2020-03-18
Barrier breaker
Manusia mudah dipengaruhi oleh persekitaran dan orang-orang disekelilingnya.
Manusia mudah mengikut apa orang kata, apa orang buat, dan apa orang lain harapkan.
Kadang tu kita nak buat A, tapi disebabkan majoriti di sekeliling kita buat B, maka kita pun buat B.
Memang susah jadi minoriti.
Mudah kita hilang yakin dan hilang semangat. Senang pula putus asa.
Jalan paling senang, kita pilih untuk follow the majoriti dan sesuaikan diri dengan persekitaran walaupun deep down kita tahu itu bukan persekitaran yang kita mahu.
Ambil contoh pokok.
Certain pokok kalau ditanam dalam pasu, dia tak boleh berkembang dengan cara yang sepatutnya.
Not because there's something wrong with the seed, tapi environment pasu tu tak membenarkan it become what it was created to be.
Samalah macam kita.
Setakat nak fit in, nak ikut-ikut orang - memang senang.
Tapi Allah tak ciptakan kita sekadar nak jadi average.
Allah jadikan kita untuk kita go beyond average.
Bak kata Bill Gates "If you born poor it is not your mistake. But if you die poor it's your mistake".
Bukan maknanya kita kena jadi kaya-raya macam dia, tapi nak kata yang we are supposed to go further than the people who raised us.
Itu benchmarknya.
Paling tidak kita mesti jadi lebih baik dari dulu.
Janganlah sampai zaman kecil kita jauh lebih selesa dari sekarang.
This is sad bila some parents masih membantu meringakan beban financial anak-anak.
Bak kata Mak Aji "Esok dah besar, tak dapat tolong Mama, takpe. Jangan menyusahkan aku, cukup".
Kita sepatutnya live better, lebih berjaya.
Kalau dapat set new standard, alhamdulillah.
Sometimes kita tersepit dengan orang-orang terdekat yang pemalas, pengotor, tak faham bahasa, pemarah.
Tersepit dengan kemiskinan, beban hutang yang ditinggalkan oleh orang lain, kena menjaga orang sakit, etc.
Kena akui, memang ada perkara yang kita tak boleh elak, but here's the key : Jangan sampai kiat dipengaruhi oleh pemikiran kita sendiri bahawa situasi itu akan kekal selamanya dan tak boleh diubah.
Don't let that become normal in your thinking.
Kalau kita pasrah, maka itulah yang kita tanggung selamanya.
That thought will keep you from your destiny.
Kena faham bahawa berada di DALAM persekitaran itu, bukan bermakna kita mesti jadi SEBAHAGIAN dari that persekitaran.
You may be in a limited environment - serba-serbi toksik - but you don't have to be of it.
Maksudnya, kalau membayangkan yang susah, yang payah, yang takkan berubah, yang stuck - lama-lama kita jadi percaya bahawa "Takde apa yang boleh berubah. Ini dah memang takdir aku".
Padahal persekitaran toksik tu cuma indicator di mana kita berada, bukan siapa diri kita.
Orang-orang yang menarik kita ke bawah ni ramai.
"Benda ni susah, kau tak boleh buat"
"Takde orang pernah buat!"
"Ramai dah buat, semua rugi!"
"Toksah beranganlah nak duduk rumah besar!"
"Kau ni memilih sangat, terima je lah dia tu. Janji kawen".
Orang-orang macam ni, their thinking is limited.
Disebabkan itu, dia cuba pindahkan pemikiran sempit tu ke dalam diri kita pulak so they are not alone.
Orang macam ni, kalau kita berjaya, dia buat bodoh.
Tapi kalau kita gagal, dialah orang pertama sekali bagi "kata-kata peransang".
The thing is, we have so much potential.
Keupayaan kita semua tak sama. Minat kita juga tak sama.
Jadi kenapa nak ikut-ikut orang?
Belum tentu lagi bila dia berjaya buat A maka kita pun berjaya kalau buat A.
Try something new. Break out of that limitation.
Toxic people memang suka jauhkan kita dari potensi sebenar diri.
Dia akan guna macam-macam cara untuk buatkan kita hesitate.
Pak Aji is a barrier breaker.
Walaupun zaman aku kecik dulu, I considered myself bukan orang senang, tapi untuk Pak Aji, pada waktu itu dia dah dikira sangat senang.
Pak Aji pernah berhenti sekolah and pi menoreh sebab miskin.
Until arwah pakcik dia waktu tu seorang guru, balik kampung and ambil dia duduk sekali di town, sekolahkan dia semula.
Pak Aji dapat sambung blaja ke Institut Perguruan.
Makcik dia kemas-kemas bilik nampak surat tawaran sambung blaja ke USM, yang dia buang.
Pak Aji tak sampai hati nak susahkan pakcik and makcik dia keluar belanja besar ke universiti, jadi dia decide ambil offer perguruan je.
Kerjaya cikgu dulu-dulu tak mewah mana, tapi everytime balik ke kampung, orang kampung proud sangat dengan Pak Aji.
Pak Aji pulak orang Jawa, jenis kalau balik beraya tu, sepanjang-sepanjang jalan kampung tu sedara dia, semua rumah nak dinaiknya beraya.
Dan semua rumah tu sangat proud Sahak datang beraya!
Aku sampai lembik turun naik rumah orang.
Sepanjang-panjang kampung tu kuih rayanya sepesen je pulak tu.
Pak Aji broke the poverty in his family.
Pernah berada dalam keadaan sangat miskin sampai kena berhenti sekolah.
Sambung blaja sambil-sambil jadi tukang jaga parking.
Sampai sekarang aku takleh imagine bapak aku kerja jaga parking??
Kenapalah takde kamera waktu tu, nak sangat aku tengok camana gayanya.
Aku proud dengan Pak Aji.
Dia memang barrier breaker.
Dia terima hidup dia miskin, tapi dia tak pasrah dengan kemiskinan tu.
If he had accepted that poverty and the limited education, maybe aku pun takde berada di sini.
2020-03-16
Buatlah apa je asalkan hati tenang
Tadi ada follower PM. Dia respond pada blogpost aku Jumaat lepas.
Dia berada dalam relationship yang toksik [dah berkahwin].
Hidup macam kena buli dengan semua orang - dari zaman skolah diejek, now jadi mangsa buli ipar duai pula.
Suami tak membantu emosinya. Mertua suka cakap-cakap perli.
Dia minta aku guide untuk REDHA dengan semua ni kerana dia dah penat nak ubah situasi.
Ok guys, kena faham, REDHA itu bukan pasrah, ok?
Redha bukan makna kita terima buta-buta apa je yang menimpa tanpa ada usaha sedikit pun untuk ubah.
Contoh, kena buli dengan member - kena buatkan assignment, kena tapaukan makanan, kena sidaikan baju, buat itu ini.
Dek kerana malas nak gaduh-gaduh masam muka, maka kau pun redha.
Buat semua benda padahal kau terseksa jiwa raga.
Lalu cuba redha tapi ujung-ujung makin tertekan.
Kau mula questioned, kenapa dah redha tapi tak datang tenang?
The thing is, itu bukan redha sayang, itu stupid.
Memang ketika sesuatu yang kita tak suka berlaku, kita dituntut untuk redha dan yakin apa yang berlaku adalah takdir yang telah Allah tetapkan, TETAPI kita dituntut untuk berusaha.
Usaha apa?
Usaha perbaiki keadaan.
Contoh, sakit gigi.
Kau redha-redha-redha tahan sakit gigi sampai demam.
Bukan gitu caranya redha.
Redha tu adalah terima sakit dengan berlapang dada sambil berjalan ke klinik gigi cari ubat.
Bukan terbongkang atas katil mengongoi pegang gigi sambil berzikir semata-mata.
Jangan salah faham maksud redha.
Begitu juga dalam hal dibuli.
Jangan tadah diri untuk dibuli atas tiket redha.
Kalau tak sampai hati nak say NO, buat perjanjian, aku sidai baju kau, kau lipatkan baju aku.
See if dia setuju. Kalau dia taknak, kau pun tak payahlah buat.
Berbalik pada kes isteri tadi, REDHA dan PENAT MELAYAN SITUASI - dua benda ni tak connect antara satu sama lain.
Redha mesti disertakan dengan usaha, while ‘penat melayan situasi’ adalah tanda PASRAH/PUTUS ASA.
Orang yang ‘penat melayan situasi’ adalah tanda-tanda orang yang putus asa.
Walaupun dalam redha ada makna yang hampir sama dengan pasrah iaitu terima dengan lapang dada, tapi redha menuntut usaha untuk capai suatu target atau ubah keadaan sekiranya situasi sangat teruk.
Dalam hidup aku ada 3 jenis bully aku pernah lalui :
[1] buli zaman skolah
[2] buli zaman bercinta
[3] buli zaman internet
Yang [1] and [3] tak se-pressure [2].
Kerana zaman skolah, aku masih balik ke rumah, masih ada family, masih ada life lain di luar compound skolah.
Walaupun down a bit kena ejek bertubi-tubi tapi fighting spirit aku boleh tahan kuat juga.
Alhamdulillah tak sampai depress dan tak sampai ke tahap takde mood nak pi skolah.
Skolah tetap pergi, maklumlah ada crush sebagai motivasi. Kahkahkah.
Bully zaman internet adalah zaman aku start berblogging dulu.
Biasalah, bila orang mula kenal kau, tak semua orang suka.
Dibuli di internet dengan macam-macam kutukan and name-calling, itu biasa.
Again, yang ni pun aku boleh pejamkan mata je sebab life aku bukannya bertumpu kat dunia cyber all the time.
Apa yang aku cerita di media sosial around 20% je dari kehidupan sebenar aku.
Some people memang dunia realitinya pahit that’s why dia lebih suka jadi keyboard warrior so that orang tak nampak their actual life yang suram tu.
However, yang [2] paling mencabar.
Dibuli oleh exbf.
Tak senang nak loloskan diri sebab zaman ni aku dan dia duduk satu tempat, satu uni, pusing-pusing konfem jumpa punya.
Nak jumpa kawan?
Kawan aku pun kawan dia gak, jadi pusing ikut mana pun tak lolos.
Pulak tu famili aku dah kenal dia, susah nak tendang dia macam tu je.
Banyak hati kena jaga.
Sekali imbas nampak macam aku redha kena buli kena pukul sebab 2 tahun lebih juga aku bertahan.
Tapi yang orang tak tahu sebenarnya aku tak duduk diam.
Kalau aku duduk diam rasanya aku dah sakit jiwa now.
Dalam tempoh tu sebenarnya aku giat mencari jalan keluar dengan cara paling baik.
Banyak perkara aku dah start kurangkan - kurangkan makan sama, kurangkan minta tolong dia, kurangkan outing together, kurangkan meminjam dan meminjamkan barang kat dia.
Tu pasal dia makin bengang kat aku sebab dia noticed aku dah lain.
Bila dia makin bengang, lama-lama dia makin berani buat macam-macam benda gila kat aku.
Malas dah aku nak sembang pasal ni.
Tapi ceritanya aku nak cakap aku tak tadah diri.
Aku sedang memproseskan sesuatu.
Tup-tup BOOMMMM!! Diana dah bertunang!
Hah, gempar kejap masyarakat setempat.
Bak kata Azwan Ali, "See my level?".
I buat kerja senyap-senyap je tau. Tau-tau ada balak lain. Hambik kau. Puas hati aku.
Ceritanya kau jangan main-main dengan aku, selagi aku boleh sabar, aku layan.
Sampai satu tahap aku hilang sabar, datang aku punya gila, sampai terduduk kau aku buat.
Dalam apa juga keadaan, fighting spirit kena strong.
Tak semestinya perlu lawan dengan kekerasan, yang penting kena cari ketenangan.
