walk on wings, tread in air: Aku di-sebijikkan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Aku di-sebijikkan
2008-06-05

Aku sebenarnya nak tulis pasal ni, tapi macam patut ke tak patut aku nak tulis. Lepas pekena teh O ngan biskut Jacobs hi-fibre (apa kaitan ntah?) aku rasa aku kena tulis gak bagi kesedaran kat diri sendiri.

No offense okk.

Tadi aku gi HUKM, masa nak turun tangga ke visitor parking area tu ada la kakak ni dalam 30s diri kat anak tangga paling bawah sambil pegang pamphlet. Aku dah bajet ni mesti nak mintak derma. Aku tengok depan aku punya la ramai orang dia tahan, sorang pun tak benti, menonongggg je.

Ok, takpe, see if aku boleh menonong gak.

Aku pun jalan depan akak tu, pastu dia bagi salam.
Jawab la kan.
Masa jawab tu aku pandang dia and senyum. Ohhhhh, tak kasik can akak ni terus hulur pamphlet kat aku. Pandai tol buat marketing. Meh keje ngan bos aku, nak?

Dia mintak derma ikhlas untuk rumah anak yatim kat Klang. Pamphlet dia cenggini :



Cuba nyatakan apekah perasaan kakak tersebut tatkala menghulurkan pamphlet ini kepada saya pacal yang hina?

Perasaan aku ko jangan tanya la, kalau aku ada perasaan lama dah aku berubah.

Pastu baru akak tu terperasan yang aku sangat la tak bertudung, dan baju aku pun boleh tahan transparent, tapi takde la sangat, kalau ko dah tenunggggg kat situ nampak la kaler coli aku (err...coli??? lama tak guna perkataan ni), dan seperti biasa skirt aku harusla atas sket dari lutut (sket je).

Muka dia macam dah bersalah 'Takde apa ni dik, cuma nak mintak sumbangan je'

Aku pun cakap 'Takpe kak, orang cam saya ni sesekali kena tazkirah bagus gak'.

Memang sebijik kena kat aku.
Antara semua-semua tu tang 'WANGIAN' je aku lepas sebab aku memang jarang pakai perfume. Aku sangat yakin dengan bau badan sendiri.
Ngahhahahaha.

Tapi aku bengang je ngan orang yang melintas depan akak tadi. Kau taknak bagi sumbangan takpela, janji kau benti la kejap dengar dulu apa dia nak cakap. Pakkal tu adelah seorang KAKAK, kalau ABANG, lagi lama aku benti. Siap suruh dia ajarkan camne nak baca tang tulisan jawi tu.

Muahahah...gedik.

posted by aveo757 @ 2:43 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER