2020-03-05

Kifarah vs Balasan


Semalam viral kisah isteri seorang ustaz yang ditahan atas tuduhan menipu [kalau tak silaplah].
Macam biasalah netizen Malaysia mostly ada tekanan perasaan, memang tunggu sangat kalau ada kisah-kisah macam ni, bolehlah melampiaskan emosi.
Bila dah ramai-ramai mem-bash, kadang-kadang tak sedar kita dah pukul rata semua manusia sama.

"Tu lah pasal jangan percaya sangat orang-orang yang bertudung-litup ni, belum tentu lagi baik".

"Ustaz apa macam ni, berdakwah kat orang bukan main pandai tapi isteri sendiri tak boleh betulkan".

"Belum tentu lagi yang pergi umrah berkali-kali tu baik, inilah salah satu contohnya".

.....dan macam-macam lagi.

Tak dinafikan penampilan jadi benda pertama yang orang tengok dulu.
Sometimes a person can be judged as good or bad by the way he looks.
Walaupun konsep tu tak selalunya betul, kerana kadang-kadang peribadi seseorang boleh je bertentangan dengan penampilan.
Just like kes yang viral ni, orang start kaitkan akhlak dengan penampilan.
Don't judge a book by it's cover katanya, yang berpenampilan syari'i belum tentu lagi perangainya sebaik penampilannya.

Jadi, kita macamana pula?
Dah la penampilan tak ikut syariat, mulut pula macam longkang.
Adakah itu justifikasi untuk tunjuk bahawa kita masih jauh lebih baik?

Orang yang menerima hukuman di dunia ni boleh jadi nasibnya jauh lebih baik dari kita di akhirat nanti.
Sekurang-kurangnya aib yang dia terima di dunia dah mengurangkan sikit hisab di akhirat, sedangkan kita belum tahu lagi.
Kita tak kena apa-apa di dunia bukan petanda kita lebih baik, entah-entah Allah simpan sebab nak bayar lumpsum kat akhirat nanti.

Salah tetap salah, bukan nak lindungi kesalahan dia [if any].
Tapi kita ni jangan menghakimi pada perkara yang tak sepatutnya - kaitkan dengan ilmu, ibadat, penampilan - apa benda ni?
Fokus pada kes salah tu je cukuplah.

Kekerapan pergi umrah juga tak ada kaitan dengan penampilan dan akhlak.
Semua orang boleh buat umrah walaupun ilmu tentang ibadat umrah masih banyak belum dikuasai.
Buat umrah/haji bukan indicator kita 'sudah baik' tetapi 'mahu menjadi baik'.
Begitu juga pakai tudung, bukan indicator 'sudah baik' tetapi 'mahu menjadi taat'.
Same goes solat, bukan indicator 'alim' tetapi 'because I am a muslim'.

Berapa ramai yang penampilannya masih belum berubah selepas balik dari umrah/haji?
So, boleh ke kita kata "Lebih baik tak payah pergi umrah, takde beza pun sebelum pergi and selepas pergi"?
Kalaulah macam tu cara kita menghakimi seseorang, maknanya jelas lagi bersuluh kita jauh lebih teruk.
Sebab, sekurang-kurangnya dia perangai buruk tapi masih ada usaha buat umrah, daripada kita perangai dahlah buruk, takde ikhtiar nak ke sana pulak tu!

Proses hijrah mengambil masa, ya.
Perubahan dari buruk ke baik tak berlaku sekejapan.
In fact, nak menjemput hidayah juga prosesnya panjang.
Ibarat seorang pelajar yang dapat Anugerah Naib Canselor.
Upacara penghargaan tu cuma 10 minit je atas pentas tapi proses nak capai puncak prestasi tu perlukan kerja keras.

Boleh jadi mereka-mereka yang diuji Allah ini sebenarnya sedang dalam proses menjemput hidayah.
Setiap malam mereka bermunajat mohon taubatnya diterima.
Dan cara Allah menerima taubatnya adalah dengan menghantarkan ujian berbentuk kifarah.
Mata kasar kita nampak macam "balasan", tapi di sisi Allah, boleh jadi darjatnya sedang dinaikkan.

Janganlah kita bersangka-sangka.
Bersangka buruk memang sedap, sebab itulah bukan semua orang mampu ambil hidayah.
Hidayah tak akan melekat pada hati yang ada sangkaan buruk pada orang lain kerana perkara baik dan buruk tak akan bersatu.

Itu baru proses menjemput hidayah, belum lagi proses menerima hidayah.
Hidayah datang dalam bentuk yang kadang-kadang unik, di luar pemikiran kita.
Kadang-kadang tak lojik, semalam pakai skirt, hari ni dah pakai tudung.
Hidayah ni umpama Lailatulqadr, datangnya singkat tapi mampu mengubah cara hidup.
Jadi, jangan buruk sangka sangat dengan orang, kerana satu hari nanti bila dia terima hidayah, tak mustahil dia jadi jauh lebih baik dari kita.

Akhlak memang penting dari segalanya, lebih penting dari penampilan, malah lebih penting dari ilmu.
Tetapi tak bermakna lebih baik tak pakai tudung kalau perangai masih buruk.
Atau lebih baik tak belajar agama tinggi-tinggi kalau perangai tak berubah-ubah.
Pakaian kita [penampilan] ada filter kepada sikap, tutur kata, pergaulan, dan akhlak secara keseluruhannya.
Ia tak menjamin keperibadian yang baik tetapi boleh membantu.
Tak rugi pakai ikut syariat kerana walaupun belum boleh jadikan kita orang baik-baik, setidak-tidaknya boleh jauhkan kita dari buat lebih banyak benda jahat.

Aku cakap pasal diri sendiri ni, bukan orang lain.
Aku always notice everytime aku pakai baju yang syari'i, aku lebih berhati-hati nak bercakap, lebih menjaga perbuatan dan pakaian tu menghalang aku untuk jadi 'bebas'.
Bukan berpura-pura tapi itulah tadi yang dikatakan "filter". Memang ada beza.

Sometimes aku pakai jeans and blouse, mulalah aku nak bergaya extra dari biasa.
Mungkin orang nampak macam "Biasa je?", tapi yang empunya diri ni tahu memang ada beza.
Rupanya inilah hikmah kenapa pakaian solat-ready dikatakan pakaian terbaik.
Walaupun masih kedua-keduanya menutup aurat, tapi ada beza.
Itulah hebatnya ada "filter". Try lah.