2023-06-19

Ada sebab kenapa company bagi interns buat task yang biasa-biasa.


2-3 hari ni penuh FB newsfeed aku dengan post demi post pasal interns.
Ramai company/majikan dah start bersuara - the dark side of having interns.
Selama ni yang kecoh-kecoh adalah company bayar elaun ciput.
Bila company dah start bersuara, rupanya macam-macam masalah yang dorang hadapi bila ambil interns.
Aku ingatkan pengalaman aku dah cukup teruk, rupanya ada yang lebih teruk.

Video yang aku buat hari tu, aku share kat TikTok.
TikTok kan tempat budak-budak muda.
Saja je lah nak tengok respond budak-budak muda ni.
Ada yang kata "Company untung banyak, tapi bayar elaun RM600 je".
Aku baca macam...eh, untung company tu untuk staff tetap merasa tau, bukan untuk kau.
Kau datang situ untuk belajar.
Susah hati pulak dia kira untung rugi syarikat.
Maybe budak-budak ni ingat dorang ada share dalam keuntungan syarikat. Hahahaha.
Amboi konfiden kau, nak.
Untung syarikat tu untuk increment staff, bonus staff, duit rolling modal business, etc.
Awak takde kena-mengena, tau.
Sebab awak bukan staff, tetapi pelajar yang datang belajar.

Ada sorang lagi dengan bangga cakap "Bila syarikat bayar interns tinggi, itu akan membuatkan interns produktif".
Again, aku senyum je baca.
Betapa dorang ni merasakan dorang adalah tonggak kemajuan syarikat.

Dik, awak datang sini untuk belajar, ya.
Elaun awak sikit, atau banyak, atau tiada elaun sekalipun, awak memang wajib produktif sebab markah semasa internship tu bergantung pada performance awak sepanjang latihan praktikal.
Kalau awak tak produktif, syarikat takde kena tempias.
Yang kena tempiasnya, adalah CGPA awak, faham?

Aku rasa kebanyakan interns ada unrealistic expectations bila datang latihan industri.
Macam aku cakap dalam previous post, unrealistic expectation yang paling utama adalah, mereka sangka mereka adalah sebahagian dari pekerja syarikat.
Dorang keliru dengan role dorang.
Kalau dipikir-pikir balik, perkataan INTERNS tu sendiri membawa maksud PELATIH.
Latihan yang diberi adalah untuk kepentingan pelatih, bukan syarikat.
Interns bukan bertujuan untuk menggantikan pekerja tetap, maka latihan yang diberikan tidak semestinya sama seperti task yang diberikan pada pekerja tetap.
It is a LATIHAN.
Intern dilatih untuk menghadapi suasana pekerjaan.

Ada sorang budak yang komen kat video TikTok aku, dia cakap "Penat-penat kitorang belajar, bagilah task yang relevan. Kerja fotostet tender, suruhlah ofis boy buat".

Nipu sangatlah kalau sepanjang 3 bulan praktikal tu kerja kau 24 jam duduk tepi mesin fotostet.
Tak dinafikan memang interns akan buat simple-simple kerja macam ni.
Tapi tidaklah sampai hari-hari, dik.
Karang bos tu bagi relevan kerja sebijik macam staff lain, tak sampai 3 hari, kau resign pulak.
Ingat semua company wajib ada ofis boy ke?
Dapat post macam aku dulu -- buat sales aku, buat marketing aku, buat packing aku, delivery aku, prepare tender aku -- berpinau mata nanti.
Kalau buat kerja fotostes pun bising, apa jaminannya bila dapat task yang lebih berat nanti? Larat nak buat?

Rendah betul pandangan dorang pada kerja fotostet, ya?
Meletakkan kerja tu layak dibuat ofis boy je.
Besarnya darjat kau, ya.
Memang taklah aku nak terima interns gini.
Dia ingat bos company tu masuk-masuk kerja terus jadi bos agaknya.
Bos-bos tu semua pernah je buat kerja fotostes ni semua.
Bersila berjam-jam menge-punch dokumen tender.
Melekat pantat kat lantai duduk lama sangat.

Ada sorang follower kat IG cerita, ada sorang intern ni boleh sound dia "Puan boleh tak kalau bagi task tu bagi satu-satu?"
Aku baca pun, "Wowwwww!"
Boleh eh arah-arah gitu?

