2007-08-05

Apa kata aku update blog seminggu sekali je?


Hari ni aku memang takde mood sangat nak masuk opis setelah semalam aku out for ‘outstation trip’ sehari suntuk (huah huah huah). Dengan berat hati aku gi la jugak opis, masuk pagi lak tu dengan paksa rela nak wat keje. Masuk je opis aku tergerak nak tanya anak buah aku dia dah dapat package baru ke belum. Dia kata dah.

DAH?????
DAH!!!!!!

Babi!

Apsal aku blom?

Aku pun turun tingkat 1 jumpa KM.
Mengadu domba la, apa lagi.

KM pun surprised bila aku bagitau kawan aku dah dapat package baru sedangkan aku tak dapat lagi. KM pun tak dapat lagi. Ini sudah betul-betul punya special case nampakkkkkkkkk.

Makin takde mood la aku nak wat keje.
Dan semakin bersemangat aku nak resign. KM bagi aku satu lead. Kat Putrajaya.

Aiseyyy, Putrajaya la pulak. Jauh tuuuuuuu.
Tapi takpela, malam kang aku check.

Tapi aku memang semakin tak puas hati dengan management yang double-tripple-threesome standard ni. Keje aku makin banyak, siap suruh aku pi Santa Cruz la, Phuket la handle case sana sini. Package baru mana??? Ko ingat aku buat kerja kemasyarakatan? Ada ke suruh aku pi USA 2 minggu nak kena bond setahun??? Dah la kena bond, takide kenaikkan pangkat lak tu. Ko ingat ko hantar aku tu kengkonon aku rasa amat terharu la? Kalau ko tak hantar maka sampai kiamat aku tak jejak US tu?

Dengan bengang-bengkek nya, maka aku pun ajak Rozie pi TGI. Dah sebulan aku ‘hutang’ malaun ni. Dari dulu aku berjanji nak belanja dia tak sompek-sompek. So, hari ni aku langsaikan la. Since Kak Nenie pun join sekali, and birthday dia 30 Ogos ni, maka sekali harung la aku celebrate untuk dua ekor ni, dengan ucapan :

SELAMAT HARI JADI. LAGI 9 HARI, BIRTHDAY AKU PULAK. SILA JANGAN BUAT-BUAT LUPA. CHILIS ADELAH SANGAT LAZAT BILA DIMAKAN TANPA MEMBAYAR SE-SEN PUN (kalau tak paham gak hint aku sah bangang)

Ngah ngah ngah ngah.


Kak Nenie and Rozie.


Kak Nenie tengah pilih apa benda nak makan. 


Kitorang tolong perabihkan roti yang dah betebarai ni.



Menatang ni la aku makan sampai nak pitam. Ko bubuh wine ke haper dalam nih???
On the way back, aku rasa macam nak pitam. Maybe sebab aku blom sihat betul, pastu stress pulak, ditambah lagi dengan mentekedarah satu plate besar BBQ Beef Sandwich and tolong perabiskan chicken finger Kak Nenie, so sampai je opis, aku rasa macam nark muntah, nark pengsan, badan bepeluh-peluh, sampai anak buah aku menggagau carik minyak cap kapak.

Dalam setengah jam aku settlekan apa-apa yang patut kat opis, then terus blah jumpa customer jap. Pastu balik umah. And that was 4 sumthing. By the time aku sampai kat porch umah aku, baru jam 4.40pm.

Apsal aku dok kat porch?

Tu la dia.
Laki aku pi bawak kluar kunci umah dari keta aku bagi kat mak dia. Sebab kak ipar aku fetch mak metua aku and Redza kol 10am, so kunci mesti dia kena pegang. Kang pintu umah aku ternganga la pulak. Aku pun melepak lam keta sampai kol 6pm. Seb baik ada laptop, bulehhhhhhhhh buat karangan. Ni aku tengah ada lam keta la ni.

Haaa!!!!!!!
Dan yang menambah kan stress aku bila laki aku bagitau aku yang harga baru Aveo lepas kerajaan rombak cukai-cukai, cuma RM60K je!!!! (hoih, aku buat promosi ni karnival membeli belah ni)

Pantekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Kalau aku tau harga merudum macam ni, baik aku tunggu sampai skang baru beli. Aku beli lom sampai 2 tahun lagi. Macam tak caya je, dulu aku beli Aveo ni 82K, lagi a few thou je dah boleh angkat Vios. Skang dah 60K.
Kurenggggggggggggggggg. Kureng sekureng kurengnya!



2007-07-29

IMPIANA


Elok je Redza discharged, dan dan tu jugak aku rasa tekak aku perit.
And...kesudahannya aku demam sampai la di saat dan ketika aku menaip entry ni. Tapi esok kena gak pi opis sebab dah bederet appointment aku kenselkan.

Skang ni, aku kat hall, melepak sambil tengok Bujang Lapok buat ke-seratus juta kalinya, and mak metua aku baru sampai petang tadi nak jaga cucunya yang berpangkat Laksamana ni. Mak aku dah bising suruh carik maid jugak. Dia tak sampai hati nak letak cucu dia kat day care. Bukan taknak Mak Ajiiiiiii, kalau dapat yang senonoh takpe, ini dapat yang bangang tak ke buang duit aku je bawak masuk dia kat sini. Tapi aku rasa someday aku akan carik maid jugak. Laki aku pun macam willing nak gamble balik semula kat maid ni.

Aku pun rasa takleh nak handle semua benda sekaligus. Boleh tu boleh la, tapi tak le seperfect mana. Penat tuuuuuuuuuuu. Skang ni menyapu and mop umah pun dah skip, kalau dulu hari-hari, skang dah selang sehari, selang dua hari...mau esok sebulan tak bersapu. Baru la berkerak.

Aku balik Tganu Jumaat lepas.
Aku sampai umah from opis dalam kol 7.30pm macam tu, terus mandi, makan and gerak. Letih okkkkkk. Mintak nyawa gitu.

Laki aku pun gatal.
Dah tau penat, nak jugak balik malam tu jugak. Sudahnya aku terlibat sama mendrive. Tapi sampai Kuantan je, pastu dia sambung.

Esoknya, kol 11am baru aku bangun. Redza pulak masa tu asal malam je shivering, ubat masuk kot mulut, kot bontot semua dah habis, sampai kena beli kat farmasi Kuala Trengganu, demam still tak kebah.

Tapi laki aku still nak bawak aku pi Cherating gak.
Sebagai ganti sebab aku tak jadi ikut dia pi Tokyo.

Ada ke Tokyo nak dibandingkan ngan Cherating???
Baik bawak aku pi Kajang je. Boleh gak makan satey.

Tapi memang suprise la.
Dia bawak aku stay kat Impiana.
Bilik dia........BESTTT!!!!!
Laki aku kata dia upgrade bilik tu. RM270++ per nite. Kira ok la.
Apa-apa je la, tapi yang penting bilik dia BEST!
Hotel dia BEST!
















Yang kurengggg sket sebab masa tu Redza tak sihat.
So kesian gak kat dia.
Waktu siang dia ok, time malam je, macam burung hantu aku ngan Wan berjaga gilir-gilir. Harus la masing-masing mata macam spotlite.
Tapi kalau tengok gambar2 Redza kat sini ...hmmmm dia macam orang sakit ke??












Malam tu aku plan nak makan dalam bilik je, boleh lepak tengok TV.
Laki aku insist nak makan kat coffee house gak, dia nak aku makan tenggiri steak sebelah kolam. Apa kena entah. Aku pun ikut je la, sambil bawak laptop, bleh gak check email.








Elok je makanan sampai, Redza dah terbatuk-batuk muntah. Demi menutup kemaluan diri sebab orang lain dok toleh-toleh kat table aku, aku mintak dorang hantar semua makanan lam bilik. Akhirnyaaaa candle lite lam bilik.






Dah, takleh citer banyak-banyak. Aku baru lepas telan ubat selsema ngan batuk, high jap. 






2007-07-27

Redza sakit..


A very quick update.
Aku busy and takde masa ni.
Actually balik from Tganu on Selasa, tapi Rabu, Redza dah admitted kat Sunway Medical Centre due to lung infection. Not really a penumonia, cuma ada sikit phlegm kat lung.

So, pagi tadi dalam kol 5pg, dah masuk air yang ke 4 botol, and nebuliser dah pakai 3 kali, antibiotics pun masuk kot drip je, sebab masuk kot mulut tak jalan.

Tapi so far since semalam and pagi ni before aku gi keje tadi, temperature ok, hopefully boleh discharge tomorrow. Aku dah tak larat berjaga wehhhhhhhh, sampai smlm aku masuk opis, orang ingat aku bergaduh ngan laki aku sebab mata aku hitam macam kena tumbuk. Jadi, haruslah tidak mempost gambar aku kat sini dalam seminggu dua.

Ingat aku suka sangat ke nak masuk opis terkejar-kejar dari hospital ni semua?
Tapi sebab keje banyak, so aku ngan laki aku gilir2, smlm dia half day off PM, aku AM. So today, aku hall day off PM, dia tengah khusyukmengeghoh lagi atas katil jemaah ngan Redza.

So bebila aku free, aku update gambar aku gi Cherating.
Opssss...hahahahh ROZIE, aku jadik pi Cherating rupanya.
Tetapi $wee+666, aku tak sompek nak pose ngan baju ko.











Gambar 1 : Redza on Wed, kat emergency room, baru lepas kena inject.
Gambar 4 : Redza and atuk tengah main Bob the Builder atas katil.
Gambar 5 : Pesakit tak diundang...sian laki aku, penat dia berjaga Redza.

2007-07-19

Sumie, kalau ko idup lagi, komen kat blog aku nih!!!!


