2018-07-22

Family trip tak dirancang


Khamis lepas pukul 3am, kitorang gerak ke Perlis untuk ke Langkawi.
Minggu lepas minggu pulang bermalam (PB).
Selalunya Redza akan balik, tapi kali ni cuma cuti 2 malam je, so better kitorang je la pi sana.
Setakat 2 malam tak banyak sangat duit spend kalau ke sana.
Tapi kalau cuti sampai 3-4 hari tu, better kau balik je la rumah.
Karang kalau satu family duduk sana sampai 3-4 hari dah berapa banyak aku spend pulak.
Karang kejap-kejap aku singgah Haji Ismail.
Gugur bulu-bulu badan laki aku.

Plannya nak gerak lepas Subuh.
Tapi En Wan too excited kali ni nak ke Langkawi.

Pertamanya, nak jumpa anak dia sebab dah sebulan tak jumpa.

Keduanya, kali ni kitorang ke sana bukan sefamili tapi ramai juga.

Kisahnya, Sabtu lepas anak Kak Ngah bertunang, jadi orang Terengganu turun KL untuk attend majlis tu.
Kak Long plan dah alang-alang anak dia nak ke Perlis, dia nak ikut.
Abang En Wan pun datang juga follow Kak Long, jadi dia pun ikut ke Perlis.
Dorang tak tau yang kitorang nak ke Langkawi Khamis tu.
So bila kitorang cakap nak ke Langkawi, Kak Long nak join sekali lepak Langkawi.

Mujurlah jugak kali ni kitorang tak book hotel.
En Wan nak try duduk Fuuka Villa.
Villa ni ada 2 bilik and hall dia sangat besar.
So En Wan tanya aku boleh ke adik-beradik dia tumpang tinggal sekali.
Aku no hal, lagipun kan bawak mak sekali.
Biarlah mak seronok kumpul anak-anak dia setempat.
Asalkan bilik tido aku selesa untuk aku tido laki bini, dah ok dah.
Yang lain aku takde hal.

Jadi, dek kerana excited sangat, En Wan takleh tido sepanjang malam.
Pukul 2.15am kitorang bangkit, siap-siap mandi semua then zasssss gerak.
Pukul 4.30am singgah Tapah pekena nasik lemak feveret and teh tarik.
Aku dengan En Wan je makan berdua, mak nak tido dengan Rayyan dalam kereta.
Then pukul 6.20am singgah RnR Sungai Perak untuk Subuh.

Alhamdulillah, cuaca memang ok, tak hujan tak apa.
Stop lagi kat RnR Gurun untuk isi minyak.
Just nice sampai kat homestay Kak Long di Arau around 9am.
Mandikan Rayyan, pastu terus gi bfast kat Jejawi.



Lupa nama kedai ni tapi dia macam small food court, siap ada jual Dim Sum.
Sampai pun dah nak dekat pukul 10am, apa ajelah yang ada.
Roti canai pun yilek.
Jadi, aku order soto. Boleh tahan lah.

Habis makan, ada sorang reader lelaki tegur.
Lupa pulak nak tanya sape nama, tapi staff UniMAP. *hai, if you are reading this*



Cucu kitorang, Harraz.

Dia ni always travel ikut nenek (Kak Long) sebab mak dia dokter, payah dapat cuti.
Jadi dia always 'lone ranger', ikut sesape je jalan-jalan.
Dah tak kisah dah tercampak dalam kereta sesape pun walaupun takde nenek dia, dia ok je.
Ni dalam kereta aku, nenek dia kereta lain.
Harraz ni iras-iras Redza masa kecik, kan?



Plan asalnya, villa kitorang ada tambahan 3 dewasa je - Kak Long, Abang Rosdan and Amir (anak Kak Long).
Rupanya sorang lagi anak Kak Long yang kawen raya ketiga hari tu datang naik bas from Dungun nak join sekali.
Pastu pagi tu mak si Harraz ni cakap malam tu dia nak naik bas ke Perlis, nak join ke Langkawi gak.
Dah ramai-ramai tu kan, mestilah seronok.

