2011-04-26

Food story



Jarang aku buat entry pasal makanan dan pemakan kan?
Jadi sempena mengingati zaman-zaman obesiti, mari kita hayati gamba-gamba ini.

Ok, ni hadiah dari pembaca blog ni. Nama dia...takyah sebut la. Kira you know I know gitu. Ceritanya, dia gi Indon lalu ternampak kek perisa blueberry lantas teringat kat aku.

Laki aku pun tak teringat kat aku kalau nampak blueberry cake okkk.
Nampak blue DVD teringat kat aku, mungkin.


Ni sebenarnya kek pisang. Boleh la pi jenguk-jenguk www.kekpisangvilla.com. Maybe yang ni kot si Ifa Raziah jual everytime raya. Nak tau rasa dia sedap ke tak, boleh la rasa sendiri.

Yang perabiskan kek pisang coklat ni, si Redza. Dia buat macam makan nasik. Tengahari balik dari skolah lunch kek pisang. Dinner kek pisang. Semuanya sebab kek tu bercoklat. Jangan tanya aku coklat tu sedap ke tak sebab aku tak makan coklat. Kalau aku tanya Redza memang sangat tak boleh pakai. Dia ni asal coklat je sedap. Kau bagi coklat Tora lemau tu pun dia bantai cakap sedap.

Kek pisang coklat.
Cantik kan? Nak makan pun tak sampai hati.


Kek pisang blueberry.


Thank you ye cik abang sebab bagi aku cake ni. And sorry sebab takleh nak sembang lama-lama. Lagipun ko nak kejar flight kannnnn.

Pastu the next day aku melepak dengan ex-boss kat The Little Kitchen (rasanya la) kat Bandar Baru Bangi. Address aku tak tau tapi satu row dengan Ayam Penyet.

Belek-belek the menu, sekali nampak gamba this coupe yang sangattttttttt familiar. Gambar owner kedai.

Rupanya jiran Mak Aji yang dulu.

Masa aku kawen dulu, aunty and uncle tu sama-sama bersinsing lengan jadi penanggah.
The couple tu beza tak sampai 10 tahun dengan aku, but since dia panggil Mak Aji 'kakak', takkan aku nak bahasakan diri aku 'adik' kot kat dia. Mak Aji sumbat aku alas kaki kang. Maka terpaksa la aku panggil dia 'aunty'. Laki dia senyum redha tak redha je bila aku panggil dia uncle. Sebabnya, aku je yang panggil dia uncle. En Wan panggil dia 'abang'.

Boleh kan?

Aunty and uncle ni memang grad overseas, dari dulu lagi kalau dia buat open house mesti ada western food. Lasagna, pie, steak dia semua marvelles. So I believe The Little Kitchen ni semua resepi dia kot.

Sila-sila la jengah.

Air apa ntah...macam cappucino. Ex-boss aku punya.


Orange juice tapi ada ais kecik-kecik (Gila kampung description!!)

Apa-apa je la, aku lupa apa nama omputih dia.





Ha, lagi satu kan, menu kat sini berubah ikut musim. Ni kedai ala-ala omputih. Jadi ikut musim omputih. Kalau summer, nanti the menu pun menu summer. Decoration pun bertukar sikit. Bulan 12 lepas, the tingkap-tingkap tu semua dia spray ala-ala salji. So penjakun-penjakun sepertiku yang di luar sana kalau nak feeling-feeling musim sejuk boleh la datang bulan 12 sok. Tapi jangan la jakun sangat masuk kedai pakai winter coat siap boot bagai. Jakun sikit-sikit sudah la.




Kedai dia ni ala-ala eksklusif. Sesuai untuk tempat nak discuss-discuss, or nak makan dengan bertenang-tenang. Kalau kau berhajat nak memekak-mekak gelak hentak-hentak meja sila ke mamak yang berdekatan.

Kalau nak bawak family datang makan, pastikan anak-anak kau jenis yang bertamadun. Sebab kedai ni is a designer cafe, tumpuannya bukan takat tempat makan semata, tapi lebih kepada interior design sebab this is another way to promote their interior designing bisnes (uncle ni interior designer). Biasa la kedai-kedai cenggini, perhiasannya merata-rata. Nak lagi perhiasan yang kecik-kecik. Kalau yang masuk kedai tu bangsa yang tak makan saman macam anak aku, renung-renungkan la akibatnya. Kang harga makanan baru tigaploh ringgit, ganti barang pecah je sampai tiga ratus. Balik rumah makan biskut lutut dua minggu.

Sandwich apa ntah....(aku ni nak bercerita, tapi semuanya entah).
Ex-boss aku punya.


Spagetti meat ball. Aku munyer.


Malamnya pulak aku ajak En Wan makan kat this new restoran area Putra Heights je.
Nama kedai - Lesung Batu.

Kedai baru, beli sampai dua lot, cantik. Tapi tersorok.
Malam maybe kurang la kot orang datang melainkan orang-orang Putra Heights semuanya malas masak macam aku. Tapi kalau siang maybe ramai sebab kat situ banyak opis.

Tapi makanan a bit lousy.
Nak je aku hempuk dengan lesung batu.




Kedai-kedai cun ni kebanyakkannya lawa tang hiasan je. Sebab tu aku selalu lepak mamak (padahallllll???).

Aku kan kadang-kadang teringin nak jadi macam orang lain yang berani kuar masuk restoran macam-macam untuk try makanan. Tapi selalunya nasib aku ni tak baik. Manjang je termasuk kedai yang musibatun. Menu kemain lagi, tak tempias amareka tak sah. Fish ala verde, mushroom with cinnamon veloncia, broccoli lavante, bla bla bla bla puiiiii. Pinggan sampai, hek eleeee, ada la 5 suap je dapat.

Mamak jugak yang puas hati.
Service cepat, makanan sedap, bau ketiak mamak pun boleh tahan.

Apa lagi yang kita harapkan??


Tapi kali ni aku nak try dim sum. Aku tak penah makan dim sum.
Tah apa-apa ntah. Minat Leslie Cheung kemain lagi.
Dim sum pun tak penah rasa!


Limau asam boi En Wan, sirap limau aku.


Nasi goreng USA.
Komen En Wan : "Boleh laaaa..."


Fish and chip.
Tengok gamba ni korang rasa apekah komen yang sepatutnya?



Dim sum seafood.

Ni dim sum tak aci nama dia. Sebab ni dim sum dia beli kat frozen shop mana ntah, cuma dia kukuskan je. Kira bukan home-made. So, tak aci.

Tak sedap.


2011-04-21

Ini yang tak berkenan ni!



From: Anonymous
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Thu, April 21, 2011 11:52:25 PM
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on Tak kena gaya!.

Anonymous has left a new comment on your post "Tak kena gaya!":

salam, saya rasa ada gambar muka hantu laa kat depan muka abg yg tgh susun pelampung tu.. - latif





Ok, aku taknak tengok.
Sape nak check if betul ke tak, sila la.
Aku tanak masuk campur.

Sleng



Oh yes, baru aku teringat satu kejadian kat Pavillion beberapa bulan lepas.
Memang tu je pun sekali aku jejak Pavi.

Dia punya tandas umangaiiii gila cantek siap bersofa bagai kat dalam tu.
Aku first time masuk, tersangatlahhhhh jakun.
Walaupun aku cover-cover tapi terserlah jugak kejakunan tu sebab mata aku melilau pandang tandas tu atas bawah.
Pulak tu aku bawak masuk Redza sekali sebab dia pun nak kencing gak. Si Redza pun sama gak terkinja-kinja 'Ma, cantik kan Ma? Cantik kan?'.

Ada sorang lady kat dalam tu dengan anak laki dia gak lebih kurang baya Redza gak. Malay.
Tengah bersandar kat sofa sambil menngadap henfon.

Pastu anak dia kuar dari toilet.

Dia : Wash your hands?

Anak : Dah.

Dia : Dah flash?

Anak : (diam)

Dia : Have you flashed?

Anak : Pam ke? Dah!

Ha, betul pun cakap anak kau.
Kan ke senang kau sebut 'Dah pam ke belum?'
Walaupun bunyiknya gila kampung, at least ok lah dari bajet nak cakap omputih tapi gagal.

Ni mesti kes tak penah-penah cakap omputih ngan anak kat rumah, masuk je Pavi terus transform kekdahnya.

Dalam hati aku, errr...FLASH??

Did you really mean that? Aku nak tumpang flash sekali boleh?



FLUSH la kak, FLUSH!
Jangan la sleng sangat.
Tau la akak feeling-feeling AMAREKA masuk Pavi.


2011-04-20

COACH - Need help



Please help.

Where to buy these (COACH). Jangan bagi aku jawapan 'Kat butik Coach laaa'. Aku tau la, takkan kat Kedai Mesra Petronas kot.



