2014-10-20

Tokyo Kitchen and Tagging Game


Pergerakan tangan aku akan menjadi sedikit slow hari ni sebab tangan kanan aku bengkak.
Tak boleh nak bengkok sangat. Maka, hari ni aku duduk rumah je la jawabnya.
Puncanya, Sabtu lepas aku beria kemas rumah. Lain macam punya kemas. Segala benda aku nak angkat, segala benda aku nak sental. Tetiba saka aku rajin pulak nak buat keje jadi layankan aje lah.
Sekali bangun Ahad pagi rasa awat sengal semacam lengan kanan aku ni. Ingatkan tido tertindih badan En Wan ke apa ke. Aku pun sambung menyental mengemop membasuh segala tok nenek benda dalam rumah ni. Mengemas macam baru mausk rumah baru je kekdahnya. Pastu bila time nak masak, baru terasa yang tangan aku betul-betul sakit. Bila aku nak angkat bekas garam, bekas tu terlepas dari tangan sebab gila sakit tangan aku!!! Bekas garam je padahal.
Bangun pagi ni time ambik wuduk nak basuh tangan, tangan aku takleh bengkok. Menegak je.
Mak mertua aku cakap maybe buat keje beria sampai terkehel kat mana-mana.
En Wan cakap "Orang dah lama tak buat keje mengemop macam tu la..."
Gila santai je sound aku. Mentang-mentang mak dia ada kat depan. Takpe..aku halalkan.

Tapi series, memang tangan aku sakit. Tapi demi menaip blog, aku gagahkan jugak bengkok tangan.


Amacam?
Stailo tak saya?
Orang lain pakai sunnies yang biasa-biasa, saya punya sunnies yang luar biasa.
Cermin mata 3D!
Gasak kau lah nak.
Janji gaya mau ada.



Sabtu lepas aku malas nak masak, lagipun semua orang pi rumah Kak Ngah En Wan.
Redza pulak tusyen.
So aku ajak En Wan makan Sushi King. Tapi En Wan malas nak merayap sampai ke IOI tu, jadi dia ajak pi tengok kot-kot ada Japanese food kat One City.

One City ni sepelaung je dari rumah aku, tapi aku tak berapa suka sangat datang sini sebab tak best. Sebab takde tempat shopping. Tempat makan je bersepah. Pastu kebanyakkan restoran dia yang pelik-pelik nama aku tak penah dengar. Jarang jumpa kat kebanyakkan mall.





Tokyo Kitchen.

Ok jugak tempat dia.
Ambience dia macam coffee house Nikko Hotel kat Osaka.
Dengan bau-bau dia sekali macam tu.

Ok la jugak tempat dia, tapi kalau dibagi pilihan aku suka Sushi King lagi sebab tempat ni macam fine dining sikit. Aku suka tempat santai-santai. Dah la malap. Nyampah betul aku makan tempat malap-malap macam ni.

Tempat ni macam kebanyakkan Japanese restaurant yang lain, susah nak jumpa restoran Jepun yang ada cop Halal. Kebanyakkannya Pork Free. Tokyo Kitchen is one of them.



Tapi bila aku masuk restoran ni, betul-betul terasa macam aku kat Osaka, maybe sebab suasana dia saling tak tumpah macam coffee house Nikko Hotel. Bezanya kali ni boleh makan dengan tenang. Masa kat Osaka dulu hiruk-pikuk ngan suara Rayyan bergasak ngan Redza. Terbuntang-buntang mata aku nak telan nasik sambil melayan karenah dorang.

Yang bestnya bila masuk restoran yang penuh ketenangan macam ni, boleh dating dengan En Wan.
Dating dalam erti kata bersembang dengan penuh fokus and tenang.
Maka bermulalah plan En Wan nak ke Jepun lagi. Aku wat dekkkk je. Malas nak bagi sokongan sebenarnya sebab aku pun bukan berani sangat nak naik flight.
Tapi bila dia kata "Kali ni kita pegi dari Osaka turun ke bawah sampai Fukuoka pulak"
Hmm..macam best je idea tu.
Aku pun teringin nak carik balik mak bapak angkat aku kat Fukuoka tu. Kalau bawak En Wan best sikit ada tukang translate.
Lagipun aku rasa Jepun memang best untuk dilawati sebab aku suka suasana dia.
Bila En Wan bagitau plan dia kat sana nanti kita nak pegi mana, kita nak stay mana...rasa cam excited!!
Pastu bila dia kata "Lepas kawen Ibal nanti kita terus book flight dulu"

Ok, tang BOOK FLIGHT tu terus kepala aku jem kejap.
Nanti aku pikir dulu ya.
Kena kumpul kekuatan dulu.


Ni namanya salah pilih menu.

Aku ingatkan ni Ebi Sushi yang biasa tu, rupanya ni lain.
Masa plate ni sampai aku macam hmmm....??? Apsal lain macam je ni. Dah la udang kurus. Lembik lak tu. Rupanya memang buka Ebu Sushi yang aku biasa makan, apa ntah nama dia ni. Tapi tak sedap. En Wan test dulu, pastu dia kaat "Di tak leh makan ni rasanya".
Rupanya udang tu tak masak lansung, dia golek-golekkan atas pan je sabit nak kasik kulit turn gold. Padahal dalam lembik hanyir lagi. Pastu terus aku order Ebi Sushi lain.


Miso soup ni lain dari miso yang pernah aku makan, even kat Jepun sendiri aku tak jumpa pesen gini.
Dia punya tofu gabak-gabak dalam soup. Baru best!


Beef teriyaki dia sedap cuma liat.
Tak sesuai nak makan nga chopstick, kena makan ngan fork and knife baru jalan.
Beef teriyaki paling best aku penah makan kat Sakae Sushi. Lembut gila! Takyah gigit. Kau sedut je pun daging dia dah bercerai. Baru la boleh makan ngan chopstik.
Tapi best of the best memang wagyu la.
Macam nak kena cari wagyu beef nampaknya ni.


Apa ntah nama dia ni. Agedeshi kalau tak salah. Seploh kali makan pun tetap sploh kali aku lupa. Yang aku tahu benda ni tauhu.
Tapi kalau makan, mesti aku buang kulit dia sebab masin sangat.


Aku tak penah jumpa restoran Jepun hidangkan soft shell crab besar cam ni.
Memang besar!




Semalam aku update IG gamba 'apa ada dalam henbeg aku'.
Ni sebab ada reader mintak aku buat tagging game untuk blog.
Rasanya ni new reader, dia tak tau aku dah penah buat tag ni tahun 2007. Hehe.
Apa-apa pun thank you sebab invite main tag. Lama nau aku tak main tag-tag ni.

Beg aku dulu dengan skarang jauh beza.
Dulu aku minat pakai beg kecik. Betul, beg aku dulu comel-comel je.
Zaman muda kan, masih nak bergaya beria-ia. Larat nak angkut beg 2-3 macam. Henbeg lain, beg dokumen lain, beg telekung lain. Now takde. Semua aku sumbat satu tempat. Senang aku nak carik. Sebab tu sekarang aku suka beli/pakai beg besar-besar.

Dulu barang-barang aku semua kiut-kiut. Henfon pun comel je, boleh muat dalam genggaman.
Tapi walau kiut pun, disebabkan aku sumbat semua setempat, beg aku jadi kembung jugak.
Now dalam beg aku ada :

1. Satu buku untuk baca sebab aku malas nak melanguk time tunggu customer.
2. Pastu buku cheque and company stamp.
3. Jurnal and pen.
4. Telekung.
5. Satu beg kecik untuk aku isi mekap.
6. Wet wipes Dettol and Nivea. (Dettol untuk lap-lap kerusi meja ke apa ke. Nivea untuk basuh mekap)
7. Barang-barang emergency seorang wanita.

Dulu, dalam henbeg aku ada satu buku kecik Majmu' Syarif Kamil.
Nenek aku bagi buku ni kat aku sebab ada satu ayat tu dia suruh aku baca kalau bertentang mata dengan si tungau. Tapi dulu kan aku free hair, bila aku keluarkan buku ni dari henbeg orang yang nampak mesti macam buat muka taik kat aku. Seolah-olah macam "Kau pandai baca ke??"
Now, sejak dah ada smartphone ni, lega aku.
Bagus sebenarnya pakai smartphone ni. Nak baca Quran pun takde segan-segan. Some people bukan boleh nampak tu semua, ada je dia nak komen "Macam bagus je kau ni tunggu customer pun nak baca Quran". Ok fine. Sukati kau lah.


KLIK SINI UNTUK BACAAN LANJUT

Link atas tu bukti aku pernah buat game ni. Boleh klik untuk baca.
So, maknanya takyah buat dah game ni kan, sebab aku dah penah buat.
Lega.




2014-10-17

Masa


Semua orang di dunia dianugerahkan masa yang sama.
Kalau kita di Stesen Angkasalepas akan dapat masa yang berbeza.
Kita ada 24 jam sehari, masa yang manusia sendiri uruskan sejak dulu.‎

Allah mencipta masa, dan memasukkan kita dalam sistem masa, sedangkan Dia tidak berada dalam sistem masa, Allah tidak bermasa dan tidak terikat dengan masa.
24 jam itupun diurus manusia dengan ilham Allah.
Dari segi pembahagian minit dan saat, jam dan hari, hari ke minggu, minggu ke bulan, bulan ke tahun, semuanya ilham Allah.

Manusia "mengurus" sahaja, yang "menjalankan masa" ialah Allah.
Tapi hakikatnya masa tidak boleh diurus. Masa berlalu pergi. Yang boleh diurus ialah manusia.
Mengurus diri. Ya, mengurus diri untuk mendapatkan masa!

Allah "melatih" manusia setiap hari untuk mendapatkan masa.
Tetapi oleh kerana ia urusan seharian yang boleh dijumpa sehari-hari, kita tidak akan hargainya. Kalau manusia boleh menguruskan diri untuk mendapatkan masa maka manusia akan ada masa.
Tapi kalau manusia tidak dapat mendapatkan masa maka dia gagal uruskan diri.
Hal ini kerana kalau dia matipun masa tetap berjalan.
Maknanya, masa tidak "hairan" dengan dia. Masa dengan gah terus berjalan, sehingga Allah suruh berhenti.
Walaupun kita hidup di dalam alam masa sehari-hari, sayangnya kita gagal hargai masa.
Walaupun Allah "melatih-tubi" kita setiap hari.

Bagaimana Allah "melatih" kita?

Perhatikan waktu solat kita, bagaimana bentuknya?
Adakah waktu solat berbentuk "quarterly" macam yang kita amalkan dalam urusan seharian?
Sepuluh suku...Sebelas setengah...Dua Empat puluh lima...Duabelas tepat..?

Masa-masa solat kita bukan begitu.

1:32 - Zohor.
4:36 - Asar.
7:27  -Maghrib.
8:16 - Isyak.
5:52 - Subuh.

Pernah kita terfikir kenapa agaknya waktu Zuhur 1:32.
Kenapa tak dibundarkan sahaja ke 1:30. 

Kalau waktu Maghrib di bulan puasa masuknya jam 7:31 malam, bolehkah kita mula makan jam 7.30 malam?

Makanlah.
Pastu qado puasa.
Batal puasa.‎ Seminit sahaja beza. Tetap batal.

Begitu hebatnya Allah "melatih" kita tentang masa.
"Appointment" kita denganNYA untuk Zuhur mesti 1:32pm.
Bukan 1:45pm. Bukan 2.00pm. 

Bayangkan, kalau kita ada temujani dengan client pukul 3.30pm.
Apetah lagi jika client itu client yang sangat penting, pasti paling kurang 5 minit sebelum 3.30pm kita sudah menunggu beliau. Betapa pentingnya client tersebut bagi kita.

Tapi, berapa ramai yang menunggu waktu solat?
Berapa ramai yang menunggu waktu Subuh?
Berapa ramai yang menunggu waktu Zohor?
1:32pm Zohor, 1:25pm kita sudah bersedia atas sejadah. Menunggu azan Zohor. Menunggu "appointment".

Allah. Allah.

Dengan waktu solat sebenarnya Allah mengajar kita betapa besarnya masa.
Nampaknya "latihan" menetapi masa ini gagal kita hayati walaupun kita buat sehari-hari.

Dalam urusan harian walaupun untuk kemudahan kita, kita "quarterly" masa kita, ia tidak salah.
Tapi walaupun dengan tindakan memudahkan masa begitupun, ada sesetengah manusia yang masih lagi buat-buat mudah dengan masa. Kita masih gagal uruskan diri untuk menepati masa.

Tepati masa bukan ciri-ciri kaum tertentu.
Ia sebenarnya salah satu dari tanda mukmin yang baik.
Kalau gagal kita dalam urusan tepati masa ‎untuk urusan seharian, ia tanda kita ada masalah dalam menguruskan diri.

Perhatikan diri kita. Berubahlah.
Hormati masa untuk urusan dunia kita, nescaya kita akan dihormati.

(bakal bersambung, ins sha Allah)

Wallahu'alam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana




2014-10-16

Persiapan



Pagi-pagi ni dapat email dari Lazada yang Fleur by Mrs Him dah go live.
KLik here : Fleur by Mrs Him @LAZADA

Alhamdulillah.
Bermula dari tahun 2011, asalnya beli shawl untuk pakai sendiri.
Beli untuk diri sendiri, sambil beli lebih 2-3 helai untuk jual kat blog.
Puncanya, bila aku selfie, nanti ada yang PM ke email ke, tanya kat mana aku beli shawl yang aku pakai. Jadi, aku beli extra 2-3 helai setiap kali aku beli untuk diri sendiri.
Lepas tu slowly bawak masuk cardigan and candy color jeans.
Then, gamble je lah keluar modal untuk produce sendiri cardigan, jubah and shawl.
Alhamdulillah, dari mula-mula 2-3 helai, now 500pcs setiap design.
Thank you for your support. Aku tau ramai customer Fleur by Mrs Him adalah dari kalangan pembaca blog merepek ni jugak. The rest dari FB Fleur by Mrs Him dan bantuan pemborong.
Terima kasih banyak-banyak.
Thank you again.

Orang lain setahun je dah gah.
Aku lembs sikit.
Nak buat camne, ada keje lain sama nak dibuat.
Tapi jauh lagi la kalau nak banding dengan top-top online brand kat Malaysia ni.
Fleur by Mrs Him ni belum apa-apa pun lagi nak banding ngan brand lain.
Harapnya Lazada boleh expand-kan market label aku ni. Nak harap aku buat semua benda tak menang tangan.

Harga kat Lazada sama je dengan harga di blog and FB.
Jadi boleh pilih nak berbelanja di mana.



Nak beli melalui our website pun boleh : www.fleurbymrshim.com
Kalau nak beli melalui blog ni pun boleh je. Klik kat sidebar belah kiri, atas sekali - HIGHLITE.
Situ ada form untuk korang isi.
Tapi shawl Arana belum masuk dalam website lagi.

Tadi ada yang tanya stok shawl Aleesya plain (dalam gamba website atas ni).
Aku dah pun update warna apa yang available. Banyak yang dah sold out. Tapi boleh la tengok kot-kot ada warna yang korang berkenan : KLIK SINI

Ok stop cerita Lazada.

Now, 'kepanasan' melanda.
Dah nak habis bulan 10 ni kan, so the heat tu dah rasa - preparation kawen si itam.
Ya ampunnnnn. Aku rasa macam nak kawenkan anak!
Dah la aku je manusia yang available berdekatan Bangi kan. Memang takleh nak lari dah.
Ima kat JB. Jauh. Memang terselemat la dia.
Ibal tu takyah la nak diajak berbincang bab-bab pilih door gift ke pelamin ke apa ke. Dia semua belasah boleh je. Gila tak berseni okeh.
Pak Aji boleh diajak berbincang, tapi jangan mintak dia bagi idea la ya. Memang jahanam.



Mak Aji beria whatsapp cerita pasal door gift pesen ni..pesen tu kat kitorang.
Tetiba je bapak aku tunjuk 'door gift' paling ekonomi - tupperware buat puding gula hangus tu.
15 sen je dia kata.
Memang tak la okeh.
Aku boleh imagine Mak Aji membebel 2 jam hanya disebabkan idea Pak Aji ni.

Aku ingatkan nak buat theme tradisional. Nak bagi door gift style dulu-dulu balut telur ngan kertas tisu kaler merah tu je. Klasik apa, kan.
Tapi si itam ni nak pakai coat la bagai. Kensel plan aku.
Takpela, aku buat untuk kawen Redza je esok.


Hmm....boleh tahan idea ni.
Envelope CD je. Settle.



Bahasa Cina kat atas tu abaikan.
Kitorang memang tak paham, tapi Aiman paham. Jadi dia translatekan sekali untuk renungan bersama.
Aku kena kerahan tenaga tolong Mak Aji carikkan door gift.
Gila jenuh nak pilih. Nak acu kaler lagi, nak pilih konsep, nak pilih design pelamin, bla bla bla.
Ntah sape yang nak kawen ni pun aku tak tau la.
Mak Aji nak color block bagai untuk door gift. Layankan aje.
Berejam pilih bunga nak acukan kat tin turquoise tu, dah satisfied sekali orang kedai tu kata bunga cuma ada 100pcs je. 
Hoih!!! Dari tadi aku memilih kau tak cakap bunga takde stok. Dah berlendir ketiak aku pilih pesen bunga apa nak pakai baru kau cakap bunga takde. Penyudahnya terpaksa rombak balik konsep, cari bunga kaler lain, cari tin color lain. 



Tema adelah gabungan pastel color purple and turquoise.
Jawa kan? Gituuuu.
Of cos la. Kata perkahwinan anak Pak Aji. Elemen jawa tu jangan diketepikan.
Cuma nak kurangkan sikit kejawaan tu, kita jangan la ambik kaler bright sangat, pastel-pastel sudehh.
Next week ada food taste-testing. Aku nak tengok ada tak lauk tempe. Kalau ada, memang sah pilihan Pak Aji lauk ni.

Masa kawen Ima lagi best barkat-barkat Mak Aji prepare untuk sedara-mara bawak balik.
Kerepek ubi, tempeyek, tapai.
Kau ada?

Tapi yang bestnya bila aku memainkan peranan untuk kawen Ibal ni, aku akan cuba me-minimize-kan perkara-perkara yang boleh menyusahkan aku di kendian hari.
Contohnya apa nak diisi dalam bekas tin tu.
Mula-mula Mak Aji kata nak isi kukis.
Hoh??? Kukis???
Bekas ada 1100. Takkan nak letak kukis seketul je kot. Paling kurang 5-6pcs satu bekas.
Dah sape pulak nak menggentel kukis banyak-banyak ni??

*toleh kiri toleh kanan*

Memang takde sape yang boleh dikerah. Aku ngan Pak Aji je mangsa yang ada.
Oh no mannnnnnnn!
Nehiiiii.
Aku saiko Mak Aji supaya dia letak telur.
Alhamdulillah, akhirnya pilih untuk bagi telur.
Kan ke bagus bagi telur. Kembali ke zaman dulu-dulu. Kawen kalau takde telur tak best. Tak feel the kenduri.
Gituu...
Padahalllll.

Mula-mula aku plan nak bagi cokelat Ferero Roche je untuk tetamu VIP.
VIP bukan Dato Datin ya.
VIP ni adelah klorga dari belah tunang Ibal kat Kelantan nun and maybe boss or Ketua Jabatan tempat dia keje.
Mak Aji kalau boleh nak bagi bekas VIP kukis dia jugak.
Ok lah ok lah...tetamu VIP tak bagi telur. Bagi kukis.

Pastu Mak Aji "Eh! Telur dapat jugak!"
Hoihhhhhhh.
Berapa banyak nak kasik niiii.

Dah settle pilih door gift, Mak Aji pilih bunga pahar pulak.
Now main beli je semua. Aku takkan offer diri untuk buat bunga pahar. Cukup la sekali aku gentel bunga pahar untuk kawen sendiri. Sampai melecet okeh. Dulu boleh la, anak dara. Takde keje sangat. Ni dengan keje opis, keje kat rumah, kang bunga ke mana pahar ke mana. Nak nak lagi tukang gentel bunga pahar ada sorang dalam rumah ni. Memang suka sangat beliau kalau dapat 'membantu'. Kang orang lain kawen berbunga pahar, adik aku kawen semata-mata lidi je atas pahar tu. Bunga takde.

Kitorang tak buat adat merenjis ni semua. Just panggil sedara-mara and keluarga bersalam ngan pengantin atas pelamin nanti. So aku cakap takyah la bagi bunga pahar. Nanti MC akan bagitau setiap orang yang dipanggil bersalam atas pelamin tu untuk bergamba lepas salam, then turun makan. Takyah bagi apa-apa dah. 
Oh kenot okkkkkkkkkkkkk.
Pak Aji kata nehi!
Walaupun tak merenjis, lepas salam pengantin atas pelamin tetap kena bagi something kat dorang.
Maka, belilah jugak bunga pahar. Bagi bunga telur je la kat dorang. Settle.



Kan?
Hantaran anak-anak sedara En Wan semua aku buatkan.
Tetiba hantaran adik sendiri main order je.
5 dulang je dari pihak kitorang.
Ibal kata "Jangan banyak-banyak kak, nanti Siti balas 7. Sape nak bawak balik. Kau? Aku naik flight"

Pemalas punya budak.
Hantaran dia, aku yang kena bawak balik.

Pheww!!
1st phase : Pilih venue and caterer - DONE.
2nd phase : Pilih pelamin and baju pengantin - DONE
3rd phase : Door gift and segala tok nenek hantaran - DONE

Tetiba aku pulak yang kena buat checklist bagai.

Next, baju family and dulang girls.
Ok yang ni best sikit sebab ada kena mengena ngan aku.
Sebab aku family, aku akan pakai the baju too. 
Jadi aku akan pilih kaler yang sesuwei ngan kulit aku.
Kalau tak sesuai ngan kulit korang, ada aku kesah?? Mbahahahahahaha.

2014-10-15

Sedar Diri


Antara sikap yang susah dibuat ialah "sedar diri".

Manusia lazimnya akan memanjat tangga kejayaan, semakin lama selalunya semakin nampak berjaya. ‎Maka mengejar manusia akan pangkat gelaran dan kemegahan. Ia naluri manusia, ia memang kehendak manusia yang normal. Ia tidak salah. Agama tidak pernah larang manusia mengejar kejayaan dunia, malah disuruhnya. Ada dalam Al Quran, tidak dinafikan.

Tapi biarlah segala habuan dunia yang kita dapat tidak membuatkan kita lupa diri. Selalu jadi bila kita di atas kita akan lupakan orang di bawah. Jadi kalaulah kita sampai hari ni masih di bawah tak naik-naik, anggaplah kita memang tak sesuai berada di atas, kerana dek berada di atas, kita akan lupa diri. Mungkin dengan cara itu Allah pelihara kita.

Ada orang yang bila sudah di atas, dengan pangkat gelaran akan berlaku sombong, tambah-tambah kalau kita ada urusan yang nampaknya dia tulah pemegang kata putus.

Aku Dato, aku Boss, kau pekerja, kau kuli.

Maka lupa akan ia akan asal usulnya, yang tak mungkin tak pernah kencing dalam seluar dulu waktu kecil. Sama saja semua orang.

Bagaimanapun mewahnya kita sekarang atau mewahnya kita semasa dibesarkan dulu, berlaku sombong sesama manusia adalah perbuatan jahat dan tidak berakhlak. Ia menjengkelkan. Mendedahkan kekurangan diri dan secara tak langsung membodohkan diri sendiri. Hal ini kerana, kita tidak mengenal sejauh mana orang yang kita sombongi itu. Mana tau dia lebih hebat dari kita?

Kalau menguji biar sama merahnya, kalau mengukur biar sama panjangnya. Hormati semua orang. In sha Allah kita akan dihormati. Berhentilah kesombongan kita, sedarlah diri dan insaflah memikir destinasi kita.

Semua manusia dilahirkan dengan cara yang sama, kecuali 3 orang sahaja.
Adam, Hawa dan Isa. ‎

Tak perlu berlagak, walau segah dan sehebat manapun segala pangkat darjat kedudukan kekayaan dan kemegahan kita, asal usul kita dari air yang sama.

Takde orang yang dilahirkan dari air sarsi atau coca cola.

Wallahu'alam, W‎assalam.

Sang Nila Utama 
Raja Muda Pura Cendana.

2014-10-14

Part 2


Hi kawan-kawan.
Aku macam terlupa pulak aku ada blog sejak dua menjak ni.
Aku rasa macam dah sampai simptom-simption malas blogging dah ni. Faktor usia agaknya.

Update pasal kes Dato kerek tu.
Alhamdulillah semalam dah settle keje-keje dismantle fixed installation. Bagus team aku. Dari kul 9am sampai 8pm dorang kerah tenaga. Siap sapu bagai. Tang best tu Ahad lepas, ada orang call aku  betul ke aku nak dismantle. Hahhahaha. Ko ingat aku budak tadika nak main acah-acah ngan kau? Zaman mengacah ni dah lama dah aku tinggalkan. Muak dah nak main acah sampai ke tua. So aku cakap la memang aku dah set time dah Monday morning untuk dismantle. Firm. Biar dia tau sikit tak semua orang nak jadi pencacai dia. Orang macam ni kena ajar. Dah terlalu lama hidup dengan budaya memperlekehkan and menghambakan orang, sampai semua orang dia nak treat dengan cara yang sama. Tak profesional lansung. Kau nak perlekeh pekerja kau go ahead. Tapi pakai otak la sikit, aku ni takde kena-mengena pun dengan organisasi kau. So jangan nak samakan aku dengan pekerja kau. Kau pun makan gaji ada hati nak membuli orang.

Monday morning.
Aku tak datang untuk tengok keje-keje dismantle. Ada 5-6 orang yang buat keje-keje tu. Biz partner aku tunggu untuk monitor supaya process dismantling dilakukan in sequence supaya tak merosakkan barang. Aku cuma tunggu update je. Partner aku update yang mangkuk-mangkuk yang perlekeh aku tu terjenguk-jenguk macam tak caya aku dismantle "Eh dah bukak la...."
Kau ingat aku main-main?
Aku nak tengok kau boleh dapat ke tak renovate dengan harga 5k kau tu.
Dapat la kot.
Dapat aircond 2 bijik je.


Partner aku ni lelaki. Mulut dia kalau dah bengang lagi power dari mulut aku.

Aku tau set-set poyo ni main-main ngan aku sebenarnya. Dorang tengok aku pi keje pakai selebet, kadang-kadang jeans ngan kasut pengawas so dia ingat company aku ni cokia la boleh nak bodoh-bodohkan. Aku tau masa dia mintak tawar 5k tu sebenarnya dia nak buat supaya aku terasa terdesak. Dia biarkan aku tunggu berejam supaya aku give up malas nak tunggu and ambil je offer dorang. Hallowwwwwwww.. lu salah pilih orang der. Aku sikit tak bengang dia tak ambik the offer, tapi aku bengang sebab masa aku terbuang banyak. Aku banyak keje pending la mangkuk. Time is money!

Puas rasanya bila aku dapat ajar dorang.
Aku nak dorang tau, this is how we work.
Tak macam kau yang suka delaykan keje, pastu bajet busy tapi hampeh. Mengencing orang je kejenya. Suruh datang kul 3pm, sampai opis tutup pun cheque tak bersign. Agaknya Dato tu boleh boleh sign cheque takat 5k sehari je kot. Tak semua orang ko boleh jadikan pencacai. Blaja hormat orang sikit. Tittle yang kau carry tu jangan bawak sepanjang masa. Tengok tempat sikit lah. Kalau nak berlagak ngan tittle, just bawak tittle Dato kau tu kalau berurusan dengan orang-orang level atasan atau setittle ngan kau. Kau bawak tittle kau jumpa orang macam aku, ada aku kisah??

Sampai mati aku akan ingat lawak jenaka dia nak bagi 5k kat aku 'Saya nak tolong awak je...'
Alahai....5k tu invoice Pos laju saya tetiap bulan Dato. Belum masuk invoice logistic and FEDEX. Jangan lah nak eksyen nau.

Aku rasa dorang ni kurang berinstagram kot.
Kalau dorang ada IG mesti dorang terbuka mata mata and minda sikit betapa ramainya usahawan muda kat Malaysia ni yang takde tittle pun tapi mungkin sama pendapatan dengan orang yang ada 5-6 tittle. Piiirahhhhh.


2014-10-11

Dato' Kerek Staff Poyo


Selama ni aku belum pernah ada pengalaman dengan manusia kategori berlagak seberlagak-lagaknya.
Yang terasa diri sangat besar. Yang pandang rendah gila-gila kat orang lain. Series! Belum pernah aku jumpa dengan orang spesis ni.
Semalam aku dah jumpa.

