2026-05-31

Lelaki jangan jadi miskin kerana dunia jahat dengan lelaki

Hari tu nampak orang buat statement “Lelaki jangan jadi miskin kerana dunia jahat dengan lelaki”

Tak. 

Salah.

Semua orang jangan miskin. Tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira latar belakang, rupa, pendidikan. Kalau ada pilihan, janganlah pilih untuk hidup miskin.

Kasar bunyinya? Memang pun.

Miskin ni bukan sekadar takde duit. Dia datang sekali dengan limitations banyak benda. Bila miskin, kau tak boleh memilih, freedom kau limited, suara pun tak didengari. Banyak benda yang orang lain boleh ambil mudah tapi kau kena fikir berkali-kali. Nak makan apa, nak pergi mana, nak sakit pun kena fikir dulu mampu ke tak.

Masa kecil dulu, dapat pergi Langkawi. Jalan-jalan kat kedai, arwah nenek cakap "Pilihlah satu T Shirt". 

T Shirt Langkawi yang jual-jual tepi jalan tu. Yang warna putih with printed gambar kat depan. Basically T Shirt bodo la orang kata. 

Itu punnnnn aku ambik masa nak pilih. Sebab benda jarang dapat. Takde duit nak beli selalu. Jadi bila ada peluang, kena fikir boleh pakai ke mana aje kalau beli ni, boleh tahan lama ke tak, berapa kali boleh pakai in a week. Kalau boleh biar dapat maksimumkan pemakaian, janganlah setakat boleh pakai 3-4 kali je. Selalunya baju-baju aku warna putih je lah, sebab boleh pakai ke aktiviti sekolah dan boleh match dengan seluar apa-apa warna.

Dulu kalau beli baju kurung raya pun macam tu. Biar baju tu boleh dipakai berkali-kali, boleh pakai sesuai ke mana-mana majlis. Walaupun minat juga baju kurung moden, aku always ended up pilih baju kurung pesak biasa. Senang boleh masuk ke mana-mana majlis.

Itulah impak dari miskin. Benda simple pun jadi complicated.

En Wan ada satu sweater warna green neon. Masa dia beli tu aku cakap "Neon green? Berapa kali je boleh pakai ni?"

Bagi aku, baju jangan pilih yang terang-terang sangat sebab tak sesuai nak bawak ke semua tempat. Better beli warna-warna selamat.

Pastu En Wan jawab "Kenapa nak kena pakai banyak kali?"

Menung kejap aku digest statement dia. 

Lain betul mindset orang yang dari kecil dah berduit. Dorang tak perlu pikir nak memaksimumkan usage of baju. Pakai sekali dua jadiklah, gitu. Sedangkan baju-baju aku ada yang dibeli 10 tahun lepas, 15 tahun lepas. Masih aku pakai sampai sekarang. Begitu selamatnya warna-warna yang aku pilih. Merentasi zaman!

Tapi ada betulnya juga dengan statement "Lelaki jangan miskin". Sebab lelaki dari dulu dah diexpect untuk jadi provider, kena kuat, kena cekal, kena handal. Kalau tak, kau dilabel "lelaki tak guna”, “tak mampu jaga family”, "tak provider". That pressure is real.

Tapi, perempuan pun tak kurang struggle-nya. Perempuan maybe tak dibebankan dengan expectation yang sama, but they face a different set of challenges. Kena fight untuk dapat same treatment, kena buktikan kemampuan dua kali ganda, kena balance antara kerja + keluarga + expectation sosial yang tak masuk akal. 

And what happen kalau perempuan miskin? Double struggle. Orang tak pandang kau. Apetah lagi lelaki. Dorang pandang sebelah mata je kat kau.

Toksah beria la kata lelaki tak pandang rupa, yang penting hati. Pantek kaulah. Kalau takde rupa, mana mau kau datang dekat nak kenal-kenal hati dia? Takde pun. Jadi, perempuan tak perlu cantik semulajadi. Kau ada duit, otomatik boleh jadi cantik bergaya.