Buatlah apa yang mendatangkan rasa tenang.
Kalau nak terus stay dalam marriage yang toksik, silakan, tetapi kena make sure hati tenang.
Buat sesuatu yang datangkan ketenangan and kebahagian.
Pi blaja buat kek ke, menjahit ke, mengait ke. Kill the time orang putih kata.
Apa je benda menyakitkan hati yang ipar-duai and mertua cakap, biarlah berlalu nacam angin semput.
Kalau perlu luahkan, create a private blog and VENT!
Bunyinya macam senang kan, tapi aku tahu tak semua orang ada fighting spirit yang sama.
Some people kata dia 'redha' tapi hujung-hujung stress. Lama-lama depress.
Bila dah depress dah payah nak kawal banyak benda.
Orang kata payah bila berada dalam kelompok toxic especially bila berkahwin dengan keluarga yang toxic kerana lama-lama dengan kita kita sekali jadi toxic.
Betullah tu.
That's why penting untuk check diri sendiri dulu.
Mampu tak kita tanggung? Hati kita tenang tak?
Ada orang walau hidup dalam keadaan susah serba serbi, hatinya tenang.
Tapi kalau hati dah tak tenang, duduk dalam rumah besar pun terasa macam duduk dalam neraka.
The thing is, you may be going THROUGH hell but don't stay IN hell.
Jangan tadah diri, do something.
Pasrah will lead to depression, sedangkan redha makes you optimistic.
So when you say you redha, pastikan hati lapang.
Ff not...then, sendiri boleh pikir.
2020-03-13
Sampah!
Sedihnya aku tengok video ni.
Budak ni mesti dah disogok dengan statement "You are dark. And dark is ugly".
Ya Allah, aku faham sangat rasanya.
Cuma aku tak sangka benda yang aku alami tahun 80an, hingga ke tahun 2020 masih 'valid'.
Mengejek orang yang berkulit hitam ni jadi satu kepuasan to some people.
Tapi ikut pengalaman aku lah, yang kuat mengejek physical look orang ni, dia sendiri idok le cantik mana pun.
Kulit pun tak putih mana, cuma cerah sikit je dari aku.
Tapi dia punya perasan tu takleh bawak bincang, terasa diri dia dah cerah sangat!
Dari dulu lagi aku dah perasan those yang ejek-ejek aku hitam ni, kulit dorang kelabu asap gak, cuma aku gelap lagi.
Kalau aku takde kat skolah tu, konfem murung dia kena cop hitam.
Tu pasal orang-orang gini kuat mengejek, sebab dia nak highlite kat semua orang dia bukanlah paling hitam [padahal sejenis hitam juga], ada lagi yang jauh lebih hitam dari dia.
Lega lah konon ada yang lebih hitam.
Kau takkan boleh menang nak debat dengan dorang bab mengejek ni sebab level-level dorang ni kepakaran dia memang tahap tu je.
Jangan cuba-cuba nak handle dorang, kau buat dek je.
Kalau kau join dorang, dengan kau-kau sekali jadi taik.
Hari tu Rayyan tanya "Ma, kenapa kulit adik hitam?"
Aku tanya "Kenapa pun kalau hitam?"
Dia kata "Kawan adik kata adik hitam".
Aku tunjuk gambar dia time baby.
Rayyan memang kulit cerah, kalau Redza tu memang dari awal kulit gelap macam aku.
Then aku explain kenapa dulu dia cerah now gelap.
Pastu aku explain kenapa abang dia dari baby pun dah gelap.
Budak dah Darjah 4, dah blaja sains, just about time nak explain pasal melanin, what can melanine can do to our skin, etc.
Explain kat dia color of skin bukan indicator cantik atau tak.
Kulit hitam dan banyak pimples, itu baru namanya kulit sakit and need to be treated.
Kalau kulit hitam saja but clean and flawless, tak perlu treat, tak perlu malu, tak perlu risau pun.
Itu adalah warna semula jadi.
They need to know that.
Itu budak-budak. Budaya budak-budak memang suka ejek-mengejek.
Kita as parent nak pi tampar budak yang mengejek tu pun macam tak patut pulak sebab nama pun budak-budak.
Habis kuat pun kita pujuk [just like video atas], and tell positive things about it.
Dulu every time kena ejek, aku simpan sorang-sorang.
Tak pernah nak bagitau mak bapak, karang kena tambah lagi.
Jadi aku simpan sendiri.
Aku survived semua ejekan tu tapi impak dia sampai ke tua.
Aku jadi rendah diri.
Nak bergaya, segan.
Nak bersolek, segan.
Terasa tak layak nak bercantik-cantik sebab kulit hitam.
Dari dulu orang kaitkan hitam = buruk, jadi every time aku nak bersolek rasa macam buang masa because the 'fundamental' tak berubah.
Kulit masih hitam, buat apa pun tak cantik.
Merasa la dulu beli Pond's and Oil of Olay Whitening Effect, tetap tak white white sampai sekarang.
Tapi takpelah, janji kurang sikit berdekir kulit ni.
Masa bercinta dengan En Wan, bila dia ajak jumpa, beria aku explain jangan expect aku macam dalam gambar sebab gambar tu pakai flash. Kahkahkah.
Kena la bagitau siap-siap kan, supaya dia nak menaruh harapan yang tinggi.
Nasib baik aura aku masyallah, walau tak berapa cerah, tetap dia nak juga.
Sampai sekarang aku ingat lagi ada sorang kawan skolah cakap depan-depan aku "Kulit hitam! Orang perempuan kulit putih baru orang nak. Kulit hitam sape nak?"
Nak je aku tayang En Wan depan muka dia.
Ni ha, ada je orang nak kat aku. Tak payah jadi putih pun.
Walau macamanapun, statement mamat tu ter-doktrin dalam kepala aku agak lama juga.
Aku jadi percaya yang aku tak akan cantik selagi kulit aku masih hitam.
Every time habis subjek PJ, masa salin baju kat toilet, nak betulkan rambut atau adjust muka pun segan depan-depan orang.
Dalam hati aku "Tak payah nak la tengok cermin sangat, bukan aku cantik pun".
Dia punya impak tu sampaikan sharpener pun aku purposely beli yang takde cermin kat belakang.
Orang lain semua nak beli sharpener ada cermin, aku tak.
Sebab aku malu kalau orang nampak aku belek muka kat cermin, as if "muka macam kau ni tak payah tengok cerminlah, takkan jadi apa pun".
Yang tak pernah rasa kena ejek bab kulit, mungkin tak faham apa budak tu rasa [video].
Tapi aku tahu sangat rasanya.
Perasan tak budak dalam video tu mula-mula suara dia steady je masa kata diri dia ugly?
That is how aku dulu.
Aku punya steady tu sampaikan 2-3 orang 'berjenaka' pasal kulit aku depan-depan muka aku, aku boleh senyum and act macam takde apa.
Tapi sebenarnya aku menangis dalam hati.
Some people mengejek as a way to feel closer. To show friendship kononnya.
Still, aku rasa itu kurang ajar.
Tapi orang-orang macam ni insist kata dia hanya gurau.
Nanti dia kata kita serius sangat, tak cool and tak pandai accept joke.
The thing is, kalau nak berjenaka tu biar yang kelakar sikit. Joke pasal warna kulit lansung tak kelakar.
Tapi tak tahulah pulak aku kalau stok-stok bodoh ni memang mudah terhibur dengan joke macam tu.
Aku tak berdendam dengan orang yang ejek aku, cuma aku buat tak peduli.
Kau berzikirlah hitam hitam hitam kat tepi telinga aku, lantak kau situ.
Aku memang tak pernah confront dengan orang-orang ni.
Saje aku nak ajar dia 'siapa buli siapa'.
Kau rasa kau boleh buli aku dengan mengejek?
Meh aku buli kau dengan buat dek pulak.
Tengok sape lagi kental.
Lama-lama nanti dia terasa bosan sendiri, ujung-ujung senyap.
Mengejek ni seronok hanya bila lawan kau balas balik.
Bila lawan kau tak membalas, yang nampak macam orang tak betul tu adalah kau.
Just like kutu prahak bersidai tepi tembok acah-acah nak tekel awek yang lalu-lalang, tapi awek berlalu sambil buat dek. Malu okeh!
Like "Kau siapa aku nak bagi perhatian?"
Gitulah keadaannya bila kau beria ejek aku, ujung-ujung orang nampak aku kental dan dan orang boleh nampak kau bodoh.
Tak kiralah kau diejek, dikutuk, dikeji, dihina, dikondem - kalau apa yang dikata tak berbaloi untuk kau layan, maka jangan layan.
Some people memang bitter sebab ada banyak perkara dalam hidup dia yang tak settle.
Dan dia pulak tak nak accept life is not fair.
Tak nak accept that shit happens to everyone.
Orang-orang yang bitter macam ni, they will keep on facing bitterness sepanjang hidup.
Akan ada je benda-benda yang menyakitkan hati dorang.
Until at one point, dorang hanya boleh menikmati hidup jika dapat sakitkan hati orang.
That's how power-nya law of attraction.
Sebab Allah kan sebagaimana sangkaan HambaNya.
Kalau kau sentiasa buruk sangka, memang yang buruk-buruk je lah kau jumpa.
2020-03-12
Covid-19 dan hikmahnya
Semalam kat Buletin Utama katanya KKM tengah cari 5000 orang participants program tabligh masjid Sri Petaling.
Salah sorang perserta program positif Covid-19 adalah orang Brunei.
Balik ke sana dah ada tanda-tanda positif, so they suspect dia dapat virus tu semasa join the program.
Look.
Tak boleh kita stop semua jenis mass gathering macam ni?
Seminars, talk, program bazar, dan segala tok nenek program yang melibatkan perkumpulan ramai orang.
Ini semua meningkatkan risiko.
Kalau tak kena, alhamdulillah. What if kalau kena?
5000 orang bukan sikit.
Masing-masing dulu skolah blaja tajuk 'Kebarangkalian' kan, so boleh bajet berapa kebarangkalian untuk virus ni tersebar dan infect lebih ramai orang.
Tak pasal-pasal yang tak join the program pun dapat sama tempiasnya.
Negara India yang penduduk punyalah ramai, yang dikata kotor dan pengotor tu pun tak sampai 60 kes, Malaysia dah menjangkau 100+.
Orang Malaysia ni kadang-kadang aku tengok rileks sangat pun ye gak.
Contohnya program seminar keusahawanan masih lagi nak diteruskan macamkan takde apa.
Time inilah ujian untuk orang yang berdegar-degar laungkan tips-tips kejayaan.
Dalam keadaan sekarang, tips apa pun tak jalan bila wabak melanda. Segalanya terbantut.
Ketika inilah kita diuji boleh jalan ke tak tips-tips kejayaan dan kekayaan yang kita laung-laungkan tu.
Silap-silap bisnes sendiri pun rebah.
Betul cakap ustaz, besar hikmahnya bila wabak melanda.
Tinggal lagi manusia nak muhasabah ke tak.
Allah nak tunjuk apa yang kita ada sekarang semua Dia bagi, takde satu pun kerana usaha kita.
Dulu kita rasa kita berjaya kerana kita berdisiplin, kita usaha banyak lebih dari orang, kita ber-networking sana-sini, kerana kita buat tips itu, buat tips ini.
Now, walau buat usaha yang sama, sales gitu juga.
Hakikatnya Allah nak tarik kita supaya jangan melayang jauh sangat.
Dia nak tarik kita kembali berpijak ke bumi nyata.
Jangan merasa diri hebat bila berjaya itu ini, semua itu adalah satu ujian.
Nah! Dia hantarkan kuman yang tak nampak dek mata, semuanya teruji sekarang.