So now ada 9 dewasa 2 kanak-kanak nak bergumpal dalam satu villa!
En Wan kata takpe, kita tengok dulu villa tu besar mana.
Kalau kecik, maknanya Kak Long kena cari hotel lain.
Kalau villa ok, then takyah lah. Duduk je situ ramai-ramai.



Rupanya sekarang ni waktu laut bergelora!
Seumur hidup aku dari umur 11 tahun naik feri ke Langkawi, belum pernah aku rasa feri bergoleng-goleng tengah laut macam nak terbalik.

Ya ampunnnn, series aku tak tipu.
Mula-mula aku ingatkan aku yang sensitif and penakut.
Eh rupanya ramai yang takut tapi buat-buat cool, termasuklah laki aku.

Yang si nakhoda feri ni pun dah tau laut bergelora, dia tekan minyak sampai 15 knot pastu ombak bessar pun dia langgar.
Anak Kak Long yang Amir tu memang kerjanya ukur laut (entah aku tak tau apa nama kerjanya tapi dia memang hari-hari atas laut).
Dia kata kelajuan feri tu dalam 15 knot.
Kelajuan tu takde masalah tapi dalam keadaan laut bergelora macam ni patutnya dia kena stop kejap kalau tak boleh terbalik feri tu.
Tapi dia cakap boleh jadi juga feri tak berat sangat, orang tak ramai that's why dia redah jugak.

Tapi serious lah, memang melambung-lambung.
Aku kan memang asal naik kapal ke, flight ke, konfem jadi beriman sangat dalam tu.
Kali ni sampai bersembur-sembur air liur aku berzikir punyalah takut.
Ada satu part tu aku terjerit "Allah! Allah!".
Kelam-kabut En Wan pegang aku.
Dia duduk belakang, aku kat depan with Rayyan.
Feri tak ramai orang jadi eksyen la taknak duduk sebelah aku.

Aku jerit sebab memang kapal tu dah senget, aku toleh kanan boleh nampak feri memang senget sangat.
Kebetulan salah sorang crew tengah turun tangga, budak tu boleh terjatuh.
Lagilah aku cuak, kan.



Sampai jeti, ambik kereta then terus pi ambik Redza.
Kak Long stau kereta lain, tapi dia follow gak kitorang sebab nak tengok acane rupanya MRSM Langkawi.

Oh baideway, masa sembang-sembang dengan Amir baru aku tau supanya Syed Saddiq (KBS) tu junior dia masa kat MTD.
Aku tanya apesal muka Saddiq tu suci je, macam tak pernah kena ragging je.
Si Amir ni macam-macam kena kat MTD.
Pastu Amir kata, Saddiq tu budak pidato, kalau budak pidato senior suka and jaga.

Ok now dah tau trick taknak kena ragging.
Joinlah pidato.



Ni kali kedua aku gi kedai ni.
Lauk-pauk sini banyak pilihan and best-best.
So far sini je la port nak makan daging bakar.

Lepas makan, terus gi Idaman Suri.
Kena pi dulu sebab hari Jumaat Idaman Suri tutup.
Aku memang dah plan nak beli Corningware kat sana.
Aku tak penah lagi beli Corningware.
Yang aku ada skarang kat rumah semua ihsan mak mertua.
Sejak duduk dengan kitorang, dia angkut corningware dia datang sini.
That's why aku tak penah beli, sebab semuanya aku dapat pree! Hahahaha.
Tapi corak zaman lampau la, bukan terkini.
Takde hal zaman apa pun, yang penting pree.

So, kali ni aku nak merasa beli sendiri corningware.
Hajat tu nak beli French White.
Aku nak complete-kan perkakas aku semua white, sekali takde pulak.
Beli je la corak apa pun, janji bawak balik barang.
Kat Lazada corningware 5 bekas, RM895.
Kat sana aku dapat RM675 only.
Berbaloi la meredah laut bergelora bagai.

Pastu ada yang DM aku mintak tengokkan Vision cookware.
Kat Lazada 3 set aku tengok harga RM585.
Kat Idaman Suri range dalam RM375-RM425.



Keriangan Rayyan jumpa pool.

Ni kat Fuuka Villa.
Villa kat kawasan ni ada 10 biji, tapi hanya 2 biji yang ada 2 rooms.
Yang lain semua 1 bilik.



