2023-01-18

HIBAH LESTARI - Hibah untuk orang sakit


Memandangkan ramai yang DM aku tanya pasal Hibah Lestari yang aku share posternya minggu lepas, sis cuba untuk explain.
Aku dah minta whatsapp En Wan terus tapi ada yang kata segan nak whatsapp.
Halah halahhhh, nak segan apanya. Whatsapp je pun 😁.
Tapi takpe, aku tulis. Dengan syarat, baca tau.
Mula-mula aku share balik poster HIBAH LESTARI.

Hibah Lestari ni bukan hibah biasa.
Hibah Lestari adalah hibah untuk orang sakit.
Again, aku repeat -- HIBAH UNTUK ORANG SAKIT.

Untuk pengetahuan, selama ni orang yang ada sakit tidak diluluskan untuk apply hibah kerana orang yang sakit lebih berisiko dengan kematian awal.
Tak fair untuk orang yang sakit especially yang dah tahu dia akan pergi dalam beberapa bulan/tahun apply hibah beratus ribu.
Tak sempat bayar 3 bulan, dah meninggal. Rugilah pihak takaful.
Jadi, selama ni yang sakit memang tak dapat apply hibah.

Bulan November tahun lepas, buat pertama kalinya Prudential buka peluang untuk orang sakit apply hibah yang CONFIRM LULUS TANPA PERLU MEDICAL CHECK UP.
Again aku repeat, hibah ini 100% LULUS TANPA PERLU BUAT MEDICAL CHECKUP.
Bermakna, kau apply je, automatic lulus. Seronok tak?
Dah tentulah seronok. Lebih-lebih lagi kalau kau breadwinner, sakit pulak tu.
Dah tentu ada sedikit kerisauan tentang waris yang ditinggal sekiranya meninggal nanti.

"Takkan buta-buta je Prudential luluskan orang sakit buat hibah?"

Ya, memang ada syarat.
Tapi bukan syarat dari sudut teknikal.
Syaratnya adalah, Hibah Lestari ada tempoh matang.
Kalau hibah yang normal (untuk orang sihat), the moment kau apply, hibah tu terus aktif.
Ditakdirkan bulan depan meninggal, waris terus dapat hibah walaupun si mati baru bayar caruman sebulan.
Berbeza dengan Hibah Lestari, ada tempoh matang 3 tahun.
Maknanya pencarum mesti bayar caruman 3 tahun baru hibah itu aktif.
Ditakdirkan tahun keempat meninggal, waris akan dapat hibahnya.

"What if meninggal sebelum tempoh matang?"

Prudential akan pulangkan semua caruman yang telah dibuat.
Kalau caruman dah dibuat selama 24 bulan, kesemua nilai caruman 24 bulan dipulangkan kepada waris. You tak rugi apa-apa.

Yang kedua, untuk Hibah Lestari, ada kenaikan caruman setiap 5 tahun.
Berbeza dengan hibah standard untuk orang sihat, tiada kenaikan caruman.
Kalau umur 25 kau bayar RM100 sebulan, sampai umur 65 tahunlah kau bayar RM100 sebulan, walaupun pada umur 40 kau dah ada penyakit.
Tidak ada kenaikan.

"Kenapa Hibah Lestari ada kenaikan?"

Kerana ini adalah hibah untuk orang berisiko.
Macam medical card juga, akan ada kenaikan setiap beberapa tahun.
This is normal kerana anda ada penyakit.
Orang berpenyakit ada risiko yang lebih, sebab itu carumannya ada kenaikan setiap 5 tahun.

That's why yang nak apply Hibah Lestari dengan En Wan, En Wan selalu tanya "Berapa budget encik nak bayar setiap bulan?"

Kalau client kata RM300 sebulan, En Wan takkan bagi terus harga hibah untuk caruman RM300 sebulan kerana caruman untuk Hibah Lestari akan meningkat setiap 5 tahun.
Kalau awal-awal dah start bayar RM300, lagi 5 tahun dah naik. Takut lari budget.
Jadi, RM300 sebulan tu En Wan dah calculate sehingga penghujung hibah.
Maknanya awal-awal ni maybe caruman sekitar RM150 sahaja.

