2011-04-15

New day has come



Hari ni aku declare a day off untuk aku sorang je.
Yang lain, boleh teruskan keje masing-masing.

Semalam tetiba otak aku black out.
Jem terus.
Bawak keta pun berkhayal.

Aku rasa aku dah sampai ke tahap red alert.

Life aku this year memang keje keje keje.
Buku Doctor In The House tu sampai chapter 3 terus tak gerak-gerak.
Magazine Her World, Cosmo and InTrend dari bulan Jan beli, baru semalam selak. Tu pun scan-scan je.

Aku betul-betul kena do sumting.

It all started Selasa lepas.
Aku bersidai kat Old Town dari kul 2.30pm sampai 6.15pm dengan ex-bos.
Dulu kitorang sama-sama run the business (company sekarang), tapi akhirnya dia decided to resign sebab dia dah jumpa apa yang dia nak dalam life - full time housewife.

Dulu aku susah nak percaya ada orang yang dah biasa pegang duit and berbelanja tanpa batasan boleh pilih jalan untuk benti keje and duduk rumah belek anak. Ex-bos aku ni jenis yang tak sayang duit ok. Aku jarang baya makanan aku sendiri. Tu yang aku malas nak join dia makan. Asal makan je 'Eh, I bayar!'. Berebut-rebut nak pegi kaunter.

Jarang la nak terserempak ngan dia singgah warung ke, food court ke, or sembarangan restoran. Yang selalu lepak food court, aku. Oh tapi kalau mamak memang dia takkan tolak. Dia punya pilihan tempat nak lunch pun jenis yang sekali makan RM20-30. Sesekali takpe baiii.
Kalau hari-hari lunch dia dia???
Tak payah tunggu hujung bulan, tengah bulan je aku lunch kunyah daun saderi.

Tapi disebabkan dia selalu mkan tempat best-best, so everytime lunch mesti dia yang bayar. Tapi tak menahan la kejap-kejap ko nak tengok dia bayarkan. Drop my water face okkk.

Umur 27 dah pakai Hyundai Coupe.
Umur 30 pakai Camry.
Now baru 35, dah pakai Mers mata bulat 3.0. Aku tak tau apa model tapi En Wan kata harga dia RM500K++. *terkencet empat kali*

Aku dah 33 (ada 4 bulan lagi nak masuk 34 so now masih lagi 33, I don't care!) baru nak pakai ASX. Tu pun menggigil sign agreement.

Aku tanya dia apa rutin dia now?

"Bangun pagi buat breakfast, hantar empat orang anak dia pi skolah, pi tadika, pi nursery, pastu pi supermarket beli barang-barang nak masak. Balik rumah kemas-kemas, cook, lepak baca magazine, baca buku. Sometimes kalau ada orang order cuppies, dia buat untuk jual. Pick up the kids from school, monitor homework dorang, etc..."

Berkerut kejap aku dengar dia cerita.
Pastu dia gelak.

"You tak caya eh?"

Of cos aku tak percaya.

Dulu dia penah cakap 'I don't see myself duduk rumah masak and jaga anak'.
Macam tu jugak lah aku. Being a housewife tak pernah melintas kat kepala. No offense eh. Bukan bermaksud jadi housewife tu third class, tapi aku tak penah terfikir option untuk benti keje and duduk rumah jaga anak sepenuh masa. Masak and jaga anak no hal. Tapi untuk jadikan duduk rumah and buat keje-keje rumah sebagai kerjaya, belum lagi (bagi penjelasan ni penting. Ramai yang tunggu nak tembak aku ni).

Bila balik dari meeting dia that day, aku terfikir.
Life aku memang dengan business.
Weekdays dah tentu la keje. Appointment hari-hari. Antara aku nak attend or aku nak kensel je. But still ada.
Malam after 10pm menfadap laptop balik. Sometimes sampai kul 2am.
Esok sambung rutin yang sama.
Weekend kalau En Wan takde, aku buat keje gak cuma tak masuk opis.
Kalau tak mengadap laptop pun aku buat keje guna BB.

Aku started to realize yang aku memang takde life lain selain keje when I don't have anything to blog about.
Blank.

Sebab?

Aku tak jumpa orang lain selain dari orang-orang yang sekelompok dengan aku.
Balik-balik aku jumpa customer.
Tak pun dealer.
Kalau jumpa mesti bercakap pasal biotech.
So, input and output aku pun berkisar tentang business and biotech.
Balik-balik aku baca pasal new technology and techniques biotech.
Tapi aku belum bosan. That's the best part.

