tahun nak sedar kenapa dia buat macam tu. Malas citer sini.

Pssttttt...tapi kan aku ada tabung ajaib.
Yang disimpan di #%#@#$%. Skang ni dah ada RM%&*%.
Ni duit untuk berpeleseran di kabaret.

Hwarghhhhh Hwarghhhhhh Hwarghhhhhh.

2008-07-01

Entry ini sangat serius. Read at your own risk


Masa drive gi keje tadi aku terpikir something.

Kenapa lelaki yang sekepala ngan aku, taste sama, minat sama, tak jadi soul partner tapi lelaki yang totally berbeza cam langit ngan bumi boeh jadi husband aku and alhamdulillah kekal sampai hari ni?

Dulu aku ada kawan laki yang sangattttt baik.
Close sampai kitorang leh lepak-lepak kat tepi padang sambil dia baring atas riba aku siap boleh lena sebab letih main bola. Aku lak akan sentiasa ada kat padang everytime dia ada game walaupun aku benci bola. Aku akan duduk kat port yang sama. Tengah-tengah main kang dia toleh kat port, kalau nampak aku ada, boleh la pulak member gelecek bola sambil tangan lambai-lambai kat aku. Kengkadang siap buat signal (buat camni : dua-dua belah tapak tangan letak depan muka, dihadapkan antara satu sama lain, buat huruf C letak betul-betul depan mulut ko) makan burger, maksudnya aku tunggu dia main, habis kang dia belanja aku makan burger sempena aku jadik macai angkut beg dia hari tu.

Penah satu time kitorang naik bas lompat-lompat. Penuh. Ada satu seat je. Dia duduk atas seat tu sebab sebelah tu jantan, so aku duduk atas riba dia. Time tu makcik-makcik lam bas pandang kitorang ngan muka paling bangsat. Kira memang jahil la kitorang time tu.

Tu belum kat tengah-tengah town aku ber'peggy back' ngan dia. Memang meluat warga tua kalau tengok. Macam menggelenyar pun ada. Dulu aku rasa macam kitorang adik-beradik. Apa yang kitorang buat takde kaitan lansung ngan lust atau perasaan dalaman. Sangat-sangat close. Kalau dia datang rumah parents aku pun, selamba je terus masuk dapur bancuh air sendiri.

Apa yang aku pikir sama ngan dia pikir.
Sama-sama suka nyanyi.
Sama-sama suka Vanilla Shake McD.
Sama-sama suka teh ais.
Sama-sama suka nasik ayam.
Sama-sama tak makan coklat.
Sama-sama suka ponteng class.
Sama-sama menjejak mimpi....sama-sama turun ke lembah sepi...suka duka bersama dirasai...(sila nyanyi ngan style FREEDOM, bukak langkah ke kiri ke kanan sambil pegang gitar).

En Wan.
Laki aku ni satu-satunya kes misteri yang tak terungkai sampai sekarang. Dia pun selalu tanya soklan yang sama 'Kenapa Di ngan Abang jauh sangat beza?'

Aku suka minuman bersusu, dia tak minum susu lansung.

Aku suka menyanyi, dia harammmmm. Kalau nyanyi pun tak sedap.

Aku tak suka baca sokabar or tengok berita, dia tak boleh takde dua benda ni dalam hidup. Tak cukup Berita Harian, dia beli Utusan ngan STAR sekali. Kalau buleh Tamil Nesan pun dia nak baca.

Aku suka oldies, dia suka lagu-lagu yang memecahkan tingkap bujur dan tulang osikel.

Aku sangat peramah dah girang sepanjang hari, dia pendiam.

Aku penyabar (ecehhhh), dia pemarah.

Aku berkulit american latin, dia putih-putih kusam yang tak menarik dipandang (ngehehehe).

Aku tak brand conscious, dia bertaste posh.

Aku so and so part study dulu, dia sangat-sangat bijak

Aku suka menambah network (hari-hari ada kawan baru), dia balik-balik kawan kat kilang or budak Jepun. Boringgggggg.

Yang paling ketara perbezaan dia TAK KACAK tapi aku ..........uhuk..uhuk.. (sila pilih kata lawan yang sesuai di bawah) :

1. bagaikan puteri
2. chantik
3. si gadis ayu
4. semua jawapan di atas.

Tapi kan dalam pada aku sekepala ngan best fren aku tu, masing-masing tau kenapa we both tak boleh nak ada feeling antara satu sama lain.

Alasan dia : Dia mati-mati takkan suka kat pompuan kulit gelap.
Alasan aku : Aku mampos hidup balik takkan suka kat laki yang ada bulu dada.


Sorry la, aku takleh bayangkan hari-hari aku kena mengadap laki dada berbulu menjalar sampai ke kote. Let alone nak bayangkan aku beromen dengan dia siap bulu-bulu dada dia masuk lam mulut aku semua. Aku lagi rela kunyah feather duster dari imagine bulu dada dia bergesel ngan tetek aku. Selisihhhhhhhh!

Dada En Wan bersihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Sampai boleh nampak tulang rangka


Ngan En Wan, terlampau banyak benda yang tak sama, kalau nak ikut memang tak serasi.
Tapi dalam banyak-banyak benda yang tak serasi tu, ada sesuatu yang maybe buatkan marriage ni still bertahan.

Kerana saiz anakondanya.

Eh.

Takde la, bukan tu.
Rahsia.
Apa-apa pun, Tuhan lebih tahu kenapa kita dijodohkan dengan orang yang kita tak suka and kenapa kita tak dijodohkan dengan orang yang kita suka. Realiti itu sangat pedih, tapi percayalah ada hikmah yang kita tak tau.

Guys, doakan aku bahagia ngan En Wan ye. Thanx.


My hubby. MINE.