Semalam kan aku mimpi benda yang pelik sesangat.
Aku mimpi SUMIE kena bunuh, mati pulak tu.
Padahal aku tak penah pun jumpa ko SUMIE hoihhhh!
Takpe, panjang umur....

Lagi satu, semalam $wee+666 call aku.
Hihihi..muka brutal okk.
Tapi suara ko alahaiiiiii, macam budak bawah umur Zie.
Lembut sangatttt.
Tergoda aku..hihi.

Baru jap tadi (kol 10.10pm), Idd datang umah aku deliver T Shirts yang aku order from $wee+666.

YIHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Gumbira okkkkkk.
T Shirt yang akan ku peragakan dengan belagaknya di merata tempat sebab aku tau takkan ada sesaper pun sama T Shirt ngan aku.

Dengan ini, dengan segala kuasa yang ada pada saya, saya memberi mandat kepada $wee+666 untuk meneruskan bisnes LAIN dan menghentikan pengeluaran design 'MY PARENTS MET ONLINE'.
Ko paham tak apa aku tulis tu Zie?
Aku nampak ada orang lain pakai design yang sama, aku culik Fenriz.
Haaaa...berani?? Berani?
Tau takuttttttttttttttttttttttt.

Redza kemain lagi, dan dan time tu jugak dia rasa panas, berpeluh la, sebab nak tukar baju baru. Hangin je aku. Badan dah la masam.

Esok aku balik Tganu, aku pose maut ngan baju ko, pakai baju je, suar takyah. Posing nonggeng atas keta laki ala-ala calendar girl (saper la yang nak beli kalendar ni wehh?)

Tadi kat opis, aku ngan anak buah aku takde keje sangat, pi retrieve balik all internal emails yang informed bila si Kote Pendek tu EL, MC or AL.

To our surprise...gila bapakkkkkkk banyak dia ambik AL. Keje baru setahun (masuk sini bulan 6 tahun lps), tapi dah ambik 19 AL, 7 MC. EL aku tak kira lagi tu.

19 AL okkkkkkk.
Ko keje berapa tahun bang, yang buleh ambik AL sampai belas-belas hari ni? Kot ye pun ko bos tapi ko keje blom sampai setahun setengah, adelah harus AL ko sama banyak cam aku yang dah keje ompek tahun ni. Aku yang dah senior ni pun tak berani ambik MC lebih 5 hari, ko pulak yang lebat ambik MC.

Oh, lupa pulak, ko kan bos.
Bos mestila selalu sakit, sebab banyak sangat berfikir tentang bagaimanakah meningkatkan profit kompeni kan?
Dan bos juga boleh ambik AL berapa banyak pun tak kisah, sebab nama pun bos, haruslah duduk di rumah saje, kerana banyak kuli batak bapak ko yang nak buatkan keje ko kat opis ni kan?

Heran la, apesal big bos tak penah tergerak nak kira AL ngan MC yang si kote ni dah ambik. Ke dia dah kira tapi buat-buat tak tau sebab nak cover malu? Sukati ko la, kompeni ko. Kalau bankrupt pun ko sorang tanggung.

Oh, ye. Bulan September nanti, secara officialnya aku keluar dari Board of Directors. Itu lebih baik daripada saham aku gone bila kompeni ni bankrup esok. Aku pun takyah susah-payah nak collect buku cheque, ko ingat tak penat ke nak beratur kat kaunter Maybank tu?

Dan tak payah la jugak aku nak kena datang opis walaupun hari tu aku cuti semata-mata nak sign TT la, bank guarantee la, tok nenek la, apa la. Dan yang paling syorga, apabila aku takyah dengar segala penipuan korang bila time nak bagi profit hujung tahun. Manjangggggg je profit tak banyak, tapi bila aku check akaun, mencanak-canak duit masuk.

'Oh, tak boleh kuarkan duit ni, sebab kita nak kena dulukan ordering, old invoice, gaji pekerja.'

Abis aku bukan pekerja?
Ke memang aku bos?
Nguah nguah nguah nguah.

Senin lepas ada meeting tergempar (manjang je tergempar..ptuihhhhhh!).
Last week aku komplen pasal aku kena jaga banyak sangat customer. Sampai tak bernyawa, terkejar-kejar. Mana nak monitor anak buah, nak monitor sales, nak communicate ngan principals, nak prepare promotion, nak conduct training, boleh tak kasik aku dok opis dendiam buat keje?

So last Monday masa meeting dorang rombak area and target.

Cilakooooo!
Aku ingatkan target aku makin turun, lagi banyak 000 kat belakang.

Ok.
Aku surrender.
Korang memang pedajal aku kan?
Silakan.
Aku ni memang pantang kalau orang plan nak pekena aku.
Mula la membuak darah kepahlawanan Daeng Parani.
Tak semena-mena aku semangat gila buat keje.
Secara otomatiknya 2 hari ni graf sales aku bergerak secara exponential.
Sila pedajal aku lagi.

Semalam aku gi Mydin.
Pastu lalu depan slimming centre.
Sekali salesgirl tu tahan aku, tunjuk promotion flyers.

'Kak, cuba la treatment kita, 2 jam je dah boleh kurang 2cm'

Soalan:
Adakah statement itu membuatkan anda merasa teruja untuk mentry treatment tersebut atau bagi penampar kat muka pompuan itu? Sila pilih jawapan anda :


a) Ye, saya konfem akan tampar dia.

b) Ye, saya akan tampar dia tapi untuk lebih happening saya ajak husband dan mak metua saya melempang bersama.

b) Penampar? Mungkin tidak. Adelah lebih bagus jika saya bagi backhand, lagi memberikan kesan mendalam terhadap objek itu.

c) Semua jawapan di atas.

Pilih..pilih.

Mendidih je aku pandang muka budak tu.
Aku dah 47 kilo pun ko nak suruh aku kuruskan badan lagi.
Aku tak gemuk la. (ayat penyedap jiwa)
Tetek saya yang besar. Sila salahkan tetek saya.

Stress aku cenggini okk.
Dari zaman skolah, sampai matrik, sampai skang pun collegue aku selalu tanya pesal tetek aku boleh jadik besar? Tetek aku yang bersalah, dia yang buatkan aku nampak gumok.
Dia yang bersalah. Tangkap dia!

Hoih, korang ingat bertetek besar itu suatu kebanggaan?
Berat bahu memikul tau.
Part nak pilih baju sungguh menerakakan sekali.
Nak pilih L, besar tang pinggang, nak pilih M, tak boleh butang kat dada pulak.
S toksah cerita la, masa berat aku 40 kilo je aku buleh pakai S, itu pun sengkak kat dada.

Ada sesaper jumpa kedai buat rawatan mengecikkan tetek?

2007-07-16

Indah nian syorga loka


Laki aku dah balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!
Gumbira!! Gumbira!!!
Semangat gila aku kemas umah siap masak siap buat keje opis sket.
Tetiba je roh kerajinan masuk badan.
Kalau tak manjang je nak bad mood.

Kol 7pm, aku dah mandi get ready nak fetch Wan.
Last time dia touched down kol 8.30pm tapi aku kena melangok kat airport tu sejam sebab bagage lambat keluar. So this time, aku cakap kat mak metua aku, kita kluar rumah kol 8.15pm. Biar dia sampai sana dulu, by the time kita sampai kat arrival gate tu, dia dah kluar.


Redza dah ready nak fetch papa dia. Siap suruh aku snap gambar lagi. "Mama cepat ma, Eja nak se-mail (smile)"




Sangkaan meleset, aku kena gak tunggu dalam 15 minit gitu. Tak lama, tapi sebab bawak Redza tersaa sangat la lama gila. Kat situ banyak shop, so menggigil kejap anak aku nak masuk kedai tu masuk kedai ni. Hangin je aku.

Lepas fetch Wan, kitorang balik rumah tapi dropkan mak metua aku kat rumah kakak ipar jap. Take turn la pulak. Takkan lepak umah kitorang je, kang cucu kat sana cakap apa pulak. Nenek asik lepak rumah Redza je.

Sampai umah, terasa sangat la berseri harum kasturi rumah aku.
Rasa macam di syorga loka.
Rasa cam tak caya nampak laki aku lam umah tu.
Rindu gila beb....

Pastu dia kluarkan hadiah untuk Redza.
Walaupun dunia tau aku memang tak suka kucing, tapi kucing yang dia bawak ni memang cute. Bulu dia macam bulu kucing betul, siap boleh jalan kedepan kebelakang, meow-meow, goyang-goyang ekor, hangguk-hangguk geleng-geleng paler bagai. Macam kucing betul je.






Cute kan kucing tu? Redza bawak ke mana-mana skang. Risau je aku kalau kucing tu just bertahan seminggu.

Untuk aku dia sempat belikan T Shirt je sebab dia busy.
Takpe. Tak kisah pun. Macam la ko tak pegi lagi lepas ni kan? Tapi aku suka T Shirt dia sebab material dia sedap and fabrik yang dia guna untuk gambar depan tu is fabrik kimono. Lembut gila cam sutera. Tapi macam je la, bukan sutera betul pun.




Yang atas tu aku punya. Yang no. 2 tu Redza punya, gambar Ninja. Terus dia tanggal baju nak pakai baju Ninja tu jugak.


Pastu semalam kitorang merayap.
Laki aku nak redeem Maybank credit card dia kat Midvalley. Aku yang duduk Mesia pun tak tau apa benda pasal redeem meredeem ni, dia yang baru balik tau ada bendalah ni Kat Midvalley.

Tetiba dia tanya "Di nak beli apa?"


"Takde apa, malas. Nak makan je. Lapar"


"Pegi la beli baju ke, kasut ke. Abang tunggu sini"


WAH WAH WAHHHHHHHHHHHHHHHH.
Sesuai ke nak menolak permintaan suami suruh kita shopping?
Tak sesuai kan?
Derhaka okkkkkk kalau tolak permintaan suami.

