2026-05-26
Matilanakkkkk murung Kajol baca karang. Elok-elok panjang umur dia, terus pendek napas.
Seronok aku membaca DMs dak-dak ni lepas tengok IG feed gambar aku 20s vs 40s. Banyak komen sama — “Macam Kajoll”
Matilanakkkkk murung Kajol baca karang. Elok-elok panjang umur dia, terus pendek napas.
Lama dah aku tak dengar orang kata muka aku macam Kajol. Rasanya menjak aku bertudung jarang dengar. Betullah teori aku hari tu — aku ni kalau tak bertudung memang nampak macam India. Dah bertudung kurang sikit keindiaan tu agaknya.
Tadi Rayyan tengok gambar-gambar zaman muda aku tu. Dia tanya mata mama dulu besar, now dah kecil.
Ya, nak. Itulah tanda TUA. Bijik mata tak beza banyak. Yang beza tu bentuk mata sebab kelopak mata dah jatuh sikit, that’s why makin berusia mata dah tak sebesar dulu. Lagi satu, lemak-lemak kat sekitar mata dah menyusut. Jadi kuranglah support pada bentuk mata tu.
Ingat tak Zahid Hamidi pernah operate kelopak mata? Itulah faktor aging. Kelopak mata kita akan jatuh. Kalau mata memang kecil dari muda, maybe bila makin berusia ada risiko mengganggu penglihatan.
Tengok mata acik zaman muda. Bukan main terbeliak lagi. Dah la mata memang besar, aku pi highlite lagi mata aku dengan eyeliner, maskara, eyeshadow. Kadang tu buat smokey eyes, punya nak highlightkan mata. Dari jauh orang dah nampak mata aku dulu 😆. Now mata aku tak sebesar ini dah rasanya. Tu yang kadang-kadang orang kata muka aku macam Korea la, Cina la. Tiberrrr. Yang pelik-pelik je. Maybe itulah impak AGING. Wajah kita akan berubah sikit.
Seronok si Rayyan mengkomen gambar-gambar lama aku. Dulu gambar-gambar ni ada kat blog. Pastu bila bertudung aku pixelkan. Lama-lama penat nak pixel, aku convert post kepada draft. Banyak post bergambar aku dalam bentuk draft. Sebab aku penat nak pixelkan gambar. Tapi semua gambar ni aku ada simpan ori copy dalam google drive. Adalah kenangan nak tengok balik.
Dulu kan aku rasa macam apa benda aku nak buat dengan gambar-gambar selfie aku ni?
Oiiii acik ni dulu ratu selfie, nak. Oh tak. Dulu kita tak panggil selfie. Kita panggil CAMWHORE! Acik dulu haters gelarkan RATU CAMWHORE. Kahkahkahkah.
Sebab?
Sebab everyday aku tepek gambar aku berselfie. Eh, bercamwhore 😆. Sukati akulah, aku tepek pun kat blog aku. Kau yang hari-hari masuk blog aku sape suruh? Mbahahahah.
Aku memang suka selfie atau ambil gambar depan cermin. Aku suka ambik gambar mekap aku, rambut aku, OOTD aku on that day. Sebab bila lagi aku nak bercantik-cantik? Hari kerja je la kita dapat bercantik-cantik. Maka, lepas bersiap, ambiklah gambar.
Dulu tak rasa gambar ni semua penting. Dah 20 tahun berlalu, bila selak balik satu-satu barulah rasa…wahhh begitu rupanya aku dulu ya. Mengingatkan bahawa aku pernah muda. Pernah bergaya macam dak-dak sekarang. Pernahlah color rambut, pakai mekap, conteng kuku — pernah.
Now dah tua, mudah-mudahan takde dah rasa nak kembali bergaya macam dulu sebab dah puas rasa. Bagilah budak-budak muda pulak take turn. Esok lagi 20 tahun dia pun akan jadi macam kita-kita ni juga.
Pehhhh! Pinggang secekak, dikkk. Acik pernah pinggang secekak! Betapa lonjongnya muka aku dulu.
Zaman ni berat aku 44-45 kg. Ni tahun 2008-2009. Belum ada Rayyan lagi. Sepadanlah dengan En Wan. Masa ni dia pun berat takat 50 kg je. Gen-gen Z jangan pandang lekeh sangat dengan gen X and Y, ya. Sebab korang at age 28-29 now belum tentu gojes macam kitorang at age tu dulu. Dah keluar anak sorang masih 45 kg. Wow! Unsangkarable betul tengok body aku dulu. Mana datang lemak-lemak aku ni sekarang? Kahkahkahkah.
But it’s ok. Again, kita pernah gojes. Sekarang tak gojes takpelah. Dapat sihat dah besar rahmat dah. Sungguh wei. Umur macam aku sekarang, tak makan ubat hospital pun dah syukur. Nak masuk 50 dah kot. Apa nak lagi, kan? Dapat sihat dah kurniaan paling besar.
Dulu zaman 20 an memanglah kita pikir nak kurus, nak cantik, nak sexy. Patut padanlah pun dengan usia. Masih mencari identiti orang kata. Now dah 40-an kalau masih lagi nak menyeksi, terseksa orang tengok. Bukan apa, kurus kita sekarang tak sama macam kurus zaman muda. Sumpah tak sama! Bila tengok balik gambar aku dulu, aku turunkan berat badan sampai 45 kg pun takkan jadi secantik dulu. Sebab bentuk badan kita dah lari. Allignment tak cantik macam zaman muda. Bontot dah jatuh. Tetek dah jatuh. Tulang muka dah lain. Makan toksahlah kurus-kurus sangat. Aim IDEAL WEIGHT cukup.
Baru aku perasan zaman muda dulu aku tak pakai lipstik merah menyala. Warna lipstik aku nude-nude je. Sebab apa entah. Lupa. Maybe sebab zaman tu pesen warna nude kot. Now kalau pakai nude, terus lebam jadinya muka aku 😆. Dah jadi acik-acik ni biorlah lipstik tu terang sikit. Barulah nampak sikit serinya.
Dahlah aku nak tido. Penat aku hari ni buat rendang paru, buat bubur lambuk. Dah macam hari raya!


