Pages

2026-05-01

Yang susah tu bukan zaman 90-an. Yang susah tu aku.


Ramai pakat tengok movie Michael. Kat Thread ramai buat post pasal ni. Ada some of them share experience tengok konsert Michael kat Malaysia. Tahun bila eh? 1996-1998 gitu. 

Tiket masa tu murah je. Paling murah RM80. Tapi seat RM80 ni maybe nampak Michael secotet je la. Zaman dulu skin besar belum se-power sekarang. Entah ada ke tak skrin besar masa tu.

Ada a few people tunjuk GAMBAR dorang with Michael. Bergambar, ya! Ada sorang ni tulis "I was at both concerts. I was just 9 years old" (konsert Michael kat Malaysia buat 2 hari sebab stadium can only fit 40K).

Aku baca macam WOW! Dah lah pegi dua-dua hari. Masa kecil pulak tu. Maknanya apa, gais?

Ya, maknanya parents dia KAYA!

Aku ingatkan tahun 90-an tu tahun susah. Tahun kebanyakan orang hidup susah. Nak bermewah-mewah apetah lagi. Rupanya salah, ya. Zaman 90-an bukan zaman susah. Yang susah tu AKU.

Aku ingatkan tahun 90-an tu zaman segalanya sederhana. Ke mana-mana pergi naik bas, makan warung, belanja sekolah 50 sen. Rupanya tak. Aku je yang tak kaya. Rupanya RAMAI yang sangat mewah masa tu. Boleh bawak anak-anak tengok konsert MJ 2 kali! Bayangkan tiket MJ paling murah masa tu hanya RM80 pun bukan satu kemampuan untuk keluarga aku.

Tahun 1996-1998 aku dh kat Kuching. Tak kecil sangat, tapi zaman ni masih belum senang. Sama je dengan zaman sekolah dulu. Mujur ada duit MARA. Kalau takde, rasanya aku tak sambung belajar.   

Aku cerita kat En Wan, dia kata kalau dia ada kat Malaysia masa tu dia akan datang konsert MJ. Bila dia cakap gitu aku macam ohh yes. Lupa pulak, dia tahun 80-an dah pegi sekolah dengan driver. Aku je pegi sekolah jalan kaki. 

Everytime aku cerita aku takde duit nak beli buku latihan. Nak makan KFC kena dapat nombor 1 dulu. Nak makan satey Kajang kena achieve something big. Tak pernah bercuti melainkan menumpang bapak aku outstation. Dia rasa macam aku buat cerita. 

Tapi kalau aku kat tempat dia pun aku akan rasa si Diana ni membongak je lebih. Takkanlah nak makan satey Kajang kena bersyarat. Berapa sen sangat satey. 

Bila aku pikir-pikir balik, maybe kawan yang ejek baju raya aku buruk tu, she was right. Maybe betul agaknya baju raya aku buruk. Aku yang tak perasan baju tu buruk sebab aku jarang ada baju baru. Asalkan baju baru, murah pun takpe, janji baru.

Dari sudut pandang dia, apehal kau datang beraya rumah aku pakai baju buruk? Aku buat majlis gempak, pleaselah respect majlis aku, at least pakailah yang cantik. Maybe itulah perspektif dia waktu tu. 

Perspektif orang have-have ni lain sebenarnya. Perspektif dibentuk oleh apa yang kita lalui. Benda yang bagi aku normal, tapi bagi orang lain pelik. Benda yang bagi orang lain basic, bagi aku that's luxury.

Aku rasa korang yang pernah baca cerita aku pasal nak makan KFC kena dapat nombor 1, mesti ada yang rasa "Eleh, sebenarnya nak cerita dia pandai dapat nombor 1 la tu". Betul tak?

Sebab to you, KFC tu biasa-biasa. Nak makan, pergi beli jelah beli. Apesal nak kena tunggu exam baru nak makan.

Tapi untuk aku, KFC tu reward. Kena achieve something dulu baru dapat makan. Tu pun beli family set je. Sorang seketul saja, ya. Masa uncle aku nak fly ke overseas, dia bawak buah tangan ke rumah Mak Aji sebab dorang nak bergerak ke airport dari rumah Mak Aji. Dia bawak makanan siap-siap supaya tak menyusahkan. KFC satu barrel, der! Masa tulah aku dapat makan lebih dari seketul. Seronok gila.

Aku cerita kat En Wan dia gelak cakap “Takyah nak dramatik sangat, boleh?”

Dramatik dia kata. Sebab dalam dunia dia, setakat KFC tu tak pernah jadi isu pun.