Dik, ni acik nak tanya.
Korang kat Uni memang buat satu assignment je seminggu, eh?
Tak pernah kena buat 3 assignment dalam satu hari?
Tak pernah submit 2 assignment serentak hari yang sama?
Tak pernah lalui lusa ada test, esok kena hantar assignment?
Kalau tak pernah, nak mohon lecturers tolong biasakan budak-budak ni dengan 2 assigment serentak.
Dua-dua tu suruh submit hari yang sama.
Bukan apa, bila benda-benda ni tak dibiasakan, nanti company yang dituduhnya menggunakan dorang untuk kepentingan syarikat 🙄.
Bila dibagi entry-level tasks, dia boring.
Tak mencabar intelektual katanya.
Dibagi task yang mundane, dia kata tak relevan.
Dibagi task yang relevan, kita pulak yang kena sound. Eh?

Ada sebab kenapa company bagi you all task yang biasa-biasa.
Jangan ingat task biasa-biasa tu hanya untuk level SPM.
Itu semua sebahagian dari learning and skill development.
Interns are usually new to the professional environment.
Practical experience pun kurang.
Dekat Uni, korang lebih banyak belajar teori dari parktikal.
Semasa interns, kamu akan belajar banyak praktikal.

Di company, praktikal kami semua laju, ya.
Staff di sini semuanya industry-ready.
Dorang dah tahu apa nak buat, tanpa supervision dah boleh gerak sendiri.
Kalau you nak company bagi you task yang real, takut tak terkejar nanti because di sini, semua orang laju.
You takkan jumpa di dalam company ni staff yang kejap-kejap tanya

"Macamana nak guna mesin fotostet?"
"Macamana nak buat invoice?"
"Macamana nak tulis surat pada universiti untuk buat program?"
"Macamana nak tulis email kat supplier?"
"Macamana nak kira itu ini?"


Kat sini semua dah laju.
Sebab tu semasa intership you all diberikan pendedahan buat kerja simple-simple dulu supaya esok masa dah kerja, takdelah orang menyampah benda simple pun nak kena ajar.
Buang masa dorang je nak train benda-benda basic.
At least nak operate mesin fax and mesin fotostet dah tahu.

Sebab itulah bulan pertama you all didedahkan dengan entry-level tasks.
Bukan nak menggunakan you, but to allow you to learn foundational skills.
Ada engineering interns diminta punch dokumen tender, dia gi punch sesedap rasa.
Kejap atas, kejap bawah, kejap tengah.
You tak boleh cakap "I student engineering. I tak buat kerja-kerja macam ni".
Kau ingat jadi engineer tu mengadap mesin 24 jam tak buat kerja lain?
Kembalilah ke tanah, dik. Lama nau kat atas tu.

Kerja-kerja yang biasa ni semua tujuannya untuk build strong foundation.
Bermula dengan entry level tasks, you can develop solid foundation sebelum dapat tanggungjawab atau task yang lebih kompleks kemudian hari.
Sesekali kena fotostet tender, atau buat data entry, atau buat filing -- ini bukan kerja sia-sia.
By mastering these fundamental tasks, you can gradually take on more challenging and meaningful work.

Apa yang interns tak tahu, dengan buat kerja-kerja yang mundane ni, they can understand the organization better.
Dari buat kerja yang entry level ni lah you boleh familiarize yourself with the company's culture, values, and operations.
 
Aku pernah ambil intern dalam marketing.
Ini pun perangai juga.
Awal-awal tu kita bagi dia uruskan stok produk, kira inventory, kemaskan produk dalam storage room, print label harga pada setiap botol.
Basically kita bagi dia kerja yang simple-simple, yang selalunya dianggap "kerja budak level SPM".
Merungut dia!
Dikata kita tak bagi dia task yang relevan dengan course.
Aku cakap "Kalau you tak familiarize dengan produk dan simple task, macamana you nak buat marketing?"
Benda-benda simple task inilah yang buatkan you learn about the different departments, roles, and processes within the company.
Dia ingat kita tak tahu kot nak train dia.
Dia tak nampak ke dalam company ni ada berapa orang permanent staff yang kita dah train? Halah halahhhhh.