Kisahnya gini. Ada orang nak sewa property. Property tu sepatutnya disewa kosong. Tapi aku malas nak dismantle fixed installation dalam tu. Malas gila aku nak kemas-kemas segala. Dengan berabuknya lagi, dengan nak monitor orang keje lagi. Gila tak kuasa nak buang masa aku dengan keje-keje macam ni. Jadi aku ingat nak offer sesape yang berminat untuk beli fixed installation dari aku. Tak mahal mana pun, RM10k je. Kalau nak ikut invoice asal almost RM40k. Niat aku cuma nak offer this opportunity untuk potential tenant. Sebab aku memikirkan kalau nak buat renovation bukan pakai duit sikit-sikit. Paling bangsat RM25k (untuk keluasan property tu). Itu pun kau kena jimat kaw-kaw, cut mana yang boleh. So aku ingat takpelah, aku bukan nak buat untung pun. Kira win-win la. Kau sewa the property dalam keadaan semua dah sedia. Tinggal bawak masuk furniture je. Kau cuma bermodalkan RM10k je. Ok la kan, aku dapat 10k, kau dapat property yang dah ada basic installation.

So ada la satu potential tenant ni berminat. Everytime dia call je, default word dia adelah URGENT.
Tapi dia punya 'urgent' tu kau takyah gelabah sangat la. Dia punya urgent tu dalam lingkungan 2-3 minggu. Sempat la kalau kau nak gi beranak dulu.

Punyalah lama dia nak bayar the 10k.
Sampai aku malas nak tunggu, aku ingat nak dismantle je fixed installation tu. Malas aku nak tunggu dah. Tapi everytime aku bagitau aku nak dismantle, masa tu la dia cakap dia konfem ambik konfem ambik. Aku jadik tak sampai ati. Ok lah aku tunggu. Sebab dia kata dia taknak susah payah renovate dah.
Kejap-kejap bawak colleague datang tengok property. kejap-kejap bawak superior pulak datang tengok. Konon nak buat measurement la apa la. Aku layankan je walaupun dari cara dorang ni aku dah boleh nampak hawa-hawa kepoyoan yang bertingkek-tingkek. Mau tak poyo. Depan aku discuss nak juta-juta je. Macamkan aku tak pernah ada deal juta-juta.
Kalau aku boleh record, aku dah lama ambik video. Series weh aku tak tipu.
Selama ni tengok dalam cerekerama je orang diskas juta-juta kuat-kuat kat public. Sekali betul-betul aku dapat tengok. Nak gelak pun ada sebab poyo sangat la weh. Ada ke lojik cerita pasal nak tambah partition makan sampai RM500-RM600 ribu? Agak-agak la nak poyo dengan aku pun. Kau nak pasang partition je kot, bukan nak buat bangunan baru. Tapi tak tau la kalau dia nak pasang partition emas 96 karat.
Cara sembang kuat-kuat sebut pasal juta-juta tu alahaiii, dia ingat kompeni aku jual kapur sirih tepi jalan kot.

Dipendekkan cerita, this potential tenant drag the payment process sampai nak dekat 2 bulan.
Jadi Khamis lepas aku cakap aku nak dismantle sebab aku malas nak berulang-alik jumpa dia je tak sudah-sudah. Dia ingat aku budak suruhan kot sukati kau je nak suruh aku datang jumpa kau pukul berapa tak kira masa. Dah la call susah nak angkat, sms hantar 30 kali baru reply sekali. Busy katanya. Makan gaji je pun. Tapi busy mengalahkan orang yang ada 24 kompeni.

Khamis, aku kata aku nak dismantle.
Cepat-cepat dia suruh aku collect cheque kat opis. Masa tu kebetulan aku ada keje kat Bangi. Aku cakap ok la, aku datang kul 3pm.
Tepat 3pm aku sampai depan opis dia. Aku ingatkan cheque dah ready. Dia kata Dato' tengah siapkan cheque. Dato' is the Chairman.
Sejam setengah kauuu si Dato' nak siapkan cheque. Aku terpikir gak apehal si Dato' ni ambik masa lama nau nak sign. Baru blaja pegang pen ke hape.

Kebetulan aku ada appointment lain nak kejar lak petang tu.
Sebelum tu aku dah tanya dia lama mana lagi aku nak tunggu ni. Sejam setengah sign cheque? Kau pecahkan cheque RM10k aku tu kepada cheque seringgit seringgit ke hape. Last-last aku blah.
Kejap pastu dia call tanya aku kat mana. Aku cakap aku dah on the way nak jumpa client.
Dia kata Dato' baru je turun nak jumpa aku siap bawak cheque.
Oh really? Besar nau Dato' kau agaknya sampai tak hormat masa orang?
Kalau boss punya attitude pun kerek macam ni, patut la staff-staff poyo semacam. Bangsa perangai rasa diri besar. Dia ingat dia customer, dia boleh buat suka hati la. Lengah pun takpe sebab aku mesti tunggu punya, eh?
Kau ingat aku buat untung ke bagi kau harga 10k tu? Aku kesian kan kau je nanti kena keluar duit banyak nak buat renovation. Patut berterima kasih la sikit. Kau yang mintak aku datang pukul 3pm collect cheque, aku datang tepat pukul 3pm. Tapi bila aku datang, cheque pun baru terkial-kial nak sign. Dah la sign sampai sejam setengah. Logik? Eh ingat kau sorang je keje, aku tak?
Aku cakap kat dia tinggalkan cheque kat kaunter, esok pagi aku mintak orang datang collect.

Pagi ni aku tanya if aku boleh datang ofis untuk collect cheque. Dia kata dorang ada event this morning. Ofis tutup. Datang lepas Jumaat.
Aku tanya balik 'Lepas Jumaat' tu panjang. Pukul 6pm pun 'Lepas Jumaat' gak. Dia kata pukul 3pm. Dato' nak jumpa.
Elehhh. Ingat aku seriau la kalau sebut nama Dato' Dato' Dato' ni semua. Aku kesah apa kau Datuk ke, bapuk ke, kalau kau tak hormat orang, sorry kau takkan dapat respect dari aku.

Macam yang aku jangka, 3pm aku datang Dato' belum sampai opis pun lagi. Biasa la kan. Boss katanya. Ok takpe, aku tunggu. Aku bawak buku siap-siap sebab aku tau memang takde maknanya punctual dorang ni. Paham sangat dah perangai. Dalam sejam pastu Datin panggil aku masuk bilik. Dia kata kejap lagi Dato' sampai. Dato' nak jumpa sendiri ngan aku.
 


Ni conversation aku ngan biz partner.
Partner aku ni bajet Dato tu reader blog aku. So urusan akan jadi lebih mudah katanya. Apekejadahhhhh????

Yang aku pelik tu apehal staff-staff dia macam nak takut-takutkan aku dengan ayat-ayat "Dato insist nak jumpa", "Dato' Chairman tu moody sikit"....bla bla bla.
Ada aku kesah????
Aku datang bukan nak mintak keje.
Aku nak discuss kau nak ke tak offer aku. Kalau taknak, just say so and aku boleh blah. Simple.
Dia ingat aku tak biasa jumpa Dato Dato ni kot tu yang beria nak saiko aku. Takyah nak gigih sangat la ye.

Aku mengharapkan this Dato' sama perangai dengan Dato' Dato' yang aku pernah berurusan.
Rupanya tak.
Gila berlagak Dato' ni. Cara dia bercakap tu macam dia ingat aku ni budak suruhan kompeni yang diarahkan oleh boss untuk kutip duit. Aku pulak memang dari awal even dengan staff-staff dia pun aku tak penah kata aku own the place. Aku tunjukkan pada dorang seolah-olah aku ada boss yang lagi tinggi. Aku cuma manager yang manage the place. Sebab aku malas nak handle bila orang mintak diskaun. Kalau orang mintak diskaun aku boleh cakap "I will discuss with my boss first". Padahal aku nak pikir dulu. Eh lagipun aku ada biz partner kan, haruslah aku discuss dengan dia dulu apa-apa hal.

So this Dato gila kerek ya ampunnnn.
Bila aku tunjuk invoice, dia selak-selak and campak atas meja macam 10K tu takde apa sangat.
Well, I wish sangat ko rasa 10K tu takat celah gigi je. Lagi senang keje aku. Kau bayar, aku happy, aku balik. Done. Aku bukan nak compete sape paling kaya pun ngan kau. Aku cuma nak confirmation kau nak ambik offer tu ke tak. Kalau nak, bayar.

Dato' nak jumpa aku sebab nak tawar-menawar rupanya.
Nak mintak kurang 8K.
Aku mintak Dato tengok breakdown yang aku dah sediakan dalam lampiran. Aku cakap 10K tu reasonable dah. Sebab secara lojik akal, with only 10K kau boleh dapat ke property yang siap carpet, siap lampu 30nos, airconditioned, tingkap tinted, dah la tinted, siap ada blind bagai, pastu dengan cat baru, frosted glass door, carpet yang harga RM8.50sq feet, and segala tok nenek lagi .... hello, jamban rumah Mak Aji renovate pun 7K ya. Agak-agak la kalau nak bargain pun. Nak je aku cakap "Ala Dato' 10K pun nak mintak kurang ke?". Kang sentap terus tercekik gigi palsu.

Dia berkeras nak 8K.
Aku pun berkeras la jugak. Apa dia ingat dia tittle Dato aku takut nak pertahankan prinsip aku.
Pastu nak takut-takutkan aku pulak "Kita bukan tak boleh buat renovation baru. Cuma bila kita tengok you punya dah ada, so kita rasa apa salahnya ambik you punya. Lagi senang keje kita. Kita boleh je kalau nak sewa kosong. Cuma kalau boleh nak mintak kurang. Kalau tak dapat kurang takpela, kita tak ambiklah. Kalau ikut saya, sya nak beli harga 5K je"



Hahahhaa.
Nak tengok aku merayu kat kau suruh ambiklah...ambikla....lapan pun lapan lah.
Memang tak la.
Aku malas nak bertekak ngan orang tua. So aku cakap "Ok Dato, kalau macam tu it's ok. I have no problem with that. I datang cuma nak discuss if you are interested with our offer je. If you tak interested, I'm fine"
Terkebil-kebil Datin tengok aku berkeras ngan laki dia.
Apa ingat laki ko Dato', aku nak menyembah?