Maka aku pun men-try a few bajussssss.


Lepas tu pi carik beg. Beg aku kan bibik gila tu dah angkut sekali masa dia berhijrah hari tu. So ingat nak beli beg biasa je, alih-alih jumpa beg ni.


Kecik je beg tu tapi cute. Karer pun brue....suke..suke. Redza terus punyakan. "Ini Eja munyeeee. Eja nak pi skola"






AFUNDI KELUAR_REDZA


2007-07-14

H.A.P.P.Y.B.I.R.T.H.D.A.Y


Saje aku taknak call ko tahun ni.
Aku nak wish ko kat blog aku.
Sila ucapkan tima kasih ye.

p/s : Sila pilih menu paling murah kat TGI nanti.

I hope that for every candle on your cake you get a wonderful surprise.
May whatever you want most in life, it comes to you, just the way you imagined it, or better.
MERRY BIRTHDAY ROZIE!


2007-07-12

Aku adelah Ms Stoberi with no chocolate pleaseeeeeee


You Are Strawberries with Cream
Fresh and uncomplicated, you are always enjoyed but often overlooked (huagh huargh huarghhh, pedulik haper aku).
You're confident in who you are. You don't need a facade to feel better about yourself.

Aku baca blog eyzzros tadi, and tergatal la pulak jari-jariku-sakit-semua-kerna-membasuh-setiap-hari ni. Memandangkan aku amatla stress pagi ni sebab boss aku buat cilaka tulis email praise everyone yang dah hit target sebagai satu cara lain nak hint 'apesal ko tak hit taget Diana?????'.

Weh bahalul.
Aku bukan tak hit target la nganggggg.
Aku punya sales mencanak okkkkkkk. Tapi ko yang tak order barang saper suruh?
Barang tak sampai camne aku nak invoice?
Formula paling simple camtu pun tak reti-reti lagi?
Lagi satu..apesal aku kena hit pulak???
Bukan ko yang kata aku buat sales untuk cover area-area yang susah je ke?
So that explains why aku tak hit target..so sadapppppppppppppppp you!

Aku rasa faktor penyumbang utama kenapa aku asik nak melenting je minggu ni is sebab laki aku takde. Aku kan pencinta wanita (read : pencinta sejati), so adelah tak munasabah seorang pencinta wanita untuk berjauhan dengan kekasih hati. Amat sendu di dada okkkkkkkk.

Sian Redza, asik kena pelempang aku je minggu ni. Asal laki aku outstesen je aku jadik mambra, asal outstesen je saka waris jari hantu aku sampai.

Sat lagi aku nak pi Bangi, Cyberjaya pastu lunch pastu gi UIA pulak. Maknanya???

Yeahhhhhhh.
Aku menjadik muslimah lagi hari ni.
Kali ni semua PINK.

2007-07-11

My rant...vent my spleen for all to enjoy!


Semalam aku gayut ngan ex bos aku, KM.
KM bagitau that she is leaving soon.

Whoaaaaaaaaaaaaaaaaa??????

Apsal?

"The fucker (nama timangan) is killing me", KM bagitau aku.

Aku dah agakkkkk.
Jantan kote pendek ni memang modus operandi dia nak hapuskan semua core-core people dalam building tu. Biasa la kan, orang kalau bangang, tapi ada hati nak jadik big bos, apekah cara yang boleh buatkan dia jadik bos dengan cepat melainkan buat tektik keji?

Dari dulu lagi the ground people dah sok sek sok sek. The moment I learned that our bosses (KM and KZ) kena transfer pi unit lain yang kononnnnnnnn nya being promoted (lancauuuuu), one thing been circling inside my head was these 2 people are about to be kicked out very very soon. It was just another way of showing their 'pukimak-haram-punya-gratitude' towards them.

And now...the game has just started.

KM has been transferred to Management and Training Unit, basically handling things related to seminars, workshops, labs, RnD and also administration. Previously the head of this unit is Mr Kote Pendek. Due to WTF reasons, re-grouping la bagai, si kote ni been upgraded (lancau lagi dan lagi) to Senior Manager of Technical and Operation Unit yang aku tak nampak what is the significance. Sabit nak kasik power lebih kat dia je.

So, dulu KM ni involved in sales so position dia kira strong sebab nature of bisnes kita memang trading, selalunya people yang buat sales dorang takkan kacau. Nak mampos carik pasal ngan kitorang? Aku tak kuar buat sales kang, mampos ko mintak sedekah tepi longkang.

Dulu dia takleh kacau KM and KZ sebab dua-dua ni main contributor kepada gaji dia. Jadik, dia nak kick these 2 people pun payah. So, he came out with this madafakka so-called viola idea - REGROUPING. Bila regrouping, all bussiness unit akan bersatu and position pun bertukar. So, KM and KZ dari elok-elok parking kat sales, dia pi hantar kat unit lain, yang bukan buat sales. KM kena campak kat management. Dia bagi gaji lebih sket la. Umpannnnnn.

Bila dah campak kat sana, jeng jeng jenggggggggg, tanduk pun keluar.
Si kote pendek ni hari-hari jadik pencacai dok mengevaluate keje KM and secara sukarelanya pi buat assessment report pasal KM and hantar kat CEO. Apekejadahnya ko susah payah nak buat segala assessment appraisal semua ni? Ada dia kacau telor ko ke yang pantat ko jadik panas semacam tak reti dok diam ni?

Regrouping baru sebulan, dia pepandai cakap KM tak perform. Kepala pantat mak kauuu!

Itu baru sebulan la bacul. Ko duduk kerusi tu 6 bulan aku taknak apa yang perform pun. Tunggang langgang siap 10 orang benti serentak lagi ada. KM baru pegang sebulan ko pi canang kat CEO dia tak reti buat keje.

Yang sangat cilaka pantek nya bila dia pi suruh CEO keluarkan KM terus dari building ni. Not even a thot of downgrading her, terus nak sack??

You dismiss someone from a job, usually because they have done something wrong or badly, or sometimes as a way of saving the cost of employing them. Tapi bukan sack them without solid reasons! Is that a valid reason to fire someone?

Lapan tahun KM keje sini, just because of sebulan dia tak perform ko nak tendang dia? Yang sebulan tu ko nak berkira, yang lapan tahun tu ko taknak kira? Ke nak aku tolong kirakan?

Yang CEO aku pulak, tahun ni makin menjadik-jadik pulak bangangnya. Ada ke dia boleh termakan cakap si pundek ni and bagi warning kat KM, "If you can't really perform at management, proof to me that you can bring at least 1M to your RnD unit"

Cilaka kan?
Dasar tak kenang budi.
Ko start the bisnes dengan bukak kompeni kat shop lot. Orang tu grad Manchester with honest boleh sanggup nak keje kat kompeni cikai macam ni, bawak masuk berjuta, kasik ko tukar keta 5-6 kali, and now you are talking about proof????

If this is the game that you play, I rather quit than put in 10 hours busy as all hell.
I am willing to tolerate when you increased my wage but took out my small portion in the company share atas alasan re-grouping for I see I have future in this company and I wanna burn myself into this job. But if KM pun boleh ko buat macam ni, apetah lagi nasib aku yang baru 4 tahun keje kat sini. Sesedap tapak kaki ko nak sepak aku esok lusa.

I regret for losing my share to some pantat like you.
That sucks horrible amounts of butt!!

It sounds like it's time to start looking for another job, kan?
HAHAHHAHAHAH.

For the last time I tell you this.
You have no idea who are you messing about with.
You know what is submarine connection?
No?
Good, coz I do not want you to know.
I want you to feel the heat soon.

I absolutely love this job but I hate you for being here, sibuk-sibuk ikut bontot aku. I do enjoy working here actually but due to some reasons I think I need to have a second thought. Leave is a good option. People always leave anyway..:) But not that easy. Kasik aku plan sumthing first.

Ape kesssss nak blah camtu kan? Manusia pergi meninggalkan nama okkkkkkk. Kasik aku tepek nama aku kat paler otak dorang bagi dorang ingat nama aku sampai mampos.

Anyways, thanks to you si kote pendek for making me realized that I can be better than staying here.

2007-07-08

Baru hari AHAD...


Now kul 10.33pm.
Redza dah tido.
Aku belum.
Sebab takleh tido........rindu laki akuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!

Laki aku kena pi Japan lagi. Malam tadi baru berangkat. Dia tak kasik aku hantar sebab konfem aku melalak punya. Memang aku melalak pun sejak Jumaat lepas. Asal tido je aku melalak.

Takleh aaaaa.
Antara sebab kenapa aku suka keje aku skang adelah kerana aku dah takyah gi outstesen lagi. Everytime aku outstesen, muka aku mesti masam mencuka bila nak gi airport, pastu aku akan takde mood nak wat keje, asik kira hari nak balik umah.

And now, dia pulak yang asik kena pi Japan. Pastu lepas ni kena pi Shanghai. Aku tinggal tolong tengokkan ikan dia. INI TIDAK ADILLLLLLLLLLLLL!!!

Mula-mula kitorang plan nak pi sekali, tapi aku ngan Redza pi lambat, dalam hari Rabu camtu. So dia akan tunggu kat sana. Dah siap tengok room rate kat Disneyland Resort. MAS pulak ada promotion, pegi balik to Tokyo just RM2K je. Kira ok la kan.

Tapi biasala, perosak rancangan sememangnya aku. Bos aku laaa. Mana dia nak lepas aku time-time saat-saat genting macam ni. Mana dia boleh tengok rakyat jelata nak bepoya-poya. Tak approve cuti. Sialannnnn.

Laki aku pi seminggu je.
Walaupun seminggu kurasakan sungguh sengsaranya diri menanggung rindu.
Rindu serindu-rindunya!