En Wan cerita ada client nak caruman RM300 sebulan.
Bila En Wan calculate-calculate dia hanya perlu bayar RM120 je awal-awal ni.
The client taknak sebab total hibah sikit sangat.
Bila En Wan bagi dia terus yang RM300 sebulan, dia kata tak mampu pulak (sebab kenaikan setiap 5 tahun tu buatkan caruman bertambah hingga RM500 lebih).

Macam ni, ya.
En Wan always offer you caruman yang lebih rendah dari your budget, bukan kerana takut you tak mampu tetapi supaya you tak terkejut bila ada kenaikan nanti.
Aku faham, masing-masing nak bagi hibah yang maksimum (RM250K) kepada waris.
Bukan tak boleh. Kalau ada budget, apa salahnya.
Tapi kalau tak ada budget, kan lebih baik ambil yang rendah asalkan ada juga sesuatu untuk dihadiahkan pada waris?

Apa lagi Hibah Lestari offers you?

◽ Hibah Lestari ada khairat kematian sebanyak RM3000.
◽ Ada gandaan. Kalau mati accident, waris dapat nilai hibah double.
◽ Tak ada medical checkup. Terus lulus.

Yang BMI tinggi due to overweight and obese, selalunya medical card reject, kan?
Ok jangan risau bab hibah, dorang takkan reject. Boleh apply.

Maksimum hibah untuk Hibah Lestari adalah RM250K.
Kalau hibah yang normal, boleh sampai RM4 juta.
Tapi selalunya, orang sihat liat nak buat hibah sebab dia rasa takde urgency kerana dia tak sakit.
Sihat lagi katanya.
Bak kata En Wan boleh nampak beza orang sakit dengan orang sihat.
Dari sudut application hibah, orang sakit nampak lebih berlumba-lumba.
Maybe kerana dia tahu dia berisiko, masa agak suntuk. Tak nak tangguh-tangguh lagi.
Lagipun Prudential tak buka Hibah Lestari sepanjang tahun.
Mula-mula dia bukan November lepas. Sebulan je, lepas tu tutup.
Agaknya sambutan luar jangkaan, dia buka lagi bulan ni, tapi untuk 2 bulan saja.
Yang mana tak sempat grab dengan En Wan November lepas, dah pun apply minggu lepas lagi masa aku naikkan poster. Tahniah.

Korang yang masih sihat, ketepikan sikit budget untuk hibah.
Sementara masih sihat, premiumnya tak tinggi. Apatah lagi kalau masih muda.
Tambahan pula premium fix sehingga usia tua.
Kalau start sekarang RM100, sampai ke tualah RM100 saja.
Jangan berlengah sebab sakit boleh datang bila-bila.
Bila dah sakit, hibah normal dah tentu tak boleh apply dah. Kena apply Hibah Lestari saja.
Medical card dah tentu-tentu jadi tinggi premiumnya.
Itu pun kalau lulus. Kalau tak lulus, dah lain ceritanya pulak.

Cuma aku nak ingatkan lagi sekali -- hibah BUKAN investment untuk diri sendiri.
Ada yang tanya aku "Kak, kalau selepas 10 tahun saya tak mati, boleh dapat balik tak duit tu?"

Kenapa nak dapatkan balik duit tu.
Bukan ke hibah memang bukan untuk kita tetapi untuk waris?
Maybe ramai yang masih keliru dengan hibah.

Look. Hibah bukan investment.
Kalau nak investment, pi simpan kat ASB. Bila-bila boleh ambil balik duit.
Tapi hibah ni hadiah untuk kita bagi pada waris setelah KITA MATI.
Maknanya, selagi tak mati, duit tu takkan keluar.
Kalau duit tu keluar, maknanya kita dah mati.
In other words, putar mana-mana pun duit tu takkan dapat kat kita.
Melainkan kalau nak surender hibah, ada surrender value yang kita akan dapat.
Yang ni kena tanya En Wan macamana dia calculate surrender value.
Whatsapp En Wan di SINI.