Maybe interns ingat bila dia study grafik (contoh), dia kena buat task grafik je.
Meh sini aku tunjuk salah satu supervisor final report dari IPTS untuk aku fill up.



Bukan semua assessment berkaitan dengan course yang you belajar, ya.
Kerana universiti tahu, dalam company, you akan buat macam-macam kerja, selain dari task yang relevan dengan course yang diambil.
Patutnya, Section A ni boleh dapat full marks sebab bendanya semua BASIC.
Attendance patutnya mesti excellence, sebab ini KELAS.
By right kelas kena datang everyday, dan tepat masa.
Tapi dah kau pilih untuk datang lambat, dan banyak cuti, memang itulah markah yang kau dapat.


Assessment yang company kena fill up adalah berbeza-beza antara satu IPT dengan satu IPT yang lain.
Ada IPT yang mahukan spesifik assessment, ada yang general.
Jadi, kalau most of your task semasa internship adalah general, it is because assessment yang diminta oleh pihak IPT you, adalah general.
Tapi jangan ingat IPT tak minta company assess you benda-benda yang tak terfikir pun akan dinilai, ya.
Contohnya IPT yang atas ni, writing skills pun dia minta nilaikan.
Tapi secara lojiknya, mana-mana task pun requires writing skills -- tulis email, reply whatsapp customer, copywriting, tulis surat, etc.

Nampak tak ada assessment "WORK SPEED"?
So, kepada interns, jangan ingat majikan bagi 3 task serentak dalam satu hari tu kita nak bully you, tau.
Eh banyak kerja aku lain daripada membuli.
IPT korang yang minta kita nilai you all dari segi work speed.
Kalau bagi 2 task pun dah merungut, jangan peliklah kalau marks kau rendah masa LI.
Tapi sebagai majikan, kita pun tak nak you fail.
Kita bukan kejam dengan students.
Kita nak tolong biar you grad juga tahun tu.
Jadi, aku backup la sikit kat ruangan komen tu.
Next time, attitude tu ubah, ya.
Sebab bukan semua company kau jumpa bos yang baik ok? #donepujidirisendiri

Ada sorang budak tu komen kat video aku, dia tanya "Kalau kitorang pelajar, maknanya kalau uni ada break cuti seminggu, kitorang pun tak payahlah datang partikal, kan?"

Aku cakap "Yang itu awak kena tanya universiti. Company ikut universiti punya guideline. Kalau uni kata, terpulanglah pada company, maka otomatica u kena ikut rules company".

Kadang-kadang students tak tahu yang some IPT meletakkan kebebasan kepada company untuk menguruskan interns.
Dalam kes macam ni, if the company work on Saturday, then interns kena datang Saturday walaupun semasa di uni hari Sabtu mereka takde kelas.
Dalam erti kata lain, sebelum korang hencap company, apa kata tanya IPT masing-masing apa yang IPT allow majikan to do and not to do.

Lagi satu parents.
Ada intern aku yang maknya minta anak drop LI sebab aku (company) tak benarkan anaknya ambil cuti.
Setiap minggu nak cuti, apehal??
Budak tu kata makya mintak tolong uruskan hal-hal kat rumah.
Aku tanya balik "Selama you belajar 3 tahun ni, memang setiap minggu ponteng kelas?"
Dia diam.

Kadang-kadang parents menjadi faktor kenapa anak-anak ni tak berjaya habiskan LI.
Mak bapak sibuk suruh anak ambik cuti.
Cuti amendanya makcik?
Anak tu bukannya bekerja. Dia sedang belajar.
Ada ke patut anak tak boleh cuti, dia minta anak drop LI?
Rela dia anak extend satu semester lagi semata-mata company tak luluskan cuti.
Apa punya mindset mak bapak gini.
3 bulan je kot LI ni. Nak pegi umrah pun tunggulah budak habis belajar.
Macamana la anak kau nak cemerlang kalau cara berfikir mak bapak gini.
Aku ni kalau nak buat hati kering, memang aku failkan terus LI budak tu.
Tapi aku pikir-pikir balik, dah lah.
Aku bagi je markah seadanya, jangan sampai corot sangat markah.
Asal boleh lulus.