Aku ni pantang kalau laki aku takde. Mula la aku buat keje semua tak kena, nak mengamuk la, stress la, jam tu la jugak aku nak menopos segala. Dah la skang aku asik banyak keje. Kalau tak, asal balik umah je aku repot semua benda yang aku tak puas ati kat laki aku, hilang gak stress. Abis skang nak repot kat sapa? Repot kat Redza?

Cilaka la bos laki aku. Kata dulu sekali je kena pi Japan, alih-alih ni kena pi lagi. Pastu balik jap 2 minggu kena pi balik. Hangin satu badan camni.

Tadi aku dah install siap-siap YM kat notebook laki aku. Harap-harap dapat la chat esok..:). Entah dia ingat lagi ke tak cara nak chatting.

Macam geli-geli je dengar aku punya 'kesengsaraan' ni kan? Kalau la kawan aku yang laki dia kena tinggal kat Abu Dhabi sampai tahun 2010 baca blog ni, mampos aku kena maki. Dia kena tinggal bertahun takde apa-apa. Aku baru kena tinggal 2 jam dah menggelupur.

Itu namanya cinta abadi okkkkkkkkkkkk.

Aku still tak sempat nak masuk blog korang baca, tapi Rabu ni aku cuti. So aku akan marathon baca blog korang. Sila tulis best-best. Sebab aku tengah sengsara, jadik jangan tulis yang sedih-sedih. Sila bagi aku happy.













Ngeh ngeh ngeh.
Ngeh ngeh ngehehhehehehehehehhehhehe.
Hek hek hek hek hek hek hekkkkkkkk.
Sangat tak sesuaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

2007-07-06

Ini saje yang aku sempat citer


...$wee+666..., ko tau tak, aku ni asal bukak laptop je terpikir nak update blog, tapi tak update-update gak. Lama gila sehhh aku tak bukak blog aku, main publish komen from email je. Nak reply komen pun takde masa.

Boleh gila aku macam ni. Keje macam hanjing okkkkkk.
Sengsara batin aku tak dapat update blog.

Disebabkan si HANIM dah sound suruh update, maka aku pasrah untuk update blog ni.

Aku nak citer, 2 hari lepas ada satu insiden road-bully telah berlaku di persimpangan masuk USJ kira-kira jam 9 pagi. Melibatkan seorang mat rempit bermotor kapcai berperangai bodoh dengan suatu wanita ayu yang sungguh muslimah penampilannya.

Ye...seploh markah untuk anda.
Wanita ayu penuh muslimah itu sememangnya saya.
NGAH NGAH NGAH NGAH.

Nak tau kenapa?
Sebab pagi tu aku ada appointment kat UIA so nak masuk UIA kena la respect sket kan, pakai la tudung. Kang aku sorang je gonjeng kat situ. Jaga la adap dan tatasusila di tempat orang (pesanan penaja).

Nak jadikan cerita, masa kat simpang, time tu lampu merah, so semua benti. Walaupun simpang tu ada dua lane, tapi lane tu quite rapat gak, kalau motor nak menyelit tu sila berhati-hati kalau taknak kena penampar aku. Masa tengah tunggu green lite tu, from the side mirror, aku dah nampak satu motor ni dok menyelit. Jenis motor yang ada tempat letak helmet kat blakang tu. Mamat ni dah tau sempit, mencilok. Aku dah bajet dia takkan lepas punya kalau lalu sebelah keta aku.

So, masa dia nak sampai ke arah keta aku lampu dah hijau. Keta sebelah aku dah mula nak gerak. Kalau aku pun gerak sama, konfem mamat ni tersepit kang, so aku taknak gerak dulu, kasik keta sebelah aku ni jalan.

Si mamat rempit bangang ni, dah tau tempat tu sempit, ko sure dah nampak keta sebelah aku dah mula offkan handbreak, ko benti la dulu hendaknya. Oh taknak ni. Nak cilok gak. Dia nak elakkan keta sebelah aku tu himpit dia, dia terhimpit aku lak.

Gedegangggggggggggggggg!!
Tempat helmet dia hentam side mirror aku. Memang la takde apa, cuma side mirror aku terpeleot 90 darjah.

Dah la tak benti or toleh say sorry ke, angkat tangan ke....dia boleh toleh siapkan angkat kepala lagi. Cantekkkkkkkkkkk perangai??? Ko langgar cermin aku pastu ko boleh angkat-angkat kepala lak kat aku? Mentang-mentang aku cas muslimah hari tu, ko ingat aku boleh let go?

Aku ingat nak kejar je. Tapi Tuhan itu Maha Kaya. By the time dia sampai kat depan, lite dah merah balik. Masa tu keta aku kira nombor empat dari depan.

Jeng jeng jengggggggggggggggggggg.

Hantu mana dah rasuk aku pagi tu. Aku tak kasik cannnnnn.
Aku keluar dari keta, aku lari ke depan. Sampai kat moto dia, aku sepak tayar blakang dia 'Never say sorry ha???'

Ada la 4 motor kat depan tu, semua toleh kat aku siap bukak wiser lagi. Pastu si mamat rempit ni, toleh then cakap 'Sorry ye..sorry'. Sengih-sengih.

Dah kena terajang baru nak say sorry?
Ko ingat aku takut nak tengking kau? Seb baik lampu merah, kalau lampu hijau, konfem aku kejar pastu sodok motor ko biar ko berguling kat tengah jalan pastu kena gelek ngan bas.

Mampos laaaa...
Ko dah buat salah, ko taknak say sorry, dah kena malu kat public baru terkial-kial nak mintak mahap. Silap pompuan la ko nak tunjuk otai.

Lepas tu aku bejalan ke keta aku. Sepanjang lalu sebelah 3 buah keta, semua orang dalam keta tu pandang aku. Pesal lak pandang-pandang? Tak boleh kalau aku nak naik hantu?
Masuk je keta baru aku perasan aku pakai tudung.
Halamakkkkkkkkkkkk!!!!

Kesimpulannya :
Mintak mahap la kaum Hawa....aku memalukan korang rupanya.

Sure yang tak tau apa yang berlaku kata samada 'Mat rempit tu ex boifren dia kot, pompan ni kena tinggal, tu pasal dia tendang moto laki tu' atau 'Teruknya pompan ni, tak padan dengan bertudung, perangai cam sundal' atau 'Kesiannnnn...muda-muda dah gila'.

Apa-apa aje laaa..u think I care?
I don't give a shittt.

2007-06-29

Mekasih la bagi aku incentive, tapi kalau setakat 200 hengget ambik balik la.


MEMORANDUM
Ref No : %^(^*(^^%^&*(^&%(&
To : All Staffs
From : The Management
Copy : CEO
Date : 29 June 2007

Subject : EX-GRATIA DISTRIBUTION

We refer to the memo ref no : %&^%&**&^* dated 25 May 2007.

The management is pleased to announce the below mentioned staff have been awarded with Ex-Gratia in recognition of their outstanding performance :

1. Kwan *** ***ng
2. Zareni ******
3. Wan **** *in
4. DIANA***** ISHAK
5. Low ***** *ee
6. Rahayu *****
7. **** Zuhaidy *** ******
8. .....and 11 orang lagi yang semuanya chinese.

*********************************************************************

**Aku nak link je pdf file tu kat sini tapi atas kesedaran diri sangatla bangang tak reti nak padam letterhead kompeni, so aku rewrite je**

Mula-mula gelak terbahak-bahak dulu.
Sebab aku pun tak tau naper aku boleh terlist kat Ex-Gratia ni, tapi dah orang bagi tu hambik je la.

Yang best tu, tukang sign memo ni si kote pendek tu.
Sure dia dengan berat hati nak sign memo tu sebab nama aku ada lam list.
Apo nak buek kan, aku memang berkaliber.
Huargh huargh huargh.

Today aku EL sebab aku tension.
I just need a break and a very good rest.
This whole week, kepala aku sarat ngan permasalah duniawi. Malam semalam, aku macam nak nangis sebab workload aku skang terlalu stressful. Kalau aku tau macam ni, tak naik pangkat pun takpe. Ambikla balik.

So petang tadi, bos lama aku (KM) called.
Dia tanya aku stress ke?
See? Ex bos aku memang memahami gila. Dia tau aje time aku stress.

Dia kata today the whole day full dengan meeting. Dalam meeting tu it looks like that workload aku akan bertambah.

Ye ke?
The moment aku dengar tu aku tak rasa apa-apa pun. Maybe sebab dah cukup rest. Ataupun kepala hotak aku dah immune dengan bayangan keje-keje ni semua. So aku tak terperanjat pun.
Lagi malas nak tumpukan perhatian ada.

Aku pun ambik kesempatan mengadu domba.
Banyak benda yang aku tak pueh hati dengan management baru lepas re-grouping ni, tapi sebab laki aku tak kaya, so aku takleh buat dmeonsrasi depan opis. Tak pasal je kena benti. Tunggu laki aku dah kaya sok, siap. Aku saje carik pasal ngan ko, pastu sila pecat aku. On the last day aku keje tu nanti aku bawak Brabus, selamba tapir park sebelah keta CEO.

'What? U pecat I? Oh! At last, I am FREEEEEE.'

Wah wah wahhhhhhh.
Berangan.
Tapi aku berdoa biar aku dapat balas balik kat dorang semua.

Ex-bos aku cakap si kote pendek tu dok la carik pasal dengan dia. Dia sampai takut nak ambik cuti. Kalau dia cuti konfem anak-anak buah dia kena bantai gila-gila ngan si kote ni. Ex bos aku kata sampai satu tahap when dia takleh bear the pressure dia akan pass balik semua keje-keje ni kat si kote tu. Sibuk sangat monitor keje orang, hambik. Buat. Kalau tak sukses, aku pijak kote kau kasik lumat. Ada kote pun pendek, buat haper!