Pastu aku keluar.
Sebelum keluar, dia suruh aku jumpa dengan staff yang mula-mula aku berurusan dulu.
Ok la aku tunggu staff dia pulak.
Pastu staff dia panggil aku masuk bilik untuk discuss.
Aku heran gak ko nak discuss apa lagi. Rupanya dia merayu kat aku nak 8K gak. Dia kata sebab Dato' dah mintak 8K, jadi kena 8K jugak.
Pastu arkitek dia pulak menyampuk "Kitorang memang konfem nak, tapi harap u boleh kurangkan la sebab Dato dah kata nak 8K. You pun untung apa. At least you dapat duit"

Amboiii, kau ingat aku hadap sangat 8K kau tu?
Aku cakap boleh je kalau nak 8K, tapi I akan ambik some parts kat dalam property tu.

"Kalau u ambik sama je la, bukan lah diskaun namanya"

Pastu aku cakap "Dato kata dia mampu sewa kosong, takde fixed installation pun takpe. Takkan I ambik barang sikit dalam tu Dato tak mampu nak topup balik kot. Kalau sewa ofis kosong paling-paling nak kena ada 30-40K untuk renovate. Lagi makan banyak duit. U arkitek u patut lebih tau harga barang"

Senyap.

Pastu staff dia kata dia akan bagitau Dato aku bagi 8K tapi bersyarat.
Lepas sejam, baru dia turun.
Kali ni lagi best.

"Dato' kata dia nak 5K"

Aku gelak.
Aku cakap "Dato' sebenarnya takde duit kan?"
Berubah muka dorang.
Eh ada aku kesah?



Staff cakap "Dato kesian kat you, dia nak tolong you je"

Wow, besarnya pertolongan dia.
Tak tau aku nak ucapkan terima kasih macamana.
Cara dia tu macamkan aku ni tak pernah jumpa duit RM5K. Kesian aku kan.
Ni la dia manusia. Selalu rasa orang di depan dia adelah nothing. Hanya dia je yang paling hebat.
Hanya disebabkan kau pi keje pakai suit, maka kau terhormat.
Nak tolong, tapi sebenarnya perlekeh.

Aku straight cakap kat staff dia "You and your Dato' didnt get my point. I am offering you 10K not because of I desperately need money. I boleh je dismantle semua kalau I nak. Tapi I nak offer dulu kot-kot ada tenant yang nak accept. Sebab kalau nak renovate property kosong perlukan duit yang banyak. That's why I bukak offer kalau ada yang berminat nak beli fixed installation ni, I am offering at only 10K. Bukan I buat untung pun. Nak bagi free-free tak aci la. I offer 10K pun dah murah sangat dah ni daripada you nak spend another 30-40K. Ni baru namanya win-win situation"

Pastu staff dia cakap "Macam ni la, apa kata kita pecahkan invoice. Buat 2 invoice. 5K-5K. Cheque 5K yang pertama saya akan mintak Dato sign sekarang. Lagi 5K tu kita settle kemudian"

Aku senyum je.
Tapi gelak dalam hati.
Klaka pulak aku tengok dorang ni bekerja. Gi opis kemain berkot bagai. Tapi bila part negotiate macam beli ikan kat pasar. Takde gaya-gaya profesional lansung. Tu pasal la agaknya pi opis pakai suit. Kalau tak pakai suit memang tak nampak gaya profesionalnya. Menang kat baju je la kau.
Ingat aku nak percaya kau akan bayar the balance?

Aku tanya "Eh, bukan ke semalam kata cheque 10K dah ready? Dato' dah siap sign siap turun bawah nak jumpa bagi kat I?"

Senyap.

Nampak nau menipunya kan.

Kejap kata konfem 10K.
Pastu mintak 8K.
Tak sampai 2 jam mintak 5K.
Apa ko ingat aku hadap sangat duit kau?
Kita cuma nak buat baik kat dia, saje nak bagi peluang orang lain takyah keluar belanja mahal. Dia nak buat kerek pulak.

Pastu buat-buat kalut "Kesian saya tengok akak, tunggu lama. At least ada la jugak dapat duit"

Aku cakap "Eh takpe. Jangan kalut-kalut. Benda ni simple je sebenarnya. If you mampu, you bayar seperti harga invoice. Kalau tak mampu, then no business. I tak kisah. I cuma taknak buang masa menunggu"

Pastu aku blah.

Orang macam ni kena ajar.
Dia ingat semua kena menyembah kat dia kot.
Konfiden je nak offer aku 5K dengan alasan 'nak tolong aku'.
Kamon la, sebelum kau nak merendahkan orang, study la dulu orang tu background cemana. Biar ko boleh berlagak dengan jayanya. Takde la nampak poyo menyakai membabi buta sangat.
Kompeni aku tak besar mana pun, tapi 5K tu insyallah belum jadi masalah lagi.


2014-10-10

Ephyra : Promo : Happiest Day


Lupa betul aku pasal ni.
Rabu lepas ye ye je aku bagitau ada Happy Hour Jemahat ni, dah nak keluar gi appointment baru aku teringat. Tu pun sebab baca email reader tanya bila Happy Hour start.

Kali ni aku bukak untuk pembelian sekotak.
Sebab last time punya Happy Hour ada yang tanya apesal takde diskaun untuk sekotak.
Sebenarnya, sekotak memang takde diskaun.
Tapi hari ni aku bukak.
Only for one day.

Memandangkan aku ada banyak tempat nak pegi hari ni, jadi aku tukar Happy Hour ke Happy Day sebab takut tak sempat nak update blog. Disebabkan aku pun nak 'happy' jugak tanpa sebarang tekanan nak mengecheck order form today, so ni aku bagi siap-siap akaun number. Terus masukkan duit ya. Tapi WAJIB isi form dulu. Pastu nak bank in, silakan.

Ok, promo berhenti di sini. *new update*

Emailkan prove of payment to : health[at]xzizbiotech[dot]com

Thank you.

Have a nice day.



2014-10-09

Bulan


Pic diambil dari Google


Kita ni, bila sayangkan seseorang, segala benda yang berkait dengan dia kita akan ingat.
Akan terbayangkan dia, akan terkenangkan dia.
Kalau sayang atuk nenek kita, peninggalan dia kita akan ada hubungan rasa, hubungan syahdu dari hati.
Contohnya kerusi rehat dia, katil dia malah makanan kesukaan dia. ‎
Kalau sayang mak bapak kita pun sama, dia ada ke, tak ada ke, kita akan terkenangkan dia bila kita terlihat atau terpandang benda-benda yang ada hubungan dengan dia.

Sama ada masih ada atau sudah tak ada dia, kalau dia suka makan laksa, kita akan ingatkan dia bila kita makan laksa. Walau di mana kita berada. "Arwah kalau ada ni, suka dia dgn laksa ni".
Keadaan ini dipanggil "associate".
Kaitan ke benda, menghubungkan hati-hati kita. ‎
Begitu jugak kalau kita sayangkan teman kita, segala apa yang associate dengan dia, kita akan terkenangkan dia.
Tempat-tempat yang kita pernah pegi sama, makan sama, barang2 peninggalan atau hadiah dia kepada kita, kita akan ingat dan kenang.

Susah nak diterangkan, melainkan kepada yang merasa.

Semalam dikhabarkan Gerhana Bulan.
Bulan, ada associate dengan seseorang yang telah lama pergi, tapi namanya disebut sehari-hari.
Kalau kita melihat Gerhana Bulan sebagai fenomena alam sahaja, ‎tanpa dapat associate dengan dia, kita rugilah.

Dia pernah ditanyakan, "Jadilah kamu pembesar nombor 1 negeri ini, kahwinlah dengan perempuan tercantik negeri ini dan kami sediakan wang yang paling banyak untuk kesenangan kamu sekeluarga, syaratnya berhentilah kerja-kerja kamu, sertai kami".

Dia menjawab, "andai kamu letakkan bulan di tangan kananku, dan letakkan matahari di tangan kiriku, aku tidak akan hentikan kerja ini".

Dia pernah dicabar, membelah bulan sebagai pembuktian, dia mengangkat tangannya dan membelah bulan, terpinga mata mereka melihat, tetapi mereka tetap tidak mengikut. ‎

Sampai hari ni, bulan itu "ditinggalkan" Allah untuk kita lihat, salah satunya semoga dapatlah kita associate dengan dia. ‎
Dan Allah juga sediakan Surah Al Qamar dalam Al Quran, sebagai bacaan dan peringatan. Lebih-lebih lagi di hari semacam ini, sebagai sebab men-associate.

Semaklah Al Quran kita, halaman 528, lihatlah betapa Surah itu cukup menakjubkan.
Perhatikan huruf terakhir setiap ayat. Ada 55 ayat semuanya.
Kemudian lihatlah terjemahannya.
Semoga kita semua mendapat singkapan dengan panduan yang Maha Memberi.

Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad. Wallahu'alam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana


p/s : Atas permintaan some readers, aku dah pun create satu link di sidebar, kompilasi semua post dari Sang Nila Utama.

2014-10-08

Fleur by Mrs Him : 1st baby : Arana by Arekay



Arekay, adelah new label under Fleur by Mrs Him.
Alhamdulillah, Arekay dahpun release its first product - Marsmallow Shawl yang diberi nama Arana.
Takyah carik la apa maksud Arekay, ni semua main terlintas dalam kepala terus letak je.



Kiut tak kaler-kaler Arana?
Terasa diri menjadi comel laksana bayi je bila pakai warna-warna pastel ala-ala marshmallow macam ni. Ada 17 warna kesemuanya.
Kat bawah ada form untuk korang order.
Tapi nak bagitau siang-siang ni.
Shawl ni aku baru check today, jadi stock belum masukkan dalam inventory lagi.
Please allow 24 hours untuk kita respond to your order. We will try to reply the soonest possible.