POPPY STRAW TOTE (16706)


POPPY LEGACY STRIPE GLAM TOTE (16326)



POPPY DENIM PATCHWORK TOTE (16926)


Email aku directly at aveo757@yahoo.com

p/s : bukan aku punya.

2011-04-19

BB 9780 oiiiiiiii!!!



From: rahailah
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tue, April 19, 2011 3:11:48 PM
Subject: Nak minta tolong Kak Di


Assalamualaikum Kak Di,

Saya nak mintak tolong Kak Di advertisekan benda ni.

Saya ada 3 NEW Set Blackberry Bold 9780 (Bold 3) Original Brightstar.
Price = RM1550.
Free : Screen Protector & Car Charger.
2 Years Warranty.
COD Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang.

Pada sesiapa yang berminat atau nak tanye apa2 boleh email kepada saya iela7382@gmail.com.

Atau Call/SMS : 012-3727969 (Hisham)

Siapa cepat dia dapat (siapa lambat gigit ibu jari kaki) ---> ok, ni aku yang tambah.

Terima kasih banyak2 Kak Di. Jasa mu akan ku kenang..hehe

Selalunya yang TAKDE ni suka sangat MENG-ADA ADA KAN dan GIGIH MENG-EXPLAIN padahal aku tak kisah punnn let alone nak ambik tau



Hari tu masa tengah tunggu En Wan ambik keta kat car park, aku ngan mak and bibik melepak kat Starbucks (tumpang duduk aje). Disebabkan kitorang melepak kat luar so ada la sorang pakcik jaga ni approach ajak sembang. Layankan je la.

Tapi menyesal aku layan.
Kalau dia pegang senapang, lama dah aku tembak.

Rayyan merengek atas kendongan bibik.
Takde la merengek kuat mana pun. Budak 5 bulan nak tido, bunyik kuat mana pun, takat ngek ngok ngek ngok je.

Takde saper pun tanya, tetiba je bukak mulut 'Haishhhh, anak-anak saya tujuh-tujuh orang tak berani bunyik macam ni kalau saya ada. Memang dari umur-umur macam ni lagi saya dah didik. Takde de saya nak timang-timang. Bunyik je, zassssss saya lempang'.

Boleh?

Nak tunjuk lagak tak agak-agak.
Patut la kau jadi jaga je.
Ada akal tak tau guna. Bodoh.

Lojik ke budak umur 5 bulan merengek ko nak belasah???
Kau tu yang patut dbelasah.
Buat anak sampai tujuh, pastu keje kau nak membelasah je.

En Wan kata pakcik tu saje je cakap macam tu nak carik perhatian.
Maklum la, keje dok tercongok kat mall tak buat apa-apa. Jadi boring. Sesekali berdrama apa salahnya.

Pakcik tu siap cakap 'Anak-anak saya tak berani dengan saya. Kalau saya ada kat rumah, semua senyap. Tundukkk je. Lalu kat depan pun tak berani'.

Yo lah pakcikkk.
Baguslah kalau anak-anak pakcik taat, jalan menunduk, nak bersuara tak berani.
Entah-entah anak kau semuanya bengap. Banyak sangat kena hentak dek kau dari kecik.

'Umur 3 tahun anak saya semua saya dah paksa sembahyang, mengaji'.

Tapi pastu dia cakap 'Sekarang, kalau saya balik keje saya tanya Dah sembayang ke belum? Berebut semua ambik sembayang takut kena belasah'.

Nak tergelak aku dengar.

Tadi ye ye je ko kata ko ajar anak ko mengaji solat bagai dari umur 3 tahun. Aku ingatkan semua dah jadi imam muda sekarang.
Patutnya dah besar-besar macam ni takyah nak diingat-ingatkan lagi dah solat ke belum pakcikkkk. Mungkin pakcik kurang belasah dorang kot dulu.
Apa kata belasah je dorang lagi?

Tak abis lagi ni.

'Anak-anak saya blaja semua bagus-bagus. Saya memang tak kasik can. Periksa kalau dapat kurang dari 95 markah saya belasah'.

Hmmm...masa ni aku dah buat muka tak interested.
Mak aku lagi la, angkat bontot blah duduk meja lain.



Aku : Anak pakcik yang tua umur berapa?

Dia : Umur 20. Dah keje dah.



Aik??
Umur 20 dah keje?
Anak pakcik grad umur 19 ke apa?

Letih layan orang macam ni.

Dah banyak kali aku jumpa spesis macam ni.
Bangsa yang trying to hard to impress people. Padahal makin dia beria-ia nak convincekan kita dengan cerita dia, makin nampak beno menipunyeeeeeeeeeeee.
Terus aku hilang respek.

Tapi aku noticed orang yang cakap beria-ia ni sebenarnya dia takde apa pun. Dia sendiri tau dia takde apa yang boleh dibanggakan. Kalau ada pun sikit sangat. Tapi cerita macam nak rak. Yang ada macam-macam ni mostly selamba je. Tapi yang takde apa-apa ni kuat bergebang satu hal, pastu satu lagi suka sangat jaga tepi kain orang. Kejap-kejap tanya beli apa? Beli apa? Ada yang lagi insecure tu siap mintak tolong orang lain tengokkan 'Cuba kau tolong tanya, betul ke dia beli rumah baru?'

Aku penah kenal sorang budak ni. Bukan kawan, tapi just kenal-kenal gitu.
Masa awal-awal kenal mana la kita nak tau dia ni jenis macamana kan, so aku percaya je la apa yang dia cakap. Dah dia bercerita tentang diri sendiri, sape lagi yang aku nak percaya kalau bukan tuan punya badan sendiri?

Study overseas.

Keje busy semedang. Orang lain keje 8-5, 6 working days. Dia lebih lagiii. Sebab dia ada a few business.

Keta 5 bijik.
Dia la cerita. Takkan aku nak hantar spy gi check berapa banyak keta dia ada kot.

Rumah ada 4 bijik. 3 banglo.
Ni pun tengah plan nak beli kondo.

Siap perli aku bila aku cakap aku beli baju kat Parkson je.
'Parkson??? My wife tak suka betul masuk Parkson. Paling-paling pun PADINI'.

Hoi bodo.
PADINI tu dalam Parkson pun ada ok?

Tapi kalau nak bercakap ngan aku, mis-call.
Nak sms pun kemut.
Bayar makan apetah lagi. Kalau aku tak ajak makan, nama dia nak ajak aku makan memang takde la.
Tapi kalau aku yang ajak makan, dengan pantasnya 'You belanja ok?'.
Kedekut taik idung masin. Apelah malang orang yang berlakikan kau.

Ujung-ujung baru aku tau yang dia ni propa.

Duduk dengan parents rupanya.
Parents dia yag ada rumah sampai 4 bijik, bukannya dia.
Kesian kan? Berangan tak agak-agak.
Punya la nak convincekan semorang yang dia kaya, sampai sanggup manipulasikan fakta. Well, memangla secara lojiknya harta bapak kau adelah harta kau jugak. Tapi tolonglah berpijak di bumi sikit. Ni la salah satu contoh manusia poyo. Orang yang berusaha sampai kaya pun tak apa-apa, dia yang takde sangkut-paut pulak yang lebih-lebih.

Helooo! Tak salah duduk dengan parents. Bukan bermaksud duduk dengan parents maka kau takde duit beli rumah sendiri. Dah kalau mak bapak kau kaya, rumah dia besar ada lapanblas bilik, kitorang pun paham kau takyah beli rumah lain pun takpe. Yang kau beria-ia nak cerita kau ada 3-4 bijik rumah tu pesal? Takut orang kata kau tak mampu beli rumah?
Sorry ye, kitorang semua terpelajar. Tak shallow macam kau.

Dia kata dia busy dengan keje. Wife pun keje besar.
So aku pressume dia ada bibik, paling tak pun hantar nursery.
Bila aku tanya anak-anak siapa jaga?

'I mintak mak I tolong jaga. I lagi percaya keluarga sendiri jaga dari orang lain yang jaga. Lagi terjamin'.

Cara bercakap tu macam dia ngan mak duduk asing-asing. Padahalllllllllll memang duduk dengan mak.
Cipet betul.
Gila berlagak.

Yang bab bisnes tu yang paling aku takleh terima.
Bab ni aku la yang bodoh sebenarnya.
Tapi sebenarnya aku tak bodoh sangat (denial gila!) sebab what do you expect bila orang cakap dia ada 3-4 bijik banglo, 5 bijik kereta, ada a few business???

Mesti la kau akan imagine yang gempak-gempak punya bisnes ala-ala cerita Yusof Haslam.

Sekaliiiiiiiiiiiii??!!!