Tapi seblom aku benti borak ngan ex bos aku tadi, dia bagitau if dia buat any major decision, she will definitely bagitau aku.

p/s : KM, kalau rasa nak buat bisnes bagitau la saya in advance ek, saya punya notice 3 bulan.

2007-06-28

Kita semakin teruk..


Ref No : $F^*&U689C687K
To : All Staffs
From : The Management a.k.a TAPI AKU YANG LEBIH
Copy : CEO
Subject : IT - Security Management

We refer to the above.

Please be informed that IT Department had notice that there are number of staffs using messenger software such as MSN Messenger or Yahoo Messenger to liase with their external customers, suppliers and other party.

With reference to the above, CEO had approved to disallow all staffs to continue using messenger software as a channel to communicate with external parties during office hours with immediate effect.

Therefore all staffs are urged to take note on this message that utilizing of messenger sofware is strictly prohibited.

Thank you for your attention.

Sincerely
AKU YANG BERKOTE PENDEK.

********************************************************************

Email ni kitorang dapat semalam tatkala aku baru nak bukak YM.
So, aku pun malas nak memberontak, aku pun reply la email dia...


From: Diana
Sent: Wednesday, June 27, 2007 4:48 PM
To: mykoteistoosmallhelpme@.com
Subject: YM

Dear Kote Pendek,

Can I keep this software for I am using this at home to correspond with my sister who is currently working in Japan. I am not going to use this during office hour. You have my word.

Please consider.
Thank you.

********************************************************************

Bak kata pepatah aku, manusia ni makin blaja tinggi-tinggi, makin bertingkat-tingkat bangangnya. Begitulah terjadinya dengan Si Kote Pendek ni.

** Peringatan semua**
Aku tak penah beromen dengan dia okkkk, tapi dari riak wajah dia yang memang tak hensem tu ditambah lagi dengan kuasa Magic Fuiyooo yang ada pada aku, dah tergambar panjang pendeknya kote dia.

Payah sangat ke nak paham apa aku tulis tu? Kang aku tulis melayu ko terbangang-bangang tak paham. Dia reply...

----- Original Message -----
From: mykoteistoosmallhelpme
To: Diana
Sent: Wednesday, June 27, 2007 5:48 PM
Subject: RE: YM


Hi Diana,

The mentioned is not recommended as it’s not related to work requirement.

This exercise has been supported by Christ as she’s very particular on this issue. I would suggest not to have it in your laptop as we will penalize staff if we found there is the signal of YM usage.


*********************************************************************

Hoih!
Ko paham tak aku cakap aku guna kat umah je? Kat opis aku tak guna la ngong.
Lagipun, laptop ni company bayar RM2K je, lagi RM2K, aku pakai duit sendiri, so ape ke heyyyy ko nak suruh aku buat tu buat ni? Laptop ni pun kira aku yang punya. Sukatila aku nak install apa pun. Lainla kalau RM4K ni semua datang dari company. Aku nak blah nanti aku delete la semua yang ada lam laptop ni. Dengan MSOffice sekali aku padam, boleh?

Aku tak pueh ati, aku email Christ (bos baru aku) mintak dia consider sket.
Christ panggil aku masuk bilik.

Christ : Apsal? Kena tangkap ke?

Aku : Takde la. Baca tak email dia tadi? Kat internal.

Christ : Baca.

Aku : Tu la, I mintak bagi exceptional sket my case, I need this software sebab malam2 I chat ngan my sis. Lagipun I chat ngan my fren jugak at home kalau I buat keje.

Christ : Hishh, aku (dia ni memang selama guna kau-aku) tak gila macam ni la. Aku tak kisah ko nak simpan ke tak. Aku pun ada, lagi pulak, YM, MSN, bla bla bla. Cuma jangan guna kat opis je.

See???
See???????
Kan aku kata, HR manager aku ni lelebih. Abang ipar punya kompeni, dia yang over.
Aku memang lemas dengan orang gila kuasa macam ni.
Kuasa kalau senonoh takpe, yang entah hapa-hapa dia implement.
Aku ni sampai nak tersungkur buat keje, dia boleh takde keje dok pikir apa nak buat kasik orang sakit hati.

Sakit otak.


2007-06-26

Stay with it!


Ramai betul srikandi yang mengomen kat entry FUCKING aku.
Korang ni semua ada experience berpakwe / berkawan / berskandal / dengan orang sakit otak ke?

Hihihihi....sila, sila.

Orang mental disturbance a.k.a possibly paranoid-schizophrenic ni memang sangat-sangat senang didekati and aura memikat dia tu lebih sket dari orang lain.
Semuaaaaaaaaaaaa suka dia.
Semuaaaaaaaaaaaa macam senang nak fall in love ngan dia.
Macam aku contohnya, tak ramai ex-bf and tak ramai orang suka. Maknanya mental aku OK. Ngehngehngeh.

Malas la nak cerita pasal orang sakit otak ni. Tapi sukurrrrrrrrrrr aku tak terjebak lagi. Sekian.

Cerita lain pulak.

Aku rasa skang ni aku dah makin lembab nak hapdet blog. Liat al-malas.
Nak bukak blog kengkawan pun takde masa.

Keje aku melambak la beb. Bak kata Ahmad Nisfu 'MINTAK NYAWAAAAAAAAA..MINTAK NYAWAAAAAAAAAAAA'. Begitulah demikiannya posisi aku skang.

Ni aku nak ngumpat pasal budak yang management aku sibuk nak jadikkan HEAD dulu walhal satu benda pasal Life Science haram tak tau. Belum pun sebulan re-grouping, hari ni aku dah terima arahan dari big boss semua benda related to Life Science dorang nak pass balik kat aku.

Ape kessssssssss????

Dulu ko yang gatal pantek nak ambik dari aku. Konon taknak ganggu konsentrasi aku nak buat benda lain. Biar aku fokus betul-betul kat sales analysis la, reports la, gedebak gedebuk la. Alih-alih nak pass balik kat aku?

Burit tau burit????
Aku tenyeh muka sorang-sorang kat burit lembu baru tau.

Alasan big bos, 'HEAD' tu banyak keje, takleh cope up dengan semua benda.

Hoih!
Sila mengaku ko tu pemalas tapi berlagak boleh tak?
Aku tak marah kalau ko mengaku ko bangang, aku boleh ajar, team aku pun boleh ajar.
Tapi aku bengang bila semua orang tau ko bangang, tapi ko mati-mati tak nak mengaku, pastu ko gunakan alasan yang ko busy like hell takde masa nak buat semua ni.

Tengkorak kau.
Dulu aku dah kata benda ni biar aku and team buat, ko pepandai suggest biar ko buat. Big bos aku pun 2x5 gak sengalnya. Dulu aku dah sound, benda ni technical, bukan sebarang orang boleh handle, bagi la team aku handle. Oooo..taknak dengar ni. Objection aje.

Pastu pagi ni tersengih-sengih kat aku nak pass balik. Yang aku tak tahan bila big bos bagitau, 'I think you and your team are the most suitable people to handle for you are the one who involve directly in the market'.

Taik.
Taik okkkkkk.

Dah bertebarai semua benda, baru ko nak gostan balik kat aku?
Dan aku dengan rebelnya bagitau, 'Sorry, I do not want to accept'.

WHY? (berani tanya aku why???)

Ko ingat ko sorang je busy like hell? Hell aku ko taknak pikir sama?
Aku tak kira, dulu ko yang eksyen cakap bedegar-degar ko boleh handle semua ni, nak naikkan KPI la katakan.
Buat la. Apa main pass-pass lak?

Toksah cerita pasal busy la. Orang yang bekerja harusla busy. Apa yang ko nak serabut sangat?Kalau ko busy, ko pass la kat team ko. Nama pun team work. Work la together-gether.
Ko yang taknak pass, konon nak buat sendiri. Biar nanti nama ko dapat sorang. Pandai...pandai.
Kalau success, nama ko nak. Taik yang ko dah buat ni ko taknak pulak? Ambik balik segala cirit-cirit ko nih. Ko dah kacau bilaukan keadaan, ko bagi aku buat SHIT CLEARENCE?

Aku tak kira.
Aku bagi ko another month untuk handle agencies Life Science.
Kalau tak paham, TANYA.
Ini ko tak bertanya mana aku nak tau ko paham ke tak?
Aku jugak ke yang nak menyembah ko tanya 'Are you OK?'

Tak dapekkkkkk la.

2007-06-23

You Are So FUCKING Annoying!!!


How much of an idiot are you?
You are one disgusting guy, so insane and a real jerk.
Stop stalking me la bangangggg. You really have no life, kan?

Boleh tak jangan kuar masuk kuar masuk blog ni?
There’s nothing much here for a man like you.
Aku tak cukup tanah nak samak blog ni everytime ko masuk sini okkkkk.
Seblom aku start maki hamun gila babi kat telinga kau, for the last time aku mintak ko jangan kacau hidup aku and tak payah nak buat-buat mesra dengan aku.
Dah takde orang lain nak bermesra ngan ko ke?

What do you want to talk with me about?
If you can’t recall, let me tell you once and for all that IT’S OVER!It’s awful!
Tolong laaaa, aku dah cukup bahagia and tenang sebab ko dah takde.
So tolong la bermesra dengan si psycho yang ada split personality tu.

Aku dah letih la layan orang yang ada multiple life macam korang berdua ni.
Memang sepadan sangat la.

Remembering this, makes me feel so grateful for not having you anymore.
Those were very painful times. How rancid your personality is sometimes.
You are nothing but __________ (isi la sendiri apa-apa yang KEJI)
So, now aku dah tak kenal ko, so please buat-buat tak kenal aku jugak, paham?

