2020-05-19

Attitude


Tadi aku terbaca artikel tentang 23 orang sekeluarga duduk dalam satu rumah yang sangat-sangat daif, buat dari tampalan-tampalan kayu and zink.
Keadaan rumah memang daif sangat-sangatlah.
Luar dalam bersepah.
What to expect kan kalau sampai 23 orang cramp dalam satu rumah kecik.




Untuk rumah sekecil ni, dengan 23 orang sekeluarga, aku boleh anggap ni boleh tahan bersih.
At least ada ruang nak berjalan.

Simpati.

Tapi membayangkan 23 orang dalam rumah sekecil ni - dengan mak, bapak, anak, menantu and cucu - aku tak boleh brain.
Aku tak nampak keperluannya untuk yang dah berkahwin tu duduk serumah ramai-ramai gini.

Memang ada anak-anak yang boleh hidup berasing dari keluarga tapi MALAS.
Sebab nak hidup mudah.
Jadi, caranya duduklah berlonggok dalam satu rumah, biarlah bersempit-sempit pun janji tak menyusahkan dia. Menyusahkan orang lain takpe.
Ada orang masakkan. Ada orang basuhkan baju. Ada orang lipatkan kain.
Tak perlu berkemas-kemas sangat sebab boleh dijadikan alasan - ruang memang dah sempit, nak kemas macamana?
Yang betulnya, kau tu yang kemas barang-barang kau keluar cari rumah lain.

Aku tak tahu samada orang-orang yang begini memang betul-betul tak mampu atau ada attitude 'Tak Kisah'.

Some people ada attitude tak kisah.

"Tak kisahlah sempit-sempit pun, janji serumah"

"Tak kisahlah rumah bersepah, bukan kita nak pelawa orang masuk pun"

"Tak kisahlah sampah tak buang, esok lusa pun boleh buang".

Bila hidup terlampau tak kisah, segala benda dia ambil mudah.

Aku pernah ada pengalaman masuk rumah orang yang ada attitude 'tak kisah'.
Dia punya level tak kisah tu, aku melangkah masuk ruang dapur dia je dah bau masam.
Serious nak muntah.
Nak tumpang toilet ceritanya, tu pasal aku lalu dapur.
Bila kuak pintu toilet, ya Allah macam nak terkeluar isi perut aku tahan muntah.
Rupanya kat dalam toilet dia ada satu plastik besar berisi pampers anak dia.
Selagi tak penuh, tak buang konsepnya.
Maka satu toilet tu berbau masam taik.
Yang aku pelik, dia masak kat dapur tak terasa nak termuntah dengan bau taik memenuhi ruang?
Bila anak dia terlupa nak tutup pintu dapur, dia jerit "Tutup balik pintu tu, nanti bau satu rumah!"

Seriously?
As simple as that?

The thing is, dia tahu rumah dia berbau tapi masih nak simpan pampers busuk kepam .
Tahan dia anak-beranak makan tido dengan bau busuk asalkan jimat plastik beg [??]
Menengokkkan pampers yang penuh tu, aku rasa 2 hari punya pampers tak berbuang.

Dulu masa aku kecik, kalau beraya Muar [kampung Pak Aji], setiap kali balik sana adik aku Ima takkan makan.
Tahan dia berlapar [makan sikit-sikit je] sebab nak elakkan diri dari berak.
Jamban nenek aku kat luar, dan tak berapa selesa, tu pasal elakkan diri dari berak. Boleh?

Kalau esok nak beraya ke baruh, kitorang akan makan banyak-banyak sebab salah satu rumah yang akan disinggah adalah rumah makcik Pak Aji, namanya Nek Mi.
Rumah Nek Mi ni rumah kayu kampung je, tapi punyalah bersih!
Yang best tu toilet dia pun bersih!
Selalunya kalau beraya rumah Nek Mi memang nenek tu tahan kitorang tak bagi balik selagi tak makan nasi.
Jadi sempatlah kitorang berak siap-siap kat rumah Nek Mi.
Selagi tak datang hawa-hawa nak berak tu, kitorang takkan gerak.
Dapat berak kat rumah Nek Mi, pehhhh lega!

