2014-10-01

Qurban


Tak berapa hari lagi Hari Raya Aidiladha. Umat Islam serata dunia menyambut dengan cara masing-masing. Mereka yang berada di Tanah Suci tentunya dengan sambutan yang istimewa. Kita di Malaysia pulak terpulang, ada yang meraikan, ada jugak yang melaluinya seperti hari-hari yang lain, cuma bezanya, hari cuti. Bagi yang membuat qurban tahun ini, semoga qurban kita diterima Allah, amiin. Marilah kita ‎belajar dan memperbaiki kaedah qurban kita. Jangan saban tahun membuatnya, tapi tak pernah ada peningkatan kualiti qurban.

Mengenangkan peristiwa qurban antara 2 Nabi Mulia, yang membawa kepada amalan qurban pada masa ini merupakan satu tuntutan. Tapi dalam zaman moden sekarang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang banyak duit, amalan ini mudah dilakukan dengan cara subcontract. ‎Serah saja duit, semua beres. Peserta qurban boleh makan lemang cicah rendang ayam di rumah dan bergelak-gelak, haiwan qurbannya entah di mana pun tak tahu. ‎Penghayatan erti qurban yang sebenar semakin menjauh bagi kebanyakan kita. Sesuatu yang patut kita risaukan. Usah dilihat kaifiat dan perlaksanaannya serta juga berpuluh FAQ saban tahun membincangkan isu sama yang masih kita tak pandai-pandai. Lihat saja perkara mudah yang mampu ditaakul akal dewasa kita.

Pertama, hormatilah haiwan qurban.
Menghormati makhluk dan lebih-lebih lagi haiwan qurban kita, adalah kewajipan. Haiwan berkenaan bukan bahan senda gurau, Jangan di buat lebih kurang. Jangan dicakap lebih kurang. Walaupun ia tak mampu membalas cakap kita, sebagai makhluk, ia ada perasaan makluknya. Kalau ia tak berperasaan, mana datang semangatnya utk melindungi anaknya jika dalam ancaman?

Antara perkara tak betul dibuat oleh kita ialah membiarkan haiwan qurban yang sedang tunggu turn, melihat "kawannya" disembelih. Ini berlaku di banyak tempat. Alasan kekurangan ruang selalu diberi, sedangkan ada kaedah lain yang boleh dipanggil "membuat partition". Partition boleh dibuat dengan apa-apa kain, asalkan haiwan berikutnya tak melihat dengan mata dia apa yang kita manusia ni perbuat kepada "kawannya". Mana akal kita membiarkan hal ini berlaku? Kalau manusia lain disembelih di depan kita, sedangkan kita calon berikutnya, apakah perasaan kita? 
Dan menjadi akhlak orang Islam yang baik untuk MENYEMBUNYIKAN dari pandangan haiwan qurban itu sebarang alat seperti pisau, parang, pengasah dan seumpamanya.

Perkara kedua yang jugak selalu berlaku, ialah menarik-narik haiwan qurban yang sudah jatuh, kononnya untuk "mengadap qiblat". Tarik pada ekor, kaki, perut, tendangan, tolak dengan segenap daya manusia yang ramai, untuk mengalih haiwan yang satu itu. ‎Ada tempat sampai berdarah haiwan itu akibat bergesel dengan permulaan lantai, katalah tanah, rumput, batu, konkrit dan ada jugak jalan tar. Sebelum disembelih, sudahpun seksa ia. Menghadap qiblat bagi haiwan yang hendak disembelih, hukumnya sunat. Sedangkan menghormati haiwan, lebih-lebih lagi haiwan qurban, hukumnya wajib. Mana layak hukum sunat didahulukan, sedang yang wajib ditinggalkan. Sungguh kita terpedaya dengan tipudaya, menyangka sudah lebailah kita dengan menghadap qiblat itu, sedangkan haiwan terseksa kulit tersagat batu. Kalau ayam itik, mengadap qiblat, adalah akalnya. Ini lembu, kerbau, ‎mana datang amalan ini?

Cuba rebahkan ia ke arah yang betul untuk menghadap qiblat. Kalau tak dapat, apa arahpun, selesaikanlah ia. Kita ni bab qiblat sangat particular, lebih-lebih lagi dalam bab sembelih qurban. Ada banyak lagi amalan yang dimuliakan un‎tuk kita menghadap qiblat, ada kita kisah? Contohnya, mengambil wuduk sunat untuk menghadap qiblat.‎ Amalan harian, kita kisah?

Seperkara lagi, selesaikan cepat kerja-kerja melapah. Janganlah kalut sembelih 10 ekor haiwan qurban, lapahnya satu-satu. Sembelih ‎jam 10 pagi, mula lapah jam 5 petang. Alasannya, tukang sembelih diimport, banyak job hari ni nak kena cover. Ambillah bilangan yang kita mampu. Atau upahlah pelapah-pelapah yang ramai utk membantu. Ia lebih terhormat.‎ Peserta qurban pulak, kalau dah tau kita malas melapah, hulurlah upah lebih untuk tukang lapah. Kesian haiwan qurban, lambat diselesaikan sedangkan sudah lama ia mati.

Aktiviti qurban menyelit sejuta rahsia.
Rugi bagi kita yang masih berbalah hal keduniaan selepas aidiladha, sedangkan di tikar lapah kita boleh bersatu. Kadang-kadang kita yang lebih-lebih. Selalunya sesetengah bab, macam tu la.

Salam Aidiladha.

Sekian, wallahu'alam.

Ikhlas,
Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana



p/s : Alhamdulillah. After so many years, aku berjaya pujuk kawan yang menjadi tempat rujukan aku untuk banyak perkara, contribute entry dalam blog aku. Insyallah, dia akan menjadi co-author blog ni.