Jual prepaid.
Tolong mak mertua jual tudung.
Tolong kawan jual bahagian-bahagian keta potong.
Kalau ada orang kawen, dia jadi fotographer (guna Cybershot, boleh?)

Memang tak salah bisnes yang dia buat ni.
Sikit tak salah.

Yang salahnya adelah cara dia bagitau tu macamkan kau handle 3-4 bijik mega company.
Cakap memang lebat.

Manusia yang suka cakap lebat tanpa bukti yang menyokong bijik butir yang dia cakap tu patutnya ditanam hidup-hidup. Hidup pun untuk menipu je keje, buat apa?

Gaji less than 3K ada hati cerita beli banglo sampai 3 bijik.
Keta lima bijik tu pun sebab dia kira sekali kereta makbapak dia. Padahal dia ngan bini dia share satu keta je.

Tak salah lansung kalau kau hanya ada sebijik kereta je.
Yang salah is kalau kau ada setengah bijik keta.
Lagi salah bila kau sorang-sorang feeling keta orang lain adelah kereta kau. Ni salah tahap musibat.

Dulu, aku ingat perempuan je ada perangai insecure macam ni.
Kawan-kawan lelaki aku so far take yang gelabah macam ni nak compare-compare harta segala. Semua kool je.

Tapi yang sorang ni..alahai.
Sadis.

Aku kan kalau budak-budak muda buat cerita dongeng, aku leh accept lagi. Kita pun paham, akai budak-budak macamana. Ni dah tua pun nak menipu lagi. Aku memang takleh terima la orang dewasa menipu yang tak masuk akal macam ni. Sebab orang tua kalau menipu memang nampak benar menipunya. Nak ditampar kang marah, tapi kalau tak ditampar makin meluat aku dengar cerita merepek-repek.

Apesalla kau nak rasa insecure sangat?
Bukan kau dapat apa pun kalau ko gebang harta kau banyak, duit kau berkepuk.
Orang nak pinjam duit kau lagi ada.

Kesian.

Dah tua-tua pun saiko.

2011-04-18

Shopping tanpa batasan

*gambar-gambar di sini adelah Green Apple sebelum berhijab*


Sabtu lepas aku on-kan button buang tebiat yang sekian lama aku off-kan.
Konon nak men-rewardkan diri sendiri akibat penat bekerja. Sangatttttttttttt lah.
Kali ni temanya adelah "shopping tanpa batasan".
Padahal draw duit 1K je.
Apa aje la yang kau boleh dapat dengan 1K sekarang kan?

Selalunya kalau aku shopping mesti aku menyinggah beli barang Redza and Rayyan.
Sabtu lepas tak. Strees sangat lah ni, keje punya pasal. So aku cakap aku nak habiskan semua 1K ni untuk diri aku dengan hanya di satu mall saje.

En Wan awal-awal lagi dah perli aku 'Cukup ke 1K? Baik awak draw 3K terus, takyah ulang-alik gi ATM'.

Banyak bunyik lak orang tua ni.
Aku guna ATM kad ko sekali kanggggg.

Dalam keta lagi aku dah pesan, 'Abang jangan nak buat muka tak approve eh? Dok jauh-jauh. Di nak reward diri sendiri hari ni. Penat keje ok??? Hari ni Di nak shopping ikut perasaan'.

Masuk-masuk mall aku pi check kasut dulu. Disebabkan shopping kali ni berkonsepkan 'buang tebiat', maka aku masuk kedai yang tak pernah tercapai dek akal ku untuk masuk.
Customer ada 2-3 orang je kat dalam tu. Samada kedai-kedai sebegini memang orang takut nak masuk or tak hingin nak masuk. Aku masuk dengan muka konfiden macam nak beli doblas pasang kasut. Sales-sales kat situ terpedaya ngan muka konfiden aku. Bersusun-susun nak assist. Dalam hati aku, podahhh.

Try sampai tujuh pasang, tak agak-agak.
Try je la tujuh.
Tapi tak beli satu pun.

Tak puas hati, aku pegi kedai yang biasa aku pegi.
Kedai yang aku pegi ni kedai biasa-biasa je.
Gila banyakkkkkkkkkkk kasut yang cantik-cantik and cukup selesa kat kaki aku.

Aku tau kasut yang berjenama ni memang selesa dipakai and tahan lebih lama. But aku dah biasakan kaki aku pakai kasut ala-ala je. Aku rasa kaki aku selesa kot dengan kasut harga ala-ala ni. So far kasut brand ni aku pakai sampai 2 tahun still tahan lagi. Cukup la simpan kasut takat 2 tahun kan, takkan nak pakai kasut yang sama sampai doblas tahun kot.

Kalau nak cakap pasal selesa, aku rasa yang brand aku biasa pakai ni cukup selesa dah. Kang aku biasakan kaki pakai kasut harga RM1200 aku takut ada side effect pulak. Just like member opis aku dulu, kalau pakai kasut designer je siap la. Kau tengok la cara dia berjalan. Dah jadi mengengkang-ngengkang. Pastu jalan slow gila kejap-kejap benti check kasut kotor ke tak. Pastu kejap-kejap terbongkok-bongkok lap kasut. Tak ke menyusahkan diri namanya?

Lepas sambar 2 pasang kasut, aku try cari baju lak.

Carik-carik takde yang aku berkenan.
Dari satu butik ke satu butik. Try kemain banyak lagi. Tapi semuanya aku rasa macam tak kena gaya. Padahal everytime try, En Wan angguk kepala. Tu tandanya sesuai la tu. Tapi tetap aku rasa macam tak in lansung.

Fedap gila.

Last-last masuk Parkson.

Ha, kauuuuuuuuuuuuu.
Semua yang try semua kena ngan aku.
Try tak sampai setengah jam, settle.

Pastu nak makan pulak.
Aku cakap aku nak makan Japanese Food.
En Wan buat muka senget depan aku.
Macam tak caya aku nbak masuk Japanese Restaurant.

Wei, aku ni kalau ikut tekak memang taknak de makan makanan Jepun ni tapi kan ni hari konsep dia buang tebiat, so??? Tak paham-paham?

Tengok-tengok menu..hmmmmm....takde yang membuka selera lansung!!
Last-last....Kenny Rogers.

En Wan cakap dia duduk Jepun 7 tahun pun tak hadap nak masuk Japanese Restaurant. Aku lak yang terkinja-kinja.

Time makan dia tanya 'Puas dapat shopping tanpa batasan?'

Aku jawab 'Tak'.

Sebab aku rasa aku tak jadi diri aku time shopping tadi.
Aku masuk ke kedai yang aku tak pernah-penah nak masuk just for the sake of 'at least biar la ada satu'.

Syukur aku tak beli!

Sebab aku tau kalau aku beli that kasut, aku takkan pakai.
Biar lah designer pun, orang kata selesa and tahan lama macamana pun, kalau dah bukan taste aku, sorry aku nak pakai. Korang nak pakai, pakai la. Aku tumpang tengok.

Same goes butik-butik yang aku masuk.
Semua yang aku masuk tu is a well-known butik yang carry big names.
Tapi mata aku still tak nampak tang mana kat baju tu yang melayakkan dia berharga RM567 sehelai. Top saje. Kot ye pun ada kualiti, still tak lojik sangat orang macam aku nak pakai.

Last-last aku jumpa banyak baju yang not so bad kualiti, kat Parkson :)
Maka, jelas lagi bersuluh, muka aku memang muka Parkson. Bukan muka Dorothy Perkins or Miss Selfrige (walaupun Dorothy Perkins ada je dalam Parkson).

Dan akhirnya, lepas beli baju-bajan, kasut-masut dan facial care, duit aku ada lagi balance RM300.

Kesimpulannya :

1. Kalau kau bukan kaki shopping, duduk je rumah dendiam layan porn. Sebab kau takkan dapat nikmat bershopping melainkan penat!

2. Orang yang menghabiskan RM600 untuk sehelai coli adelah orang yang bertindak menggunakan hati, bukan akal. Tetapi orang yang menghabiskan RM600 dengan membeli 60 pasang coli adelah cheapskate (aku la tu..)

3. Kalau baru doploh kali makan makanan Jepun jangan la buat statement poyo yang kau dah biasa sangat makan Japanese food ni siap nak craving-craving bagai macam nak nazak tak dapat telan sushi, sebab tu semua time ada duit aje. Ujung-ujung sok time kering, nasi ngan sambal belacan gak kau carik.


Amacam kasut murah aku? Tak sampai RM100 pun.

Moral : Kasut yang cantik bermula dari kaki yang cantik. (terima kasih kepada flash kamera)

2011-04-17

Tak kena gaya!




Semalam masa tengah lepak ngan En Wan kat Kenny Rogers Subang Parade, ada sepasang couple lalu kat tepi. The lady wears tudung style Hana Tajima.