Redza junior with Redza senior :)
Siapa yang follow Redza dari kecik maybe agree Harraz macam Redza time kecik dulu.
Dengan kaler kulitnya, dengan debabnya, dengan lasaknya, sepesen.



Cewahhhh, gaya macam dah ready nak terjun je si Harraz ni.



...sekali rupanya takut air!

Kemain lagi kau gengster tepuk-tepuk nenek ya.
Lepas ni nenek rendam kau dalam pool baru tau. 



Ni lagi sorang, nak mandi, tapi nak berdukung dalam pool.
Eh tak kuasa.



Last-last aku hambat yang dua orang tu balik, tinggal dua ni je berendam dalam pool sambil membincangkan soalan maths.



Ni je la gambar seklorga tepi pool yang teringat nak snap.

Kat bawah ni keadaan villa yang aku sempat snap.
Tak sempat snap masa awal-awal sebab rakyat ramai.
Keadaan villa luas juga, so kitorang cakap takyah la Kak Long sewa hotel lain.
Duduk je la situ ramai-ramai sebab boleh tambah extra mattress.



Hall



Kitchen.
Boleh masak kalau nak, tapi kitorang malas.



Bilik aku.
Muat untuk aku, En Wan and Rayyan tido sekatil.
Redza tido luar atas sofa sebab dia tak boleh kena aircond.
Dia sendiri yang cop sofa siap-siap.
Kitorang tambah bantal and selimut je untuk dia.



Ni hall, setelah tambah tilam.
Boleh tambah 2 tilam saja, cannot lebih.
Tilam ni Amir and Abang Rosdan tido.



Bilik mak, Kak Long and anak kak long.



Toilet



Shower



Patio

Esok paginya mak si Harraz sampai, pandai-pandai la susun bontot masing-masing dalam bilik tu.
Tapi elok je aku tengok dorang tido, cukup tersusun.
Bilik aku kekal 3 orang, tiada pertambahan manusia.

Just nice la 9 dewasa dalam villa ni.
Takde la crowded sangat pun, cuma kena pandai atur waktu nak mandi la ya.
Dah macam kat asrama rasanya masing-masing nak mandi awal so that tak berebut bila nak keluar berjalan nanti.



Malam tu kitorang nak keluar makan, tapi yang lain semua taknak ikut.
Penat agaknya, jadi kitorang keluar empat beranak cari makan kat area Pantai Cenang ni.
Makan kat Janggus Ikan Bakar.



Tomyam seafood.
Kurang kick.
Maybe dah biasa dengan tomyam Absolute Thai, jadi susah tomyam-tomyam lain nak celen.



Ayam kunyit untuk Rayyan sorang.



Ni pendengki dengan abang dia.
Dia tak kasik chan lansung abang dia nak duduk sebelah aku.
Dan tak boleh duduk sebelah abang, konfem bertekak.
Selalunya, dia lah yang cari pasal dulu.



Sangat best!
Sotong bakor.



Ni pun best, siakap bakor.

Makan gini je dah RM100+.
Biasa la tu, kalau makan kat Cenang, tourist area, harga pun harga tourist lah.
Padahal lauk yang biasa-biasa je.

Lepas makan kitorang gi survey tempat dobi sebab nak basuhkan baju-baju Redza.
Ini memang rutin setiap kali bawak dia keluar bermalam.
Kitorang akan suruh dia angkut baju-baju kotor dia yang belum sempat berbasuh untuk basuh kat dobi.
Dan dia tak perlu pack baju-baju lain sebab semua baju dia kitorang bawakkan dari sini.
Selipar pun bawakkan sekali.
Dia hanya keluar bawak baju kotor and homework je.

On the way nak balik, nampak kedai mamak.
Wahhh ini sudah bagus.
Selama ni tak perasan pun ada kedai mamak kat sini, terus singgah tapau 9 keping roti canai and teh tarik.
Sampai villa, kenduri roti canai beramai-ramai.



Day 2 at Langkawi.

Aku order siap-siap makanan untuk breakfast.
Kalau dah ramai-ramai tu kan, payah sikit nak tunggu semua bersiap.
Nak pulak waktu pagi.
Karang ada yang breakfast pukul 12 tengahari kalau nak tunggu semua bersiap.