Bukan sorang dua yang merasa tempiasnya, malah seluruh dunia.
Yang infected dah tentu-tentulah dapat sakitnya.
Yang tak kena infected pun dapat sama iaitu melalui supply chain yang sangkut.
Bulan lepas ada sorang follower tanya tahun ni aku tak buat baju raya ke untuk Fleur by Mrs Him?
Aku cakap, since tahun lepas aku tak buat baju, hanya fokus kat tudung saja sebab aku busy dengan GreenAard.
Dia cakap tahun ni dia rugi teruk.
Bulan Okt tahun lepas lagi dah ke China beli kain and tempah, tapi production sangkut dek kerana Covid-19.
Nasib baik ada tempah dari tempat-tempat lain, tapi itupun masih buatkan dia rugi [maybe tak untung banyak].
Takde sorang pun menduga impak corona virus akan jadi sejauh ni.
Tak susah rupanya Allah nak runtuhnya ekonomi sebuah negara, nak jatuhkan ego manusia yang merasa dirinya superior.
Tak perlu hantar bala tentera yang besar, Dia hanya hantar kuman je dah huru-hara satu dunia.
Wuhan tu rupanya antara pusat industri terbesar di China.
Ia salah satu tempat yang hasilkan 2/3 dari output ekonomi Cina selain Shanghai.
Bayangkan betapa drop-nya ekonomi China ketika ni bila kawasan Wuhan tu ditutup.
Nothing in and out dari situ.
Dia tak stop sampai situ je.
Impaknya sampai ke Saudi nun.
Kerajaan Saudi terpaksa stop visa umrah dari beberapa negara untuk kurangkan risiko penyebaran virus di sana.
Sebagai orang yang beragama, tentunya kita mesti sentiasa mengaitkan suatu peristiwa dengan betapa besarnya kuasa Allah.
Bukan hanya peristiwa Covid-19 ni, malah semua aspek kehidupan kita.
Baik dari kejayaan kecil mahupun kejayaan besar, mesti kaitkan kembali dengan kebesaran Allah.
Yang pernah merasa dia bijak kerana ilmunya banyak, sekarang ilmu kita diuji. Allah tunjuk bahawa Dia Al-Waasi' [Maha Luas Pemberian Ilmu].
Yang merasa dirinya hebat mentadbir sesuatu negara/syarikat, sekarang kehebatan kita diuji. Mampu tak kita mentadbir dalam keadaan sekarang. Allah tunjuk bahawa Dia Al-Malik [Maha Memerintah].
Yang merasa dirinya hebat kerana dia boleh menyelamatkan, sekarang keupayaan kita diuji. Allah tunjuk bahawa Dia As-Salam [Maha Menyelamatkan].
Yang pernah merasa bahawa kerana dialah maka orang-orang bawahannya dapat rezeki, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Ar-Razzaaq [Maha Pemberi Rezeki].
Yang pernah merasa bahawa dia hidup mewah kerana usahanya, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Baasith [Maha Melimpahkan Nikmat].
Yang pernah merasa bahawa dia influencer hebat, buat apa pun berjaya, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Wahhaab [Maha Pemberi].
Yang pernah merasa bahawa dia betul semua, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Khaafidh [Maha Menjatuhkan].
Yang selama ini merasa kerana harta dan kedudukannya dia takkan pernah jatuh, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Qaabidh [Maha Menyempitkan Hidup].
Sungguh, Allah itu Al-Malik, yang Maha Menguasai, yang Maha Memerintah.
Dia mengatur segalanya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
Kita ni KOSONG.
Datang ke dunia kosong, balik pun nanti kosong.
Bak kata ustaz, kita hidup di dunia sebenarnya menunggu mati.
Tapi Maha Baiknya Allah, Dia tak nak kita boring beribadat terus-menerus maka Dia bagi kita 'permainan', iaitu harta, duit, kerjaya, pasangan, anak-anak, etc.
Dengan harapan semua itu jadi ladang amal.
Malangnya manusia bodoh.
Kita merasa Allah bagi nikmat kerana kita baik, kita berusaha, kita berilmu tinggi.
"Allah turunkan wabak sebab Dia murka?"
Wallahualam.
Jangan suudzon dengan Allah.
Boleh jadi ini semua kerana Allah sayangkan hambaNya.
Dia tak mahu kita terus-menerus leka dengan sesuatu yang tidak kita miliki.
Taknak kita terleka dengan nikmat, dengan duit, dengan harta, dengan puji-pujian, dengan jawatan, etc.
Lumrah manusia semasa sihat jarang nak bersungguh ingat Allah.
Lupa nikmat ini semua Allah yang bagi.
Mati-mati kita kata ini usaha kita.
Berdoa pun buat syarat saja.
Tetapi ketika sakit, ketika susah, barulah kita ingat betapa besar nikmat yang Allah berikan, betapa pentingnya nikmat sihat, dan betapa mahal biaya ubat dan rawatan yang dikeluarkan lansung tak setanding dengan penat lelah banting tulang yang kita korbankan setiap hari.
Elakkanlah terbabit dalam mana-mana mass gathering buat masa ni.
Even menteri pun dah circulate solat Jumaat kena pendekkan khutbah.
Open house tahun ni aku declare awal-awal memang tak buat.
Benda kalau dah menjangkit kat kita, nak buat macamana kan.
Tapi ikhtiar untuk mengurangkan risiko mesti ada.
Sama macam bawak kereta tak pakai seat belt.
Orang kata kalau dah sampai masa mati, mati jugak.
Betul, tapi ikhtiar kita pakai seat belt tu insyallah dinilai sebagai ibadah.
"Kerana sesungguhnya setelah datang kesulitan pasti datang kemudahan. Sesungguhnya setelah datang kesulitan pasti datang kemudahan." [Insyirah, 5-6].
Ayat ni sangat memotivasikan dan petunjuk, insyallah, kita masih ada harapan.
Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia.
Cuma kita kena kembali kepadaNya.
Allah sayangkan kita.
Dia sentiasa bagi teguran supaya kita kembali jejak kaki ke tanah.
Semoga kita semua ambil hikmah dari apa yang terjadi.
Banyak lagi perkara yang tak nampak yang kita tak tahu dan semua ni menjadi tanda-tanda betapa besarnya kuasa Allah di muka Bumi.
2020-03-11
Memang tak mudah
AMARAN : BACA DENGAN LEMAH LEMBUT
Ini gambar masa celebration Hari Wanita di Malaysia baru-baru ni.
Bagi aku, tak sepatutnya isu tudung di angkat.
Sebagai orang Islam, tak sepatutnya isu hukum kau bangkitkan sebab nampak jelas bodohnya.
Aku pernah free hair, malah agaknya jauh lebih teruk.
Bukan setakat hair je free, malah segala bukit dan lurah pun aku tunjuk 'free' dulu.
Tapi, seingat aku, aku tak pernah persoalkan kenapa kena pakai tudung sebab aku tahu memang WAJIB cover rambut, cuma dulu aku tak buat.
Tak sepatutnya kita perjuangkan hak yang kita tak boleh ubah sampai bila-bila kerana ini soal hukum.
Kalau nak perjuangkan hak wanita dalam kerjaya, dalam jabatan kerajaan, dalam memegang jawatan tinggi - ini lain cerita.
When kau perjuangkan hak berkenaan hukum, sampai mati perjuangan kau sia-sia.
Gambar ni ada 2 kemungkinan :
[1] Dia perjuangkan hak untuk tak mahu bertudung.
ATAU
[2] Dia tak suka adab seseorang menegur orang lain yang tak bertudung.
Tapi kalau ikutkan penampilan dia ni, rasa-rasanya point [1].
"Hendaklah mereka melabuhkan kain [tudungnya] menutupi dada mereka" [Al-Ahzab, 59].
Nak cover rambut pun tak mudah, apetah lagi nak labuhkan tudung sampai menutup dada, memang susah.
Nak-nak lagi zaman sekarang, penampilan jadi first impression.
Bak kata ustaz aku, apa saja yang kita buat tidak bersandarkan kerana Allah, akan jadi susah.
Buat kerja pulun habis-habisan tapi tak naik pangkat, pasti frust.
Kerja dari pagi sampai ke pagi esok tapi sales tak juga betambah, pasti frust.
Buat baik dengan orang tapi masih ada yang mengutuk, pasti frust.
Buat baik dengan orang tua tapi orang tua masih suka anak yang lagi satu, pasti frust.
Macam tu lah juga dengan aurat.
Ramai yang taknak tutup aurat sebab mahukan perhatian, nak nampak trendy, nak nampak cantik, taknak rimas, taknak panas, etc.
Bila apa yang kita buat bukan kerana Allah, memang payah nak buat.
Bertudung memang tak mudah.
Ada sorang follower IG aku cerita, dia pernah pikir beratus kali sebelum bertudung.
The first time dia terdetik nak bertudung bila Neelofa keluarkan satu design tudung yang pada dia cantik sangat kalau dipakai, lalu dia pun bertudung.
Dia bertudung hampir 2 tahun, lepas tu dia tanggal balik, free hair sampai sekarang.
Aku tanya 2 tahun tu tempoh yang lama, patutnya dah serasi, kenapa bukak?
Dia jawab selama 2 tahun tu dia tak tenang, dia rasa gelisah everytime pakai tudung.
Pergerakan dia terbatas, setiap kali nak bertudung dia rasa penat.
Aku dan dia berbalas-balas DM, panjang conversation ni. Berhari-hari.
Akhirnya aku bagi pandangan aku dari kesimpulan yang aku dapat selama berhari-hari kitorang berbincang.
Sebenarnya, itulah akibatnya bila kita buat sesuatu dengan niat bukan kerana Allah, segalanya akan jadi susah.
Kerana Allah itu Maha Pencemburu.
Dia tak suka kita buat sesuatu yang baik tapi bukan keranaNya.
That's why setiap kali kita berhijrah buat perkara yang baik [contohnya bertudung], Allah akan uji.
Dia akan uji kita dengan macam-macam cara untuk test kita hijrah kerana Dia atau kerana manusia.
Sama macam aku dulu, gitu juga ujiannya.
Elok je aku bertudung, masa tu la bersusun promosi and sale depan mata. Cantik-cantik pulak tu!
Masa tu lah timbul macam-macam trend yang cantik.
Time tu lah skirt yang dulu aku mencari macam nak rak, elok je muncul depan mata.
Kejap-kejap nampak skirt itu, kejap-kejap nampak skirt tu.
Kurang hajor betul. Time aku cari kau tak muncul, now aku dah bertudung bersepah-sepah pulak.
Tapi itulah namanya ujian.
Kalau kita buat apa saja kerana Allah, hati kita insyallah teguh.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" [Al-Ankabut, 2-3].
Allah dah sound awal-awal dalam ayat di atas.
Kalau kita beriman, kita akan diuji.
Maknanya setiap kali kita dalam proses meningkatkan iman dan takwa padaNya, setiap kali itulah kita akan diuji.
Jadi, bila kita bertudung dan perlahan-lahan mula merasa diri diuji, bertahanlah.
Itu tandanya Allah sedang memberi perhatianNya pada kita.
Selama ni kita berhabis duit, berhabis masa semata-mata nak tarik perhatian manusia, itupun belum tentu ada yang kisah.
Tapi sekarang, Allah sedang perhatikan kita, nak tengok kita bertahan ke tak.
Hati gelisah setelah pakai tudung, itu wajar.
Bertahun-tahun kita hidup free hair, tiba-tiba bertudung.
Memang wajar sangat nak rasa gelisah, tak selesa, panas.
Tapi jangan give up.
Badan tengah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
Kita makan ubat perancang pun, period go haywire. Badan 'terkejut' orang kata.