Tipulah kalau aku tak terasa hati bila orang ejek baju raya aku buruk. At this age, masih terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ejekan tu. Walaupun aku try to understand dari perspektif dia, tetaplah rasa sedih tu ada. Bukan apa, sebab itu je baju paling cantik aku ada. Aku bukan tak tahu dia orang kaya. Aku tahu. Sebab dia lahir kat UK. Mak bapak dia both belajar kat sana. Balik sini of cos kerja besar and duduk rumah besar. Maka aku pilih baju yang cukup cantik di mata aku khas nak pi majlis dia. Dalam kepala aku, itu dah cukup cantik.

Tapi dari sudut pandang orang yang hidupnya sentiasa ada pilihan, yang dah biasa dengan standard tertentu, dia nampak baju aku buruk. Sebab benchmark dia berbeza. Orang macam ni tak pernah hidup dalam keadaan “asalkan ada”. Dia hidup dalam keadaan "always pilih yang the best". Sebab tu aku cakap, perspektif orang have-have ni memang lain. Bukan sombong, tapi cara dia menilai sesuatu tu datang dari pengalaman dan kebiasaan hidup dia.

Serupa macam En Wan masa datang rumah aku, dia tanya "Kenapa TV rumah awak kecik?"

Kau boleh terpikir tak nak tanya soalan tu kalau pergi rumah orang? 

Masa tu aku terkejut juga sebab soalan dia pelik. Apa yang keciknya? Kitorang serumah tengok TV size inilah dari dulu, ok je. Tak pernah terfikir yang TV ni kecik. Tapi ye lah, sebab En Wan dari kecil dah mewah hidup, maka TV aku tu jadi satu benda yang pelik bagi dia. Like, apesal kau nak beli yang kecil? Benda nak tengok hari-hari kot. Belilah yang besar.

Membesar dalam keadaan serba cukup, you see everything as a choice. Nak TV besar ke kecik, nak makan luar ke tak, nak beli itu ini, semua based on preference. Orang yang hidup dalam comfort dari awal tak selalu nampak sudut pandang orang tak kaya macam aku. Bukan dorang tak pandai bersyukur, tapi sebab pengalaman dorang berbeza. 

Orang-orang macam ni dah biasa dengan consistency yang selesa, so dorang tak perlukan small wins untuk rasa ok. Bila kau datang dari keluarga yang sederhana atau susah, banyak benda dalam hidup bukanlah pilihan. It's keperluan vs kemampuan.

Bukan tak nak beli TV besar, tapi memang tak mampu. So bila orang tanya, “Kenapa tak beli yang besar?”, dalam kepala aku jawab, “Sebab tak mampu.” Tapi maybe dalam kepala dia kata, “Sebab dorang tak terfikir kot?” 

Boleh nampak tak gap tu?

Tapi kan, sejujurnya, dari kecik lagi aku suka dengan mindset orang-orang kaya. I mean mindset kawan-kawan sekolah aku yang parents-nya kaya. 

Mindset orang yang ada pilihan ni takde limitations. Dorang sangat positive. Takde negatif vibe lansung. Kalau kerja berkumpulan, dorang punya idea tu macam air terjun keluar. Kagum gila aku. Sebab dorang banyak membaca, banyak tengok tempat orang, banyak bergaul. Jadi cara fikir dorang A+.

Aku dulu bahan bacaan cuma buku teks je. Holiday pun tak pernah. Bergaul cuma dengan kawan-kawan sekolah. Apa je lah network aku. Kawan-kawan aku yang have-have ni pegi kelas tusyen, kelas piano, kelas taekwando, swimming class, etc. Network dorang besar, maka cara fikir dorang best.

Otak dorang operate berbeza. Sebab dorang kurang berada dalam mode survival, lebih banyak mode exploration. Dorang jenis yang tak sibuk fikir macam mana nak cukupkan basic things, jadi dorang ada ruang mental untuk fikir idea, opportunities dan possibilities. 

Aku ni dulu kalau kerja berkumpulan nak bagi cadangan pun seram. Bukan takde buah pikiran nak share tapi buah pikiran ni tak datang dengan air liur semata. Kena datang dengan duit sekali barulah hasilnya gempak. Aku ni duit belanja pun 50 sen. Nak beli manila kad pun pikir 3-4 kali. Camno nak bagi idea gempak?

Di kala aku berpikir-pikir macam mana nak cukupkan belanja duit MARA sampai hujung bulan, ada budak umur 9 tahun parents-nya dia dah bawak pergi tengok konsert MJ dua malam berturut-turut. They treat konsert international as weekend activity. Tak payah tunggu achievement unlock untuk dapatkan something. Dorang ada kemampuan untuk jadikan benda luar biasa sebagai biasa.

Sedangkan aku di zaman tu, even the most basic things belum tentu dapat. Sebab tu aku cakap, yang susah tu bukan zaman 90-an. Yang susah tu aku.