Jadi, aku order siap-siap makanan pagi selama ada kat sana.
Ni order nasi lemak, sambal udang (siap request kopekkan kulit udang siap-siap) and paru berempah.
Complete set dengan telur rebus, timun, kacang and bilis.
Pastu aku order teh O. Dia bagi kopi O FOC.
Puas hati!

Kalau korang nak order, boleh order kat Ms Norul 010-4049128.
Oh ni bukan blog reader tapi blog reader yang suggest.
Rupanya Norul ni ada anak form 5 kat MRSM Langkawi jugak.
Bila aku check-check nombor dia, laaa, ada dalam whatsapp grup rupanya.
Maklumlah, I kan sombong orangnya, mana bertegur sapa dengan parents dalam whatsapp grup. Kahkahkah.

Hari Jumaat, aku tak kemana.
Kak Long and the geng gi jalan-jalan.
En Wan and Redza gi basuh baju then terus gi solat Jumaat.
Aku pulak kat villa berdua dengan Rayyan, sambil ajar Rayyan buat latihan Kumon.
Apa kau ingat kau memonteng skolah takyah blaja? No way.
Apak kau dah bungkus homework Kumon untuk buat kat Langkawi.
Bukan homework-nya saje, dengan beg-beg Kumon sekali En Wan masukkan dalam beg baju.
Apa kena ntah orang tua ni.



Ok anak dah sama tinggi dengan mak yang tak berapa tinggi.
Tapi mak belum sama kurus dengan anak.



Lepas dorang balik dari Jumaat, kitorang gi Hj Ismail lah apa lagi.
Blom sampai Langkawi namanya kalau tak masuk Hj Ismail.
Macam biasa, beli cokelat.
....dan sambar 2 lagi periuk. 
En Wan kata masaknya tak, beli periuk je rajin.
Eh takpe, kurang-kurang gaya nak masak tu ada.
Kalau beli periuk pun tak rajin tu baru namanya pemalas nak mampus.



Lepas shopping baru teringat blom lunch.
Makan KFC je lah sebab tak rasa nak makan nasik.
Nasik lemak pagi tadi pun banyak lagi kat villa.




Redza ajak gi pantai petang tu.
Kitorang bertiga je pegi.
Hajat di hati tu dorang nak mandi laut, sekali tengok ombak punyalah ganas, tak jadi.
Duduk je la tepi pantai basah-basahkan spender.
Ombak tinggi, ramai surfing.

Aku dah cuak dah time ni, acane nak balik esok kalau gini gayanya ombak.
Patut la terumbang-ambing feri semalam, aku yang kat tepi ni pun takut tengok ombak.
Korang kalau nak pi Langkawi waktu-waktu gini naik flight je la sudah.

Malam tu, kitorang semua gi makan seafood kat Restoran Nelayan 2.
Mula-mula nak gi Nelayan 1, lagi best and tempat pun cantik sikit.
Tapi Jumaat kan, tutup.
So pegi Nelayan 2.
Not bad gak, ikan fresh, udang besar-besar, sotong pun boleh tahan.
Cuma tu la, tomyam je tak berapa kena dek tekak.
Memang takleh celen Absolute Thai.



Udang goreng butter.

Itu sudu besar tau, bukan sudu kecik.
Dan udang ni memang besar.



Kangkung goreng ikan masin.



Sotong goreng tepung



Tomyam dia walaupun tak se-kick Absolute Thai, tapi meriah dengan seafood.
Puas aku makan kupang and oyster.



Siakap sweet sour.

Ada tambahan telur dadar and ayam goreng tak sempat nak ambik gambar.
Semua lauk ni kitorang order 2 set.
Order orange juice and watermelon juice 2 jug (air pure buah, bukan kordial).
Total semua RM400+.
Kira ok la kan, untuk 10 orang makan.
Boleh pegi lagi.



Mak sampai tak tau nak ambik lauk apa sebab terlampau banyak sangat lauk, last-last mak makan sayur kangkung je. 
Bila En Wan sendukkan ikan kat pinggan dia baru dia kata dia nampak ikan.
Padahal ikan tu ada depan dia. Hahahaha.

