walk on wings, tread in air: Selalunya yang TAKDE ni suka sangat MENG-ADA ADA KAN dan GIGIH MENG-EXPLAIN padahal aku tak kisah punnn let alone nak ambik tau <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Selalunya yang TAKDE ni suka sangat MENG-ADA ADA KAN dan GIGIH MENG-EXPLAIN padahal aku tak kisah punnn let alone nak ambik tau
2011-04-19



Hari tu masa tengah tunggu En Wan ambik keta kat car park, aku ngan mak and bibik melepak kat Starbucks (tumpang duduk aje). Disebabkan kitorang melepak kat luar so ada la sorang pakcik jaga ni approach ajak sembang. Layankan je la.

Tapi menyesal aku layan.
Kalau dia pegang senapang, lama dah aku tembak.

Rayyan merengek atas kendongan bibik.
Takde la merengek kuat mana pun. Budak 5 bulan nak tido, bunyik kuat mana pun, takat ngek ngok ngek ngok je.

Takde saper pun tanya, tetiba je bukak mulut 'Haishhhh, anak-anak saya tujuh-tujuh orang tak berani bunyik macam ni kalau saya ada. Memang dari umur-umur macam ni lagi saya dah didik. Takde de saya nak timang-timang. Bunyik je, zassssss saya lempang'.

Boleh?

Nak tunjuk lagak tak agak-agak.
Patut la kau jadi jaga je.
Ada akal tak tau guna. Bodoh.

Lojik ke budak umur 5 bulan merengek ko nak belasah???
Kau tu yang patut dbelasah.
Buat anak sampai tujuh, pastu keje kau nak membelasah je.

En Wan kata pakcik tu saje je cakap macam tu nak carik perhatian.
Maklum la, keje dok tercongok kat mall tak buat apa-apa. Jadi boring. Sesekali berdrama apa salahnya.

Pakcik tu siap cakap 'Anak-anak saya tak berani dengan saya. Kalau saya ada kat rumah, semua senyap. Tundukkk je. Lalu kat depan pun tak berani'.

Yo lah pakcikkk.
Baguslah kalau anak-anak pakcik taat, jalan menunduk, nak bersuara tak berani.
Entah-entah anak kau semuanya bengap. Banyak sangat kena hentak dek kau dari kecik.

'Umur 3 tahun anak saya semua saya dah paksa sembahyang, mengaji'.

Tapi pastu dia cakap 'Sekarang, kalau saya balik keje saya tanya Dah sembayang ke belum? Berebut semua ambik sembayang takut kena belasah'.

Nak tergelak aku dengar.

Tadi ye ye je ko kata ko ajar anak ko mengaji solat bagai dari umur 3 tahun. Aku ingatkan semua dah jadi imam muda sekarang.
Patutnya dah besar-besar macam ni takyah nak diingat-ingatkan lagi dah solat ke belum pakcikkkk. Mungkin pakcik kurang belasah dorang kot dulu.
Apa kata belasah je dorang lagi?

Tak abis lagi ni.

'Anak-anak saya blaja semua bagus-bagus. Saya memang tak kasik can. Periksa kalau dapat kurang dari 95 markah saya belasah'.

Hmmm...masa ni aku dah buat muka tak interested.
Mak aku lagi la, angkat bontot blah duduk meja lain.



Aku : Anak pakcik yang tua umur berapa?

Dia : Umur 20. Dah keje dah.



Aik??
Umur 20 dah keje?
Anak pakcik grad umur 19 ke apa?

Letih layan orang macam ni.

Dah banyak kali aku jumpa spesis macam ni.
Bangsa yang trying to hard to impress people. Padahal makin dia beria-ia nak convincekan kita dengan cerita dia, makin nampak beno menipunyeeeeeeeeeeee.
Terus aku hilang respek.

Tapi aku noticed orang yang cakap beria-ia ni sebenarnya dia takde apa pun. Dia sendiri tau dia takde apa yang boleh dibanggakan. Kalau ada pun sikit sangat. Tapi cerita macam nak rak. Yang ada macam-macam ni mostly selamba je. Tapi yang takde apa-apa ni kuat bergebang satu hal, pastu satu lagi suka sangat jaga tepi kain orang. Kejap-kejap tanya beli apa? Beli apa? Ada yang lagi insecure tu siap mintak tolong orang lain tengokkan 'Cuba kau tolong tanya, betul ke dia beli rumah baru?'

Aku penah kenal sorang budak ni. Bukan kawan, tapi just kenal-kenal gitu.
Masa awal-awal kenal mana la kita nak tau dia ni jenis macamana kan, so aku percaya je la apa yang dia cakap. Dah dia bercerita tentang diri sendiri, sape lagi yang aku nak percaya kalau bukan tuan punya badan sendiri?

Study overseas.

Keje busy semedang. Orang lain keje 8-5, 6 working days. Dia lebih lagiii. Sebab dia ada a few business.