Cuma aku nak sangattttttttttt berlepak-lepak dengan member, spend satu hari doing nuthing but facebooking or chatting, bla bla bla. Tapi bila aku nak berpeleseran je, kepala aku mesti teringat keje.
Selagi aku tak capai target aku, aku susah nak divert pemikiran aku ke benda lain.
Last-last, aku bukak laptop and buat keje balik.

Sometimes aku try to slow down.
Tapi everytime aku try to go slow, mesti masa tu peluang banyak sangat sampai.
And aku end up keje macam nak gila balik.
Bila aku tengah busy-busy keje macam ni, idea pun masuk mencurah-curah.
Masa tu macam-macam la aku nak buat ngan bisnes aku.
Bila idea dah sampai, mula la aku buat plan camni, camtu. Sudahnya keje tu jadi makin banyak.

Bila aku masuk Twitter, aku tengok semorang ada je benda nak cakap.
Aku dok perati conversation orang lain and reply mention. Tu je.
Sumpah aku takde apa nak cerita sebab memang aku tak ada apa yang nak dicerita.
Bila orang tegur 'Hi Kak Di, apa citer skang?'

Nak je aku jawab 'Citer Tamil'.

Sebab tu bila orang bercerita, aku mesti 'Ha? Ye ke?', 'Huh? Apesal aku tak tau?'.

Orang pun query apa ke bangang sangat dia ni semua benda tak tau?


Bila aku luahkan kat En Wan, En Wan kata penyakit aku ni adelah sebab aku yang gatal aim high. Tapi lojik ke ko nak aim low????
'Alahhhh...takpela kalau setakat dapat 40K je bulan ni'.

Bila dah penat kan, mula la aku terpikir (ke setan yang pikir pun aku tak tau la), kalau aim low takat ala kadar, sampai bila nak maju? Tapi kalau aim high bukan tamak ke namanya?

Tapi macamanapun aku tetap aim high.
Jadi buat apa pikir eh?

Aku belum rasa penat lagi dengan apa yang aku buat, malahan aku sangat enjoy.
Tapi aku rasa aku kena start blaja suruh diri aku stop dari bekerja.
Aku kena luangkan masa untuk diri sendiri (tetiba teringat iklan 'Yuen selalu mengabaikan diri sendiri...'). Fundeks.

For a start, hari ni aku bercuti dari segala keje-keje opis.
Kita mulakan dengan facebooking.
Pastu layan Twitter.
Then blogging.
Jap lagi aku nak buat fried macaroni.
Pastu baca majalah yang bertampuk-tampuk atas desk aku ni.
Pastu tido.
Bangun tengok TV.
Malam tengok wayang.
Esok, shopping tanpa batasan!

Lepas ni kalau ada sesape nak ajak aku melepak, silakan.

Aku kagum ex-bos aku berani buat decision macam tu.
Lepaskan semua yang dia buat selama lebih 10 tahun ni, and fokus pada benda yang dia tak pernah terfikir akan buat.

Banyak kenangan aku dengan dia.

Dia start ambik aku as pekerja dia.
Lepas a few years, aku jadi secondtier. Masa ni dia slowly lepaskan aku attend meeting bagi pihak dia, attend preentation gantikan dia.

Then dia ajak aku sama-sama buat bisnes.
Ko boleh imagine tak seorang bos yang ambik kau bekerja sebagai pekerja dia, willing to berada di kedudukan yang sama dengan bekas pekerja?

And before dia fly ke UK, dia bagi mandat aku run the business atas dasar percaya.
Dia tukar authorization untuk sign cheque kepada aku sorang. Dulu both punya signature on cheque. Padahal dia boleh pilih option antara aku atau dia yang sign cheque. But dia pilih aku sorang yang sign cheque.

After 2 years dia jadi sleeping partner, Selasa lepas dia serahkan semua share dia pada aku.

On the way drive back home, memang aku menangis.

Memang cantik perancangan Tuhan.
Tuhan tunjukkan jalan aku melalui dia.
Dia penah cakap kat aku dulu masa aku masih bekerja as staff yang kalau ditakdirkan dia ada bisnes esok, dia takkan turunkan bisnes dia pada anak-anak.

Rupanya dia bagi pada aku.

Semoga jalan aku dipermudahkan lagi lepas ni.