2020-06-05

Freedom of speech di tempat kerja



Saw this on LinkedIn this morning.

Aku rasa ini adalah 'penyakit' sesetengah budak-budak muda bila bekerja.
They believe that their right to freedom of speech extends to the workplace.
Silap besar!

Memang kita bebas bersuara, tapi bak kata Malique, gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara.
Sebelum bercakap tu pakai otak dulu.
Jangan ikut sedap anak tekak kau nak bercakap, bila kena buang kerja, kutuk majikan kat media sosial.
Pointer 4.0 tapi akal kat kepala lutut.
Tu pasal orang bijak tak semestinya ada common sense yang tinggi.

Dulu pernah viral satu kes budak intern mengutuk majikan kat FB.
Budak ni grafik design, then bos dia mintak buatkan satu logo untuk client.
Tapi as intern, dia hanya dibayar allowance saja.
Jadi dia bengang, sebab idea adalah idea dia tapi dia tak dibayar setimpal dengan design yang dia dah buat.

I'm sorry, but aku memang tak faham apa yang dia cuba pertahankan.
Setahu aku, sebagai intern/pekerja, apa saja task yang majikan suruh buat, kita kena siapkan.
Tak kisahlah design kita paling hebat, kita dibayar ikut gaji bulan.
Maybe ada some komisyen, I don't know.
The thing is, kalau semua orang nak fight bayaran berkadar lansung dengan hasil kerja, aku rasa aku patut dah lama jadi jutawan sebab aku bawa masuk sales ratus ribu tapi komisyen tetap 1.5% je [max].
Tu pasal orang kalau nak gaji sedap, write your own paycheck.
Berhenti makan gaji and start business. Lepas tu tengok sedap ke tak. Aku takut nangis je nanti.

Budak intern tu punya FB status went viral, sampai majikan dia baca.
Pastu lagi mau berlagak dia cakap "Lantaklah kalau kena buang kerja pun. Tak kisah".
Geleng kepala aku baca.
Aku berani cakap mentaliti begini takkan ke mana-mana.
Orang macam ni takkan boleh pergi jauh.

Aku pun sejenis loud juga tapi pakailah otak sikit, you don't have freedom of speech everywhere.
Nak lagi kalau macam kes staff Facebook ni, dia tak puas hati bila majikannya [Facebook] tak against the government.
Memanglah Trump tu bangang, tapi apa kaitannya majikan kau nak kena go against government?
Kau ada sistem demokarasi kan, tunggulah waktu tu nanti tunjukkan sokongan. Pilih masa tu.
Yang kau nak bitter bila majikan kau tak sokong pendirian kau dah kenapa.
You are basically asking them to risk the stability of a multibillion company, to risk projek-projek yang company dah deal, to risk future company yang dah dibina dengan sweat and tears so that the company is inline with your belief?
Walaupun Facebook adalah medium yang sangat berpengaruh tapi memaksa dia untuk go against the government tetap aku rasa permintaan yang tak masuk akal.
Macamana besar pun Facebook, ia masih lagi sebuah business yang ada pekerja untuk ditanggung.

Perangai gini kat Malaysia pun ramai.
Aku rasa this is the part of the problem.
We are so broken that we quit a job over different political opinions.
Suka sangat campur adukkan hal kerja dengan politik.
Majikan sokong parti yang tak sehaluan dengan dia pun dia nak bitter.
Majikan sponsor parti yang dia tak sokong pun dia nak butt hurt.
Disebabkan nak kutuk politician tak berani, maka dia kutuk majikan.
Entah apa lah dosa majikan tu.
Pernah ke majikan skip gaji kau?
Tahu tak yang freedom of speech sangat limited di tempat kerja?
You like it or not, itu hakikat yang kau kena terima.
Kau sekarang bekerja di syarikat orang, jadi apa yang di luar urusan kerja, tak payahlah nak merempan sangat. Buat je kerja kau diam-diam.

Perangai gini samalah macam kes beraya rumah orang hari tu.
Bila kita tak bagi datang, dia nak bitter.
Perli-perli pulak kita. Eh dah kenapa kau?
Rumah aku kot, sukati akulah nak terima tetamu ke tak.

Kadang aku tak faham pemikiran manusia jenis ni.
Dia nak pendapat dia saja diterima, walhal dia berada di tempat yang tak sepatutnya dia beri pendapat.
Rumah orang kot.
Have some respect dengan tuan rumah, boleh?

Itu kat rumah orang, habis kuat pun satu hari tu je kau datang, lepas tu kau takkan terima undangan lagi dah.
Inikan pula nak cari pasal dengan majikan yang bayar gaji kau. Akai mana?
It's perfectly legal tau untuk majikan take action against a worker for something they said or wrote.
Tak tau eh? Baru keluar gua?

Belajar-belajarlah bekerja dengan ragam manusia yang ada berbeza pandangan.
You will become better profesionals.
In fact dalam satu team yang hebat, bukan semuanya sekepala tapi dorang sepakat.
Sekepala and sepakat lain.
This is what makes them great.

Tak banyak yang kita boleh ubah tentang dunia, jadi tak payahlah nak ubah semua benda.
Lagi senang ubah diri sendiri, insyallah persekitaran kita akan berubah dengan sendirinya.
Yang baru masuk kerja, baru 2-3 tahun kerja ni, dengarlah cakap akak kau ni ha.
Sekarang ni memang kita rasa kita berani gila sound majikan, tak kisah kalau kena pecat, berani letak jawatan, takde hal.
But you will realize in a few years bahawa keberanian itu bukanlah ketika kita bertekak dengan majikan atau ketika kita berhenti kerja tetapi ketika kita stay dalam company and help change the organization from within.
Kalau nak jump company lain, biarlah kerana kita mahu perbaiki diri bukan kerana kita cari pasal dengan majikan.

Umur aku sekarang 42 tahun, kalaulah aku masih makan gaji, dengan ada beberapa mulut kat rumah yang nak disuap, I'm not going to quit my job over pendapat politik.
That's a level of entitlement that I can't afford.
Kalau aku nak cari kerja lain, biarlah aku dihire kerana experience dan kepakaran aku, bukan kerana pandangan aku match dengan isu-isu yang trending kat FB.

Macam post aku yang lepas, aku ada mention pasal ni - mana tempat kau kerja pun, kau takkan jumpa majikan yang best, kerja yang mudah, ofismate yang sekepala dan gaji/bonus yang kau suka.
Takkan boleh dapat kesemuanya serentak.
You will have to compromise somewhere.
Everything is not perfect but you got to make the best of what you have.

Ex-staff FB ni, bagi aku dia ni nerd.
Dia may be a book smart, tapi definitely bukan street smart.
Kalau dia bijak, dia takkan berhenti kerja dalam keadaan sekarang - yang segalanya tak stabil.
Lagi pulak negara dorang yang tengah huru-hara, lagilah jangan benti kerja oiiii.
Rule pertama, jangan resign melainkan dah ada offer lain.
Rule kedua, jangan resign dalam keadaan ekonomi tak stabil.
Rule ketiga, patah balik Rule 1.

Apa-apa pun aku admire decision dia but I am amazed at his lack of foresight.



2020-06-04

Beli rumah



Aku bukan orang hartanah atau berminat sangat dengan hartanah.
Aku beli rumah sebab aku rasa nak ada rumah sendiri. Tu je.
Tak terfikir lansung untuk pelaburan masa depan atau apa ke.
Sekarang pun kitorang cuma ada satu rumah je. Beli rumah sebab nak duduk.
Rumah yang dulu, jual.
Memang tak plan nak buat sewa ke apa ke.
Sejenis malas nak serabutkan kepala otak mikir nak kutip duit sewa, nak baiki itu ini. Malas.
Yang aku tahu, sah je jawatan, terus aku and En Wan kumpul duit untuk beli rumah.

Sebenarnya untung kalau beli rumah awal-awal sebab waktu ni kita belum ada banyak komiten lagi.
Masa ni kitorang hidup berdua, kereta En Wan hanya RM980 sebulan [bayar hutang Mak Aji], kereta Kancil aku pulak free [Mak Aji hadiahkan sempena graduation].
Anak belum ada, tak perlu bayar bibik, tak perlu bayar taska.
Makan pun apa yang ada, melancong memang tak, pinjaman pendidikan pun takde.
Jadi duit gaji boleh salurkan ke simpanan untuk beli rumah.
Berbeza kalau kita dah ada komitment yang besar, mesti susah sikit nak menyimpan.
Hujung-hujung membeli rumah hanyalah satu option saja, dah bukan kemestian.
Bukan kerana tak mahu, tapi sebab dah tak mampu kerana ada terlalu banyak komitmen lain yang perlu didahulukan.

Masa kitorang beli second house, umur aku 31 tahun.
Waktu ni aku berhenti kerja untuk start bisnes, memang tough betul rasanya.
Dah ada hutang kereta, dah ada anak, dah ada bibik, dah ada kad kredit, dah ada loan rumah pertama, at the same time baru sign docs untuk beli rumah kedua - tup-tup aku berhenti kerja.
Sakitnya tu di sini.
Merasalah kejap bulan ni bayar kereta dia, bulan depan bayar kereta aku - semuanya sebab nak rolling duit buat bayar hutang.

Itulah bezanya bila beli rumah pertama and kedua.
Lain ujiannya bila beli rumah dalam keadaan kita dah ada banyak komitmen.
Banyak yang kita kena korbankan.
En Wan siap buat partime buat drawing [engineering punya drawing, entah, aku tak faham] demi nak mencukupkan apa yang tak cukup.
Aku dah memang-memang tak cukuplah sebab baru start bisnes segalanya tak nampak bayang lagi.
Cut story short, rumah pertama dapat dijual dan rumah kedua alhamdulillah dapat duduk.

Bila tengok harga rumah-rumah sekarang, bukan main seram lagi.
Dah tak nampak bayang ratus ribu, sekarang main juta-juta je.
Kadang-kadang kesian juga dengan budak-budak muda, nak beli rumah, mahal sangat.
Rumah yang murah pula lokasi tak strategik, kecil, kemudahan kurang, access susah.
Apa yang aku nampak, walaupun harga rumah jatuh, harganya masih lagi di tahap mampu tengok, bukan mampu beli.
Bayangkan harga rumah jatuh dari 3 juta ke 1.8 juta, berapa ramai yang mampu beli?
Yang belum ada rumah kebanyakkannya budak-budak muda, mampu ke nak beli 1.8M tu.
Yang tua-tua macam aku ni dah tak kuasa nak beli new house dah sebab pinjaman pun tinggi.
Tak kuasa aku nak buat hutang baru.
Ni pun dah lega sangat-sangat kereta dah habis bayar.

Kalau yang baca post ni masih muda, belum ada banyak komitmen, pegilah beli rumah dulu.
Ataupun lepas je kawen terus sama-sama kumpul duit untuk beli rumah.
Cut dulu gaya hidup yang tak perlu. Disiplin buat saving.
Bukan apa, gaji kita tak naik selaju harga rumah.
Harga rumah naik macam roket, tapi gaji kita tak.
Bukan tu je, every year barang naik, minyak naik, duit taska naik, semuanya naik dengan cepat.
Jadi sementara selera belum besar, komitmen belum tinggi, buatlah force saving untuk beli rumah.
Nak simpan ASB ke, beli emas ke, itu kendian.
Buat satu satu dulu. Rumah dulu.
Dah dapat rumah, baru start save untuk benda-benda lain pula.
Umur makin lama makin bertambah, nanti bank susah nak bagi pinjaman.

Post aku semalam, ramainya yang buat luahan hati.
Adik-beradik dah berderet anak-anak tapi masih lagi takde plan untuk future.
Takde plan nak beli rumah, takde plan nak menyewa rumah, takde plan nak tong-tong expenses rumah yang ditumpang.
Yang di-plan hanyalah beranak tiap-tiap tahun.

Aku kalau kau nak mintak pandangan kes-kes macam ni, aku malas nak campur sebenarnya.
Sebab some people dia punya kefahaman tentang "rezeki" tu berbeza [read : salah].
Bagi dia, rezeki semua orang tak sama [betul dah tu].
Katanya aku diberikan rezeki ada rumah sendiri tetapi tak ramai anak, yang dia pulak takde rezeki nak beli rumah tapi anak ramai.
Haaa gitu. Maka, berlonggoklah dia bersempit-sempit dalam rumah mak bapak walau anak dah berderet.
Kalau kefahaman kau dah macam tu, lantaklah lah situ asal tak berlonggok dalam rumah aku.

