2023-08-11

Bercerai di usia tua



Sedih tengok video lalu kat IG semalam.
ND Lala dengan wife dia bercerai after 34 years dalam perkahwinan!!
34 tahun tu lama, ya.
Nak pulak dorang ni couple zaman dulu.
Orang dulu, yang kawen tahun 80-90an, kalau senang pun senangnya bukan senang macam zaman sekarang.
Tapi susahnya jauh lebih teruk dari susah zaman sekarang.
Senang zaman dulu, bukan macam sekarang, pakat-pakat ada BMW sebiji kat rumah, Velfire sebijik, Merz sebijik.
Orang zaman 80-90an dulu ada Perdana sebijik pun habis mewah dah tu.
Tapi, berapa ramai artis zaman dulu yang kaya? Tak ramai.

Seingat aku, masa Ogy Ahmad Daud dengan Eman Manan kawen, couple ND Lala ni dah kawen dengan isterinya.
Seingat akulah, ada satu gambar atas pelamin Ogy and Eman bersanding, rakan-rakan artis ramai-ramai bergambar kat pelamin, terselit ND Lala and isterinya.
Masa tu isterinya sangat cantik di mata aku.
Tak salah aku isterinya dulu macam involve dalam indsutri juga tapi not so famous.
After kawen terus jadi suri rumah.
Kalau aku salah, sorry.

Dulu Shila Amzah pernah cerita zaman kesusahan dorang sekeluarga.
Nak balik raya takde duit.
Hari raya pakat-pakat berkurung dalam rumah sebab taknak orang datang beraya.
Takde apa nak dihidang kat tetamu.
Nak bagi duit raya pun jauh sekali.
Betapa ikhlasnya si isteri terus di sisi, walau suami dalam keadaan susah.

Then ada satu couple bercerai after 28 years berkahwin.
Lakinya kawen dengan artis.
Cantik juga artis tu.
Tapi ye lah, muda. Zaman muda siapa je lah yang tak cantik.
Aku pun cantik masa muda. Gitu.
Yang ni lagi sedih.
Isteri sama-sama belajar kat USA.
Berkahwin dan berhenti kerja untuk tumpu pada anak-anak.
Dah berusia, kena cerai. Sedihnya la hati.
Kalau tahu nak kena cerai gini, tak payah berhenti kerja.
Entah-entah dah boleh jadi CEO dah sekarang.
Aku sembang dengan kawan lelaki aku pasal ni.
Sembang dengan perempuan, selalunya sama-sama jadi emo.
Kalau sembang dengan lelaki, boleh nampak perspektif yang mungkin berbeza.

Kawan aku cakap, lelaki, macamana baik dan beriman pun, tetap sukakan perempuan cantik.
Takde lelaki yang tak suka perempuan cantik.
Dia kata lelaki yang sudah berkahwin, dan boleh bertahan dengan wanita cantik, seksi dan bergaya, adalah lelaki yang takde duit 😁.
Lelaki, bila ada duit, dia mula untuk memilih.

Aku tanya "Maknanya masa dia pilih isteri pertama tu, dia pilih yang ala kadar ke?"

Kawan aku jawab, "Ya!".

Ya, kauuu. Dia jawab YA!

Tapi dia kata, ala kadar bukan bermakna perempuan tu selekah, tetapi kerana ketika itu si lelaki juga biasa-biasa saja.
Lelaki cenderung mencari yang boleh menerima mereka seadanya.
Tetapi bila lelaki sudah mampu memilih (ada duit), masa tu dia tak kisah perempuan tu takde SPM ke, atau bimbo ke, atau gold digger ke -- nevermind.
Kerana waktu ini lelaki hanya mahu fulfill-kan keinginan dia.
Apa yang dia tak dapat masa muda dulu, inilah masanya dia demand.
Ada duit katakan.
Sebab tu most lelaki pilih isteri kedua yang lebih muda, atau lebib cantik, atau lebih gojes, atau lebih seksi, atau lebih manja dari isteri pertama.
Bodoh, takpe.
Sebab masa ni lelaki hanya mahu perempuan yang bercantik-cantik, melayan dia tip top dan suka manja-manja sahaja.

Terdiam kejap aku dengar kawan aku bercerita.
Terbayang-bayang apalah perasaaanya perempuan-perempuan yang dicerai di usia 50-an.
Waktu ni, badan dah tak muda lagi.
Segalanya dah jatuh.
Menopos pulak.
Siapa je lah yang nakkan si perempuan lagi.
Sedangkan bekas suami masih ada orang muda nak.
Perempuan umur dah 50-an, takkan terdaya nak compete dengan perempuan muda 20-an badan bergetah.
Jadi, penyudahnya pisah je lah.
Ambiklah laki tu kalau dah nak sangat.
Nampak je muka si isteri redha.
Tapi hati dia tak siapa boleh predict.

