2023-03-18

Kalau kita mampu untuk break this cycle, buat!


Bukan semua orang dalam hidup kita bagi pengalaman yang best.
This is a reality we all come to realize sooner or later.
Kadang-kadang, kita jumpa dengan orang yang bring out the worst dalam diri, yang buatkan life kita miserable.
At other times, kita berdepan pula dengan orang yang always mencabar kesabaran.
Dengan semua pengalaman ini kita pilih sama ada mahu menjadi, atau elakkan menjadi seperti orang tu.

Kenangan masa kecil/sekolah aku was not so pleasant.
Merasalah juga orang tak pandang sebelah mata sebab mak bapak tak kaya.
Merasa kena ejek kulit hitam, pakai basikal buruk.
Tak cukup basikal, kereta bapak aku pun kena ejek.
Tak cukup dengan tu, nama bapak aku pun dia ejek sekali.
Pelik betul perangai.
Padahal aku tak kaya. Takde yang branded pun barang-barang aku. 
Semua buruk dan simple. 
Tapi tu lah, agaknya dia pun tak kaya, rendah diri.
Nak jadi kaya macam si anu, tak berdaya.
Maka dia ejek aku supaya nampaklah dia kaya sikit.

To some kids, membesar dengan persekitaran macam ni boleh bagi impact kat personality, habit and cara pandang/berfikir.
Selalunya, environment macam ni akan bagi pengaruh yang tak baik.
Boleh nampak contoh-contoh macam ni. Banyak.
Kat drama and filem banyak tunjuk impak environment pada diri seseorang.
I am one of many yang beruntung, diberikan determination to not to be like them.
Kau ejek aku, aku takkan balas.
Kau kutuk, aku takkan balas.
Reasonnya mudah, aku taknak allow orang-orang macam ni dapat sebarang perhatian dari aku. Forever.
Sebab aku tak nak terpengaruh dengan attitude macam ni.

Itu orang luar.
Yang dalam rumah pun, apa yang aku tak suka, aku berazam untuk taknak follow.
Contoh, sebat and rotan.
Mak-mak dulu kuat menyebat, aku berazam tak mahu sebat anak-anak aku.
Banyak benda lain aku boleh buat untuk didik dorang selain dari menyebat.
Sakit tau tak kena sebat.
Sebab tu rotan tak pernah ada dalam rumah aku.

Dulu masa kecil, aku tak tahu pun rupanya ROTAN adalah sejenis pokok, until cikgu explain pasal pokok rotan dalam kelas.
Aku macam ..."Huh? Pokok rotan?".
Dalam kepala aku rotan adalah batang bulu ayam yang digunakan untuk menyebat aku dan Ima. Hahahaha.
Berbeza dengan anak-anak aku, dorang tak pernah tahu wujudnya bulu ayam sebab benda tu tak pernah ada dalam rumah.
Dorang kenal pokok rotan lebih awal dari batang rotan.
Aku rasa itu antara achievement aku yang aku proud sebab berjaya break the cycle culture membelasah anak dengan rotan/hanger/talipinggang/pemukul lalat.

Tak, ini bukan melepaskan marah atau dendam pada Mak Aji.
Mak-mak dulu memang style-nya gitu.
Tapi, berapa orang yang mahu break the cycle?
Bak kata pepatah Bill Gates, "Born poor is not your fault, but if you die poor that is your fault".
Maksudnya, kena ada someone yang break the cycle of poverty, iaitu kita.
Dalam kes toxic environment ni macam tu jugalah, kena ada orang yang break the cycle.
Aku tak mampu nak buat orang berhenti ejek kulit aku hitam sebab that is a gift from Allah yang aku tak boleh pilih.
Tapi aku boleh pilih untuk tidak inherit perangai mengejek tu.
Jadi, pilihlah untuk senyap dan jalan terus.
Jangan bagi peluang orang-orang tu dapat attention kita.

Aku sempat merasa rendah bila diejek berterusan.
Lama-lama aku jadi percaya kulit hitam tak cantik sampai bila-bila.
Bila dalam kepala dah di-ingrained dengan kepercayaan tu, aku jadi cenderung untuk tak bersiap.
Apa yang ada je lah.
Muka berkerak pun berkeraklah sebab selagi aku tak putih, selamanya takkan cantik.
Thats's how big impact ejekan orang.
Lama-lama aku sedar yang bukan warna kulit aku menjadi masalah, but they hate something yang aku ada yang dia takde.

Cuba kau pikir, kalau aku hitam dan buruk bagai dikata, patutnya dia tak endahkan aku, betul tak?
Tapi kenapa orang-orang macam ni triggered setiap kali nampak aku, padahal kenal pun tak. Why?
Because dorang pun hitam sebenarnya. Malah lebih buruk lagi!
Dek nak alihkan buruk dorang tu, terpaksalah jadikan aku mangsa.
Kesian sebenarnya dengan budak-budak gitu.
Entah apalah troma yang dorang lalui kat rumah sampaikan throw hatred kat orang yang dia tak kenal demi nak mengecapi bahagia. Heh.

Redza born kulit tak secerah Rayyan.
Sekali pun aku tak pernah mention apa-apa pasal kulit dia.
Pulak tu dia kan gemuk masa sekolah rendah.
Never keluar dari mulut aku Redza hitam, atau Redza gemuk. Nope.
Kalau dia kena ejek, itu dari kawan-kawan atau orang luar.
Bukan dalam rumah. Bukan dari mak bapaknya.
Aku mudah menangis tengok budak-budak kena ejek, atau kena abuse, atau kena double standard.
Kalau happen depan mata aku, mau agaknya aku tengking balik orang tua yang buat gitu.
Jadi, benda tu aku takkan buat kat anak-anak aku.

Membesar dengan orang toksik, terutamanya ibu bapa toksik, kesannya mendalam, ya.
Bila anak-anak constantly exposed to toxic behaviors, they may start to internalize these traits and carry them.
Ini yang kita taknak.
So kalau kita mampu untuk break this cycle, buat!
Aku kalau marah anak, marah mulut je.
Itupun agaknya jiran aku seram dah.
Terasa dengan dorang dorang sekali kena marah.
Aku tak mahu belasah.
Paling-paling aku piat telinga.
I just don't want these boys to feel that beating is normal.
Takut kalau dia terikut-ikut membelasah anak bini esok. Nauzubillah.

Toxic environment can shape a person's entire life.
Energy yang negatif tu boleh tinggal parut yang dalam.
Bukan semua orang kuat, ya.
Hari tu nampak kat IG sorang perempuan ni buat rawatan hypnosis, takut aku.
Dalam pada pejam mata tak sedar tu dia boleh menangis "Taknak, jangan..sakit...".
Dah besar wei perempuan.
Apalah agaknya troma masa kecil.
Mesti membesar dalam suasana toksik.

Emotional scars may take years to heal.
Bukan semua orang strong.
Kalau dapat yang tak kuat, memang habislah masa depan.
Kalau dapat yang jenis kuat, dia akan break the cycle.
That's why aku cakap mental health is expensive.
Apa yang boleh buatkan aku serabut, aku buang jauh.
It's either you change or I back off.