2023-03-20

Bila orang yang rapat menjadi joy killer.


Pernahkah tak berada dalam situasi where you achieved something great, tapi orang terdekat bagi respon yang bersifat joy killer?
Benda yang paling frustrating adalah bila kita share achievement or success story, disambut dengan respond yang sangat negatif.
Kalau random people bagi pandangan negatif, we can say that is normal.
Tapi kalau respond negatif tu datang dari someone yang kita kenal, dan rapat, entahlah.
Macam tak sepatutnya berlaku macam tu.
Real friends should always support and encourage each other.
But again, mesti ada sebab kenapa ia berlaku, kan?

I cannot think other than, jealous.
Perasaan jealous tu wajar bila someone you know does something extraordinary,
However kita boleh control cara kita merespond balik.
Memanglah sakit hati bila dia bagi respond negatif, tapi tak berbaloi rasanya nak putus kawan, atau putus sedara dek kerana respond yang bersifat negatif tadi.
So what you can do?
Jarakkan diri buat sementara waktu. Bagi dia bertenang dulu.
Jealous adalah sejenis penyakit, jadi sementara penyakit tu tengah heavy, kau bawa diri dulu.
Nanti dah surut, boleh buat geng semula.

Aku ada buat video untuk explain respond aku pada issue ni.
Jemput layan kejap 5-6 minit.
 



Dalam situasi di mana kecemerlangan akademik is highly valued, pandangan dari someone yang tidak cemerlang sometimes buatkan kita tak selesa.
Orang-orang ni dulunya may not necessarily be poor students, but their academic performance may not be at par with excellent students.
Dah tua, jadi joy killer.
Always bagi pandangan yang cliche - "tak score pun tak apa, ramai yang berjaya juga akhirnya".

Ya, betul. Ramai yang berjaya.
Kita semua pun berjaya dah ni.
Tapi, berjaya kerana apa.
Berjaya di usia berapa.
Apa laluan yang dah kita lalui untuk berjaya.
Adakah sekelip mata.
Semua ni nak kena jelaskan.

Berjaya tu scope-nya terlalu besar.
Untuk budak-budak sekolah, dah tentulah berjaya yang dimaksudkan adalah kecemerlangan akademik.
It is so frustrating bila orang cakap "Tak cemerlang pun boleh berjaya".
Ya, memang boleh.
Tak habis sekolah pun boleh berjaya, tapi laluannya jangan lupa cerita juga.
Susah-payah tu ceritakan sama.
Setakat cerita yang senang je, aku pun boleh cerita.

Most boarding school melahirkan student cemerlang bukan hanya kerana murid tu tekun tapi dibantu dengan persekitaran tempat mereka tinggal.
Environment dalam tu lebih condusive untuk student belajar.
Mereka berada dalam kelompok yang pace-nya sama, goal-nya pun sama.
Di sekolah harian ada budak-budak cemerlang, tak dinafikan.
Contoh paling senang, En Wan.
Hanya bersekolah harian di kampung.
Bukan kat bandar Kuala Terengganu tau, tapi kat Kubang Lembik. Sekolah kampung.
Lepas SPM, fly. Scholarship JPA.
En Wan adalah living proof bersekolah di sekolah harian boleh berjaya.
Tapi, tengok pula apa usahanya.
Mak bapak kaya, mampu provide tusyen siang malam.
Buku rujukan melambak sampai tak habis buat.
Hidupnya kat rumah hanya fokus belajar.
Rutin di rumah sama macam rutin kat asrama.
Ada waktu sekolah, ada waktu belajar petang, ada waktu belajar malam.
Hidupnya berjadual.
Berapa ramai yang boleh set disiplin macam ni at home? Aku tak boleh.

Sebab itulah permohonan ke MRSM sampai 70K.
Permohonan ke SBP sampai 90K.
Permohonan ke program luar negara sampai 14K.
Belum lagi yang memohon ke IPTA. Tersangat ramai.

Parents yang mahu anak boarding school bukan nak berbangga-bangga, tetapi nak anak dapatkan peluang belajar dalam suasana condusive.
Kalau anaknya berjaya, dapat peluang dapat tajaan ke luar negara pula. Again, untuk anak.
Bukan untuk parents.
Memanglah belajar benda yang sama sebab syllabus pun sama.
Nak homeschool di rumah pun boleh kalau pakai syllabus sama.
But the question is, how far you want to go untuk support anak-anak you?
Adakah you parents yang provide class for them?
You ada masa untuk teach and guide them?
You mampu hire tutor?
You support dengan buku-buku yang bagus?
You follow rapat their homework and academic progress?  
You willing to spend enrol them to skill classes?

Ada sebab kenapa paragraph atas ni aku boldkan.
Itu adalah ayat En Wan untuk aku sebenarnya.
Masa Redza menangis nak keluar dari Langkawi sebab homesick, aku laju je nak keluarkan Redza dari situ.
Lantas En Wan tembak aku dengan point-point tadi.
Aku fikir-fikir balik, yes, aku tak mampu nak follow rapat macam tu.

Yang aku pelik, yang suka bercakap "Tak pandai pun boleh berjaya", dulu kat sekolah tak cemerlang pun.
Tapi anak dia tetap dia hantar gi sambung belajar.
Takde pulak dia bior anak dia cati kerja lepas SPM.
You know why?
Because dia sebenarnya tahu kecemerlangan akademik membawa kepada peluang dan pilihan yang lebih besar.   
Dia berjaya pun setelah sedar hakikat itu.
SPM, result tak bagus. Apply sana sini tak dapat.
Last-last masuk mana-mana asal boleh sambung belajar.
Di sana, dia mula pulun study sampai cemerlang.
Dan dari situlah dia mula berjaya.
Betul kan apa aku cakap ni?

TAK ADA parents yang nak anaknya lalui kepayahan dan jalan hidup yang mereka pernah lalui, sebab itulah senyap-senyap kau hantar anak sambung belajar juga.
Mana-mana mak bapak mesti cari jalan untuk anaknya lebih cemerlang dari dia.
Mak bapak yang tak pernah ke universiti macam mak bapak aku, encourage anak-anaknya belajar sampai uni.
Mak bapak yang sekolah harian, pasti usaha nak anak ke boarding school.
Mak bapak yang graduate local, pasti encourage anak-anaknya ke overseas.
Benda ni normal.
So jangan buat teruk bila orang lain nak anaknya dapat pendidikan terbaik.

Dari zaman aku sekolah dulu, those yang not academically excellent always feel threatened by those who are.
Tengok je la masa zaman UPSR dulu.
Berapa ramai yang bitter bila anak-anak straight As diraikan.
Budak tu dapat recognition, marah.
Budak tu dapat admiration, salah.
Almost all opportunities yang excellent students receive, leading to a negative attitude towards them.
Tapi tak mengaku jealous.
Abis kalau tak jealous, apa benda hanat??

Parents yang feel threatened bila anak orang lain berjaya, sebenarnya takut orang kata skill parenting dia gagal.
Ketakutan ini yang drive them to lash out at other parents.
They bring down emosi orang berjaya to make themselves feel better.
Tu yang kau nampak orang komen "Takpelah tak score pun, janji solat tak tinggal".
Kira last resortlah tu. Ujung-ujung menonggeng agama.