2011-04-13

Monyet

Gambar-gamba di sini adalah sebelum saya bertudung


Buat kali ketiga kalinya aku bawak Rayyan keluar berjalan.
Alasan adelah sebab nak beli baju unuk tdia. Padahal tak payah bawak pun takpe. Bukan si Rayyan tu kena masuk fitting room pun nak try baju.
Tapi rasa rimas sangat aku tengok si Rayyan ni asik kena tinggal. Lagipun sian mak mertua aku and bibik. Life dorang balik-balik dalam compund rumah je. Rumah kalau tujuhpuluh ekar takpe la jugak, ini?

Tapi sebab bawak Rayyan jadi tak boleh pegi jauh-jauh kata En Wan. Aku tak tau la kenapa tak boleh berjalan jauh kalau bawak Rayyan tapi balik kalau balik Trengganu takpe pulakkkk.

So, paling dekat boleh pegi adelah IOI Mall. Maybe dia pilih IOI sebab IOI tu takde benda sangat, so kebarangkalian nak kena paw dengan aku adelah hampir tiada.

Sebut IOI, kepala aku dah tune nak makan sizzling Yee Mee.
Asal pegi IOI je mesti ini la menu aku, takde lain.
Sebab so far kat sini je sizzling Yee Mee yang tekak aku boleh accept. Yang lain tu jangankan tekak, kau sumbat kat bontot pun, boleh rejek.


Padahal benda ni banyak, tapi aku boleh habiskan. Dengan syaratttttttttttttttttttt.........jangan pakai PB. Hehehe.
(Sorry la ye Syana, akak terpaksa mengelat demi memenuhi tuntutan hantu-hantu raya akak).

Dia punya sizzling Yee Mee anya ade satu cendawan je. Tu pun bukan sebiji but sebiji dibela empat. Tu pun kau boleh makan buat 3 kali suap.

Mak mertua aku pandang je aku makan.

'Buleh habis ke??'

Iskkk, mak aku ni.
Buat-buat tak kenal lak menantu dia yang sorang ni.
Mak mana ada menantu lain yang kuat mentekedarah?
Ada?
Takde makkkkkkkkkkk. Ini je la sorang.

Aku ni ko bagi la PB ke, PA, ke PC ke, kalau dah kau hadapkan aku dengan makanan, memang tak tolak punya. Paling-paling pun aku alihkan cangkuk PB kasik tak sengkak. Belasah tetap belasah.


Bibik aku tanya 'Madam, kenapa muka Redza lain? Muka adik (Rayyan) ni cukup sempurna!'

Hamboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Tak agak-agak nak bagi pendapat. Aku cantas pendapatan ko kanggg.

Apa tak cantik benar ke muka si Redza ni??

Tapi memang betul pun.
Masa aku lahirkan Redza, aku heran apesal mata dia sepet, hidung dia kemek, kulit dia hitam? (buat-buat tanya lak tang kulit tu)

Nenek aku lagi la gila direct.
Dia dokong Redza kan, pastu dia agah 'Ala ala ala Dianaaaaaaaaa. Memang Diana!'

Pastu pakcik aku everytime tengok Redza mesti cakap 'Tang hidung tu memang Diana!'.

FINEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!


Sama tak dengan Redza?

Masa aku nampak gamba ni tadi perkataan pertama kat kepala aku 'Takde melekit lagi ke kau dulu, Diana?'.

Masa ni kat Bukit Cherakah. Biasala, asal hujung minggu je kalau tak pi Muzium, Lake Garden konfem pi Bukit Cherakah. Maklomla, bapak keje Jabatan Pendidikan, jadi aktiviti senggang pun harus ada unsur-unsur ilmiah. Tapi anak tetap ba alif ngang.

Nampak tak aku bukak spek?
Masa ni aku perasan mata aku sangat cantik, jadi kalau pakai spek ia akan menyebabkan kecantikkan aku tersembunyi.

Padahallllllllll.

Yes, memang aku akui Redza memang macam muka aku time kecik dulu (dah besar ni kau cantik la??). Bila one day Redza balik dari skolah tadika, dia cakap 'Ma, kawan Ija kata Ija tak cantik. Dia funnykan (make fun) Ija'.

Sebak rasa dengar.

Aku memang dah agak dia akan lalui benda yang sama macam aku lalui zaman skolah dulu. Cuma aku harap dia possess satu lagi point dari aku iaitu kebolehan untuk buat dek. Aku rasa kalau aku takde elemen-elemen 'ada aku kisah?' memang dah lama aku jadi pembunuh.