Hana Tajima


Memang stylo and cantik bertudung cara Hana ni.
Tapiiiiiiiiiii tak semua yang cantik pada orang tu sesuai pada kita cik kak oiiii.

Macam budak pompuan yang aku nampak tu, aku tak tau apa yang dia nampak masa dia tengok cermin. Ke dia bersiap-siap tak pakai cermin? Tudung dia bukan saje berserabai-serabai malah bergulung-gulung dah macam makcik-makcik ke sawah rupanya. Ke, dia lalu bawah ampaian tak sedar ada kain tersangkut atas kepala?

Manusia ni kan kengkadang aku tak paham, tapi selalunya manusia ni adelah dari golongan perempuan la. Lelaki jarang buang tebiat macam ni. Tapi tak semua perempuan, sesetenagh je. Mungkin yang aku nampak semalam adelah dari kumpulan sesetengah ni.

Dorang ni kan, apa yang aje trend terkini semua dia ikut. Tapi tak tengok sesuai ke tak dengan diri kau. Janji dia ikut trend.

Pastu tak boleh la tengok orang lain cantik sikit.
Kalau orang tu pakai macam ni cantik, ohhhhhh dia pun nak pakai jugak sebab kalau dia pakai lagi cantik!!!

Orang tu pakai baju Gucci nampak gila elegant, ohhhh kau pun nak beli. Dia pakai Gucci nampak elegant, kau pakai macam batak masuk bandar.

Orang tu pakai natural mekap, kau pun nak pakai gak. Orang tu memang natural beauty. Sebab tu dia pakai mekap ala-ala pun dah cantik. Kau natural beauty ke???? Beauty pun takde, so tolong bagi muka tu semenggah sikit boleh?

Hana Tajima ni dah memang cantik.
Dia pakai tudung periuk pun lawa.

Jangan la disebabkan Hana ni pakai tudung macam ni kau rasa kalau kau pakai pun akan dapat tempias-tempias Hana.



Cuba tengok video Hana ni. Cantik je dia pakai walaupun sebenarnya bahagian depan tu senget-senget.

Kau agak-agak semorang pakai macam ni cantik ke?
Kalau aku la yang pakai style ni, konfem jadi rupa makcik Bangladesh jual wadeh tepi jalan.

Hari tu aku ada pegi satu butik muslimah ni untuk survey-survey tudung. Aku kan togel so kalau nak beli tudung tu memang ada masalah la sikit. Kepala aku tau tudung bawal je. Tudung express tu memang aku tak berapa minat sangat. So sales kat situ ajar aku cara ikat tudung untuk tengok tudung macamana sesuai dengan aku. Ternyata tudung Hana Tajima ni memang out kat muka aku tapi si sales ni beria-ia kata 'Cantik kak akak pakai macam ni sebab muka akak bujur sirih!'.

Apa kaitan?

Aku tak nampak apa kaitannya.

Sales, memang la akan kata semuanya cantik kat kau. Dorang aim nak jual tudung je.
But you yourself kena la tau if tudung tu sesuai ke tak.
Last-last tudung bawal jugak aku beli.
Beli je dulu, pakainya tak jugak.

Bila aku nampak budak tu pakai tudung style Hana Tajima, aku rasa kesian.
Kesian sebab dia tak tau beza mana stau cantik dengan tak cantik.
Yang si balak dia pun buta ke hapa? En Wan yang bukan jenis komen orang tu pun tanya 'Apesal budak tu pakai tudung macam tu?'.

Gila buruk okkk. Series tak tipu.

Sebab tu kadang-kadang ko akan nampak apesal budak ni pakai biasa-biasa je, tapi nampak stylo gila babi.
Yang the other one pakai branded gila from top to toe but gaya macam sakai.
Macam pokok krismas pun ada gak aku tengok kadang-kadang.

Ni macam kes kawan aku tempat keje lama dulu.
Dia ni dah hitam. Lagi hitam dari aku.
Satu hari tu dia balik dari bercuti panjang, kitorang nampak dia gila berkilat.
So aku tanya la apesal dengan muka kau? (takkan la aku nak tanya apesal kau makin hitam. Macam la yang bertanya tu putih nau).

Dia jawab 'I pegi sunbathing nak bagi kulit tan'.

Selamba konfiden.

Sunbathing tengkorak kauuuuuuuuu.
Kau tu dah memang hitam apekejadah nak pi sunbathing segala???
Nak bagi nampak macam bini Mandela?

Ni la satu contoh manusia yang tak boleh pikir samada benda yang dia buat tu lojik ke tak. Apa orang buat, dia pun buat. Orang berjemur nak bagi tan biar nampak cantik, kau pun nakkkk. Padahal kau dah memang lebam.

Aku masih lagi tercari-cari macamana sebenarnya cara paling sesuai, paling baik, paling dibenarkan kalau berudung. (ye, insyallah. Doa-doakan).
Sebab aku konfius.

Betul ke kalau pakai tudung yang berpin kiri kanan kat leher tu menyerupai rahib, maka tak boleh?
Betul ke kalau pakai tudung tak boleh pakai baju yang nampak pinggang?
Betul ke Kalau pakai tudung, tudng tu kena labuh tutup bahagian dada?

Kalau aku baju longgar-longgar, pakai tudung labuh tutup dada, laki aku suka ke?
Some lelaki memang pandai nasihat bini 'Pakai baju longgar-longgar sikit kuar rumah. Tudung tu biar labuh. Toksah mekap-mekap sangat kuar rumah'.

Tapi kalau nampak pompuan menyeksi kemain teleng lagi kepala.
Baik kau suruh bini kau je pakai.

Ingat bini tak sakit jiwa ke tengok perangai kau macam ni?
Yang aku kau suruh berbungkus. Tapi kau sedap-sedap tenung alur pantat pompuan lain.

Aku tanya En Wan if aku pakai tudung dia nak aku tampil macamana.
Dia kata dia tak kisah. Jangan jadi macam makcik-makcik sudah.

Hmmmm...baiklah. Akan aku pikirkan apekah gaya makcik-makcik itu.

Aku pernah tanya a friend (lelaki) pasal penampilan bertudung ni.
Dia ni memang ilmu agama boleh tahan bagus.

So dia kata memang sebenarnya bertudung berpin kiri kanan kat leher tu kalau dah menyerupai rahib memang tak boleh. Walaupun gaya tu cantik.

Dia kata lagi, memang la bertudung tu wajib tapi kalau bertudung but pakai baju yang menampakkan susuh tubuh, baik tak payah. Tapi orang-orang kita ni pulak kalau ditegur kang, 'At least I bertudung hokeyyyyy. Kau???'

Pasal yang tudung singkat nampak dada tu (bukan menampakkan lurah dada but nampak la terbonjol dua tetek tu), aku pernah tanya dengan sorang ustaz ni. Aku tanya, 'Kalau kita pakai baju kurung and bertudung, tapi tudung tu kita selimpangkan kat bahu takpe ke tak tutup dada? Tapi saya berbaju kurung yang longgar.'

Ustaz tu cakap 'Manusia ni (lelaki) kalau dia nak bayangkan macam-macam memang dia akan tetap bayangkan. Jadi, pakai saje la. Janji baju tu longgar and menutup aurat'.

Tapi, lumrah wanita memang taksub dengan kecantikkan.
Untuk aku pulak, aim aku adelah pandangan suami sendiri.
Aku taknak la sampai laki aku nampak aku ngan mak dia lebih kurang je.
Sebab tu aku konfius boleh ke kalau pakai macam ni, macam tu.

Kalau ada pandangan, boleh la share dengan aku ye. Aku ni jahil.

Tapi sejahil-jahil aku, aku rasa aku tau lagi adap memakai tudung.



Ini amende baiiiiiiiii?


Aku rasa budak-budak ni nak pakai macam ni :


Ini JLo dikkk, JLo! Pakai baju pagoda ngan kain batik pun lawa.


Tapi kesian, kat rumah cuma ada tudung bawal je, jadiklahhhhhhhh. Janji style.
Haisssh....ni la namanya nak bergaya tapi tak kena gaya. Sudahnya menambahkan dosa aku je carutkan kau.

"Heyy, at least I bertudung okkkkkkkkkk"

Yeah rite.

Apesal kau tak kuar pi mall pakai coli ngan spender je?
Kalau orang tanya kau cakap la "At least I tutup tetek and pepek I okkkkkkkkkkk".





Tapi yang ni memang hardcore la.
Kesian aku tengok pompuan ni.


Mesti abang-abang tu susun pelampung balik-balik area situ je.

