2024-11-04
Humblebragging
Semalam dek kerana banyaknya orang post word HUMBLE BRAGGING, aku pun bertanya kat IGS, apa benda yang sedang berlaku kat Malaysia dengan perkataan "humble bragging". Maklumlah I menjak menetap di China ni, kadang tertinggal isu-isu panas. Pastu ada orang forward jurnal.
Aku tengok tajuk, wow! - "An analysis of Vivy Yusof’s humblebragging language on social media". Siap ada kajian. Tapi aku syak ramai tak membaca. Tu pasal ada certain isu yang panas, aku prefer tulis in English and tepek kat LinkedIn berbanding di FB, sebab kalau letak kat FB, orang tend baca tajuk je. Nanti I kena kecam.(humble bragging detected, part 1).
Memandangkan jurnal dia tak panjang sangat, aku try la baca sambil selak-selak dictionary. Maklumlah English SPM I sekadar A2 je (humble bragging detected, part 2).
Ok, serious.
Aku try dah baca jurnal tu. Kajian tu bukan tentang Vivy, tapi tentang "illocutionary point". Penulis (researcher) nak kaji kebenaran Teori Ilokusi Searle dan Teori Humblebrag dari Sezer, Gino, dan Norton. Kebetulan Vivy adalah sosial media celebrity. Vivy ada banyak bahan untuk kajian si penulis. Maka, dia pilih Vivy sebagai bahan kajian. Kajian ni nak menkaji tentang SOCIAL EXPECTATIONS, bukan nak mengata atau mengkondem Vivy suka humblebrag.
Dia kata, Complaint-Based Humblebrag adalah gabungan keluhan dan elemen yang indirectly menonjolkan diri atau achievement diri.
Contoh Complaint-Based Humblebrag - "I can’t believe how exhausting it is to be recognized everywhere I go”
"Penat betul nak manage tiga biga project dalam masa satu minggu ni, sampai tak sempat nak proper sleep. Nak buat macam mana, klien nak aku juga handle project dorang".
"Balik dari Paris dah 2 minggu, tapi still jet lag. Tu lah, orang nak pi overseas, kau pun nak pergi. Lain kali kita cuti dalam negara je lah!"
"Last week beli henbeg limited edition. 2 jam melekat kat butik sebab ramai orang queue. Tak sangka ramai juga yang ada taste macam ni"
Ini semua BUKAN ayat Vivy. Ini contoh dari aku saja, nak bagi paham.
Rasanya ramai biasa dengar ayat-ayat macam tu, kan? Entah-entah kau pun pernah cakap, tapi sebab kau tak terkenal, orang tak tahu. Hahahaha.
Yang kedua, mengkaji jenis Humility-Based Humblebrag. Humblebrag jenis ni menunjukkan kerendahan hati, tapi indirectly shows achievement or superiority. Contoh:
"Syukur sangat team saya berjaya siapkan big campaign ni within short period. Orang nampak macam saya hebat, padahal saya mainkan peranan kecil je. Usaha team saya yang buatkan macam saya nampak hebat".
"Terkejut bila dapat tahu saya terpilih untuk award ni. Rasa macam tak layak sangat, tapi ini hasil usaha bersama dengan team yang hebat."
"Tak percaya dapat handle semua kerja ni sambil jaga anak-anak dan suami. Saya bukanlah ibu dan isteri terbaik, tapi syukur suami dan anak-anak banyak sokong."
Yang last tu biasa nampak, kan? Again, tapi sebab kau tak terkenal, jadi orang pun tak kuasa nak jadikan kau subjek.
Apa yang aku faham, jurnal tu nak memperlihatkan bahawa humblebragging sebenarnya kurang berkesan untuk dapat persepsi positif. Lebih baik puji diri sendiri dengan jelas. Atau kalau nak mengeluh, atau nak merempan, buat dengan jelas. Contoh:
"Saya sangat bangga dapat achieve sales target tahun ni! Terima kasih kepada semua yang telah menyokong!"
"I berjaya selesaikan my first marathon! Pengalaman yang mencabar tapi berbaloi!"
Sebab bila kau menyatakan achievement dalam bentuk humblebrag, akan buat orang lain nampak yang kau try to seek attention, and this will create a negative impression. At the end of the jurnal, the penulis concluded that although humblebragging bertujuan untuk share achievements dengan rasa rendah hati, it is often viewed negatively as it can be seen as insincere. Itu saja kajiannya. Takde kena-mengena dengan Vivy lansung. Cuma Vivy dijadikan guine pig dalam kajian ini.
Post ni takde kena-mengena dengan isu Khazanah, ya. Hat tu aku tulis lain. Tapi untuk isu humblebrag ni, aku tak setuju orang kata "kajian ni dibuat sebab memang Vivy tu always play victim". Dah kenapa kau? Len kali baca sampai habis, bukan baca tajuk. Pastu merempan macamkan paham. Itulah pentingnya english edikesyen! *humblebrag level 7 petala langit yang disertai petir dan halilintar*