Same goes to bertudung, awal-awal tu memang segalanya payah.
Muncung awning tak tajam, tudung mudah senget, tak center, panas - macam-macam.
Ini adalah 'gangguan-gangguan' biasa.
Syurga Allah tu mahal, takkan boleh masuk dengan jalan mudah, jadi bersusah-payahlah sikit di sini, insyallah ada kemudahan untuk kita di sana nanti.
"Saya tak menjadi diri saya sendiri"
Diri kita yang macamana tu agak-agaknya?
Dah tak boleh nak bertepuk-tampar dengan kawan lelaki?
Dah tak boleh nak mencarut sana-sini?
Dah tak boleh nak bergaya baju ketat seluar sendat?
Itulah the beauty of bertudung.
Bertudung, jika disertai dengan niat yang baik, akan membawa kita ke arah yang lebih baik.
Bila selepas bertudung terasa bersalah nak buat perangai macam dulu - itu petanda baik.
Perasaan bersalah atau tak sedap hati yang timbul dalam diri, that's hidayah Allah.
Itu cara Allah bawa kita sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik.
Jangan pula kita fikir sebaliknya.
Macam this lady, dia kata hati dia rasa tak tenang and gelisah sejak bertudung, so she thought itu adalah hint bahawa keputusannya untuk bertudung adalah salah.
No.
Bukan macam tu.
Perasaan gelisah dan tak tenang tu adalah cara Allah uji.
Dari situ Dia nak tengok bila hati tak tenang apa kita buat?
Kita cari Dia atau kita pandai-pandai cari jalan keluar sendiri?
Mustahil Allah bagi impak negative untuk sesuatu yang baik.
Hakikatnya, bila hati rasa tak tenteram dan berbolak-balik, carilah Dia cepat-cepat.
Mengadu banyak-banyak.
Come to think of it, itulah juga cara Allah nak tarik kita mendekat padaNya,
Bila kita banyak mencariNya, banyak berdoa, banyak bersujud, banyak meletakkan pergantungan pada Dia, bukan ke itu hidayah?
Semua itu berlaku dengan satu je asbabnya - tudung.
This lady bagitau lepas tanggal tudung, dia lebih tenang, dia lebih dapat beribadah dan mengaji dengan lebih baik.
"Barang siapa yang mengingkari hukum-hukum syariat Islam sesudah beriman, maka hapuslah pahala amalnya bahkan di Akhirat dia termasuk orang-orang yang merugi." [Al-Maidah, ayat 5].
"Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, juga mendustakan akhirat, hapuslah seluruh pahala amal kebaikan. Bukankah mereka tidak akan diberi balasan selain dari apa yang telah mereka kerjakan?" [Al-A'raaf, 147].
Aku tak pandai, tapi maybe ayat-ayat atas tu kita boleh jadikan panduan.
Kewajiban cover rambut bagi perempuan muslimah adalah sesuatu yang tidak patut diperdebatkan lagi, apetah lagi nak diperjuangkan.
Same goes to solat, puasa, haji, etc.
Kerana semua tu ada dalil yang kuat, baik dari Quran dan Sunnah.
Cuma ustaz aku ada pesan.
Dia kata iblis and syaitan ni sangat pakar dalam menyesatkan manusia.
Kalau dia tak boleh jadikan kita jahat, dia akan jadikan kita berkira-kira nak buat baik.
Bertudung adalah salah satunya.
Dia akan membisikkan bahawa - masuk syurga bukan sebab bertudung, masuk syurga bukan sebab solat, tak pakai tudung asalkan solat tak tinggal pun takpe, etc.
Kewajiban yang Allah dah aturkan not to be mutually exclusive.
Maksudnya orang yang rajin solat tak menjadikan dia boleh tinggal puasa wajib.
Orang yang rajin puasa tak menjadikan dia boleh tinggalkan solat kononnya pahala puasa dah boleh cover.
No. Pahala ibadah kedua-kedua ni tak boleh saling menggantikan di antara satu sama lain.
Begitu juga dengan aurat.
Perempuan yang rajin solat, rajin puasa, rajin mengaji tetapi tak pakai tudung [tak tutup rambut], nilai solatnya tak dapat menutup atau menghapus dosa tidak menutup aurat.
In other words, dia tetap berdosa. Ibadahnya tak menjadikan dia lebih baik.
Kalau boleh aku buat analogi umpama di U ambil 40 credit untuk syarat lulus.
Tapi kita ambil 35 je.
Penghujungnya tetap dikira tak lulus walaupun semua subjek 35 credit ni dapat A+.
Markah A+ tu takkan boleh cover 5 credit yang tak ambil tadi.
Ya, aku tahu mesti ada yang kata "Yang tutup aurat tu macamlah ibadah dia diterima Allah".
Betul.
Tentang ibadahnya diterima atau tak, itu hak Allah.
Mutlak hak prerogatif Allah.
Tapi just like analogi credit hours tadi, pihak U mesti marah bila credit tak cukup seolah-olah kita meremehkan syarat yang dah ditetapkan.
Begitu jugalah di sana nanti, bila ada syarat yang tak dipenuhi, pasti akan ditanya.
Aku tak mahu judge sesiapa kerana aku pernah berada di tempat tu.
Itulah juga yang aku fikir dulu, jadi aku faham.
Memang tak mudah nak bertudung apetah lagi bertahan sesuai syariat.
Yang dah bertudung pun masih diuji, takde siapa yang terlepas.
Cuma, I am encouraging saja.
Terpulang pilihan masing-masing, cuma kalau ada rasa terdetik nak bertudung, cepat-cepatlah buat.
Bukan semua orang Allah hantarkan rasa terdetik sesaat macam tu.
Bila ada rasa nak bertudung, itu tandanya hidayah itu sampai, tinggal lagi kita nak grab ke tak.
Biarlah kalau nak pakai tudung lilit tengkuk ke, seluar ketat baju ketat, buatlah.
Janji rambut cover dulu, insyallah, pelan-pelan Allah tunjuk jalan untuk the rest.
2020-03-10
Aku tak sure ini kisah benar atau kisah bodoh
Tadi aku baca satu FB post tentang depression seorang wanita.
Dr dapati perempuan ni depress akibat situasi dalam rumahtangga.
Dia suri rumah yang terpaksa menjaga mak mertua.
Adik ipar tak nak jaga sebab isteri masing-masing tak mahu jaga mak mertua.
Rumusan kes-nya begini [aku cut and paste je dari artikel] :
1. Semenjak kahwin, Dhia tidak dibenarkan kerja. Dhia kena tinggal di rumah, menjaga ibu mertua.
Aku tak taulah ini kisah benar atau kisah dongeng, sebab nampak Dhia ni bodoh sangat.
Kau berhenti kerja sebab kena jaga MAK MERTUA?? Seriously?
Aku tak pernah lagi tengok ada suami yang bodoh suruh isteri berhenti kerja semata-mata untuk jaga mak dia.
Hello?? Itu mak kau. Sepatutnya, kau hire bibik untuk jaga orang tua, bukan suruh isteri berhenti kerja untuk jaga mak kau.
Masing-masing adik-beradik bekerja, tong-tong sorang sikit bayar duit bibik.
At least Dhia boleh handle anak and rumah, masak sikit-sikit tapi urus mandi, pakai, makan mak adalah bibik.
Kalau tak mampu hire bibik jaga orang tua, buat sistem giliran.
Minggu ni rumah aku, minggu depan rumah kau, minggu lagi satu rumah kau sinun.
Mak kau tu nyanyuk, bukannya terlantar sakit, boleh bergerak, so apa masalahnya kalau buat sistem giliran?
Boleh tak jangan bodoh sangat.
2. Ibu mertua nyanyuk, jadi sering lupa. Ibu mertua sering mengapikan Dhia, pemalas, masak tak sedap, tak bagus sebab menantu lain kerja bagus-bagus tapi Dhia tak kerja, padahal Dhia yang basuh kencing berak mak mertua.
Ok bab nyanyuk ni sebenarnya bukan masalah.
Orang tengah nyanyuk ni umpama orang yang hilang ingatan, nak kecik ati buat apa.
Ini aku bercakap berdasarkan pengalaman sendiri.
Nenek aku [Mak Pak Aji] umur dah sama macam umur Tun M, alhamdulillah umur panjang tapi nyanyuk.
Si Siti tu [adik ipar aku] berapa kali nenek aku anggap dia bibik, tapi Siti rilek je sebab tau nenek aku nyanyuk.
Ada satu kali tu, nenek cakap kat aku "Ini bibik Diana ni asyik duduk je, tak ingat nak masak ke?"
Aku cakap balik "Nek, mana ada bibik kat rumah ni. Ini kan isteri Ibal".
Raya tahun lepas, giliran nenek duduk rumah makcik aku [adik Pak Aji].
Kitorang datang raya, aku saja kacau nenek "Nenek kat rumah siapa ni?"
Dia jawab "Entahlah, rumah janda ni".
Pakkal rumah anak sendiri, kalau rumah menantu tak ke kecik hati dikatanya janda?
Tapi sebab dah nyanyuk, kita paham-paham sendirilah. Tak perlu nak kecik-kecik hati.
3. Adik beradik suami yang lain semua tak sanggup jaga mak "Kami tak tahan dengan mak. Kau jagalah. Wife kami semua tak boleh dengan mak, jadi kami kena selamatkan wife kami" tanpa sedar Dhia makan hati.
Ok, yang ni jawapannya adalah point Nombor 1 tadi.
Tak sanggup jaga bukan masalah. Yang penting jangan lepas tangan!
Rajin-rajin datang rumah jenguk mak, jangan tinggal terus, itu bukannya mak orang lain tapi mak kau.
Hulur-hulur sikit kat akak ipar tu, penat dia menjaga mak.
Halahhh, benda ni common sense kot. Orang bangang je tak boleh pikir.
Kesian bini-bini tu dapat laki semua stok-stok bangang.
Bibik Lenny aku dulu sebelum datang kerja kat Malaysia, dia menjaga mak bapak mertua.
Lagi teruk, mak mertua dia jenis nyanyuk yang agresif sambil makan sambil sembur kat muka Lenny.
Lenny setuju jaga mertua tapi dia letakkan syarat, nak suruh dia jaga boleh tapi anak-anak yang lain mesti tong-tong belikan pampers, belikan serba sikit makanan, jangan buta-buta tinggalkan mak bapak macam tu je.
Bibik aku pun pandai tau, yang kau laki bini berkerja pun masih bodoh tak boleh pikir.
4. Bila ahli keluarga balik rumah, adik-beradik lain akan sambung kutukan pada Dhia, pemalas dan sebagainya. Husband, hanya mengiyakan tanpa pernah mempertahankan Dhia.
Ok yang ni adalah bukti suami and adik-beradiknya memang dari baka yang bodoh sebab bodohnya sekata.
Yang suami bodoh main hangguk je apa adik-beradik kata tentang isteri kau.
Yang duduk dalam rumah tu kau and isteri.
Kau lebih kenal isteri kau, dah kenapa nak percaya cakap orang luar yang tak duduk serumah?
Lainlah kalau adik-beradik tu mengutuk pasal salah sorang dari korang, itu lojiklah sebab masing-masing membesar bersama.
Ini yang dikutuk isteri orang lain, yang tak duduk bersama sebumbung, dan jumpa pun bukan selalu.
Still suami boleh percaya tuduhan orang luar? Sumpah bodoh.
5. Di rumah mertua, ada adik lelaki. Budak universiti, cuti sebab accident tapi dah semakin baik. Makan pakai adik ipar juga Dhia kena uruskan. Baju berbakul bakul jika Dhia tak basuhkan. Tapi bila Dhia rungutkan, suami cakap "Ko buat apa kat rumah, takkan itu pon tak boleh buat" .