You hurt me once, shame on me.
But you hurt me twice.
SHAME ON YOU!!!!!!!

Ko tau kan tebiat aku, kalau aku kata aku BENCI, aku benci sampai mati.
PUKIMAKKKK ---- Ini sebenarnya yang aku nak cakap.

2007-06-18

Tertekannya akuuuu.




Semalam anak aku buat lawak paling derhaka.

Aku : Bontot Redza hitam ke putih?

Redza : Hitam

NGAHNGAHNGAH...bantai gelak aku.

Aku : Bontot papa hitam ke putih?

Redza : Putih.

Pandaiiiiiiii anak aku. Berkat mandi ngan bapak dia.

Aku : Bontot mama hijau ke biru?

Redza : Hitam.

Derhaka ke tak tu????
Derhaka kan???
Ingat nak trick dia, sangat-sangat failed.
Seb baik laki aku tak dengar, kalau tak, konfem dia bantai gelak guling-guling.

2007-06-17

Lagu penuh memori


Yes!
Today aku dah start makan jamu balik.
Semoga impian aku untuk kembali ke zaman jerangkung idup menjadi kenyataan.

Sadappppppppppppppppp!!!
Jangan sibuk nak suruh aku beranak lagi.
Dah berbulan-bulan aku stop makan jamu semata-mata nak pregnant tapi usaha je lebih, kejayaannya hampassss.

Takde.
Aku nak start kuruskan badan balik.
Nak anak?
Tahun depan.

Tadi aku gi IOI Mall, ingat nak beli baju sebab next week, aku ada exhibition Tissue Culture kat PWTC the whole week, tapi aku lepak sana 2 hari je, Selasa ngan Rabu. So takkan nak pakai suit lama, apa kelas ulang tayang.

Sampai naik muak kuar masuk fitting room, tak dapek-dapek gak baju yang melekat kat badan. Ada yang menggelebeh, ada yang macam pembalut nangka. Tapi yang paling banyak aku try yang balut nangka la.

Ye la ngongggg, aku la nangka tu.
Nangka okkkkkkkk. Nangka.
Penah tengok nangka camne rupa?
Haaa, pandai. Nangka itu adelah aku. Aku adelah nangka.

Bengang gila aku tengok badan sendiri kat cermin.
Macam tayar Michelin, berketak-ketak.

Balik tadi, punggah balik lemari kat dapur, tengok ada tak jamu yang aku blom abiskan lagi.
Oh, ada rupanya.
Tapi jamu tu kata kena makan apa-apa dulu.
Terpaksa aku suruh laki aku pi beli burger.
Burger special cheese. Cheese double.

Tetiba tadi aku teringat $wee+666 tagged aku.
So, aku pun plan nak wat.
Bila aku tengok list lagu hits year 95, out of 75 songs, aku cuma boleh ingat 3-4 lagu je. Itupun tak mengimbau kenangan.

Sorry Zie, kalau lagu omputih aku liat sket nak jadikan kenangan. Kalau lagu Melayu ke, indostan ke, buleh aa.

Tapi aku listkan jugakla lagu-lagu omputih yang all time feveret dari azali sampai skang :

1. You Left Me Just When I Needed You The Most - Randy Van Warmer
Dari kecik lagi aku dok mendengar lagu ni. Bapak aku dulu siap ada collection oldies punya lirik, satu buku tebal. So aku dok la menghafal lagu-lagu ni semua. Nak tau camne aku bleh tau lagu-lagu oldies nih? Kat buku tu ada siap ngan notes lagu, dulu aku pandai gak la baca taugeh-taugeh ni, so aku main la dengan flute. Terrel tak?? Terrellllllllllllllllllllll.

2. Those Were The Days - Mary Hopkins
A very catchy, fast number. But everytime aku dengar mesti aku nak nangis. How I missed the good old days. Everytime I listen to this song, I wallowed in memories of the long-gone glory days. So haunting and nostalgic.

Those were the days my friend
We thought they'd never end
We'd sing and dance forever and a day
We'd live the life we choose
We'd fight and never lose
For we were young and sure to have our way
La la la la...

3. Thank You For Loving Me - Bon Jovi
Life's hard as it is, but no matter how cruel this world can be, life is much better when I have you with me. Thank you laling.
Tapi dulu aku penah dedicate lagu ni kat sumone, I thot it was love, then I realized it was infatuation. Casual companionship. Hak Hak Hak. Kejiiiiiiiiiiiiiiiiii.

4. Pretty Little Baby - Connie Francis
Now is just the time,
While both of us are young,
"Puppy love" must have it's day-ay-ay.
Don'tcha know it's much more fun to love
While the heart is young and gay-ay-ay-ay-ay-ay!

Best. Best. Zaman-zaman puppy love, walaupun hakikatnya aku tak penah merasa apa itu puppy love sebab lelaki pemalu itu tak penah bagitau pun yang dia sebenarnya syok kat aku, sampai aku kat matrik baru nak bagitau. Kem salammmmm, aku dah ade pakwe masa tu. Pakwe gila. Si gila tu la.

5. Only You - Flying Picketts
Lagu ni first time aku dengar masa promo telemovie 'Daddy' sempena Fathers' Day. Sedih gila citer dia. Sejak dari itu aku bersumpah untuk minat lagu ni.

6. My Valentine - Martina McBride
This is everyone's favourite aku rasa. The best love song. The best wedding song. This song captures my attention like whoaaaaaaa!!! So amazing.

7. Lost In Your Eyes - Debbie Gibson
Lagu first dari Debbie yang aku dengar is Electric Youth. That was 19 years ago, masa tu kawan aku buat birthday party, ada dancing-dancing bagai. Aku pun bantai menari walaupun masa tu aku pakai baju kurung. Masa ni, semua pandang aku macam idol (idol kampung), sebab aku sorang je yang menari pakai baju kurung macam nak rak, dengan spek mata besar (kuat stadiiiiiiii), siap angkat kaki belah kiri ala-ala Misha Omar tuuuuuuuuu. Kaki ni otomatically terangkat every 10 seconds. Aku la yang buat trend angkat kaki nih. Nyesal tak patentkan. Kalau tak, buleh aku saman Misha. Ambik trademark aku!

8. Karma Chamleon - Boy George & The Culture Club
Dulu aku tulis nama Boy George ni as 'Boy Jaws'. Film Jaws tengah femes time ni, so kepala hangguk aku dok ke arah tu je. Lagu ni zaman aku kecik-kecik sangat, tak ingat darjah berapa. Tapi time tu lagu ni meletup gila. One nite, aku gi ikut family and cousins makan ikan bakar kat Melaka, and masa tu ada konsert dia buat. Aku tak tau saper yang nyanyi atas pentas tu, tapi yang aku ingat suara dia best. Uncle aku siap letak aku atas bahu sebab aku mengamuk nak tengok. Aku ingatkan Boy George datang Melaka. Tapi apa kes si pondan ni nak masuk Melaka kan??

Walah weyyyyyyyyyyyyyyy, kol 2.15am dah ni.
Ayuuuuuuuuu..go to sleep!

2007-06-14

Pergi jangan kembali!


Pagi ni aku ada appointment kat UiTM. Aku dah masuk lam UiTM tu kul 8.45am, tapi aku start jumpa customer kul 10am. Sejam lebih aku tawaf satu UiTM. Aku pun tak tau apesal payah gila aku nak carik Menara Sultan Abdul Aziz. Kalau aku masuk ikut pintu depan aku rasa tak le aku cam bangang pi pusing-pusing ambik udara pagi kat kolej tu. Kawan aku la ni, suruh masuk kot pintu blakang, padahal menara tu kat pintu depan. Siapa yang bangang? Akuuuuuuuu jugak.

Yang aku hangin tu, aku call sales rep tanya mana satu Menara 1, sorang pun tak tau. Tengkorak korang!!
Selama ni yang ko kata pi appointment kat UiTM tu, UiTM mana ko masuk? Dah la lab tu kat Menara 1. Mustahil tak tau. Ke pi buat sales kat SACC Mall?

Today ada photo session. Ambik gambar utk 'swipe' card. Dan seperti biasa aku antara orang yang last ambik gambar sebab aku manjang je takde kat opis. Kol 4.30pm time aku rush nak kejar appointment kat PJ, barula tukang ambik gambar tu sibuk nak call aku suruh naik cepat. By the time aku menyengih depan kamera, dah macam muka kerang busuk, dengan melekitnya, dengan anak rambut bersepai-sepai, and mekap pun dah cair. Dan daya imaginasi aku yang tinggi ni membolehkan aku mengagak apekah rupa bentuknya muka aku dalam gambar tu nanti. Lantak.

Masuk opis pagi tadi, bos aku ajar kena check email dulu. Tapi aku tetiap hari masuk opis check email Yahoo dulu..:D. Selain dari dapat email comment dari PEEJ yang suka sangat menceroboh masuk blog ni, hari ni aku dapat email dari sumone. Uiksss, awal hantar email kat aku? 8.13AM.

Dear Diana,
earth [
*********@hotmail.com ] has sent you an ecard from 123Greetings.com. Your ecard will be available with us for the next 30 days. If you wish to keep the ecard longer, you may save it on your computer or take a print.

Aku pun bukak la...

A FRIENDSHIP PROPOSAL

FOR SUMONE REALLY SPEACIAL...YOU!
WILL YOU BE MY FRIEND?

YOU KNOW WHO I AM.
JUST WISH TO BE YOUR FRIEND, OVER THE NET, TO TALK AND TO SHARE SUMTHING...

Ngahngahngahngahngah.
Aku dah agak mesti Dr ni akan buat sumthing.
Ayat baikkkkkkkkkkkkk je.

Ok, tu je.
Taknak citer lelebih.
Karena aku ada citer laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi best hingga menaikkan syahwat.