Pak Aji tu Jawa.
Jawa ni punya style beraya, sepanjang kampung tu rumah sedara dorang. Semua rumah nak naik beraya.
Tu pasal kalau beraya kat Muar, kitorang tak pakai kasut raya. Sarung selipar je.
Sebab lepas keluar rumah yang ni, naik kereta tak sempat nak bersandar dah sampai rumah yang nun.
Bila satu kampung tu sedara-mara, maka setiap rumah kau kena minum air.
Jadi, kejap-kejap nak terkencing.

Ada rumah yang toilet bersih, ada yang berlerak berlendir.
Aku ni tahan lagilah, boleh juga cover-cover.
Kalau Ima, memang kat situ jugak dia terjeluak, tu belum lagi depan-depan tuan rumah dia terjengket-jengket. Lantai melekit u ollsss.
Punca Ima selalu kena bantai dengan Mak Aji sebab perangai ni lah. Hahahaha.
Nak buat macamana, dah memang geli.
Tapi sebab Mak Aji membeliakkan mata beliau, terpaksa aku tadah je ber-catwalk atas lantai berlendir tu.

Kalau orang tengok mesti cakap "Eleh mengadanya nak loya-loya pi rumah orang. Padahal kau tu miskin!"

Miskin is one story. Pengotor is another story. Makam dia tak sama, ya.
Miskin tak wajib pengotor.
Walaupun kitorang tak kaya, tapi rumah and toilet bersih.
Bukan macam kau, sabun shampoo bukan main branded tapi dinding bilik air kuning berlendir.
Dari kecik sampai ke tua ni, aku tak boleh terima bila orang anggap "miskin mesti kotor". Atau" susah mesti kotor". Takde kaitan.

Kenapa kau hari-hari masuk toilet and bilik air yang sama untuk berak and mandi, tapi tangan kau tak boleh sental dinding and lantai tu sekali?
Tahan pulak kau mandi dengan lantai berlendir macam takde apa.
Yang sebenarnya kau tu pengotor!
Orang kalau bersih, tak payah tunggu kaya. Miskin pun boleh bersih.
Patutnya rumah kecik lagi senang nak bersihkan.
Ini tak, makin kecik rumah, makin bersepah. Makin banyak sampah.

Tu belum lagi dengan kain baju yang berlonggok dalam 3-4 bakul, yang berlonggok atas sofa.
Alasannya, takde tempat nak simpan.
Eh helo?? Kalau takde tempat nak simpan pun, kau tak reti lipat ke kain baju tu.
Memang wajib berlonggok sampai 3-4 bakul? Tak cukup bakul, lambakkan pulak atas sofa.
Lepas tu anak kau pijak-pijak buat main baju-baju yang dah berbasuh tu.

Oh sebut pasal anak ni, aku pernah datang beraya rumah someone.
Memang bukan orang senang, rumah dia very basic dengan kerusi kayu zaman 80s yang ada kusyen tu.
Lantai pun bentang tikar je. Ok I'm fine with that sebab rumah Mak Aji pun dulu gitu jugak pesennya.

Yang aku sakit hati tu, dah tahu tetamu datang, maknya boleh biarkan anak-anak terus main kusyen dan lambak-lambakkan atas lantai, terlompat-lompat panjat kerusi pastu terjun tiruk akan kusyen yang bersusun atas lantai.
Sikit dia tak marah atau mintak anak-anak dia kemas balik untuk bagi tetamu duduk.
Boleh mak dia cakap "Duduk bawah je lah ya, budak-budak tu tengah main".

Aku macam "Huh?"

Kalau Mak Aji, dah berbirat aku kena kat depan-depan orang tu jugak dia bagi.

No, bukan aku nak sangat duduk atas kerusi tu, cuma aku tak faham kenapa kau biarkan anak kau terkinja-kinja dalam pada masa yang sama ada tetamu datang menziarah.
Memang tak payah ajar anak duduk diam elok-elok ke?
At least bila orang luar datang, cuba ajar dia beradap sikit.
Dah la anak dia terpekik-pekik, kita nak bersembang pun tak tenteram.
Belum lagi dengan lempar-lempar kusyen. Sikit mak dia tak tegur.