Material : Chiffon georgette
Type : Long shawl / wide shawl
Size : 180cm x 70cm

Harga adalah without postage.

Kalau gamba tak cukup besau, klik kat gamba bagi besau.


SOLD OUT




SOLD OUT

SOLD OUT



SOLD OUT

SOLD OUT



SOLD OUT


SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD OUT


Model : Sheeha
MUA : Sukma (019-2655884)
Photographer : Arisx from Vendimia Studio (012-4464440)


Name:
Email Address:
Color RM44.00 : Brown
RM44.00 : Pale Khaki
RM44.00 : Baby Blue
RM44.00 : Peach
RM44.00 : Green
RM44.00 : Dusty Pink
RM44.00 : Turquoise
RM44.00 : Dusty Blue
RM44.00 : Baby Pink (peach/turquoise)
RM44.00 : Orange
RM44.00 : Baby Pink (khaki/fuschia)
RM44.00 : Lilac
RM44.00 : Yellow
RM44.00 : Pale Grey
RM44.00 : Cream : Pink/Burgundy
RM44.00 : Cream : Turquoise/Pink
RM44.00 : Cream : Blue/Turquoise
Quantity
Delivery Address
Contact number
Remarks



p/s : Oh yes, Happy Hour Ephyra this week, insyallah Jumaat. Tungguuuuuuuu!


2014-10-06

Hari Raya Haji 2014


Hari Raya Haji 2014.

Memang sejak mula kawen lagi kalau dah nama Raya Haji, takde kampung lain dah nak beraya. Memang kat kampung En Wan je la. Seingat aku baru 2 kali beraya haji kat rumah sendiri. Itu pun masa aku berpantang lahirkan Rayyan. Lagi satu tahun lepas kot sebab kebetulan raya kena tengah-tengah week jadi semua pun tak balik. Memandangkan ramai duduk KL and mak pun dah duduk sama kat PH, jadi semua beraya rumah aku. 

This year kitorang balik Tganu awal sikit. Jumaat lepas Subuh dah keluar dari rumah. Taknak sangkut kat jem punya pasal. Alhamdulillah memang lengang selengang-lengangnya. 5 jam tanpa perlu speed, dah sampai kampung. Rupanya orang yang gerak balik Tganu Jumaat malam dah sangkut berjam-jam. Kawan En Wan gerak dari rumah kul 12 malam, sampai Tganu 11pagi Sabtu. Dem.

Kalau aku konfem dah merempan dalam kereta. Siap bersumpah taknak balik Tganu dah. Tu aku la punya perangai kalau dah bengang sangkut dalam jem. Gila kauu. Kalau dah sampai 12 jam dalam kereta, melecet kulit bontot aku. 

Jumaat, sampai rumah pun takde buat apa sangat. Membuta je keje. Lagipun lepas Jumaat, En Wan terus gi bandar uruskan hal-hal reunion dia esoknya. So aku malas nak kacau. Baik aku qada tido.

Sampai now aku blom sempat lagi nak pusing town. Ada la kejap malam hari Jumaat tu En Wan bawak aku gi makan AnW. Macam la tak penah makan AnW kan. Tapi memang tu la pun acara wajib. Pasar Payang pun blom aku belum mencemar duli lagi. Ingat nak redah gak esok. Menyambar kaftan barang seempat lima. Jeruk kelubi lagi. Kepok lekor lagi. Penuh program dah ni. Pegi je tak sompek-sompek lagi. Seb baik malam tadi dorang BUAT BBQ. Terlepas la keinginan aku nak makan sotong. Nak makan sotong Warung Pok Nong konfem tak dapat punya. Pok Nong pun nak beraya kan. Semalam aku ingat dorang nak BBQ daging, rupanya seafood. Daging semua bawak ke kenduri tengahari ni.



Tau ni apa?

Batu lembu (testis) goreng kunyit.
Masa melapah, ini yang En Wan ngan anak-anak sedara dia rebutan dulu. Sungguh aku takleh brain. Dari kecik dah ada telur pun nak gak rebut telur hak makhluk lain. Ce tengok aku. Rilek je. Bersyukur je dengan apa yang ada. Kah Kah Kah.

Aku tanya En Wan, camana rasa dia.
En Wan kata rasa lembut. Dia suruh aku try. Kosser aku nak hadap. Yang ada ni pun jarang berusik. Eh.

Internet kat kampung En Wan ni masih lagi kategori hazab tapi ada improvement sikitttt dari tahun-tahun sudah. Aku memula dah down dah bila En Wan ajak balik kampung awal sebab budak-budak Fleur by Mrs Him keje Jumaat and Sabtu. Susah kalau takde connection ni. Payah nak communicate. Lagi payah kalau dorang hantar gamba untuk aku edit on the spot. Rupanya tahun ni ada improvement. Dulu kalau nak check FB kena bertenggek luar rumah. Now dalam bilik pun dapat dah cuma takde la laju mana. But at least takde la aku bersidai kat luar doplohpat jam. 

Alhamdulillah those yang terlibat dengan photoshoot new shawl Fleur by Mrs Him fokus dengan keje walaupun aku takde. Walaupun petang raya orang semua dah busy merendang mengetupat menggulai, dorang masih lagi update aku via whatsapp dengan gamba-gamba shawl. 

"Macam ni ok tak?"
"Style ni ok tak?"
"Pose yang ni boleh?"

Aku masih lagi tak sempat nak view gamba-gamba, tak jumpa pun model. Thank you so much to all.  Model, photographer, MUA official untuk Fleur by Mrs Him and assistant aku. Thank you.

Aku tau ada MUA yang nak sponsor tapi shooting kali ni aku takde sama, jadi aku serahkan pada official MUA. Dia tau dah apa yang sesuai untuk model aku. And yes model, memang aku perlukan more model untuk shawl akan datang. Sila serah diri pada saya.

Ok, aku nak siap-siap untuk kenduri tahlil and majlis bertunang anak sedara En Wan. 

From Manir with laf. 


Insyallah Rabu ni aku launch Shawl Arana by Arekay (new label under @fleurbymrshim)

2014-10-05

Panggilan Ibu


Seorang Ibu mendapat darjat yang tinggi dalam adat dan juga agama. Begitulah selayaknya. Islam menuntut setiap anak meninggikan ibunya. Bidal kata "Syurga terletak di bawah kaki ibu", bukan maksudnya di bawah kaki ibu ada syurga, tapi kalau nak melihat syurga atau bercita-cita hendak masuk syurga, ibu kita mesti lebih ditinggikan daripada kita, sehingga kita dapat melihat tapak kakinya.

Maksudnya, ‎memuliakan, meninggikan, sehingga kita sebagai anak berada di bawah. Ikatan ini perlu ada sepanjang masa, selama kita hidup.

‎Mendahului ibu dalam perkara yang tidak bertentang syarak, adalah kewajipan. Solat sunat kita, jika didirikan dan dalam masa sama kita dipanggil oleh ibu kita, maka solat sunat itu dituntut Islam supaya dihentikan. Boleh dikerjakan semula di masa lain.

Begitulah tinggi darjat dan "power"nya kuasa seorang ibu. Jangan sampai terdetik di hati ibu kita perasaan singgung dengan perbuatan kita, percakapan kita, atau tindak tanduk kita.

Kalau dalam solat sunat kita, ‎yang pada lahirnya, adalah perbuatan kita menghadap Allah, disuruh berhenti, boleh kita tanya diri kita sendiri, apakah urusan kita yang terlalu besar, untuk kita menolak panggilan ibu?

‎Panggilan zahir seperti yang kita bayangkan sekarang mungkin kita boleh jawab. Apa kata panggilan telefon?

‎Ya, panggilan telefon dari ibu kita.

Kalau kita sorang pekerja dan ada ketua, iaitu boss kita, lazimnya kalau kita nak telefon boss kita, kita akan sedikit teragak-agak.

Hal ini kerana kita bimbang dia meeting ke, tengah buat presentation ke, tengah discussion client penting ke ataupun hanya sedang bersama keluarga. Kita akan pertimbangkan keadaan boss kita sebelum menelefon, walau di mana dia berada.

Dalam hal ini, kita pekerja dan dia boss.

Dalam hal kita bersama ibu kita pula, ibu kita jika sampai tahap teragak2 untuk menelefon kita, kerana "pengalaman" dia telefon kita sebelum ini‎, katalah dia telefon dan kita tak jawab, bukan sekali dua, tapi berkali-kali, maka ter registerlah dalam fikiran ibu kita, seperti fikiran yang ter register dalam otak kita dalam kes menelefon boss kita tadi.

Ibu kita bimbang penelefonan dia itu, akan mengganggu kita dalam tugasan harian kita.

Maka jadilah kita "ketua" kepada ibu kita.

Atau dengan kata lain, "seorang ibu telahpun melahirkan ketuanya".

Ini hanya satu contoh. Satu misal.

Dan cukuplah satu contoh itu untuk kali ini dengan harapan hal ini dapat dibetulkan sempena Hari Raya Aidiladha ini.

‎Tanyalah diri kita. Tak payah lihat orang, semoga kita bukanlah Tuan kepada ibu kita.

‎Saya doakan begitu untuk diri saya dan Tuan/Puan semua.

Salam Aidiladha.

Wallahu'alam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana.