2011-04-16

Gym



From: NoRule Doory
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Fri, April 15, 2011 9:57:14 PM
Subject: kak di...thanks (gym detail)

kak di..i've read your blog. thanks for the advertisement.

hope you can help me advertise my fiance detail just in case ade org nk p gym dan membesarkan ape yg patot.hehehhe

sape2 yg intrested nk sambung membership celebrity fitness die leh contact die

encik kimi = 0172039960

monthly =145 je

Its only RM109 to transfer names(from my fiance name to new member) and then can continue monthly rm145

it can help you save more rather than pay total cost about rm500 for registration :)

thanks so much kak di...

rgds
nurulain mohd najib
0132016503


2011-04-15

Makcik-makcik yang bencikan kelucahan melampau dilarang membaca kerana dikhuatiri ada second thoughts terhadap saya.






Ni bukan aku cakap eh, ni COSMO yang cakap.

Dia kata lelaki kalau turun badan setiap 15 kilo, kote akan panjang seinci.

Jadi, apa tunggu lagi? Daftarlah ke gymnasium-gymnasium yang berdekatan!

Sebut pasal gymnasium ni, aku almost terlupa.
Ada sorang reader mintak aku advetisekan pasal membership Fitness First tunang dia. Tunang dia malas nak ke gym dah, so dia nak let go the membership. Kira sape berminat, sambung bayar tetiap bulan je. Registration dah bayar dah. Tak salah aku dia kata registration fee je dah RM300 kot. So kira kalau ko sambung bayar bulan-bulan je dah untung dah tu. Sesaper yang berminat nak kuruskan badan or nak besarkan kote, boleh la kontek aku. Tapi sebelum tu reader tu kalau baca entry ni,tolong email aku balik. Sebab aku ter-delete information.

Ok berbalik pada citer zakar panjang ni, ini la first time aku tau kekdah memanjangkan kote. Masa baca COSMO tadi nak tergelak aku bila sampai part ni. Like, gila ke apa kote boleh dipanjang-panjangkan??? And how do they know kote panjang lebih memuaskan wanita? Adekah sebelum *mereka sampai kepada kesimpulan ini mereka terlebih dahulu merasa beberapa jenis kote? Like 'Ok kote you so and so. Takpe, you keluar dulu. Kasik I rasa kote lain pulak. Nanti I get back to you. Ok, nexttttttttt!'

* mereka = bukan team COSMO ye. Ini general. Jadi, jangan sentap dan jangan saman saya.

Seriesly, how do they know? Adekah melalui kajian ke atas pelbagai jenis dildo?
Aku sangat berminat nak tau. Sebab ni la first time aku dengar 'lebih panjang lebih best'.

At least aku nak gak tau how you define 'panjang'?

6 inci?
7 inci?

8.2 inci tu consider panjang tak?

Eh.

New day has come



Hari ni aku declare a day off untuk aku sorang je.
Yang lain, boleh teruskan keje masing-masing.

Semalam tetiba otak aku black out.
Jem terus.
Bawak keta pun berkhayal.

Aku rasa aku dah sampai ke tahap red alert.

Life aku this year memang keje keje keje.
Buku Doctor In The House tu sampai chapter 3 terus tak gerak-gerak.
Magazine Her World, Cosmo and InTrend dari bulan Jan beli, baru semalam selak. Tu pun scan-scan je.

Aku betul-betul kena do sumting.

It all started Selasa lepas.
Aku bersidai kat Old Town dari kul 2.30pm sampai 6.15pm dengan ex-bos.
Dulu kitorang sama-sama run the business (company sekarang), tapi akhirnya dia decided to resign sebab dia dah jumpa apa yang dia nak dalam life - full time housewife.

Dulu aku susah nak percaya ada orang yang dah biasa pegang duit and berbelanja tanpa batasan boleh pilih jalan untuk benti keje and duduk rumah belek anak. Ex-bos aku ni jenis yang tak sayang duit ok. Aku jarang baya makanan aku sendiri. Tu yang aku malas nak join dia makan. Asal makan je 'Eh, I bayar!'. Berebut-rebut nak pegi kaunter.

Jarang la nak terserempak ngan dia singgah warung ke, food court ke, or sembarangan restoran. Yang selalu lepak food court, aku. Oh tapi kalau mamak memang dia takkan tolak. Dia punya pilihan tempat nak lunch pun jenis yang sekali makan RM20-30. Sesekali takpe baiii.
Kalau hari-hari lunch dia dia???
Tak payah tunggu hujung bulan, tengah bulan je aku lunch kunyah daun saderi.

Tapi disebabkan dia selalu mkan tempat best-best, so everytime lunch mesti dia yang bayar. Tapi tak menahan la kejap-kejap ko nak tengok dia bayarkan. Drop my water face okkk.

Umur 27 dah pakai Hyundai Coupe.
Umur 30 pakai Camry.
Now baru 35, dah pakai Mers mata bulat 3.0. Aku tak tau apa model tapi En Wan kata harga dia RM500K++. *terkencet empat kali*

Aku dah 33 (ada 4 bulan lagi nak masuk 34 so now masih lagi 33, I don't care!) baru nak pakai ASX. Tu pun menggigil sign agreement.

Aku tanya dia apa rutin dia now?

"Bangun pagi buat breakfast, hantar empat orang anak dia pi skolah, pi tadika, pi nursery, pastu pi supermarket beli barang-barang nak masak. Balik rumah kemas-kemas, cook, lepak baca magazine, baca buku. Sometimes kalau ada orang order cuppies, dia buat untuk jual. Pick up the kids from school, monitor homework dorang, etc..."

Berkerut kejap aku dengar dia cerita.
Pastu dia gelak.

"You tak caya eh?"

Of cos aku tak percaya.

Dulu dia penah cakap 'I don't see myself duduk rumah masak and jaga anak'.
Macam tu jugak lah aku. Being a housewife tak pernah melintas kat kepala. No offense eh. Bukan bermaksud jadi housewife tu third class, tapi aku tak penah terfikir option untuk benti keje and duduk rumah jaga anak sepenuh masa. Masak and jaga anak no hal. Tapi untuk jadikan duduk rumah and buat keje-keje rumah sebagai kerjaya, belum lagi (bagi penjelasan ni penting. Ramai yang tunggu nak tembak aku ni).

Bila balik dari meeting dia that day, aku terfikir.
Life aku memang dengan business.
Weekdays dah tentu la keje. Appointment hari-hari. Antara aku nak attend or aku nak kensel je. But still ada.
Malam after 10pm menfadap laptop balik. Sometimes sampai kul 2am.
Esok sambung rutin yang sama.
Weekend kalau En Wan takde, aku buat keje gak cuma tak masuk opis.
Kalau tak mengadap laptop pun aku buat keje guna BB.

Aku started to realize yang aku memang takde life lain selain keje when I don't have anything to blog about.
Blank.

Sebab?

Aku tak jumpa orang lain selain dari orang-orang yang sekelompok dengan aku.
Balik-balik aku jumpa customer.
Tak pun dealer.
Kalau jumpa mesti bercakap pasal biotech.
So, input and output aku pun berkisar tentang business and biotech.
Balik-balik aku baca pasal new technology and techniques biotech.
Tapi aku belum bosan. That's the best part.

Cuma aku nak sangattttttttttt berlepak-lepak dengan member, spend satu hari doing nuthing but facebooking or chatting, bla bla bla. Tapi bila aku nak berpeleseran je, kepala aku mesti teringat keje.
Selagi aku tak capai target aku, aku susah nak divert pemikiran aku ke benda lain.
Last-last, aku bukak laptop and buat keje balik.

Sometimes aku try to slow down.
Tapi everytime aku try to go slow, mesti masa tu peluang banyak sangat sampai.
And aku end up keje macam nak gila balik.
Bila aku tengah busy-busy keje macam ni, idea pun masuk mencurah-curah.
Masa tu macam-macam la aku nak buat ngan bisnes aku.
Bila idea dah sampai, mula la aku buat plan camni, camtu. Sudahnya keje tu jadi makin banyak.

Bila aku masuk Twitter, aku tengok semorang ada je benda nak cakap.
Aku dok perati conversation orang lain and reply mention. Tu je.
Sumpah aku takde apa nak cerita sebab memang aku tak ada apa yang nak dicerita.
Bila orang tegur 'Hi Kak Di, apa citer skang?'

Nak je aku jawab 'Citer Tamil'.

Sebab tu bila orang bercerita, aku mesti 'Ha? Ye ke?', 'Huh? Apesal aku tak tau?'.

Orang pun query apa ke bangang sangat dia ni semua benda tak tau?


Bila aku luahkan kat En Wan, En Wan kata penyakit aku ni adelah sebab aku yang gatal aim high. Tapi lojik ke ko nak aim low????
'Alahhhh...takpela kalau setakat dapat 40K je bulan ni'.

Bila dah penat kan, mula la aku terpikir (ke setan yang pikir pun aku tak tau la), kalau aim low takat ala kadar, sampai bila nak maju? Tapi kalau aim high bukan tamak ke namanya?

