2020-05-22

Pertahankan prinsip kalau kau rasa itu yang betul



Cerita pasal katak tu ramai dah pernah dengar tapi rasanya ramai yang masih follow cara katak.
Masih tak reti nak keluarkan diri dari masalah.
Sanggup kendong beban masalah sampai bertahun-tahun, memendam rasa sampai mati, atas tiket SABAR.
Padahal "sabar" menuntut usaha, tiak hanya terbatas pada menahan emosi semata-mata.
Sabar tu berusaha untuk keluar dari masalah dengan tenang, bukannya suruh diam dan makan hati.

Mustahil ada manusia selalu dapat tahan emosi.
Even though those who have reached that level pun, emosi marahnya tetap ada.
Cuma dia cepat bertindak supaya rasa marah tu tak berlanjutan.
Orang yang memendam rasa selalunya senang dapat penyakit.
Maksudnya, menahan emosi itu tak baik untuk jangka masa panjang.
Sabar tak semestinya selalu menahan emosi.

Aku always pilih untuk berterus-terang.
Kawan-kawan aku, cousins and adik-beradik aku pun kenal perangai aku.
Apa yang aku tak puas hati, aku cakap terus. Tak kuasa aku nak pendam Hati aku jugak yang sakit.
Lebih baik aku lepaskan, baru lapang.
Tapi taklah semua benda aku nak lepas.
Kalau benda tu tak bersangkut-paut dengan aku dan tak meninggalkan kudis, aku buat dek je.
Melainkan benda tu ada kepentingan untuk aku, memang aku akan bersuara.

Contohnya minggu lepas aku share FB post artikel yang ni :



Then ada yang PM aku tanya "Ada tak sesiapa kecil hati bila akak tulis macam ni?"

Jawapan aku : Entah. I don't know.

Cousin-cousin, makcik-pakcik, kawan-kawan aku ramai je yang follow FB aku.
Elok bersembang dengan aku siap sembang kat zoom lagi beramai-ramai.
Takde pun dorang terasa apa yang aku tulis tu tuju kat dorang.
Maybe circle aku jenis yang berterus-terang juga, tak suka cakap-cakap belakang dan common sense juga tinggi.
Benda ni sebenarnya simple je, kalau kau tak buat kenapa nak terasa?

Aku rasa apa yang aku tulis tu masuk akal dan termaktub dalam SOP kerajaan.
Lagipun sebagai tuan rumah, kita ada hak untuk pertahankan hak kita kot.
Rumah kita, dah kenapa orang luar nak pertikaikan peraturan yang kita buat.
Sejak bila orang luar boleh paksa tuan rumah terima tetamu?
Kau nak datang rumah orang, ikutlah peraturan tuan rumah, bukan ikut kepala sendiri.
Nak buat kepala kau sendiri, buat kat rumah kau sudahlah.

Aku tak kisah sesiapa pun nak berbondong-bondong beraya. Itu pilihan korang.
Nak berlonggok 30 orang je, nak berpelukan ke, nak berciuman ke, nak bersenggayut ke - that's your call.
Cuma, jangan buat kat rumah aku. Clear kan?

Jadi aku tak faham kenapa mesti ada orang nak kecil hati [if any].
To me, orang yang sentap tak tentu hala ni sebenarnya insecure dengan tindakan dia sendiri.
Dia sebenarnya nak berlonggok-longgok di hari raya, tapi takut kena kecam jadi dia mencari sokongan untuk menjustifikasikan tindakan sendiri.
Bila kurang dapat sokongan, nampak kita up status-status macam ni mulalah sentap and rasa kita tuju kat dia.
Hello?? Ingat aku takde life ke nak perati hal orang 24 jam.

Selalunya yang bersuara lantang macam aku ni orang tak berapa suka.
Mulut aku pedas katanya, tak jaga hati orang, takde sensitiviti.
The thing is, kalau kau sejenis yang paham bahasa takpe. Ini tak.
Orang yang tak paham bahasa ni ubatnya cakap direct je.

Just like arahan kerajaan, bukan main lembut berlapik pada mulanya.