2008-06-29

I am more relax today


Today aku tak kira aku nak kerah En Wan gi carik sesuatu makanan. Green Apple nak makan Big Apple today. Sampai termimpi makan Big Apple 2 biji sekaligus buat macam burger, in between donuts tu siap bleh letak telo, cam egg benjo lak. Tu dah masuk lam mimpi maknanya kena carik gak, kalau tak, sampai 4 hari aku dok mimpi benda yang sama.

Dah la Khamis sampai Sabtu En Wan kat Bangkok, tu dah satu tension laki takde kat umah.
Abis aku nak manja ngan saper?
Nak tido ngan saper?
Sape nak peluk aku?
Sape nak gentel-gentel aku?
Eh.

Padahal keje lom siap ni, boleh la pulak update blog. Satu bala dah siap tadi, tinggal lagi satu bala nak hadap sat lagi. Tapi memandangkan tinggal dua perkataan je, so kita lepak update blog dulu.
Saje je nak tunjuk mata aku bengkak menangis sambil buat keje Jumaat malam. Sembab gila. Dah la sembab, muka aku dah semakin bengkak sejak kuat makan ni. Rasa nak tumbuk muka sendiri. Sana sini DAGING.


Tengok pipi aku. Geli sialllll, banyak gila daging. An the eyes, shitttttttttt!!



Antara makhluk yang kol 1 lebih tak reti nak tido lagi.


Semalam aku ngan En Wan dinner sirloin steak. Boleh la nak makan sambil bermadu kasih sebab Panglima aku tengok Tom & Jerry kat rumah. Dapat la aku makan bertenang-tenang, kalau tak macam sangkut kat tengkuk je makanan aku.

We had a serious discussion pasal future plan, pasal keje, pasal nak baby lagi (yang usaha je lebih dari dulu), pasal dia punya business plan. Entah macamana masuk la pulak cerita pasal nak pegi pasar beli barang-barang dapur.

Aku : Hari tu abang beli lala kat mana?

En Wan : Kat pasar malam area kilang abang, naper?

Aku : Tak best la lala dia, tak banyak isi, shell je lebih.

En Wan : Abang nak beli kupang la.

Aku : Kupang camne?

En Wan : Ala dia cam lala gak tapi isi dia besar sket dari lala. Macam bijik pepek awak.
(pastu tahan-tahan senyum)

Boleh tak ko bagi perumpamaan yang senonoh sket????
Dah takde bijik lain ko nak samakan ngan lala yang bijik aku jugak ko nak sebut?

2008-06-26

LETIH


Aku nak benti keje la.

Fedup ngan keje yang melambak-lambak. Kalau setakat lambak je aku rasa leh tolerate lagi, ni jenis yang dah la banyak, pastu semua kena siapkan tang tang tu gak. Apa aku takde life lain selain dari dok opis buat keje? Balik rumah pun aku still ada depan laptop. Ok la, aku ada chatting, tapi that's not the main reason kenapa aku dok depan laptop. Dah nama keje ngan komputer, on je la sekali YM kan, agak-agak bentan aku sampai boleh aku vent kat sesaper yang online. Nasib la.

Tapi aku bukan nak benti keje terus, aku nak benti keje kat kompeni skang ni. Lemas aku ngan style keje bos aku. Dia tak la teruk sangat nak bandingkan ngan bos-kote-pendek kompeni lama aku. Bos aku ni ok, cuma dia ala-ala Merryl Streep dalam The Devil Wears Prada. Siapa yang tengok citer tu boleh tau la camne stressnya aku kena bekerja bawah dia. Semuanya urgent, takde benda yang tak urgent. Request masuk hari ni, sok pagi dokumen kena ada atas meja dia. Blom penah lagi aku experience kat kompeni ni, deadline dalam 4 hari lagi ke, minggu depan ke. Takde. Semuanya 'FIRST THING IN THE MORNING, TOMORROW ON MY DESK'. Tu belum tetiba dia wat announcement, esok ada kuiz tak pun test. Ada kompeni korang buat exam day? Kompeni aku sangat berilmiah. Tetiap minggu buat kuiz. Dah la kuiz dia ada sangkut paut dengan apa aku blaja dulu. Dulu yang hari-hari pegi klas, wat assignment pun boleh dapat C flat (C-, aku tak suka sebut C minus, nampak nau bangangnya), inikan yang dah jarang-jarang pegang buku. Ke longkang la.

Sesaper yang adalam list YM aku tu kalau notice kol 2am aku still lagi online, tapi bukan chat pun, saje senang nak tengok email kuar masuk. Yang mana cam shilaker tu siap mesej 'Ko tahajud ke'?

Sejak hari Isnin lepas, keta aku hari-hari minum minyak, full tank lak tu. Dari Shah Alam ke Sepang, pastu gi Nilai, patah balik ke Bangi pastu Cheras, kuar ke Subang balik. Kalau ikutkata setan di hati bukak je pintu rumah aku nak tido kat situ gak. Letih siallll.

Semalam sampai je rumah naik bilik lepak atas katil. Aku duduk je sebab kalau aku start baring tak lama la jawabnya. Kebetulan Redza ikut masuk. Dia sibuk la cerita pasal swimming class, aku pun layan nak bagi mata tak tutup. Tak tau ntah bila masa mata aku bleh tutup tengah2 layan dia sembang, sedar-sedar dah kol 6.30pm, posisi duduk.

LETIH.


2008-06-21

Aku dah sampai


I am back.

Best gila nampak rumah sendiri. Macam tak pernah gi jauh, but this time aku betul-betul malas nak gi oustation.

Selasa lepas aku gerak from office kol 3.30pm, sampai Ipoh kol 5.30 okkkk. Kepada makhluk Tuhan yang selalu memperunderdogkan driving skill aku, SILA MALU!! Muahahahhha.