Ok Dhia, sebenarnya masalah kau ni bukan sebab kena jaga mak mertua atau kerana ipar duai mulut longkang. No.
Masalah sebenar kau adalah bersuamikan lelaki bodoh. That's it.
6. Bila Dhia balik ke rumah ibunya, kata iparnya "Nak mengelat la tu".
Part ni tak sepatutnya jadi salah satu penyebab depress.
Kalau ia menjadi penyebab, maknanya Dhia sama-sama bodoh.
Part ni kalau dapat kat aku, memang aku tabur cukup-cukup.
"Kau ingat kau sorang je ada mak, habis aku takde mak? Bangla petrol pump yang ada gaji pun ambik cuti. Aku yang tak bergaji, kejadah apa nak hadap mak kau sampai tak boleh cuti? Jangan banyak bunyik. Sekarang jugak kau bungkus kain baju mak, angkut pi rumah kau. Try jaga mak sendiri seminggu, jangan asik nak gentel telor je siang malam. Aku nak tengok lama mana kau bertahan dengan mak sendiri".
Tak boleh ke Dhia cakap macam ni?
Sometimes, orang-orang yang benak macam ni, kau kena tembak terus.
Dorang ni spesis yang pandai komplen je tapi bila dapat tangungjawab, mengelak.
Ni mesti spesis yang berhutang pastu bila diminta bayar, tak nak bayar.
Lepas tu spin fakta kata kita sombong tak memahami orang susah. Hah, samalah pesen tu.
Aku berani jamin spesis macam ni kalau kena jaga mak sendiri pun dorang akan tolak ke ipar.
Bukan tak ikhlas jaga mak mertua, tapi sometimes ada jenis manusia yang tak paham kalau kita cakap baik-baik atau cakap berlapik. Kau tembak je terus baru puas hati.
Lepas tu dia nak mengumpat kau, lantak dia lah.
Kau baik pun dia ngumpat, baik kau tunjuk je kau punya jahat, baru puas hati kalau kena ngumpat pun.
7. Suami, kerja dari pagi sampai malam. Balik kerja, tidur terbongkang sebab penat. Katanya Dhia dah rehat sepanjang hari.
Kan aku dah cakap, masalah sebenar Dhia ni adalah suaminya yang bodoh.
Memang ada lelaki yang ingat bini tu duduk rumah tak buat apa-apa.
Dhia patutnya tunjuk kat laki dia apa itu maksud "Duduk tak buat apa-apa".
Jadikan satu hari tu kau literally duduk, jangan buat apa-apa.
Biar nak terbalik rumah, biar mak mertua kau tido dengan pantat penuh taik, biar anak-anak kau berselipat tak mandi dari pagi. Biarkan.
Ajar sikit suami tu biar dia faham apa beza "suri rumah" dengan "duduk kat rumah tak buat-apa".
Tengok datang ke tak akai dia pastu.
8. Bila Dhia memasak, dengan anak- anak yang merengek, ibu mertua dan adik ipar [yang tinggal di rumah tu] akan marahkan Dhia, tak pandai jaga anak sebab tu bising, tapi mereka tidak mahu tolong jaga, maka Dhia akan memasak sambil mengendong si kecik, dan letak di para sebelah kuali. Dhia di beri amaran, jaga anak jangan bagi bising "Kacau tidur aku," kata adik ipar.
Inilah dia dilema isteri yang tak berkerja.
Bila tak berkerja, adik-beradik and mak bapak suami anggap isteri tu menumpang.
Yang dorang tu tak menumpang sebab darah daging katanya.
Ketahian.
Senario macam ni banyak berlaku.
Bila tak berkerja, ipar-duai datang ke rumah macam dorang ada share.
Selamba tido baring atas sofa, selamba masuk dapur cari makanan, selamba bukak cabinet cari jajan, selamba bukak fridge and bagi air kotak kat anak dorang - tak mintak izin lansung.
Oh ye lah, isteri tak bekerja, jadi dah tentu semua harta dalam rumah tu suami yang beli ye tak?
Suami kita bukan orang lain, adik-beradik sedarah-sedaging dengan dorang jugak, jadi haruslah dorang ada share.
Yang peliknya, bab menjaga mak bapak tak reti pulak share, ya?
9. Dhia tak boleh balik rumah mak sendiri, sebab siapa nak jaga mak mertua, kata ipar yang lain.
Alah Dhia oiii. Bakpelah mu bodo amat?
Apa hak dorang nak halang kau balik rumah mak sendiri.
Tak, yang aku pelik ni, suami si Dhia ni bukak rumah orang tua-tua ke yang sampai anak-anak tak reti nak bawak balik mak sendiri ke rumah masing-masing dok mengharapkan Dhia je menjaga?
Manusia ni kadang-kadang pelik aku tengok.
Letak mak bapak kat rumah orang tua katanya nanti jadi anak derhaka.
Tapi kau letak mak kau kat rumah kakak ipar, tak nak tong-tong ambil peluang jaga.
Hoih, takde bezalah macam letak mak kau kat rumah orang tua!
Yang laki si Dhia ni pun lembam nampaknya sampaikan tak boleh nak bantah lansung cakap adik-beradik.
Kalau aku jadi laki si Dhia ni, masa nilah aku demand macam-macam :
[a] Kau nak aku jaga mak, ok sorang sikit hulur RM150. Lantaklah kau nak kata aku ambik gaji jaga mak ke tak. Take it or leave it. Jangan banyak cengkadak.
[b] Sebulan, aku nak mintak off 4-5 hari, korang pulak jaga mak. Out of 30 hari, kalau setakat 5 hari pun tak boleh pakat-pakat jaga mak, tak tau la apa jenis makhluk kau ni. Babi mungkin.
[c] Setiap bulan, rotate bawa mak jalan-jalan. At least sehari. Masing-masing kena ambil part. Tak semestinya keluar bercuti, bawak mak keluar pi balik rumah sendiri pun boleh. Ambik pagi, pulangkan balik malam. At least bini aku boleh rest kejap.
[d] Raya, memandangkan mak duduk dengan aku, jadi tahun yang kita sepatutnya balik beraya dengan mak, semua berkumpul rumah aku. Semua berkumpul, masak sama-sama. Kalau rasa malas, masing-masing bawak makanan. Kau bawak ketupat, kau bawak lodeh, kau bawak satey, kau bawak rendang.
Aku faham sangat penatnya menjaga orang tua, especially yang nyanyuk.
Aku tengok Mak Aji menjaga mak mertua dia pun dah boleh rasa stressnya.
Kencing merata, bukak pampers sangkut kat tingkap, kencing atas tilam, etc.
Orang kata mak boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak tak boleh jaga sorang mak.
Memang betul, tapi orang tak tahu jaga orang tua ni lain dari jaga anak kecil.
Jaga anak kecik boleh dimarah-marah kalau kencing merata makan bersepah, tapi jaga orang tua boleh nak marah macam tu?
Memang menguji kesabaran.
Jadi, kalau kau tak boleh sama-sama menjaga, cukuplah jangan menambahkan masalah.
Ringankanlah beban si tukang jaga.
Kalau semua ambik bahagian, nescaya kakak ipar tu rela hati kalau kena jaga mak korang.
Jangan persoalkan ikhlas tak ikhlas, ini asas kemanusiaan.
Yang kena ikhlas tu diri kita, bukan suruh orang lain ikhlas.
Hari tu aku sound satu komen kat FB.
Bukanlah sound kurang ajar. Aku komen sehabis sopan.
Dia cakap masa dia kecik dulu mengaji rumah ustazah, tak bayar duit pun.
Ustazah tu ikhlas je ajar. Guru agama sekarang ajar mengaji letak yuran.
Aku komen "Kalau kita tak mampu ajar anak di rumah, apa salahnya kita 'gajikan' orang untuk ajar anak kita. Sama macam tusyen, kita tak mampu ajar anak add maths, kita hire guru untuk ajar. Rasanya takde beza konsep hantar anak belajar mengaji dengan hantar anak belajar tusyen".
Pelik juga kadang-kadang manusia.
Kalau bab mengaji, bab agama, semua benda nak minta diikhlaskan.
Sedangkan kita sendiri kalau boss suruh kerja on public holiday with double pay pun dah berjujuk luahan perasaan kat FB.
Itu cara-cara berbayar.
Lagi mau suruh orang ajar anak kira free.
Akai mana akai?
By the way berbalik pada cerita si Dhia ni, ladies, tidak berkerja tak menjadikan kita kena diam tak boleh bersuara.
Tak bekerja satu akaun lain. Bersuara, satu akaun lain.
Tak sama.
Kalau kau tak sabar, bersuaralah.
Tapi kalau sabar, maka jangan depress.
Bila kau depress dengan situasi macam ni, itu maknanya kau tak redha, kau tak sabar. Kau cuma acah-acah isteri mithali je.
TAAT dan BODOH itu berbeza.
2020-03-06
Scary facts
Mula-mula sekali nak tepek promo Hari Wanita.
Tahun ni Hari Wanita jatuh pada 8 Mac 2020.
Tapi GreenAard start the celebration hari ni 6 Mac hingga 9 Mac [Isnin].
PROMOSI NI SAH UNTUK TRANSAKSI DI WHATSAPP SAHAJA.
Kat website korang tak dapat redeem diskaun serendah ni especially yang point kurang dari 250, memang takde peluang lansung nak redeem diskaun sebab di website, korang perlu ada minimum 600 point baru boleh redeem.
But sempena Hari Wanita, point yang kurang dari 600 pun kita allow redeem.
Nilai diskaun paling rendah is RM5.
Maknanya, kalau point korang kurang dari 250, kita akan cukupkan point supaya korang dapat diskaun RM5.
Yang paling best is yang tak pernah ada akaun lagi dengan GreenAard.
Selalunya, bila korang create akaun, automatically dapat 50 point.
Tapi hari ni, bila create je akaun, otomatik dapat 250 points and terus boleh guna untuk diskaun RM5.
Maka, cepat-cepat WHATSAPP SINI.
Kalau tak reti nak create akaun, KLIK SINI.
Semalam kat IGS, aku letak story ni.
Tak sangka pulak ramai yang interested dengan scary facts about fat cells.
Ok aku tepek kena tepek kat sini sambil-sambil elaborate panjang so that kalau sesiapa tanya pasal ni kat IGS, aku terus bagi link post ni.
Aku rasa ramai yang tak tahu hakikat yang mengerikan ni.
Semalam ramai yang respond pada story ni "Laaa...patutlah badan saya cepat je naik balik lepas diet".
Ya, anak-anak sekalian.
Sel lemak kita ni once dah terbentuk, it's forever yours konsepnya.
Toksah berangan once dah kurus, maka sel lemak pun berkurang. Nan hado!
That's why orang yang pernah gemuk, bila dia stop diet, badan mudah naik dengan cepat, because sel lemak tu dah standby.
Kalau kau makan lebih sikit je, terus dia mengembang semula.
Dalam bahasa mudahnya, yang pernah obese, once kau dah kurus, kau kena diet FOREVER.
Tetapi taklah bermaksud kau kena buat sampai badan kau kurus kering.
Kalau too kurus pun bahaya jugak.
Standard body manusia yang bukan athletic, lemak jangan exceed 30% [untuk wanita] and not more than 25% [untuk lelaki].
Yang perempuan tak perlu nak menyeksa diri turunkan body fat sampai 25%.
Asal jangan exceed 30% pun dah ok.
Badan kita perlukan lemak untuk buat hormon.
Kalau lemak terlampau rendah, hormon akan bercelaru.
That's why kalau underweight, sometimes period go haywire.
Ini kerana hormon estrogen tak boleh berfungsi dengan baik.