Mula-mula dibaginya PKPB.
Tujuannya untuk lebih banyak perniagaan dan agensi dibuka semula.
Tapi orang kita faham bahasa tak? Tak.
Dia pakat berbondong-bondong keluar, berhimpit-himpit.
Angkut segala anak kecik hayak ke hulu-hilir.

Kerajaan bagi peluang merentas negeri dengan syarat.
Tapi lepas sorang, sorang merentas negeri sebab nak balik raya. Bengap.

Kerajaan bagi kebenaran beraya dengan keluarga dalam satu negeri, tak lebih 20 orang.
Mula dah masing-masing buat plan nak berlonggok kumpul raya.
Rumah siapa dulu, rumah siapa kemudian.

Then kerajaan tengok macam tak boleh kawal, kerajaan cuba bagi hint tentang keluasan rumah memainkan peranan.
Bukan semua rumah boleh kumpul 20 orang serentak.
Kerajaan pesan kena jaga jarak, kena pakai sanitizer, kena pakai mask.
Itu semua kerajaan bagi HINT dalam erti kata lain - lebih baiklah duduk rumah masing-masing je.
Mana meriahnya raya kalau kena berjarak, tak boleh salam, tak boleh peluk, tak boleh berkumpul.
Tapiiii ramai juga yang tak faham-faham.

Last-last semalam, rentas negeri pun dah ditarik balik.
Akhirnya kerajaan terpaksa juga be upfront, kan?

Yang sebenarnya, tak semua perkara kita kena cakap berlapik.
Kalau ada kepentingan yang lebih besar, tak perlu berlapik, kau sembur je terus.
Itu pun belum tentu ada yang faham.
Nak lagi isu pandemic ni, patutnya kalau dah payah sangat itu kena jaga, ini kena jaga, bagi je statement TAK BOLEH BERAYA. DUDUK RUMAH DIAM-DIAM.
Sebab rakyat Malaysia ni jenis dah dibagi betis nak peha.
Eloknya jangan dibagi terus.

Aku tak nak jadi macam katak, asyik cuba nak bertolak-ansur je dengan keadaan sekeliling.
Asyik nak kena memahami.
Asyik nak kena pejam mata.
Asyik nak kena pendam dan pujuk hati sendiri untuk terima sesuatu yang aku tak boleh terima.
Aku spesis tak kacau orang, aku suka buat hal sendiri.
Apa yang aku boleh tolerate, aku tolerate.
Tapi ada waktunya, aku perlu firm dengan prinsip aku.
Cuma tu lah, manusia ni, hanya kerana satu prinsip yang kita tak nak ubah, kita terus dicop jahat.

Dik, sabar tu ada guidelines-nya.
Mesti ada eleman - menahan, mengekspresikan, dan melepaskan - barulah seimbang.
Tiga-tiga tu mesti ada untuk saling menyempurnakan.

Dalam sabar kita perlu tahan, at the same time kita perlu ekspresikan, dan last kali barulah lepaskan.
Dengan kata lain, kalau kita rasa cukup hanya dengan menahan dan mampu terima sesuatu dengan ikhlas, maka tak perlulah sampai mengekspresikan.
Tapi bila menahan saja tak cukup, bermakna dah sampai masanya kita kena ekspresikan apa yang terpendam, luahkan semuanya sampai habis biar semua energi negatif yang terkumpul dalam dada keluar.
Barulah akhirnya kita belajar melepaskan jangan sampai masih ada hawa-hawa negatif yang berbaki.
Semua perasaan dendam, benci, marah, kecewa, mesti hilang selepas kita luahkan.
Ini barulah namanya sabar yang ideal.
Ni tak, simpan simpan simpan padahal dalam hati bengkek.
Bila hati dah bengkek, kerjanya asyik buruk sangka dengan orang.
Apa orang tulis kat FB semua dia rasa tuju kat dia. Dah kenapa kau?

Emosi yang Allah ciptakan boleh jadi bermanfaat kalau kita bijak mengendalikannya.
Marah itu sihat tapi kalau berlebihan boleh jadi masalah dalam kehidupan sosial.
Menangis pun sihat cuma tak boleh berlebih-lebihan nanti datang penyakit lain.
Bukan semua benda orang buat kita kena berdiam.
Pertahankan apa yang kita rasa betul. Kalau tak, nanti kau mati macam katak!