Sebab tu aku kata, jangan miskin. Bukan sebab materialistik, tapi sebab duit is a tool to survive. A tool to make choices. A tool to get out of stressful situations. And a tool to say NO when you need to.

Orang selalu kata "hidup sederhana itu lebih baik”

Ya, betul. Tapi jangan salah faham. Yang sederhana tu GAYA HIDUP saja, bukannya takpe kalau miskin. Salah dah pemahaman tu.

Cuba tanya orang yang tak cukup makan, yang kena kira setiap sen sebelum beli barang dapur, yang kena simpan rasa sakit sebab tak mampu jumpa doktor. Tanya dorang indah ke hidup dorang?

Aku bukan cakap semua orang yang miskin tu malas. Ramai je yang kerja keras gila-gila tapi masih struggle. Because systems, opportunities, and background all play a role. Tapi dalam apa pun keadaan, kalau ada peluang untuk keluar dari kemiskinan, kau kena fight. Jangan pasrah berserah, especially kalau kau lelaki. Sebab tanggungjawab kau tak kecik, ya. Hidup kau bukan takat survive hari ke hari, but also about improving your life and those who are counting on you. Kalau kau stop trying, kau dah musnahkan masa depan orang lain yang bergantung kat kau.

Kebanyakan lelaki kalau cakap pasal "Lelaki tak boleh miskin, dunia jahat pada lelaki miskin", benaunya dia nak tuju ke perempuan yang tinggalkan dia.

Hello? Takde maknanya perempuan yang dah hidup bersama dengan kau boleh tinggalkan kau bila kau miskin. Perempuan tu tinggalkan kau bukan sebab kau jatuh miskin, tapi sebab kau PEMALAS!

Perempuan tu penat bila tak nampak effort kau. Perempuan tak bodoh, ya. Dia takkan tinggalkan kau bodo-bodo gitu kalau takde sebab. Some lelaki bila dia tengok pasangan boleh cari duit, willing to share, dia rasa macam that perempuan selesa dengan cara tu selama-lamanya. Jadi si lelaki pun relax, kerja santai-santai, takde rasa nak pikul tanggungjawab. Until, perempuan tu bersuara dan tinggalkan dia, mulalah dia kata "Perempuan bila dah ada duit, berlagak".

Aku rasa ramai lelaki tak faham situasi ni. 

Perempuan kalau dah sayang, semuanya dia bagi. Sangat tak logik kalau kata perempuan berubah bila ada duit. Sebab perempuan bila takde duit pun dia akan bagi segalanya. 

Perempuan bukan berubah bila dah ada duit. Dia berubah bila dia sedar bukan dia yang patutnya pikul beban yang sepatutnya dipikul bersama. Dia 50-50 dengan kau pun dia ok. Yang jadi tak ok tu, bila dahlah dia contribute expenses 50-50 dengan kau, masak pun dia, urus anak pun dia, urus rumah pun dia. Time ni lah perempuan start naik hantu. Bila naik hantu memang semualah dia ungkit.

Ramai lelaki ingat perempuan kalau sudi berkongsi, sudi terima lelaki tu seadanya, bermakna sampai bila-bila perempuan tu akan bertahan walau apa pun berlaku.

Tak.

Many women stick around because they are holding on to hope. Hope that the husband will finally step up, pull their weight, and take responsibility. Tapi bila kau rileks santai goyang telur, jangan salahkan dialah kalau dia nak lari. 

Bila dia lari, jangan salahkan duit. She didn't leave because kau takde duit. She left because she got tired of waiting for someone who was comfortable letting her carry everything on her own!

Sebab itu jangan miskin. Bila kau ada duit, banyak benda berubah. Kau ada pilihan. Kau boleh pilih kerja yang kau nak, bukan sekadar kerja yang kau terpaksa ambik. Kau boleh pilih untuk keluar dari environment yang toksik. Kau boleh pilih untuk jaga diri kau. Kau boleh pilih untuk bagi kehidupan yang lebih baik pada orang yang kau sayang. 

Kalau takde duit, banyak pilihan tu hilang, termasuklah hilang bini.