Jadi, berpatut-padanlah kalau nak diet.
Ideal weight is the best.
Berisi tak bermakna gemuk.
Kau nak kurus-kurus sangat kau rasa kau cantik ke? [Hahahah].
Mesti ada yang question "Tapi sel badan kan boleh mati bila sampai jangka waktu tertentu?"
Ya, betul.
Tapi badan kita ni dah di-programmed untuk replace that amount of fat cells yang hilang.
Kalau sekarang fat cells kita ada 100 billion, badan akan replace fat cells yang mati supaya cukup 100 billion juga.
Even kalau kita buat liposuction pun, that fat cells akan datang balik, cuma dia akan datang dalam bentuk mengecut.
Once kita terlebih makan, dia mengembang semula dan kita boleh gemuk balik.
"Kalau buat bariatric surgery sel lemak berkurang tak?"
Tak.
By the way bariatric surgery bukan buang lemak, cuma dia alter sistem pencernaan, samada jadikan perut lebih kecik [so that korang kurang makan dan cepat kenyang] atau ubah sikit usus.
Just like liposuction, bariatric memang boleh turunkan berat lepas surgery tapi amount sel lemak pada badan akan kekal sama seperti sebelum surgery [bear in mind bariatric bukan buang lemak].
No method, including surger boleh maintain weight loss. Kita kena pandai-pandai maintain sendiri.
Losing weight is hard. Rasanya score CGPA 3.5 above jauh lebih senang.
Proses nak turunkan berat ni panjang, bukan sekejap sebab hari-hari kita masih makan.
Kalau tak makan lansung tu lain cerita, memang cepat turun.
Silap-silap dengan kau-kau sekali turun 6 kaki ke bawah.
Disebabkan prosesnya panjang, kebanyakkan kita ambil langkah untuk kurangkan makan dengan harapan cepat kurus.
Memang boleh pun.
Tapi, cuba check body fat, kurang tak dari 30%?
Kadang-kadang, badan memang kurus tapi lemak tak turun banyak, yang banyak turun is saiz otot.
Tak berbaloi berlapar kalau sel lemak turun hanya sekitar 28%.
Bagi aku kalau dah berlapar, at least body fat turun sampai 25%.
Aku yang tak berhempas pulas berlapar pun masih boleh maintain body fat 26-27%.
Bukan apa, because muscles are key players in body movement and function.
Kalau muscle mengecut lebih banyak dari lemak, bermakna badan tu sebenarnya kurus yang tak solid, ia kurus lembik.
Seseorang yang cuba turunkan berat dengan cara menyekat makan, dia sebenarnya sedahg mengurangkan size otot dulu sebelum saiz lemak.
"Macamana pula jadi macam tu?"
Ok dia macam ni.
Walaupun karbohidrat [contoh : nasi] katanya menambahkan berat badan, tapi sebenarnya badan lebih sukakan karbohidrat sebagai sumber tenaga UTAMA.
Bila badan tak jumpa karbo [atau tak cukup], badan akan cari sumber tenaga ni dari glikogen.
Glikogen ni ada dalam otot.
Jadi, otot akan mengecut cepat bila glikogen banyak digunakan.
Memang badan akan guna lemak and protein as sumber tenaga juga, tapi sumber utama tenaga adalah dari karbo.
Faham dah kot point 1-3 atas ni?
Jadi, kesimpulannya, kepada yang selalu tanya soalan "Kalau saya stop GC PLUS, berat badan akan naik semula tak?"
Jawapannya : Ya, kalau tak jaga makan.
In fact, kalau stop bersenam sekalipun, berat akan naik kalau tak jaga makan.
Intinya : jaga makan.
Especially yang pernah gemuk melampau, kena extra careful sebab sel lemak dah tersedia banyak.
Ia menunggu masa je untuk diisi.
Senang cakap, once dah kurus, kena kawal makan forever.
Jadi, yang baru excess weight tak sampai 10kg tu, jaga-jagalah sikit.
Sementara sel lemak belum banyak lagi, kawal-kawal lah berat tu sikit.
Kalau sel lemak dah melambak-lambak esok, it's no turning back bak kata omputih.
p/s : Jangan lupa whatsapp nombor atas untuk redeem diskaun.
2020-03-05
Kifarah vs Balasan
Semalam viral kisah isteri seorang ustaz yang ditahan atas tuduhan menipu [kalau tak silaplah].
Macam biasalah netizen Malaysia mostly ada tekanan perasaan, memang tunggu sangat kalau ada kisah-kisah macam ni, bolehlah melampiaskan emosi.
Bila dah ramai-ramai mem-bash, kadang-kadang tak sedar kita dah pukul rata semua manusia sama.
"Tu lah pasal jangan percaya sangat orang-orang yang bertudung-litup ni, belum tentu lagi baik".
"Ustaz apa macam ni, berdakwah kat orang bukan main pandai tapi isteri sendiri tak boleh betulkan".
"Belum tentu lagi yang pergi umrah berkali-kali tu baik, inilah salah satu contohnya".
.....dan macam-macam lagi.
Tak dinafikan penampilan jadi benda pertama yang orang tengok dulu.
Sometimes a person can be judged as good or bad by the way he looks.
Walaupun konsep tu tak selalunya betul, kerana kadang-kadang peribadi seseorang boleh je bertentangan dengan penampilan.
Just like kes yang viral ni, orang start kaitkan akhlak dengan penampilan.
Don't judge a book by it's cover katanya, yang berpenampilan syari'i belum tentu lagi perangainya sebaik penampilannya.
Jadi, kita macamana pula?
Dah la penampilan tak ikut syariat, mulut pula macam longkang.
Adakah itu justifikasi untuk tunjuk bahawa kita masih jauh lebih baik?
Orang yang menerima hukuman di dunia ni boleh jadi nasibnya jauh lebih baik dari kita di akhirat nanti.
Sekurang-kurangnya aib yang dia terima di dunia dah mengurangkan sikit hisab di akhirat, sedangkan kita belum tahu lagi.
Kita tak kena apa-apa di dunia bukan petanda kita lebih baik, entah-entah Allah simpan sebab nak bayar lumpsum kat akhirat nanti.
Salah tetap salah, bukan nak lindungi kesalahan dia [if any].
Tapi kita ni jangan menghakimi pada perkara yang tak sepatutnya - kaitkan dengan ilmu, ibadat, penampilan - apa benda ni?
Fokus pada kes salah tu je cukuplah.
Kekerapan pergi umrah juga tak ada kaitan dengan penampilan dan akhlak.
Semua orang boleh buat umrah walaupun ilmu tentang ibadat umrah masih banyak belum dikuasai.
Buat umrah/haji bukan indicator kita 'sudah baik' tetapi 'mahu menjadi baik'.
Begitu juga pakai tudung, bukan indicator 'sudah baik' tetapi 'mahu menjadi taat'.
Same goes solat, bukan indicator 'alim' tetapi 'because I am a muslim'.
Berapa ramai yang penampilannya masih belum berubah selepas balik dari umrah/haji?
So, boleh ke kita kata "Lebih baik tak payah pergi umrah, takde beza pun sebelum pergi and selepas pergi"?
Kalaulah macam tu cara kita menghakimi seseorang, maknanya jelas lagi bersuluh kita jauh lebih teruk.
Sebab, sekurang-kurangnya dia perangai buruk tapi masih ada usaha buat umrah, daripada kita perangai dahlah buruk, takde ikhtiar nak ke sana pulak tu!
Proses hijrah mengambil masa, ya.
Perubahan dari buruk ke baik tak berlaku sekejapan.
In fact, nak menjemput hidayah juga prosesnya panjang.
Ibarat seorang pelajar yang dapat Anugerah Naib Canselor.
Upacara penghargaan tu cuma 10 minit je atas pentas tapi proses nak capai puncak prestasi tu perlukan kerja keras.
Boleh jadi mereka-mereka yang diuji Allah ini sebenarnya sedang dalam proses menjemput hidayah.
Setiap malam mereka bermunajat mohon taubatnya diterima.
Dan cara Allah menerima taubatnya adalah dengan menghantarkan ujian berbentuk kifarah.
Mata kasar kita nampak macam "balasan", tapi di sisi Allah, boleh jadi darjatnya sedang dinaikkan.
Janganlah kita bersangka-sangka.
Bersangka buruk memang sedap, sebab itulah bukan semua orang mampu ambil hidayah.
Hidayah tak akan melekat pada hati yang ada sangkaan buruk pada orang lain kerana perkara baik dan buruk tak akan bersatu.
Itu baru proses menjemput hidayah, belum lagi proses menerima hidayah.
Hidayah datang dalam bentuk yang kadang-kadang unik, di luar pemikiran kita.
Kadang-kadang tak lojik, semalam pakai skirt, hari ni dah pakai tudung.
Hidayah ni umpama Lailatulqadr, datangnya singkat tapi mampu mengubah cara hidup.
Jadi, jangan buruk sangka sangat dengan orang, kerana satu hari nanti bila dia terima hidayah, tak mustahil dia jadi jauh lebih baik dari kita.
Akhlak memang penting dari segalanya, lebih penting dari penampilan, malah lebih penting dari ilmu.
Tetapi tak bermakna lebih baik tak pakai tudung kalau perangai masih buruk.
Atau lebih baik tak belajar agama tinggi-tinggi kalau perangai tak berubah-ubah.
Pakaian kita [penampilan] ada filter kepada sikap, tutur kata, pergaulan, dan akhlak secara keseluruhannya.
Ia tak menjamin keperibadian yang baik tetapi boleh membantu.
Tak rugi pakai ikut syariat kerana walaupun belum boleh jadikan kita orang baik-baik, setidak-tidaknya boleh jauhkan kita dari buat lebih banyak benda jahat.
Aku cakap pasal diri sendiri ni, bukan orang lain.
Aku always notice everytime aku pakai baju yang syari'i, aku lebih berhati-hati nak bercakap, lebih menjaga perbuatan dan pakaian tu menghalang aku untuk jadi 'bebas'.
Bukan berpura-pura tapi itulah tadi yang dikatakan "filter". Memang ada beza.
Sometimes aku pakai jeans and blouse, mulalah aku nak bergaya extra dari biasa.
Mungkin orang nampak macam "Biasa je?", tapi yang empunya diri ni tahu memang ada beza.
Rupanya inilah hikmah kenapa pakaian solat-ready dikatakan pakaian terbaik.
Walaupun masih kedua-keduanya menutup aurat, tapi ada beza.
Itulah hebatnya ada "filter". Try lah.
2020-03-04
Jangan give up
Kita semua ada cita-cita, ada angan-angan, ada something yang kita sangat yakin untuk lakukan, sesuatu yang ingin kita capai.
Deep down we feel them very strongly.
Bertahun-tahun lamanya kita berangan nak capai that something, maybe kenaikan pangkat.
Kita yakin dengan pengalaman kerja yang kita ada, dengan rekod yang bagus, dengan sokongan yang kita terima, we know that promotion is a part of our destiny tetapi kemudian ada halangan muncul.
Boleh jadi mak sakit, dah kitalah satu-satunya harapan mak.
Maka kita terpaksa berhenti kerja untuk jaga mak.
Ada juga orang yang menanggung sakit bertahun-tahun.
Semua ikhtiar dah buat, masa dah banyak habis, duit dah banyak habis, kesabaran pun hampir habis tetapi sakit tak sembuh-sembuh.
Dek kerana sakit ni, punah semua yang pernah diangan-angankan.
Sometimes, life has a way of pushing our dreams down.
Angan-angan boleh terkubur macam-macam cara.
Boleh jadi kerana putus asa, atau kesalahan masa lalu, atau akibat penceraian, atau kerana rejection dari ahli keluarga, atau kerana suara-suara negative.