Ok tu satu hal aku dah panas hati.
Aku memang tak boleh tengok budak-budak yang macam pelesit ni.
Kalau anak aku, dah lama aku libas dengan kusyen tu.

Satu hal lagi, dia ada anak kecik, umur 3-4 tahun kot, masih pakai pampers.
Anak dia seronok main dengan abang-abang, tiba-tiba bukak pampers, then sambung main.
Mak dia angkat anak dia pi bilik air untuk basuh.
Lepas keluar dari toilet, rilek je dia biar anak dia tak berpampers, tak berseluar, sambung main.

"Susah betul nak pakaikan pampers. Sibuk dia nak main. Biarlah".

Aku terus tanya "Takpe ke kalau dia terkencing nanti".

Mak dia cakap "Takpelah, baru lepas kencing tadi".

OMG boleh tahan tinggi tawakkal kau ni.
Kalau anak tu terkencing, habis kusyen-kusyen.
Patutlah bau rumah semacam.

Attitude someone banyak dipengaruhi oleh cara dia dibesarkan.
Tengoklah nanti, anak-anak tu membesar dengan attitude yang sama.
Kecuali anak-anak berpindah ke persekiatan yang lebih baik atau dapat pasangan hidup yang lebih senonoh dan lebih dominan, ada kemungkinan attitude lama tu akan hilang.
Kalau tak, memang turun-temurunlah mewarisi.

Orang macam ni, kau bagilah rumah besar sekalipun, chances are, rumah tu tetap akan berselerak dan menambun-nambun dengan barang yang entahkan guna entahkan tak.
Jenis ni kalau pi rumah orang, dia akan menyepahkan rumah orang sama.
Kalau rumah sendiri pun beselerak, kau rasa dia reti nak berkemas kalau duduk rumah orang? Nan ado!

Ada satu lagi rumah aku pernah pergi time raya.
Dia buat makan-makan sikit katanya.
Ok, aku pun datang dengan En Wan je berdua.
Masa ni Redza kecik lagi, aku tak berapa suka datang open house bawak Redza sebab dia bukan makan pun.
Rumah ni takde pasang khemah-khemah, maka semua pun makan kat dalam rumah.

Aku masuk rumah dia, tak reti nak duduk mana.
Padahal takde orang pun lagi, hanya ada family and maybe adik-beradik dia je.
Tapi rumah macam nak terbalik!
Sofa panjang dia penuh dengan budak-budak main terlompat-lompat.
Yang tuan rumah nampak aku masuk terus pelawa aku ambik makanan atas meja makan [buffet style].
Lepas ambik makan, aku macam lost kejap. Nak duduk mana ni?
Sofa dia ada satu sofa panjang and 2 sofa kecik.
Yang sofa panjang tu budak-budak tengah terkinja-kinja.
Yang lagi satu sofa, ada orang duduk [maybe keluarga, tengah melayan tv].
Then kerusi-kerusi meja makan tu dia ada susun kat tepi tapi 2 darinya diletakkan periuk lauk.
Ada 4 lagi kerusi adik-beradik dia duduk.

Dia pulak cakap "Duduklah".

Aku tak terluah nak tanya "Nak duduk mana?"
Last-last aku ajak En Wan bersila atas lantai yang tak bertikar bercarpet tu.
Dengan permainan yang bersepah-sepah. Dinding berconteng. Lantai pun berconteng.
Memang idok le aku nak stay lama, makan pun tak lalu. Cepat-cepat aku balik.

Aku memang terperanjat sangat because orang ni adalah one of customer aku, ada PhD lagi!
Bila aku pikir-pikir balik, patutlah dia macam tu, anak-anaknya macam tu, rumahnya macam tu.
Sebab tengokkan perangai adik-beradik and mak bapak dia yang helok je terus melepak kat sofa walaupun tetamu datang, hmm...patutlah.
Dibesarkan dengan gaya "Tak kisah".

Raya tahun 1993, masa tu aku Form 4.
Tahun tu kitorang sambut raya pertama kat Muar.
Kitorang jarang malam raya tido Muar, selalunya malam raya tido Tampin [belah Mak Aji].
Because adik-beradik Mak Aji dari Singapore akan balik semula ke Singapore on first day of raya [Singapore bagi 1 day public holiday je].
Jadi, malam raya memang akan tido Tampin.
Kiranya, raya pertama always kat Tampin, dan selalunya lepas salam-salam raya, terus shoot ke Muar.
Maknanya di Muar pun raya pertama juga tapi selalunya dah petang baru sampai sana.