2014-10-03

Pak Unggal


Terima kasih kepada semua yang hantar ucapan takziah. Semalam pakcik aku yang duduk kat Tampin meninggal dunia. Ini adik Mak Aji. Kita semua panggil dia Pak Unggal. Pak Unggal ni golongan anak istimewa. Sejak arwah nenek sikit-sikit, berpindah-randah duduk dengan anak-anak kat Singapore, JB, Bangi and Ampang, Pak Unggal tinggal sorang kat kampung (Tampin). Orang macam Pak Unggal susah nak terima perubahan persekitaran. Dia sendiri yang pilih untuk duduk di kampung. Every month, adik-beradik Mak Aji akan gilir-gilir balik Tampin untuk jenguk Pak Unggal. Disebabkan dia istimewa, kita upah orang untuk tengok-tengokkan Pak Unggal. Kalau kita ada majlis kawen atau apa-apa majlis kekeluargaan, kita akan ambik Pak Unggal dari kampung untuk join.

Sejak nenek meninggal August tahun lepas, Pak Unggal dah tak berapa sihat. Bermula dengan kaki sakit, tulang retak, kaki bersimen, sejak dari hari tu dia dah tak bergerak banyak. Duduk kat rumah je. Alhamdulillah Pakcik Man yang jaga Pak Unggal jaga dia dengan baik. Takde la nak mewah-mewah. Nama pun orang kampung, tapi Mak Aji adik-beradik akan tetap balik kampung untuk jenguk dia, hantarkan duit belanja sambil-sambil ziarah kubur arwah atuk.



Ni gamba Pak Aji dengan arwah Pak Unggal raya yang lepas. Masa aku dapat gamba ni dari Ibal aku terperanjat. Apesal Pak Unggal kurus sangat?
Agaknya sejak Pak Unggal duduk rumah tak Keluar-keluar, dia dah tak jumpa ramai orang, dia jadi kurang bercakap. Kalau dulu sepatah aku tanya, sedepa dia jawab. Akhir-akhir hayat dia, dah kurang bercakap. Agaknya dia pun dah tak tau nak cakap apa sebab tak sekuat dulu.

Dulu masa sekolah rendah, kalau cuti memang aku dengan Ima akan duduk kampung. Teman nenek (semenjak atuk dah takde). Pak Unggal ni pertuturan dia kurang jelas tapi rajin bercakap pulak tu. Payah jugak aku nak memahamkan apa bijik butir dia cakap. Of cos yang paling memahami adelah arwah nenek. Sebab dia yang jaga dari kecik (Pak Unggal adelah anak saudara arwah atuk, bukan anak kandung). Disebabkan dia ni istimewa, orang ramai take advantage. Dia ni pulak jenis macam aku gak mudah percaya kat orang. Kena pulak orang tau Pak Unggal ni bukannya orang istimewa yang jenis melarat terbiar. Jangan main-main oiii, T Shirt John Master aje. Kadang-kadang Crocodile. Sebab makcik-makcik aku yang kat Singapore always belikan dia branded stuff. Orang Tampin tau Pak Unggal orang istimewa yang berduit.

Aku ngan Ima suka geledah laci lemari baju dia sebab ada banyakkkkkkkkk kaset. Dia ni bukannya tau membaca pun. Jadi bila orang hulurkan kaset apa pun dia akan beli. Orang tau dia ada duit, dia pulak jenis percaya je ngan orang, apa orang suruh beli dia beli. Laci dia tu kaset Indonesia, kaset Cina, kaset lagu Siam pun ada! Sedap-sedap lak tu. Selalu kena marah ngan arwah nenek sebab asik kena kencing dek orang. Kalau hari raya dia dapat banyak duit. Imagine la adik beradik Mak Aji berapa orang. Pak Unggal ni walau bukan adik kandung tapi sebab sejak bayi lagi arwah atuk dah bela, jadi semua pun anggap macam adik sendiri. Kalau time raya, makcik-makcik kat Singapore bagi duit Sing Dollar ok. Apa tak kaya. Walaupun dia hanya kenal 'duit merah'  (RM10), tapi tetap dia nak pegang sendiri sendiri semua duit raya dia. Aku selalu kencing kan dia. Bila dia tunjuk kat aku "Yana, ni apo? (Diana, ni berapa?)", aku tipu dia "Ni duit merah. Ni banyak. Yang ni duit ijau. Duit ijau ni tak laku kat Tampin. Kat Bangi laku. Bagi Diana la". Ngahahahaha.

Ada satu kali tu dia balik rumah, nenek marah sebab duit dalam wallet dia abis kosong. Bila aku tanya mana duit dia pegi, dia tunjuk gamba ukuran passport sorang pompuan. Rupanya pompuan tu cakap kat Pak Unggal kalau nak gamba, Pak Unggal kena bagi duit. Siap offer jadi makwe. Lanch. Mentang-mentang orang tu akal tak sampai, kau ambik kesempatan.

Orang macam Pak Unggal ni dia bangga bila masyarakat boleh terima dia. Toksah kata dia la. Kita yang normal ni pun kalau orang pangkat besar ajak kita join them, kita pun teruja. Apetah lagi orang macam Pak Unggal bila di offer keje oleh orang yang akalnya seperti kita. Tapi tak semua yang berakal tu berhati perut. Ada yang perut je besar, hati takde. Pak Unggal ni pulak bila nampak depan kedai ada orang angkat gas, dia offer diri nak keje. Angkut sampai 20-30 tong gas, dibayar upah RM3. Sakai kan manusia? Hanya kerana orang tu tak macam kita, kita gunakan dia cukup-cukup. Aku harap bisnes kau lingkup. Tapi istimewanya Pak Unggal, dia bangga bila dibayar gaji. Dia rasa proud bila orang bagi kepercayaan kat dia.

Kalau lalu depan restoran, dia masuk tanya ada pinggan nak basuh tak? Basuh berbesen-besen pinggan sampai kulit tangan pecah sebab basuh guna sabun FAB, upah sehari RM3. Pak Unggal bangga cerita kat kitorang dia sekarang dah keje cuci pinggan gaji RM3. Masa tu aku tak rasa apa sangat sebab duit belanja sekolah aku pun baru 50 sen. Pak Unggal dapat RM3 sehari. Banyak la tu kot. Kalau sekarang dia bagitau dia gaji RM3 sehari keje macam nak patah riuk, aku bakar restoran tu.

Pak Unggal panggil En Wan - Abang.
Nak tergelak aku. Chantekkk muka ko nak jadi adik?
Arwah nenek selalu sound dia 'Amboiiii keciknya kauuu! Itu pangkat anak tau!"
Pastu dia pertikaikan "Yana panggil dio abang."

Nenek balas dengan high pitch "Sebab itu laki dia!"

Hahaha. Aduiii pitam aku.

Kadang-kadang balik kampung kitorang bawak buku latihan. Bila kitorang study, dia pun sama sibuk keluarkan buku tulis. Penuh satu buku tu dia tulis. Tapi dia sendiri pun tak paham apa dia tulis, lagikan aku. Dah macam tulisan dokter. Tengah-tengah tulis siap benti kejap mulut kumat-kamit mengira pastu padam balik apa dia tulis tadi and tulis lain pulak. Cam real kau. Terancam aku. Aku ingat aku dah habis terer buat muka busy study, rupanya dia lagi terer.

Penah satu kali aku ngan En Wan balik kampung. Tengah En Wan baca paper, dia datang belakang "Kau tau baco ko?"
Kah Kah Kah.
Konfiden dia tanya orang padahal dia sendiri tak tau baca. Bila En Wan cakap of cos la tau baca, dia cakap "Uiii Yana. Pandai abang (En Wan) baco eh?"
Nanti nenek aku menyampuk "Ko ingat dia macam kau ke?" Hahahaha.
Nenek aku ngan Mak Aji memang suka sabotaj orang.

Banyak kenangan aku and Ima dengan Pak Unggal sebab kitorang rajin duduk kampung. Rabu malam bila Ibal call pukul 1130pm bagitau Pak Unggal meninggal, aku terdiam kejap. Sebenarnya Selasa malam tu aku bersembang dengan mak mertua aku pasal kawen Ibal. Pastu mak mertua aku tanya nanti Ibal kawen Pak Unggal datang tak sebab dia dah lama tak jumpa. Pastu meleret terus bercerita pasal dia. Aku cakap sejak seminggu ni aku asik teringat Pak Unggal. Nak sangat jumpa dia kejap tapi always lupa. Pastu En Wan ajak balik Tampin lepas raya haji ni. Balik hari je. Tapi Allah lebih tau rupanya. Rupanya Dia dah hantar rasa ingat-ingatkan Pak Unggal tu petanda Pak Unggal dah tak lama.

Pukul 7am aku gerak dari PH.
Macamana pun aku nak tengok jenazah Pak Unggal jugak. Alhamdulillah melalui apa yang Pakcik Man cerita (yang menjaganya), aku dapat bayangkan di mana tempat Pak Unggal sekarang. Pakcik Man kata Pak Unggal tak sakit. Dia berbual macam macam biasa cuma sebelum tido dia panggil Pakcik Man "Man, aku nak kicap".

Pakcik Man ni pelik la jugak "Apo nak buek kicap malam-malam? Ekau nak makan kicap ko?"

Bila tanya banyak kali rupanya dia mintak Pakcik Man ajar dia mengucap.

Ya Allah.
Kuasa Tuhan.
Pak Unggal orang istimewa yang cakap pun tak jelas, tak pandai mengaji, tak tau solat. Solat setakat jadi makmum ikut-ikut. Tau baca Bismillah je. Tapi di akhir hayatnya dia mintak orang ajar dia mengucap.

Lepas Pakcik Man ajar, Pakcik cakap "Aku nak tido ni. Ko nak apa-apa lagi tak? Kalau taknak, jangan panggil aku tau. Aku nak tido ni"

"Yo lah. Aku tak panggil dah"

Setengah jam lepas tu Pakcik Man tergerak nak pi tengok dia. Pak Unggal dah takde. Tangan dia dah dah sedia kiam. Sebak sangat aku dengar.
Dia hidup dia dunia serba kurang.
Tapi matinya cara sangat mulia.
Pak Unggal meninggal setahun lepas nenek pergi.
Aku tau sebenarnya Pak Unggal rindu nenek. Terlalu rindu nenek.

