2014-10-03

Pak Unggal


Terima kasih kepada semua yang hantar ucapan takziah. Semalam pakcik aku yang duduk kat Tampin meninggal dunia. Ini adik Mak Aji. Kita semua panggil dia Pak Unggal. Pak Unggal ni golongan anak istimewa. Sejak arwah nenek sikit-sikit, berpindah-randah duduk dengan anak-anak kat Singapore, JB, Bangi and Ampang, Pak Unggal tinggal sorang kat kampung (Tampin). Orang macam Pak Unggal susah nak terima perubahan persekitaran. Dia sendiri yang pilih untuk duduk di kampung. Every month, adik-beradik Mak Aji akan gilir-gilir balik Tampin untuk jenguk Pak Unggal. Disebabkan dia istimewa, kita upah orang untuk tengok-tengokkan Pak Unggal. Kalau kita ada majlis kawen atau apa-apa majlis kekeluargaan, kita akan ambik Pak Unggal dari kampung untuk join.

Sejak nenek meninggal August tahun lepas, Pak Unggal dah tak berapa sihat. Bermula dengan kaki sakit, tulang retak, kaki bersimen, sejak dari hari tu dia dah tak bergerak banyak. Duduk kat rumah je. Alhamdulillah Pakcik Man yang jaga Pak Unggal jaga dia dengan baik. Takde la nak mewah-mewah. Nama pun orang kampung, tapi Mak Aji adik-beradik akan tetap balik kampung untuk jenguk dia, hantarkan duit belanja sambil-sambil ziarah kubur arwah atuk.



Ni gamba Pak Aji dengan arwah Pak Unggal raya yang lepas. Masa aku dapat gamba ni dari Ibal aku terperanjat. Apesal Pak Unggal kurus sangat?
Agaknya sejak Pak Unggal duduk rumah tak Keluar-keluar, dia dah tak jumpa ramai orang, dia jadi kurang bercakap. Kalau dulu sepatah aku tanya, sedepa dia jawab. Akhir-akhir hayat dia, dah kurang bercakap. Agaknya dia pun dah tak tau nak cakap apa sebab tak sekuat dulu.

Dulu masa sekolah rendah, kalau cuti memang aku dengan Ima akan duduk kampung. Teman nenek (semenjak atuk dah takde). Pak Unggal ni pertuturan dia kurang jelas tapi rajin bercakap pulak tu. Payah jugak aku nak memahamkan apa bijik butir dia cakap. Of cos yang paling memahami adelah arwah nenek. Sebab dia yang jaga dari kecik (Pak Unggal adelah anak saudara arwah atuk, bukan anak kandung). Disebabkan dia ni istimewa, orang ramai take advantage. Dia ni pulak jenis macam aku gak mudah percaya kat orang. Kena pulak orang tau Pak Unggal ni bukannya orang istimewa yang jenis melarat terbiar. Jangan main-main oiii, T Shirt John Master aje. Kadang-kadang Crocodile. Sebab makcik-makcik aku yang kat Singapore always belikan dia branded stuff. Orang Tampin tau Pak Unggal orang istimewa yang berduit.

Aku ngan Ima suka geledah laci lemari baju dia sebab ada banyakkkkkkkkk kaset. Dia ni bukannya tau membaca pun. Jadi bila orang hulurkan kaset apa pun dia akan beli. Orang tau dia ada duit, dia pulak jenis percaya je ngan orang, apa orang suruh beli dia beli. Laci dia tu kaset Indonesia, kaset Cina, kaset lagu Siam pun ada! Sedap-sedap lak tu. Selalu kena marah ngan arwah nenek sebab asik kena kencing dek orang. Kalau hari raya dia dapat banyak duit. Imagine la adik beradik Mak Aji berapa orang. Pak Unggal ni walau bukan adik kandung tapi sebab sejak bayi lagi arwah atuk dah bela, jadi semua pun anggap macam adik sendiri. Kalau time raya, makcik-makcik kat Singapore bagi duit Sing Dollar ok. Apa tak kaya. Walaupun dia hanya kenal 'duit merah'  (RM10), tapi tetap dia nak pegang sendiri sendiri semua duit raya dia. Aku selalu kencing kan dia. Bila dia tunjuk kat aku "Yana, ni apo? (Diana, ni berapa?)", aku tipu dia "Ni duit merah. Ni banyak. Yang ni duit ijau. Duit ijau ni tak laku kat Tampin. Kat Bangi laku. Bagi Diana la". Ngahahahaha.

Ada satu kali tu dia balik rumah, nenek marah sebab duit dalam wallet dia abis kosong. Bila aku tanya mana duit dia pegi, dia tunjuk gamba ukuran passport sorang pompuan. Rupanya pompuan tu cakap kat Pak Unggal kalau nak gamba, Pak Unggal kena bagi duit. Siap offer jadi makwe. Lanch. Mentang-mentang orang tu akal tak sampai, kau ambik kesempatan.

Orang macam Pak Unggal ni dia bangga bila masyarakat boleh terima dia. Toksah kata dia la. Kita yang normal ni pun kalau orang pangkat besar ajak kita join them, kita pun teruja. Apetah lagi orang macam Pak Unggal bila di offer keje oleh orang yang akalnya seperti kita. Tapi tak semua yang berakal tu berhati perut. Ada yang perut je besar, hati takde. Pak Unggal ni pulak bila nampak depan kedai ada orang angkat gas, dia offer diri nak keje. Angkut sampai 20-30 tong gas, dibayar upah RM3. Sakai kan manusia? Hanya kerana orang tu tak macam kita, kita gunakan dia cukup-cukup. Aku harap bisnes kau lingkup. Tapi istimewanya Pak Unggal, dia bangga bila dibayar gaji. Dia rasa proud bila orang bagi kepercayaan kat dia.