Aku tak tau berapa saman bakal kena ni. Lom check lagi. Hujan pun aku leh bantai speed 120. Kol 7pm aku dah ada atas bridge. Rasa kejap gila nak pi north. Tima kasih kepada Uncle Samyvellu sebab wat hiway.

Aku dok kat Sunway Hotel, a nice hotel at some secluded place. Aku pun tak tau kenapa hotel tu leh ada ke ceruk-ceruk. Privacy kot. Luckily, kawan aku dah penah datang sana, takde la aku sesat barat carik jalan. Last aku jejak Penang was in year 2004. Tu pun tak aci sebab naik flight.

Letak je beg kat room, terus carik nasik kandar. Kawan aku yang cina pun penah makan nasik kandar okkkkk. Aku je baru nak try. Baru la aku tau the kandar tu maknanya campurkan a few kuah. Tapi sebab aku tak suka membanjirkan nasik ngan gravy yang tak sepatutnya, nasik kandar aku kering.

Balik room, satu masalah lagi timbul.
Ni camne aku nak tido ni.
Semalam lahabau mana ntah pi hantar email gamba hantu.
Last-last mandi bukak pintu, sampai pagi aku on semua lampu, on tv, tak cukup tu pasang pulak ipod kuat-kuat. Dah pasang ipod takleh tido pulak sebab semua lagu kat situ aku tau so aku pun nyanyi sama. Fedup, tutup ipod, main sms lak ngan member. Dah ngantuk betul baru tido.

Seksa okkk.

Everyday program habis kol 5pm, terus balik hotel siap tapau McD. Ntah hapa-hapa, macam takde benda lain nak makan. Takleh jadik, kena carik member kat Penang pasni. Muntah ijau aku mengadap McD hari-hari.

And thanks to pearlej sebab ajak jumpa, tapi ko ajak aku kat facebook, aku tak bukak facebook makcikkkkkkk. Kalau tak, dah kenyang aku kan? Ngehehehe.

Semalam, pagi lagi dah gerak from Penang to Kulim, then down to Kepala Batas jumpa PakLah pastu kol 1.30pm gerak ke Ipoh. Sampai Ipoh trajedi SENTAP berlaku bila ada orang tu ajak aku gi teh tarik tapi aku taknak gi. Siap buat entry khas mengutuk aku. Piiirahhhhhhhhhh!!! Len kali nak ajak aku gi la Old Town White Coffee at least, sedap sket bunyiknya, Ni nak angkut aku pi mamak. Apa baranggggggggg.

But, Ipoh 2 jam je maaaa, so anytime kita bleh teh tarik lagi ok?? :D

And pada Yuzz yang text malam-malam cubaan menakut-nakutkan aku 'baik-baik, nanti hantu tetek sorokkan ko'.

Ada ke hantu tetek nak takutkan aku???? Please la.
Ni ha, lima blas jenis hantu aku sumbat celah tetek. Diorang yang lari lintang pukang nampak tetek aku.



Tetiba tangan aku gatal nak cut and paste chat aku ngan lahabau ni :

green apple (6/16/2008 10:42:06 AM): wah wahhhh...kanda sekarang sangat la bizi!

wong ah beng (6/16/2008 10:43:39 AM): perli2 aku pulak.. sepak kang

wong ah beng (6/16/2008 10:43:45 AM): hoii

green apple (6/16/2008 10:44:04 AM): mende

wong ah beng (6/16/2008 10:48:05 AM): apa citer. senyap jer kau.. bertapa ke

green apple (6/16/2008 10:48:47 AM): takde apa..aku cam biasa..ko tu dah la blog tak hapdet, tak YM aku, no HP aku tu buat pekasam je la kan

wong ah beng (6/16/2008 10:49:20 AM): alaaa...ko nihh..asyik aku jer call2 kau... aku tanak laa nanti orang cakap aku bertepuk dada kau sebelah


Babi kan ayat dia?

2008-06-17

Out


Tuan punya blog takde sampai Sabtu.
Bye!

-green apple-


2008-06-15

I love you, Papa :)


Tadi aku browse facebook, and stumbled upon this quote yang dah banyak kali aku baca tapi buat tak heran. This time aku ambik masa nak digest apakebenda maksudnya :

"Hanya 1 saat kita terpikat pada seseorang, 1 minit untuk jatuh hati, 1 jam untuk menyukai, 1 hari untuk menyintai tapi ia mengambil masa seumur hidup utk melupakannya"

Hmmm, well...
Memang betul, aku pernah pandang sumone sesaat terus tersyok, tapi takyah tunggu sehari nak jatuh hati. Dan-dan tu gak aku jatuh chenta. Tang mengambil masa seumur hidup untuk melupakannya tu depends. Kalau orang tu yang taknak kat aku, wat per aku susah payah nak pikir dia sampai seumur hidup? Dia sikit tak berat paler nak pikir pasal aku. Macam kes tungau tu, adekah patut aku sengsara nak lupakan dia? Kem salammmmmmmmmmm.

Lalu aku pun tanya En Wan.

'Bang, cuba dengar quote ni....(aku pun bacakan).
Betul ke bang?'

Masa ni dia tengah baca paper atas katil, slow-slow dia cover muka dia ngan paper, macam aku tak perasan dia nak kontrol sengih.
Aku tau dia nak setuju ngan quote ni tapi takut ter-trap.
Kang kalau dia jawab BETUL, mula la aku ungkit pasal awek lama dia. Aku tau dia takleh lupa chenta pertama dia. Tapi what to do, bukan rezeki kau nak dapat awek tu, sebab bini ko lagi hebat menackle.

Muahahahahhaha.

Bila dia tak jawab tapi sengih-sengih lagi la aku dah tau apa jawapan dia kan?
Tapi takpe..aku dah malas nak jeles.