Ada sorang kawan aku jenis tak boleh tengok duit kat tangan.
Jadi untuk elakkan dia spend kat tempat yang sepatutnya, dia beli 2-3 biji rumah.
Hajat nak sewakan tapi rumah dia semua takde penyewa lagi.
Dia kata takpe, dia beli sebab nak menyimpan.
Rupanya dia beli rumah sebagai force saving sebab kalau simpan kat bank nanti dia keluarkan.
So dia humbankan duit-duit dia kat rumah, dah tentu-tentu tak boleh keluarkan katanya.
Tapi tu lah, dia berkorban untuk hidup tak bermewah-mewah, tak shopping sakan sebab bayar hutang rumah.
Aku tak pandai menyimpan cara tu.
Lagipun malas nak ambik tahu hal penyewa [hahaha].
Disebabkan aku bukan kaki shopping, jadi orang macam aku boleh simpan duit dalam bank.
Insyallah dia kekal dalam tu.

Lagi satu yang kena ada selain rumah - insurans.
Aku bukan agen insurans tapi aku suka nak encourage budak-budak muda supaya ambil insurans.
Jangan sayang sangat dengan duit, korang umur muda, premium bulanan tak tinggi mana kecuali kalau kerja 3rd degree.
Macam En Wan dulu kerja dengan mesin, premiumnya tinggi sikit walauun baru 24 tahun.
Now dah tua, aku rasa dia bayar sama macam muda dulu, sebab faktor usia.

Dulu, aku pun spektikal dengan insurans, tak nampak kat mana keperluannya.
Ye lah, umur tengah muda memang sihat manjang.
Sebelum aku kerja dengan Prudential, aku sendiri takde insurans.
Bila dah kerja kat sana, jadi Medical Underwriter pulak tu, baru aku nampak kebaikannya.
Especially bila as Medical Underwriter, tengok medical history orang yang memohon insurans, alahaiii, sedih kadang.
Dah ada macam-macam penyakit, dengan rekod bil rawatan yang tinggi, boleh bertambah sakit rasanya kalau kena keluarkan duit sendiri.

Insurans adalah pelaburan juga, ambiklah.
Umur muda, bayar tak mahal sebab plan dan pakej insurans berbeza ikut umur.
Yang suri rumah tu, pastikan suami ambikkan insurans.
Kalau suami tak ambikkan, duit nafkah suami bagi tu beli insurans untuk diri sendiri.


[post ni tak ditaja oleh sesiapa ya, aku sendiri nak tulis]





p/s : Instagram followers, GreenAard with free hand sanitizers boleh whatsapp sini.


2020-06-03

Hutang bakal suami



Ini adalah nightmare.
Benda yang memang semua bakal pengantin takutkan adalah pengurusan kewangan bakal suami/isteri.
Ini sebenarnya jauh lebih sakit daripada kena kawen paksa.
Cinta dalam hati sekejapan boleh hilang bilamana terpaksa menanggung hutang yang kau tak buat.
Sebab tu tak heranlah semakin dekat dengan hari nikah, semakin banyak masalah datang.
Masa tengah bercinta bukan main elok je serba-serbi, tapi semakin dekat hari nak kawen kerap bergaduh.

Why?

Sebab masa ni barulah masing-masing mula fikirkan kehidupan selepas kawen.
Masa bercinta hari tu semua pikir nak kawen je.
Bila dah nak dekat kawen, barulah nak pikir life after married yang sebenarnya jauh lebih susah.
Bak kata orang tua, kawen tu tak susah. Yang susah adalah mempertahankan perkahwinan.
Banyak benda nak kena harung lepas tu.

Pilih pasangan hidup bukan keputusan mudah yang boleh dibuat sembarangan.
Mesti sangat yakin orang yang kita pilih adalah orang yang tepat.
Paling tak pun, buarlah dia orang yang dalam kebanyakkan hal boleh diterima akal.
Perangai tu memang payahlah nak jumpa yang perfect, but at least dalam kebanyakkan perkara, masih boleh bertolak ansur.

Memandangkan komitmen dalam perkahwinan tak boleh diambil remeh, it seems important to choose the right person.
Perkara utama yang mesti diambilkira dah tentulah samada kita dapat terima kekuatan dan kelemahannya, kerana semua orang ada baik dan buruk, jadi kalau bab perangai ni kita boleh settlekan dulu sebelum kawen, insyallah laluan seterusnya mudah sikit.
Then, check kewangan bakal pasangan.
Rasanya dalam hal ni, menge-check kewangan suami jauh lebih penting sebab dia bertanggungjawab dalam banyak urusan rumahtangga.
Isteri boleh tong-tong tapi jangan sampai suami goyang telo 24 jam.

Make sure your partner must have a clear income.
Kalau pendapatan suami tak secure, bermakna masing-masing dah boleh pikir strategi dan plan step by step macamana nak manage duit dan perbelanjaan.
Sorry to say lah, aku pernah tengok pasangan pengantin yang takde plan selepas kawen.
Dia cuma plan majlis kawen je.
Nak tinggal mana lepas kawen pun tak pikir.
Nak kerja kat mana lepas kawen pun dia nak fikirkan selepas majlis kawen settle, boleh?

"Nantilah lepas kawen baru pikir"

Kawen tu kerja sehari dua je.
Meriahnya seminggu, tapi perjalanan nak kena hadap ni sampai ke tua.
Sometimes orang tak faham konsep rezeki.
Memang rezeki dah dijamin tetapi rezeki itu luas, bukan semata-mata duit.
Bila sebut "rezeki dah dijamin", duit tu takkan datang selepuk depan muka.
Untuk dapat, kita disuruh berusaha.
Tanpa usaha, mustahil duit tu berjalan depan kita.
Kalau lapar sekalipun, makanan takkan masuk dalam mulut gitu-gitu je.
Mesti gerakkan tangan dan mulut untuk bagi makanan tu masuk ke perut.
Tu semua perlu usaha.
Rezeki takkan sampai kepada kita kalau kita tak usaha.

Dapat tak dapat belakang cerita, janji mesti ada planning.
Ini planning pun takde.
Plan nak kerja kat mana pun tak pikir, plan nak duduk mana pun tak tahu.
Janganlah gamble life macam tu sekali.
Esok lusa bila ahli keluarga bertanya, kita sentap.
Mulalah kita kata keluarga tak support, keluarga tak bersatu hati.
Padahal kita yang ambil mudah semua benda sampai menyusahkan orang lain.

Sebelum kawen, ambiklah tahu kedudukan kewangan pasangan [especially bakal suami].
Apa kerjanya, berapa pendapatannya, apa tanggungannya, ada hutang ke tak.
Bab hutang ni kena ambil tahu, karang tak pasal-pasal kita yang tak berhutang ni pulak kena menanggung hutang orang lain.
Kadang-kadang tu memang bukan kita yang membayarkan hutang dia, tapi dek kerana gaji dia habis buat bayar hutang maka perbelanjaan rumah semua kita settlekan sorang sampaikan bra pun berganti.
Tak ke satu keje namanya tu?

Make sure pasangan kita tak ada masalah hutang sama sekali.
Hutang dalam kes ini maksudnya hutang yang dah lama tertunggak dan belum dapat dilunaskan.
Aku bersyukur juga sebelum kawen aku and En Wan takde hutang apa-apa.
Hutang belajar takde, hutang kad kredit takde, loan bank pun takde.
Hutang pertama kitorang [actually En Wan] adalah hutang kat Mak Aji buat bayar duit nak keluarkan kereta dari port. Dia hutang dalam RM11K.
Setiap bulan dia bayar RM980 [kalau tak salah] pada Mak Aji, without failed.
Sebab itulah setahun selepas kitorang kawen barulah pi honeymoon, tu pun kat Cameron je.
Nak bayar hutang punya pasal, honeymoon biar tangguh.
Lepas dia confirm kerja, barulah dia start buat hutang kredit kad.
Kitorang kawen 2001, sehingga 2004 aku masih lagi takde hutang apa-apa termasuk kredit kad.

Hutang adalah perkara normal, tetapi hutang lapuk yang tak lunas-lunas adalah tak normal, dan pasangan mesti clear cut bab ni sebelum kawen lagi kerana consequencesnya berat.
It's good if you and your partner are quite open about this.
Ramai yang sanggup bergolok-bergadai demi nak kejar status sosial, akhirnya terbelit dengan hutang sendiri.
Buat majlis kawen grand memang impian semua orang.
Orang kata 'kawen hanya sekali, biarlah jadi kenangan'.
Tapi janganlah sampai anak dah 3 orang, hutang kenduri kawen masih blom settle.
Mana nak datang bahagia kalau hidup terbelit dengan hutang lapuk?

Berbincang hal kawen dengan berbincang tentang hutang adalah sama-sama penting.
Kebanyakkan pasangan yang belum berkahwin malu nak terus-terang dengan pasangan yang mereka ada hutang.
Masing-masing fokus pada biar nampak mewah, sengsara kemudian takpe.

Hutang jangan dibuat main-main, kebanyakkan punca penceraian di awal 5 tahun perkahwinan adalah sebab duit, bukan sebab curang.
Nak tunjuk, walaupun duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.
Kau nak pegi kerja pakai duit.
Nak start kereta pun kena pakai duit.
Nak balik kampung pakai duit.
Nak beli ubat pakai duit.
Semua duit.

Komitmen kewangan mesti dibincangkan sebelum kawen.
Aku kan memang benda ni aku ambik kira dulu.
Bukan nak cari lelaki kaya, tapi jangan yang menyusahkan.
Yang pernah hidup serba kurang je tahu macamana rasanya bila tak berduit.
Nak melancong memang out of the story lah.
Nak beli baju baru pun tunggu hari raya.
Nak makan sedap kena ada special occasion.
Disebabkan aku dah lalui benda-benda ni, aku memang picky bila bab pilih pasangan [wahh, macam kau hot sangat boleh pilih-pilih!].
Kalau dia tak boleh memewahkan aku takpe, asal jangan menyusahkan aku.
Sama-sama start dari scratch membina hidup, tak apa.
Tapi kalau nak suruh aku tanggung hutang-hutang yang kau buat tanpa pengetahuan aku, boleh jalan.
Hidup nak bergaya, makan nak sedap, baju nak mahal, padahal duit takde, bulu je ada.

Aku memang turn-off betul dengan lelaki yang nak makan sedap tapi taknak bayar.
Kalau aku yang mintak makan sedap, lain cerita. Aku mintak, aku bayar.
Ini bila kita tanya "Kita nak makan kat mana eh?"

"**** terasa nak makan kat situlah. Tapi takde duit"

"Ok takde duit takyah cerita. Makan tempat lain".

"Tapi teringin. Awak belanjalah".

Huh??
Kau yang teringin, aku yang kena belanja ke, hanattt.
Nak paksa-paksa orang belanja pulak.
Dah tahu takde duit, ajarlah anak tekak tu sikit biar berpada-pada.
Tengah takde duit pun selera jin.

Ada satu masa tu, before kawen, aku keluar makan dengan kawan-kawan aku, bawak En Wan sekali.
Dalam kereta, member aku [lelaki] tanya "So kita nak makan kat mana ni?"

En Wan jawab "Tempat biasa-biasa je boleh? Aku ada RM20 je ni".

Walaupun masa tu aku konfiden-tak-konfiden je ngan dia, tapi statement dia tu buat aku rasa lega juga sebab dia tak poyo.
Dia takde duit, dia terus-terang walaupun depan kawan-kawan.
Takde lah dia nak beria impress kawan-kawan aku bahawa dia adalah pilihan aku yang terbaik.
Takde lah kata nak "Oh, aku study overseas, aku ada sport car, so aku kena tunjuk aku kaya 24 jam".

Tak macam hamlau sorang tu, takde duit pun sibuk ajak aku shopping.
Dia pulak sakan men-try baju kat fitting room dengan harapan kalau baju tu nampak hensem, maka aku belikan. Beruk.





p/s : Instagram followers, GreenAard with free hand sanitizers boleh whatsapp sini.


