2020-02-27

Pilih mentor


Everytime orang tanya apa tips tentang bisnes, aku tak sure if information yang akan aku bagi menjawab soalan and meet their expectations.
Selalunya aku akan tanya balik "Apa yang awak expect dari bisnes ni?"
Mostly jawapan yang aku terima "Saya nak jadi kaya, kak. Saya nak ubah hidup saya and keluarga".

Ramai orang passionate about business just for the sake of money.
To be fair, itu tak salah. Cita-cita nak jadi kaya memang tak salah.
Tetapi bila kita anggap bisnes boleh dapat lebih banyak duit dan cepat kaya - sedangkan not all businesses succeed - akhirnya kita jadi tertekan sendiri.
Bukan sikit-sikit orang yang akhirnya sanggup buat macam-macam perkara 'pelik' demi nak melakukan bisnes.
Orang yang sasaran berbisnes untuk duit, rarely get it.

Berbisnes tujuannya bukan hanya tentang duit atau menjadi kaya.
Berapa ramai orang yang makan gaji, tapi hidupnya masih senang, sesekali bercuti luar negara, dapat ke umrah/haji, dapat beli itu ini, etc.
Menjadi kaya bukan tentang banyak duit, tetapi banyak menyimpan.
Maksudnya, bijak mentadbir kewangan. Spend wisely.
Asalkan bijak menyimpan, insyallah boleh senang.
Ramai yang duit banyak tapi tak reti nak menyimpan, malah buat hutang lagi.

Masih ramai entrepreneur yang berbisnes misi utamanya bukan duit tetapi mengejar visi - mewujudkan peluang pekerjaan, menyelesaikan masalah pengguna dan visi untuk hidup flexible.
Entrepreneur yang kaya memang ramai tetapi yang jarang kita lihat adalah entrepreneur yang mencapai puncak kejayaannya dengan meletakkan visinya di depan berbanding misi menjadi kaya.
Entrepreneur yang macam ni always has the desire to change the way the world works.
Dia always creative, innovative, create value, give impact dan enjoy dengan apa yang dia buat.
The process of creating value ni selalunya menjadikan seseorang bukan saja kaya tetapi dihormati.

Yang paling penting sekali, mesti ada MENTOR.
Bila sebut MENTOR, selalunya terbayang nama-nama besar dalam dunia coaching.

Not necessarily.

Sesiapa saja boleh jadi our mentor kerjaya.
Boleh jadi kawan, ahli keluarga, ofismate, current bos, previous bekas, or maybe someone we got to know through a networking event.
Seorang mentor BUKANLAH someone yang kita kagumi dari jauh.
Mentor sepatutnya someone yang memainkan peranan yang KONSISTEN hidup/kerjaya kita sepanjang masa.
Maksudnya, someone yang kita boleh refer to one-to-one, someone yang boleh follow up our progress.

On top of that, this mentor mestilah someone yang boleh provide input, insights dan berpengalaman dalam bidang yang kita buat tu.
Contoh, nak jadi speaker, mentor kita haruslah speaker juga.
Nak jadi penyanyi, mentor haruslah dari kalangan penyanyi juga.
Nak jadi baker, mentor haruslah dari kalangan baker juga.
Because these mentors adalah someone yang berpengalaman dalam bidang itu.
Jadi they can guide you dengan lebih baik.

Nak jadi penyanyi yang bagus, memang kena berguru dengan guru vokal.
Tetapi guru vokal belum tentu boleh jadi penyanyi yang baik.
Same goes to bisnes.
Nak belajar ilmu tentang bisnes, bergurulah dengan pakar/guru bisnes.
Tetapi kalau nak jadi businessman yang baik, carilah mentor di kalangan businessman juga.
Lebih 'afdal' kalau dia buat bisnes yang sama macam kita.
Mentor ini akan bantu kita bina network yang tepat dengan bidang kerjaya kita.

Tak semua mentor 'dicipta' untuk tujuan yang sama, jangan main sapu je.
Jangan asal orang tu buat sales juta-juta, terus dijadikan mentor.
That's why ramai claim follow tips mentor itu ini, tapi bisnes tak menjadi.
Sebabnya adalah, dorang tak berada di bidang yang sama dengan kita, kejayaan dorang adalah dalam bisnes yang berbeza, that's why tips dan trick-nya tak sama.

Our mentor should, or must have some kind of relevant background.
Contoh, kita di dalam syarikat pembekal barang-barang makmal.
Our mentor should be doing the same thing.
That's why mentor mestilah orang yang kita boleh discuss one-to-one.
Orang-orang ini boleh jadi our bos, our collegue yang always hit sales target, atau competitor.
Tak perlu pergi jauh-jauh nak berguru.
Ilmu dari orang yang dekat-dekat ni kita absorb dulu.
Orang-orang inilah yang akan propel us forward sebab dorang pernah berada di level kita suatu masa dulu so they know what it takes untuk grow.
Mereka ni nanti akan bawa kita kenal network yang tepat.

Masa aku kerja biotech dulu, aku banyak join seminar and conference Life Science.
Walaupun boss aku tak hantar, sometimes aku guna duit sendiri untuk join.
Di sana tempat berkumpulnya orang-orang yang tepat dengan kerjaya aku.
Aku bina network dengan ramai researcher and pakar dalam bidang life science.
Bila berada di network yang betul, dah tentu contact yang aku dapat semua yang tepat.
Jadi senang aku nak buat kerja, nak buat preparation, senang aku nak susun apa nak promote, apa nak buat demo - because aku dah tahu apa kepakaran dorang.
Once kita berada di tempat yang betul, apa yang kita shoot, insyallah tepat mengena.

Some people attend seminar dari mentor yang sama berkali-kali tapi bisnesnya gitu jugak tak jalan jauh.
Lepas tu dia pening sendiri.
Bila dah pening, salahkan mentor. Padahal kau berada di tempat yang salah.
After all, they are not your mentor. They are just bisnes gurus.
Nak mentor, pi cari orang dari bidang yang sama.

Walaupun mentor adalah seorang pakar, tak bermakna apa-apa kalau dia lokek ilmu.
Mentor juga mestilah someone yang excited to spread the word, share knowledge and tak expect anything in return [untuk kepentingan diri].
Because mentoring is an investment. No one gets paid to do it in their day job.
Dorang betul-betul nak orang lain dapat manfaat dari pengalaman karier dorang.
That's why mentor mestilah someone yang berpengalaman buat benda/bidang yang sama kerana selalunya orang yang buat benda/bidang yang sama, feedback-nya lebih 'direct' because they know what they are doing.

Nak pilih mentor, pilihlah yang boleh beri kita manfaat ilmu, bukan semata-mata kerana dia banyak duit, bukan semata-mata kerana dia ramai pengaruh, bukan semata-mata kerana dia ada power maka kita jadikan mentor.
Asalkan kaya, walaupun terkinja-kinja, follow.
Asalkan kaya, walaupun kelakuan tak senonoh, follow.

Manusia senang terpengaruh dengan persekitaran.
Batas di antara baik dan buruk hanya dipisahkan oleh satu garisan halus yang kita sendiri tak pasti di mana pemisahnya.
Jadi, hati-hatilah dalam memilih mentor/idola.
Takut nanti baiknya tak dapat, buruknya pula yang kita terikut-ikut.