2023-06-21

Ada benda melekat kat Rayyan.


Follower kat IG tak puas hati kenapa aku tak cerita-cerita lagi trip ke Ipoh hari tu.
Sebab aku tepek video Malam Bakat je.
Aku pun tak terpikir nak cerita pasal tu sebab tiap-tiap naik Ipoh, dah rasa macam balik Bangi je.
Eh sekarang balik Bangi pun tak sekerap pegi Ipoh tau tak?

Sebenarnya ada cerita kisah aku ke Ipoh last week.
Cerita dia gini.
Yang follow IG aku, dorang tahu 2 minggu lepas, aku ke Ipoh untuk visit Rayyan.
Aku bawa mok and Mak Aji.
En Wan tak ikut sebab dia ada meeting di ofis Putrajaya.
Maka aku bertiga gerak ke Ipoh Sabtu tu.
Sampai je sana, pukul 10.30 pagi.
Just nice waktu outing.
Tapi Rayyan tak tahu yang aku datang.
Jadi, bila kawan-kawan dia panggil dia, dia keluar jumpa aku dalam keadaan belum bersiap.

Aku perasan dari jauh nampak dia jalan very slow and terhencot-hencot lebih teruk dari biasa.
Pelik dah aku ni.
Bawah mata kanan macam bengkak sikit.
Ingatkan dia sakit ke apa.
Rupanya dia jatuh hari Jumaat, dalam bilik air.
Dia kata kawan yang mandi kat bilik air sebelah main simbah-simbah air.
Biasalah, budak-budak bergurau.
Sambil mandi sambil main simbah-simbah air.
Dia terkejut air tu simbah masuk shower dia, terus terjatuh.
Aku tak tahulah macamana dia terjatuh tu, tapi boleh nampak kaki dia hencot teruk sikit, jari belah kiri luka and bawah mata kanan macam ada line tergores and bengkak sikit bahagian tu.
Aku malas nak serabutkan pikirkan aku, aku tanya nak outing tak.
Dia kata nak. Ok jom siap.

Mula-mula hantarkan baju ke laundry, minta settlekan semua siap gosok, nak ambik petang tu juga at 3pm.
Lepas tu shoot pergi AEON Kinta, post biasa budak-budak sekolah dia outing.
Bawa semua lunch kat Black Canyon, lepas tu carikan toiletries dia, jajan-jajan, masuk Popular cari stationary, then belikan T Shirt round neck 3 helai dia nak buat baju tidur.
Taknak pakai baju melayu. Panas katanya.
Sebelum hantar balik, tapaukan nugget Burger King and Baskin n Robbin.
Kemain lagi dia punya pesta perut hari tu.
Semua benda dia nak makan aku carikan.
Tak dibelikan nanti, aku kena jeling pulak dengan Mak Aji.
Dah kau mak kau sekali khennnn.
Takpe, aku layankan kehendak Rayyan.

Sedih pulak hari tu masa nak balik sebab rasa kejap pulak kat sana.
Pukul 4 pm dah balik.
Aku tak berani nak balik lambat sangat sebab Ipoh dah mendung nak hujan.
Karang dibuatnya hujan lebat, mata aku ni bukannya nampak sangat dah nak drive hujan-hujan.
Alhamdulillah, that day went well.

Sabtu aku pergi jumpa dia.
Ahad. Isnin.
Selasa dia call bagitau tempat yang dia jatuh hari tu, sakit.
Aku rasa dia jatuh terduduk sebab dia kata pinggul dia sakit.
Tapi disebabkan dia masih boleh berjalan, aku tak risau sangat.
Tulang should be find.
Aku minta dia urut je sendiri bahagian kat sakit.
Rabu malam, pukul 10 malam, warden call.
Warden call sebab doktor nak bercakap dengan En Wan.
Rupanya Rayyan ada kat Hospital Ipoh!
Dia dah rasa sakit sangat, warden bawa ke hospital terus.

Dr dah siap buat x-ray bagai rupanya.
Alhamdulillah x-ray tak tunjuk sebarang fracture.
Tapi doktor perasan yang tulang dia yang kosong hari tu masih belum heal.
Jelas nampak kat x-ray masih ada part-part yang kosong, cuma dah makin better.
Dan doktor cakap bahagian pinggul yang dia kata sakit tu agak tegang sikit.
Jadi, doktor bagi MC 3 hari.
Dah dapat MC tu, better aku bawa balik sebab dah alang-alang Rabu-Khamis Jumaat dapat MC.

Sesudah Subuh kitorang berdua zassss ke Ipoh.
Pukul 8.30 pagi dah sampai dorm dia. Bawa dia balik.
Mula-mula hangin juga la kau ni dah kenapa kerap nau jatuh.
Sejak dia kat STAR dah 4 kali jatuh tau tak?
Jatuh kat tempat wuduk sekali, jatuh dalam bilik air 2 kali, jatuh kat tempat laundry sekali, ada satu kali lagi dia jatuh aku lupa kat mana.
Kita ni punyalah nak menjaga dia jangan sampai jatuh, tapi dia asyiklah jatuh.
Masalahnya kat rumah tak jatuh, boleh pulak kat sekolah asyik jatuh.
Hanginlah aku, kan.

Sampai je rumah, tengahari tu bawa dia pi mengurut.
Mula-mula En Wan nak bawa pi klinik.
Aku cakap buat apa nak pegi lagi.
Semalam dia dah ke hospital dah pun.
Siap buat x-ray bagai. Tulang is ok.
Now tak payah lagi nak ke fisio, atau chiroc, atau doktor. Tulang is fine.
Now pegi urut saja sebab maybe ada salah urat.

Aku tak pegi teman dia mengurut. En Wan je pergi.
Balik dari mengurut En Wan terus pi klinik.
Dia kata nak mintak doktor bagi inject kalau-kalau boleh legakan cepat sakit tu.

Balik klinik En Wan cerita.
Dia kata tukang urut tu urut Rayyan 3 kali, dengan 3 minyak berbeza.
Kali pertama dia urut kat pinggul sampai paha.
Paha dah lega, tapi pinggul masih tegang.
Dia tukar minyak. Tegang lagi.
Dia tukar minyak ketiga. Still tegang.
Lepas tu dia cakap, dia tak boleh urut dah ni, sebab dah 3 kali urut.
Dia suggest pegi klinik jumpa doktor kot-kot doktor boleh bagi injection.
Kemudian dia suggest pergi bawa Rayyan jumpa ustaz.
Mungkin ada benda mengikut.

Ahhh sudah. Aku mulalah seriau ni.
Terus teringat kes En Wan dulu.
Dulu En Wan pernah kena keteguran.
Masa tu pi menghantar Ima kawen, bertandang ke rumah belah Azrul.
Kitorang park kat satu perkarangan surau.
Tak tahu yang itu surau tinggal.
En Wan pula dah nak terkencing sangat, pegi tumpang kencing kat tandas surau.
Esoknya, kaki dia sakit.
Terhencot-hencot berjalan.
Tapi masih pergi kerja lagi.
Lusanya, terus takleh angkat kaki.
Jalan sambil seret sebelah kaki.
Bila pergi berubat, hah kauu, pakcik tu kata 18 ekor bersenggayut kat kaki dia.
Patutlah sampai berseret jalan.

Bila tukang urut tu cakap gitu, aku kata kat En Wan, takpelah.
Dah alang-alang Rayyan ada ni, apa kata kita cubalah suggestion tukang urut tu.
Lagipun kita dah jumpa doktor, x-ray pun dah buat, berurut pun dah.
Aku pun whatsapp Mak Aji, minta pak Pak Aji buat appointment dengan member surau dia yang pandai berubat benda-benda macam ni.
Jumaat lepas, kitorang balik Bangi untuk berubat Rayyan.

Aku takde sangkaan apa-apa pada mulanya sebab kitorang semua sihat, Rayyan pun ok je.
Cuma kaki je la sakit.
Haji Din tu masuk rumah Mak Aji, duduk kat sofa.
Mak Aji nak tutup daun pintu, dia tak kasi.
Dia cakap biar terbukak.
Ahhh sudahh.
Mesti Haji Din ni dah rasa ada benda lain dalam rumah ni.
Sekali betul kauuuuuu.
Memang ada benda melekat kat Rayyan ni 😭😭😭.
Haji Din tu picit tepi telinga Rayyan.
Aku dengar dia cakap "Dahlah tu. Budak ni nak belajar. Keluar je lah. Toksah duduk lama-lama".

Aku macam nak meraung kat tepi.
Dah menjejes-jejes airmata aku.
Tapi Rayyan tak apa-apa. Dia normal je.
Msa Haji Din tu picit tepi telinga dia, Rayyan tak rasa sakit lansung!
Haji Din kata, kalau dalam keadaan normal, akan rasa sakit dan silap-silap boleh kebas.
Tapi Rayyan sampai ke sudah tak rasa sakit.
Punyalah degilnya benda tu.
Dengan aku, dengan En Wan, dengan mok sekali semua kena berubat.
Dipendekkan cerita, Haji Din minta kitorang hantar saja Rayyan balik ke sekolah macam biasa.
Dia kata tengok keadaan Rayyan selepas balik ni, ada tak dia sakit-sakit.

Sabtu lepas kitorang ke Ipoh semula untuk hantar Rayyan balik.
Ahad, kitorang balik semula ke sini.
Isnin. Selasa. Today Rabu.
Tiga hari ni takde dia mengeluh bagitau sakit atau apa-apa lagi.
Ni pun tadi ok je sembang dengan aku kat telegram minta aku ajar dia buat homework.


Nampak macam dia sihat and busy siapkan homework waktu prep.
Aku harap keadaan ni berterusan, sebab seriously aku letih nak ulang-ulang balik benda ni.
At the same time aku kesiankan Rayyan, sebab maybe dia pun takut nak bagitau aku everytime jatuh sebab dia taknak aku sangka dia create stories.

Actually kan, hint ni pernah ada orang bagi, cuma aku tak perasan.
Masa dia balik sebelum ni, kitorang bawa dia pi buat fisio macam biasa.
But this time kitorang pergi chiropractor pulak.
3 kali repeat dengan the same chiropractor.
Hari yang last kitorang ke sana, kitorang bagitau yang Rayyan nak balik ke sekolah semula.
Chiro tu pesan "Nanti minta anak amalkan 3 Qul dan ayat kursi. Baca banyak-banyak pun takpe".
Aku ni idoklah bertanya sebab apa.
Perasaan aku maybe ayat-ayat tu ada beri kesan positif pada bahagian yang patah agaknya.

Bila jadi hal gini, baru terfikir balik apa chiro tu pesan.
Biasanya orang yang mengurut boleh rasa benda-benda gini.
Dia nak berterus-terang agaknya segan.
Jadi dia bagi pesanan gitu je.
Agaknya dia nampak and dah rasa something kat Rayyan.

Benda-benda macam ni kita pun tahu memang ada, especially kat sekolah berasrama.
Dari zaman aku pun dah ada gangguan-gangguan macam ni kat boarding school.
Antara kena dengan tak kena je.
So to me, ini bukan masalah yang luar biasa.
Bezanya kali ni, kena kat anak aku.   


Ni tadi dia bertanya soalan sains kat aku.
Nampak ok je tu. Aku tak tanya dia sihat ke tak.
Aku takut nak dengar benda yang aku taknak dengar.
Buat sementara ni aku nak peratikan dulu behaviour dia macamana.
Semalam ada mommy whatsapp bagitau nampak Rayyan ke cafe dengan kawan-kawan.
Malam semalam selepas prep pun dia ada bagitau dia nak pegi minum kat cafe dulu sebelum call aku.
Ni pun nampak macam ok, akan call aku later katanya.

Aku mohon doakan Rayyan, ya.
Cukuplah apa dia tanggung sejak patah Disember lepas lagi.
Kasiklah dia tenang.
Aku sekarang standby je ni.
Harap-harap dia ok.
Kalau keadaan masih tak ok, tarik dia keluar dari sana adalah pilihan terakhir.
Tolong selitkan doa untuk Wan Muhammad Rayyan Akmal lepas baca post ni, ya. Terima kasih.