2020-06-01

Muka maintain S tapi badan XL



Aku up-kan gamba ni kat IG semalam.
Ramai yang surpise kemontelan aku tahun 2018.
Hakikatnya, aku sendiri tak perasan aku setembam tu, aku tetap konfiden body aku macam Heidi Klum.
Bila dah cantum-cantum gini baru nampak luar biasa hebat aku tahun 2018 tu.

Tahun 2018 tu kemuncak berat badan aku, 61kg+.
Waktu ni aku sedang RnD HRR and Gloei.
Ini memang expected, sama macam year 2015 berat aku haywire bila aku RnD GC Plus.
Badan kita ni bila makan macam-nacam bahan aktif, hormon akan fluctuates dan metabolisme akan jadi slow.
Hasilnya, badan akan lambat turun berat tapi cepat naik.
Maka itulah impak yang aku faced tahun 2018.

Tapi aku rasa sel lemak aku banyak kat bahagian atas badan - dada, lengan and muka.
Walaupun berat aku cecah 61kg, pinggang aku still tak exceed 30 inch.
Aku masih muat pakai jean size 28 inch.
Boleh jadi sebab tu aku pun tak sedar berat aku dah overweight sangat.
Ada orang lain pula, kalau berselfie, muka maintain S tapi badan XL.
Itu maknanya sel lemak dia banyak di tempat lain, maybe pinggul atau peha.

Gambar tahun 2011 tu aku baru lepas fotoshoot tu pasal kening and hidung on point semacam.
Aku saja nak tunjuk itu aku selepas 6 bulan bersalin Rayyan.
Badan aku cepat susut walaupun tak menyusukan baby.
One of the reason sebab usia. Masa ni aku baru 33 tahun.
Umur kita memainkan peranan dalam weight loss.
Waktu ni metabolisme masih tinggi, jadi berat cepat turun.

Tahun 2019 aku dah 42 tahun.
Boleh nampak tak jenuhnya dari 2018 nak turunkan badan ke 2019?
Ambil masa lebih kurang setahun [maybe less] nak kurangkan berat dari 61kg ke 52kg.
Nak tunjuk betapa weight loss is not a competition but a journey.
Sadly we are conditioned to respond to quick change not slow change.
Banyak faktor yang perlu diambil kira bila nak lose weight - umur, makanan, metabolisme, aktiviti.
Tak semestinya si A turun berat 5kg in a month maka kita juga boleh turunkan berat yang sama dalam tempoh yang sama.

Bila berat badan turun dengan steady, selalunya ia lebih kekal berbanding turun dengan drastik, naiknya juga nanti drastik.

Why?

Because selalunya yang turun berat dengan drastik ni, bukan lemak yang berkurang tetapi air.
Lemak takkan turun dengan cepat.
Indicator body fat kita bukanlah pada penimbang tapi pada ukuran pinggang, lengan, peha.
Sebab itulah lebih baik ukur size badan pada baju, bukan pada penimbang.
Kadang-kadang berat tak turun banyak tapi baju-baju lama dah boleh pakai balik.

Ada juga yang heran kenapa timbang berat waktu pagi lain, waktu tengahari lain, malam lain.
Ada yang tanya aku, dia hanya minum air dari pagi sampai pukul 2pm, tapi berat naik sampai 700g.
Jangan heran bab ni sebab our weight can change depending on the time of the day.
Memang air kosong tu takde kalori, tapi ada berat.
Jadi, you have increased your weight but not your calories. So tak payah risau.

Yang follow IG aku mesti tahu IG aku penuh dengan gambar makanan.
Walaupun macam tu, berat aku alhamdulillah maintain 51-53kg, tak lari dah dari angka tu.
Rahsianya, jangan terlampau sekat makan.
Sebab, berat badan kita menaik/menurun/statik bukan hanya disebabkan makanan tapi juga hormon.
Kalau kita terlampau sekat makanan, badan jadi stress.
Bila badan stress, badan akan hasilkan hormon yang akan block badan dari membakar lemak.
Hasilnya, berat statik.
Berhempas pulak diet masih tak turun-turun.
This is due to hormon.

Nak makan, makanlah tapi kuantiti sikit.
Terasa nak makan pizza, makanlah 1-2 keping. Done.
Terasa nak makan aiskrim, makanlah satu kon. Done.
Jangan pulak kau belasah hari-hari.
Makan setakat buat pelepas tekak orang kata.

Tinggi aku cuma 155cm je.
Untuk ketinggian yang tak berapa nak tinggi ni, 58kg masih lagi range normal weight tapi kena tengok juga distribution sel lemak tu kat mana.
Kalau sel lemak kau banyak area pinggul and peha, insyallah 58kg dah nampak boyak sangat.
Tapi kalau sel lemak tu di bahagian atas badan, jadiklah macam aku tahun 2018 tu.
Sampai penyek hidung aku ditarik pipi.

Now, berat aku dalam range 51-53kg.
Seluar aku size 27 inch kalau nak selesa.
Kalau nak 26 boleh juga tapi ada part-part yang kurang selesa.

Some people, berat 47kg tapi seluar size 27 inci sama macam aku.
Sebab itulah kita tak boleh nak anggap "Oh, tinggi dia 155cm pakai size M, maknanya aku pun pakai M lah".
No, belum tentu lagi.
Macam aku, blouse is size M, kurung size S tetapi kalau kemeja mesti L sebab kalau pakai M, butang kat bahagian dada terik sebab size tetek kita tak sama.

Umur aku dah nak masuk 43 tahun ni.
Berat 51-53kg ni aku rasa just nice.
Aku takut kalau aku cuba kurangkan lagi berat, nanti hormon aku haywire, tetiba karang menopause awal. Hahahaha.
Jadi, kalau kita nak turunkan berat badan, patut padanlah sikit.
Jangan terlampau nak kurus. Bukan semua yang kurus tu cantik.
Yang penting kita rasa badan kita ringan, nak solat berdiri berlama-lama pun tak sakit kaki, tidur nyenyak tak berdengkur, itu maknanya komposisi badan kita betul.



Testimoni-testimoni macam ni banyak kat FB and IG GreenAard.
Everyday ada orang hantar testimoni.
Aku malas nak up kat blog, karang dah tak jadi keje lain dok cerita pasal produk je pulak.
Sesekali macam ni boleh la, lagipun kebetulan now tengah ada promo jadi ramai yang pertanyaan-pertanyaan masuk.

Aku always educate customer GreenAard untuk ambil ukuran pinggang.
Sebab kawasan pinggang and perut adalah tempat berkumpulnya visceral fat.
Kita nak buang visceral fat ni sebab ini adalah lemak yang bahaya.
Jangan concern dengan angka pada penimbang, itu bukan indicator lemak badan.
Penimbang adalah berat badan secara keseluruhan - tulang, otot, lemak, air.
Boleh jadi berat badan u menurun tapi bukan lemak yang turun.
It could be air berkurangan atau otot mengecut due to extreme diet.
Jadi, ambillah ukuran pinggang, lengan, peha.
Atau paling mudah, pakai baju-baju lama semula, muat ke tak.
Kalau muat, even penimbang tak tunjuk banyak turun, you are actually losing weight.




Yang guna produk-produk yang lain, kalau dah serasi, tak perlulah tukar ke brand aku ni.
Takde sebab nak tukar kalau badan dah serasi.



Apa-apa supplement yang baru diambil akan bagi side effect berbeza.
Ada yang ok, ada yang tak ok, ada yang rasa pening, ada yang loya.
Yang penting kita identify punca dulu.
Just like this customer.
Mula-mula dia ambil Gloei dia rasa sakit kepala.
Dia mengadu di tempat yang betul, iaitu direct pada GreenAard [dia DM aku].
Jadi, aku tolong identify di mana puncanya.
Alhamdulillah, now dah ok.

Aku bukan dokter, tapi insyallah aku boleh tolong apa yang aku tahu berdasarkan ilmu yang aku ada.
Memandangkan aku create the formula, insyallah, aku boleh tolong sikit-sikit identify.



Sehingga 9 Jun, siapa beli GreenArd dapat samada hand sanitizer free atau surface disinfectant free.
Lately ni ramai cikgu-cikgu skolah DM aku tanya harga bulk purchase untuk Pure Effective.
Sekolah nak bukak balik agaknya?
Ok, kalau nak bulk purchase price atau nak beli GreenAard, KLIK SINI.



2020-05-30

Terima kasih kerana mengingatkan aku


Hidup akan terasa lebih indah kalau sentiasa bersyukur.
Jangan pernah rasa kita adalah orang yang paling malang di dunia, kerana masih ramai orang kat luar sana yang tengah rasa susah dengan ujian yang jauh lebih berat.
Boleh jadi rasa kecewa yang kita rasakan sekarang adalah kerana kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.

Semalam, ada a few DM aku di IG bercerita tentang masalah masing-masing.

Ada yang tengah diuji dengan majikan nak downsizing company lepas raya.
Ada yang tengah diuji dengan gaji sejak bulan puasa tak dapat lagi.
Ada yang diuji dengan masalah susah nak tidur.
Ada yang diuji dengan clinical depression sampai ada rasa nak bunuh diri.
Ada yang diuji dengan masalah hutang dengan Ahlong.

Jujur, aku tak boleh nak tolong bagi masalah ni selesai, aku cuma boleh jadi pendengar and try my best untuk bersembang-sembang.
Mudah-mudahan ada yang kita boleh belajar sama-sama.

Apa yang aku realized, semakin aku mendengar luahan dorang ni, sebenarnya Allah sedang menegur aku.
Aku ni kurang bersyukur orangnya.
Kadang-kadang tu aku bersyukur pada benda yang sama berulang-ulang.
Boleh jadi juga ungkapan syukur dari mulut aku ni tak sampai ke dalam hati.
Jadi Allah datangkan mereka ni untuk bercerita dengan aku supaya aku pandang kesyukuran tu dari perspektif yang lebih luas.

Kita jarang bersyukur dapat tidur sekejap. Tak puas.
Dapat tidur lena pun tak bersyukur juga.
Dapat tidur dalam rumah yang selesa, ada aircond, ada kipas, kejiranan yang aman pun tak bersyukur juga.
Kerana semua tu adalah biasa pada pandangan mata kita.
Tidur je kot, semua orang pun tidur, nak bersyukur apanya?
Sedangkan ada orang yang terseksa tak dapat tidur.

Kita jarang bersyukur masih ada pekerjaan.
Malah kita merungut bila majikan kita tak seperti majikan orang lain.
Kita membanding-bandingkan imbuhan orang lain dapat dengan kita.
Tapi bila kita dapat imbuhan lebih, kita kata itu rezeki.
Sedangkan ada orang yang tengah stress gaji 2 bulan sangkut, bisnes kena tutup, sedangkan ada anak isteri yang nak ditanggung.

Kita jarang bersyukur cuma dapat selsema setelah 6 bulan sihat walafiat.
Satu kali jatuh sakit dah mengeluh bila semua kerja terbengkalai.
Sedangkan ada orang sedang bertarung dengan masalah depression, jauh lebih berat masalah kesihatannya.

Bila kita tak diuji, kita rasa kita dalam keadaan yang ok. Blessed.
Padahal dalam keadaan serba selesa itulah ujian terbesar kita kerana ketika itu rasa syukur berkurang.
Mengucap syukur pun sekadar di mulut, tak benar-benar dari hati.
Macam aku lah.
Hari-hari zikir Alhamdulillah bukan main lagi target mesti 1000x.
Hakikatnya, Allah tahu, aku pun tahu, zikir Alhamdulillah tu hanya dari bibir aku je.
Tak sampai pun kat dalam hati.
Jadi Allah datangkan followers-followers yang baik-baik ni berceritakan masalah pada aku.
Cerita-cerita dan masalah-masalah mereka buatkan aku tersentak.
Ya Allah, rupanya terlampau banyak benda yang aku lupa nak syukuri, terlalu banyak.
Aku ingatkan aku dah banyak bersyukur, rupanya tak.
Aku cuma syukur benda-benda surface je, tapi dasarnya aku tak gali.