Ingat tak aku ada cerita pasal budak yang 'AKU TAU' tu?
So, budak tu akhirnya diadvisekan untuk resign sebab dah takdo tompek selayaknya untuk dia kat kompeni ni. Bos lama aku taknak dia, bos baru aku pun reject, dan segala bos-bos lain pun taknak dia. So, dia pun resign. Today last day.

Padahal baru last week tender resignation letter. Bos lama aku bagitau HR taknak simpan dia lelama takut influence sesiapa yang stay kat sini. Bodonya HR, kalau takde orang influence pun, ramai dah prepare surat benti lam laptop masing-masing la ngong.

So, budak ni kan belagak nak mampos jenis tak boleh aku lebih dari dia. Tak sedar yang aku ni bos dia. Takpela, budak-budak.

So, today rupanya dia pi organized farewell lunch untuk diri sendiri, pastu ajak orang lain join. Kesiannnnnn. Nampak sangat gila, pi organizedkan lunch untuk majlis perpisahan diri sendiri. Pastu punya la kejinya, ada selected people je yang boleh join. Nama aku toksah harapla, haram untuk berada dalam list orang-orang penting macam dia.

Ingat aku kisahhhhhhhhhhhh?

Aku lagi suka. Ada sket point aku nak mengeji kau.

Patutla, time nak lunch, bos aku tanya, 'Eh! You tak join ke farewell ******?'

Aku ni cam blur-blur sket sebab baru balik menawaf UiTM, so macam terpinga-pinga jap. Aku pun malas nak tanya balik soklan apekah itu, so aku terus buat keje.

Petang tadi amoi yang keje under aku dulu, texted aku.

F : Petang tadi ****** ajak ramai orang lunch untuk farewell dia. Dia ajak u tak?

Aku : Tak. Apesal?

F : I dah agak dah. Dia ajak ramai orang, tapi pilih-pilih. I tau dia tak ajak u, so I tak ikut sebab bengang sangat.

Aku : Sukati dia la. Tak kisah. I kan tak glemer cam dia. Mana boleh join.

F : Esok lunch sama, nanti I cerita.

Hok olohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Acara-acara penting sebegini mana bleh ajak orang yang lagi superb dan maha hebat dari dia, kan pancit la pulak limelite, kan?

Hambik. Hambikkkkkkkkkk.
Aku kasik free. Tak cukup limelite, ambik lampu atas meja aku ni sekali. Tak cukup lagi, ambik mouse aku yang ada 4 lampu ni.

Bolo punya olang.
Masa aku gi Melaka that day, amoi ni bagitau aku yang budak belagak ni hari-hari tanya amoi ni, ada tak aku tanya siapa pakwe dia.

Ptuihhhhhhhhhhhhhhh.
Apekejadahnya aku nak tanya siapa pakwe dia?
Takde hinginnya aku nak ambik tau siapa pakwe kau. Sebab aku tau ko takkan dapat pakwe yang hensem dan berkaliber untuk dijadikan laki.

Huahuahuahuahuah. Sungguh biadap dan sangat kurang sopan statement aku ni.
Mampos lah.

Heran aku ngan budak berlagak ni. Padahal dia sendiri tau takde division dalam kompeni ni yang nakkan khidmat dia. Tapi still nak belagak nak tunjuk kat semorang yang dia bagus. Division aku ada 2 vacancy. Kalau ikut lojik, aku boleh ambik dia. Tapi bos aku tak kasik sebab dia tak perform and tak boleh buat keje. Cuma boleh berdegar-degar cakap tapi hampeh.

Petang tadi before aku kuar for appointment, aku cam terdengar suatu pertanyaan yang macam ala-ala cilaka sket.

Dia ni memang dah takde apa nak buat dah kat kompeni ni, so dari tadi aku tengok asik la naik atas turun bawah jadik mandor dari satu meja ke satu meja. Padahal bos division masing-masing dok tercongok kat desk. Dasar biadap.

Alih-alih aku dengar dia tanya budak aku,

'Ko pegi mana pagi tadi?'
'Jumpa tak customer tu?'
'Habis petang ni keluar gi mana? UM?'
'Buat je la keje tu, jangan buat suka-suka je'

Hamboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Yang ko susah-payah bagi nasihat free ni kenapa makcik? Ko tu pekerja contoh ke? Aku ni ada kat sini lagi. Tau la aku nak nasihatkan anak buah aku. Boleh brambos cepat sket tak?

2007-06-13

Epilog cinta dari Bromley (takde kena mengena ngan entry, saje je sebab aku tengah dengar lagu ni)


Hari ni aku dapat new offer letter buat kali keduanya di kompeni yang sama. Tak penah terjadik rasanya kat tempat lain.

Aku ingatkan offer letter tu ada sekali tulis segala package baru, segalanya hampas tebu belaka. Big bos aku kata yang package baru diorang akan release 22 June nanti. Offer letter ni just letter of re-designation in allignment with grouping integration je.

Baik toksah panggil offer letter!
Kalau setakat nak bagitau aku ranking apa, ko ranking apa, ko ingat aku pedulik apa pun ranking aku?
Aku nak tau gaji baru aku berapa laaaaaaaaaaaaaaaa.

Satu yang aku dapat rasakan sejak grouping ni adelah........bos baru aku adelah punca utama yang bakal menyumbang kepada potensi aku untuk mendapat sakit jantung.

Tak boleh ikut la cara keje dia. Aku ingatkan bos lama aku dah cukup menambahkan sesak dada, rupanya yang baru ni lagi alkojo (alkojo ni pun aku tak tau apa bendanya). Aku sampai taknak angkat kepala takut ternampak muka dia. Sebab aku tau dikala mata kami berpandangan, dia pun akan seraya berkata 'How's your division? Can hit target or not? I need updates'. Padahal baru je 20 minit lepas aku bagitau 'TAK HIT'. Takkan setengah jam lepas tu dah hit kot. Kepundekkan betul.

Tapi kira hari ni kegabraan dan kebodohan aku makin kurang compared to Senin lepas. Senin lepas aku rasa macam nak mintak tukar ke unit operation, biar aku jadik tukang hantar barang, bawak lori. Sambil bawak lori boleh isap rokok jap, bukak lagu kuat-kuat, boleh singgah pi beli goreng pisang jap, parking je kat mana-mana nanti saman kompeni bayar, takyah susah-susah nak pikir target ni semua.

Dalam semua 24 points job description aku, takde satu point pun yang terlepas dari perkataan 'report'.

Ko nak aku buat apa sebenarnya nih? Kalau setakat nak prepare report manjang, baik aku dok umah, report siap aku emailkan je, boleh?

So, sebab bosan asik stress, aku pun email-email la customer-customer lama. Tetiba aku terpandang satu nama Dr ni yang memang best gila. Aku suka jumpa and borak-borak ngan dia. Kalau Dr tu best maknanya dia apa?

Yesserrrrrrrrrrrrrrr..maknanya dia adelah sangat hensem.
Dia juga adelah sangat bijak.
Dia juga adelah sangat pandai buat lawak.
Dia juga adelah sangat pandai mengayat.

Dan saya juga adelah sangat gatal menggeletis sekali.
HUAHUAHUAHUAHUAH.

Dr ni chinese, aku suka borak ngan dia sebab kitorang sesama biotech background, so best sikit la kalau borak pasal bisnes ni. Tapi setahun jugak aku lost contact ngan dia sebab kompeni aku buat tompok tompok taik unta (sila baca dengan slang S. Samsudin untuk efek maksima).

Barang yang dia order untuk final project students lambat sampai. Bukan lambat buat ordering, order lama dah buat. Orang akaun bangangggggg. Ada ke tak pi settle proforma invoice, camne barang nak release dari US? Yang aku ni dok la tunggu mana shipment tak masuk-masuk. Sampai Dr ni akhirnya kena tukar tajuk final project student dia. From that on, dia blacklist kompeni aku. Cibai punya accounts.

So tadi aku try email dia, sebab aku plan nak pi outstation, kot-kot boleh jumpa dia balik.

1st Reply
You should inform me your visit, so that I can make some time to meet you. So please let me know your next visit. Because of no contact and I think because of some problem we faced last time. You have lost a lot of business. So hope services will be better in new company.

Lepas tu aku pun explain la pung pang pung pang...aku mintak dia continue support aku like last time.

2nd Reply
How to give you continuous support? It seems that you disappear for the past years. I thought that you has already resigned from the company and no longer doing the job. You never contact me also for the past year... so...

Mula la Dr niiiiii. Dia ni dari dulu dok main-main ayat je nihhhhh.
Aku pun bla bla bla bla, cakap la aku ada sms dia tapi tak reply. Email pun tak reply. So, aku guess dia bengang gila kat aku.

3rd Reply
Oh... ya, no wonder you can't contact me.. I have changed my hp number long ago. That's why I did not get your sms... but I also did not get your email too la.. how come?? Did you you really email me? Anyway... we treat each other very nice mer..?? I guess it was not your fault last time. I was just not happy with few items that I ordered that took too long to come and I had to miss my experiment for that batch of final year student and had to change their project because of the outstanding reagent.

Seb baik dia cool dah. Aku pun siram air bunga sikit kasik lagi sejukkkkkk.

4th Reply
Do you still share email with your boss like last time?? Or can I have your other email acc, like yahoo mail or hotmail..?? Do you have any?? Hmmm, maybe we can be net friend besides all those business deal....? :)

Aku dah agakkkkkkkkkkkkkk.

Dulu dia selalu mengayat aku kat email sampai aku terpaksa bagitau yang bos aku pun boleh view folder email aku, tak dapat kat email, pastu dia mengayat kat sms lak. Cuma ayat dia tak le gatal jiwang mana pun, ala-ala doktor punya style la kot. Cam ada style lahhhhhhhhhhhhhhh.