Budak-budak skolah dulu (skarang tak tau ,a) memang suka make fun-kan nama bapak, nama mak, tak cukup ngan tu, rambut aku pun jadi issue. Rambut aku dulu memang macam dalam gamba tu. Rambut degil. Kau sikat la kut mana pun, dia patah balik ke asal. Tu cara-cara aku sikat okkkk. Tetap macam mama kotai rupa dia. Kalau tak bersikat aku rasa pelancong kat Bukit Cherakah ni tak tau mana satu aku mana satu beruk.

Tu satu hal.
Kalau menyamakan aku dengan budak-budak India ni memang dah perkara wajib.
Macam la aku sorang je yang hitam dalam skolah tu.
Time Sejarah, bila cikgu cerita pasal kesan kemasukan pendatang dari India ke Tanah Melayu, mula la budak-budak pantat ni semua 'Ha, ni sebab si Diana la ni'.
Pastu gelak-gelak sep-sep tangan.
Sebijik bahabi.

Bila Redza membesar memang itu la yang aku takut sangat.
Sebab aku tau dia akan terima benda yang sama cuma aku takut dia tak kuat.

Tapi dia tak kuat takpe.
Mak dia ada.
Aku bako satu skolah!!!

Bila aku cakap kat bibik 'Saya dulu memang macam Redza, bik'.

'Masa??? Madam hidungnya mancung. Matanya bundar.'

Habis?
Kau ingat ini anak aku sorang?
Tang hidung tu insyallah, besar esok ada la batangnya.
Tang mata tu er....er....En Wan, anda nak tolong jawab?



Alhamdulilllah si kenit ni senang di bawa berjalan.
Asal masuk keta je, lelap.
Masuk tempat beraircond, lelap.
Jadi, aku boleh makan dengan tenang.

Skarang dah 6kg++.
Suka tengok betis and lengan dia dah berketak-ketak.
Tak sangka dia boleh besar macam ni.



Ada lagi yang pakai baby sling macam aku?
Haaaa...berani kau nak kehulu-kehilir ngan baby sling kain batik?
Ni bukan kain batik biasa kita pakai tu ye, ini memang kain batik khas untuk kendong baby. Panjangggggggg. And lebih tebal dari kain batik biasa.

Anak aku kalau payah nak tido, memang sangkutkan dalam kain ni, konfem lelap.
Sebab sejuk kain dia.

Lepas cari baju Rayyan, haruslah cari barang abangnya pulak.
Tahun ni semua mainan Redza haruslah yang menggunakan otak (kata bapak dia laaaa).

Salah satunya adelah....apa nama menatang ni ntah tapi mengelakkan monyet dari jatuh.


Seperti biasa, kalau bab main ni memang bapak dia yang over. Muka series tak boleh blah macam masuk pertandingan hadiah seratus ribu. Kalau main dengan sape pun walaupun dengan anak dia sendiri, dia jugak yang nak menang. Taknak mengalah lansung dengan anak.
Main dengan aku je kadang-kadang dia terpaksa mengaku kalah. Eh.


Kesian aku tengok Redza, asik kena buli je kalau main ngan En Wan. Balik-balik budak tu kalah. Main tipu.

Lagi satu En Wan ni kalau ajak main memang laju. Cuba kau suruh kemas balik. Haram! Sebab dia malas nak kemaskan mainan tu balik, dia akan buat rules 'siapa kalah kemas mainan'. Tapi kan, selagi dia tak menang, selagi tu dia ajak anak dia main. Punya lah pemalasnya nak kemas mainan!!

Camne la aku boleh setuju nak kawen ngan dia ni dulu.


Padahal aku tengah masak, tapi dia tarik tangan aku ajak main sama sebab dia tau aku ni main la apa pun memang kalah punya.


Tapi dia silap!!
Doa orang teraniaya tu selalunya dimakbulkan.

See? Dua je monyet aku.


Monyet dia???

Kira la sendiri.


Monyet sedang stress pikir apa jalan mau menang.


Last-last En Wan kalah.
Padahal nak kena kemas cuma kayu-kayu tu ngan monyet je pun.
Pemalas gila.











Nampak ini??

Tau ini apa?

Ye betulllllllllllllll.
Ini namanya PB sudah masuk ke cangkuk kedua :)

Nak beli? Contact :

create your own banner at mybannermaker.com!