Perasan tak, selalunya dalam keadaan macam ni, kita settle for mediocrity je.
"Takpelah kalau tak dapat kerja A, dapat kerja B pun dah jadiklah..."
"Takpelah kalau tak dapat beli C, dapat beli D pun sama je...."
Kan?
But one thing kita kena ingat, hanya kerana kita dah give up, doesn't mean Allah also give up.
Impian kita mungkin dah terkubur, tapi belum mati. It's still alive, cuma dia pause seketika.
Masih belum terlambat kalau nak mulakan lagi sekali.
Semua orang pernah stop-kan kejap impian untuk bagi laluan perkara yang lebih penting pada waktu tu.
Pernah stop hasrat nak beli henbeg RM10K, sebab nak simpan duit ke umrah.
Pernah stop hasrat nak jalan-jalan bercuti, sebab nak hantar mak ayah ke haji.
Pernah stop hasrat nak beli new car, sebab nak anak-anak tengah nak pakai duit banyak untuk belajar.
Contoh paling mudah untuk aku adalah Mak Aji and Pak Aji sendiri.
Bertahun-tahun Pak Aji pakai proton saga second hand dari aku umur 14 tahun, sampailah aku kawen umur 24 tahun, baru dia tukar pakai Waja.
Waja adalah kereta pertama Pak Aji yang brand new.
Selama ni asyik pakai second hand.
Tak lama lepas tu, tup-tup tukar Honda, pastu renovate rumah luar dalam, pi haji, 2-3 kali pula ke umrah, siap bercuti sana sini.
Dalam hati aku "Banyak rupanya duit dorang ni, dah kenapa yang dulu menyeksa diri pakai kereta stereng berat and aircond bak angin kentut tu?"
[not all saga macam ni. Saga bapak aku pakai je macam tu sebab second hand agaknya]
Rupanya itulah dia - sebab anak-anak masih perlukan duit.
Mak Aji kata Pak Aji lama dah teringin nak pakai Honda, dari zaman muda membawak ke tua.
Bila anak-anak dah habis belajar, barulah dia beli.
Lama bapak aku simpan hasrat tu.
Dapat jugak merasa walau umur dah nak pencen baru dapat beli.
Yang penting walaupun beli umur dah menjangkau 50-an, dah habis bayar.
Kerata aku jugak yang hutang lagi. Kahkahkah padan muka.
Impian Pak Aji tu adalah tanda bahawa Allah tak pernah lupa.
Yang lupa adalah kita.
Itulah pentingnya TULIS impian, supaya ia sentiasa terpasak dalam kepala.
Hari-hari tulis impian boleh buatkan kita start believing again, dapat balik passion, dan keyakinan bertambah.
Kadang-kadang kita tak faham kenapa orang yang kita harapkan untuk jadi pasangan hidup berubah hati dan tinggalkan kita?
Kenapa dalam ramai-ramai orang, kita yang dapat penyakit ni?
Kenapa orang lain berniaga senang je dapat sale, kita terpaksa berhempas-pulas buat macam-macam cara, itupun keuntungan tak berbaloi dengan usaha yang banyak?
Dan akhirnya, kita putus asa dan settle for mediocrity.
Yang kita tak tahu, it's all a part of the process.
Tak ada istilah 'dah lambat nak kejar impian'.
Yang kita sangkakan tak adil, dah terlambat, backwards, delay - this is not a SETBACK tetapi SETUP!
Allah setup semua tu untuk mem-prepare-kan kita so that bila impian tu dimakbulkan, kita benar-benar bersedia.
Jangan pernah terfikir "Nak sambung belajar tapi umur dah 40", "Nak start jual kek tapi dah ramai yang jual", "Nak merasa bersanding macam orang lain tapi saya kawen pun umur dah 40, malu", "Nak start semula ber-blogging tapi macam dah lambat sangat".
Hello..?
Dulu kita impian bertangguh sebab takde peluang.
Now peluang dah ada, kenapa nak semakkan otak pikir masalah yang belum tentu datang?
You can still accomplish your dreams.
You can still become all you were created to be.
Start believing again.
Kalau kita bersangka-sangka yang bukan-bukan, kita sedang mengkebumikan diri kita sendiri.
Lagi satu, orang kat luar tu memang tunggu masa je nak kuburkan impian kita semula.
Dorang tunggu masa je nak convince yang impian kita never going to happen.
Kalau boleh, dengan kita-kita sekali nak dikuburkannya.
One thing for sure, certain things kita simpan untuk diri sendiri, jangan bagitau orang lain.
Because some people can't handle apa yang Allah bagi kat kita.
Semangat yang kita ada ni, Allah yang bagi.
Allah tak bagi kat semua orang.
Orang-orang yang dok bercakap belakang pasal kita ni, Allah tak bagi dia the same passion, that's why dia takleh handle bila kita ada that passion.
Jadi, kalau perlu, impian kita ni kita tulis dalam buku je.
Toksah kejap-kejap up kat FB "Tak lama lagi saya nak berniaga jual kek pisang. Murah-murah je".
Tak payah.
Bukan semua orang suka. Kalau kita sejenis strong takpe, karang kena kondem sikit dah melecet.
Buat je kek pisang tu, dah siap karang baru up kat FB "Nah! Kek pisang ada 2 tray. Siapa nak please roger".
Ambil kisah Nabi Yusuf jadikan teladan.
Antara punca adik-beradik Nabi Yusuf buang dia dalam perigi adalah kerana Nabi Yusuf sangat bercita-cita besar.
Dia bagitau one day dia nak jadi dan akan jadi orang besar Mesir.
Apa adik-beradik dia buat? Bagi sokongankah?
Tak, kena campak dalam perigi.
Gitulah ceritanya, bila kita ada impian, akan ada distraction [distractor].
Orang senang nak dengki. Padahal kita tak start apa-apa pun lagi, baru berangan.
But orang akan buat kita rasa impian tu tak layak nak diteruskan.
"Kau yakin ke boleh naik pangkat. Pangkat besar tanggungjawab pun besar. Nanti anak-anak terabai"
"Nak meniaga kena ada pengalaman. Kau ada pengalaman ke?"
"Dah nak umur 40 tahun dah, tak kawen-kawen lagi. Demand sangat kau ni. Ambik yang biasa-biasa je dah lah"
Dengar boleh, jangan simpan dalam hati.
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
They don't control your destiny, Allah does.
Boleh jadi dorang tahu kekurangan kita di mana, tapi Allah lebih tahu macamana cara nak bagi kita capai impian kita.
Jalannya mungkin tak senang macam orang lain, tapi sampai tetap sampai [remember cerita Pak Aji tadi?].
Kadang-kadang orang-orang yang dekat dengan kita memang tak support kita [I say this respectfully].
Sedara-mara, adik-beradik, kawan-kawan, even pasangan pun ada yang tak support.
Takpe, takde sokongan pun ok. Lagipun kita bukan nak prove-kan kat dorang apa-apa.
Let them go.
Haters are going to hate too.
Those yang cakap negative, yang menjatuhkan semangat, naysayers - dorang bukan nak sailang kita.
Dorang cuma tak boleh terima the fact that kita ada passion untuk bergerak dan kejar impian.
Dorang tak nak kita start because they know once kita start, there are no turning back.
Dorang tahu kalau kita dah mulakan, eventually kita akan capai impian tu and they are scared of that.
Orang-orang yang negative ni memang target those yang ada impian.
Dorang akan guna apa je, bermati-matian untuk convince your decision is a mistake.
Jadi, kalau kita benar-benar yakin dengan apa yang kita mahukan, jalan terus.
Stay fokus.
2020-03-03
Tulis, jangan banyak tengok gambar
Semalam dalam kereta, sembang berdua dengan En Wan, aku tanya pendapat dia macamana nak ajar anak-anak kita [Redza and Rayyan] berfikir di luar kotak, bijak melontarkan pandangan dan pandai mengimbangi pendapat.
Benda ni penting, especially time interview.
En Wan kata "Kena banyak baca buku".
Aku rasa kalau nak harapkan membaca semata-mata, ilmu yang tak dikongsi, tetap tak jadi apa.
To me, one of the way [in fact, aku rasa the best approach] is blogging.
Sebelum blogging wujud, menulis adalah the best approach untuk stimulates the brain, contohnya tulis surat.
Aku cukup rajin menulis surat walaupun pada zaman tu dah ada email.
Tahun 1998 internet dah wujud, manusia dah bersepah-sepah guna hotmail tapi aku masih old-skool, tulis surat 4-5 helai kertas kajang untuk En Wan.
Sampai En Wan pelik apesal aku nak tulis surat juga.
Ini ramai yang tak sedar sebenarnya, atau maybe tak tahu pun.
Sebenarnya, bila kita menulis tangan, kita sedang selaraskan hemisfera otak.
It's like melatih otak untuk 'work out' supaya otak jadi kuat dan berkembang.
There's one part dalam otak kita yang boleh stimulate daya fokus hanya bila kita menulis tangan.
Yang dah biasa menulis, cuba lihat tulisannya jarang silap, jarang guna liquid paper.
Kerana brain dah dilatih untuk fokus.
When blogging started awal 2000-an [aku start 2006], making money online wasn't the goal.
In fact, belum wujud pun iklan-iklan di internet.
Bloggers dulu memang menulis pure untuk share thoughts and bercerita tentang lifestyle masing-masing.
Tapi semakin lama blogosphere semakin berkembang.
Now people blog for many different reasons, in fact, ada jenis-jenis blog pula sekarang.
Ada yang blog hanya tentang fashion, food, travel, entertainment and business.
Dah tak ramai menulis blog rencam especially bila iklan-iklan dah mula interested untuk bayar bloggers, maka aktiviti dan tujuan blogging dah tak sama macam dulu lagi.
Walaupun macam tu, personally, aku lebih prefer blogging and FB dari instagram.
Aku active kat blog, IG and FB.
To me, IG bukan medium sesuai untuk share ideas sebab IG didik penggunanya untuk fokus pada gambar berbanding caption.
People are clicking "like" to support the admin and not actually reading the content.
IG tak encourage penggunanya rajin membaca, let alone encourage pengguna menulis dan berfikir secara kritis.
They berlumba-lumba produce photos, videos, and IGS untuk feed people's attention.
Tu yang sehari 13 kali up gambar selfie tu.
Bukan sebab dorang perasan cantik but because people di IG mudah bosan kalau kau tak feed them with frequent stimulation like that.
IG dah train them like that. Janji ada update konsepnya.
Aku ada baca satu artikel tentang Alexa ranking between IG and Blog.
From their report, IG lebih senang dapat engagement tetapi macam yang aku cakap tadi, kau kena feed them with photos and stories yang menarik [kontroversi, maybe?].
However, followers IG tak genuine.
That's why kadang kita boleh tengok followers berjuta, tapi likes around 90-130K only.
Followers 4M, likes around 150K.
Folowers 10K, likes around 400.
Percentage kedua-duanya tak jauh beza.
Itu menunjukkan followers yang banyak belum tentu genuine.
Kebanyakkannya followers atas pagar atau haters.
Kadang-kadang aku tengok bila artis atau influencer kena hentam kat ruangan komen, lebih banyak yang mengutuk dari mendefend.
Sampai aku terfikir, selama ni yang ramai-ramai follow dia ni memang haters ke?
Jenuh lepas tu nak memblock sorang demi sorang, rupanya haters.
Berbeza dengan blog, walaupun nak tarik followers tak semudah IG dan perlu ambil masa yang lama [bertahun, maybe], the audience is more genuine.
The reason is, blog lagi senang nak akses.
When people started to like your content, dorang akan datang site kau regularly.
Content is KING.
Orang kata blog dan IG yang berkualiti akan dapat tarik trafik yang tinggi.
