2021-12-27

23rd Metversarry


23 Disember 2021 genap 23 tahun firt-metversarry aku and En Wan.
Alahhh...yang bawak kepok lekor kat Komuter Bangi tu. Hah, yang tu lah.
Tak boleh tak celebrate tarikh ni.
Ini tarikh penting untuk diingat sampai mati.
Kalau takde tarikh ni, takde la tarikh nikah.
Gitu argument aku every time En Wan kata apesal nak kena celebrate tarikh 23 Disember.

Jarang kitorang celebrate anniversary bawak anak.
Kali ni angkut semua sebab kali ni cuti skolah singkat sangat, 3 weeks.
Kesian Redza kalau terperap je kat rumah.
Sebenarnya Redza lagi suka memerap.
Pintu bilik dia tu kalau nak nampak bertutup 24 jam time dia ada kat rumah je.
Nak tengok pintu tu terkangkang tunggu dia balik Langkawi esok.

Minggu pertama dia balik sempat bawa ke Johor.
En Wan kata kita bawak jelah budak-budak ni ikut kita celebrate.
Bukan celebrate apa pun. Selama ni pun just tido hotel satu malam and dinner. Itu je.
Selalunya anniversary bulan Disember sangat susah nak curi masa untuk monteng sebab waktu ni dah start Y.E.S.
That's why setiap kali celebrate hanya 1 malam saja.

Tahun ni keadaan macam huru-hara sikit sebab banjir, cuaca tak menentu, dengan Covidnya lagi.
Tak berasa nak ke mana-mana pun.
Alih-alih malam 21 Dis, lepas Isyak En Wan kata "Esok tido hotel. Semua ikut. Abang dah book hotel".

Haruskah aku seram?

Wajib.

Nak pulak dia kata "Abang taulah nak book hotel mana".

Aku pasrah.
Tapi kali ni aku agak yakin dia tak pedajal aku sebab kali ni bawak anak-anak.
Konfem dia akan cari yang senonoh sikit.

Siang tu macam biasa masuk ofis sampai tengahari.
Lepas Zohor baru masuk KL. Ya, kat KL je.
Masing-masing tak berani nak bergerak jauh-jauh sejak kes banjir.
Kawasan rumah memang tak kena banjir tapi seramlah jugak, kan.

Lunch kat Ben's, di bangunan yang sama dengan De'Wan.
Plannya nak ke De'Wan lagi tapi kitorang sampai dah 3pm, dah start hi-tea.
Taknak lah hi-tea, lantas masuk Ben's.
Alhamdulillah orang tak ramai, makanan cepat sampai.

Ini makanan Redza. Spageti apa ntah tapi ada soft shell crab.
Macam carbonara tapi pedas-pedas sikit sebab ada cili api.
Tapi Redza kata tak pedas pun.
Maybe tekak dialah yang tak pedas, kalau tekak aku, insyallah berpeluh.
Licin. Maknanya sedap la tu.

En Wan kalau makan spageti always go for Marinara.
Aku tak pernah rasa walaupun dia pelawa jadi aku tak tahu macamana rasanya.
Dia kata macam ada rasa masam-masam sikit.

Yang ni panglima punya. Rayyan sangat picky eater. Paling payah kalau nak ajak makan kat luar.
Kalau bawak dia, toksah berangan nak makan yang gempak-gempak sangatlah. Kena cari cafe yang offer makanan yang dia boleh makan. Kalau takde arah sangat, orderkan MekDi nugget and fries je.
Dia hadap itu tiap-tiap hari pun tak apa. Nasib baik Ben's ada makanan ni - aku tak ingat apa namanya tapi grilled chicken. The gravy tu sedap macam berlemak-lemak sikit.

Yang ni aku. Aku order aglio olio je. Order ni pun sebenarnya ada reason.
Aku takut ayam Rayyan tu tak kena kat tekak dia, jadi aku pilih aglio olio.
Just in case dia nak tukar. Rupanya dia punya ayam habis, aku punya spageti pun dia sapu.
Aglio olio Bens ni buta-buta spageti je tau. Takde rencah haiwan apa-apa dalam tu. Tapi ok je, sedap.

Sebagai ibu yang bijak dan sudah dapat menjangka makanan aku bakal dipaw anak, aku standby order mushroom soup. Datang sekali dengan garlic bread. Nasib ada mushroom soup ni, dapat alas perut.
Ini je makanan yang takde siapa nak tumpang rasa. Dorang ni semua tak reti makan mushroom soup. Selamattttt.

Ini bukti beliau membedal spageti aku.
Mak-mak memang macam ni agaknya, kan.
Padahal dalam kereta berzikir tepi telinga laki "Laparlah..lapar ni..".
Tak memasal Hamba Allah tu kena marah sebab tak makan dulu keluar ofis tadi.
Bila dah sampai Ben's, helokkk je tolak pinggan ke anak.