Pagi tadi En Wan keje half day, so memang masak la Redza kena ngan aku. Pagi-pagi lagi aku dah torture dia study. Aku bukak laptop, macam biasa, suruh dia buat reading. Kalau suruh baca, kemain slowwwwwwww je suara. Cuba kalau aku biar dia tengok Tom & Jerry, macam nak terkuar anak tekak menjerit kegirangan.

Memang konfem aku tak layak jadik cikgu walaupun dulu aku penah jadik cikgu tuition untuk skolah rendah. Mintak nyawa la nak ajar budak-budak ni. Nak lagi yang macam anak aku, sambil baca, sambil gentel tepi seluar, sambil gigit kuku, sambil selak-selak karpet. Ringannnnnn je tapak tangan. Memang aku salute la ngan cikgu-cikgu ni, camne ek dorang leh sabar nak ajar budak?

But sumtimes, kena push the limits. Budak-budak ni kalau cakap baik-baik memang lembab, macam aku dulu dah kena penampar mak aji baru la bijak sket. Mak aji lagi macam mak tiri. Siap ada sessi kena kurung luar rumah. Tu yang UPSR 5A tu. Ngehehehehe.



Kalau korang notice, Redza sebut 'This is my family' as 'This is my PEAR-NE-LI'.
Jadik la...

Today Hari Bapa Sedunia.
Malam kang nak celebrate ngan En Wan..:)
Dia belanja.

Saturday


Jumaat lepas konon nak stay up sampai subuh nak siapkan keje, tapi kol 2 lebih je aku dah mabuk. Ubat la punya pasal. Dadah yang Dr ni bagi gila bapak punya high. Kensel matlamat nak meningkatkan produktiviti kerjaya. Seb baik dak Zizi yang aku kenal time gila myspace dulu temankan aku wat report, kalau tak kol 10 dah padam.

Pastu pagi Sabtu bangun pagi2 (takde la pagi mana pun kalau dah namanya Sabtu), gi skolah Redza ambik report kad. Berbulu je aku ngan Redza sehari suntuk. Apa taknya, cikgu cakap asal 10 minits break je dia wrestling ngan kawan-kawan dia. Patut la asal balik baju semua terkeluar.

Pastu teacher cakap dia ni tak suka singing class and also drawing.

Ohhhhhhh, ko taknak drawinggggggg. Dinding umah aku kemain galak lagi ko conteng. Kat skolah ko tak nak buat. Teacher dia kata swimming class pun dia taknak join. Since balik dari Phuket that day, everytime swimming class, dia dok tepi kolam. Pekejadah???

Seb baik teacher kata he's very smart at learning, Mandarin class, Maths, Eng, and Computer class semua ok, sejukkkkkk jap hati mak dia. Tapi biasa la kan, competition skang very high, harusla aku nak yang excellent. Tapi En Wan lak, 'Ala Di, budak tu baru nak masuk 4 tahun. Awak 4 tahun baca pun tak pandai kan?'

Wah wahhhhhhhhhh. Carik pasal nampak????

Lepas gi skolah Redza, turn aku lak menenangkan ketidakketenteraman jiwa. Biasa la, SHOPPING! Port biasa, Sunway Piramid tapi sebab En Wan dah jelak nak gi sana, kita gi 1-U pulak.

Agenda bulan ni cuma cari baju keje. En Wan dah warning, no kasut, no baju jalan-jalan, only baju keje.

Elehhhh, macam la aku pakai duit kau.
Tapi sebab dia yang manage duit aku, redha je la.




Sebenarnya aku beli baju-baju ni sebab nak pakai gi Penang next week. Vain gila.
Macam la takde baju dah nak pakai.

Pastu gi makan. Tang makan ni aku start berbulu ngan En Wan.
Sebab pagi tak breakfast, so tengahari menggagau la carik nasik. Aku ni memula nak makan A&W, pastu dia kata A&W skang dah takde nasik, ok la fine, cari food court.
Pastu tengok food court takde lagi kat tempat biasa, so dia kata jom makan Kenny Rogers. Melilau la pulak cari Kenny. Dah jumpa Kenny, kat tepi Kenny tu ada la pulak food court. Boleh la pulak dia tanya aku balik 'Nak makan Kenny ke food court?'

Heloooooo. Ni saper yang punya idea memula kata nak makan Kenny??? Aku ke kau?

Kepala otak aku dah tune nak makan Kenny ni, pi gatal lak tanya nak makan food court ke tak. And aku kenal sangat laki aku. Dia kan kalau nak sumthing, dia takkan cakap tau, dia akan tanya aku balik. Padahal aku tau dah dia sebenarnya nak benda tu.

In this case, dia yang memula kata nak makan Kenny, pastu nampak je food court dia tanya lak aku nak makan food court ke Kenny.

Ada aku kata nak makan Kenny?
Ada aku kata nak makan food court?
Takde kan??
Aku nak makan A&W kan?
So, apekah jawapan yang ko nak dengar?
Aku meroyan kat sini kang satu sen tak guna.

Tapi cam biasa la, aku yang mengalah kalau masuk bab makan, sebab aku pun mmg tengah diet, so tak kisah la makan apa pun. Kira kau selamat la berbini kan aku.

On the way nak masuk food court tu mula la gesel-gesel tetek aku ngan lengan dia pujuk-pujuk ingat aku suka la.

'Di, buruknya mukaaaaaaaaaaaa'
Pastu ramas-ramas tangan aku. Senyum-senyum.

Alahai romantisnya kauuuuuuuuuuuuuuuuu.
Menyirap aku. Nak makan tu makan je la.

Seb baik nasik ayam dia sedap, cool kejap.
Lepas makan turn dia lak shopping. Tengah nak tunggu tailor tu potong suar, dia ajak carik comforter baru.

Wahhh, betul-betul nak pujuk aku nampakkkkk.

