2020-02-28

Waze


Perasan tak kalau kita guna waze, dia hanya bagi instructions bila dah nak sampai ke simpang atau destinasi.
Selagi belum sampai ke destinasi, setiap simpan dan roundabout dia akan alert kat kita.

"Terus 300m, belok kiri"

"Terus 200m, di bulatan, belok kiri"

Our whole route is clearly laid out, tak mungkin sesat [kecuali kau sejenis blur macam aku, yang manjang terlepas simpang].

Maksudnya, bila guna waze, kita lebih yakin akan sampai ke destinasi dengan cepat dan tepat.
Kebarangkalian nak sesat adalah nipis.
Kita lebih mudah nak budget masa and what to expect.
Bila semua maklumat ada, perjalanan lebih comfortable dan yang memandu pun lebih relax.

In a similar way, Allah ada gambaran keseluruhan laluan hidup kita.
Sebelum kita dibentuk dalam rahim ibu, Allah dah set our journey, from the top [bak kata Mak Jah].
Allah dah plan semua untuk kita.
Dia bukan saja tahu destinasi akhir kita, Dia juga tahu cara terbaik untuk bawa kita ke sana.

However, tak seperti waze, Allah tak tunjuk gambaran keseluruhan laluan pada kita.
Allah tak bagitau laluan kita ni menuju ke mana, how it's going to happen, berapa lama masa, ada masalah ke tak dalam perjalanan nanti, ada ke bantuan untuk kita, siapa yang akan bantu, bantuan datang dalam bentuk apa, siapa yang kita akan jumpa dalam perjalanan nanti, etc.
Takde details lansung tentang perjalanan kita.
Allah hanya akan lead kita one step at a time.
Kalau kita yakin padaNya tanpa mengetahui how it is going to work out, nanti Dia akan guide kita another step.

Masalahnya dengan manusia ni, kita sukakan details/maklumat.
Kita takde masalah nak mulakan langkah - start a business, sambung blaja, berpindah tempat kerja, berhijrah tempat tinggal - no problem, cuma kita mahukan kepastian.
Kita nak pastikan betul ke decision yang kita ambil ni, betul ke ini orang yang tepat untuk jadi pasangan hidup, betul ke berhenti kerja and start a business adalah pilihan tepat, laku ke tak kalau kita produce produk ni, etc.
Kalau detail-detail ni ada, it would be easy to step out.

But here's the key : Allah memang tak bagi apa-apa details.
Kerana kalau kita ada semua details yang diperlukan, di mana letaknya pergantungan kita padaNya?
Boleh jadi berdoa pun dah tak nak sebab kita dah tahu what to expect.
Bila Allah simpan rahsia perjalanan kita, di situlah keyakinan kita padaNya akan diuji.
If we have the courage to step into the unknown, usaha dan tawakkal, the right people will show up, the fund will come, and other resources we need pun mula datang dari arah yang tak disangka-sangka.

"Aku adalah sebagaimana sangkaan hambaKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Jika dia mengingatKu ketika bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diriKu. Jika dia mengingatiKu di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada itu [kumpulan malaikat]." [HR Muslim, 2675].

Umpama kita bawak kereta dalam gelap dengan lampu yang samar-samar.
Takkan nak stop? No.
Terus bawak kereta tu pelan-pelan, walaupun nampak depan tak sampai 100 kaki. Janji jalan.
Just keep going, gunakan lampu yang ada, cerahkan mata, insyallah akan sampai destinasi.
Kalau nak tunggu cahaya terang-benderang menyuluh baru nak gerak, memang kat situlah kau duduk tak bergerak-gerak.

Kita semua mahukan kepastian sebelum buat sesuatu.
Kita nak comfortable dalam perjalanan hidup ni.
Jalan yang Allah bagi kat kita is a little uncomfortable.

Sebenarnya ada sisi positif dari perjalanan yang samar-samar ni, itupun kalau kita mahu membaca hikmah.
Bila keadaan tak comfortable macam, ketika inilah kita akan menggerakkan segala kederat dan fungsi otak untuk stretch mencari jalan supaya sampai ke destinasi.
Dalam masa yang sama, kita berdoa tak henti-henti, pergantungan kita pada Allah menjadi sangat tinggi.
Inilah sebenarnya fungsi kita di dunia.
Kan Allah dah kata "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." [Az-Dzariyat, 56].

Berbanggalah kalau perjalanan hidup kita tidak mudah kerana di situlah letaknya peluang ibadah paling mudah.
Dalam keadaan susah, selalunya kita lebih ingat Allah.

Aku pernah terperangkap dalam jem kat depan KLCC dalam keadaan sakit perut sangat-sangat.
Berpeluh-peluh aku tahan sakit.
Masa tulah ingat Allah - Ya Allah....Allahuakbar...Allah...Allahhh.
Sampai menangis berzikir sebab sakit perut sangat.
Bunyinya macam kelakar, tapi yang pernah rasa tahulah.
Masa tu memang takde sape boleh tolong, Allah je boleh tolong redakan sakit perut ni.

Lagi satu, masa naik kapal terbang.
Ini memang beriman level tinggi ni.
Dalam keadaan takut, 5-6 juz settle kat atas.
Zikir tak lepas dari mulut.

Kena stay hotel sorang-sorang pun sama.
Masa tu banyak pulak masa aku nak baca Yassin baca Quran segala.
Kalau tak, tak teringat pun!

Allah...betullah, ujian susah tu lebih mendekatkan kita dengan Allah.
Jadi, kalau perjalanan hidup kita ni susah, itulah peluang paling senang untuk ibadah.

Peta perjalanan yang Allah susun untuk kita ni, kalau kita kaji balik, pusing-pusing pun kita akan patah balik kepada fungsi sebenar kejadian kita iaitu untuk beribadah.
Allah dah susun rezeki kita semua, that's why Allah tak bagi detail map.
Kalau detail map dah dibagi, maka tujuan manusia ni dah lari.
Dah bukan untuk beribadah lagi tapi mengejar dunia semata.
Allah campak kita ke dunia ni bukan untuk makan, minum, berpenat-penat, tidur, mencari sesuap nasi untuk kelangsungan hidup - NO.
Ada tujuan yang lebih besar lagi dari tu iaitu beribadah kepadaNya.
Jalan hidup kita ni adalah satu ladang ibadah, tinggal lagi kita tak nampak sebab kita sejenis yang tak reti read between the lines.