2020-06-03

Hutang bakal suami



Ini adalah nightmare.
Benda yang memang semua bakal pengantin takutkan adalah pengurusan kewangan bakal suami/isteri.
Ini sebenarnya jauh lebih sakit daripada kena kawen paksa.
Cinta dalam hati sekejapan boleh hilang bilamana terpaksa menanggung hutang yang kau tak buat.
Sebab tu tak heranlah semakin dekat dengan hari nikah, semakin banyak masalah datang.
Masa tengah bercinta bukan main elok je serba-serbi, tapi semakin dekat hari nak kawen kerap bergaduh.

Why?

Sebab masa ni barulah masing-masing mula fikirkan kehidupan selepas kawen.
Masa bercinta hari tu semua pikir nak kawen je.
Bila dah nak dekat kawen, barulah nak pikir life after married yang sebenarnya jauh lebih susah.
Bak kata orang tua, kawen tu tak susah. Yang susah adalah mempertahankan perkahwinan.
Banyak benda nak kena harung lepas tu.

Pilih pasangan hidup bukan keputusan mudah yang boleh dibuat sembarangan.
Mesti sangat yakin orang yang kita pilih adalah orang yang tepat.
Paling tak pun, buarlah dia orang yang dalam kebanyakkan hal boleh diterima akal.
Perangai tu memang payahlah nak jumpa yang perfect, but at least dalam kebanyakkan perkara, masih boleh bertolak ansur.

Memandangkan komitmen dalam perkahwinan tak boleh diambil remeh, it seems important to choose the right person.
Perkara utama yang mesti diambilkira dah tentulah samada kita dapat terima kekuatan dan kelemahannya, kerana semua orang ada baik dan buruk, jadi kalau bab perangai ni kita boleh settlekan dulu sebelum kawen, insyallah laluan seterusnya mudah sikit.
Then, check kewangan bakal pasangan.
Rasanya dalam hal ni, menge-check kewangan suami jauh lebih penting sebab dia bertanggungjawab dalam banyak urusan rumahtangga.
Isteri boleh tong-tong tapi jangan sampai suami goyang telo 24 jam.

Make sure your partner must have a clear income.
Kalau pendapatan suami tak secure, bermakna masing-masing dah boleh pikir strategi dan plan step by step macamana nak manage duit dan perbelanjaan.
Sorry to say lah, aku pernah tengok pasangan pengantin yang takde plan selepas kawen.
Dia cuma plan majlis kawen je.
Nak tinggal mana lepas kawen pun tak pikir.
Nak kerja kat mana lepas kawen pun dia nak fikirkan selepas majlis kawen settle, boleh?

"Nantilah lepas kawen baru pikir"

Kawen tu kerja sehari dua je.
Meriahnya seminggu, tapi perjalanan nak kena hadap ni sampai ke tua.
Sometimes orang tak faham konsep rezeki.
Memang rezeki dah dijamin tetapi rezeki itu luas, bukan semata-mata duit.
Bila sebut "rezeki dah dijamin", duit tu takkan datang selepuk depan muka.
Untuk dapat, kita disuruh berusaha.
Tanpa usaha, mustahil duit tu berjalan depan kita.
Kalau lapar sekalipun, makanan takkan masuk dalam mulut gitu-gitu je.
Mesti gerakkan tangan dan mulut untuk bagi makanan tu masuk ke perut.
Tu semua perlu usaha.
Rezeki takkan sampai kepada kita kalau kita tak usaha.

Dapat tak dapat belakang cerita, janji mesti ada planning.
Ini planning pun takde.
Plan nak kerja kat mana pun tak pikir, plan nak duduk mana pun tak tahu.
Janganlah gamble life macam tu sekali.
Esok lusa bila ahli keluarga bertanya, kita sentap.
Mulalah kita kata keluarga tak support, keluarga tak bersatu hati.
Padahal kita yang ambil mudah semua benda sampai menyusahkan orang lain.

Sebelum kawen, ambiklah tahu kedudukan kewangan pasangan [especially bakal suami].
Apa kerjanya, berapa pendapatannya, apa tanggungannya, ada hutang ke tak.
Bab hutang ni kena ambil tahu, karang tak pasal-pasal kita yang tak berhutang ni pulak kena menanggung hutang orang lain.
Kadang-kadang tu memang bukan kita yang membayarkan hutang dia, tapi dek kerana gaji dia habis buat bayar hutang maka perbelanjaan rumah semua kita settlekan sorang sampaikan bra pun berganti.
Tak ke satu keje namanya tu?

Make sure pasangan kita tak ada masalah hutang sama sekali.
Hutang dalam kes ini maksudnya hutang yang dah lama tertunggak dan belum dapat dilunaskan.
Aku bersyukur juga sebelum kawen aku and En Wan takde hutang apa-apa.
Hutang belajar takde, hutang kad kredit takde, loan bank pun takde.
Hutang pertama kitorang [actually En Wan] adalah hutang kat Mak Aji buat bayar duit nak keluarkan kereta dari port. Dia hutang dalam RM11K.
Setiap bulan dia bayar RM980 [kalau tak salah] pada Mak Aji, without failed.
Sebab itulah setahun selepas kitorang kawen barulah pi honeymoon, tu pun kat Cameron je.
Nak bayar hutang punya pasal, honeymoon biar tangguh.
Lepas dia confirm kerja, barulah dia start buat hutang kredit kad.
Kitorang kawen 2001, sehingga 2004 aku masih lagi takde hutang apa-apa termasuk kredit kad.

Hutang adalah perkara normal, tetapi hutang lapuk yang tak lunas-lunas adalah tak normal, dan pasangan mesti clear cut bab ni sebelum kawen lagi kerana consequencesnya berat.
It's good if you and your partner are quite open about this.
Ramai yang sanggup bergolok-bergadai demi nak kejar status sosial, akhirnya terbelit dengan hutang sendiri.
Buat majlis kawen grand memang impian semua orang.
Orang kata 'kawen hanya sekali, biarlah jadi kenangan'.
Tapi janganlah sampai anak dah 3 orang, hutang kenduri kawen masih blom settle.
Mana nak datang bahagia kalau hidup terbelit dengan hutang lapuk?

Berbincang hal kawen dengan berbincang tentang hutang adalah sama-sama penting.
Kebanyakkan pasangan yang belum berkahwin malu nak terus-terang dengan pasangan yang mereka ada hutang.
Masing-masing fokus pada biar nampak mewah, sengsara kemudian takpe.

Hutang jangan dibuat main-main, kebanyakkan punca penceraian di awal 5 tahun perkahwinan adalah sebab duit, bukan sebab curang.
Nak tunjuk, walaupun duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.
Kau nak pegi kerja pakai duit.
Nak start kereta pun kena pakai duit.
Nak balik kampung pakai duit.
Nak beli ubat pakai duit.
Semua duit.

Komitmen kewangan mesti dibincangkan sebelum kawen.
Aku kan memang benda ni aku ambik kira dulu.
Bukan nak cari lelaki kaya, tapi jangan yang menyusahkan.
Yang pernah hidup serba kurang je tahu macamana rasanya bila tak berduit.
Nak melancong memang out of the story lah.
Nak beli baju baru pun tunggu hari raya.
Nak makan sedap kena ada special occasion.
Disebabkan aku dah lalui benda-benda ni, aku memang picky bila bab pilih pasangan [wahh, macam kau hot sangat boleh pilih-pilih!].
Kalau dia tak boleh memewahkan aku takpe, asal jangan menyusahkan aku.
Sama-sama start dari scratch membina hidup, tak apa.
Tapi kalau nak suruh aku tanggung hutang-hutang yang kau buat tanpa pengetahuan aku, boleh jalan.
Hidup nak bergaya, makan nak sedap, baju nak mahal, padahal duit takde, bulu je ada.

Aku memang turn-off betul dengan lelaki yang nak makan sedap tapi taknak bayar.
Kalau aku yang mintak makan sedap, lain cerita. Aku mintak, aku bayar.
Ini bila kita tanya "Kita nak makan kat mana eh?"

"**** terasa nak makan kat situlah. Tapi takde duit"

"Ok takde duit takyah cerita. Makan tempat lain".

"Tapi teringin. Awak belanjalah".

Huh??
Kau yang teringin, aku yang kena belanja ke, hanattt.
Nak paksa-paksa orang belanja pulak.
Dah tahu takde duit, ajarlah anak tekak tu sikit biar berpada-pada.
Tengah takde duit pun selera jin.

Ada satu masa tu, before kawen, aku keluar makan dengan kawan-kawan aku, bawak En Wan sekali.
Dalam kereta, member aku [lelaki] tanya "So kita nak makan kat mana ni?"

En Wan jawab "Tempat biasa-biasa je boleh? Aku ada RM20 je ni".

Walaupun masa tu aku konfiden-tak-konfiden je ngan dia, tapi statement dia tu buat aku rasa lega juga sebab dia tak poyo.
Dia takde duit, dia terus-terang walaupun depan kawan-kawan.
Takde lah dia nak beria impress kawan-kawan aku bahawa dia adalah pilihan aku yang terbaik.
Takde lah kata nak "Oh, aku study overseas, aku ada sport car, so aku kena tunjuk aku kaya 24 jam".

Tak macam hamlau sorang tu, takde duit pun sibuk ajak aku shopping.
Dia pulak sakan men-try baju kat fitting room dengan harapan kalau baju tu nampak hensem, maka aku belikan. Beruk.





p/s : Instagram followers, GreenAard with free hand sanitizers boleh whatsapp sini.