Aku nak carik kaler green apple, kaler tu kitorang takde lagi, tapi tak jumpa, and dia berkenan kat turquiose. Boleh laaaa.


Tadaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Frankly, kaler ni paling tak chantek dalam koleksi. Tapi material dia paling best. Kira kalau tido bawah selimut tu pikir enam kali gak nak bangun ke tak. Tahap dewata punya best.

Lepas ambik suar and baju dia, Redza mengamuk-ngamuk robot dia tak beli lagi.
On the way nak gi ToyCity, aku sudah nampak itu Big Apple yang digembar-gemburkan. So, first time nak try. Macam sedap. Tapi most of them choc, macam taknak kasik aku makan je.






Aku kan amat terkenal dengan attitude suka torture diri sendiri. So aku beli yang ada choc. Aku kan tak suka choc, tapi nak sangattttttttt rasa donut ni. So, sampai je umah, aku cut donut yang banyak choc tu into half, aku makan. Objektifnya?

Kononnya, bila aku makan donut yang bercoklat, aku akan muntah. So, bila muntah aku jadik serik nak makan lagi. Jadik selamat la badan ini dari dijadikan mangsa pemakanan bahan-bahan dari sumber yang menggemukkan.

Tapi, GAGAL!!!

Choc itu sangatla super sedap, sampai aku makan another half pagi ni.
Gila bapak best coklat dia.
Takde la sampai jilat jari, tapi utk orang yang tak suka choc macam aku kira chef tu berjaya la boleh buatkan aku makan.

Kepada sesaper yang blom rasa, sila panjangkan langkah anda ke Big Apple yang berhampiran. Tapi aku rasa semorang dah makan, aku je yang baru nak merasa.




Tu gambar En Wan kelebet manual nak pasang robot anak dia. Kalau dah namanya laki, kau bagila apa umur sekali pun, tak kisah la benda tu layak untuk 5 years and below kalau ada sangkut paut ngan bateri ataupun enjin, memang dia layan.

Senario biasa lepas shopping, En Wan akan kumpul resit-resit. Dia ambik balik semua resit-resit and kira balik pastu simpan dalam folder okkkk. Apakejadah dia nak simpan rekod-rekod ni pun aku tak tau. Kalau yang guna kad kredit tu aku paham la, ini yang bayar cash pun dia simpan. Simpan forever lak tu. Pebenda ntah.


2008-06-12

No subject


Ya Allah!!!
Apesal la bz yang hamatnya lately???????

Baru jap tadi aku bukak email.


----- Original Message -----
From: AR
To: *********
Cc: ******, *******, **, ************, *******
Sent: Thursday, June 12, 2008 9:45 AM
Subject: Re: Health and Medical Sciences Conferences (HMSC) at USM Penang, 18/06/08 - 20/06/08


Dear Mr ****,

Thank you for your e-mail. I am assigning Mr Chin and Ms Diana Ishak to be there.

Regards
Evelyn


Patut la tadi Chin senyum-senyum kat aku cakap 'You drive ok?'
Aku ni main iye je la...ingatkan suruh aku drive pi lunch.
Rupanya drive pi Penang next week.
Bawak keta ye....pehhhh. Panjang langkah aku ni kanggggggggggggggggg. Hahaha.

Ok, takleh lelama walaupun banyak benda nak maki ni.
Later.

p/s : Yuzz, got ur msg. Akan aku usaha untuk mengeteh ngan ko esok.


2008-06-10

BBQ lagi


Lega dapat update blog.

Minggu ni hariku bermula dengan makian dari customer. Semalam kat lab satu customer yang PMS all the time buat kerek ngan aku, satu lab dengar sore dia buat lawak sarcastik yang sangat tak kelakar, cam cibai lahanat lagi ada. Mampos ko la, janji ko bahagia. Mujur semalam aku period, dengan sakit perutnya so aku malas nak berbalas pantun ngan kau. Sukati la ko nak tinggi rendahkan suara kau, keje aku siap aku balik. Sikit tak berkudis.

Pagi ni pulak jauh-jauh aku drive pegi balik 95km dengan hujannya, dengan minyak mahal (berkira gila aku skang), dengan tak breakfastnya, sampai kat lab customer tunggu dia punya lama setengah jam tak kuar-kuar, alih-alih nampak je muka aku, dia leh tengking aku kat situ pebenda dia carut aku tak paham. Aku pun buat muka bangang jap. Kasik chance dia nak prektikkan ilmu menurun dia depan aku. Dia benti je, aku pun start la mukadimah, dia leh selamba tapir angkat mug dia menonong masuk bilik.

Pantek!!

Rule no. 1 :
Kau tau tak lam lab takleh minum???

Rule no. 2 :
Mak bapak kau tak sempat nak ajar adap bercakap dengan orang ke? Ke ko anak haram takde mak bapak?

Rule no. 3 :
Kalau kau bengang pun dengan company aku, boleh tak kita duduk berbincang, aku ni satu benda tak tau hujung pangkal, tau-tau dapat maki. So unprofessional okkkkk angkat mug terus masuk bilik.

Ini la dia manusia kalau rasa dia belajar tinggi sket dari orang lain. Macamkan pangkat ko hebat sangat. Apa ko ingat bila keje kau adelah menginvent sesuatu, or settlekan permasalahan penyakit dunia maka kau adelah seorang yang terer??

Well, aku pun penah keje kat lab, I've been there, done that. Takde apa yang menariknya yang ko nak berlagakkan. Aku pilih keje skang pun sebab aku tau kalau aku keje macam kau, sampai tua aku tak kaya!!!!

Ambik kau statement lancau dari aku.

Ok, cukup melepaskan kemenanahan di dada.