Setiap manusia tu keinginannya berbeza-beza di setiap fasa hidupnya.
Perubahan pada minat dan tujuan hidup berubah seiring dengan usia.
Perubahan minat ni boleh menjadi perbezaan yang cukup besar di antara pasangan yang awalnya serasi.
Dulu pilih isteri nak yang seadanya.
Orang tu free hair, dimintanya pakai tudung.
Orang tu dulu seksi, disuruh tutup litup.
Orang tu berkerjaya, diminta berhenti uruskan rumah tangga.
Bila segalanya terurus, si suami dapat tumpu pada membina kerjaya.
Bila kerjaya dah berkembang, jawatan dah besar, duit dah banyak, mulalah teringin kat benda lain pulak.
Pilih yang seksi gojes pulak tu! Berbulu je kita tengok.
Last-last yang berkorban kena tinggal.

Aku tak menolak pandangan kawan aku.
Katanya kadang-kadang lelaki tunggu peluang sesuai untuk bertindak.
Ada perkara yang sudah membengkak sejak bertahun-tahun, hanya tunggu masa untuk pecah.
Aku tanya balik "Kenapa masa membengkak tu tak dirawat? Memang sengaja tunggu sampai pecah lepas tu jadikan alasan nak kawen lain? Yang benaunya, masa tengah membengkak tu korang belum berduit lagi. Sebab tu korang boleh bertahan. Bila dah ada duit baru berani buat hal".

Kawan aku kata, "Sekali pandang memang nampak macam tu. Tapi cuba kau tengok masalah kau dulu. Kau dah bengkak dengan ex lama dah, kan. Tapi kau bertahan sebab kau tak jumpa peluang. Once peluang sampai, kau terus lepaskan diri".

OMG! He is right!!
HE IS RIGHT!!!
Tiba-tiba aku can relate.
Ada juga betul point dia tu.
Sometimes ada perkara yang dah membengkak lama, tapi kita takde peluang untuk bertindak.

Dulu, masa orang tahu aku tinggalkan si anu untuk ke En Wan, aku dituduh as gold digger.
Ada yang sanggup masuk chat room interview budak-budak Malaysia yang study Jepun untuk korek info pasal En Wan.
Dorang tahu En Wan tu anak orang kaya, pakai kereta sport pulak tu.
Maka sedaplah dijadikan modal nak buat cerita yang aku tinggalkan si anu untuk kejar lelaki kaya.
Hakikatnya bengkak yang dah lama wujud, orang tak tahu.

Mulut orang bercakap-cakap di belakang.
Bukannya aku tak tahu.
Tapi aku pilih untuk pekakkan telinga dan kekal dengan plan aku.
Sebab itu je peluang terbaik untuk aku keluar dari relation yang toksik.
Kemudian, cepat-cepat bertunang.
Boleh je nak keluar dari relation tu awal-awal, tapi potensi untuk aku kembali kepada dia adalah tinggi sebab dia akan buat apa sahaja untuk tarik aku semula.
Aku perlukan satu alasan yang kuat untuk dijadikan sandaran.
Sebab itu bila En Wan dah start bagi attention, aku percepatkan the necessary step.
Tak bercinta lama pun takpelah, janji bertunang dulu.
Walaupun hati tu takut-takut juga gamble dengan keputusan tu, ahh redah je lah.
Point aku satu je -- supaya aku jadi tunangan orang.
Kalau dia masih kacau, maknanya dia terang-terang salah.
Sebab dia kacau tunang orang.

Bila difikirkan balik, apa yang berlaku kat aku dulu mungkin juga berlaku pada those yang bercerai di usia emas ni.
Bukan nak tuduh sesiapa, tetapi pasti ada sesuatu yang sudah membengkak lama dalam marriage, hanya tunggu masa untuk meletup.
Itu pandangan aku lah.
Tapi boleh jadi juga takde apa yang membengkak dalam rumah tangga mereka, cuma perasaan sayang tu dah takde.
Dah beralih ke orang lain.

Teringat Ustaz Kazem kata, orang yang dah lama berkahwin selalunya takde rasa cinta sangat antara satu sama lain.
Pada usia emas, suami dah tak jalan laju ke depan, tetapi sentiasa tunggu isteri untuk berjalan sama.
Tak pun, sekejap-sekejap dia toleh ke belakang perhatikan isteri (macam Tun M, kan?).
Isteri pula bila berada di luar rumah dah tak nak berlama-lama sebab kesiankan suami tinggal di rumah.
Ini bukan romantik. Ini bukan cinta.
Ini namanya rahmah.

Cinta wujud hanya di awal pernikahan.
Setelah lama, ia bertukar jadi belas kasihan.
Inilah yang dikatakan rahmah.
Kerana rahmahlah maka kita lihat suami isteri yang dah lama berumahtangga sentiasa bersifat belas sesama mereka.
Semoga rumahtangga kita semua ada sifat rahmah.