Dan lepas 4th reply tu aku tak reply dah email dia.
Ngeri..
Bukan ngerikan dia, ngeri terbayang tapak tangan laki aku singgah kat muka aku yang dah sedia senget nih. Taknak aku menambahkan senget lagi.

2007-06-12

Holaaaaaaaa!


Sorry la beb, aku tak jumpa jalan nak masuk blog ni, tu pasal seminggu tak berhapdet.
But tonite....I'M BEKKKKKKK!

Sebenarnya Rabu lepas aku gi Melaka jadi speaker untuk DNA-thing workshop. Ntah hapa la yang aku membebel kat depan tu, aku tengok sorang-sorang student menganga je. Tak paham sudah, saper suruh tak nak tanya.

Tapi memang best la sesekali jadik lecturer ni. Mengencinggggggg je keje aku dalam lecture hall. HAHAHAHAH..kejiiiiiii. Takde la kencingggg, mana yang aku konfiden tu, aku jawab la, mana yang aku agak cam ingat-ingat lupa tu, aku kencing la kat mana yang patut kasik strong sket point dia.

Aku gi sana ngan lab officer sorang. Dia handle most of the lab training, aku lak handle kat lecture and tolong sikit kat lab. Cuma tangan aku dah kejung sket bab pegang pipettor, buat agarose, extract fish tissue, so tak yah la nak interprem lelebih, kang tersalah demo kang..al-malu jawabnya.

So, Rabu sampai Jumahat memang bizi sangat, kaki aku ni on the way nak balik ke hotel, satu-satu skru tempurung lutut aku tanggal. By the time sampai bilik je, main seret kaki. Nak angkat setapak pun bercinta! Letih gila.

Hari Rabu tu sampai hotel awal, dalam kol 3 lebih camtu. Tak tukar baju apa semua, letak beg, terus masing-masing bukak laptop, bagi Q & A sampai kol 7pm. Gabra ni, dah lama tak bukak buku, alih-alih dah tua-tua kedarah baru nak bagi lecture balik, tak ke berkarat gila paler hotak aku ni.

Sampai tido malam pun, letak notes tepi bantal. Ngeri betul. Tak sangka, umur 30 aku akan mimpi balik macamana masuk exam hall ambik peksa. Sampai berpeluh aku tido walaupun katil aku mengadap aircond. Memang cuak la. Mau tak, yang aku nak bagi speech ni kat budak-budak U together dengan lecturer and tutor dia sekali. Dibuatnya diorang pakat tanya soklan yang mejangkau akal pikiran aku yang berIQ sangat tinggi ni, tak ke mampos.

So semua bejalan lancar. Student ok, lecturer ok, makan sedap, hotel not bad. Walaupun rumah nenek aku cuma 15 minit drive dari hotel tu. Sampai skang nenek aku tak tau yang aku lepak kat sana 3 hari tanpa menjenguk dia 5 minit pun. Takleh aaaaa, nenek aku tu kang bukan tau aku keje ke apa ke, pantang nampak muka aku, mula la dia terus get ready pakai tudung bagai, pastu selamba je 'Jom, kita gi Melaka, soping (shopping)'.

Nak tunggu ke hari Jumahat tu punya la seksa Ya Rabbi. Rindu gila kat laki aku.
Hihihihi...anak tetap jatuh nombor dua, yang pertama tetap laki aku jugak.
Ngeh ngeh ngeh.

Memang bagus sangatla lepas regrouping ni aku takyah travel memana dah except Trengganu. Dah tua-tua ni malas la nak lepak jauh-jauh dari family. Rasanya dah penat aku merayap sana sini. Now, it's time untuk lepak kat opis, dok depan laptop, buat report and manage anak-anak buah dengan tenanggggggggg dan amannnnnnnnnnnn.

Since family laki aku from Trengganu datang sini, so sampai ke hari Ahad aku bizi jadik surirumah pulak. Aku macam tak nampak laptop aku kat mana. So that explains why blog ni tak berhapdet.

Semalam pulak, hajat nak hapdet, tapi aku macam kena kejutan budaya kejap bila masuk opis. Semalam secara official aku pindah 'kompeni' baru. So, kompeni aku yang lama kira dah gone. Nak kata gone tu tak la sangat, nama kompeni tetap ada cuma untuk dummy purpose. Maknanya kompeni aku dulu kan bumiputra status, so kitorang still keep the kompeni for tender purpose sbab tender kena guna bumiputra kompeni. Paham? Tak paham sudah, aku malas nak explain.

So, semalam, masuk 'kompeni' baru, meja baru, bos baru, anak-anak buah baru, sekeliling aku semua baru. So semalam produktiviti aku slow nak mampos sebab belum biasa dengan suasana baru and also dengan workload yang menambun sampai aku tak tau nak start kat mana, dan aku telah memilih keputusan yang bijak untuk bermain mahjong.

Semalam, satu keje aku tak buat. Dan sememangnya aku dah tak tau nak buat apa sebab aku dah tak payah buat sales lagi, sebab semua area aku, aku dah pass kat budak bawah. Aku kena buat monitoring, buat report, buat analysis, buat bodoh, buat-buat pekak bila bos panggil, buat muka taik bila bos kata target team aku tahun ni adelah 12 juta.

Taik. Sangat-sangat mentaik.

Yang pastinya semua orang tengah tunggu new appointment letter this Friday. Tangga gaji yang baru aku dah tau starting aku berapa, (hihihi) sebab bos aku (bos baru) dah tunjuk kat aku berapa gaji baru aku. At least aku tau minimum aku akan dapat berapa which is SANGAT GUMBIRAAAAAAAAAAAA. Kalau dapat minimum pun dah alhamdulillah.

Tapi bak kata mak aku, takde saper gila nak bagi gaji tinggi kalau keje tu senang. Jadik, aku dah sound laki aku awal-awal supaya bear dengan perangai aku seminggu-dua ni. Kalau tetiba aku terpekik tak pasal-pasal tu sila abaikan. Sebab aku tau tebiat aku kalau stress sangat-sangat, samada aku akan bercakap sorang-sorang ataupun tetiba je terpekik macam kena sawan VaVi.

Bos baru aku lagi advance. Sebab kejutan jugak agaknya, hari ni je tetiba dah annual leave. Stressssssssssssssss.

So, skang aku nak buat keje...later!!

p/s : To readers, tima kasih la sebab rajin kuar masuk blog ni, doakan aku sentiasa ada tenaga dan bahan umpatan terkini untuk menghapdet blog.

2007-06-04

Thin is wonderful?


Tolong la aku hoihhhhhhhhhhhhh!

Aku dah gemuk sesangat dah ni. 48 kilo!!!!

Rasa cam perut aku bergulung-gulung kalau aku duduk bersila.

Camne nak pakai baju ZARA? Kawan aku cakap a whole bunch of people complained about no one would be able to wear ZARA's stuff. Siapa yang pakai brand ZARA ni tergolong dalam golongan yang plank. Ngah ngah ngah ngah (kata-kata keji dari seorang pompuan gemuk yang jeles).

Aku cuti lagi today.

Sebab Redza belum fully recovered. Tapi dari tadi dok buat keje opis.

Sepatutnya today KM (bos lama) nak host a luncheon kat budak-budak dia. Sebab kalau ikutkan 1 Jun lepas, dia dah officially bukan bos aku. Aku ada bos baru skang, so kira cam nak bid farewell la ni..:D. Esok la jawabnya.

Aku ada masalah baru skang ni. Redza dah taknak kat orang lain lansung. Bapak dia pun dah jatuh second-hand. Sikit-sikit aku. Sikit-sikit aku. Sampaikan aku pi dapur pun dia ikut je bontot aku ni. Blow pulak rasanya. Mula la aku nak bertempik. Rimassssss. Dia macam dah tak percaya orang lain kecuali mak dia. Kalau dulu asal atuk dia datang umah, aku terus jadik tak laku. Semalam atuk ngan nenek dia datang, dia boleh buat dekkk je. Akuuuuuuu jugak yang dia carik. Camne nak hantar day care nih??

Haaaaa...aku dah tengok Puaka Tebing Biru. Laki aku pedajal aku suruh tengok DVD ni Sabtu lepas. Konon nak test tahap keberanian aku. Takde dee aku nak berani. Tapi aku rasa comparekan ngan Jangan Pandang Belakang citer PTB ni lagi best kot, walaupun aku lagi banyak tutup mata dari bukak. Hantu dia nampak jelas. Hantu JPB samar-samar, macam nak tunjuk tapi taknak tunjuk. Aku ni pulak jenis yang kalau ko nak tunjuk ko tunjuk bagi perabis, jangan sipi-sipi. Sebab lagi ko tak tunjuk, lagi macam-macam aku boleh imaginekan.

Tapi aku admit cerita PTB ni meleret-leret, asyik la flashback, Seb baik la IQ aku sangat tinggi, maka dapatlah jugak aku pahamkan jalan criter. Chenta sejati sungguh la Fahrin ngan Umie Aida sampaikan tengkorak pun dia dok cium berkali-kali. Sungguh la chenta bodoh namanya.

Rasa cam tak sabar nak tengok Waris Jari Hantu pulak, sebab semangat rimau ni aku dah dengar dari zaman kecik lagi. Kampung mak aku kat N9, nama kampung pun Kampung Tanjung Rimau. Orang kampung situ cakap, kadang-kadang dorang nampak harimau besar gila, mata merah, jalan kat celah semak. Harimau jadian la tu. So citer pasal semangat rimau ni aku dah biasa sangat dengar. Tu yang tak sabar nak tengok sama ke tak dengan cerita yang aku dapat dulu.

Takleh tulis panjang-panjang la, nak date ngan laki aku jap. Later.