Cadangnya, lepas makan-makan ni nak jalan-jalan kat area pantai cuci-cuci mata
Dek kerana kekenyangan sangat, masing-masing balik je villa.
Tido lagi baik dari bersiar-siar.



Day 3.

Breakfast sampai.
Aku order nasi goreng and mee goreng with teh O and teh susu.
Oh yes, aku pesan tolong bagi keropok keping sekali sebab orang-orang Tganu ni kalau makan nasik goreng and mee goreng mesti ada keropok.

Kak Long tak abis-abis puji aku "Pandai Diana arrange makanan, siap ada kepok sekali".

Setakat arrange memang pandai.
Kalau suruh aku buat, sorry.
Awal-awal aku tarik diri.

Baiknya Norul ni, dia bagi FOC telur dadar and mee goreng dalam bekas clear tu untuk perjalanan balik kitorang.
Banyak tu okeh, boleh 4-5 orang makan.
Selalu kalau orang nak bagi free pun takat satu bekas polisterin je, ini dia bagi sebekas besar.
Semoga murah rezeki Norul, bertambah majulah bisnes dia. Amin.

Kitorang check out 11.30 pagi.
Sebab nak gi beli barang-barang makanan Redza and dia nak potong rambut sekali.

Tapi sebelum tu sempat singgah Up Side Down House :)



Redza



Berpaut di jamban.



Dia ni bab-bab bergaya ni pass kat dia je.
Kemain real lagi.



Bapak muka taknak kalah, nak maintain macho.



Rayyan tetap nak kat butterfly :)



Redza dan Rayyan



Jubah aku tu dah dibacakan dengan 30 juzuk sebab tu dia tak melorot ke bawah.




Sebelum hantar Redza balik skolah, pekena nasik ayam Pak Ya.
Memang maveles!
Nasik ayam balut telur namanya.
Memang sedap and ayam sangat garing.
RM5 sepinggan, boleh dah harga gini.

Lepas makan, hantar Redza balik, then kitorang pun balik ke jeti.
Ingat nak jenguk-jenguk Hj Ismail kat jeti, tapi tak sempat sebab feri dah nak gerak.
Tak sempat nak duduk pun, terus masuk feri.

Perjalanan balik yang mengerikan jugak, tapi tak se-ngeri datang hari tu.
Kali ni Amir kata makhoda dia profesional sikit.
Agaknya feri berat, jadi dia bawak around 8 knot je.
Dan 3-4 kali jugak dia stop tengah-tengajh laut tu.
Aku tanya Amir apesal dia stop, aku dah nak menjerit dah ni.
Amir kata sebab ombak kuat, jadi dia kena stop dulu sebab feri ni maybe berat, kalau dia lawan ombak nanti boleh terbalik feri.
Aduyaiiiii yang si Amir ni pulak elok nau jujurnya bagi explanation siap cakap feri boleh terbalik bagai.
Makcik kau ni dah la penakut, tunggu masa je nak menjerit.

Tapi feri memang bawak dengan sangat slow, nak kurangkan melambung agaknya.
Tapi masa dia stop 3-4 kali tu, bergoyang gak feri kena lambung dek ombak.
Ya ampunnn Tuhan je la tau keadaan aku masa tu.
Tobat la aku kena pikir 34 kali lepas ni nak gi Langkawi.



Sampai je Kuala Perlis, terus rasa lapar.
Aku masuk Laksa Kak Su.
Kak Long and the gang masuk Nasik Daging Nosthalgia.
Kali ni aku takde rasa teringin nak makan nasi daging, maybe sebab nasi daging dah bukak kat Sungai Ramal, dekat sikit.



Lepas makan laksa, patah balik jeti nak solat kat masjid terapung ni.



Kitorang gerak dari Kuala Perlis pukul 7pm.
Sampai rumah pukul 12.30 pagi.
5 jam setengah siap campur stop kat Tapah.

Ya, En Wan bukan drive.
Dia terbang.



Ni namanya percutian keluarga yang takde dalam planning.
Kalau plan selalunya tak menjadi.
Kalau terkejut-terkejut macam ni akan jadi lebih meriah.







Yang mintak tutorial bawal, ni satu contoh.
Warna yang dipakai adalah kod : Jamaican Brown.

Boleh tengok warna-warna KAT SINI