walk on wings, tread in air: Saturday <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Saturday
2008-06-15

Jumaat lepas konon nak stay up sampai subuh nak siapkan keje, tapi kol 2 lebih je aku dah mabuk. Ubat la punya pasal. Dadah yang Dr ni bagi gila bapak punya high. Kensel matlamat nak meningkatkan produktiviti kerjaya. Seb baik dak Zizi yang aku kenal time gila myspace dulu temankan aku wat report, kalau tak kol 10 dah padam.

Pastu pagi Sabtu bangun pagi2 (takde la pagi mana pun kalau dah namanya Sabtu), gi skolah Redza ambik report kad. Berbulu je aku ngan Redza sehari suntuk. Apa taknya, cikgu cakap asal 10 minits break je dia wrestling ngan kawan-kawan dia. Patut la asal balik baju semua terkeluar.

Pastu teacher cakap dia ni tak suka singing class and also drawing.

Ohhhhhhh, ko taknak drawinggggggg. Dinding umah aku kemain galak lagi ko conteng. Kat skolah ko tak nak buat. Teacher dia kata swimming class pun dia taknak join. Since balik dari Phuket that day, everytime swimming class, dia dok tepi kolam. Pekejadah???

Seb baik teacher kata he's very smart at learning, Mandarin class, Maths, Eng, and Computer class semua ok, sejukkkkkk jap hati mak dia. Tapi biasa la kan, competition skang very high, harusla aku nak yang excellent. Tapi En Wan lak, 'Ala Di, budak tu baru nak masuk 4 tahun. Awak 4 tahun baca pun tak pandai kan?'

Wah wahhhhhhhhhh. Carik pasal nampak????

Lepas gi skolah Redza, turn aku lak menenangkan ketidakketenteraman jiwa. Biasa la, SHOPPING! Port biasa, Sunway Piramid tapi sebab En Wan dah jelak nak gi sana, kita gi 1-U pulak.

Agenda bulan ni cuma cari baju keje. En Wan dah warning, no kasut, no baju jalan-jalan, only baju keje.

Elehhhh, macam la aku pakai duit kau.
Tapi sebab dia yang manage duit aku, redha je la.




Sebenarnya aku beli baju-baju ni sebab nak pakai gi Penang next week. Vain gila.
Macam la takde baju dah nak pakai.

Pastu gi makan. Tang makan ni aku start berbulu ngan En Wan.
Sebab pagi tak breakfast, so tengahari menggagau la carik nasik. Aku ni memula nak makan A&W, pastu dia kata A&W skang dah takde nasik, ok la fine, cari food court.
Pastu tengok food court takde lagi kat tempat biasa, so dia kata jom makan Kenny Rogers. Melilau la pulak cari Kenny. Dah jumpa Kenny, kat tepi Kenny tu ada la pulak food court. Boleh la pulak dia tanya aku balik 'Nak makan Kenny ke food court?'

Heloooooo. Ni saper yang punya idea memula kata nak makan Kenny??? Aku ke kau?

Kepala otak aku dah tune nak makan Kenny ni, pi gatal lak tanya nak makan food court ke tak. And aku kenal sangat laki aku. Dia kan kalau nak sumthing, dia takkan cakap tau, dia akan tanya aku balik. Padahal aku tau dah dia sebenarnya nak benda tu.

In this case, dia yang memula kata nak makan Kenny, pastu nampak je food court dia tanya lak aku nak makan food court ke Kenny.

Ada aku kata nak makan Kenny?
Ada aku kata nak makan food court?
Takde kan??
Aku nak makan A&W kan?
So, apekah jawapan yang ko nak dengar?
Aku meroyan kat sini kang satu sen tak guna.

Tapi cam biasa la, aku yang mengalah kalau masuk bab makan, sebab aku pun mmg tengah diet, so tak kisah la makan apa pun. Kira kau selamat la berbini kan aku.

On the way nak masuk food court tu mula la gesel-gesel tetek aku ngan lengan dia pujuk-pujuk ingat aku suka la.

'Di, buruknya mukaaaaaaaaaaaa'
Pastu ramas-ramas tangan aku. Senyum-senyum.

Alahai romantisnya kauuuuuuuuuuuuuuuuu.
Menyirap aku. Nak makan tu makan je la.

Seb baik nasik ayam dia sedap, cool kejap.
Lepas makan turn dia lak shopping. Tengah nak tunggu tailor tu potong suar, dia ajak carik comforter baru.

Wahhh, betul-betul nak pujuk aku nampakkkkk.

Aku nak carik kaler green apple, kaler tu kitorang takde lagi, tapi tak jumpa, and dia berkenan kat turquiose. Boleh laaaa.


Tadaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Frankly, kaler ni paling tak chantek dalam koleksi. Tapi material dia paling best. Kira kalau tido bawah selimut tu pikir enam kali gak nak bangun ke tak. Tahap dewata punya best.

Lepas ambik suar and baju dia, Redza mengamuk-ngamuk robot dia tak beli lagi.
On the way nak gi ToyCity, aku sudah nampak itu Big Apple yang digembar-gemburkan. So, first time nak try. Macam sedap. Tapi most of them choc, macam taknak kasik aku makan je.






Aku kan amat terkenal dengan attitude suka torture diri sendiri. So aku beli yang ada choc. Aku kan tak suka choc, tapi nak sangattttttttt rasa donut ni. So, sampai je umah, aku cut donut yang banyak choc tu into half, aku makan. Objektifnya?

Kononnya, bila aku makan donut yang bercoklat, aku akan muntah. So, bila muntah aku jadik serik nak makan lagi. Jadik selamat la badan ini dari dijadikan mangsa pemakanan bahan-bahan dari sumber yang menggemukkan.

Tapi, GAGAL!!!

Choc itu sangatla super sedap, sampai aku makan another half pagi ni.
Gila bapak best coklat dia.
Takde la sampai jilat jari, tapi utk orang yang tak suka choc macam aku kira chef tu berjaya la boleh buatkan aku makan.

Kepada sesaper yang blom rasa, sila panjangkan langkah anda ke Big Apple yang berhampiran. Tapi aku rasa semorang dah makan, aku je yang baru nak merasa.




Tu gambar En Wan kelebet manual nak pasang robot anak dia. Kalau dah namanya laki, kau bagila apa umur sekali pun, tak kisah la benda tu layak untuk 5 years and below kalau ada sangkut paut ngan bateri ataupun enjin, memang dia layan.

Senario biasa lepas shopping, En Wan akan kumpul resit-resit. Dia ambik balik semua resit-resit and kira balik pastu simpan dalam folder okkkk. Apakejadah dia nak simpan rekod-rekod ni pun aku tak tau. Kalau yang guna kad kredit tu aku paham la, ini yang bayar cash pun dia simpan. Simpan forever lak tu. Pebenda ntah.


posted by aveo757 @ 10:44 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER