2023-06-24

18 ekor bersenggayut kat kaki.


Kisah Rayyan berubat tu, ramai pula yang tanya nombor Haji Din.
Ini nombornya - 60133416400 Haji Shamsudin.

Ada juga yang berminat nak tahu kisah 18 ekor bersenggayut kat kaki En Wan.
Korang memang suka cerita seram, eh?

Kisah tu terjadi masa Ima kawen.
That was, bila ntah. Aku dah lupa tahun bila.
Jannah pun dah 14 tahun.
Lebih kurang 15 tahun lepaslah kot.

Masa tu majlis bertandang ke Senggarang (rumah Azrul).
Kitorang gerak 2 kereta dari KL.
Lagi satu kereta dari Muar (adik Pak Aji).
Sementara nak tunggu adik Pak Aji sampai, kitorang park kat perkarangan surau.
Surau tu nampak macam function.
Kitorang tak tahu yang rupanya itu surau tinggal.
En Wan nak terkencing, masuk tandas surau.
Ok je, air semua ada.
Dah habis majlis, kitorang pun balik.

Ok je takde apa-apa yang pelik.
En Wan pun elok je drive from Senggarang ke Putra Heights.
Esok pagi, En Wan cakap kaki kanan dia rasa sengal.
Tapi tak syak apa-apa.
Dia cakap maybe drive semalam, jauh. Penat agaknya.
Balik dari ofis (masa tu dia kerja kilang), dia mengadu kaki sakit sangat.
Dah lah kat kilang dia kena banyak berdiri untuk handle mesin apa semua.
Dia minta aku urut.
Masa urut tu nampak kat peha ada lebam besar.
Aku cakap agaknya ada terlanggar apa-apa dia tak perasan.
Pegi klinik, dapat ubat. Still tak berubah.

Esoknya lansung takaleh angkat kaki.
Nak jalan berseret.
Aku call Pak Aji minta bawa jumpa Pak Hassan (arwah).
Pak Hassan ni pegawai kat opis Pak Aji juga.
Tapi masa tu dia dah pencen.
Rumah dia kat Shah Alam.
Masa kitorang sampai kat rumah, dia tengah siram pokok.
Dia nampak kitorang masuk perkarangan rumah (kat gate), dia pandang Pak Aji and cakap "Apa benda yang kau bawak ke rumah aku ni?".
Masa tu dia hanya berkain dan tak berbaju.
Dia tunjuk bulu roma dia satu badan meremang serta-merta masa kitorang sampai, petanda ada sesuatu yang kitorang bawa sekali.

Dia tengok kaki En Wan kejap je.
Terus dia bagitau "18 ekor bersenggayut kat kaki kau ni".
Allah. 18 ekor kau!
Macamana nak tak berat kaki tu sampai berseret.
Dia bagi serbuk yang dah dibaca, and tepekkan serbuk ke kaki En Wan.
Esok terus baik. Alhamdulillah.

Benda-benda macam ni kita malas nak percaya.
Tapi kalau ke doktor pun dah, ke hospital pun dah, eloklah ikhtiar lain.
Sebab tu kitorang ikhtiar jumpa Haji Din untuk kes Rayyan hari tu.
Penat dah rasanya berulang-alik jumpa doktor, jumpa fisio, jumpa chiro.
Last resort jumpalah pakcik yang reti hal-hal gini.
Alhamdulillah, sejak Rayyan balik ke sekolah kali ni (selepas berubat), takde dah dia mengadu pasal kaki.
Kaki masih lagi terhencot, tapi dah takde rasa sakit.
Dia pun tak mengadu hal sakit lagi.

Sepanjang Isnin-Rabu baru-baru ni, dia nampak lebih ok.
Buat homework sama-sama dengan aku (via telegram).
Call pun dah takde berita yang menyeramkan, contohnya mengadu jatuh.
Isnin hingga Rabu hari tu dia call 1 kali je, itupun cakap "Ma, fon adik takleh detect sim. Sebab tu adik call guna public phone. Adik on the way nak pi cafe".

Sebelum ni, kalau dia call je aku seram.
Seram kot dengar dia mengadu kaki terpeleot ke, kaki jatuh ke, etc.
Alhamdulillah, setakat ni masalah kaki tu macam dah takde.
Cuma Khamis lepas dia demam.
Aku tunggu dia jawab telegram aku, dari pagi sampai 10.30 am takde jawapan.
Nak dekat pukul 12 dia reply telegram bagitau dia ke klinik.
Demam 38.2°C. Dapat MC 2 hari.
Dah alang-alang 2 hari, terus aku minta izin kat PKHEM nak bawa Rayyan balik. Dapat.

Hari ni demam dah baik, tapi batuk masih ada. Selsema pun.
Takpe, esok ada 1 day lagi rest sebelum hantar balik.
Kalau tak settle juga batuk kau, kita pikir macamana nak buat.
Takut juga nak hantar balik kalau tak sihat, karang menjangkit kat anak orang.

Ok berbalik pada kisah En Wan.
Apa yang berlaku kat En Wan tu adalah satu contoh bahawa tak semua benda yang melekat kat kita, akan buatkan kita dirasuk.
Hari tu aku cerita pasal Rayyan, ada yang tanya "ada keluar suara pelik-pelik tak?".
Takde, sayang. Takde.
Like I said, Rayyan ok.
Dia tak menunjukkan perangai pelik, atau suara pelik.
Dia cuma kerap jatuh.
That's why aku teringat kes En Wan.
Kaki berat rupanya ada yang menumpang.
Aku syak maybe Rayyan macam tu, that's why kerap jatuh.
Tak semestinya ada benda melekat, kita dirasuk. Tak.

Aku pernah tengok orang dirasuk macamana.
Perangai jadi pelik.
Kita lalu sebelah dia pun bulu roma meremang.

Masa aku matrik final year, ada sorang junior dari Sabah, housemate kitorang, kena rasuk.
Aku tak tahu menagu dia ni kena rasuk sebab aku duduk bilik bawah.
Aku memang malas ambik tahu hal orang.
Ada 8 orang duduk tingkat atas, aku yang kat bawah tak tahu dorang semua dah berhari-hari ketakutan ada housemate kena rasuk.
Tiba-tiba je dengar suara budak-budak ni menjerit turun tangga.

Dipendekkan cerita, teruk juga junior tu kena.
Dia pernah berpusing-pusing macam hantu cina berpusing, kaki tak cecah lantai.
Dia solat, berkiblatkan tandas.
Dia tahiyat, naikkan jari kelingking.
Tetiap petang petik bunga satu baldi and tabur kat katil sebelum tidur.
Pernah makan berbungkus-bungkus nasi sekali hadap.
Part paling seram sekali, masa ramai-ramai buat bacaan Yasin dalam rumah kitorang, tiba-tiba angin masuk padahal tingkap semua tertutup.
Bila van kolej bawa dia ke hospital (sebab pengetua tak percaya mistik), driver patah balik sebab on the way ke hospital dia nampak melalui side mirror, ada lembaga putih terbang ikut sekali. 
Kau rasa??

Masa 1st year matrik, aku tengah study dalam bilik.
Study atas katil.
Telinga sumbat earfon, sambil dengar rock kapak.
Entah macamana aku pusing mengadap pintu bilik yang sengaja aku buka.
Elok je aku tengah tengok pintu, nampak hantu pakai serba putih melintas slow-mo masuk ke arah bilik kawan aku.
Dia punya slow-mo tu macam sengaja nak aku perati dia.v Cuma dia tak tolehlah.
Yang aku pulak boleh diam, pandangggg ke bendalah tu bergerak.
Maybe aku tengah layan rock kapak, jadi aura seram tu kurang.
Tak terpikir nak menjerit pun.
Lepas lembaga tu hilang, aku masih lagi pandang ke arah pintu, macam blur.
Tak terfikir nak lari keluar bilik.
Aku terus sambung study.
Sampai sekarang bila pikir balik, memang zaman muda aku kental sangat ke camana?

Lagi satu, masa aku 2nd year.
Masa tu aku dapat duduk kampus.
Geng-geng setetek semua kena duduk menyewa kat luar.
Malam tu aku call En Wan kat Jepun, guna public fon kat blok sebelah.
Aku call lewat sebab En Wan buat part time malam.
Masa aku call, takde orang dah kat public fon tu.
Tapi tak rasa seram sebab masih banyak lampu bilik menyala.
Biasalah budak U mana reti tido awal.

Phone tu letaknya dalam blok, di tengah-tengah laluan ke bilik student.
Sebab tu aku tak rasa seram sebab phone tu dekat je dengan bilik-bilik student.
Tengah-tengah bercakap, tiba-tiba muncul cik ponti berdiri kat laluan tu, tapi hujunggggg sebelah sana.
Menatang tu tengah berdiri sambil pandang ke depan.
Tak tahulah dia tengah pandang aku ke tak.
Yang aku punyalah nak teruskan bercakap dengan En Wan, rela aku bercakap sambil pandang menatang tu.
Nasib baik dia jauh, tak nampak sangatlah muka dia.
Sambil cakap, sambil pandang arah dia.
Bukan apa, saja nak pastikan dia tak bergerak.
Kalau dia dah start gerak ke arah aku, barulah aku cabut. Hahahaha.
Gila betul kuasa cinta. Taknak letak gagang tu!
Sekarang nak turun ke dapur pun minta orang teman.

Khamis baru-baru ni balik dari ambil Rayyan dah pukul 9 malam sampai rumah.
Nak mandi, takut. Padahal baru pukul 9. Bilik air dalam bilik tido sendiri pulak tu.

"Bang, Di nak mandi. Tapi Di buka pintu. Abang jangan tengok tau".

En Wan balas "Biarlah orang nak tengok. Dah la bukak pintu, tak kasi orang tengok pulak".
Mbahahahaha.