Weekend lepas aku balik umah Mak Aji sebab adik aku Yang kat Johor tu balik. So sebab jarang-jarang jumpa, aku paksa En Wan balik Bangi lagi sekali minggu ni. Padahal hari-hari balik pun takpe, dekat je. Tapi kena la be fair kat En Wan, kampung dia jauh 6 bulan sekali blom tentu balik, kampung aku dekat, minyak pun tak mahal sangat nak balik kampung aku. Hihi.

Masa lunch before balik Bangi, En Wan ajak buat BBQ.

Gatal pantek betul.
Laki saper ni???
Last minit baru nak cakap teringin buat BBQ la apa la. Seb baik adik aku still ada kat Tampin (rumah nenek aku), baru nak gerak ke Bangi. Aku suruh dia geledah stor carik kot-kot ada BBQ set. Seb baik ada.

Sampai Bangi, lepak jap pastu aku ngan En Wan kuar beli seafood and benda-benda yang perlu untuk pesta perut malam kang. Ibal ditugaskan beli arang (sesuai dengan penampilan diri yang agak lebam) and Ima disebabkan dia tukang ambik BBQ set kat stor nenek aku, so dia kata tugas dia dah selesai. Paler lutut kau.

Tapi sebab aku adelah kakak yang tak pernah berkira dalam soal duit sebab aku memang kaya berbanding adik-adik yang lain, zasssssssss ke Giant. Beli kek sempena birthday Ima 4 Jun lepas, kek blueberry (ikut selera tekak aku, kau tak makan berry aku pedulik apa).

Sampai je umah, Ibal and Azrul (adik ipar) dah get ready nak pasang BBQ set and perangat arang. Aku marinate ayam, sotong, udang segala. Kol 6.30pm kitorang dah start bakar. Masuk je Maghrib semua jemaah ngan Pak Aji, aku ngan Ima take over tugas membakar. Yang laki-laki dah cuak. Konfem solat tak khusyuk pikir apa la nasib ayam-ayam itu di tangan bini aku. Memang tak selamat punnnnn. Naik lebam ayam tu kitorang keje kan. Mana la reti nak masak guna arang segala. Kalau aku masuk pengakap dulu lain la.



Menantu-menantu pi angkut pasu pak Aji sebab nak letak BBQ set ni. Itu lagi baik dari plan awal diorang nak tanggalkan skru motor bapak aku sebab skru kaki BBQ set ni hilang. Ada ke patut?? Derhaka punya menantu.

Aku jamin, the moment Pak aji 'AMINNN' je, menggelupo sekor-sekor turun tangga. Pastu mula la komplen, ayam hitam la, tak reti nak rata-ratakan arang la, aku terbalikkan BBQ set ni kanggggg.

Pastu yang laki-laki ni take over, suruh kitorang siapkan meja makan. Siap tutup pintu konon nanti asap masuk rumah. Kitorang skodeng kat tingkap rupanya bakar satu, masuk mulut satu, bakar dua masuk mulut tiga. Banyak ko punya asap masuk rumah.



Yang hitam-hitam tu semua hasil kerja tangan aku. Tapi lazat okkkkk.



Semua tengah wat-wat busy nak siapkan dinner nak lagi yang pakai baju kuning tu, get ready nak potong kek.

Before makan, celebrate birthday Ima, tapi biasa la hero aku, asal ada kek je konfem itu birthday dia. Sebab tu aku malas nak gi jemputan birthday party, tak pasal dia kata tu kek dia kang.

Masa aku beli kek Ima ni, aku cakap aku nak dia tulis 'ERMA - 29th'. Boleh la pulak dia tanya aku balik 'Akak nak lilin berapa?'

Aku mintak 50 batang boleh????
Lagi mau tanya....



Banyak sangat lilin kau Ima, sampai rompong kek tu kau kejerkan.

Malam tu jugak, Mak Aji buat surprise.
Dia belikan aku and Ima sorang satu Vantage apa benda ntah tempat letak lauk pauk kot yang siap ada lilin bawah dia. Tapi lilin takde sekali la, beli asing. Kira aku kuar modal beli lilin je. Ni sempena wedding anniversary aku and birthday Ima. Tapi sebab Ima gi beli ngan Mak Aji konfemla dia pilih yang paling lawa. Aku tau sangat la tektik kau tu.

Walaupun aku tak minat English style or apa-apa sangkut-paut ngan English, tapi kalau namanya benda FREE, tolonggggg la jangan tolak. Sebab nak beli pun bukannya aku ada duit kan.





Buruk gila yang kaler purple tu kan? Yang kaler merah tu chantek kan?? Kan??? Muahahahha

Malam tu lepas makan tak ingat dunia (dan aku pun buat-buat lupa aku tengah berdiet), aku ngan Ima berborak sampai aku takleh bukak mata dah. Topik kemestian - CERITA HANTU. Pastu malam tu En Wan jadik mangsa sondol. Aku dah takut, aku himpit la dia. Sangat mudah bukan?

Takut nak masuk toilet tengah-tengah malam?
Kini tidak lagi!!
Nak kencing, bukak je pintu. Dia tak kisahhhhhh. (kisah ke dia aku tak tutup pintu?)



Pak Aji yang suka pakai jubah kalau anak-anak pompuan dia balik, buat aku segan je nak pakai nighty



Laki saper ni yang pakai short di kala bapak metua memakai jubah? Kuang hajo. Ni port dia kalau balik Bangi, kerusi ni memang bapak aku belikan khas untuk dia duduk. Takde orang berani duduk kalau dah namanya En Wan balik. Hampeh.


2008-06-05

Aku di-sebijikkan


Aku sebenarnya nak tulis pasal ni, tapi macam patut ke tak patut aku nak tulis. Lepas pekena teh O ngan biskut Jacobs hi-fibre (apa kaitan ntah?) aku rasa aku kena tulis gak bagi kesedaran kat diri sendiri.

