2021-12-24

Solidariti jangan jual apa-apa.


Rupanya ada ada orang buat solidariti "Jangan pos jual apa-apa".
Tujuannya bagi menghormati mangsa banjir.
Seriously aku tak tahu menahu kewujudan solidariti ni.
Ini pun ada followers IG yang minta aku bagi pandangan sebab dia berniaga online (food business).

Manusia, bila dia nampak kita tak susah, maka kita dianggap senang.
Bila nampak kita happy, maka dianggap kita tak pernah susah.
Bila nampak kita tak post apa-apa berkaitan banjir, dikatanya kita pentingkan diri sendiri.
Nampak kita promote business, kita dianggap tiada empati.
Itulah dia namanya manusia, yang berkata-kata berdasarkan apa yang dia nampak.
Ini memang fitrah manusia.

“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, kemudian orang-orang soleh. Seseorang akan diuji menurut kekuatan imannya. Apabila imannya kuat, maka makin berat ujiannya. Apabila imannya kurang kuat, maka dia diuji menurut kadar kekuatannya. Manusia akan diuji terus, sehingga (sampai) ia berjalan di muka bumi dalam keadaan bersih (tidak berdosa).” [Tarmidzi]

Tak ada pun disebut jenis ujian, samada hilang harta, atau hilang nyawa, atau hilang pekerjaan. Tak ada.
Yang disebut hanyalah "Manusia akan diuji terus..".
Dan Allah tak bagi ujian di luar kemampuan kita.
Seberapa susah ujian itu, Allah hanya memberikan sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya.

At the same hadis juga, tak dinyatakan samada ujian itu harus dalam bentuk susah atau senang.
Hakikatnya Allah tak selalu jadikan kesusahan sebagai lambang sebuah ujian, kerana berlimpah harta pun namanya ujian.
Ujian, tak kira senang atau susah hanya menjadi barokah ketika ujian itu menambahkan rasa redha dan mendekatkan kita dengan Allah.

Beberapa tahun dulu ada kejadian banjir besar kat pantai timur.
Pak Aji antara squad yang ke sana untuk berikan bantuan.
Naik lori bapak aku dengan geng-gengnya dari sini.
Bawak generator, bawak kayu, bawak makanan, macam-macam.
Bila balik, rata-rata squad rasa kecewa dengan mangsa di kawasan yang dorang hantar bantuan.
Pak Aji kata kebanyakan mangsa macam 'guest'.
Sukarelawan datang jauh-jauh, terus punggah barang. Dorang tengok je.
Esoknya squad mula repair rumah yang rosak, dorang duduk tepi.
Padahal ni rumah dorang ni yang nak direpair.
Part yang best, bila masuk waktu solat, MOST of them tak join.
Padahal squad yang datang ni sama-sama kotor baru lepas menukang, tapi masuk waktu buat jemaah untuk solat.
Yang dorang, lepak tepi.
Squad yang datang sana pulak geng-geng surau kat Bangi. Dah tentulah kecewa.

Dari pandangan mata kasar kita nampak group A adalah orang susah yang jadi mangsa banjir.
Group B pulak orang senang yang datang dari KL.
Sedangkan kedua-duanya sedang diuji.
Yang A diuji dengan musibah dan kehilangan harta.
Yang B diuji dengan sihat, senang dan kelapangan waktu (geng-geng pencen squad ni).
Hakikatnya yang tak kena musibah itu juga diuji.
Apa yang dibuat dengan sihatnya.
Apa yang dibuat dengan senangnya.
Apa yang dibuat dalam kelapangan waktunya.
Jika ujian mendekatkan empunya badan dengan Allah, di situlah nilai barokahnya, bukan seberapa besar ujiannya.
Umpama orang yang berusaha kerja teruk-teruk siang malam tapi hasil pendapatan tak seberapa, Allah bukan menilai hasilnya tetapi usahanya.

Setiap orang ada ujian sendiri, setiap orang melalui ujian yang berbeza.
Kita mungkin tak pernah merasai ujian yang dilalui oleh orang lain, dan mereka juga mungkin tak pernah berada dalam kedudukan yang kita pernah lalui.
Bila small business tetap mempromosi jualan masing-masing, ada yang anggap mereka tak ada empati.

Look, sekarang ujiannya banjir.
Maybe tak kena pada mereka yang berniaga.
Tapi jangan lupa, tahun lepas ketika semua orang masih dapat gaji hujung bulan, mereka yang berniaga ni bergolok-bergadai nak mencukupkan apa yang kurang.
Itu belum lagi yang ada staff.
Aku tak suka nak bercakap pasal susah aku kat mana.
Tapi memandangkan aku run bisnes, jadi lebih senang pakai aku je lah sebagai contoh.

Last year, masa PKP 1.0.
Semua orang tak dibenarkan keluar kecuali ketua keluarga.
Semua staff aku diberi cuti.
Yang boleh buat kerja ofis di rumah sambung dari rumah.
Yang masuk ofis siapa? Aku and En Wan.
Bersila berdua mempacking semua order yang masuk.
Bayangkan berdua saja. Lembik!
Tapi nak memastikan tak ada pending order, layankan saja la penat ni.

Lepas tu start pula dengan hand sanitizer. 
Order yang masuk sangat banyak. BANYAK.
Even bg companies order from us dalam kuantiti drum. DRUM ya, bukan botol lagi dah.
Dan semuanya nak cepat sebab stok sanitizer waktu tu sangat terhad.
Staff takde. Hah, nak buat macamana? Sendirilah kayuh.
Kereta kitorang tu dah jadi macam lori.
Angkut ethanol berbaldi-baldi. Angkut botol dari kilang. Balik sambung packing.
Dah siap pack pun pikul hantar sendiri masuk warehouse Pos Laju.

Boleh je nak cuti. Bos katanya. Bos tak buat kerja, kan?
Tapi mikir ada staff yang baru bersalin, yang dah buat loan kereta, yang menanggung mak bapak, nak bayar sewa rumah, nak bayar loan rumah, no choice terpaksala kerah kederat sendiri.
Nak buat macamana, gaji staff kena jalan.
Business owner dilarang berhentikan staff waktu tu.
Perit? Ada siapa tahu? Ada siapa kesah?

Sekarang, boleh pula kata those yang berbisnes takde empati.
Tahun lepas, masa masing-masing tengah sibuk berdalgona di media sosial, up masak itu masak ini kat FB, tak terpikir pulak ya ada business owner yang tengah mencungap nak maintain company supaya tak lingkup?
Hanya kerana dia tak tunjuk susah kat mana, semua ingat dia tengah kira duit.

Kamonlah, ada orang walau susah dia tak tunjuk sebab itu bukan cara dia.
Dan ada juga orang yang dia tak bercakap apa-apa tentang situasi semasa bukan kerana tak care, tapi adakalanya bukan semua situasi perlukan respond dari dia.
Yang senyap tu nampak je macam tak ambik port tapi dah banyak bantuan dia keluar kat belakang senyap-senyap.
Hanya kerana dia tak mention tak bermakna dia selfish.