Tapi macamanapun aku tetap aim high.
Jadi buat apa pikir eh?

Aku belum rasa penat lagi dengan apa yang aku buat, malahan aku sangat enjoy.
Tapi aku rasa aku kena start blaja suruh diri aku stop dari bekerja.
Aku kena luangkan masa untuk diri sendiri (tetiba teringat iklan 'Yuen selalu mengabaikan diri sendiri...'). Fundeks.

For a start, hari ni aku bercuti dari segala keje-keje opis.
Kita mulakan dengan facebooking.
Pastu layan Twitter.
Then blogging.
Jap lagi aku nak buat fried macaroni.
Pastu baca majalah yang bertampuk-tampuk atas desk aku ni.
Pastu tido.
Bangun tengok TV.
Malam tengok wayang.
Esok, shopping tanpa batasan!

Lepas ni kalau ada sesape nak ajak aku melepak, silakan.

Aku kagum ex-bos aku berani buat decision macam tu.
Lepaskan semua yang dia buat selama lebih 10 tahun ni, and fokus pada benda yang dia tak pernah terfikir akan buat.

Banyak kenangan aku dengan dia.

Dia start ambik aku as pekerja dia.
Lepas a few years, aku jadi secondtier. Masa ni dia slowly lepaskan aku attend meeting bagi pihak dia, attend preentation gantikan dia.

Then dia ajak aku sama-sama buat bisnes.
Ko boleh imagine tak seorang bos yang ambik kau bekerja sebagai pekerja dia, willing to berada di kedudukan yang sama dengan bekas pekerja?

And before dia fly ke UK, dia bagi mandat aku run the business atas dasar percaya.
Dia tukar authorization untuk sign cheque kepada aku sorang. Dulu both punya signature on cheque. Padahal dia boleh pilih option antara aku atau dia yang sign cheque. But dia pilih aku sorang yang sign cheque.

After 2 years dia jadi sleeping partner, Selasa lepas dia serahkan semua share dia pada aku.

On the way drive back home, memang aku menangis.

Memang cantik perancangan Tuhan.
Tuhan tunjukkan jalan aku melalui dia.
Dia penah cakap kat aku dulu masa aku masih bekerja as staff yang kalau ditakdirkan dia ada bisnes esok, dia takkan turunkan bisnes dia pada anak-anak.

Rupanya dia bagi pada aku.

Semoga jalan aku dipermudahkan lagi lepas ni.

2011-04-14

Dari wanita untuk wanita



Kepada wanita-wanita mengandung yang boring tak tau nak buat apa, meh reader aku ajak join contest ni.


Create your own banner at mybannermaker.com!
Ni kedai dia. Aku ada tepek kat side bar jugak.


Tapi contest dia kat SINI

Ada 2 cara untuk join, satu kot FB, satu kot blog. Memandangkan dia email untuk aku letakkan kat blog, so aku cerita cara join ikut blog.

1. Tajuk Entry - 'Cute & Sweet Pregnant mummy' Contest.
Terbuka kepada semua ibu-ibu yang tengah mengandung dan yang beranak. Jangan risau if anda cukup cute untuk join the contest. Semua wanita adelah cute and sweet. Jadi semua boleh masuk. Penyertaan ni sampai 31 Mei, kalau tanda-tanda mengandung belum nampak tapi ko konfiden kau mengandung pun boleh la join.

2. Letak gambar diatas sebagai banner contest

3. Sila Like Fanpage Danita Maternity Online Store dan The Ladies Photographer

4. Masukkan gambar anda hendaklah tengah pregnant samada gambar baru ataupun lama yg penting vogue, cute dan ceria (pakai baju koleksi danita maternity adalah amat digalakkan).
Tapi kalau kali terakhir kau mengandung 34 tahun lepas, harap sedor-sedor la diri ye. Takkan nak join kot makcikkkkk.

5. Nyatakan nama penuh, preggy anak ke berapa dan tahun anda preggy.

6. Tag 3 orang atau lebih.

7. Selepas siap, hantar penyertaan anda dengan memasukkan link entry anda di bawah komen ini (komen box dia ye, bukan komen box aku)

HADIAH TEMPAT PERTAMA ADELAH RM300!


Dah tu?
Tak pahampaham lagi??

Skaranggggggggg jugak join!!!!!






p/s : cukup entry iklan untuk hari ni. Aku nak buat entry maki orang tapi lupa hari ni aku puasa. Esok2 lah.

Soklan untuk dijawab



Ni ada reader blog ni mintak tolong kat semua.
Dia nak korang tolong jawabkan questionnaire. Questionnaire ni sempena nak buat report final sem. Dia nak present next week, so ada masa lagi ni korang nak tolong jawabkan.

Syarat :

1. Soklan adelah perlu dijawab oleh mereka-mereka yang duduk sekitar Lembang Klang je. Kalau dok Manir jangan suka-suka nak tolong jawabkan. Elok-elok budak ni ada harapan nak dapat A, terus kena repeat dua tahun.

2. Umur responden between 18-35. (Aiseymannnnnn. Aku kena jawab sama la ni???)

Lucky respondents yang jawab questionnaire lengkap (will be selected via random.org) will stand a chance to win RM50 worth of vouchers.

Ok semua.
Dah bersedia????

Klik SINI

Kepada yang berkenan, fikirlah bukan dua kali, tapi doplohpat kali.



Aku rasa aku banyak hentak kepala dia ni time kecik dulu la.
Dah besar ni aku tengok dah macam mental pun ada.

Yang aku heran tu kan, balik-balik aku yang dia tuju nak bagi semua sms-mms terencat dia ni.

Aku dapat sms ni time tengah sedap membuta. Dah la Ahad lepas Mak Aji gi JB tengok Ima, bila nampak sms dia masuk, kepala aku dah terpikir macam-macam jadik kat adik aku ni. Dia ni jarang sms kalau takde hal.

Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii??

SMS pantek.


Tang mana Ashraf Muslim dia ntah. Tang kulit awal-awal lagi dah out.


Ni baru sama!




Ni lagi macam sialllll


Muka series tak boleh blah. Aku tampa nak?

2011-04-13

Monyet

Gambar-gamba di sini adalah sebelum saya bertudung


Buat kali ketiga kalinya aku bawak Rayyan keluar berjalan.
Alasan adelah sebab nak beli baju unuk tdia. Padahal tak payah bawak pun takpe. Bukan si Rayyan tu kena masuk fitting room pun nak try baju.
Tapi rasa rimas sangat aku tengok si Rayyan ni asik kena tinggal. Lagipun sian mak mertua aku and bibik. Life dorang balik-balik dalam compund rumah je. Rumah kalau tujuhpuluh ekar takpe la jugak, ini?

Tapi sebab bawak Rayyan jadi tak boleh pegi jauh-jauh kata En Wan. Aku tak tau la kenapa tak boleh berjalan jauh kalau bawak Rayyan tapi balik kalau balik Trengganu takpe pulakkkk.

So, paling dekat boleh pegi adelah IOI Mall. Maybe dia pilih IOI sebab IOI tu takde benda sangat, so kebarangkalian nak kena paw dengan aku adelah hampir tiada.

Sebut IOI, kepala aku dah tune nak makan sizzling Yee Mee.
Asal pegi IOI je mesti ini la menu aku, takde lain.
Sebab so far kat sini je sizzling Yee Mee yang tekak aku boleh accept. Yang lain tu jangankan tekak, kau sumbat kat bontot pun, boleh rejek.


Padahal benda ni banyak, tapi aku boleh habiskan. Dengan syaratttttttttttttttttttt.........jangan pakai PB. Hehehe.
(Sorry la ye Syana, akak terpaksa mengelat demi memenuhi tuntutan hantu-hantu raya akak).

Dia punya sizzling Yee Mee anya ade satu cendawan je. Tu pun bukan sebiji but sebiji dibela empat. Tu pun kau boleh makan buat 3 kali suap.

Mak mertua aku pandang je aku makan.

'Buleh habis ke??'

Iskkk, mak aku ni.
Buat-buat tak kenal lak menantu dia yang sorang ni.
Mak mana ada menantu lain yang kuat mentekedarah?
Ada?
Takde makkkkkkkkkkk. Ini je la sorang.

Aku ni ko bagi la PB ke, PA, ke PC ke, kalau dah kau hadapkan aku dengan makanan, memang tak tolak punya. Paling-paling pun aku alihkan cangkuk PB kasik tak sengkak. Belasah tetap belasah.


Bibik aku tanya 'Madam, kenapa muka Redza lain? Muka adik (Rayyan) ni cukup sempurna!'

Hamboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Tak agak-agak nak bagi pendapat. Aku cantas pendapatan ko kanggg.