No offense okk.

Tadi aku gi HUKM, masa nak turun tangga ke visitor parking area tu ada la kakak ni dalam 30s diri kat anak tangga paling bawah sambil pegang pamphlet. Aku dah bajet ni mesti nak mintak derma. Aku tengok depan aku punya la ramai orang dia tahan, sorang pun tak benti, menonongggg je.

Ok, takpe, see if aku boleh menonong gak.

Aku pun jalan depan akak tu, pastu dia bagi salam.
Jawab la kan.
Masa jawab tu aku pandang dia and senyum. Ohhhhh, tak kasik can akak ni terus hulur pamphlet kat aku. Pandai tol buat marketing. Meh keje ngan bos aku, nak?

Dia mintak derma ikhlas untuk rumah anak yatim kat Klang. Pamphlet dia cenggini :



Cuba nyatakan apekah perasaan kakak tersebut tatkala menghulurkan pamphlet ini kepada saya pacal yang hina?

Perasaan aku ko jangan tanya la, kalau aku ada perasaan lama dah aku berubah.

Pastu baru akak tu terperasan yang aku sangat la tak bertudung, dan baju aku pun boleh tahan transparent, tapi takde la sangat, kalau ko dah tenunggggg kat situ nampak la kaler coli aku (err...coli??? lama tak guna perkataan ni), dan seperti biasa skirt aku harusla atas sket dari lutut (sket je).

Muka dia macam dah bersalah 'Takde apa ni dik, cuma nak mintak sumbangan je'

Aku pun cakap 'Takpe kak, orang cam saya ni sesekali kena tazkirah bagus gak'.

Memang sebijik kena kat aku.
Antara semua-semua tu tang 'WANGIAN' je aku lepas sebab aku memang jarang pakai perfume. Aku sangat yakin dengan bau badan sendiri.
Ngahhahahaha.

Tapi aku bengang je ngan orang yang melintas depan akak tadi. Kau taknak bagi sumbangan takpela, janji kau benti la kejap dengar dulu apa dia nak cakap. Pakkal tu adelah seorang KAKAK, kalau ABANG, lagi lama aku benti. Siap suruh dia ajarkan camne nak baca tang tulisan jawi tu.

Muahahah...gedik.

2008-06-04

Roti Day


Aku kat opis. Pagi lagi dah update blog. Sebab aku macam tak tahannnnnnnn.

Cerita bermula...

Kat building aku ni ada 10 tingkat. Opis aku tingkat paling atas. Ada la satu mamat kat tingkat 7 ni sejak 4 bulan lepas dok la hantar notes, call aku kat opis la, konon nak berkenalan la ni.

Ok, takpela, nak kenal sangat kan. Aku takde la anggap apa-apa.

After a few weeks, dia hantar bunga.
Ke tong sampah peginya.
Siap la pulak esoknya call opis tanya 'Apesal I tak nampak u bawak balik bunga?'
Takkan aku nak jawab dengan nada-nada manja 'I dah buang banggggg'.
So, aku cakap aku letak kat opis.

Itu takpe lagi.
Bab lunch hour je, aku konfem lepak Kopitiam bawah. Asal lalu sebelah meja geng-geng dia mula buat-buat senyum sambil sepak kaki masing-masing ala-ala zaman Gila-Gila Remaja.

Macam gampang okkk. Geli aku.

Until mid last month, dia hantar coklat pulakkkkkk kat opis.
Wa tak tahannnnn dah nih. Buat malu satu opis sakat aku.
So, aku call opis dia.

Me : Thanks for the choc, tapi, I tak makan choc. Muntah.
Him : Oh, ye ke. Takpe, nanti I hantar benda lain, u makan apa?
Me : Jap, jap. U tau tak I dah kawen?
Him : Tau. I pun dah kawen.

Terdiam jap.


This morningggggggggggggggggggg.
Aku sampai je kat opis, sekali ada orang hantar roti bakar.
Siap ada note 'Kalau u tak makan roti, esok I hantar nasik lemak'

Tengkorak kauuuuu!!!!!!

Skang, aku ada rasa nak carik nombor tepon bini dia.


Cerita lain.
Semalam aku share payung aku ngan satu mamat. Mamat ni sales kat company apa ntah. Since keta dia jauh ke depan lagi, takde keje aku nak hantar ko sampai keta, ambik lah payung ni. Sempat la gak tukar-tukar kad, dah nama involve dalam trading company kan.

This morning, bukak-bukak je pintu lift aku tengok dia terpacak depan company aku dengan pegang payung, sambil bawak sandwich.

Jadi, moral untuk hari ini, buat baik pada manusia, pasti kita kenyang.
Kenyang roti la aku sampai malam.

2008-06-03

Pesanan penaja..


Hari ni aku ada banyak benda nak tulis, tak tau kalau aku boleh keluarkan semua sekali.

Firstly, nak say thank you to both eiza and cahaya yang sepantas kilat bagi respond kat email siap attachkan mp3 11 Januari. Thank you so much. Aku pun tak sure samada korang ada blog ke tak, sebab ko pun tak bagi apa-apa details. Thanks again. Aku dok melayan lagu tu je lately.

Secondnya, to Yuzz. Thanks sebab belanja aku minum teh tarik tadi. Beb, lepas ni aku bawak ko kuar la, asik ko je belanja aku. Tak aci la kan. Tapi kalau ko insist nak belanja jugak, aku pasrah. Ayatttttt.
Sangat lega okkk dapat break the rules dengan meminum teh tarik. Punya la lama aku pendam je hasrat nak pekena teh tarik menjak gatal berdiet. Rasa segar bugar otak gue.