Tapi, mampu tarik trafik saja tak memadai - hat ni yang orang terlepas pandang.
Asyik dok kejar likes and bilangan followers tapi objektif tak capai sasaran.
Ramai orang sukakan penjelasan yang in-depth tentang sesuatu. IG tak boleh buat ni.
Kalaupun ada orang interested dengan certain topik di IG, seeing the image and beberapa perenggan caption is not always enough.
That's why DM aku always penuh dengan mesej especiually kalau aku up IGS pasal GreenAard.
Berjujuk-jujuk masuk soalan.
Ada certain soalan tu aku dah prepare jawapan siap-siap kat Notes, tinggal nak copy and paste je.
This shows that blog masih lagi menjadi tempat terbaik to provide high-quality content.
Antara impak yang aku dapat dari blogging adalah bila aku organize Personal Branding talk tahun lepas.
The speaker tanya aku "Diana, macamana awak dapat semua contact-contact ni?"
Because yang attend personal branding talk tu bukan calang-calang orangnya.
"Oh, dorang blog reader saya".
Masa ni aku realized one thing - bak kata Scorpion, what you give you get back.
Apa yang kita tulis, akan menarik crowd yang kita mahukan.
You cannot write rubbish and expect people come to your parenting talk. Kan tak masuk tu?
Ramai juga blog readers kata "Blog Kak Di now beza sangat dengan dulu".
Aku faham maksud tu.
Dulu aku banyak talk rubbish, santai-santai. Now mostly tulisan aku heavy writing.
It's ok, because avid reader will stay. Yang sukakan tulisan-tulisan berat, akan stay.
My objective bukan untuk kumpul followers, tapi untuk express thoughts.
Seiring dengan umur yang dah bertambah ni, kecenderungan aku pun dah berubah.
Dah tak sesuai dah rasanya nak bersembang pasal artis, pasal gosip, merempan tak tentu hala.
Now I put soul and mind into my writing so sedikit-sebanyak boleh bantu selesaikan masalah [if any] and answer queries, sambil-sambil educate readers and myself.
My blog posts are written with the my interest kept in mind.
Moga jadi sebahagian dari sedekah.
Aku harap sangat lebih ramai yang berani menulis. Go create blog and write.
Kat FB ada ruangan Notes. Tulis situ pun boleh.
Termasuklah anak-anak aku ni, aku sedang encourage them untuk menulis.
Tak kisahlah menulis cerpen, blog atau FB notes but latih diri untuk tulis.
Orang yang rajin membaca belum tentu boleh menulis tapi orang yang boleh menulis pasti rajin membaca.
That's why Tun M umur 90an masih lagi berfikiran tajam kerana dia bukan saja membaca tapi rajin menulis.
2020-03-02
Bangkit!
Tak kira betapa baiknya kita, itu tidak menjamin kita tak akan diuji Allah.
Malah, menjadi orang yang beriman pun tak mengecualikan dirinya dari ditimpa musibah.
Kalau tengok contoh banjir besar yang pernah berlaku dalam negara suatu masa dulu, Allah tak pilih-pilih bila diturunkan banjir.
Yang Islam, yang tak Islam semua kena.
Tapi bila fikir balik, tak lojik kalau semua yang terkena musibah banjir tu tak beriman. Mustahil sangat.
Maksudnya, bila ujian itu datang, tak mengira if kau rajin solat, kau tak pernah solat, kau ahli ibadah, atau kau ahli maksiat - semua pun kena basuh sekali.
The interesting part is, that is not the end of the story.
Kalau kita judge situasi ini tanpa melihat hikmah di sebaliknya, pasti kita question takdir Allah.
Pasti kita akan cakap "Aku dah buat apa yang Kau suruh, tapi kenapa Kau uji aku macam ni?"
Bila musibah turun, baik tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, atau banjir besar - semua rumah collapsed and completely ruined.
Rumah orang beriman hancur, rumah orang tak beriman pun hancur.
Bezanya, bila seseorang itu benar-benar beriman pada Allah, musibah menjadikan dia bermuhasabah, menjadikan dia lebih kuat dan kerana itu dia mudah bangkit semula.
Allah membezakan HambaNya di situ.
Orang yang percaya Allah adalah segala-galanya, kekuatannya luar biasa.
You may have gone through a divorce atau break up, but you are still standing.
Walaupun result hospital cakap sakit makin teruk, harapan untuk pulih sangat nipis, but you are still standing.
Pasangan meninggal dunia,
Dulu tak pernah terbayang boleh hidup tanpa dia, but look at you, you are still standing.
Pernah dikutuk, dihina, dicaci, diumpat keji, but you are still standing.
Yang pernah lalui zaman-zaman gelap, mesti dah nampak keajaiban dan kebaikan Allah.
Bagaimana suatu masa dulu kita pernah tersungkur, terduduk, kemudian Dia angkat kita perlahan-lahan, sembuhkan luka kita hingga akhirnya boleh berjalan semula.
Bila kita ada this history dengan Allah, kita takkan mudah untuk kecewa bila diuji lagi.
Walau orang bercakap buruk tentang kita, we don't feel dissapointed easily anymore kerana kita tahu ujian ini pasti ada hikmahnya.
Tahun 2009, business partner aku ambil keputusan untuk quit sebab ikut suami ke UK.
Padahal kitorang setup the company Oktober 2008, belum sampai setahun, dia dah quit.
Terpempan kejap aku.
Maunya tak, aku quit kerja dulu sebab nak run this business together with her.
Aku sanggup give up gaji yang dah selesa, tiba-tiba dia quit pulak.
Masa tu dalam hati aku "Hah kau! Selama ni kau enjoy sangat kerja sorang kan, hambik ni kau run-lah business ni sorang-sorang". Padan muka aku.
Untuk beberapa bulan aku tak bagitau En Wan aku run the business alone.
Aku cakap aku masih berurusan jarak jauh dengan partner, thru emails and video calls.
Benda-benda genting macam ni jangan bagitau dia dulu, karang dia kondem aku kaw-kaw naya je.
Aaku perlu kumpul kekuatan, jadi buat senyap je tapi dalam kepala aku memang serabut sebab aku tak tahu langsung apa projek yang partner aku dah run dengan customer.
Business yang partner aku handle semuanya projek halal. Aku pula handle one-to-one sale.
Bila dia hand over semua kerja, berpinau kejap mata.
Masa tu aku rasa "Ya Allah, apa aku nak buat ni. Aku dah buat keputusan yang salah".
I was tempted to get down tapi aku cakap dengan diri aku...
I made it through kerja dengan bos kat MOSTI yang 'buang' aku ke department lain, kerja sorang-sorang.
I made it through 'dinaikkan pangkat' dari kerja dalam team ke kerja sorang-sorang sebab katanya aku lagi perform kalau kerja sendiri.
I made through kerja sorang membina new department from scratch.
I made through people telling me I am not qualified.
Kalau selama ni aku boleh lalui, I can make it without her. I will still be standing.
Awal-awal masa ambil alih kerja-kerja dia, memang letih.
Partner aku ni banyak ambil projek aquaculture.
Tak memasal aku kena study pasal aquaculture.
Study pasal ternakan udang, ternakan siakap, ternakan ornamental fish.
Nak kena ambil tahu system kolam untuk breed fish.
Tak cukup dengan tu kena blaja analisis halal pulak.
Sampai aku konfius aku ni kerja lab ke, sales ke, atau kontraktor buat kolam ternak ikan?
Lepas beberapa bulan take over her work, aku dapat banyak ilmu baru especially on halal projek.
Barulah bertambah sikit ilham aku nak buat sales.
Kalau tak, kepala aku asik pikir nak buat one-to-one sale je.
Since that hand over, aku dah pandai buat projek skala besar dan customer aku pun di kalangan key customer.
Dulu, everyday kepala aku berputar-putar pikir apa benda aku nak promote hari ni, apa benda aku nak jual hari ni, kat siapa aku nak jual, apa alasan aku untuk jumpa that customer, etc.
Semua ni sentiasa kena pikir.
Aku pernah terfikir sampai bila aku nak buat kerja ni? Takkan sampai ke tua nak jumpa customer dalam lab?
One day aku takkan larat dah nak panjat tangga tu tangga ni mengangkut thermocyler and gel imaging system untuk buat demo.
Aku nak one day customer pula cari aku.
Selepas ambil alih kerja partner aku, barulah aku nampak banyak peluang untuk aku buat sales.
Kerja-kerja dia yang pada awalnya aku rasa terbeban sangat, rupanya itulah ilham dan jalan keluar yang Allah bagi.
Slowly, aku beralih dari buat one-to-one sale ke buat projek halal and custom biotech project.
Dari situlah lama-lama ilham untuk buat GreenAard pula muncul.
Then baru aku nampak the whole journey.
Aku nak one day customer cari aku, so here Dia bagi GreenAard.
Tapi nak sampai ke GreenAard tu punyalah panjang journey dan macam-macam kena tempuh dulu.
Allah takkan beri ujian kalau bukan untuk kebaikan.
Terpulang pada kita untuk menyingkapi ujian tersebut.
Kita boleh pilih untuk give up, untuk menyalahkan orang lain, mengalahkan sesama sendiri atau bertahan. Semuanya atas kita.
Setiap kali berdepan keadaan yang sukar, kita perlu lihat semula dan ingat balik apa yang Allah dah buat.
He made way when we didn't see a way.
A few years back ada hurricane kat USA. Dasyat.
Pokok-pokok yang besar-besar pun boleh tumbang.
Even pokok oak yang 4-5 kaki pun boleh ranap.
Pokok pine yang tinggi 100 kaki pun terlentang.
Hanya ada satu jenis pokok ke yang survive - palm tree.
Rupanya pokok palm ni, Allah jadikan ia boleh melentur dengan baik.
Ada certain pokok palm yang boleh bend hingga hampir mencecah tanah tetap takkan patah.
So masa that hurricane, pokok lain semua tumbang tapi pokok palm ni membengkok ke tanah for 3-4 hours, tanpa patah!
Boleh imagine tak for 3-4 hours angin bantai kaw-kaw, tapi pokok palm tetap bertahan.
Elok je angin reda, pokok tu naik balik macam takde apa.
Kita boleh contohi palm tree ni kalau mahu.
Maybe ujian datang dalam bentuk khianat dari orang lain.
That someone thought "Ok maybe aku tak boleh buat kau jatuh tersembam tapi at least aku boleh buat kau turun 10 step ke bawah!".
The thing is, that someone tak tahu at some point, dia akan letih sama macam that hurricane.
At some point the winds subside.
Just as with that palm tree, you will stand right back up.
Jangan sesekali anggap susah yang kita hadapi sekarang ini kekal. No.
Mungkin sekarang kita kena bend over untuk tempoh yang panjang tapi bila semua ini berakhir, you will still be standing.
What's interesting is, plam tree yang membengkok tu tak rosak pun.
Mesti kita terfikir pokok ni kalau kena hentam dengan hurricane lagi confirm tumbang sebab struktur pokok dah lemah.
But research shows sistem akar pokok tu makin kuat.
Lepas ribut, pokok tu jadi lebih kuat daripada sebelumnya.
Macam kita juga, semakin kita dihadapkan dengan ujian demi ujian, akan semakin membuatkan kita kuat, tabah, lebih matang dan lebih berdaya saing.
Apa yang kita sangka menyusahkan hidup kita, Allah gunakan untuk our own advantage, bukan untuk melemahkan tetapi menguatkan.
Setiap kali kita berjaya menempuh ujian, we are not the same person anymore.
We are not only going to STILL BE STANDING, but we are going to stand STRONGER.
Subscribe to:
Posts (Atom)