Year 1993, kebetulan adik-beradik Pak Aji tak dapat balik beraya di Muar for raya pertama, jadi tahun tu malam raya kitorang sekeluarga dah ada di Muar.
Nenek Muar aku punya style kalau sambut raya, malam pukul 12 baru nak start merebus ketupat, mengemas, pasang langir, nak tukar sarung kusyen segala.
Aku pun tak tahu pesen apa gini semua benda nak buat malam raya.
Jadi, bila tahun tu kitorang balik, memang rules bertukarlah kan.
Berani kau nak lawan rules Mak Aji? [kahkahkah].

Mak Aji kerah kitorang pagi terakhir puasa tu cabut semua langsir and ganti baru.
Jemur semua karpet.
Lap semua meja, sapu sawang, sapu lantai, mop lantai, siap basuh bilik air and jamban luar sekali.
Aku punya saka merasuk badan, habis semua surat khabar, tin kosong, botol plastik semua aku humban ke tempat sampah - bakor!
Pasu-pasu nenek aku semua kitorang pindah and susunkan balik.
Gubahan bunga yang lama-lama tu, mana yang elok, kitorang rendam and gubah balik.
Yang tak elok, bakor. Memang tak kasi chan.

Mak Aji and nenek handle bahagian dapur untuk masak-memasak.
Dari tengahari lagi Mak Aji dah rebus ketupat, masak rendang, masak sambal goreng, masak nasi segala.
By the time berbuka, semua settle.
Kitorang berbuka dengan lauk raya terus.

Later masa di Bangi makcik aku [adik Pak Aji] datang beraya, dia kata "Mak bagitau tahun ni dia rehat sangat. Tak penat sebab semua lauk raya dah siap awal"

Hah, barulah kitorang tahu selama ni nenek tu penat setiap kali raya sebab tak cukup rest.
Nak rest apanya kalau malam raya pukul 12 malam baru nak start buat semua benda.

Benda boleh ubah, kenapa nak stay pada rules yang sama, betul tak?
Yang best tu makcik aku cakap "Mak cakap rumah dia bersih betul. Lapang almari-almari".
Memanglah lapang, kalau semua benda cucu dia bakorkan 😂😂.
Barang-barang takde fungsi, dah kenapa nak simpan buat memenuhkan rumah.

Perangai buang barang ni kekal sampai ke hari ni.
Sebab tu mak mertua aku risau je everytime dia balik Tganu, bila dia patah balik ke sini mesti ada benda yang dah hilang.
Selalunya left over food.
Mak mertua aku suka simpan left over food, nak simpan untuk siapa aku tak tahu.
Padahal dia tahu dah anak and cucu dia tak berapa makan lauk perangat, kecuali menantu hantu dia ni.
Nasi goreng 3 hari lepas dalam fridge pun aku boleh telan lagi.
Sampai penuh freezer aku dengan left over food.
Kalau mok balik Tganu, siaplah aku "berkemas".
Bukan food-nya saja aku buang, dengan bekas-bekas-nya sekali aku buang so that takde bekas kosong dalam rumah ni.
Kalau ada bekas kosong berlebih, nanti mok tend to simpan banyak left over food.
Jadi biar dengan bekas-bekasnya sekali aku campak ke tong.

Dulu masa Redza kecik, pernah ada orang cakap kat aku "Bersihnya dinding rumah kau, Di. Macam takde anak kecik".

Aku cakap "Beranilah dia conteng dinding, memang kena dengan aku".

Orang kata tak bagus halang-halang anak-anak ni berkreativiti, nanti dorang jadi terbantut dan tak berani sebab asyik-asyik kena marah.
Bab ni pilihan masing-masinglah. Terpulang.
Kalau kau rasa rumah yang bersepah tu petanda anak sihat dan bijak, silakan. Itu rumah kau.
Aku tak boleh tolerate dengan rumah yang berselerak.
Rumah kecik takpe, tapi rumah yang bersepah, aku boleh migrain.