Ketiganya, kepada anonymous yang hantar komen kat aku. Aku pun tak pasti samada aku ada kacau telur ko ke tak, heran gak yang tetiba kau berbulu ngan aku pekejadah siallll??? Tak kisah la telur laki aku kecik ke, besar ke, bukan dapat kat kau pun. So WTF lu?

Telur kecik pun keciklah kan bang? Ada telur besar pun kalau hari-hari kena masturbate buat apa. Telur tak laku.

Keempat, to Rhymie, Selamat Pengantin Baru. Tak menjadik la scandalous kita, wa tak chenta laki orang okkkkk. Hahaha.

Kelima, to Ogy, ko dengan jayanya meranapkan usaha aku untuk kekal gorjes di tahap 46 kilo. Setelah berdating di Uncle Lim's sambil pekena laksa Johor, aku telah mendapati berat badan aku naik sekilo. Lahanatttttt punya laksa.
Aku haramkan santan menjejakkan kaki ke dalam rumah aku mulai dari hari ini.


My text to him "Abang sayang Di macam dulu ke?" direply oleh En Wan..

"Ye lah, sayang tak pernah berkurang".

Mintak diri, nak nangis jap.

2008-06-01

"..Senyummu juga sedihmu adalah hidupku.." Saper ada lagu 11 Januari, bak sini


Takde mood nak update blog la Yuzz oiiii, tu pasal ko bukak-bukak still kosong je lagi.
Takde benda nak story, life macam biasa. Takat citer-citer biasa cam pagi gi bfast nasik lemak ngan En Wan, pastu balik lepak depan tv layan DVD empat round, pastu tido berjemaah santak ke Maghrib, pastu bangun makan lagi, pas makan mandi sesama pulak sambil melayan beberapa round kat dalam tu, pastu tido balik.....boring okkk.

Apa-apa punnnnn..buat pengetahuan sekalian rakyat!!

Aku dah 46 kilo!!!!
Muehehehehehheheheh.

Tapi aku berani bajet, Rabu depan aku naik 48 kilo balik. Sebab segerombolan orang kampung En Wan menyerang rumah aku, jadi tak mampu aku nak teruskan pendietan. Kang kalau aku tak makan, dorang cakap aku lancarkan mogok lapar tanda protes tak suka dorang datang.

Punyala seksa aku tahan makan semata-mata nak turunkan berat badan. Pagi minum teh ngan roti sekeping, pastu sampai ke petang aku makan 3 keping biskut, before 7pm kena stop makan dah. Dapat makan nasik 5 suap pun jadik la.

Bodoh sialll seksa diri sendiri.

Tapi aku rasa cam best je bila tulang-tulang skapula timbul, pastu bila bukak baju tulang rangka nampak dalam 2-3 line, pastu kalau baring pepek aku lagi tinggi dari perut. Selalu lepas mandi aku naked baring atas katil sambil mata pandang cermin pastu sendiri cakap 'Waaaahhhhh, kempis gila perut kauuuuuu'.

Lalalala...

Aku rasa aku boleh jadik duta ke Afrika dengan misi "AFRIKA..KAU TIDAK KESEORANGAN'

Dah, aku nak tido. Ubat yang aku makan ni menjadikan aku sangat high dan horny.
Bang, jom berjimak?

2008-05-23

Apadia????? Aku dah gemuk????


Ye, sememangnya aku dah berisi sejak 3 minggu lepas. Dulu berat aku 46kg, sejak 3 minggu lepas berat aku 48kg!!!!

Hambik.
Ni semua gara-gara stress.

Kalau aku stress, maka aku makan.
Kalau aku gumbira, aku tak ingat nak makan.

Lately ni bos dalam agenda membunuh aku. Jadi hari-hari aku tertekan, maka perut la yang menjadik mangsa. Asal aku nak diet je, time tu la En Wan mengoffer aku makan macam-macam. Bila aku tanya 'Di gemuk tak?'

'Elok la gemuk biar nampak cam mak orang sket'

Apa kaitan??
Mak ko tak gemuk pun.
Adekah dia nampak macam anak dara???



See? 48 kilo. Series gemuk macam sial punya gemukkkk. I want my anak-dara-weight!! Gimme 43 kilo plisssssssssssssssss.


Tapi sebenarnya aku blom gabra lagi selagi tak jejak 50kg. Kalau dah jejak, aku pasti blog ni takde gambar-gambar aku dah.
Muahahahahha.
Barang siapa ada tips untuk kurus, sila kemukakan.

Ok la, ni kira gambar last kat Phuket aku boh sini. Dah tak larat dah aku nak update pasal Phuket tak abis-abis. On the day we all balik KL, pagi tu pegi elephant trekking. This is something that I won't do again. Aku tak suka tak suka tak suka tak suka benda yang tinggi dan bergerak-gerak. Pulak tu aku tak suka binatang.

Laki aku la gatal nak naik gajah. Dia kata kalau sampai Thailand tak naik gajah tak lengkap. Pi heret aku sama pehal. Aku boleh pitam okkkk atas gajah tu, siap dia boleh snap gambar aku tengah pitam.

Ada satu part, gajah ni nak kencing, dia punya mengaum (gajah mengaum ke??) punyala kuat, aku dah kejung kat atas. Terbayang gajah ni buat willy pastu lari masuk hutan, pastu langgar pokok, aku tersangkut kat dahan, pastu aku jatuh kepala terhentak kat batu, lepas tu aku hilang ingatan....mula la aku imagine bukan-bukan.

Sepanjang naik gajah ni segala ayat aku baca. Dah la 45 minits ride. Gila lama.
Ni binatang okkkk...buatnya dia naik minyak. Ngeri.

Gambarssss...

Naik gajah pakai mini skirt okkkkk. Tak tau undang-undang punya worang.



Siap leh benti kat pokok, ambik buah makan atas gajah.



Tengok muka En Wan. Muka keji kan nak snap gamba bini dia pitam.