2023-06-16

Sambunglah belajar.


Tolonggggglah jangan normalisasikan benda ni.
Inilah punca ramai student tak nak sambung belajar. 
Hadap sangat nak jadi jutawan. 

Dik, ilmu yang akan membezakan kita dengan yang lain. 
Dari cara bercakap dan gaya, orang boleh tahu kita orang berilmu atau tak. 
Budak-budak yang bangga muda-muda dah jadi jutawan kosmetik ni, dia tak tahu kalau dia ada ilmu, esok dah tua, bila muka dah tak secantik sekarang nak jadi modal tiktok, bila badan dan tak segojes dulu nak berjoget kat tiktok, masa itulah ILMU jadi sangat berguna. 
Acik ni pun zaman muda dulu boleh tahan, dik. 
Cuma acik tak menggelinjang buat video je. 
Dah meningkat umur, badan pun dah tak sesolid dulu, at least dengan ilmu dapat gak create formula itu ini. 
Ada gak peluang collab dengan university. 
Kalau takde ilmu, takkan sampai ke tua nak menggeletis depan video? 

Mak Aji kan, modal dia kalau nak motivate aku dulu, “Kau tu dahlah tak cantik. Belaja biar pandai. Kalau tak, takde siapa nak!” 
Gitu senapas dia bagi. 
Kadang aku pikir balik, nasib baiklah aku tak cantik. 
Kalau tak, mesti aku hidup nak bermodalkan muka je 😆. 

Tapi honestly, aku rasa sedih bila budak-budak muda tak nak sambung belajar. 
Alasannya “belajar penat-penat gaji tak sampai RM3k”. 
Memang korang ni pergi belajar tujuan nak dapat gaji tinggi semata-mata ke. 
Agak-agak takde jaminan gaji tinggi, tak yah sambung belajar. 
Lepas tu ada hati guna contoh Mark, Elon Musk, and Bill Gates. 
Konon dorang pun tak habis belajar. 

Hello..? Dorang tu semua bukan tak pandai, ya. 
Masing-masing scorer masa high school sebelum masuk uni. 
Kebijaksanaannya dah nampak dari zaman sekolah lagi. 
Tetapi di uni barulah they drop their study. 
Bermakna, dorang bukan drop kosong. 
Drop pun sebab dah bijak sangat invent macam-macam. 
Ingat kalau takde ilmu, dorang reti nak invent macam-macam? 
Yang kita ni, sekolah menengah pun tak excel, lagiiiii tak mau sambung study 🙄. 

Yang selalu mencanang dengan bangga gaji RM1k sehari walau tak belajar tinggi ni, dia lupa agaknya produk yang dia jual tu siapa formulate? 
Label botol produk tu siapa yang design? 
Yang bina sistem database untuk company tu kutip sebarang orang tepi jalan ke? 
Ujung-ujung keliling dia semua orang yang belajar tinggi. 
Dia je yang hanya ada hidung tinggi. 

Sambunglah belajar, dik oi. 
Aku lagi respect budak-budak yang result SPM tak berapa bagus tetapi masih mahu sambung belajar. 
Semangat mahu belajar tu yang kita hargai. 
Nak-nak lagi budak yang akademik tak berapa nak pergi, they chose aliran kemahiran. 
Dengan kemahiran itu dia boleh cari makan.

 
Sekarang, program-program long life learning macam ni yang collab dengan IPTA, dah banyak. 
Contohnya, program atas ni. 
Pakai pengalaman and sijil kemahiran pun boleh apply. 
Kau boleh further study dengan UNIMAS utk dapat Prof Certificate. 
Ada banyak lagi program yang MJA collab dengan uni. 
Yang aku tunjuk ni untuk construction. 
Untuk Food, dengan UPSI. 
Soon insyallah dengan UIA. 

Those yang ada relevant certificate dalam industri tertentu, ada pula pengalaman kerja at least 2 tahun dalam bidang yang sama, dah boleh sambung degree sekarang ni. 
Dengan syarat, lepas SPM kau sambung belajar dulu. 
Sijil kemahiran pun takpe. 
Esok dah ada pengalaman kerja, atau dah jadi bos, terasa nak upgrade diri, boleh join program life-long learning macam ni. 
Terjemahkan pengalaman tu dengan sijil Bachelor's Degree. 
Program professional ni, setahun je sebab memang de-design untuk orang bekerja yang ada kemahiran dan pengalaman.. 
Sebab tu, kau percayalah cakap acik ni, tak rugi sambung belajar. 
Habis SPM, gi sambung belajar. 
Taknak diploma, ambil sijil pun takpe! Ambil dulu.

Ni lagi satu yang aku rasa makin menjadi-jadi. 
Ni pulak perangai orang bijak-bijak. 
Aku minta pihak universiti tolonglah sebelum lepaskan budak-budak ni pergi Latihan Industri (LI), bagi pencerahan kat students bahawasanya LATIHAN INDUSTRI (LI) itu adalah sebahagian dari syllabus, yang ada credit hour, yang ada marks, yang mesti lulus baru boleh grad! 
Oleh sebab itu, fokus utama adalah mencari tempat LI untuk belajar. 
Pastikan lulus. Bukannya demand for allowance yang setaraf dengan gaji minimum pekerja! 
Kalau macam tu baik majikan ambil permanent staf je. 
Dah tentu-tentu jadi staff sendiri. 

Berbuih dah aku cakap pasal ni. 
Can someone kot-kot dari universiti yang baca post aku ni, explain this to student? 
Maybe universiti dah pernah cakap, tapi dorang ni tak faham kot. 
Sebab macam dah lebih dah dorang ni. 
Belum apa-apa demand. 
Kita dulu pegi praktikal sebab nak belajar, nak buat report and nak grad. 
Ini pergi LI sebab nak dapat gaji 🙄. Heloooooo?? 

Aku pernah ambil beberapa intern. 
Intern untuk sales, marketing, grafik design, dan kerja lab. 
Some ok, some not.
Yang not ok tu dia feeling macam 3 tahun belajar kat Uni dah penuh ilmu di dada. 
Demand allowance tinggi, demand nak cuti tiap-tiap bulan, demand nak balik awal. 
Bila letakkan kat lab, terkibai-kibai. 
Nak tekan pipette dalam lubang gel pun menggigil-gigil. 
Suruh bancuh hand sanitizer pun buat calculation setengah jam. 

Ya, aku faham dorang budak baru belajar. 
Itu majikan faham. 
Aku pun tak sergah budak-budak ni. 
Cuma yang aku question tu, korang dah tahu level kecekapan kau tahap tu, lagi mau demand macam-macam? 
Kalau aku malu nak demand ok? 

Sometimes these students lupa, di sini you all dapat FREE TRAINING from experts. 
You dapat training dari orang yang dah ada pengalaman dalam industri itu. 
Some of them ada pengalaman lebih 15 tahun. 
These people kalau dipanggil bagi talk, paling rendah dibayar 1 jam RM300.
Aku pernah bagi talk kat UTHM, dibayar RM500 untuk 1 jam. 
So now aku nak tanya, bila these experts train you setiap hari, selama 3 bulan, sepatutnya siapa bayar siapa? 

Tu belum cerita pasal report. 
Ada sorang intern aku dulu setiap minggu dia punya report adalah tajuk tugasan yang aku bagi. 
Contoh kalau hari tu aku bagi tugasan buat video, dia punya report macam ni: 

Isnin : Buat video tajuk “XXXXXXXX” 

Selasa : Buat poster tajuk "XXXXXXX” 

…dan seterusnya. 

Aku tanya kenapa tulis tajuk? 
Macamana kau nak explain kat lecturer nanti? 
Apa bukti kau telah belajar sesuatu? 

Aku pun ajar dia, patutnya tulis macam ni: 

Isnin 
Task: Buat video. 
Tajuk: XXXXXXXX 
Video ini menggunakan konsep animasi. 
Software yang digunakan adalah bla bla bla bla. 
Teknik yang diapply adalah bla bla bla bla. 
...........
...... 

Dia macam blur blur je. Tak buat-buat jugak. 
Sampai habis praktikal, gitu juga reportnya. 
Aku tepuk dahi. 

Kita dulu pratical dalam lab, report berjela. 
Siap buat macam diari. 
Tulis dari awal pagi sampai lab, sampai keluar lab petang. 
Gigih pinjam kamera Pak Aji nak snap kerja-kerja dalam lab, nak letak kat report. 
Bangga dapat buat LI kat SIRIM, agenci yang memang kerja rutinnya buat RnD and screening.
Belajar dengan experts.
Lansung tak terfikir pasal allowance segala.

LI adalah tempat belajar, dik. 
Bila masuk dalam industri, teori yang kau belajar 3 tahun kat uni tu hanya basic knowledge saja. 
Itupun kadang-kadang habis LI masih terkial-kial lagi. 
Sebab itu jangan demand sangat, dik. 
Duit loan tu pandai-pandai simpan untuk guna masa LI. 
Bukan buta-buta harap allowance untuk buat LI.

Tu belum cerita bab cuti rehat.
Masa LI ni la kejap-kejap mintak half day.
Alasan semua merepek.
Nak jemput adik balik sekolahlah.
Nak tolong mak meniaga pasar malamlah.
Yang nak pergi umrah pun ada!
Abis selama kau belajar ni, siapa ambik adik kau balik sekolah?
Siapa tolong mak bapak meniaga?
Yang siap plan bercuti ni, korang tau tak LI tu adalah KELAS?
Ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.