Keta 5 bijik.
Dia la cerita. Takkan aku nak hantar spy gi check berapa banyak keta dia ada kot.

Rumah ada 4 bijik. 3 banglo.
Ni pun tengah plan nak beli kondo.

Siap perli aku bila aku cakap aku beli baju kat Parkson je.
'Parkson??? My wife tak suka betul masuk Parkson. Paling-paling pun PADINI'.

Hoi bodo.
PADINI tu dalam Parkson pun ada ok?

Tapi kalau nak bercakap ngan aku, mis-call.
Nak sms pun kemut.
Bayar makan apetah lagi. Kalau aku tak ajak makan, nama dia nak ajak aku makan memang takde la.
Tapi kalau aku yang ajak makan, dengan pantasnya 'You belanja ok?'.
Kedekut taik idung masin. Apelah malang orang yang berlakikan kau.

Ujung-ujung baru aku tau yang dia ni propa.

Duduk dengan parents rupanya.
Parents dia yag ada rumah sampai 4 bijik, bukannya dia.
Kesian kan? Berangan tak agak-agak.
Punya la nak convincekan semorang yang dia kaya, sampai sanggup manipulasikan fakta. Well, memangla secara lojiknya harta bapak kau adelah harta kau jugak. Tapi tolonglah berpijak di bumi sikit. Ni la salah satu contoh manusia poyo. Orang yang berusaha sampai kaya pun tak apa-apa, dia yang takde sangkut-paut pulak yang lebih-lebih.

Helooo! Tak salah duduk dengan parents. Bukan bermaksud duduk dengan parents maka kau takde duit beli rumah sendiri. Dah kalau mak bapak kau kaya, rumah dia besar ada lapanblas bilik, kitorang pun paham kau takyah beli rumah lain pun takpe. Yang kau beria-ia nak cerita kau ada 3-4 bijik rumah tu pesal? Takut orang kata kau tak mampu beli rumah?
Sorry ye, kitorang semua terpelajar. Tak shallow macam kau.

Dia kata dia busy dengan keje. Wife pun keje besar.
So aku pressume dia ada bibik, paling tak pun hantar nursery.
Bila aku tanya anak-anak siapa jaga?

'I mintak mak I tolong jaga. I lagi percaya keluarga sendiri jaga dari orang lain yang jaga. Lagi terjamin'.

Cara bercakap tu macam dia ngan mak duduk asing-asing. Padahalllllllllll memang duduk dengan mak.
Cipet betul.
Gila berlagak.

Yang bab bisnes tu yang paling aku takleh terima.
Bab ni aku la yang bodoh sebenarnya.
Tapi sebenarnya aku tak bodoh sangat (denial gila!) sebab what do you expect bila orang cakap dia ada 3-4 bijik banglo, 5 bijik kereta, ada a few business???

Mesti la kau akan imagine yang gempak-gempak punya bisnes ala-ala cerita Yusof Haslam.

Sekaliiiiiiiiiiiii??!!!

Jual prepaid.
Tolong mak mertua jual tudung.
Tolong kawan jual bahagian-bahagian keta potong.
Kalau ada orang kawen, dia jadi fotographer (guna Cybershot, boleh?)

Memang tak salah bisnes yang dia buat ni.
Sikit tak salah.

Yang salahnya adelah cara dia bagitau tu macamkan kau handle 3-4 bijik mega company.
Cakap memang lebat.

Manusia yang suka cakap lebat tanpa bukti yang menyokong bijik butir yang dia cakap tu patutnya ditanam hidup-hidup. Hidup pun untuk menipu je keje, buat apa?

Gaji less than 3K ada hati cerita beli banglo sampai 3 bijik.
Keta lima bijik tu pun sebab dia kira sekali kereta makbapak dia. Padahal dia ngan bini dia share satu keta je.

Tak salah lansung kalau kau hanya ada sebijik kereta je.
Yang salah is kalau kau ada setengah bijik keta.
Lagi salah bila kau sorang-sorang feeling keta orang lain adelah kereta kau. Ni salah tahap musibat.

Dulu, aku ingat perempuan je ada perangai insecure macam ni.
Kawan-kawan lelaki aku so far take yang gelabah macam ni nak compare-compare harta segala. Semua kool je.

Tapi yang sorang ni..alahai.
Sadis.

Aku kan kalau budak-budak muda buat cerita dongeng, aku leh accept lagi. Kita pun paham, akai budak-budak macamana. Ni dah tua pun nak menipu lagi. Aku memang takleh terima la orang dewasa menipu yang tak masuk akal macam ni. Sebab orang tua kalau menipu memang nampak benar menipunya. Nak ditampar kang marah, tapi kalau tak ditampar makin meluat aku dengar cerita merepek-repek.

Apesalla kau nak rasa insecure sangat?
Bukan kau dapat apa pun kalau ko gebang harta kau banyak, duit kau berkepuk.
Orang nak pinjam duit kau lagi ada.

Kesian.

Dah tua-tua pun saiko.

posted by aveo757 @ 10:47 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER