2016-07-29

Opis Datuk tu dah melingkup.



Tadi lepas breakfast, nak balik ke opis, aku lalu depan opis lama aku.
Opis lama aku dulu kat Putra Heights jugak, tapi row lain.
Siapa follow blog aku dulu mesti ingat kes aku bertekak ngan Datuk yang berlagak gila nak beli opis aku dengan harga RM5K. Aku tak pernah reveal siapa Datuk tu. Alih-alih nampak ni kat internet. Baru je April lepas kena dakwa.

KLIK SINI UNTUK BACA ENTRY PASAL DATUK TU - PART 1
KLIK SINI UNTUK BACA ENTRY PASAL DATUK TU - PART 2

Opis lama aku tu sebelah je ngan pejabat Datuk ni.
Tadi aku terperasan eh apesal opis lama aku ni tiga-tiga tingkat kosong?
Bukan ke landlord ni sewakan kat Datuk tu?
Pastu aku tengok sebelah, laaa, opis Datuk ni pun dah kosong?
Sangat teruja aku nak tau apa jadi kat kompeni Datuk ni.
Sebab aku pernah dapat whatsapp dari group Putra Heights tentang orang edarkan flyers WANTED tentang Datuk ni. Katanya menipu projek PR1MA.
Masa tu kebetulan baru sebulan kes aku ngan Datuk ni, so aku forwardkan gambar whatsapp WANTED tu kat PA dia. PA dia kata terperanjat tanya aku dapat kat mana. Aku selamba je reply "Takkan you satu opis tak tau keje ngan bos penipu? Kitorang satu Putra Heights yang tak keje ngan dia pun tau". Terus senyap dia.

Rupanya memang betullah Datuk ni Datuk tak berduit.
Terpaksa menipu sana sini untuk teruskan hidup sara anak-beranak.
Alangkan opis aku tu pun dia mintak kurang nak beli setakat RM5K je, tak ke pelik sangat?
Aku yang tak Datuk ni pun mampu nak renovate opis and butik lebih berganda-ganda dari harga RM5K tu. Dia yang aku nak bagi opis siap renovate beli ngan harga RM10K je pun taknak.
Padahal aku tengok opis dia blind pun takde, main tutup ngan bendera je. Konon patriotik la cover tingkap dengan bendera, padahal takde duit nak beli blind. Tinted pun tak mampu ke, bang?? Eh, terbelagak pulak.

Pantang betul aku orang berlagak macam Datuk ni.
Kau kalau takde duit, tak payah lah berlagak. Itu lebih dihormati daripada berlagak nak mampus pastu ada hati nak look down kat orang lain.
Yang aku berbulu tu siap cakap "Kita nak tolong you je..".
Dia ingat aku jual opis tu sebab aku bankrup ke hape?
Last-last padan muka, kau yang menjunam rupanya.

Actually kan masa aku masuk opis dia pun aku cam pelik.
Sebab opis dia simple sangat. Macam cikai gila doh.
Tak menggambarkan sebuah kompeni yang serius nak berbisnes.
Dinding partition pun ala kadar.
Kamon lah, kau buat bisnes yang berurusan dengan ramai orang yang datang ke opis kau setiap hari.
Bukan buat bisnes online. Kompeni tu biarlah semenggah sikit.
Tapi kalau kereta ni jangan cakap la. Menjalar je kereta sport bersilih ganti. Keadaan kompeni cam haprak.

Lagi satu dia punya staff.
Kompeni dia buat sales, kompeni aku buat sales.
Aku orang sales, aku tau camana cara seorang sales exec.
Masa staff-staff dia datang opis aku untuk tengok-tengok keadaan opis sebelum setuju nak beli (kononnya), aku perati je sorangs-sorang.
Sorry to say lah kan, tapi aku rasa kalau orang tu boleh buat keje ke tak, kita boleh tengok dari attitude dia.
Yang datang tengok opis aku semuanya perangai macam nak pi open house. Beruk sangat perangai masing-masing. Siap bergurau-gurau bertolak-tolak dengan member depan-depan aku, di dalam opis aku! Lepas tu buat bising macam bagus. Siap sembang nak renovate sana renovate sini "Dalam 1 juta tak lari ni kalau renovate". Macam haraammmm.
Ko pernah tengok tak perangai mat-mat rempit yang nak tarik perhatian awek?
Dia punya kecoh satu macam kan?
Hah, macam tu lah perangai sekor-sekor yang datang opis aku.
Macam kemaruk nak orang kagum ngan kekayaan dia.

Masa tu Sang Nila Utama ada kat opis aku.
Ya Allah, aku malu sangat. Sebab Sang Nila Utama tu kaya gila kot, company dia 1 projek je ratus juta. Tapi dia diam je, senyum je tengok perangai sekor-sekor.
Later baru aku tau kompeni Datuk ni penuh ngan anak beranak dia.
Tak salah aku PA dia tu anak sedara.
Yang salah sorang 'bos' yang memekak kat opis aku tu pun anak sedara dia.
Elok lah tu, melingkuplah bersama-sama.

Kesian memang kesian.
Tapi kalau korang baca balik entry lama aku tu, korang tau macamana aku letih melayan kekerekkan manusia.
Tak payah lah hidup nak harap kekaguman manusia.
Takkan ke mana.