2022-10-29

Kisah cinta yang semua orang suka.


FB post aku pagi ni.
Cerita ni kalau fiksyen, nampak macam biasa-biasa je.
Tapi disebabkan ini cerita benar, dan abang tu menyahut kat ruangan komen - terus cerita ni jadi syok.
Ada satu komen tu cakap "Hensem kak abang tu. Patutlah kawan akak tak percaya cerita akak".

😭😭😭😭

Begitulah nasib bila muka tak berapa nak mendonia. 
Kita cakap cerita betul pun orang kata kita tipu. 
Tapi jangankan kata kawan-kawan, aku sendiri pun tak percaya abang tu yang tolong.
Abang paling famous at skool pulak tu.
Begitulah, pertolongan Allah datang dalam pelbagai cara.
Di kala ramai wanita bersiap cantik ke sekolah supaya noticeable, aku hanya bermodalkan rantai beskal tertanggal je. Hahahaha.

Kita semua memang suka cerita-cerita gini, kan?
Ala-ala drama pukul 7 - CEO muda, bergaya, baik, ada rupa --- tapi dalam kisah aku this CEO ni taken, ya.
Sila kembali ke tempat duduk masing-masing.

Truth is kita (wanita) semua mesti pernah wish women wish they were Cinderella in a fairy tale, betul tak?
Jumpa Prince Charming. Sleeping Beauty pun boleh. Snow White pun boleh.
Asal dapat husband yang pakej "Megah Holdings".
Aku tak terkecuali. Walaupun wajah tu kedesaan tapi apa salahnya berangan, khennn.
Bukan orang tahu pun aku berangan nak kawen anak raja.
Cuma tu lah, anak raja tak dapat. Jadi Cinderella kat rumah ej yang aku dapat.
Dapat mop lantai, basuh baju, kemas rumah.
Nak sangat feeling Cinderella, amek kau.

Dari zaman aku remaja sampailah dah ada anak remaja - wanita masih suka cerita love story.
Suka layan kisah cinta yang indah-indah.
Sampai bila-bila pun cerita macam ni valid.
Sebab itulah novel cinta tak pernah tak laku.
Sebabnya mudah. We crave a deep and lasting bond.
Kita mahukan someone yang kita boleh percaya, somene yang boleh melindungi, someone yang boleh diharap, someone yang sayang kita sorang, someone yang boleh jadi tempat bermanja.
To cut it short kita nak that someone buatkan life kita happy.
Kalaupun kita tak dapat semua tu in real life, at least our beloved fictional characters ada semua kriteria tu.
Maka tak hairanlah dalam setiap novel dan drama cinta, hero selalunya digambarkan sebagai hensem, kaya, bijak, baik, penyayang, setia, etc.
Yang penting nama. Nama tu kalau tak rare tak sah. Kalau ada Tengku lagi bagus. 

"Heroin" yang pernah plagiat gambar rumah aku dan curi personaliti aku, kau tahu nama dia apa?
ZARA ZARITH SOFEA kauuu.
Gitu panjang dan indahnya nama beliau.
Siap buat blog tepek SEMUA blog post aku.
Blog post aku dulu jenis huhahuha.
Dia enjoy agaknya baca blog aku dan mahukan personaliti macam tu.
Lalu dia create satu figura dengan nama Zara Zarith Sofea.
Aku tak sure kalau nama penuh dia ada Tengku 🙄.

Dia create satu blog, plagiat post-post aku.
Siap gambar rumah aku pun dia kata rumah dia.
Aku tak sure dia pernah letak gambar muka dia ke tak.
Tak salah aku macam ada, tapi gambar tu pun cilok artis Indon/Filipina (tak ingat negara mana).

Kat blog dia letak chat box.
Dulu kan orang selalu letak chat box kat blog so boleh sembang-sembang dengan author.
Aku tak pernah letak. Malas.
Budak Zara ni letak.
Maka ramailah yang bersembang dengan dia.
Ada yang jatuh cinta siap nak pi merisik dah.
Teruk betul, naya perasaan orang je.
Memang personaliti aku ni mampu menggoyangkan jiwa lelaki ke? [kahkahkah. Matilanakk En Wan baca ni].