Apa tak cantik benar ke muka si Redza ni??

Tapi memang betul pun.
Masa aku lahirkan Redza, aku heran apesal mata dia sepet, hidung dia kemek, kulit dia hitam? (buat-buat tanya lak tang kulit tu)

Nenek aku lagi la gila direct.
Dia dokong Redza kan, pastu dia agah 'Ala ala ala Dianaaaaaaaaa. Memang Diana!'

Pastu pakcik aku everytime tengok Redza mesti cakap 'Tang hidung tu memang Diana!'.

FINEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!


Sama tak dengan Redza?

Masa aku nampak gamba ni tadi perkataan pertama kat kepala aku 'Takde melekit lagi ke kau dulu, Diana?'.

Masa ni kat Bukit Cherakah. Biasala, asal hujung minggu je kalau tak pi Muzium, Lake Garden konfem pi Bukit Cherakah. Maklomla, bapak keje Jabatan Pendidikan, jadi aktiviti senggang pun harus ada unsur-unsur ilmiah. Tapi anak tetap ba alif ngang.

Nampak tak aku bukak spek?
Masa ni aku perasan mata aku sangat cantik, jadi kalau pakai spek ia akan menyebabkan kecantikkan aku tersembunyi.

Padahallllllllll.

Yes, memang aku akui Redza memang macam muka aku time kecik dulu (dah besar ni kau cantik la??). Bila one day Redza balik dari skolah tadika, dia cakap 'Ma, kawan Ija kata Ija tak cantik. Dia funnykan (make fun) Ija'.

Sebak rasa dengar.

Aku memang dah agak dia akan lalui benda yang sama macam aku lalui zaman skolah dulu. Cuma aku harap dia possess satu lagi point dari aku iaitu kebolehan untuk buat dek. Aku rasa kalau aku takde elemen-elemen 'ada aku kisah?' memang dah lama aku jadi pembunuh.

Budak-budak skolah dulu (skarang tak tau ,a) memang suka make fun-kan nama bapak, nama mak, tak cukup ngan tu, rambut aku pun jadi issue. Rambut aku dulu memang macam dalam gamba tu. Rambut degil. Kau sikat la kut mana pun, dia patah balik ke asal. Tu cara-cara aku sikat okkkk. Tetap macam mama kotai rupa dia. Kalau tak bersikat aku rasa pelancong kat Bukit Cherakah ni tak tau mana satu aku mana satu beruk.

Tu satu hal.
Kalau menyamakan aku dengan budak-budak India ni memang dah perkara wajib.
Macam la aku sorang je yang hitam dalam skolah tu.
Time Sejarah, bila cikgu cerita pasal kesan kemasukan pendatang dari India ke Tanah Melayu, mula la budak-budak pantat ni semua 'Ha, ni sebab si Diana la ni'.
Pastu gelak-gelak sep-sep tangan.
Sebijik bahabi.

Bila Redza membesar memang itu la yang aku takut sangat.
Sebab aku tau dia akan terima benda yang sama cuma aku takut dia tak kuat.

Tapi dia tak kuat takpe.
Mak dia ada.
Aku bako satu skolah!!!

Bila aku cakap kat bibik 'Saya dulu memang macam Redza, bik'.

'Masa??? Madam hidungnya mancung. Matanya bundar.'

Habis?
Kau ingat ini anak aku sorang?
Tang hidung tu insyallah, besar esok ada la batangnya.
Tang mata tu er....er....En Wan, anda nak tolong jawab?



Alhamdulilllah si kenit ni senang di bawa berjalan.
Asal masuk keta je, lelap.
Masuk tempat beraircond, lelap.
Jadi, aku boleh makan dengan tenang.

Skarang dah 6kg++.
Suka tengok betis and lengan dia dah berketak-ketak.
Tak sangka dia boleh besar macam ni.



Ada lagi yang pakai baby sling macam aku?
Haaaa...berani kau nak kehulu-kehilir ngan baby sling kain batik?
Ni bukan kain batik biasa kita pakai tu ye, ini memang kain batik khas untuk kendong baby. Panjangggggggg. And lebih tebal dari kain batik biasa.

Anak aku kalau payah nak tido, memang sangkutkan dalam kain ni, konfem lelap.
Sebab sejuk kain dia.

Lepas cari baju Rayyan, haruslah cari barang abangnya pulak.
Tahun ni semua mainan Redza haruslah yang menggunakan otak (kata bapak dia laaaa).

Salah satunya adelah....apa nama menatang ni ntah tapi mengelakkan monyet dari jatuh.


Seperti biasa, kalau bab main ni memang bapak dia yang over. Muka series tak boleh blah macam masuk pertandingan hadiah seratus ribu. Kalau main dengan sape pun walaupun dengan anak dia sendiri, dia jugak yang nak menang. Taknak mengalah lansung dengan anak.
Main dengan aku je kadang-kadang dia terpaksa mengaku kalah. Eh.


Kesian aku tengok Redza, asik kena buli je kalau main ngan En Wan. Balik-balik budak tu kalah. Main tipu.

Lagi satu En Wan ni kalau ajak main memang laju. Cuba kau suruh kemas balik. Haram! Sebab dia malas nak kemaskan mainan tu balik, dia akan buat rules 'siapa kalah kemas mainan'. Tapi kan, selagi dia tak menang, selagi tu dia ajak anak dia main. Punya lah pemalasnya nak kemas mainan!!

Camne la aku boleh setuju nak kawen ngan dia ni dulu.


Padahal aku tengah masak, tapi dia tarik tangan aku ajak main sama sebab dia tau aku ni main la apa pun memang kalah punya.


Tapi dia silap!!
Doa orang teraniaya tu selalunya dimakbulkan.

See? Dua je monyet aku.


Monyet dia???

Kira la sendiri.


Monyet sedang stress pikir apa jalan mau menang.


Last-last En Wan kalah.
Padahal nak kena kemas cuma kayu-kayu tu ngan monyet je pun.
Pemalas gila.











Nampak ini??

Tau ini apa?

Ye betulllllllllllllll.
Ini namanya PB sudah masuk ke cangkuk kedua :)

Nak beli? Contact :

create your own banner at mybannermaker.com!

2011-04-08

Confuse





Sape yang penah layan video ni? Semalam aku ada share the same video kat wall FB aku.



Ini komen dari penonton.


Ok, aku takmo cakap lelebih pasal this program ratu cantik, sebab aku sangat jahil dan tak arif jadi tak payah la nak memandai-mandai jatuh hukum.

Cuma aku confuse how to treat those guys...err..ladies??

Aku takde pandangan yang tak baik terhadap golongan ni. Dia pun makhluk Tuhan juga (cliche gila statement!). Tapi aku confuse apa pendekatan terbaik untuk aku treat diorang.

Sebab bak kata Rasulullah SAW (ambik kau aku dah pandai letak hadith), 'Diri kita adelah dengan siapa yang kita berkawan'.

Lebih kurang macam ni la (belagak nak letak hadith tapi huru-hara hadith tu ko kejekan).

Pasal hukum-hakam aku memang bukan bidang aku, jadi aku taknak sentuh. Maybe orang lain boleh touch pasal ni. Yang aku nak tau is dari sudut kemasyarakatan.

1. Kalau kita berkawan dengan golongan ni adekah kita secara tak lansung menyokong diorang?

2. Tapi kalau kita menjauhkan diri kang dorang kata kita sisihkan dorang. Dan disebabkan kita menjauhkan diri maka sbab tu lah dorang tend tu berkelompok sesama dorang je.

3. Tapi diorang makhluk Tuhan gak, perlu ke kita pandang dorang hina? Siapa kau nak pandang orang hina?

4. Tapi kalau dah dorang sendiri yang mengubah kejadian Tuhan, memangla harus dikeji dan dipandang hina kan? Eh, ke tak?


Dulu, aku ada kawan dari golongan ni.

Sebenarnya aku suka berkawan dengan dorang sebab Kebanyakkan dorang ni jujur bila berkata-kata. Golongan ni sangat transparent bila bercakap. Mulut memang lepas. Tapi bukanlah lepas kuang ajar sampai kau rasa nak bagi penampar. Dorang punya style lepas cakap tu lebih kepada benda-benda lucah. Selamba badak je nak sembang double meaning. Kadang-kadang macam sengaja je dorang lucah-lucahkan like dulu kawan aku pernah cakap 'Kau ni pegang batang senduk pun tangan melempai-lempai, kalau pegang batang laki kau kemain melekap lagik!'. Cilaka kan? Tapi aku takde hal. Sebab memang betul pun. Kahhhhhhhhhh!