Rayyan: Ma, itu makanan mama ke? Sedap ke?

Tak sampai hati bila dia tanya gitu.
Aku pun pelawa dia rasa makanan aku.
Terus gone pinggan aku dia tak pulangkan balik. Hahaha.
Takpelah, ammak hirup mushroom soup je sudey.

Rupanya En Wan book 8 Kia Peng Suite.
First time dengar nama tempat ni. Betul-betul kat city centre.
Dekat nau-nau dengan Pavillion. Cantik dan kemas.
Belum ada room service lagi buat masa ni.
Kalau nak makan, boleh ke Sky Lounge.
Tapi disebabkan tempat ni kat city centre, En Wan tak ambil breakfast.
Dah plan nak makan luar saja.

8 Kia Peng ni bersekali dengan residence.
Kat parking area ada tertampal 'occupied'.
Yang ada tag occupied tu resident punya.

Ini gambar suite. Description semua dah tulis pada gambar.
Letak je barang, tau aku buat apa?

Order grab.

Lapar oiii. Hahaha.
Berbulu laki aku baru lepas makan nak makan lagi.
Of cos la lapar, hirup soup je kot.

Memang best gila duduk sini. Bukak grab, bersusun makanan best-best.
Mau tak, depan KLCC, belakang Pavi. Wajiblah sedap.
Order Madam Kwan's je sudeyyy.
Tak pernah-pernah nasi goreng ikan masin Madam Kwan's tu aku habis, hari tu aku berjaya habiskan!
Siapa pernah gi Madam Kwan's tahulah portion dia banyak mana.
Aku boleh habiskan nasi goreng dia guys. Aku sendiri terkejut. Hahaha.

Member ni masuk-masuk je suite, terus bukak laptop sambung kerja.
Dia kan team operation.
Bersesah dia bagi instruction itu ini kat anak-anak buat dia.
Petang itu jugalah 1000 buah bullet journal sold out.
Tu pasal dia menggelabah sebab second batch hanya akan sampai insyallah next week (sebelum new year).
Kitorang tak berani nak order sekaligus banyak sebab taknak kilang drag production, jadi sengaja pecahkan kepada 2 batch.
2000 pcs je jurnal ni.

Tadi En Wan update setakat ni yang batch kedua dah 680 pcs yang booking sebab ada yang book sekali 5-6 pcs sekaligus.
Agaknya order untuk kaum keluarga sekali.
Agen terhad pada 20pcs sahaja, tak dapat nak bagi extra sebab nak bagi ruang dulu kat orang perseorangan.
Kalau ada extra baru kita bagi agen tambah, ok?
Sebab takat 2000pcs je aku print ni.
Malas print banyak sebab next week je dah Januari.

Ini gambar facilities.
Ada cafe tapi sebab aku tak masuk, maka aku tak ambiklah.
Sky Lounge (cafe) dia nampak cantik sangat.
View pun cantik sebab tingkat paling tinggi kot, mestilah cantik.
Aku yang duduk tingkat 22 pun dah rasa cukup tinggi dah.

Saksikan aksi beliau posing kat kolam.
Mujurlah majalah Mangga dah takde, kalau tak setengah tahun muka dia je jadi poster Mangga.
Aku rasa dia ni terkenan perangai aku zaman free hair dulu yang suka beraksi tepi pool. Mbahahaha.
Ada sesiapa nak jadikan dia model?
Dia memang cukup suka job-job depan kamera ni.
Tapi sejak main hoki ni agak berkerak sikitlah.

Kolam 8 Kia Peng adalah infiniti pool. Besar pulak tu.
Boleh swim dari hujung ke hujung. View not bad.
Sekarang ni tepi-tepi tu ada construction.
Dah siap nanti konfem cun view atas ni.
Aku sebenarnya tak turun pun petang tu, hanya En Wan and Rayyan je turun mandi.
Zaman aku berswimming pool dengan 2-piece dah lama berlalu.
Kita mandi shower je la sudah, cepat.

Si Redza lagi la tak appreciate sangat pool-pool ni.
Dulu agaknya masa kecik dah puas mandi kolam, dah besar-besar ni dia suka memerap dalam bilik.
Sejenis perangai aku juga ni, suka memerap.
En Wan kata disebabkan tak ramai orang, maka kolam itu Rayyan yang punya.

Kalau nak beli unit kat sini pun boleh.
Harganya, RM1.2 juta sajorkkkk *pitam*.
Tapi En Wan kata harga RM1.2M di city centre agak berbaloi, especially kalau korang kerja di kawasan sekitar.
8 Kia Peng ni memang dikeliling oleh hotel star star macam Mandarin, Ascott, Grand Hyatt, KLCC, Pavi, Dorsett.
Jadi tak heranlah kalau harganya macam tu. Nak beli silakanlah.

