2008-05-23

Apadia????? Aku dah gemuk????


Ye, sememangnya aku dah berisi sejak 3 minggu lepas. Dulu berat aku 46kg, sejak 3 minggu lepas berat aku 48kg!!!!

Hambik.
Ni semua gara-gara stress.

Kalau aku stress, maka aku makan.
Kalau aku gumbira, aku tak ingat nak makan.

Lately ni bos dalam agenda membunuh aku. Jadi hari-hari aku tertekan, maka perut la yang menjadik mangsa. Asal aku nak diet je, time tu la En Wan mengoffer aku makan macam-macam. Bila aku tanya 'Di gemuk tak?'

'Elok la gemuk biar nampak cam mak orang sket'

Apa kaitan??
Mak ko tak gemuk pun.
Adekah dia nampak macam anak dara???



See? 48 kilo. Series gemuk macam sial punya gemukkkk. I want my anak-dara-weight!! Gimme 43 kilo plisssssssssssssssss.


Tapi sebenarnya aku blom gabra lagi selagi tak jejak 50kg. Kalau dah jejak, aku pasti blog ni takde gambar-gambar aku dah.
Muahahahahha.
Barang siapa ada tips untuk kurus, sila kemukakan.

Ok la, ni kira gambar last kat Phuket aku boh sini. Dah tak larat dah aku nak update pasal Phuket tak abis-abis. On the day we all balik KL, pagi tu pegi elephant trekking. This is something that I won't do again. Aku tak suka tak suka tak suka tak suka benda yang tinggi dan bergerak-gerak. Pulak tu aku tak suka binatang.

Laki aku la gatal nak naik gajah. Dia kata kalau sampai Thailand tak naik gajah tak lengkap. Pi heret aku sama pehal. Aku boleh pitam okkkk atas gajah tu, siap dia boleh snap gambar aku tengah pitam.

Ada satu part, gajah ni nak kencing, dia punya mengaum (gajah mengaum ke??) punyala kuat, aku dah kejung kat atas. Terbayang gajah ni buat willy pastu lari masuk hutan, pastu langgar pokok, aku tersangkut kat dahan, pastu aku jatuh kepala terhentak kat batu, lepas tu aku hilang ingatan....mula la aku imagine bukan-bukan.

Sepanjang naik gajah ni segala ayat aku baca. Dah la 45 minits ride. Gila lama.
Ni binatang okkkk...buatnya dia naik minyak. Ngeri.

Gambarssss...

Naik gajah pakai mini skirt okkkkk. Tak tau undang-undang punya worang.



Siap leh benti kat pokok, ambik buah makan atas gajah.



Tengok muka En Wan. Muka keji kan nak snap gamba bini dia pitam.