Aku pulak memang takde hal kau nak berlucah ke apa ke sebab aku kenal dia in and out. Yang aku takle accept those yang tetiba je tak tau hujung pangkal nak mencarut-carut konon macam kool la sebab aku pun carut so ko pun nak gak tapi style kau mencarut macam musibat as if kau mencarur sebab nak impresskan aku so that aku rasa cam 'Wow, budak ni kool gila selamba mencarut, boleh lah masuk geng aku'.

Kemak lah.

Another reason aku suka berkawan dengan diorang, kebanyakkannya tak cakap belakang, tak mengumpat, ringan tulang, good listener dan sarkastik gila babi. Dia memang tak cakap blakang punya, kalau dia nak sembur memang dia sembur direct, tak pun kau hadap la dia bagi statement-statement sarkastik.

Of cos kalau nak carik kawan yang good listener, yang ringan tulang semua tu tak payah tunggu mak nyah. Ramai lagi yang possess the kualiti tapiiiiiiii aku jarang jumpa kawan yang bertahan dengan perangai yang sama.

Sorry la kalau ada yang terasa tapi dari pandangan aku dan pengalaman aku yang pernah berkawan baik dengan kawan perempuan, mula-mula memang la kau mengaku BFF, tapi lama-lama takde nak BFF-nyaaaa.

Kalau kau nak ada BFF :

1. Kau kena pastikan BFF kau lagi hodoh dari kau. Kalau dapat yang gemuk lagi bagus.

2. BFF kau mesti takde boifren. Kalau ada boifren pun, dia mesti tak boleh celen boifren kau. Paling bangsat pun biarkan satu level barulah BFF namanya.

3. Kalau dapat BFF yang bodoh tapi baik hati adelah satu bonus. Sebab dia boleh tolong beratur belikan nasi tapau untuk kau.

4. Kau mesti adelah orang yang glemer. Diva lagi bagus. Berebut pencacai serah diri jadi BFF kau.


Aku ada stok-stok member macam ni.

Mula-mula ye la member. Semua benda nak buat sama-sama.
Kalau sorang tak start makan, mampus kejung kat situlah nasik tak bersentuh. Punya la nak tunggu kawan makan sekali.

Lepas satu peringkat, si A dah ada boifren.
Yang si B mula la panas hati. Tapi still la berkawan gak cuma berbulu je.
Dah renggang sikit dah time ni sebab si A asik nak berkepit ngan boifren, makan sama, gi library sama, outing sama. Habis tu, takkan nak berkepit dengan kau sampai ke sudah? Aku nak gak rasa apa itu stim-stim.

Lama-lama si B pun ada boifren gak.
Dan-dan A and B jadi BFF balik sebab now sama-sama equal.

Tibalah anniversary masing-masing.
Yang boifren A bagi hadiah bracelet.
Yang boifren B pulak bagi bracelet tapi ada diamond 2-3 bijik.

Masa ni ko tengok lah berapa lama dia boleh BFF.
Masing-masing dalam dia dengkikan each other tapi muka kontrol.

Esok-esok kang kau dengar la statement like :

A : I dapat voucher penginapan 2N kat Hotel Pelangi.
B : I dah penah pegi hotel tu 3 tahun lepas. Ala, hotel biasa2 je, takyah dapat voucher pun boleh pegi.

A : Taknak la duduk kat hotel tu, susah la nak ke sana ke mari, transport susah dapat. I dah penah duduk dulu.
B : Ala, I pun dah penah duduk jugak duluuuuuu lagi dari you.

A : Cantik tak baju I? RM700!
B : I pun ada gak baju lebih kurang macam ni, USD700.

A : Slim tak badan I? My hubby belanja I pi slimming centre. Habis 7K.
B : My husband pun masukkan nama I kat slimming centre, I je lupa nak pergi.


Letih okkkkkkkkk.

Aku tak tau la korang ngan BFF korang sebenarnya ada masalah macam ni or not.
Aku tak penah ada BFF sebab takde orang boleh tahan kawan ngan aku.
Mulut aku jahat. Hahaha.

Cuma aku pelik apesal la mesti nak ada rasa dengki? Padahal ko mengaku itu kawan kau. Lainlah kalau itu memang musuh kau so lojikla kalau kau nak mendengki pun. Ini tak, kalau jumpa kemain lagi peluk cium tapi kat blakang masing-masing carik jalan nak starlite each other.

Baik aku kawan ngan mak nyah dowhh.
Dorang ni takde de nak dengki-dengki. Maybe sebab dorang rasa diri dorang dipandang serong, jadi diorang tak besar kepala. Dorang tak rasa diri hebat.

Tapi tu la, bila kita berkawan dengan dorang, mula la kang 'Kau ni macam takde kawan lain dengan bapuk pun jadik'

Confuse.



Tak tau apesal, bila aku tengok dia ni, aku rasa macam nak sangattttttttttttttt berkawan dengan dia.

Jersey and T Shirt



Siapa nak beli Jersey and T-Shirt?? (klik)

Ada reader blog ni jual jersey and T-shirt. Ready made and also made-to-order dan juga custom :

1. print design tshirt
2. jersey bola sepak
3. jersey bola untuk kanak-kanak
4. kasut bola dan futsal.



Tak pun, email je dia : zieladalady@yahoo.com

2011-04-07

Dah balik



Ada tanya apesal blog budak AMIR AF dan blog tunangnya dah diprivatekan.

Ohhhhhhhh..bertanya-tanya pulak yeeeeeeeeeeee?

Buat-buat lupa yeeeeeeeeeeeeeee?

Actually lepas a few hours aku published the story, budak tu bagitau yang dia block dua-dua blog sebab banyak sangat dapat nasihat, siap ada buat entry terus kat comment box dia. Aku pun tak tanya apekah bentuk nasihat yang diberi, kot-kot la aku leh buat teladan sama. Tapi yang pastinya nasihat tu konfem nasihat yang kaw punya.

So kalau terasa nak tengok sape AMIR, boleh la layan Diari AF (aku tak sure ada ke tak ni, sebab aku tak tengok) ataupun Konsert AF hujung minggu. See if AMIR layak untuk ke final. Kalau layak, sila undi.

**********************************************************************************

Mak Aji and Pak Aji dah balik from Umrah.
Takde apa yang special sebab not the first time dorang pegi Makkah. Cuma happy dorang dah balik and semuanya selamat.

Yang tak selamatnya apabila Mak Aji belikan aku jubah. Siap ngan tudung. Ima takde pulak dia belikan (oppss terpecah rahsia pulak). Nampak nau memang aku lah jadi bahan sekarang.

Takpe, Ma. Doakan lah.
Jangan ingat aku takleh berubah.
Kang dapat hidayah sok lusa, terus aku cakap bahasa arab kanggg.

Masa gi haji, dorang tak bawak balik apa-apa sangat. First time. Masa tu pun aku takde pulak kesah nak tanya apa citer Mekah. Maybe sebab time dorang balik tu aku lagi sebulan nak kawen, so aku nak selamatkan kawen aku ni dulu.

Bila Pak Aji gi umrah ngan nenek aku, still aku takde la bertanya apa-apa hal pasal Mekah. But this time, macam-macam pulak aku tanya. Maybe kali ni dia pegi ngan Mak Aji, so tau-tau la mulut mak aku tu kan. Aku tak tanya pun dia willing to cerita. Lagipun aku suka bertanya sebab nak mengelakkan dia dari terpesong ke tajuk 'Bila turn kau nak pegi ni???'

Macam-macam soklan aku tanya. Pantang senyap je aku tanya soklan, punya la tak nak kasik dia teringatkan soalan cepumas tu.

Last-lastttttt 'Kau ni bila nak pegi? Keta boleh beli!'.

Rasa nak turunkan dorang kat tepi hiway tu jugak.


Kasi semangat sikit kat anak-anak. Tak cukup dengan gamba kat kamera, diorang belikan majalah khas ada pemandangan gamba-gamba kat Mekah and Madinah. Kalau tak insaf-insaf jugak tak tau la.


Coklat ni gila bestttttttttttttttt! Pandau betul dorang buat coklat cenggini. Kejap je habis. Coklat macam ni la yang kita patut carik. Senang nak bawak, senang nak perabis.


Macam biasa la.....model terencat.


Masa ni elok la sikit..


Redza dapat jubah. Tapi haram nak memakai. Dia kata 'Macam baju tido mama'.

Kali ni banyak pulak barang yang dorang bawak balik. Ni pi shopping ke haper?
Biasa la kan, kalau bawak orang perempuan pegi sekali, konfem balik tambah beg punya.
Aku rasa coklat je dah pehun 2 shelves fridge.
Belum kacang-kacang apa benda ntah segala kurma, macam tak pernah makan kurma je aku tengok. Semua nak angkut dari sana.

Oh yes, alhamdulillah bintat-bintat aku dah hilang today.
Dua kali jab tak jalan.
Last-last aku jirus ngan air zam-zam.
Settle.