2007-07-06

Ini saje yang aku sempat citer


...$wee+666..., ko tau tak, aku ni asal bukak laptop je terpikir nak update blog, tapi tak update-update gak. Lama gila sehhh aku tak bukak blog aku, main publish komen from email je. Nak reply komen pun takde masa.

Boleh gila aku macam ni. Keje macam hanjing okkkkkk.
Sengsara batin aku tak dapat update blog.

Disebabkan si HANIM dah sound suruh update, maka aku pasrah untuk update blog ni.

Aku nak citer, 2 hari lepas ada satu insiden road-bully telah berlaku di persimpangan masuk USJ kira-kira jam 9 pagi. Melibatkan seorang mat rempit bermotor kapcai berperangai bodoh dengan suatu wanita ayu yang sungguh muslimah penampilannya.

Ye...seploh markah untuk anda.
Wanita ayu penuh muslimah itu sememangnya saya.
NGAH NGAH NGAH NGAH.

Nak tau kenapa?
Sebab pagi tu aku ada appointment kat UIA so nak masuk UIA kena la respect sket kan, pakai la tudung. Kang aku sorang je gonjeng kat situ. Jaga la adap dan tatasusila di tempat orang (pesanan penaja).

Nak jadikan cerita, masa kat simpang, time tu lampu merah, so semua benti. Walaupun simpang tu ada dua lane, tapi lane tu quite rapat gak, kalau motor nak menyelit tu sila berhati-hati kalau taknak kena penampar aku. Masa tengah tunggu green lite tu, from the side mirror, aku dah nampak satu motor ni dok menyelit. Jenis motor yang ada tempat letak helmet kat blakang tu. Mamat ni dah tau sempit, mencilok. Aku dah bajet dia takkan lepas punya kalau lalu sebelah keta aku.

So, masa dia nak sampai ke arah keta aku lampu dah hijau. Keta sebelah aku dah mula nak gerak. Kalau aku pun gerak sama, konfem mamat ni tersepit kang, so aku taknak gerak dulu, kasik keta sebelah aku ni jalan.

Si mamat rempit bangang ni, dah tau tempat tu sempit, ko sure dah nampak keta sebelah aku dah mula offkan handbreak, ko benti la dulu hendaknya. Oh taknak ni. Nak cilok gak. Dia nak elakkan keta sebelah aku tu himpit dia, dia terhimpit aku lak.

Gedegangggggggggggggggg!!
Tempat helmet dia hentam side mirror aku. Memang la takde apa, cuma side mirror aku terpeleot 90 darjah.

Dah la tak benti or toleh say sorry ke, angkat tangan ke....dia boleh toleh siapkan angkat kepala lagi. Cantekkkkkkkkkkk perangai??? Ko langgar cermin aku pastu ko boleh angkat-angkat kepala lak kat aku? Mentang-mentang aku cas muslimah hari tu, ko ingat aku boleh let go?

Aku ingat nak kejar je. Tapi Tuhan itu Maha Kaya. By the time dia sampai kat depan, lite dah merah balik. Masa tu keta aku kira nombor empat dari depan.

Jeng jeng jengggggggggggggggggggg.

Hantu mana dah rasuk aku pagi tu. Aku tak kasik cannnnnn.
Aku keluar dari keta, aku lari ke depan. Sampai kat moto dia, aku sepak tayar blakang dia 'Never say sorry ha???'

Ada la 4 motor kat depan tu, semua toleh kat aku siap bukak wiser lagi. Pastu si mamat rempit ni, toleh then cakap 'Sorry ye..sorry'. Sengih-sengih.

Dah kena terajang baru nak say sorry?
Ko ingat aku takut nak tengking kau? Seb baik lampu merah, kalau lampu hijau, konfem aku kejar pastu sodok motor ko biar ko berguling kat tengah jalan pastu kena gelek ngan bas.

Mampos laaaa...
Ko dah buat salah, ko taknak say sorry, dah kena malu kat public baru terkial-kial nak mintak mahap. Silap pompuan la ko nak tunjuk otai.

Lepas tu aku bejalan ke keta aku. Sepanjang lalu sebelah 3 buah keta, semua orang dalam keta tu pandang aku. Pesal lak pandang-pandang? Tak boleh kalau aku nak naik hantu?
Masuk je keta baru aku perasan aku pakai tudung.
Halamakkkkkkkkkkkk!!!!

Kesimpulannya :
Mintak mahap la kaum Hawa....aku memalukan korang rupanya.

Sure yang tak tau apa yang berlaku kata samada 'Mat rempit tu ex boifren dia kot, pompan ni kena tinggal, tu pasal dia tendang moto laki tu' atau 'Teruknya pompan ni, tak padan dengan bertudung, perangai cam sundal' atau 'Kesiannnnn...muda-muda dah gila'.

Apa-apa aje laaa..u think I care?
I don't give a shittt.