Malam, kalau ikut hati aku nak order Grab je.
Tapi En Wan kesiankan budak-budak ni.
Kalau setakat nak order Grab baik duduk rumah je dia kata.
Dah masuk KL, meh la kita berjalan.
Bukan selalu budak-budak ni masuk KL.
Maka, pergilah KLCC. Pergi pun dah pukul 8.30pm, KLCC tutup 10pm.
Apa sangat yang boleh ditour. Terus pergi Chilis.

Masuk ini sebab nak bagi Redza enjoy makan.
Redza enjoy food-food gini. Kalau Rayyan memang tak.
Hari tu masuk sini kena tapaukan McD dulu untuk dia.
Dia sorang je makan McD dalam tu.

Salmon with rice tu aku punya. Tapi nasi dia cannot gi lah.
Tak tau apesal, lembik benyek and tak kena dengan tekak. Salmon oklah.
Tapi cheese poppers tu sedap.
Chicken poppers En Wan punya.
Dia kan tak reti sangat makanan pelik-pelik gini.
Redza macan taco.

Tak tahu apesal, dulu aku rasa Chilis ni sedap sangat.
Tapi sekarang macam serba tak kena kat tekak aku.
Maybe selection dia tak banyak. Lagi best Windmills rasanya.

Lepas makan, singgah ambik-ambik gambar kat sini.
Nilah yang best anniversary bulan Krismas, boleh tumpang background cantik.
23 years of relationship - dari long distance relationship, kepada berdua, bertiga dan berempat.
Setiap tahun tak pernah gagal celebrate.
Malah, tarikh 23 Disember ni lebih aku suka celebrate berbanding wedding anniversary.

Tarikh kawen tu kita dah dalam keadaan prepared to kawen.
Tapi tarikh first met ni takde dalam plan.
Tak pernah plan nak jumpa pun, tapi En Wan pujuk jumpa juga.
Aku tak pernah plan nak go further dari sekadar berkawan dalam internet.
Malas nak jumpa. Troma kot.
Tapi tu la kan, maybe jodoh.
Masa dia pujuk ajak jumpa tu, aku macam "Oklah, why not. Jumpa je kot".
Rupanya member dah plan nak ajak aku jadi girlfriend dia.
Siap propose tu "Sudi tak Di jadi girlfriend Wan?" [Wang sebenarnya, kahkahkah].
Maybe sebab tu aku rasa date ni paling best untuk aku ingat and celebrate.

Yang ni kalau diajak ambil gambar sorang, masih payah lagi sebenarnya. Kalau beramai-ramai ok.

Tapi hat ni tak payah disuruh.
Dia memang always kamera ready. Pantang tersuluh kamera arah dia je, pose.

Esoknya, En Wan bawak breakfast kat Kenny Hill Bakers.
No wonder dia tak ambil pakej bilik with breakfast, rupanya nak bawa Redza ke sini.

Awal kitorang check out pagi tu, pukul 9am.
Tak sempat Rayyan nak mandi kolam second round.
Kadang aku always terfikir pasal ni.
Asal celebrate anniversary, mesti sekejapppp je datingnya. Sehari.
Macam buat syarat je, tak dapat la enjoy the moment betul-betul sebab laki aku always nak balik cepat untuk buat kerja.

Ginilah perangai dia masa jadi engineer dulu.
Balik dari Tganu, drop kitorang kat rumah, zassss masuk kilang.
Anytime kilang call walau sedang tido, tetap bangun masuk kerja.
Sejenis workaholic dia ni.
The only way nak bertenang-tenang bercuti adalah masa pergi overseas.
Tapi, aku lah pulak yang tak berkenan pi oversea. Hmmm..

Kat Kenny hari tu aku order Big Breakfast again.
Kali ni minta egg pouches pulak.
Ternyata Big Breakfast with egg pouches lebih sedap berbanding scramble eggs.
En Wan minta Old Malayan which is dalam bahasa mamak - telur masak setengah dengan roti bakor.
Rayyan order pop corn chicken with waffle.
Redza makan apa ntah tapo ada telur juga.
Dan aku order pastries juga untuk Redza (tiada dalam gambar).

Lepas makan zasssssss, balik dan masuk ofis.

Sekian saja 23rd metversarry tahun ni. Ringkas saja.
No bunga, no ballons, no choc.
Aku tak nak dia bagi aku benda-benda ni.
Satu hal nak berangkut bawa balik.
Dah la masing-masing mengangkut laptop.
Tu pun dah berondoh-randah rasa, padahal tido satu malam je.
Doakan keluarga kecil kami dilimpahi ketenangan dan rahmat Allah sehingga ke akhirnya, ya.