Yang inform aku tentang kewujudan budak ni adalah kawan aku.
Dia tanya bagi link and tanya "Ni bukan rumah kau ke?"
Aku masuk blog dia wah wah wahhhh kemain meriah dengan blog post aku.
Konfiden tinggi betul mengaku rumah aku rumah dia.
Ada satu gambar tu kelibat bibik Yani (bibik aku yang pertama).
Dia kata Itu Kak Zu (maid rumah dia). Kahkahkah.
Seram sejuk aku baca. Sebab dah macam saiko betul perangai.
Create watak-watak baru dalam "dunia" dia.

Aku pun apa lagiiiii, aku seru kat blog.
Berjujuk blog readers melawat blog dia.
Tapi blog readers aku baik-baik tau.
Dorang tak hamun.
Antara yang aku ingat dorang tulis kat chat box:

"Hi, bestnya blog awak"

"Mesti awak tak tahu lagi ni kan?"

"Awak ni bestlah, jom jumpa?"


Sopan kan blog reader aku? Takde pun maki-maki. Sarkastik je ada sikit. Hahaha.

Berjujuk-jujuk chat masuk.
Mula-mula dia macam pelik jugak lah.
Aku nampak dia tulis "Ramainya..macamana you all tahu blog i ni?"

Kesian pulak dia terpinga-pinga kat situ.
Mesti dia ingat misi dia nak mendonia tercapai.
Aku tak ingatlah apa jadi lepas tu.
Beberapa orang avid readers blog dia masuk blog aku lepas tu.
Rasanya blog readers aku bagi link.
Some of them jadi friends.
Kesian ada beberapa orang bagitau sorang mamat ni dah cinta habis kat Zara, dah plan nak masuk merisik.
Tapi tak pernah berjumpa depan-depan. Boleh?
Apalah jadi dengan mamat tu. Semoga jumpa yang lebih baik.

Itu bukti bahawa bukan saja perempuan, lelaki pun suka karakter heroin yang sebegitu.
Cuma tak ramai lelaki layan cerita cinta atau baca novel cinta.

Baca novel cinta sebenarnya memberi kita satisfying taste of what we are missing from our life.
Betul, tak tipu.
Masa aku semester 2, praktikal di SIRIM.
Depan SIRIM ada Kompleks PKNS yang banyak jual buku cinta.
Zaman tu Ahadiat Akasyah paling popular.
Aku terjebak dengan novel cinta waktu ni lah.
Orang lain sementara tunggu lab result keluar, buat report. Aku lepak baca novel.
Takpe, lab report kendian boleh buat.

Terjebak betul aku dengan Ahadiat Akasyah.
Masa tu aku baru break dengan exbf.
Tahu je lah kisah cinta aku dengan ex, jauh panggang dari api nak disamakan dengan kisah Cinderella.
Masa pratikal tu pula aku dah kenal dengan En Wan, tapi masih kenal-kenal lagi. Belum bertunang apa pun.
Jadi itulah ketikanya aku dalam dunia imaginasi membayangkan kisah cinta yang too good to be true.
Like aku cakap tadi, kita suka baca novel cinta because apa yang ada dalam novel tak berlaku dalam hidup kita (yet).
Maka layankan sajalah perasaan baca kisah cinta fiksyen sambil berharap manalah tahu kot-kot dapat rasa kisah cinta macam tu in real life.

En Wan selalu cakap aku beruntung jumpa dia sebab dia macam karakter dalam novel cinta.
Hensem, pandai, kaya, bawa kereta sport, setia, baik.
Ya Allahhh bernanah telinga aku dengar.
Ya, aku akui dia ada karakter tu.
Tapi tu lah, bila dia bercakap je, bunyi hawa Tganu dia yang pekat tu terus hilang khayalan indah aku semua 😆.