Kalau lalu depan restoran, dia masuk tanya ada pinggan nak basuh tak? Basuh berbesen-besen pinggan sampai kulit tangan pecah sebab basuh guna sabun FAB, upah sehari RM3. Pak Unggal bangga cerita kat kitorang dia sekarang dah keje cuci pinggan gaji RM3. Masa tu aku tak rasa apa sangat sebab duit belanja sekolah aku pun baru 50 sen. Pak Unggal dapat RM3 sehari. Banyak la tu kot. Kalau sekarang dia bagitau dia gaji RM3 sehari keje macam nak patah riuk, aku bakar restoran tu.

Pak Unggal panggil En Wan - Abang.
Nak tergelak aku. Chantekkk muka ko nak jadi adik?
Arwah nenek selalu sound dia 'Amboiiii keciknya kauuu! Itu pangkat anak tau!"
Pastu dia pertikaikan "Yana panggil dio abang."

Nenek balas dengan high pitch "Sebab itu laki dia!"

Hahaha. Aduiii pitam aku.

Kadang-kadang balik kampung kitorang bawak buku latihan. Bila kitorang study, dia pun sama sibuk keluarkan buku tulis. Penuh satu buku tu dia tulis. Tapi dia sendiri pun tak paham apa dia tulis, lagikan aku. Dah macam tulisan dokter. Tengah-tengah tulis siap benti kejap mulut kumat-kamit mengira pastu padam balik apa dia tulis tadi and tulis lain pulak. Cam real kau. Terancam aku. Aku ingat aku dah habis terer buat muka busy study, rupanya dia lagi terer.

Penah satu kali aku ngan En Wan balik kampung. Tengah En Wan baca paper, dia datang belakang "Kau tau baco ko?"
Kah Kah Kah.
Konfiden dia tanya orang padahal dia sendiri tak tau baca. Bila En Wan cakap of cos la tau baca, dia cakap "Uiii Yana. Pandai abang (En Wan) baco eh?"
Nanti nenek aku menyampuk "Ko ingat dia macam kau ke?" Hahahaha.
Nenek aku ngan Mak Aji memang suka sabotaj orang.

Banyak kenangan aku and Ima dengan Pak Unggal sebab kitorang rajin duduk kampung. Rabu malam bila Ibal call pukul 1130pm bagitau Pak Unggal meninggal, aku terdiam kejap. Sebenarnya Selasa malam tu aku bersembang dengan mak mertua aku pasal kawen Ibal. Pastu mak mertua aku tanya nanti Ibal kawen Pak Unggal datang tak sebab dia dah lama tak jumpa. Pastu meleret terus bercerita pasal dia. Aku cakap sejak seminggu ni aku asik teringat Pak Unggal. Nak sangat jumpa dia kejap tapi always lupa. Pastu En Wan ajak balik Tampin lepas raya haji ni. Balik hari je. Tapi Allah lebih tau rupanya. Rupanya Dia dah hantar rasa ingat-ingatkan Pak Unggal tu petanda Pak Unggal dah tak lama.

Pukul 7am aku gerak dari PH.
Macamana pun aku nak tengok jenazah Pak Unggal jugak. Alhamdulillah melalui apa yang Pakcik Man cerita (yang menjaganya), aku dapat bayangkan di mana tempat Pak Unggal sekarang. Pakcik Man kata Pak Unggal tak sakit. Dia berbual macam macam biasa cuma sebelum tido dia panggil Pakcik Man "Man, aku nak kicap".

Pakcik Man ni pelik la jugak "Apo nak buek kicap malam-malam? Ekau nak makan kicap ko?"

Bila tanya banyak kali rupanya dia mintak Pakcik Man ajar dia mengucap.

Ya Allah.
Kuasa Tuhan.
Pak Unggal orang istimewa yang cakap pun tak jelas, tak pandai mengaji, tak tau solat. Solat setakat jadi makmum ikut-ikut. Tau baca Bismillah je. Tapi di akhir hayatnya dia mintak orang ajar dia mengucap.

Lepas Pakcik Man ajar, Pakcik cakap "Aku nak tido ni. Ko nak apa-apa lagi tak? Kalau taknak, jangan panggil aku tau. Aku nak tido ni"

"Yo lah. Aku tak panggil dah"

Setengah jam lepas tu Pakcik Man tergerak nak pi tengok dia. Pak Unggal dah takde. Tangan dia dah dah sedia kiam. Sebak sangat aku dengar.
Dia hidup dia dunia serba kurang.
Tapi matinya cara sangat mulia.
Pak Unggal meninggal setahun lepas nenek pergi.
Aku tau sebenarnya Pak Unggal rindu nenek. Terlalu rindu nenek.

Dulu Mak Aji selalu menyakat dia "Eh, mak betul kau dah mati tau. Yang jaga kau sekarang ni mak aku. Nanti kalau mak aku takde, sape nak jaga kau eh?"

Pak Unggal konstan jawab "Kalau mak mati, aku matilah".

Betul Nek, Pak Unggal memang ikut nenek.
Aku masih lagi terkejut dengan kematian Pak Unggal. Sampai now masih senang nak mengalirkan air mata bila ingatkan dia.
Tapi bila teringatkan cara dia pergi, aku kembali tenang. Aku tau Tuhan dah sediakan tempat istimewa untuk orang istimewa macam Pak Unggal.

Semoga Pak Unggal dicucuri rahmat.
Azhar bin Jasin.
Al-Fatihah.