Terima kasih mereka-mereka ni yang sudi berkongsi cerita.
Dalam ramai-ramai orang, walau kita tak pernah bertemu muka, Allah gerakkan hati korang untuk berkongsi dengan aku.
Rupanya ujian Allah tu untuk korang tapi teguran Allah itu untuk aku.
Aku kurang bersyukur orangnya. Ibadah dan amal soleh pun kurang.

Entah apalah agaknya yang dorang pandang pada aku, ada yang minta berkali-kali aku doakan mereka.

Kau rasa doa kau dekat dengan Allah, Diana?

Jangan perasan.

Allah gerakkan hati mereka supaya minta kau mendoakan, kerana kau kurang berdoa!
Kau berdoa pun hanya untuk diri kau je.
Sebab itu Allah gerakkan dorang untuk minta kau mendoakan, supaya kau banyakkan sujud, banyakkan doa.
Itu cara Allah nak bagitau kau, ibadah kau masih kurang.

Lantas aku teringat masa aku buat umrah dulu, aku open peluang untuk orang hantar doa.
Banyak yang hantarkan doa untuk aku bacakan.

Apa aku buat?

Aku compilekan setiap 10 doa dengan satu solat hajat.

Habis, kenapa sekarang kau tak buat macam tu?
Kenapa kau buat hajat untuk kau sorang je?

Allah..halusnya cara Allah menegur aku, tapi pedihnya sampai ke hati.
Belajar agama bertahun-tahun, ambik kelas private bagai, tapi aku belum mempraktikannya dengan betul.
Malunya aku.

Terima kasih semua kerana bercerita.
Menyedarkan aku, banyak perkara yang aku terlepas pandang.
Banyak perkara yang aku kurang bersyukur.
Ibadah aku rupanya masih kurang.
Amalan kurang, syukur kurang, tapi nak syurga.
Mana connection-nya?
Memang kat sana nanti kau ada cable ke, Diana?


2020-05-29

Influencer di langit


Bulan puasa hari tu aku ada terbaca satu FB status dari seorang dokter yang share screenshot status someone yang mempertikaikan isu Covid-19.
The dokter tulis something like this "Kalau yang menulis tu ramai followers, memang payah sikit nak betulkan pemikiran dorang. Rosak negara".

Ada betulnya.

Influencer ada banyak followers di media sosial.
Mereka ni ada pengaruh yang besar terhadap followers.
Influencer termasuklah artis, model, selebriti, blogger, etc.

Orang yang berpengaruh macam influencer ada kelebihan untuk mempengaruhi orang lain, baik dari segi penampilan, gaya hidup, pemikiran, cita-cita, malah akhlak.
Ini menjadikan influencer seharus selektif dalam memilih content yang nak disiarkan kerana kesannya sangat besar.
Becoming an influencer bukan hanya mesti ada kekuatan untuk mempengaruhi, tetapi mesti ada pengaruh yang signifikan. Maksudnya, influencer mesti bagi impak positif.

Fenomena kehadiran influencer baru kat various platform sometime kita yang tengok ni jadi urut dada.
Yang buat prank ntah hape-hape, yang menonggeng-nonggeng, yang buat lawak takde sensitiviti, sampailah ke influencer yang terang-terang mempersendakan orang lain dan mengajak follower kecam-mengecam berjemaah.
Memanglah content-content macam ni senang dapat highlite.
Lagi banyak content merepek dan kontroversi kau buat, lagi ramai followers and subscribers.
But remember, you can move from having influence to having bad impact.
Jangan hanya nak kejar kemasyhuran sampai tak tahu tujuan.

Menjadi orang yang berpengaruh memang seronok.
Sebab itulah ramai yang bersaing untuk jadi orang yang berpengaruh, bersaing untuk tambah followers.
Sanggup buat macam-macam, asalkan jadi terkenal, followers bertambah, likes bertambah.
Ada yang sanggup beli followers, ada yang lebih tak bermaruah sanggup hack akaun orang lain yang ada banyak followers then use it for personal gain or sell it for profit.

Bak kata seorang ustaz yang aku dengar ceramahnya di You Tube bulan puasa hari tu, kita mungkin boleh terkenal di dunia, tetapi tidak semestinya terkenal di langit.
Di dunia ini sendiri sebenarnya ada banyak pengaruh langit yang keberadaannya kita tak tahu.
Dari situlah kita sepatutnya belajar kerana menjadi influencer penduduk langit itu kekal dibawa mati.

Salah satu contoh influencer langit yang ada di bumi, kita boleh tengok Kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir [cerita ni ada dalam Al-Kahfi].
Ustaz tu kata, Nabi Musa ni sangat cerdik.
Maunya tak cerdik kalau dalam masa pemerintahan Firaun pun dia masih boleh kumpul pengikut.
Padahal Firaun tu punyalah bengis, berkuasa, siap mengaku Tuhan tapi walaupun macam tu, Nabi Musa masih lagi dapat influence orang lain untuk jadi pengikutnya.

Tapi Allah nak tunjuk kat Nabi Musa, sehebat-hebat kau, ada yang lebih hebat dan lebih pandai dari kau.
Maka Allah hantar Nabi Musa untuk belajar dengan Nabi Khidir.
Zaman kita skolah dulu mana ada nama Nabi Khidir dalam senarai 25 Rasul dan Nabi yang wajib diingat? Takde.
Tapi ternyata ketokohan Nabi Khidir ni, even jiran dia pun tak tahu.
Nabi Khidir penampilannya macam orang biasa tetapi dia ada keistimewaan di sisi Allah bahkan ilmunya lebih tinggi dari Nabi Musa.
Boleh refer Al-Kahfi untuk tahu kisah ni.
Secara ringkasnya, Nabi Musa terkesima dengan sikap Nabi Khidir.
Bermula dengan Nabi Khir sengaja tebuk lubang kat perahu nelayan miskin, kemudian Nabo Khidir membunuh sorang budak yang tengah main-main, hinggalah Nabi Khidir membaiki sebuah bangunan yang hampir roboh di sebuah kampung yang terkenal dengan orang-orang yang tak mahu bertaubat.

Bila sebut pasal Nabi Khidir ni, dikatakan baginda adalah di antara 4 Nabi yang maish hidup.
Tak tahulah sejauh mana kebenarannya tapi based on tugas-tugas para Nabi, Nabi Khidir ni diamanahkan oleh Allah untuk mengajar ilmu hikmah kepada wali Allah.
Itu tugasnya.
Boleh jadi atas sebab itulah dipercayai Nabi Khidir masih hidup.

Aku pernah cerita dalam post umrah aku yang lepas-lepas, tak ingat umrah yang ke-berapa, tapi ada satu kali tu tengah bertawaf aku perasan depan aku ada sorang orang tua yang nampak macam tua sangat.
Bongkok satu macam, tapi dia gagahkan diri bertawaf.
Amazingnya, keliling orang tua tu lapang, seolah-olah ada space untuk dia bergerak.
Aku tengah bertawaf, mulut taki henti-hentilah berzikir tapi dalam hati aku terdetik juga "Gigihnya orang tua ni bertawaf walau dah terbongkok-bongkok".
Selalunya kalau tengah bertawaf ni, aku suka mencilok celah-celah orang, malas nak jalan slow-slow.
Tapi hari tu aku follow je orang tua tu. Aku takut dia kena rempuh jadi biar aku berjalan belakang dia.
Tapi aku habis tawaf dulu, lepas tu tak jumpa dah.
Aku cerita kat Mak Aji, pastu Mak Aji kata "Manalah tau itu Nabi Khidir sebab Nabi tu hidup lagi orang kata".
Takkanlah orang macam aku boleh jumpa Nabi kan, tapi takpelah, pengalaman baru di sana.
Semoga niat aku nak hadang dia daripada dirempuh akan jadi hujah aku di akhirat nanti.

Influencer langit yang ada di bumi masih ada di kalangan kita, cuma kita tak perasan sebab mata kita mudah melihat pada yang majoriti.
Kita lebih pandang kuantiti.
Nabi Khidir adalah bukti bahawa mempunyai followers yang ramai tidak memberikan apa-apa makna SEKIRANYA kita sebagai influencer tak membawa followers kepada kebaikan.
I myself see it depends on each individual - apa tujuan kita menjadi influencer.

Contohnya someone yang nak serius ber-blogging atau nak jadi someone yang berpengaruh di platform media sosial yang lain.
Jumlah followers ada makna tersendiri.
But for me, what is far more important is who our followers are, bukan jumlah follower.
Aku tak kata jumlah folowers tak penting lansung, but the value everyone places on these numbers needs to be reconsidered because the numbers don't always tell the full story.

Sekarang ni ramai-ramai yang follow tu belum tu lagi genuine, some of them are surveilance camera.
Daripada kita concern tentang berapa banyak orang likes, berapa banyak orang share, berapa banyak followers kita ada, lebih baik fokus pada sejauh mana tulisan kita menjadi ibadah di sisi Allah.
Biarlah tak banyak like pun, biarlah tak banyak orang share pun, after all yang membolak-balikkan hati manusia pun Allah saja.
Allah selalu ada cara untuk memanjangkan tulisan kita kepada orang yang tepat, insyallah.


2020-05-27

Cara kita tak sama



Aku dah lama nak cakap pasal ni, tapi asyik terlupa.
Semalam selak-selak LinkedIn terfikir pula nak tulis pasal ni.

Hari tu aku ada tulis post pasal Personal Branding [cubalah selak-selak post bulan puasa lepas].
Aku ada mention yang your brand is not just your logo, color, warna, konsep bisnes dan ikon.
Your brand is so much more - ini termasuk cara kita bercakap [menulis], gambar yang kita post, mesej yang kita sampaikan dalam tulisan-tulisan kita, cara kita tampilkan diri pada khalayak, etc.
Dalam kata lain, your brand is everything you do, baik dari segi siapa kita di online mahupun offline.
Kalau kita jujur dengan diri sendiri, apa yang kita buat pasti consistent.
Tetapi kalau kita fake, someday kita akan go off-brand.
The more off-brand you go, the more confused your audience.
Sebab itulah penting untuk kita consistent dengan apa yang kita tonjolkan. Be yourself.
Consistency adalah part paling kritikal dalam membina kepercayaan customer.

My first business that really took off for me adalah GreenAard [sebab biotech business adalah offline business].
Sebelum aku start GreenAard, aku start Fleur by Mrs Him dulu tetapi dengan Fleur aku tak all out because passion aku sebenarnya bukan di bidang fashion.
Aku setup Fleur by Mrs Him pun asalnya untuk cari tudung yang sesuai untuk aku pakai sendiri.
Dah alang-alang ada kaki di China, aku bawak masuk extra.
Dan segalanya bermula dari situ.
Fleur by Mrs Him pun bukan produk sepanjang tahun.
Aku hanya produce dalam kuantiti banyak setiap kali nak raya je.

Tapi dengan GreenAard aku all out sebab passion aku memang di situ.
Walaupun health and supplement products susah nak tembus market sebab farmasi di Malaysia dah melambak-lambak ditambah lagi medicine people tak berapa "baik" dengan founder but I don't care because my mission is not to win all.
Aku lebih kepada nak menrealisasikan impian aku untuk produce something hasil dari kajian sains dan makmal.
The feeling of melihat actual product terhasil dari formula sendiri is priceless!

However, standard marketing yang ada tak berapa sesuai untuk health product.
Nak pasang-pasang billboard and iklan untuk health product, pada pandangan aku, kurang sesuai.
Orang akan keliru dengan produk kalau aku buat marketing macam tu and aku taknak bertangungjawab dengan misconception tu.
Aku tahu kalau aku nak reach customer, aku kena serve dorang dengan cara yang berbeza.

GreenAard was born out of a vision untuk bawa konsep bioteknologi dan kajian sains kepada orang awam.
Aku nak orang tahu kenapa aku guna teknik ini, kenapa aku guna bahan itu, kenapa mesti cara pengambilannya begini, kenapa tak boleh diambil begitu, etc.
Aku nak potential customer bukan sekadar guna tapi mereka juga tahu how it works.
Bila konsep tu mereka faham, insyallah progress-nya akan jadi lebih cepat.

Once aku faham who I was trying to reach, aku mula nampak keperluan untuk tukar cara marketing, untuk sediakan educational material and provide customer service yang lebih baik.
Memahami siapa audience kita dan apa yang dorang cari made all the difference in my business.

Dulu masa mula-mula release GC Plus [produk pertama], ada yang suggest aku pakai botol kaca supaya produk nampak lebih ekslusif dan 'boleh percaya'.
Ada yang suggest letak dalam packaging berbentuk kotak so that nampak bergaya and tak nampak macam produk timbang kilo.
Macam-macam suggestion aku dapat.
Aku sangat berterima kasih dengan semua feedback tu.
However, maybe jiwa makmal lebih dekat di hati, jadi aku ketepikan dulu keperluan untuk packaging yang gah-gah dan lebih tumpukan pada misi utama iaitu untuk educate people tentang produk.

Ketika orang lain gunakan standard marketing like packaging yang gah, iklan tv, iklan radio, iklan majalah, billboard, guna artis, instafamous, aku pilih untuk reach customer dengan cara yang berbeza.

Was it difficult?

Yes!

Did it take a lot of hours?

Yes!

Did I have to invest my time into it?

Yes!

Terlalu banyak masa, isu, frustrations yang aku dah tempuh dengan cara yang aku pilih ni.
Plus, a lot of my money from my paycheck went back into my business.
Maknanya?
Tak ambik gajilah...hahaha.

But did it work?
Absolutely.

Sorry to say, tapi some peniaga online takde passion dalam berniaga.
The message that they send to customers are "aku nak cari sales sebab aku nak hit sales", bukannya "aku nak share information to help people".

Kita boleh nampak peniaga jenis ni dari segi produk yang dijual. Produk rencam.
Ada yang dalam satu-satu masa sell 2-3 brand berbeza untuk produk yang menjalankan fungsi yang sama.

Contoh, krim muka [contoh je].

Dia jual krim muka brand A, B and C.
Semalam dia promote brand A, hari ni dia promote brand C.
Hakikatnya you are showing your inconsistency dan ini akan mengelirukan your audience.
It looks like you tak fully understand the product.
Your aim hanyalah untuk jual selagi boleh jual.
Those yang dah ada own product, tapi masih lagi mempromote brand lain yang ada fungsi yang sama dengan produk dia sendiri lagilah tak sepatutnya buat ni.
Focus your own product. Be consistent with what you sell, with the brand that you carry.

Lagi satu aku selalu nampak seller tapau semua orang.
Semua orang boleh guna produk dia katanya, tak kira berapa umur, apa medical history, apa current condition - semua boleh.
Deyyy, even teh tarik pun bukan semua orang boleh minum, inikan pulak produk kesihatan.

Lagi satu, penting untuk kita connect directly with our potential customer.
Tak perlu 24/7 menjawab soalan customer tetapi 'connect' dengan cara meletakkan diri kita di media sosial as much as you put your product.
Orang yang misinya untuk mencari sales semata-mata, boleh nampak media sosialnya lagi banyak bercerita pasal produk berbanding diri sendiri.

"Tapi memang saya nak jual barang, lojiklah kalau saya up post pasal barang jualan saya saja".

Guys, I wish it was that simple.
Kalaulah kita boleh sebut je "Eh, aku ada jual ni", "Eh, aku ada jual tu" lepas tu semua orang bergasak-gasak datang beli dari kita, baguslah.
Malangnya, we don't.

Bisnes yang besar, dorang boleh hari-hari sembang pasal bisnes.
Hari-hari boleh up pasal produk, tak payah cerita pasal benda lain.
Tapi untuk small business like me, atau untuk orang yang baru keluarkan produk baru, atau baru berjinak-jinak memulakan bisnes, kita tak boleh guna merketing macam tu.
Aku selalu perasan small business atau orang yang baru memulakan bisnes, terus-terus nak guna marketing gah.
Akhirnya lepas satu, satu, aku hilang dari radar.

Small bisnes ada cara marketing-nya.
Kita kena bagi orang kenal dulu siapa kita, apa produk kita, give them time to like us, time to trust us, time to decide whether our product or service will meet their needs.
Atau dalam bahasa mudahnya, jalan marketing kita berat sikit berbanding Coke atau Starbucks.
Tetapi berat tak semestinya kena give-up. Buat saja, slow and steady.
Nak buat macamana, kita kan baru nak bertatih. Lojiklah kalau gerak pace slow.
Nak laju-laju pun nak ke mana.
Bergerak laju dalam keadaan kita masih bertatih, kalau once terjatuh, payah nak bangun balik.

It's my FIRM BELIEVE sebagai small business owner, kita belum ada luxury to advertise produk/service semudah petik jari.
Jangan kerana orang lain buat, maka kita nak buat benda yang sama.
Yang penting, kenalkan dulu diri kita dengan audience.
Let them know both you and your product - especially you.
Jangan pulun up cerita bisnes and produk hari-hari.
Customers are not stupid.
Dorang tahu how to block content yang takde related dengan dorang.
Bila selalu disumbat dengan cerita produk over and over again, secara otomatik they scroll laju-laju.

Bukan tak boleh nak tulis pasal produk, tapi buatlah dalam nisbah 1:5.
1 kali cerita pasal produk, 5 kali cerita pasal benda lain.
Make them fall in love with you first.
Bila dorang kenal kita, kenal karakter kita, kenal passion kita - kita tak perlu hard sell dah.
That is how you get repeat customers.

Untuk para re-sellers and agents - JANGAN COPY AND PASTE caption dari business owners.
I see it all the time.
Ramai ambil jalan mudah, copy and paste atau repost caption.

Meng-copy and paste memang kerja senang but using other's stuff [even really good stuff] is not going to help you stand out from the competition.
Kau adalah agen.
Ada berapa ramai agen yang jual brand yang sama? Ramai, kan?
So kalau kerja kau hanya copy and paste dari page HQ, your voice is missing.
Your crowd nak dengar suara you, bukan suara HQ.
Please buat kerja sikit. Jangan expect jalan mudah.
Kalau aku adalah salah sorang audience, aku akan straight beli from HQ because your post is not helping me, you just want to get my money je. Baik aku beli dari HQ terus.
Boleh faham tak?

Entrepreneurship and doing business bukan boleh buat semudah cut and paste.
Kena ada passion. Bukan sekadar mahu nak cari sales.
Especially produk health kat Malaysia ni banyak sangat lompongnya kerana most of them lebih focus kepada menjual semata-mata.
I will continue to work my hardest to fill holes in the health product market.

Aku akan terus pilih untuk educate people melalui produk-produk XZIZ Biotech [GreenAard and Pure Effective], at the same time memenuhi keperluan customer so that they can succeed faster and with more ease.
Secara peribadi aku buat setakat ilmu yang aku tahu, selebihnya Allah take over.
Just be oroginal, think outside of the box and go get what you want.
Just do it consistently.

Insyallah, ada masa aku share lagi ilmu setakat yang aku tahu. Good luck all!






Beli GreenAard dapat free Pure Effective.





2020-05-22

Pertahankan prinsip kalau kau rasa itu yang betul



Cerita pasal katak tu ramai dah pernah dengar tapi rasanya ramai yang masih follow cara katak.
Masih tak reti nak keluarkan diri dari masalah.
Sanggup kendong beban masalah sampai bertahun-tahun, memendam rasa sampai mati, atas tiket SABAR.
Padahal "sabar" menuntut usaha, tiak hanya terbatas pada menahan emosi semata-mata.
Sabar tu berusaha untuk keluar dari masalah dengan tenang, bukannya suruh diam dan makan hati.

Mustahil ada manusia selalu dapat tahan emosi.
Even though those who have reached that level pun, emosi marahnya tetap ada.
Cuma dia cepat bertindak supaya rasa marah tu tak berlanjutan.
Orang yang memendam rasa selalunya senang dapat penyakit.
Maksudnya, menahan emosi itu tak baik untuk jangka masa panjang.
Sabar tak semestinya selalu menahan emosi.

Aku always pilih untuk berterus-terang.
Kawan-kawan aku, cousins and adik-beradik aku pun kenal perangai aku.
Apa yang aku tak puas hati, aku cakap terus. Tak kuasa aku nak pendam Hati aku jugak yang sakit.
Lebih baik aku lepaskan, baru lapang.
Tapi taklah semua benda aku nak lepas.
Kalau benda tu tak bersangkut-paut dengan aku dan tak meninggalkan kudis, aku buat dek je.
Melainkan benda tu ada kepentingan untuk aku, memang aku akan bersuara.

Contohnya minggu lepas aku share FB post artikel yang ni :



Then ada yang PM aku tanya "Ada tak sesiapa kecil hati bila akak tulis macam ni?"

Jawapan aku : Entah. I don't know.

Cousin-cousin, makcik-pakcik, kawan-kawan aku ramai je yang follow FB aku.
Elok bersembang dengan aku siap sembang kat zoom lagi beramai-ramai.
Takde pun dorang terasa apa yang aku tulis tu tuju kat dorang.
Maybe circle aku jenis yang berterus-terang juga, tak suka cakap-cakap belakang dan common sense juga tinggi.
Benda ni sebenarnya simple je, kalau kau tak buat kenapa nak terasa?

Aku rasa apa yang aku tulis tu masuk akal dan termaktub dalam SOP kerajaan.
Lagipun sebagai tuan rumah, kita ada hak untuk pertahankan hak kita kot.
Rumah kita, dah kenapa orang luar nak pertikaikan peraturan yang kita buat.
Sejak bila orang luar boleh paksa tuan rumah terima tetamu?
Kau nak datang rumah orang, ikutlah peraturan tuan rumah, bukan ikut kepala sendiri.
Nak buat kepala kau sendiri, buat kat rumah kau sudahlah.

Aku tak kisah sesiapa pun nak berbondong-bondong beraya. Itu pilihan korang.
Nak berlonggok 30 orang je, nak berpelukan ke, nak berciuman ke, nak bersenggayut ke - that's your call.
Cuma, jangan buat kat rumah aku. Clear kan?

Jadi aku tak faham kenapa mesti ada orang nak kecil hati [if any].
To me, orang yang sentap tak tentu hala ni sebenarnya insecure dengan tindakan dia sendiri.
Dia sebenarnya nak berlonggok-longgok di hari raya, tapi takut kena kecam jadi dia mencari sokongan untuk menjustifikasikan tindakan sendiri.
Bila kurang dapat sokongan, nampak kita up status-status macam ni mulalah sentap and rasa kita tuju kat dia.
Hello?? Ingat aku takde life ke nak perati hal orang 24 jam.

Selalunya yang bersuara lantang macam aku ni orang tak berapa suka.
Mulut aku pedas katanya, tak jaga hati orang, takde sensitiviti.
The thing is, kalau kau sejenis yang paham bahasa takpe. Ini tak.
Orang yang tak paham bahasa ni ubatnya cakap direct je.

Just like arahan kerajaan, bukan main lembut berlapik pada mulanya.

Mula-mula dibaginya PKPB.
Tujuannya untuk lebih banyak perniagaan dan agensi dibuka semula.
Tapi orang kita faham bahasa tak? Tak.
Dia pakat berbondong-bondong keluar, berhimpit-himpit.
Angkut segala anak kecik hayak ke hulu-hilir.

Kerajaan bagi peluang merentas negeri dengan syarat.
Tapi lepas sorang, sorang merentas negeri sebab nak balik raya. Bengap.

Kerajaan bagi kebenaran beraya dengan keluarga dalam satu negeri, tak lebih 20 orang.
Mula dah masing-masing buat plan nak berlonggok kumpul raya.
Rumah siapa dulu, rumah siapa kemudian.

Then kerajaan tengok macam tak boleh kawal, kerajaan cuba bagi hint tentang keluasan rumah memainkan peranan.
Bukan semua rumah boleh kumpul 20 orang serentak.
Kerajaan pesan kena jaga jarak, kena pakai sanitizer, kena pakai mask.
Itu semua kerajaan bagi HINT dalam erti kata lain - lebih baiklah duduk rumah masing-masing je.
Mana meriahnya raya kalau kena berjarak, tak boleh salam, tak boleh peluk, tak boleh berkumpul.
Tapiiii ramai juga yang tak faham-faham.

Last-last semalam, rentas negeri pun dah ditarik balik.
Akhirnya kerajaan terpaksa juga be upfront, kan?

Yang sebenarnya, tak semua perkara kita kena cakap berlapik.
Kalau ada kepentingan yang lebih besar, tak perlu berlapik, kau sembur je terus.
Itu pun belum tentu ada yang faham.
Nak lagi isu pandemic ni, patutnya kalau dah payah sangat itu kena jaga, ini kena jaga, bagi je statement TAK BOLEH BERAYA. DUDUK RUMAH DIAM-DIAM.
Sebab rakyat Malaysia ni jenis dah dibagi betis nak peha.
Eloknya jangan dibagi terus.

Aku tak nak jadi macam katak, asyik cuba nak bertolak-ansur je dengan keadaan sekeliling.
Asyik nak kena memahami.
Asyik nak kena pejam mata.
Asyik nak kena pendam dan pujuk hati sendiri untuk terima sesuatu yang aku tak boleh terima.
Aku spesis tak kacau orang, aku suka buat hal sendiri.
Apa yang aku boleh tolerate, aku tolerate.
Tapi ada waktunya, aku perlu firm dengan prinsip aku.
Cuma tu lah, manusia ni, hanya kerana satu prinsip yang kita tak nak ubah, kita terus dicop jahat.

Dik, sabar tu ada guidelines-nya.
Mesti ada eleman - menahan, mengekspresikan, dan melepaskan - barulah seimbang.
Tiga-tiga tu mesti ada untuk saling menyempurnakan.

Dalam sabar kita perlu tahan, at the same time kita perlu ekspresikan, dan last kali barulah lepaskan.
Dengan kata lain, kalau kita rasa cukup hanya dengan menahan dan mampu terima sesuatu dengan ikhlas, maka tak perlulah sampai mengekspresikan.
Tapi bila menahan saja tak cukup, bermakna dah sampai masanya kita kena ekspresikan apa yang terpendam, luahkan semuanya sampai habis biar semua energi negatif yang terkumpul dalam dada keluar.
Barulah akhirnya kita belajar melepaskan jangan sampai masih ada hawa-hawa negatif yang berbaki.
Semua perasaan dendam, benci, marah, kecewa, mesti hilang selepas kita luahkan.
Ini barulah namanya sabar yang ideal.
Ni tak, simpan simpan simpan padahal dalam hati bengkek.
Bila hati dah bengkek, kerjanya asyik buruk sangka dengan orang.
Apa orang tulis kat FB semua dia rasa tuju kat dia. Dah kenapa kau?

Emosi yang Allah ciptakan boleh jadi bermanfaat kalau kita bijak mengendalikannya.
Marah itu sihat tapi kalau berlebihan boleh jadi masalah dalam kehidupan sosial.
Menangis pun sihat cuma tak boleh berlebih-lebihan nanti datang penyakit lain.
Bukan semua benda orang buat kita kena berdiam.
Pertahankan apa yang kita rasa betul. Kalau tak, nanti kau mati macam katak!


2020-05-21

From a majikan point of view



Aduilah, masih ada lagi pekerja yang demand macam ni rupanya.
Kau pegi mana-mana pun, kau takkan jumpa empat-empat point ni sekaligus, jadi toksah lah berangan sampai ke langit ke tujuh.
Kau dengan adik-beradik yang keluar dari perut yang sama pun masih perlu mengalah antara satu sama lain, inikan pulak situasi di tempat kerja.
From my experience, selalunya yang demand macam ni, dia belum ada banyak pengalaman dalam kerjaya. Angan-angan je yang banyak. Budak muda lah senang cakap.

Pengalaman menjadi employee, apa yang aku boleh cakap, sebenarnya empat-empat point tu kita boleh dapat kalau attitude kita betul.
Bos aku yang lempar sales report kat muka aku tu, bukannya kat semua pekerja dia buat macam tu.
Yang tak meet her expectation memang kena lah.
Cuba kalau kau buat kerja ok, takde gila dia nak mengamuk tak tentu pasal.

Lepas dia lempar sales report kat aku, since that, every week report aku tip top.
Bila kerja ok, dia pun ok.
Budak-budak muda now, sebahagiannya lembik.
Baru kena marah dah mengumpat bos kat FB.
Belum kena lempar report kat muka lagi.
Pastu resign. Itulah kejenya.
Bukan reti nak perbaiki kerja, manjang je dia rasa dia betul.

Samalah dengan budak-budak sales yang sama-sama kerja dengan aku dulu.
Merungut company letak sales target tinggi sangat.
Merungut komisyen hanya dapat 0.8% kalau hit RM80K.
Merungut bonus raya sikit tak macam company lama.
Merungut increment naik tak banyak.

Yang peliknya, orang lain boleh je hit sales target.

Nak komisyen tinggi, buatlah sales tinggi. Common sense.
Sales banyak, barulah boleh merasa komisyen 1.5%.
RM80K tu selling price je nok, bukan untung.
Company ada yang ambik margin 30% je, maknanya RM24K.
Dari RM24K tu belum tolak gaji kau, komisyen kau, claim kau - ewahhh banyak songeh.
Gaji basic dah tentu-tentu dapat, nak komisyen tinggi usaha mau lebih lah.

Bonus tu namanya pun bonus, tak wajib bagi pun.
Ikut budi bicara majikan, dia nak bagi dah besar rahmat.
Nak demand lelebih, patahlah balik company lama, tengok company lama tu nak pandang muka kau ke tak.

Increment ikut performance and income syarikat, dah kalau income tak banyak, nak bagi banyak celah mana.
Dia tak potong gaji kau dah cukup bagus.

As a majikan, jujur aku cakap, aku akan jadi bos yang ok, kalau pekerja aku ok.
Aku tak boleh jadi OK all the time kalau staff tak bekerjasama.
Aku bukannya bos yang mental nak haruk orang tak tentu pasal.
The thing is aku ada banyak benda nak pikir di atas baju jemala patik ni.
Mana nak create marketing plan, nak cari sales, nak produce new product, nak masuk lab, nak baca jurnal - so kalau kau nak aku ok, kau kena pastikan deliver task dengan betul.
Task yang aku mintak 10am, submit at 10am.
Jangan sampai aku kena mintak, ini boleh buatkan aku angin.



Ni aku share task and schedule seorang majikan bernama Diana Ishak.

Segala task staff yang aku bagi aku akan simpan sini supaya aku boleh check balik dah submit ke belum.
Meetings, labs, readings, semua aku letak dalam jadual ni.
Ni belum dengan kerja-kerja lain sepanjang PKP ni nak kena ajor Rayyan mengaji, semak hafazan dia, tulis blog segala.
Jadi, percayalah cakap aku, bos yang tak masuk opis tu bukan membongkang kat rumah.
Dan bos yang nampak muka macam takde masalah tu sebenarnya sedang menanggung beban yang besar.
Semua benda nak kena fikir - especially bila ada staff yang menanggung ibu bapa, yang nak bersalin, yang dah ada loan kereta, rumah - bukan semua bos pentingkan diri sendiri.
Janganlah bersangka buruk sangat.
Dan yang paling utama jangan merasa diri kita je yang buat banyak kerja, kalau bos tu bagi kau ambik task dia belum tentu kau larat nak buat.

Ini baru jadual aku, belum jadual En Wan lagi - penuh dengan list bayar gaji staff, utilities, meeting dengan kilang, inventory list, etc.
Mostly En Wan handle bahagian operations.

Percayalah cakap aku, kau akan dapat bos yang ok, kalau kau ok.
Pastikan kerja ok, kerja semak dulu sebelum hantar, jangan buat silap yang sama berkali-kali, apa-apa tak faham bincang dengan bos, jangan sampai bos cari mana task yang dia suruh buat.
Nak gaji, bonus, benefit yang bagus - kita juga kena jadi bagus.
Company akan bagi benefit yang besar kalau sales banyak.
Nak sales yang banyak tak boleh dengan kerja sikit atau kerja mudah.
Hidup kalau semua benda nak senang, memang payahlah nak senang.

Bos suka kalau pekerja bukan sahaja bijak tapi ada motivasi, intergriti dan cekap.
Tak tahu cakap tak tahu. Bos boleh ajar.
Jangan buat bodoh sombong kau macamkan kau tahu semua benda.

Mesti ada motivasi untuk jadi better.
Bos suka kalau staff boleh bagi idea yang lebih baik untuk kemajuan company.
Kalau company maju, benefit tu dapat kat kau juga.
Cekap is another thing yang semua staff mesti ada.
Janganlah buat kerja meleseh-leseh ni especially yang melibatkan customer service.
Prepare packing list kena cepat, packing kena siap on time, inventory stok kena tahu bila barang perlu diproduce lagi.

Bila kerja kita tip top, bos pun seronok, maka dengan sendirinya environment akan jadi lebih baik.
Bos pun takkan berkira nak belanja makan, nak topup barang-barang pantry, nak celebrate birthday staff, etc.
XZIZ Biotech punya monthly routine [sebelum PKP] mesti ada company lunch setiap bulan.
Every month, staff aku akan listkan apa benda yang dah habis kat pantry, then aku bagi duit untuk dorang belikan barang ofis and barang makanan.
Sometimes aku bagitau dorang in advance aku ada order breakfast atau lunch the next day, supaya dorang tak perlu bawak bekal.
Bos kuat makan katakan, selalunya benda makanlah yang beli.
Yang paling best kalau orang suruh aku review makanan, aku makan sikit, then the rest dorang ambil.

Aku pernah jadi pekerja and now aku sebagai majikan, aku tahu apa yang majikan mahu dari pekerja.
Dan sebenarnya dalam banyak-banyak bos aku, aku paling suka bos aku yang terakhir, yang macam Miranda Priestly tu.
Walaupun dia macam naga, tapi dia tahu apa dia buat.
Memang takutlah nak bermesra dengan dia sebab dia sangat serious kalau bab kerja.
Takde sorang pun staff kat situ yang terlepas dari kena marah dengan dia kalau buat silap, hatta PA dia yang kerja dari awal dulu.

Bulan-bulan puasa ni aku mesti teringat dulu dia bantai meeting dari 2pm santak 10pm.
Aku stop untuk solat saja, tu pun dia bagi 10 minit je.
Break hanya grab makan apa yang ada di pantry.
Hari tu memang dia berangin gila sebab staff banyak buat hal, satu ofis balik 10pm.
Sampaikan aku berbuka air je lah, nak grab biskut kat pantry pun seram.
Tapi sebelum balik dia minta aku pilih sendiri nak berbuka kat mana, for company dinner.
Selalunya ada company lunch, tapi sebab bulan puasa and kebetulan aku sorang pekerja melayu, jadi tahun tu first time budak-budak ni merasa Ramadhan Buffet.
Aku pilih Sunway Piramid Hotel.

Bos-bos sebenarnya baik kalau kita buat kerja dengan betul. Tu je syarat nak seronok di tempat kerja.
Tapi now disebabkan PKP, ramai juga majikan yang takde pilihan terpaksa buang staff, terpaksa bagi half pay, terpaksa tutup bisnes, etc.
Yang ni bos pun taknak berlaku.
Kalau bos kejam, dari awal lagi dia terminate kita.
Nak buat macamana, keadaan sekarang tak berapa bagus.
Sama-sama kita doa supaya kita semua boleh kerja dengan baik, supaya bisnes syarikat sentiasa ada income so that kita boleh terus berkerja.
Jangan demand tinggi sangatlah musim-musim PKP ni. Sama-sama tengah sakit.
Banyakkan muhasabah.


2020-05-20

Masalah rumahtangga diam-diam sudah.



Terpandangkan quote ni semalam, ada orang share.

Bagi aku ini biasa, mana-mana mak bapak pun akan favor pada anak sendiri, tetapi tidak bagi Mak Aji! Haaaa gitew.
Mak Aji kan, apa-apa yang orang luar cakap pasal anak dia, dia ambil serious.
Dari aku kecik sampai ke besar, ada je orang yang inform Mak Aji pasal aku.
Aku balik sekolah berjalan sambil makan aiskrim pun dia report kat mak aku.
Tu bukan apa, saja je la nak semua orang tahu mak aku tak pandai ajar anak - anak makan sambil berjalan.
Mak aku apa lagi, balik kerja memang aku dululah yang dia tuju.
Tu pasal aku mati-mati taknak kerja kat Bangi, especially kat UKM.
Mak Aji memang berharap sangatlah aku kerja kat UKM, jadi pensyarah.
Aku tak benci UKM cuma aku rimas bila ada ramai 'spy' tak bergaji.

Masa aku dengan exbf dulu pun, Mak Aji lebih percaya pada ex aku dari aku sendiri.
Aku dah lama hidup dengan mak aku, jadi aku tahu kalau aku explain pun, buang masa.
That's why aku pilih untuk diam. Let time tell.
Maybe sebab aku dah terbiasa 'kasik chan' orang lain menang, jadi perangai mendiamkan diri ni dah jadi sebati.
Masa aku teruk kena dengan exbf, aku masih lagi simpan and pendam sorang-sorang.
By the time time tell, situasi dah kronik.
Masa ni kawan-kawan aku pun dah tahu hal sebenar, disebabkan dorang sendiri bagitau mak aku, barulah mak aku percaya.

Memang ada mak bapak yang lebih favor kat anak, ramai.
Bab ni aku takleh lupa aku sound sorang makcik bila dia mengumpat bekas menantu dia.
Sound dengan berhemahlah, tapi tak tau lah kalau dia rasa pedih.

Ceritanya makcik ni ada anak lelaki.
Dulu anak lelaki dia berkahwin, bercerai then kawen baru.
Alhamdulillah, nampaknya isteri baru ni baik, bertimbangrasa.
Jadi makcik ni menjaja cerita buruk pasal bekas menantu.

"Amat [bukan nama sebenar] sejak kawen dengan Nora [pun bukan nama sebenar], bagus sangat! Tiap-tiap bulan hantar duit belanja. Rajin balik kampung. Kalau dulu dengan si Senah, asik tak cukup duit je. Kena queen control. Sejak kawen dengan Nora, tak pernah-pernah aku dapat hadiah Hari Ibu, tahun ni dapat! Murah rezeki betul dia sejak kawen dengan Nora. Tengok busuk hatinya si Senah dengan aku".

Aku kenal bekas menantu dia tu, tak rapat tapi kenallah.
Bekas menantu tu tak bekerja, suri rumah. Baik orangnya.
Panaslah hati aku kan dapat pesen mak mertua yang anak dia je bagus.
Lalu aku men-sound "Bini dulu tak bekerja, tak boleh bantu suami. Jadi suami kena tanggung semua benda. Bini sekarang bekerja, boleh sama-sama tanggung. Kalau bini sekarang tak hulur-hulur, si Amat tu takkan mampu. Belanja sekarang besar".

Diam makcik tu. Sentap jugaklah aku rasa.
Sampai sekarang aku tak nampak dah kelibat dia. Gasak.
Mulut hansuang betul. Sedap anak tekak dia je mengutuk bekas menantu, padahal anak kau yang sengkek.
Mujurlah dapat menantu baru yang jenis tak berkira.
Itupun agaknya menantu yang nasihatkan suami celebrate Hari Ibu.
Nampak sangat memang dari sebelum kawen pun anak-beranak tak pernah sambut hari Ibu tu.
Kalau tak, kenapa baru sekarang nak merasa dapat hadiah?
Ada hati nak kondem bekas menantu, entah-entah kau pun tak pernah celerate hari ibu dengan mak mertua kau, lagiiiii mau demand macam-macam dengan menantu. Ceh!

Aku bukan apa, kadang-kadang some people kita kena bagi pencerahan biar pikiran dia tu berkembang sikit, boleh pikir di luar kotak.
Kalau tak, asyik nak mengkondem orang je keje.
Yang buruk semua anak orang, anak sendiri baik manjang, padahallll.

Memang ada mak bapak yang kalau hal buruk anak orang, bukan main cepat dia jaja.
Tapi anak sendiri punya buruk perangai dia justify kaw-kaw.
Padahal dia sakit hati juga dengan perangai anak dia, tapi sebab tak nak kalah punya pasal, sanggup dia menangkan anak dia.

That's why kalau hal rumah tangga ni sebaik-baiknya jangan libatkan sesiapa pun.
Nak cerita kat keluarga pasangan, belum tahu lagi dia nak dengar cerita kau.
Hal rumahtangga kita, jangan share kat keluarga sebab potensi bias tu ada.
Dapat kat family yang semangat 'kekeluargaan' luar biasa hebat, memang mencungaplah kau sorang-sorang.
Dah banyak dah cerita aku dengar, bila share kat keluarga, chances are masalah akan jadi lebih besar sebab ada batu api dari pelbagai arah.
Elok-elok boleh sette, dah jadi bercerai-berai.
Padahal benda boleh settle dalam bilik tidur je.

Adik-beradik, walau membesar bersama-sama, takkan sama dengan suami isteri yang tido sebantal.
Perangai sebenar kita hanya pasangan kita saja tahu, even mak bapak kita pun tak tahu sepenuhnya, let alone adik-beradik.
Tak ada rumahtanga yang tak ada masalah walau se-sweet mana pun gambar-gambar dorang up kat media sosial.
Masalah boleh menimpa sesiapa je.
Alangkan orang bujang hidup sorang pun ada banyak masalah, inikan hidup berdua.
Yang membezakan sesebuah rumahtangga dengan rumahtangga yang lain adalah bagaimana dorang menyingkapi masalah.
Kadang-kadang ujian rumahtangga ni buatkan hubungan suami isteri tu makin rapat.
Dorang jadi lebih intim selepas ditimpa masalah dan berjaya menghadapi masalah dengan sabar.
Tapi ada juga yang terpaksa bercerai. Punca, pelbagai.

Masalah rumahtangga ni berlaku hari-hari.
Yang nampak happy-happy kat FB tu entah-entah dah 2 hari tak bertegur dengan suami.
Tapi dia simpan sorang.
Selalunya bila ada masalah rumahtangga, kita anggap bila bercerita dengan orang, ringan sikit beban.
Belum tentu lagi derrr. Lebih banyak yang setelah bercerita, akhirnya menimbulkan masalah baru.
Biasalah, bila emosi tak stabil, kita tak boleh fikir dengan rasional, jadi tindakan kita selalunya tak konsisten.
Bila ada masalah dengan pasangan, jangan suka jual masalah kepada orang lain.
Orang luar tu tak duduk kat tempat kita pun.
Kalau cerita kau dapat kan orang yang rasional, insyallah dapatlah pencerhan.
Kalau dapat kat jenis yang lebih sudu dari kuah, memang tertonggeng la jadinya.

Elakkan melampiaskan masalah rumahtangga kat media sosial.
Aku kadang ngeri tengok some people terang-terang berbalas-balas status dengan ipar duai, dengan bekas suami, bekas isteri, dengan mak mertua.
FB ni media awam, urusan keluarga jangan siarkan secara terbuka, especially bila kau meroyan dengan ex-es.
Ada potensi timbulkan masalah baru.
Walaupun FB ada setting untuk privatekan status tapi selalunya bila nak merempan, jarang yang set ke private sebab masing-masing nak orang semua tahu.
Selalunya dalam kes-kes merempan macam ni, bila dah meleret-leret, orang luar dah boleh menilai letak duduk perkara sebenar.
Cuba tengok kebanyakkan masalah-masalah yang pernah viral.
A hencap B. B balas balik kat A. A tembak lagi. B pun taknak kalah kutuk lagi.
Lama-lama daripada orang simpati dah jadi menyampah.
Ujung-ujung orang meluat sebab dah takde beza, dua-dua pun nampak bingai.

Kalau boleh, tanggunglah beban masalah rumahtangga hanya dengan pasangan.
Jangan mengadu kat mak bapak [kalau boleh], especially mak bapak yang dah lanjut usia.
Bagilah mak bapak tu peluang menikmati usia tua dengan tenang.
Just mintak dorang doakan kita dengan pasangan.
Dorang dah cukup serabut menjaga kita dari kecil sampai besar.
Banyak dah dorang korbankan untuk besarkan kita.
Jangan bebankan dorang dengan masalah kita laki bini pula.

Bak pesan Mak Aji "Korang esok kalau dah kawen, tak tolong mama takpe. Jangan menyusahkan aku, cukup".

Tapi aku suka menyusahkan dia.
Nanti aku nak mintak dia buatkan lagi sambal bilis sekilo.

2020-05-19

Attitude


Tadi aku terbaca artikel tentang 23 orang sekeluarga duduk dalam satu rumah yang sangat-sangat daif, buat dari tampalan-tampalan kayu and zink.
Keadaan rumah memang daif sangat-sangatlah.
Luar dalam bersepah.
What to expect kan kalau sampai 23 orang cramp dalam satu rumah kecik.




Untuk rumah sekecil ni, dengan 23 orang sekeluarga, aku boleh anggap ni boleh tahan bersih.
At least ada ruang nak berjalan.

Simpati.

Tapi membayangkan 23 orang dalam rumah sekecil ni - dengan mak, bapak, anak, menantu and cucu - aku tak boleh brain.
Aku tak nampak keperluannya untuk yang dah berkahwin tu duduk serumah ramai-ramai gini.

Memang ada anak-anak yang boleh hidup berasing dari keluarga tapi MALAS.
Sebab nak hidup mudah.
Jadi, caranya duduklah berlonggok dalam satu rumah, biarlah bersempit-sempit pun janji tak menyusahkan dia. Menyusahkan orang lain takpe.
Ada orang masakkan. Ada orang basuhkan baju. Ada orang lipatkan kain.
Tak perlu berkemas-kemas sangat sebab boleh dijadikan alasan - ruang memang dah sempit, nak kemas macamana?
Yang betulnya, kau tu yang kemas barang-barang kau keluar cari rumah lain.

Aku tak tahu samada orang-orang yang begini memang betul-betul tak mampu atau ada attitude 'Tak Kisah'.

Some people ada attitude tak kisah.

"Tak kisahlah sempit-sempit pun, janji serumah"

"Tak kisahlah rumah bersepah, bukan kita nak pelawa orang masuk pun"

"Tak kisahlah sampah tak buang, esok lusa pun boleh buang".

Bila hidup terlampau tak kisah, segala benda dia ambil mudah.

Aku pernah ada pengalaman masuk rumah orang yang ada attitude 'tak kisah'.
Dia punya level tak kisah tu, aku melangkah masuk ruang dapur dia je dah bau masam.
Serious nak muntah.
Nak tumpang toilet ceritanya, tu pasal aku lalu dapur.
Bila kuak pintu toilet, ya Allah macam nak terkeluar isi perut aku tahan muntah.
Rupanya kat dalam toilet dia ada satu plastik besar berisi pampers anak dia.
Selagi tak penuh, tak buang konsepnya.
Maka satu toilet tu berbau masam taik.
Yang aku pelik, dia masak kat dapur tak terasa nak termuntah dengan bau taik memenuhi ruang?
Bila anak dia terlupa nak tutup pintu dapur, dia jerit "Tutup balik pintu tu, nanti bau satu rumah!"

Seriously?
As simple as that?

The thing is, dia tahu rumah dia berbau tapi masih nak simpan pampers busuk kepam .
Tahan dia anak-beranak makan tido dengan bau busuk asalkan jimat plastik beg [??]
Menengokkkan pampers yang penuh tu, aku rasa 2 hari punya pampers tak berbuang.

Dulu masa aku kecik, kalau beraya Muar [kampung Pak Aji], setiap kali balik sana adik aku Ima takkan makan.
Tahan dia berlapar [makan sikit-sikit je] sebab nak elakkan diri dari berak.
Jamban nenek aku kat luar, dan tak berapa selesa, tu pasal elakkan diri dari berak. Boleh?

Kalau esok nak beraya ke baruh, kitorang akan makan banyak-banyak sebab salah satu rumah yang akan disinggah adalah rumah makcik Pak Aji, namanya Nek Mi.
Rumah Nek Mi ni rumah kayu kampung je, tapi punyalah bersih!
Yang best tu toilet dia pun bersih!
Selalunya kalau beraya rumah Nek Mi memang nenek tu tahan kitorang tak bagi balik selagi tak makan nasi.
Jadi sempatlah kitorang berak siap-siap kat rumah Nek Mi.
Selagi tak datang hawa-hawa nak berak tu, kitorang takkan gerak.
Dapat berak kat rumah Nek Mi, pehhhh lega!

Pak Aji tu Jawa.
Jawa ni punya style beraya, sepanjang kampung tu rumah sedara dorang. Semua rumah nak naik beraya.
Tu pasal kalau beraya kat Muar, kitorang tak pakai kasut raya. Sarung selipar je.
Sebab lepas keluar rumah yang ni, naik kereta tak sempat nak bersandar dah sampai rumah yang nun.
Bila satu kampung tu sedara-mara, maka setiap rumah kau kena minum air.
Jadi, kejap-kejap nak terkencing.

Ada rumah yang toilet bersih, ada yang berlerak berlendir.
Aku ni tahan lagilah, boleh juga cover-cover.
Kalau Ima, memang kat situ jugak dia terjeluak, tu belum lagi depan-depan tuan rumah dia terjengket-jengket. Lantai melekit u ollsss.
Punca Ima selalu kena bantai dengan Mak Aji sebab perangai ni lah. Hahahaha.
Nak buat macamana, dah memang geli.
Tapi sebab Mak Aji membeliakkan mata beliau, terpaksa aku tadah je ber-catwalk atas lantai berlendir tu.

Kalau orang tengok mesti cakap "Eleh mengadanya nak loya-loya pi rumah orang. Padahal kau tu miskin!"

Miskin is one story. Pengotor is another story. Makam dia tak sama, ya.
Miskin tak wajib pengotor.
Walaupun kitorang tak kaya, tapi rumah and toilet bersih.
Bukan macam kau, sabun shampoo bukan main branded tapi dinding bilik air kuning berlendir.
Dari kecik sampai ke tua ni, aku tak boleh terima bila orang anggap "miskin mesti kotor". Atau" susah mesti kotor". Takde kaitan.

Kenapa kau hari-hari masuk toilet and bilik air yang sama untuk berak and mandi, tapi tangan kau tak boleh sental dinding and lantai tu sekali?
Tahan pulak kau mandi dengan lantai berlendir macam takde apa.
Yang sebenarnya kau tu pengotor!
Orang kalau bersih, tak payah tunggu kaya. Miskin pun boleh bersih.
Patutnya rumah kecik lagi senang nak bersihkan.
Ini tak, makin kecik rumah, makin bersepah. Makin banyak sampah.

Tu belum lagi dengan kain baju yang berlonggok dalam 3-4 bakul, yang berlonggok atas sofa.
Alasannya, takde tempat nak simpan.
Eh helo?? Kalau takde tempat nak simpan pun, kau tak reti lipat ke kain baju tu.
Memang wajib berlonggok sampai 3-4 bakul? Tak cukup bakul, lambakkan pulak atas sofa.
Lepas tu anak kau pijak-pijak buat main baju-baju yang dah berbasuh tu.

Oh sebut pasal anak ni, aku pernah datang beraya rumah someone.
Memang bukan orang senang, rumah dia very basic dengan kerusi kayu zaman 80s yang ada kusyen tu.
Lantai pun bentang tikar je. Ok I'm fine with that sebab rumah Mak Aji pun dulu gitu jugak pesennya.

Yang aku sakit hati tu, dah tahu tetamu datang, maknya boleh biarkan anak-anak terus main kusyen dan lambak-lambakkan atas lantai, terlompat-lompat panjat kerusi pastu terjun tiruk akan kusyen yang bersusun atas lantai.
Sikit dia tak marah atau mintak anak-anak dia kemas balik untuk bagi tetamu duduk.
Boleh mak dia cakap "Duduk bawah je lah ya, budak-budak tu tengah main".

Aku macam "Huh?"

Kalau Mak Aji, dah berbirat aku kena kat depan-depan orang tu jugak dia bagi.

No, bukan aku nak sangat duduk atas kerusi tu, cuma aku tak faham kenapa kau biarkan anak kau terkinja-kinja dalam pada masa yang sama ada tetamu datang menziarah.
Memang tak payah ajar anak duduk diam elok-elok ke?
At least bila orang luar datang, cuba ajar dia beradap sikit.
Dah la anak dia terpekik-pekik, kita nak bersembang pun tak tenteram.
Belum lagi dengan lempar-lempar kusyen. Sikit mak dia tak tegur.

Ok tu satu hal aku dah panas hati.
Aku memang tak boleh tengok budak-budak yang macam pelesit ni.
Kalau anak aku, dah lama aku libas dengan kusyen tu.

Satu hal lagi, dia ada anak kecik, umur 3-4 tahun kot, masih pakai pampers.
Anak dia seronok main dengan abang-abang, tiba-tiba bukak pampers, then sambung main.
Mak dia angkat anak dia pi bilik air untuk basuh.
Lepas keluar dari toilet, rilek je dia biar anak dia tak berpampers, tak berseluar, sambung main.

"Susah betul nak pakaikan pampers. Sibuk dia nak main. Biarlah".

Aku terus tanya "Takpe ke kalau dia terkencing nanti".

Mak dia cakap "Takpelah, baru lepas kencing tadi".

OMG boleh tahan tinggi tawakkal kau ni.
Kalau anak tu terkencing, habis kusyen-kusyen.
Patutlah bau rumah semacam.

Attitude someone banyak dipengaruhi oleh cara dia dibesarkan.
Tengoklah nanti, anak-anak tu membesar dengan attitude yang sama.
Kecuali anak-anak berpindah ke persekiatan yang lebih baik atau dapat pasangan hidup yang lebih senonoh dan lebih dominan, ada kemungkinan attitude lama tu akan hilang.
Kalau tak, memang turun-temurunlah mewarisi.

Orang macam ni, kau bagilah rumah besar sekalipun, chances are, rumah tu tetap akan berselerak dan menambun-nambun dengan barang yang entahkan guna entahkan tak.
Jenis ni kalau pi rumah orang, dia akan menyepahkan rumah orang sama.
Kalau rumah sendiri pun beselerak, kau rasa dia reti nak berkemas kalau duduk rumah orang? Nan ado!

Ada satu lagi rumah aku pernah pergi time raya.
Dia buat makan-makan sikit katanya.
Ok, aku pun datang dengan En Wan je berdua.
Masa ni Redza kecik lagi, aku tak berapa suka datang open house bawak Redza sebab dia bukan makan pun.
Rumah ni takde pasang khemah-khemah, maka semua pun makan kat dalam rumah.

Aku masuk rumah dia, tak reti nak duduk mana.
Padahal takde orang pun lagi, hanya ada family and maybe adik-beradik dia je.
Tapi rumah macam nak terbalik!
Sofa panjang dia penuh dengan budak-budak main terlompat-lompat.
Yang tuan rumah nampak aku masuk terus pelawa aku ambik makanan atas meja makan [buffet style].
Lepas ambik makan, aku macam lost kejap. Nak duduk mana ni?
Sofa dia ada satu sofa panjang and 2 sofa kecik.
Yang sofa panjang tu budak-budak tengah terkinja-kinja.
Yang lagi satu sofa, ada orang duduk [maybe keluarga, tengah melayan tv].
Then kerusi-kerusi meja makan tu dia ada susun kat tepi tapi 2 darinya diletakkan periuk lauk.
Ada 4 lagi kerusi adik-beradik dia duduk.

Dia pulak cakap "Duduklah".

Aku tak terluah nak tanya "Nak duduk mana?"
Last-last aku ajak En Wan bersila atas lantai yang tak bertikar bercarpet tu.
Dengan permainan yang bersepah-sepah. Dinding berconteng. Lantai pun berconteng.
Memang idok le aku nak stay lama, makan pun tak lalu. Cepat-cepat aku balik.

Aku memang terperanjat sangat because orang ni adalah one of customer aku, ada PhD lagi!
Bila aku pikir-pikir balik, patutlah dia macam tu, anak-anaknya macam tu, rumahnya macam tu.
Sebab tengokkan perangai adik-beradik and mak bapak dia yang helok je terus melepak kat sofa walaupun tetamu datang, hmm...patutlah.
Dibesarkan dengan gaya "Tak kisah".

Raya tahun 1993, masa tu aku Form 4.
Tahun tu kitorang sambut raya pertama kat Muar.
Kitorang jarang malam raya tido Muar, selalunya malam raya tido Tampin [belah Mak Aji].
Because adik-beradik Mak Aji dari Singapore akan balik semula ke Singapore on first day of raya [Singapore bagi 1 day public holiday je].
Jadi, malam raya memang akan tido Tampin.
Kiranya, raya pertama always kat Tampin, dan selalunya lepas salam-salam raya, terus shoot ke Muar.
Maknanya di Muar pun raya pertama juga tapi selalunya dah petang baru sampai sana.

Year 1993, kebetulan adik-beradik Pak Aji tak dapat balik beraya di Muar for raya pertama, jadi tahun tu malam raya kitorang sekeluarga dah ada di Muar.
Nenek Muar aku punya style kalau sambut raya, malam pukul 12 baru nak start merebus ketupat, mengemas, pasang langir, nak tukar sarung kusyen segala.
Aku pun tak tahu pesen apa gini semua benda nak buat malam raya.
Jadi, bila tahun tu kitorang balik, memang rules bertukarlah kan.
Berani kau nak lawan rules Mak Aji? [kahkahkah].

Mak Aji kerah kitorang pagi terakhir puasa tu cabut semua langsir and ganti baru.
Jemur semua karpet.
Lap semua meja, sapu sawang, sapu lantai, mop lantai, siap basuh bilik air and jamban luar sekali.
Aku punya saka merasuk badan, habis semua surat khabar, tin kosong, botol plastik semua aku humban ke tempat sampah - bakor!
Pasu-pasu nenek aku semua kitorang pindah and susunkan balik.
Gubahan bunga yang lama-lama tu, mana yang elok, kitorang rendam and gubah balik.
Yang tak elok, bakor. Memang tak kasi chan.

Mak Aji and nenek handle bahagian dapur untuk masak-memasak.
Dari tengahari lagi Mak Aji dah rebus ketupat, masak rendang, masak sambal goreng, masak nasi segala.
By the time berbuka, semua settle.
Kitorang berbuka dengan lauk raya terus.

Later masa di Bangi makcik aku [adik Pak Aji] datang beraya, dia kata "Mak bagitau tahun ni dia rehat sangat. Tak penat sebab semua lauk raya dah siap awal"

Hah, barulah kitorang tahu selama ni nenek tu penat setiap kali raya sebab tak cukup rest.
Nak rest apanya kalau malam raya pukul 12 malam baru nak start buat semua benda.

Benda boleh ubah, kenapa nak stay pada rules yang sama, betul tak?
Yang best tu makcik aku cakap "Mak cakap rumah dia bersih betul. Lapang almari-almari".
Memanglah lapang, kalau semua benda cucu dia bakorkan ðŸ˜‚😂.
Barang-barang takde fungsi, dah kenapa nak simpan buat memenuhkan rumah.

Perangai buang barang ni kekal sampai ke hari ni.
Sebab tu mak mertua aku risau je everytime dia balik Tganu, bila dia patah balik ke sini mesti ada benda yang dah hilang.
Selalunya left over food.
Mak mertua aku suka simpan left over food, nak simpan untuk siapa aku tak tahu.
Padahal dia tahu dah anak and cucu dia tak berapa makan lauk perangat, kecuali menantu hantu dia ni.
Nasi goreng 3 hari lepas dalam fridge pun aku boleh telan lagi.
Sampai penuh freezer aku dengan left over food.
Kalau mok balik Tganu, siaplah aku "berkemas".
Bukan food-nya saja aku buang, dengan bekas-bekas-nya sekali aku buang so that takde bekas kosong dalam rumah ni.
Kalau ada bekas kosong berlebih, nanti mok tend to simpan banyak left over food.
Jadi biar dengan bekas-bekasnya sekali aku campak ke tong.

Dulu masa Redza kecik, pernah ada orang cakap kat aku "Bersihnya dinding rumah kau, Di. Macam takde anak kecik".

Aku cakap "Beranilah dia conteng dinding, memang kena dengan aku".

Orang kata tak bagus halang-halang anak-anak ni berkreativiti, nanti dorang jadi terbantut dan tak berani sebab asyik-asyik kena marah.
Bab ni pilihan masing-masinglah. Terpulang.
Kalau kau rasa rumah yang bersepah tu petanda anak sihat dan bijak, silakan. Itu rumah kau.
Aku tak boleh tolerate dengan rumah yang berselerak.
Rumah kecik takpe, tapi rumah yang bersepah, aku boleh migrain.