Dulu Mak Aji selalu menyakat dia "Eh, mak betul kau dah mati tau. Yang jaga kau sekarang ni mak aku. Nanti kalau mak aku takde, sape nak jaga kau eh?"

Pak Unggal konstan jawab "Kalau mak mati, aku matilah".

Betul Nek, Pak Unggal memang ikut nenek.
Aku masih lagi terkejut dengan kematian Pak Unggal. Sampai now masih senang nak mengalirkan air mata bila ingatkan dia.
Tapi bila teringatkan cara dia pergi, aku kembali tenang. Aku tau Tuhan dah sediakan tempat istimewa untuk orang istimewa macam Pak Unggal.

Semoga Pak Unggal dicucuri rahmat.
Azhar bin Jasin.
Al-Fatihah.

Hari Wukuf


Satu persoalan "comel" yang nampaknya tahun ni masih berlaku ialah penentuan pemerintah pada hari Raya Haji. Raya Haji disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Penentuan haribulan-nya kalau mengikut kaedah pemerintah Malaysia masih menggunakan alat teropong anak bulan. selain kiraan falak. ‎Teropong itu baik dan teruskanlah meneropong.

Cuma atas dasar "mengatasi maslahah atau ‎kesulitan yang lebih besar", alangkah baiknya kalau tak payah meneropong anak bulan Zulhijjah, ikutlah sahaja penentuan wukuf oleh Kerajaan Arab Saudi. Rasanya sejak 5 tahun kebelakangan ini, ada masalah yang timbul jika tarikh wukuf di Mekah adalah 8 Zulhijjah di Malaysia. Ini kerana perayaan Hari Raya Aidiladha juga dipanggil Raya Akbar, iaitu Raya Besar diiringi ia oleh beberapa ibadat yang telah ditentukan masanya.

Paling mudah ialah Puasa Arafah. Iaitu puasa bagi seluruh umat Islam yang tiada dirinya akan hadir di bumi Arafah sebagai melaksanakan wukuf. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya. [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no : 1983]

Agak sulit bagi kebanyakan orang Islam, terutamanya Ahli Puasa, untuk melaksanakan ibadah ini dengan aman, tanpa was-was jika kita berselisih hari dengan Arab Saudi. Bagi yang tak puasa hari ni macam saya, tak adalah isunya sangat. Di Arab Saudi 9 Zulhijjah dan Wukuf sedangkan di Malaysia 8 Zulhijjah. Kalau nak dipuasa 9 Zulhijjah waktu Malaysia di Arab Saudi sudahpun masuk 10 Zulhijjah, hari Raya. Hari Raya adalah hari yang diharamkan puasa. Begitu juga dengan ibadat qurban, yang dilaksanakan pada 10 Zulhijjah sehingga selesai Hari Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Maka hari Tasyrik terakhir di Arab Saudi 13 Zulhijjah adalah sehari lebih awal daripada Tarikh Tasyrik di Malaysia, Qurban pada 13 Zulhijjah di Malaysia ialah 14 Zulhijjah di Arab Saudi, sudahpun terkeluar daripada Hari Tasyrik dan tak boleh lagi dianggap Qurban. Jadilah ia sembelihan biasa dan menjejaskan banyak perancangan serta menimbulkan kesulitan.

Memang ada jalan keluar untuk berkompromi dengan keadaan ini tetapi bukankah "mendefaultkan" ‎tarikh agar selari itu lebih mudah dan jalan keluar yang paling praktikal? Kenapa setiap tahun bila ada kes ini kita tetap kena refer kepada orang pandai agama sedangkan ia mudah dilakukan dengan cara yang dipanggil synchronization? Kita ni selalu berlebih-lebih pada tempat yang boleh dipermudahkan. Tempat yang patutnya kita berlebih-lebih kita permudahkan pulak. Terbalik kita ni. Kesian kat kita. ‎Lagipun wukuf hanya boleh dilakukan di Arafah. Besar kewajaran pada fikiran saya yang takde sijil agama ini untuk mengikut tarikh di Arafah bagi penentuan Hari Wukuf, yakni 9 Zulhijjah. Lainlah wukuf boleh dibuat di Putrajaya.

Wallahu'alam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana

2014-10-01

Qurban


Tak berapa hari lagi Hari Raya Aidiladha. Umat Islam serata dunia menyambut dengan cara masing-masing. Mereka yang berada di Tanah Suci tentunya dengan sambutan yang istimewa. Kita di Malaysia pulak terpulang, ada yang meraikan, ada jugak yang melaluinya seperti hari-hari yang lain, cuma bezanya, hari cuti. Bagi yang membuat qurban tahun ini, semoga qurban kita diterima Allah, amiin. Marilah kita ‎belajar dan memperbaiki kaedah qurban kita. Jangan saban tahun membuatnya, tapi tak pernah ada peningkatan kualiti qurban.

Mengenangkan peristiwa qurban antara 2 Nabi Mulia, yang membawa kepada amalan qurban pada masa ini merupakan satu tuntutan. Tapi dalam zaman moden sekarang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang banyak duit, amalan ini mudah dilakukan dengan cara subcontract. ‎Serah saja duit, semua beres. Peserta qurban boleh makan lemang cicah rendang ayam di rumah dan bergelak-gelak, haiwan qurbannya entah di mana pun tak tahu. ‎Penghayatan erti qurban yang sebenar semakin menjauh bagi kebanyakan kita. Sesuatu yang patut kita risaukan. Usah dilihat kaifiat dan perlaksanaannya serta juga berpuluh FAQ saban tahun membincangkan isu sama yang masih kita tak pandai-pandai. Lihat saja perkara mudah yang mampu ditaakul akal dewasa kita.

Pertama, hormatilah haiwan qurban.
Menghormati makhluk dan lebih-lebih lagi haiwan qurban kita, adalah kewajipan. Haiwan berkenaan bukan bahan senda gurau, Jangan di buat lebih kurang. Jangan dicakap lebih kurang. Walaupun ia tak mampu membalas cakap kita, sebagai makhluk, ia ada perasaan makluknya. Kalau ia tak berperasaan, mana datang semangatnya utk melindungi anaknya jika dalam ancaman?

Antara perkara tak betul dibuat oleh kita ialah membiarkan haiwan qurban yang sedang tunggu turn, melihat "kawannya" disembelih. Ini berlaku di banyak tempat. Alasan kekurangan ruang selalu diberi, sedangkan ada kaedah lain yang boleh dipanggil "membuat partition". Partition boleh dibuat dengan apa-apa kain, asalkan haiwan berikutnya tak melihat dengan mata dia apa yang kita manusia ni perbuat kepada "kawannya". Mana akal kita membiarkan hal ini berlaku? Kalau manusia lain disembelih di depan kita, sedangkan kita calon berikutnya, apakah perasaan kita? 
Dan menjadi akhlak orang Islam yang baik untuk MENYEMBUNYIKAN dari pandangan haiwan qurban itu sebarang alat seperti pisau, parang, pengasah dan seumpamanya.

Perkara kedua yang jugak selalu berlaku, ialah menarik-narik haiwan qurban yang sudah jatuh, kononnya untuk "mengadap qiblat". Tarik pada ekor, kaki, perut, tendangan, tolak dengan segenap daya manusia yang ramai, untuk mengalih haiwan yang satu itu. ‎Ada tempat sampai berdarah haiwan itu akibat bergesel dengan permulaan lantai, katalah tanah, rumput, batu, konkrit dan ada jugak jalan tar. Sebelum disembelih, sudahpun seksa ia. Menghadap qiblat bagi haiwan yang hendak disembelih, hukumnya sunat. Sedangkan menghormati haiwan, lebih-lebih lagi haiwan qurban, hukumnya wajib. Mana layak hukum sunat didahulukan, sedang yang wajib ditinggalkan. Sungguh kita terpedaya dengan tipudaya, menyangka sudah lebailah kita dengan menghadap qiblat itu, sedangkan haiwan terseksa kulit tersagat batu. Kalau ayam itik, mengadap qiblat, adalah akalnya. Ini lembu, kerbau, ‎mana datang amalan ini?

Cuba rebahkan ia ke arah yang betul untuk menghadap qiblat. Kalau tak dapat, apa arahpun, selesaikanlah ia. Kita ni bab qiblat sangat particular, lebih-lebih lagi dalam bab sembelih qurban. Ada banyak lagi amalan yang dimuliakan un‎tuk kita menghadap qiblat, ada kita kisah? Contohnya, mengambil wuduk sunat untuk menghadap qiblat.‎ Amalan harian, kita kisah?

Seperkara lagi, selesaikan cepat kerja-kerja melapah. Janganlah kalut sembelih 10 ekor haiwan qurban, lapahnya satu-satu. Sembelih ‎jam 10 pagi, mula lapah jam 5 petang. Alasannya, tukang sembelih diimport, banyak job hari ni nak kena cover. Ambillah bilangan yang kita mampu. Atau upahlah pelapah-pelapah yang ramai utk membantu. Ia lebih terhormat.‎ Peserta qurban pulak, kalau dah tau kita malas melapah, hulurlah upah lebih untuk tukang lapah. Kesian haiwan qurban, lambat diselesaikan sedangkan sudah lama ia mati.

Aktiviti qurban menyelit sejuta rahsia.
Rugi bagi kita yang masih berbalah hal keduniaan selepas aidiladha, sedangkan di tikar lapah kita boleh bersatu. Kadang-kadang kita yang lebih-lebih. Selalunya sesetengah bab, macam tu la.

Salam Aidiladha.

Sekian, wallahu'alam.

Ikhlas,
Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana



p/s : Alhamdulillah. After so many years, aku berjaya pujuk kawan yang menjadi tempat rujukan aku untuk banyak perkara, contribute entry dalam blog aku. Insyallah, dia akan menjadi co-author blog ni.