2011-04-08

Confuse





Sape yang penah layan video ni? Semalam aku ada share the same video kat wall FB aku.



Ini komen dari penonton.


Ok, aku takmo cakap lelebih pasal this program ratu cantik, sebab aku sangat jahil dan tak arif jadi tak payah la nak memandai-mandai jatuh hukum.

Cuma aku confuse how to treat those guys...err..ladies??

Aku takde pandangan yang tak baik terhadap golongan ni. Dia pun makhluk Tuhan juga (cliche gila statement!). Tapi aku confuse apa pendekatan terbaik untuk aku treat diorang.

Sebab bak kata Rasulullah SAW (ambik kau aku dah pandai letak hadith), 'Diri kita adelah dengan siapa yang kita berkawan'.

Lebih kurang macam ni la (belagak nak letak hadith tapi huru-hara hadith tu ko kejekan).

Pasal hukum-hakam aku memang bukan bidang aku, jadi aku taknak sentuh. Maybe orang lain boleh touch pasal ni. Yang aku nak tau is dari sudut kemasyarakatan.

1. Kalau kita berkawan dengan golongan ni adekah kita secara tak lansung menyokong diorang?

2. Tapi kalau kita menjauhkan diri kang dorang kata kita sisihkan dorang. Dan disebabkan kita menjauhkan diri maka sbab tu lah dorang tend tu berkelompok sesama dorang je.

3. Tapi diorang makhluk Tuhan gak, perlu ke kita pandang dorang hina? Siapa kau nak pandang orang hina?

4. Tapi kalau dah dorang sendiri yang mengubah kejadian Tuhan, memangla harus dikeji dan dipandang hina kan? Eh, ke tak?


Dulu, aku ada kawan dari golongan ni.

Sebenarnya aku suka berkawan dengan dorang sebab Kebanyakkan dorang ni jujur bila berkata-kata. Golongan ni sangat transparent bila bercakap. Mulut memang lepas. Tapi bukanlah lepas kuang ajar sampai kau rasa nak bagi penampar. Dorang punya style lepas cakap tu lebih kepada benda-benda lucah. Selamba badak je nak sembang double meaning. Kadang-kadang macam sengaja je dorang lucah-lucahkan like dulu kawan aku pernah cakap 'Kau ni pegang batang senduk pun tangan melempai-lempai, kalau pegang batang laki kau kemain melekap lagik!'. Cilaka kan? Tapi aku takde hal. Sebab memang betul pun. Kahhhhhhhhhh!

Aku pulak memang takde hal kau nak berlucah ke apa ke sebab aku kenal dia in and out. Yang aku takle accept those yang tetiba je tak tau hujung pangkal nak mencarut-carut konon macam kool la sebab aku pun carut so ko pun nak gak tapi style kau mencarut macam musibat as if kau mencarur sebab nak impresskan aku so that aku rasa cam 'Wow, budak ni kool gila selamba mencarut, boleh lah masuk geng aku'.

Kemak lah.

Another reason aku suka berkawan dengan diorang, kebanyakkannya tak cakap belakang, tak mengumpat, ringan tulang, good listener dan sarkastik gila babi. Dia memang tak cakap blakang punya, kalau dia nak sembur memang dia sembur direct, tak pun kau hadap la dia bagi statement-statement sarkastik.

Of cos kalau nak carik kawan yang good listener, yang ringan tulang semua tu tak payah tunggu mak nyah. Ramai lagi yang possess the kualiti tapiiiiiiii aku jarang jumpa kawan yang bertahan dengan perangai yang sama.

Sorry la kalau ada yang terasa tapi dari pandangan aku dan pengalaman aku yang pernah berkawan baik dengan kawan perempuan, mula-mula memang la kau mengaku BFF, tapi lama-lama takde nak BFF-nyaaaa.

Kalau kau nak ada BFF :

1. Kau kena pastikan BFF kau lagi hodoh dari kau. Kalau dapat yang gemuk lagi bagus.

2. BFF kau mesti takde boifren. Kalau ada boifren pun, dia mesti tak boleh celen boifren kau. Paling bangsat pun biarkan satu level barulah BFF namanya.

3. Kalau dapat BFF yang bodoh tapi baik hati adelah satu bonus. Sebab dia boleh tolong beratur belikan nasi tapau untuk kau.

4. Kau mesti adelah orang yang glemer. Diva lagi bagus. Berebut pencacai serah diri jadi BFF kau.


Aku ada stok-stok member macam ni.

Mula-mula ye la member. Semua benda nak buat sama-sama.
Kalau sorang tak start makan, mampus kejung kat situlah nasik tak bersentuh. Punya la nak tunggu kawan makan sekali.

Lepas satu peringkat, si A dah ada boifren.
Yang si B mula la panas hati. Tapi still la berkawan gak cuma berbulu je.
Dah renggang sikit dah time ni sebab si A asik nak berkepit ngan boifren, makan sama, gi library sama, outing sama. Habis tu, takkan nak berkepit dengan kau sampai ke sudah? Aku nak gak rasa apa itu stim-stim.

Lama-lama si B pun ada boifren gak.
Dan-dan A and B jadi BFF balik sebab now sama-sama equal.

Tibalah anniversary masing-masing.
Yang boifren A bagi hadiah bracelet.
Yang boifren B pulak bagi bracelet tapi ada diamond 2-3 bijik.

Masa ni ko tengok lah berapa lama dia boleh BFF.
Masing-masing dalam dia dengkikan each other tapi muka kontrol.

Esok-esok kang kau dengar la statement like :

A : I dapat voucher penginapan 2N kat Hotel Pelangi.
B : I dah penah pegi hotel tu 3 tahun lepas. Ala, hotel biasa2 je, takyah dapat voucher pun boleh pegi.

A : Taknak la duduk kat hotel tu, susah la nak ke sana ke mari, transport susah dapat. I dah penah duduk dulu.
B : Ala, I pun dah penah duduk jugak duluuuuuu lagi dari you.

A : Cantik tak baju I? RM700!
B : I pun ada gak baju lebih kurang macam ni, USD700.

A : Slim tak badan I? My hubby belanja I pi slimming centre. Habis 7K.
B : My husband pun masukkan nama I kat slimming centre, I je lupa nak pergi.


Letih okkkkkkkkk.

Aku tak tau la korang ngan BFF korang sebenarnya ada masalah macam ni or not.
Aku tak penah ada BFF sebab takde orang boleh tahan kawan ngan aku.
Mulut aku jahat. Hahaha.

Cuma aku pelik apesal la mesti nak ada rasa dengki? Padahal ko mengaku itu kawan kau. Lainlah kalau itu memang musuh kau so lojikla kalau kau nak mendengki pun. Ini tak, kalau jumpa kemain lagi peluk cium tapi kat blakang masing-masing carik jalan nak starlite each other.

Baik aku kawan ngan mak nyah dowhh.
Dorang ni takde de nak dengki-dengki. Maybe sebab dorang rasa diri dorang dipandang serong, jadi diorang tak besar kepala. Dorang tak rasa diri hebat.

Tapi tu la, bila kita berkawan dengan dorang, mula la kang 'Kau ni macam takde kawan lain dengan bapuk pun jadik'

Confuse.



Tak tau apesal, bila aku tengok dia ni, aku rasa macam nak sangattttttttttttttt berkawan dengan dia.