2023-06-20

Dulu, aku ingatkan KWSP En Wan dapat kat aku 100%.



Hari tu kat TikTok ada sorang celebriti ni cakap artis-artis ramai yang takde insurans, KWSP jauh sekali.
Kat ruangan komen ada sorang tu cakap "Tu pasal penting cari kerja tetap yang ada KWSP. Kalau suami mati, dapat juga isteri guna duit tu".

Ini tanggapan yang salah.
Dulu, aku pun ingatkan KWSP En Wan dapat kat aku 100%.
Senyum lebar bila En Wan kata penama KWSP dia adalah aku.
Rupanya tak.
Jadi, aku terpanggil nak bagi sharing sikit kat sini supaya yang tak tahu, jadi tahu.
Aku rasa ramai yang ingatkan duit KWSP suami tu dapat kat isteri sepenuhnya.

Dalam sistem KWSP, kalau suami mati, duit KWSP suami TIDAK dialihkan sepenuhnya kepada kita (isteri) sebagai penerima.
Ini kerana kita ada prinsip faraid.
Kita semua tahu faraid adalah sistem pembahagian harta pusaka.
KWSP suami dikira sebagai pusaka.
Jadi, bila suami mati, KWSP suami akan disalurkan kepada ahli waris yang lain, termasuk isteri.
Maksudnya?

Maksudnya kalau KWSP suami ada RM500K, isteri hanya dapat 1/8, iaitu RM62,500.
Bayangkan, dari RM500K, kita cuma dapat RM62,500.
Dah lah tengah sedih mati laki, tengok pulak orang lain dapat lagi banyak dari kita yang susah senang tidur sebantal bertahun-tahun, bertambah-tambah rasa sedihnya.
Tapi nak buat macamana, ini bukan undang-undang manusia, tetapi hukum Allah.
Maka, kita tak boleh sangkal. Kena redha.

Sama macam duit Tabung Haji.
Duit dalam akaun Tabung Haji TIDAK BOLEH dihibahkan, KECUALI kita buat Hibah Amanah.
Yang ni kena bayar yurannya, RM190.
Penama Tabung Haji is lain, Hibah Amanah is lain.
Penama tu untuk mudahkan waris buat tuntutan tanpa perlu kemukakan Surat Kuasa, tapi duitnya masih kena faraidkan.
Melainkan suami ambil Hibah Amanah Tabung Haji.

Duit dalam ASB pun sama.
Duit ASB by right tak boleh dihibahkan, tetapi kita boleh bayar yurannya supaya ASB boleh uruskan documentation untuk proses hibah.
Yang ni yurannya RM180.

Dalam semua-semua hibah ini, konsep Takaful Hibah berbeza.
Takaful Hibah, kita create the money sebelum duit tu ada.
Hibah KWSP and ASB pula dibuat ke atas simpanan yang sudah ada.
Kalau suami mati, apa yang disimpan, itu saja yang penerima dapat.
Kalau ada RM50k, banyak itulah yang kau dapat.

Takaful Hibah, kita pilih berapa banyak nak ditinggalkan untuk penerima, dan kita bayar premium accordingly.
Premium ni umpama force saving setiap bulan.
Yang menariknya, bila hibah ni reach tempoh matang (3 bulan), kalaulah bulan ke-5 suami meninggal, penerima akan dapat duit hibah.
Katakan suami buat hibah RM500k.
Suami baru bayar premium 5 bulan dah meninggal.
Isteri dapat semua RM500K tu.

Tapi yang ambil Takaful Hibah Orang Sakit (aku lupa apa nama hibah ni), tempoh matang adalah 3 tahun.
Kalau suami meninggal pada tahun ke-2, syarikat akan pulangkan balik semua premium yang suami dah bayar, kepada isteri.
Tapi isteri tak dapat duit hibahlah, sebab suami meninggal sebelum polisi matang.

Masa Prudential buka offer hibah untuk orang sakit tu, ramai yang sign up.
Dalam ramai-ramai tu dah ada yang dah start bertanya En Wan "Tak boleh ke isteri dapat hibah kalau saya meninggal sebelum polisi matang?"

En Wan kata berat dia nak jawab.
Some yang bertanya tu, dah ada kat hospital dah.
Maybe dorang pun dah risau sempat ke tak polisi aku matang.

Inilah sebenarnya one of the main reasons kenapa orang sakit tak diluluskan hibah pada awal-awalnya.
Dulu, takaful tak accept hibah dari orang yang ada medical condition kerana risiko kematian lebih tinggi.
Tapi after some time, they allow dengan syarat.
Syaratnya, tak boleh ambil hibah lebih dari RM250K DAN tempoh matang adalah 3 tahun.
Bagi aku, this is fair.
Sebab untuk orang yang sakit, apa-apa boleh terjadi.
Kita kena faham, takaful also is a business.
Mereka buat offer ini dengan menanggung risiko yang besar bila allow orang sakit ambil hibah.
Sebab itulah mereka buat syarat begitu. Sda win-win situation.
Tapi takpe, at least peluang untuk orang sakit buat hibah, ada.
Sesiapa yang dah buat hari tu, congrats.
Sebab peluang tu dah tutup now.

Yang sihat tapi belum buat hibah, usahakan.
Tak dapat ambil banyak, ambil sikit pun boleh.
Biar ada untuk isteri/penerima.
Like I said earlier, duit KWSP hanya 1/8 untuk isteri. Tak banyak pun.
Dah lah duit dalam bank simpanan suami pun isteri tak boleh guna.
Hari tu aku ada komen kat satu post pasal ni.
Ada orang komen kat post tu "Apesal pulak isteri tak boleh ambil duit suami? Kalau isteri tahu no PIN kad, ambil sajalah".

Aku balas "Memang boleh ambil selagi bank belum bekukan. Tapi, kalau waris lain tahu duit diambil selepas suami mati, isteri boleh kena dakwa sebab duit si mati dalam akaun dah jadi harta faraid the moment suami mati".

Ohhh tak boleh terima dia.
Aku biarkan je dia merempan.
Kalau aku berada di tempat dia pun, aku tak boleh terima kenyataan itu.
Tapi nak buat macamana.
Waris lain berhak dakwa sebab bahagian dorang pun ada dalam tu.
Kalau terdesak sangat, yang kita boleh buat adalah berbincang dengan waris lain.
Tanya boleh tak nak ambil sikit duit untuk kegunaan urus rumah and anak-anak.

Tapi nasihat aku, jangan gamble untuk tunggu dan lihat dan berserah tanpa usaha.
Benda melibatkan duit ni payah nak predict.
Nak pulak kalau selama ni kau hidup senang laki bini.
Masa suami mati meninggalkan hartalah ramai yang nak menumpang.
Mereka tak salah, sebab ada hak mereka di situ.
Jadi, kita buatlah persiapan sikit.
Kalau suami taknak buat hibah untuk kita, kita buat untuk diri sendiri.
Kita bayar untuk diri sendiri.
Esok duit tu dapat kat kita juga.

Nak tunggu urusan pembahagian harta pusaka, lambat.
Sedangkan yang hidup perlukan duit untuk teruskan hidup.
Even nak uruskan pembahagian pusaka pun pakai duit.
Yuran guaman, transportation, gedebak, gedebuk -- semua duit.
Proses menguruskan harta makan masa dan kos, ya.


Ni lagi satu.
10 tahun dulu, sebelum ambil hibah, aku ingatkan macam ni juga.
Suami mati, rumah dapat kat aku.
Rupanya tak se-simple itu kau boleh dapat harta laki kau, ya.
Walaupun bahagian suami dah settle bayar loan, bahagian suami masih boleh difaraid!
Walaupun kau cakap kau bayar sama-rata, atau kau bayar lebih, atau kau guna duit kau sepenuhnya semasa renovate rumah -- tetap bahagian kau paling sikit bila difaraidkan.
Nak rumah ni kalu, maknanya kau kena bayar waris lain untuk tebus harta pusaka suami (rumah).
Mana nak cekau duit nak tebus pusaka?

Masa ni lah takaful hibah membantu.
Sebab itu hari tu aku cakap, SEBAIK-BAIKNYA ambil hibah ikut hutang yang masih berbaki.
Tak payahlah semua. Hutang yang besar-besar saja.
Contohnya rumah.
Kalau suami nak isteri dan anak-anak kekal dapat rumah tu, tak perlu merempat pindah tempat lain, ambillah hibah sesuai dengan nilai baki hutang.
Nilai rumah 1 juta, ambillah hibah 1 juta.
Kalau ada budgetlah.
Kalau takde budget, ambil rendah sikit pun tak apa.
Untuk elakkan hal-hal tak terjangka like this.

Aku kadang letih baca keluhan balu-balu yang suami mati, hidup jadi tunggang-langgang.
Keluarga belah suami pulak tuntut macam-macam.
Suami tak tinggalkan hibah, hanya simpanan.
Simpanan pulak tak banyak mana.
Bila difaraidkan, dapatlah berapa sen je.
Nak buat kenduri arwah pun tak lepas.
Dulu aku ingat bila suami rajin buat force saving setiap bulan, lega dah.
Yang laki aku pun lega bila setiap kali tengok ASB "Banyak ni, cukup untuk awak nak guna".
😂😂😂. Sedih.
Bila dah semakin celik, barulah nampak tak banyak mana pun tuuuuuu.
Terus buat hibah sama-sama.

Mesti ada yang tertanya kenapa bahagian isteri paling sikit berbanding orang lain?

Kerana, faraid isteri adalah hanya untuk dirinya.
Isteri TAK PERLU tanggung nafkah anak-anak bila suami mati.

Dah tu siapa yang nak tanggung anak?

Tu ha. Wali yang kena tanggung.
Wali-wali tu adalah pakcik and saudara-saudara lelaki sebelah ARWAH SUAMI.
Contohnya, kalau ada bapak mertua, maka tanggungjawab bapak mertua menanggung cucu.
Kalau ada adik-beradik lelaki belah suami, doranglah yang menanggung anak-anak sedaranya.
That's why portion mereka besar walaupun dorang takde kena-mengena dengan jatuh bangun kita membina harta bersama suami.
But apa yang berlaku hari ni, kebanyakan waris yang dapat harta pusaka si mati, buta perut!
Dia ingat duit tu dapat kat dia untuk dia berjoli.
Tanggungjawab menafkahi anak-anak yatim tu semua dilepaskan kat ibu (isteri arwah).

Maka, suami-suami, peratikanlah waris-waris yang ada.
Agak-agak tak berapa konfiden waris boleh jaga anak-anak, bagi makan minum pakai pada anak-anak sebagaimana kau beri, bagi pendidikan terbaik untuk anak-anak kau sebagaimana kau beri --- siapkanlah hibah untuk isteri.

Hari tu ada orang tanya aku, "Bukan ke sepatutnya segala hutang-hutang suami kita kena bayar dengan duit pusaka suami?"

Ya, betul. Memang sepatutnya gitulah.
Loan rumah, kalau masih tertunggak, bayarkan guna duit pusaka suami.
Dari mana?
Dari KWSP-nya, dari ASB-nya, dari simpanannya.
Semua tu akan dicairkan untuk bayar balance hutang-hutang.
Itu kalau pusakanya banyak.
Kalau hutang lagi banyak dari tinggalan pusaka, mana nak korek duit?
Nak menunggu harta pusaka tu selesai proses, dah cukup lama!
Entahkan bertahun.
Even nak menguruskan pembahagian pusaka tu sendiri kena keluar duit.
Kalau takde duit dalam tangan, macamana nak settle pusaka.
Kalau ada hibah, boleh juga gunakan sementara nak tunggu semua selesai.

Yang belum buat hibah, cubalah pikir-pikir pasal ni.
Aku minggu lepas masa tengah tunggu warden sampai untuk Rayyan serahkan iPad, sembang dengan kawan sekolah Rayyan.
Dia cakap "Saya belum ada iPad lagi. Tumpang kawan punya".
Dalam hati aku, sungguhlah pendidikan anak sekarang banyak belanjanya.
Kalaulah apa-apa jadi pada suami, kau imagine isteri nak tanggung semua expenses ni seorang.
Kalau ada 5 anak?
Belanja sekolah. Belanja makan. Belanja pakai.
Dulu suami tanggung. Now kita menanggung semua.
Agak perit juga sementara nak membiasakan diri dengan life baru.
Usahakanlah buat hibah , ya. Buat sikit pun takpe.